Monday, June 22, 2015

Tyrese Gibson, Pelakon Fast & Furious Peluk Islam?


Salah satu khabar angin yang sedang bertiup kencang di media antarabangsa sekarang ini adalah berita salah seorang pelakon utama filem Fast and Furious, Tyrese Gibson, dikatakan telah memeluk Islam.

Tyrese Gibson [2]

Menurut laporan, Gibson dikatakan telah memeluk Islam sejak awal 2014 selepas berkunjung ke Dubai, ketika bercuti di sana bagi mengubati duka selepas kematian tragis Paul Walker yang terlibat dalam satu kemalangan ngeri.

Menerusi laman sosial Instagram Tyrese Gibson baru-baru ini, dia telah memuat naik ucapan Ramadhan buat pengikutnya.

Menerusi ruangan kapsyen, “Ramadan Al-Mubarak untuk umat Islam di seluruh dunia, saya sayang anda semua. Saya benar-benar sayang anda semua. In Sha Allah, keberkatan untuk kamu dan keluarga kamu.”

Menerusi video Deen.com, Gibson dikatakan mendapat hidayah selepas dia menonton sebuah filem pendek yang berjudul 'The Purpose of Life'.

Namun, sehingga kini, belum ada pengakuan rasmi dari Gibson mahupun jurucakapnya untuk mengesahkan perkara tersebut.

BACA INI JUGA: Kenapa Arab Saudi Bukan Negara Islam, Tapi Penjual Islam?



2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon