Sunday, January 13, 2019

Kontroversi Osé, Alat Perangsang Seks Wanita CES 2019

Kontroversi Osé, Alat Perangsang Seks Wanita CES 2019

Setiap tahun, Persatuan Teknologi Pengguna (CTA) Amerika Syarikat menganugerahkan Trofi Teknologi Paling Berinovasi kepada mana-mana syarikat yang berjaya menghasilkan produk berinovasi tinggi.

Ose Lora DiCarlo

Tahun ini, antara pemenang anugerah inovasi teknologi ini adalah Osé (sebelum ini dikenali sebagai Vela), keluaran syarikat Lora DiCarlo.

Osé merupakan alat perangsang seks wanita yang membolehkan pengguna mencapai klimaks bercampur di beberapa alat kelamin wanita.

Osé mampu berfungsi sedemikian kerana ia menggunakan robot mikro yang bergerak sama seperti mulut, lidah dan jari manusia.

Osé memenangi anugerah inovasi teknologi ini kerana ia menggunakan teknologi yang belum pernah diguna pakai oleh mana-mana syarikat di dunia untuk alat perangsang seks wanita berkenaan.

CTA walaubagaimana pun telah menarik balik penganugerahan ini kerana mereka mendakwa ia tidak mencerminkan prinsip organisasi mereka.

“Vela (atau Ose) sepatutnya tidak boleh diterima permohonannya untuk mendapat anugerah produk inovasi. Ini kerana produk ini tidak masuk dalam mana-mana kategori yang ditetapkan,” kata CTA melalui satu kenyataan.

CTA juga tidak membenarkan syarikat Lora DiCarlo untuk mempamerkan produk mereka di CES.

Syarikat Lora DiCarlo mengkritik tindakan CES dan menuduh persatuan itu mengamalkan sistem hipokrit.

“CES sebelum ini telah membenarkan produk onani seperti B.Sensory dan OhMiBod. Produk-produk ini telah memenangi Anugerah Kesihatan Digital 2016, tetapi kali ini tidak membenarkan produk kami dari dipamerkan. Ini adalah sikap paling hipokrit yang pernah kami saksikan,” kata Lora Haddock, CEO syarikat Lora DiCarlo.

Haddock menggariskan isu kesaksamaan wanita dalam dunia teknologi.

“CES sebelum ini membenarkan syarikat lain mempamerkan produk pornografi Realiti Maya (VR) dan juga robot seks untuk lelaki pada tahun lepas. Mengapa pula jika kesihatan digital bertumpukan kepada wanita, produk kami tidak pula dibenarkan?” persoal Haddock lagi.

CTA menyatakan bahawa semua keputusan berkenaan dengan proses penganugerahan inovasi oleh persatuan itu adalah muktamad.

Namun demikian, persoalan tentang kesaksamaan produk digital kesihatan lelaki dan wanita di dunia teknologi akan terus diperdebatkan walaupun CES 2019 telah melabuh tirainya.

Os memenangi anugerah inovasi teknologi ini kerana ia menggunakan teknologi yang belum pernah diguna pakai oleh mana-mana syarikat di dunia untuk alat perangsang seks wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Penjual Teh Antara Senarai Terkaya Forbes 2019

Penjual Teh Antara Senarai Terkaya Forbes 2019

Pasangan penjual teh yang beroperasi di sebuah gerai kecil di Kochi, India membuktikan impian boleh menjadi kenyataan hasil disiplin dan usaha gigih dan siapa sangka dengan hanya menjual teh setiap hari, pasangan ini telah berkunjung ke 23 negara di seluruh dunia.

Penjual Teh Kaya

Malah, pencapaian mereka turut diketengahkan dalam Senarai Terkaya Forbes 2019.

Memulakan perniagaan sejak 1963, Vijayan dan isterinya, masing-masing berusia dalam lingkungan 70 an memastikan impian itu dicapai dengan disiplin menabung setiap hari.

Mempunyai pelanggan antara 300 hingga 350 sehari, pasangan ini akan menyimpan Rs300 setiap hari untuk tujuan melancong.

Gerai milik mereka juga antara lokasi tumpuan ramai di Kerala tanpa mengira siang atau malam.

Pasangan ini juga popular dalam kalangan pelancong asing selain selebriti tempatan.

"Melancong boleh mengubah cara berfikir dan budaya kita," kata Vijayan.

Penjual Teh Kaya

Sehingga kini, Vijayan dan isterinya telah melancong antaranya ke Singapura, Argentina, Peru, Switzerland dan Brazil.

Kisah pasangan ini mendapat perhatian ramai di media sosial, malahan menambah bilangan pelanggan di gerai teh mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Kenapa Rakyat Jepun Menerima Yakuza?

Kenapa Rakyat Jepun Menerima Yakuza?

Seorang pengkaji, Uchiyama menjelaskan bahawa rakyat Jepun sendiri mempunyi sikap kurang negatif terhadap kumpulan yakuza, sekalipun mereka tahu ia adalah kumpulan sindiket jenayah atau pun kongsi gelap.

Yakuza Jepun

Bagi mereka, kumpulan ini masih diperlukan dalam kehidupan seharian masyarakat.

Lagi pun, sejarah kemunculan yakuza sendiri adalah seperti cerita Robin Hood yang memperbaiki kehidupan masyarakat tapi hidup sebagai penjenayah bermaruah.

Walaupun teori asal-usul yakuza menunjukkan kumpulan ini bertitik tolak dari kumpulan bakuto dan tekiya, namun, mereka memandang perjuangan kumpulan zaman lampau, machi yakko sebagai penguat semangat mereka.

Seperti yang diterangkan sebelum ini, kumpulan bakuto dan tekiya telah mempengaruhi aktiviti kumpulan yakuza dari aktiviti perjudian, adat potong jari hinggalah mengutip wang perlindungan peniaga.

Apa pula sejarah machi yakko yang sangat diminati kumpulan yakuza hari ini?

Machi Yakko Dan Kisah Seorang Lelaki Bernama Chobei

Suatu masa duhulu, geng-geng samurai yang jahat sering kali melakukan serangan terhadap pekan-pekan sekitar Jepun.

Maka, satu kumpulan pemuda-pemuda pekan telah ditubuhkan untuk menghalang kecelakaan ini atau digelar machi yakko.

Penduduk pekan semestinya akan bersorak untuk mereka yang merupakan orang awam dan tak ketinggalan hamba yang bangkit melawan samurai-samurai yang mahu menganggu.

Mereka inilah yang dipandang sebagai wira-wira rakyat dan jaguh bagi golongan lemah.

Salah satu kisah mengenai machi yakko yang paling mendapat sambutan adalah penceritaan mengenai seorang lelaki bernama Chobei.

Beliau telah menjadi broker pekerja buruh yang merekrut pekerja-pekerja untuk pembinaan jalan raya di sekitar Tokyo.

Pekerja-pekerja yang diambil juga akan membaiki dinding-dinding batu di sekeliling istana shogun.

Kesempatan ini telah diambil untuk mewujudkan satu peluang menjana pendapatan lebih dengan menjalankan aktiviti judi.

Beliau berjaya menarik lebih ramai pekerja dan membolehkan dia mendapatkan semula gaji pekerja-pekerjanya dengan bermain judi.

Cerita Chobei ini seolah-olah ada persamaan dengan asal-usul kemunculan bakuto yang merupakan susur galur kumpulan yakuza.

Yakuza Cuba Buktikan Mereka Berguna Untuk Masyarakat

Pada zaman lampau di Jepun, memang banyak catatan sejarah yang membuktikan bahawa penjenayah yang membantu penduduk pekan atau kampung diangkat sebagai wira.

Begitu juga, sejarah asal-usul yakuza yang dikatakan ada terkait dengan peranan pahlawan-pahlawan agung Jepun yang melindungi nilai-nilai tradisi negara.

Oleh sebab itu, rakyat Jepun menganggap mereka ini sebagai salah satu kumpulan baik.

Menurut seorang pengkaji, Gragert menyatakan bahawa polis dan ilmuwan cuba memecahkan tanggapan baik orang awam terhadap yakuza.

Caranya adalah dengan mencabar kesahihan hubungan sejarah kumpulan dan pahlawan agung dahulu dengan yakuza masa kini.

Namun, rakyat Jepun tetap beranggapan yakuza mempunyai sejarah agung pada zaman lampau.

Pada zaman moden ini, kumpulan yakuza sendiri telah melawan banyak dakwaan polis yang mengatakan mereka sebagai kumpulan ganas.

Sebagai contoh, kenyataan yang dikeluarkan oleh Shinobu Tsukasa, ketua kumpulan Yamaguchi Gumi (kumpulan yakuza paling berkuasa di Jepun) bahawa kumpulan mereka adalah kumpulan bantuan kemanusiaan jika berlaku krisis atau bencana di Jepun.

Sewaktu gempa bumi Hanshin pada tahun 1995, kumpulan yakuza ini adalah pasukan pertama yang membantu mangsa di Kobe dan sekitarnya.

Kumpulan yakuza ini juga pernah terlibat menghantar bantuan dan bekalan kepada mangsa tsunami Jepun pada tahun 2011.

Mengikut sejarah juga, kumpulan yakuza telah banyak membantu rakyat Jepun ketika era pasca-perang Jepun.

Persepsi rakyat jelata dan kerajaan terhadap yakuza mula berubah

Sedikit demi sedikit, persepsi kurang negatif rakyat Jepun kepada yakuza akhirnya berubah.

Ini semua telah bermula selepas kerajaan Jepun memperkenalkan undang-undang Anti-Boryokudan (anti-kumpulan ganas) pada tahun 1991.

Itu yang menyebabkan kumpulan yakuza berkerja keras memberitahu bahawa mereka kumpulan bantuan kemanusiaan.

Tahun demi tahun, operasi dan perniagaan kumpulan yakuza terus ditekan dengan beberapa undang-undang baru seperti undang-undang anti-dadah (Anti-Drug Provision 1992), undang-undang Hukuman Organisasi Jenayah (Organized Crime Punishment Law 2000) dan undang-undang pemindahan kutipan jenayah (Transfer of Criminal Proceeds Privention Law 2007).

Disebalik ketegasan kerajaan dalam usaha membunuh karakter kumpulan yakuza dari segenap operasinya, sejarah terdahulu membuktikan hubungan benci dan cinta kerajaan Jepun dan kumpulan ini tidak berbelah bagi.

Pada tahun 1960, sewaktu Presiden Amerika Syarikat, Dwight D. Eisenhower melawat Jepun, pihak kerajaan telah meminta bantuan ketua-ketua yakuza untuk meminjamkan puluhan ribu ahlinya sebagai pengawal keselamatan.

Tak lupa juga, skandal rasuah yang melibatkan ahli parlimen dan penjenayah yakuza sepanjang tahun 1970 hingga 1980.

Persoalannya, mengapa dan bagaimana hubungan kerajaan dan yakuza boleh retak begitu sahaja beberapa tahun kemudian?

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Ada Artis Jual Tubuh RP300 Juta, kata Nikita Mirzani

Ada Artis Jual Tubuh RP300 Juta, kata Nikita Mirzani

Berita yang cukup untuk membuatkan ramai agak terkejut, termasuk di mata selebriti kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani, terutamanya mengenai 'harga' ditetapkan untuk 'berpacaran' dengan Vanessa Angel.

Nikita Mirzani Vanessa

Nikita juga berkata, dirinya sendiri mempunyai harga yang lebih murah berbanding Vanessa.

“Ya, tapi tarif saya jauh lebih murah berbanding Vanessa,” katanya.

Menurut Nikita, memang ada artis menawarkan harga hingga mencecah ratusan juta rupiah sebelum boleh seseorang lelaki melanggan mereka.

Bagaimanapun, kata pelakon filem Lihat Boleh, Pegang Jangan itu, perkhidmatan seks yang ditawarkan tidak terhad kepada wanita bahkan ia juga merangkumi golongan selebriti lelaki.

Khidmat itu, katanya, ditawarkan kepada wanita elit.

Nama Vanessa begitu panas selepas dia ditangkap bersama seorang lelaki di atas ranjang dalam sebuah bilik hotel mewah.

Harga diri sangat rendah

Bagaimanapun polis menegaskan serbuan itu dilakukan sebelum ada sebarang aktiviti seksual berlaku.

Lelaki itu pula tidak didedahkan namanya, kecuali sebagai R dan merupakan seorang tauke pasir.

Untuk rekod, Nikita Mirzani bukan asing dalam isu kontroversi kerana sebelum Vanessa, nama Nikita terlebih dulu menjadi bualan kerana turut dicekup pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki menjaja tubuhnya.

Bagaimanapun, polis dilapor tidak menemui sebarang bukti ke atas pembabitan Nikita dan dia juga tidak didakwa setakat ini.

Wujud persamaan dalam kes Nikita dan Vanessa, iaitu perkhidmatan itu ditawarkan - dan dikendalikan - secara dalam talian.

Berkongsi lanjut pengalamannya, kata Nikita, dia sebenarnya mengenali salah seorang daripada artis senior yang menawarkan perkhidmatan seks dengan harga yang sangat tinggi.

“Ada juga sampai Rp300 juta (lebih RM87,300)," katanya.

Nikita kemudian ditanya lagi sekiranya ada lelaki hidung belang pernah menawarkan harga dengan nilai ratusan juta untuk bermalam dengannya.

“Tak ada yang mahu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi artis Indonesia, Kimberly Rider turut memberi komentar berhubung skandal yang membayangi Vanessa.

Bagaimanapun, dipercayai kenyataan Kimberly itu lebih besifat menyindir.

Menurut pelakon sinetron Bidadari-bidadari Surga itu, harga ditawarkan bagi meniduri Vanessa disifatkannya terlalu murah.

“Bagi saya tidak sesuai. Maksudnya anda menjual diri dengan harga serendah itu sedangkan yang mahu beli itu banyak duit,” katanya.

Bagi Kimberly, 35, seseorang wanita sepatutnya mempunyai harga diri yang sangat tinggi.

Bagaimanapun, Kimberly yang pernah menjayakan filem kolaborasi Malaysia-Indonesia berjudul Kastil Tua itu menolak sekiranya karier Vanessa sebagai artis membawa pengaruh negatif.

Dia yakin, pembabitan Vanessa sebagai anak seni berada di landasan yang benar.

Kimberly juga berkata, selama pembabitannya dalam dunia hiburan, dia tidak pernah mengikut mana-mana perniagaan haram yang beredar di sekelilingnya.

“Orang kenal sebab kita selebriti, justeru lakukan perkara-perkara positif sajalah. Kalau negatif jangan diikuti,” katanya.

45 Artis, 100 Model Didakwa Jual Tubuh

Polis menemui bukti sekurang-kurang 45 artis dan 100 model menawarkan khidmat pelacuran dalam talian selepas membongkar kes membabitkan dua artis Indonesia, Vanessa Angel dan Avriellia Shaqqila.

Penemuan angka itu berlaku selepas melakukan pemeriksaan intensif ke atas dua suspek disyaki bapa ayam dalam kes terbabit yang hanya dikenali sebagai ES, 37, dan TN, 28.

Pada 5 Januari 2019 lalu, polis menangkap Vanessa dan Avriellia di Hotel Surabaya kerana disyaki terbabit dalam sindiket pelacuran dalam talian dan selepas disiasat, kedua-dua artis terbabit dibebaskan.

Kadar bayaran

Kesemua artis terbabit dikendali oleh bapa ayam ES dan TN bagaimanapun, jaringan kedua-duanya berbeza.

ES berhubung secara langsung dengan artis yang dia sediakan, manakala TN menjaga 100 nama model FHM dari majalah Popular.

Polis Indonesia setakat ini sudah mengumpulkan maklumat artis dan model terbabit selain maklum dengan kadar bayaran perkhidmatan seks yang ditawarkan bapa ayam tersebut.

Ada yang dibayar Rp100 juta (RM29,225), Rp80 juta (RM23,380) dan Rp25 juta (RM7,306).

ES dan TN menjalankan urus niaga pelacuran dalam talian ke semua kota di Indonesia, bahkan ada permintaan sehingga ke luar negara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Friday, January 11, 2019

Misteri Wanita Cantik Ajak Mandi Di Pondok Tanjung

Misteri Wanita Cantik Ajak Mandi Di Pondok Tanjung

Pagi itu Prebet Azam yang bertugas di sebuah kem di Sungai Buloh, Selangor mendapat kiriman mesej menerusi telefon bimbit daripada kakaknya. Mesej itu berbunyi, “Zam, ayah tenat di kampung. Kau minta la cuti, balik segera!”

Misteri Pondok Tanjung

Azam yang kebetulan berada di tempat kerjanya terus memohon cuti kecemasan dan ia diluluskan bosnya. Dalam hatinya, hanya Allah sahaja yang tahu betapa bimbangnya Azam akan keadaan bapa yang sudah lama menghidap komplikasi buah pinggang.

Dia bertolak pulang menaiki bas dari Kuala Lumpur kira-kira pukul 5 petang dan tiba di Hentian Bas stesen Kamunting, Taiping kira-kira pukul 9.30 malam.

Malangnya bas dari Kamunting untuk ke kampung Azam di Kubu Gajah, Selama Perak sudah tiada. Bas terakhir untuk ke bandar itu ialah pukul 7.30 malam.

Hati Azam resah, jarak antara Kamunting ke Kubu Gajah bukannya dekat, memakan masa sejam, jarak kira-kira 40 kilometer.

“Ayah semakin tenat, takkan aku nak duduk di stesen bas ni sampai pagi esok? Macam mana sekali pun aku kena balik malam ni juga,” bisik hati Azam.

Lantas Azam tiada pilihan lain, melainkan dia perlu menaiki teksi walaupun dia tahu, caj yang akan dikenakan berlipat kali ganda kerana jarak dan masa.

Ketika bergerak ke hentian teksi yang tidak jauh dari situ, Azam mendekati seorang lelaki berusia lewat 40-an dengan memberitahu dia mahu pulang ke Kubu Gajah.

“Apa. Kubu Gajah? Hisshh. Kalau saya ambik pun tambang mahal ni dik. Dah tengah malam. Tempat tu jauh. Pergi ada orang, balik takdak orang. Lagipun, takut juga dari sana nak balik nanti,” terang pemandu teksi tu.

Jam dah hampir 10 malam. Dia perlu sampai ke kampung untuk segera bertemu ayah. Malang sekali, tiada pemandu teksi yang sudi mengambil Azam sebagai penumpang.

Dalam keadaan fikiran yang agak serabut, Azam kembali ke hentian bas dan dia mundar-mandir di situ. Tiba-tiba seorang lelaki pertengahan usia menghampirinya.

“Adik nak ke mana? Dari tadi pakcik tengok macam susah hati,” tanya pakcik yang seolah-olah faham akan wajah cemas Azam ketika itu.

Akhirnya Azam menceritakan sehinggalah menimbulkan rasa simpati pakcik berkenaan.

“Pakcik nak balik Batu Kurau, ni baru lepas hantar anak, dia balik KL, naik bas jam 10 (malam) tadi. Kalau adik nak pakcik hantar boleh, tapi separuh jalan sajalah, sebelum hutan Pondok Tanjung. Sebab pakcik nak kena patah balik, nak ke Batu Kurau.

“Terus terang, pakcik memang tak berani lalu hutan Pondok Tanjung tu, nak pulak tengah malam gini,” ujar pakcik itu.

Azam tiada pilihan, disebabkan pengalamannya sebagai anggota tentera yang sudah biasa dengan aktiviti lasak, dia bersetuju dengan cadangan pakcik tadi.

Maka kenderaan jenis Proton Wira dipandu pakcik tersebut bergeraklah menuju ke destinasi seperti dijanjikan.

Setiba di Pondok Tanjung, akhirnya pakcik tadi memberhentikan keretanya.

“Sampai di sini sajalah Azam pakcik hantar seperti kita janjikan tadi ya. Harap-harap Azam selamat sampai di kampung. Kalau kebetulan ada kereta lalu, cuba la tahan. Boleh tumpang,” kata si pakcik.

Jam ketika itu menunjukkan pukul 11 malam. Jarak antara lokasi Azam turun dari kenderaan ditumpang menuju ke kampungnya kira-kira 15 kilometer. Masih jauh lagi.

Dalam keadaan pekat malam yang hanya ditemani sinaran cahaya bulan, Azam terus mengatur langkah berjalan membelah hutan simpan Pondok Tanjung yang selama ini dikaitkan dengan pelbagai kisah-kisah seram pada waktu malam.

Antaranya ada orang pernah melihat gajah sebesar treler melintas, harimau berjalan bersama anak dan orang mengusung keranda seperti membawa jenazah untuk pengebumian.

Dia melihat wanita-wanita itu melambai dan kali ini hanya tangan sahaja muncul dari dalam sungai seperti mahu memanggilnya untuk mengajak mandi bersama.

Selain itu kerap juga berlaku kemalangan di satu selekoh apabila pemandu tidak sempat membelok kenderaan lalu terbabas dan kereta terjunam dalam denai hutan itu.

Pada malam itu kisah-kisah seram yang masih tersimpan dalam memorinya subur kembali.

Selepas kira-kira setengah jam berjalan bersama beg pakaian yang digalas, tiba-tiba terdengar desiran angin seolah-olah menceritakan sesuatu kepada Azam.

Tanpa menoleh ke belakang, Azam hanya berdoa agar dijauhilah daripada musibah termasuk jika ada haiwan-haiwan buas di hutan itu.

Di depannya kira-kira 15 meter, kelihatan kelibat seorang ibu berjalan berpimpin tangan anaknya.

Semakin dekat Azam menghampiri, semakin perlahan mereka mengatur langkah. Dalam hati, Azam berkata mustahil pada malam sebegitu ada ibu berjalan dengan anak seorang diri. Ia tentunya bukan manusia.

Azam terus berjalan melintasi ‘ibu dan anak’ tanpa mempedulikan mereka dan tidak lama kemudian ketika menoleh ke belakang, tidak kelihatan lagi kelibat mereka itu.

Dalam keadaan hati semakin berdebar, pegangan Azam hayalah dua iaitu memohon bantuan Allah selain agar cepat sampai di kampung.

Tatkala mahu melintasi kawasan anak sungai pula, Azam terdengar bunyi beberapa wanita ketawa seolah-olah ada pesta di bawah jambatan.

Tiba di kawasan itu, Azam melihat tiga wanita sedang mandi-manda dengan hanya kepala mereka sahaja kelihatan pada permukaan air. Namun itu pun hanya samar-samar bawah pancaran bulan purnama.

Selain dikatakan terdapat haiwan buas di kawasan ini, jarang sekali penduduk kampung berani melaluinya pada waktu malam melainkan jika benar-benar terdesak.

Dia melihat wanita-wanita itu melambai dan kali ini hanya tangan sahaja muncul dari dalam sungai seperti mahu memanggilnya untuk mengajak mandi bersama.

Ia mungkin satu godaan dan jika dia menurut permintaan itu, mungkin dia akan menjadi mangsa lemas sungai berkenaan.

Justeru, kaki Azam semakin laju melangkah dan dalam masa sama hatinya terus berbisik, apa lagi ujian yang akan dia tempuh?

Ketika hatinya berkata-kata, tiba-tiba dia terdengar suara mendayu-dayu dari hutan rimba dengan keadaan pohon-pohon turut bergoyang.

“Huu… huuu… huuuuuu,” seperti orang meniup angin.

Kali ini kaki Azam menjadi lemah dia rasa bagaikan mahu rebah. Jantungnya terus laju berdegup namun dia tetap kuatkan semangatnya sehinggalah dia tiba di penghujung hutan simpan itu.

Tidak jauh, terdapat perkampungan tanah rancangan dan dia berhenti bawah pondok menunggu bas untuk berehat selepas letih berjalan.

Jam pada waktu itu sudah pukul 3 pagi dan Azam tidak dapat meneruskan perjalanan sebaliknya tertidur di pondok bas itu sehinggalah dia dikejutkan dengan bunyi motosikal seorang pemuda yang mahu pergi menoreh getah.

“Hang nak pi mana ni? Awat tidoq (tidur) sini,” tanya pemuda itu.

“Saya nak balik kampung, bas habis penat berjalan kaki, terlena bawah pondok ni,” ujar Azam lalu dia menceritakan apa yang berlaku.

Ketika itu jam sudah pukul 6.30 pagi dan Azam bernasib baik kerana pemuda itu sanggup menghantarnya pulang ke rumah.

Setiba di kampung, Azam bersyukur kerana sempat bertemu ayahnya yang sedang tenat sebelum meninggal dunia tengah hari kemudian.

Kisah Azam itu membuatkan dia menjadi serik untuk melalui kawasan itu lagi pada waktu malam.

Benarlah kata penduduk setempat, tiada siapa berani melalui kawasan hutan Pondok Tanjung selepas pukul 10 malam kerana ada kisah menakutkan tersembunyi di sebalik kelam hutan itu.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Jabatan Perangkaan Malaysia

Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Jabatan Perangkaan Malaysia

Jabatan Perangkaan Malaysia sedang melaksanakan Penyiasatan Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah (HIS/HIES) dan Kemudahan Asas bermula Januari sehingga penghujung tahun melibatkan isi rumah yang tinggal di Tempat Kediaman (TK) persendirian di seluruh negara.

Survei Survei

Objektif utama penyiasatan adalah bagi mengumpul maklumat taburan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah, mengenal pasti golongan miskin dan tahap kemudahan yang dinikmati oleh isi rumah di Malaysia.

Data pendapatan itu akan digunakan kerajaan bagi penyediaan sebarang Rancangan Pembangunan di Malaysia.

Data perbelanjaan juga digunakan dalam pengiraan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) yang merupakan cara mengukur kadar inflasi negara.

Seiring dengan matlamat dan tujuan itu, data HIES amatlah penting kepada kerajaan dan agensi berkaitan dalam perancangan, pembangunan dan penggubalan dasar dan polisi negara terutama dalam program pembasmian kemiskinan dan agihan pendapatan yang lebih menyeluruh.

Selain daripada itu, data HIES merupakan bahan asas dalam pembentukan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) makanan dan penentuan golongan miskin dan miskin tegar.

Data ini juga seterusnya akan digunakan sebagai input kepada analisis taburan pendapatan dan perbelanjaan berkaitan aktiviti ekonomi, pekerjaan dan sebagainya.

Jabatan Perangkaan Malaysia berharap, isi rumah yang terpilih dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada kakitangan pegawai Jabatan Perangkaan yang berkunjung ke tempat kediaman terpilih.

Maklumat yang dikumpul adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Perangkaan 1965 (Disemak-1989).

Berdasarkan Seksyen 5 di bawah akta ini, kandungan borang soal selidik yang diterima adalah sulit dan tidak boleh dihebahkan kepada jabatan lain, syarikat, individu atau mana-mana institusi di luar Jabatan Perangkaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

SBDJ Siri 11: Menunggang Harimau Di Tengah Malam

SBDJ Siri 11: Menunggang Harimau Di Tengah Malam

Datuk terus membaca sesuatu. Datuk mengambil seketul batu dari perut perahu. Batu itu dibalingkan pada lembaga yang terpacak dalam sungai. Bila batu itu terkena badan lelaki yang besar dan gagah. Dia segera menjerit dengan sekuat hatinya. Kemudian dia menghilangkan diri.

Menunggang Harimau Di Tengah Malam

Air sungai yang melempah terus surut. Suasana yang cerah bertukar menjadi gelap. Saya merenung ke langit. Bintang bertaburan. Mr.Brown tidak berkata walau sepatah pun. Dia terjelepuk dalam perut sampan.

“Dia sudah pergi,” kata datuk dan terus mengalah sampan ke hilir.

Lebih kurang pukul sepuluh malam kami sampai ke Jambatan Pengkalan Bharu. Dari situ datuk menumpang lori ikan menuju ke Pekan Pantai Remis. Datuk membuat laporan ke balai polis. Sarjan Ramli menyuruh seorang pemandu kereta polis membawa datuk ke Jambatan Pengkalan Bharu kembali.

Dengan kereta polis kami menghantar Mr.Brown ke bunglownya. Kerana jam sudah pukul dua belas. Mr.Brown menyuruh saya dan datuk tidur di bunglownya.

Kira-kira pukul dua pagi Mr.Brown menjerit tidak tentu arah. Dia berlari ke seluruh kawasan bunglownya sambil menjerit. Semua pekerja ladangnya menjadi gempar. Datuk dengan bantuan pekerja ladang getah berjaya menangkap Mr.Brown.

Mr.Brown terpaksa diikat di pangkal pokok getah di depan bunglownya dengan rotan seni. Dan datuk terpaksa menjaganya hingga ke pagi. Seorang kerani besar di ladang tersebut. Mr.Anadurai terus menghubungi Hospital Lumut.

Lebih kurang pukul sepuluh pagi sebuah ambulan dari Hospital Lumut tiba. Mr.Brown yang masih menjerit dan mengoyak pakaiannya dimasuk ke dalam kereta tersebut. Dari Hospital Lumut dia dibawa ke Hospital Besar Ipoh. Seminggu Mr.Brown duduk dalam jeriji besi di Hospital Besar Ipoh.

Lepas itu Mr.Brown dibawa ke rumah sakit otak di Tanjung Rambutan. Tiga bulan Mr.Brown ditempatkan di situ. Datuk tidak pernah sekali pun melawatnya. Penyakit Mr.Brown tidak juga mahu sembuh.

“Orang putih tu tak jujur,” datuk mengadu pada saya.

“Kenapa tok kata macam tu?”

“Aku yakin dia tak jujur,” suara datuk merendah. Saya bertambah binggung kerana datuk tidak menerangkan apakah maksudnya dengan perkataan tidak jujur itu. Dan saya tidak mahu menyoal lebih lanjut tentang perkara tersebut.

Datuk nampak resah saja sepanjang hari itu. Semua kerja yang dibuatnya terganggu. Dia asyik mahu marah saja, kalau saya membunyikan radio agak kuat.

“Aku mahu ke rumah orang putih bangsat tu, memanglah orang-orang dari England ni, satu bangsa yang tak boleh dipercayai, di depan kita bukan main baik, belakang kita jadi pengkhianat pada diri kita sendiri,” Datuk merunggut panjang. Dia pun mengenakan seluar hitam dan baju merah ke badannya.

“Buat apa datuk ke rumah dia? Dia bukan ada.”

“Kau mana tau, ini urusan aku.”

Datuk memijak anak tangga turun dan mengambil basikal di bawah rumah. Dengan basikal dia pergi rumah besar Mr.Brown. Lebih kurang pukul lima petang datuk pun pulang. Saya melihat dia membawa satu bungkusan kecil di pelantar basikalnya. Sebaik saja datuk menongkat basikal saya terus menghampirinya.

“Jangan pegang bungkusan tu.”

“Apa bendanya tok?”

“Tanah yang diambil Mat Sallih bangsat tu, di tempat puaka disembunyikan dalam beg.”

“Tok nak buat apa dengan tanah itu.”

“Aku nak pulangkan balik, kalau tak dipulangkan kita kena petakanya.

Mendengar cakap datuk itu, fahamlah saya kenapa dia menuduh Mr.Brown tidak jujur. Dan malam itu saya menemani datuk menghanyutkan tanah di sungai.

Datuk meletakkan tanah segumpal itu di atas upih pinang, kemudian dihanyutkan. Masa datuk melakukan semuanya itu, dia tidak bercakap atau bersuara cuma lulutnya saja yang kelihatan kumat-kamit membaca sesuatu.

Seminggu selepas datuk menghanyutkan tanah puaka itu, datuk mendapat berita dari kerani besar ladang getah yang Mr.Brown telah meninggal dunia. Mayatnya telah pun dihantar ke England.

Tempat Mr.Brown segera diganti oleh J. Mackintos dari Singapura, tetapi yang anehnya pengurus baru itu tidak berani duduk di bunglow. Setiap kali dia tidur di bunglow tersebut. Dia selalu saja diganggu oleh satu lembaga yang menyerupai Mr. Brown.

Kadang-kadang pengurus baru itu diangkat dari bilik tidur ke ruang dapur. Ada kalanya dicampakkan ke tengah halaman bunglow. Jadi, bunglow besar yang serba lengkap terbiar.

Dalam tahun 1960 bunglow besar itu dibakar oleh seorang pekerja ladang getah yang naik darah kerana setiap malam dia terdengar bunyi orang menangis dalam bunglow tersebut.

Sebaik saja bunglow itu hangus di makan api. Pekerja itu mati ditimpa oleh salah satu tiang dari dalam bunglow itu hingga kini masih wujud. Penuh dengan pokok-pokok hutan.

Semua peristiwa itu dijadikan datuk sebagai pengajaran. Dia selalu mengingatkan saya begini: Lakukan semua pekerjaan atau apa saja dengan rasa tanggung jawab dan jujur. Kerana kejujuran adalah harga diri manusia yang tidak ternilai. Telalu sedikit manusia yang tidak jujur pada diri sendiri, pada janji dan sebagainya, bila kau menjadikan kejujuran itu panduan hidup, engkau akan merasa kebahagiannya.

Saya cuma anggukkan kepala sahaja bila mendengar dia berkata begitu. Beberapa bulan berselang, datuk menyatakan hasratnya untuk pergi ke Kampung Sadang untuk memikat burung waktu malam.

Saya tidak tahu bagaimana datuk teringatkan hal itu. Pada fikiran saya dia sudah tentu melupakannya. Sebenarnya, saya sudah memutuskan dalam hati, bahawa saya tidak akan menurut bersama datuk pergi ke tempat tersebut.

“Minggu depan, petang Jumaat aku nak pergi,” datuk mengingatkan saya.

“Baguslah tu tok, barang-barang yang dulu semuanya ada di dalam bilik.”

“Kau bagaimana? Tak mahu ikut sama?” tanya datuk.

“Saya malaslah datuk.” Datuk puas hati dengan jawapan saya itu. Sementara menanti petang Jumaat, datuk hanya duduk di rumah saja. Kadang-kadang dia menjenguk bini mudanya di kampung bunian.

Pada suatu petang. Selepas datuk menemui isteri mudanya, dia memanggil saya. Cepat-cepat saya menghampirinya. Datuk duduk terjuntai kaki di kepala tangga.

“Ada apa datuk?”

“Dua tiga hari ni, aku selalu teringatkan adik bongsu aku yang duduk di Hulu Kuang, agaknya dia sakit.”

“Habis datuk nak pergi ke sana?”

“Hajat tu memanglah begitu.”

“Kata datuk, datuk nak pergi ke Kampung Sadang.”

“Itu tak mustahak yang penting adik beradik.”

Saya terdiam mendengar cakap datuk itu. Saya segera teringat, kali terakhir saya bertemu dengan adik bongsu datuk yang saya panggil ayah Ngah itu, dalam tahun 1947.

Lepas itu saya tak pernah bertemu dengannya lagi, terlalu sukar untuk pergi ke Hulu Kuang. Tidak ada kenderaan yang boleh sampai ke sana. Lagipun kawasan itu termasuk dalam kawasan hitam, (sekarang sudah ada jalanraya dan kenderaan yang berulang-alik dari Chemor ke Hulu Kuang) kerana hal-hal itu saya dan datuk terpisah dengan keluarga.

Petang itu juga kami bertolak dari rumah datuk ke Ipoh dengan naiki bas. Dari Ipoh kami menyewa teksi pergi ke Chemor. Sampai ke Chemor sudah pukul enam petang.

Kami tidak dibenarkan masuk ke Hulu Kuang, kerana kawasan itu terlibat dengan perintah berkurung dari jam enam petang hingga enam pagi.

Datuk terus melaporkan dirinya ke Balai Polis Chemor kerana kami membuat keputusan untuk tidur di masjid Chemor.

Selepas memberikan butir-butir mengenai diri kami kepada pihak polis, kami dibenarkan tidur di masjid tersebut.

Sesudah menunaikan sembahyang Isyak, saya terus baring di bucu masjid. Datuk baring dekat tiang. Akhirnya saya terlena. Lebih kurang pukul dua malam, datuk mengejutkan saya.

“Bangun kita pergi ke Hulu Kuang.”

“Macam mana nak pergi, nanti kita kena tangkap atau ditembak askar.”

“Kau ni banyak cakap pula, bangun sajalah,” suara datuk keras.

Dia menarik tangan saya hingga terduduk. Saya terus kesat mata dengan belakang tangan. Datuk menyuruh saya berdiri di muka pintu masjid. Perintahnya saya ikuti.

“Sebentar lagi dia datang,” Datuk beritahu saya.

“Apa yang datang tok?” tanya saya ingin tahu.

“Kau jangan banyak cakap,” Datuk menyergah saya.

Mukanya kelihatan bengis. Masa itu datuk sudahpun mengenakan baju hitam, seluar hitam di badan. Kepalanya juga dililit dengan kain hitam. Dalam hati kecil saya timbul keraguan tentang diri datuk. Saya mengira dia ada hubungan dengan pengganas komunis. Kalau tidak masakan dia berani berjalan malam waktu zaman dharurat.

“Ke tepi,” datuk menolak badan saya yang tercegat di muka pintu masjid. Saya tersungkur atas lantai. Datuk menampar tangan kanannya ke pangkal paha kanannya dengan sekuat hati. Dia melemparkan tujuh biji batu bertih ke tengah laman masjid.

Kemudian datuk menekan ibu jari kanannya ke tapak tangan kiri tujuh kali berturut-turut. Tiba-tiba saya terdengar bunyi suara harimau mengaum. Cukup kuat. Kepala lutut saya mengeletar.

Dengan tiba-tiba sahaja saya rebah atas lantai masjid dan tidak berdaya bangun. Seekor harimau belang yang cukup besar muncul di depan halaman masjid sambil menguit-guitkan ekornya.

“Makanlah kau lapar,” suara datuk keras.

Saya lihat harimau itu terus memakan tujuh biji bertih. Bila harimau itu selesai makan. Datuk segera merapatinya. Datuk menggosok-gosok kepala harimau itu dengan tangannya. Dan lidah harimau yang panjang itu menjilat pipi dan hidung datuk.

Harimau itu berguling-guling atas tanah sambil kakinya menampar seluruh badan datuk. Datuk mengosok perut harimau itu. Datuk mengira kuku di jari harimau. Datuk bermain-main dengan harimau macam bermain dengan anak kucing.

Akhirnya datuk menepuk dahi harimau tujuh kali dengan tangan kiri. Harimau pula menjilat telinga kanan datuk tujuh kali.

“Bangun, kau dah kenyang,” mendengar cakap datuk itu, harimau besar segera bangun sambil menguap. Saya bertambah ngeri melihat giginya yang tajam dan putih. Harimau itu menggaum lagi.

Datuk memanggil saya. Saya cuba bangun tapi saya tidak berdaya. Tempurung lutut saya terasa longgar. Datuk terus menarik tangan saya. Saya diheret hingga ke depan harimau besar.

“Ini cucu aku,” datuk memberitahu harimau besar.

Saya lihat sepasang mata harimau itu merenung ganas ke wajah datuk. Datuk berdehem tiga kali berturut-turut. Harimau itu melunjukan kaki depannya. Badannya direndahkan. Datuk mengangkat badan saya lalu diletakannya di pangkal tengkuk harimau berbadan besar serta berbelang tebal.

Saya rasa nyawa saya sudah melayang dari badan. Badan saya jadi lembik. Saya tidak boleh duduk tegak. Dada dan muka saya terhempap atas batang leher harimau.

Bulu harimau yang kasar dan keras itu mencucuk batang hidung dan pipi saya. Bila harimau itu mengerak-gerak badannya saya juga ikut bergerak.

“Peluk tengkuknya kuat-kuat,” datuk mengigatkan saya.

Antara sedar dengan tidak saya lihat datuk terus naik atas belakang harimau. Harimau besar itu segera menegakkan badannya. Datuk terus menepuk-nepuk punggung harimau, macam gembala lembu menepuk punggung lembu.

“Ke Hulu Kuang,” saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu harimau pun melangkah. Saya rasa harimau itu berjalan bagaikan tidak jejak ke bumi.

Melayang-layang di udara membelah pekan Chemor melintasi jambatan keretapi. Terus menghala ke kampung Cik Zainal serta melintasi kawasan Kampung Baru Tanah Hitam.

Saya nampak tentera berjaga dengan senjata di tangan. Semuanya tidak memandang ke arah kami. Kerana terlalu laju harimau itu bergerak. Badan saya terasa sejuk.

Belum selesai saya menghitung dari satu sampai ke sepuluh. Harimau itu sudahpun tiba di kaki tangga rumah adik bongsu datuk. Hari masih gelap lagi. Kokok ayam masih kedengaran. Datuk menurunkan saya dari belakang harimau.

Sebelum harimau meninggalkan kami, datuk memberi harimau itu makan tujuh biji bertih. Saya tidak tahu dari mana bertih itu diperolehi oleh datuk. Selesai saja harimau itu memakan bertih. Lagi sekali datuk menepuk-nepuk dahi harimau. Datuk membisikkan sesuatu ke telinga harimau. Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang diucapkan oleh datuk kerana telinganya bergerak-gerak.

“Balik ke rumah kita jaga kampung serta tanah ladang kita,” suara datuk meninggi.

Harimau itu mengguap panjang. Dengan sekelip mata saja harimau besar hilang dari pandangan saya. Datuk tidak segera mengejutkan adik bongsunya.

Menurut datuk pantang besar kalau kita menunggang harimau mengejutkan tuan rumah yang kita pergi sebelum tuan rumah itu terjaga.

Adik bongsu datuk terkejut, bila dia membuka pintu rumah pagi itu didapatinya kami duduk di kaki tangga. Dia mengucap panjang dan merasa takjub bagaimana kami boleh sampai pagi ke tempatnya sedangkan perintah berkurung berakhir pada jam enam pagi.

Dia terus menyoal datuk bagaimana kami boleh sampai terlalu awal. Pertanyaan atau soalan itu tidak dijawab oleh datuk. Datuk mengubah tajuk perbualan pada perkara lain.

Sambil minum kopi pagi, adik bongsu datuk menceritakan keadaan kampung Hulu Kuang sambil bertanya khabar hal nenek serta anak cucu datuk. Perbualan datuk dengan adik bongsunya sungguh rancak pagi itu.

Saya tidak banyak campur dalam perbualan mereka. Saya lebih senang berdiri di muka tingkap melihat daun-daun pokok yang menghijau serta puncak gunung yang diselimuti kabus nipis.

“Kau sakit, aku nampak kau kurus sangat ni,” saya terdengar suara datuk. Saya segera menoleh ke belakang. Saya lihat datuk sedang memerhati tubuh adik bongsunya yang cengkung dan kurus.

“Saya baru baik dari demam, dan tu kena berjaga malam pula,” jawab adik bongsu datuk.

“Hai, musim darurat pun kena berjaga malam?”

“Berjaga dalam rumah?” sahut isteri adik bongsu datu dari dapur.

Saya tertarik hati dengan perbualan itu. Memaksa saya duduk di sebelah datuk. Datuk saya lihat mengkerutkan keningnya.

“Kenapa pula tu. Ada pencuri ke?” Pertanyaan itu tidak dijawab oleh adik bongsu datuk dan isterinya. Mereka kelihatan resah dan tidak menentu.

“Apa halnya cakap. Kalau boleh aku tolong, aku berusaha menolong kalau tak boleh kita cari orang lain untuk menolongnya,” datuk memberi sebuah harapan. Isteri adik bongsu datuk tersenyum. Adik bongsu datuk termenung panjang.

“Susah orang nak menolongnya,” begitu hampa nada suara adik bongsu datuk.

“Susah macam mana?” tanya datuk.

“Kerja iblis.”

“Kita lawan cara iblis.”

“Begini, di kampung ni ada toyol jadi-jadian, sekejap menjelma jadi kucing, sekejap jadi tikus.”

Adik bongsu datuk menerangkan sambil merenung ke kiri kanan. Datuk terdiam. Lama juga datuk termenung. Datuk bangun berdiri di muka pintu. Tangan kanannya memaut jenang pintu. Datuk duduk kembali.

“Biasanya toyol jadi-jadian ni, ada orang yang membelanya. Dia mesti sepasang ada jantan betinanya. Rumah kau ada dia masuk?”

“Ada, dia menyerupai kucing hitam, bila terserempak dengan kami dia menghilangkan diri.”

Dengan penerangan adik bongsunya itu datuk dapat menduga bahawa toyol jadi-jadian itu masih belum mempunyai pasangan lagi.

Dan orang yang membela akan berusaha mencari pasangannya. Datuk memberitahu adik bongsunya, perkara itu boleh diatasi atau dilenyapkan terus dengan syarat dia harus tinggal di Hulu Kuang agak lama sedikit. Untuk mencari tuan punya toyol jadi-jadian itu memakan masa. Memerlukan beberapa syarat yang tertentu.

“Kerjanya sulit, tapi harapan masih ada kerana tuan punya masih mencari pasangannya lagi,” jelas datuk dengan tenang.

“Macam mana caranya?” soal isteri adik bongsu datuk.

Mendengarkan pertanyaan itu datuk tersenyum panjang sambil memicit pangkal dagu.

“Kita tunggu kalau ada perempuan mati beranak sulung, baru senang menangkap tuannya.”

Cakap datuk itu membuat adik bongsu datuk dan isterinya berpandangan.

Dalam kepala isteri adik bongsu datuk mula terbayang tentang perempuan-perempuan di Kampung Hulu Kuang yang mengandung anak sulung. Ada lima orang semuanya.

Atas persetujuan orang-orang Kampung Hulu Kuang datuk diminta duduk di kampung tersebut selama dua bulan untuk menghalau toyol jadi-jadian yang menganggu kampung mereka.

Nasib datuk dan saya agak baik, baru tiga minggu di Hulu Kuang, terdengar salah seorang daripada penduduk kampung itu meninggal dunia ketika melahirkan anak sulung. Anak dan ibu mati serentak.

Datuk pergi ke rumah keluarga yang malang itu, datuk turut sama menghantar jenazah ibu dan anak itu ke tanah kubur.

Tetapi, sebaik sahaja datuk pulang dari tanah kubur. Datuk tidak dapat tidur sepanjang malam.

Dia didatangi dengan berbagai-bagai mimpi yang ngeri dan menakutkan. Datuk membuka kertas firasat yang dibawanya.

Waktu dia membaca firasat itulah datuk terdengar suara perempuan memujuk anak yang menangis di bawah rumah. Datuk membuka pintu, datuk melihat satu cahaya berekor panjang naik ke udara dari tanah perkuburan. Datuk pun mengejutkan saya.

Tamat siri 11/284

BACA: SBDJ Siri 10: Mencari Harta Karun
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-SENTIASAPANAS.COM

Bagaimana Cara Membaca Mesej WhatsApp Yang Telah Dipadam?

Bagaimana Cara Membaca Mesej WhatsApp Yang Telah Dipadam?

Kita sering menyesal apabila memadam mesej WhatsApp sama ada secara sengaja atau tak sengaja sedangkan mesej itu cukup penting atau berguna untuk disimpan kerana pengguna diberi pilihan untuk memadam mesej tertentu dalam ruangan chat atau ruangan chat itu sendiri, tetapi tidak menawarkan penyelesaian untuk mendapatkannya semula.

Mesej WhatsApp Dipadam

Apabila anda memadamkan mesej atau chat, sekurang-kurangnya terdapat kemungkinan ia masih disimpan oleh penerima, jadi anda boleh meminta salinan daripada mereka.

Tetapi bagaimana jika anda dan penerima masing-masing telah memadamnya, atau lebih teruk, anda telah menggunakan pilihan padam 'Delete for Everyone'.

WhatsApp tidak secara rasmi memberikan anda alat atau cara untuk mendapatkan semula mesej atau chat yang telah dipadam.

Walau bagaimanapun, terdapat dua cara yang mungkin boleh membantu anda membaca mesej yang dipadam di WhatsApp, tetapi tetap tiada jaminan.

Ini kerana WhatsApp meletakkan sekatan tertentu pada ciri-cirinya, malah beberapa aplikasi pihak ketiga juga tidak boleh memintasnya.

Kaedah pertama melibatkan muat turun aplikasi pihak ketiga, sementara kaedah kedua adalah cara mudah yang mungkin berfungsi jika semuanya dibuat dan berada di tempat yang betul.

Perlu diingatkan bahawa WhatsApp tidak mengesyorkan muat turun aplikasi pihak ketiga dan tidak memberi mereka akses kepada data anda, justeru anda harus membaca dasar privasi aplikasi pihak ketiga sebelum memuat turunnya.

KAEDAH 1

Menurut blog Sepanyol Android Jefe, notifikasi WhatsApp untuk mesej individu dan mesej chat dilog masuk ke memori telefon, melainkan anda telah menetapkan 'mute' untuk kenalan atau kumpulan tertentu.

Log itu disimpan dalam memori sehingga peranti dihidupkan semula (restart), oleh itu mesej yang telah dipadam dapat dibaca dan ditemui semula.

Penerima mesej masih boleh membacanya walaupun ia telah dipadamkan dari telefon penghantar dan penerima.

Harus diambil perhatian bahawa ini bukan eksploitasi, ia hanya satu penyelesaian melibatkan pemberian akses kepada aplikasi pihak ketiga dan ia hanya akan berfungsi pada peranti Android.

Caranya:

Langkah 1

Dari Google Play Store, muat turun aplikasi 'Notification History'. Lancarkan aplikasi itu dan berikan kebenaran peranti yang diperlukan.

Langkah 2

Anda kini boleh menyaring seluruh log untuk mencari mesej WhatsApp yang anda mahu baca tetapi telah dipadam.

Bagaimanapun, notifikasi mesej berkumpulan mungkin sukar untuk dipecah-pecahkan kepada mesej individu. Lebih-lebih lagi, ia memerlukan anda meneliti seluruh log untuk mencari mesej.

Selain aplikasi yang disebutkan di atas, anda juga boleh memuat turun pelancar aplikasi seperti Nova Launcher yang akan log notifikasi yang diterima pada telefon Android.

Sesetengah telefon Android menawarkan kemudahan ini secara 'build in'.

Kaedah 2

Kaedah kedua adalah lebih mudah berbanding sebelumnya.

Semua pertukaran mesej anda mempunyai 'back up' dalam memori lokal anda, begitu juga dengan 'cloud'- - Google Drive atau iCloud.

Untuk membaca mesej yang dipadamkan, apa yang perlu dilakukan adalah membuat pengstoran semula 'back up' yang mengandungi mesej-mesej tersebut.

Walau bagaimanapun, ia hanya terpakai kepada penghantar mesej. Penerima hanya boleh mengikuti kaedah ini jika mesej itu belum dipadamkan pada penghantarnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Disebalik Perbalahan Kaum Di Malaysia

Disebalik Perbalahan Kaum Di Malaysia

Adakah orang Melayu pemalas? Persoalan yang sama boleh ditanya sama ada, adakah orang India kaki mabuk atau gangster? Adakah orang Cina semua kaya? Inilah stereotaip yang sering dipromosi dalam masyarakat kita di Malaysia.

Perbalahan Kaum

Mengenai isu malas. Biasanya majikan dan juga masyarakat amnya menganggap mereka yang buat kerja 8 jam itu malas berbanding dengan mereka yang buat kerja lebih masa (OT).

Walaupun hujah kita bahawa seseorang harus mendapat gaji yang munasabah dengan hanya bekerja 8 jam, tetapi naratif majikan dan kelas pemerintah adalah mereka yang bekerja 8 jam ini malas.

Maka, mereka mewujudkan persaingan antara pekerja yang mahu kerja OT dengan pekerja yang hanya mahu bekerja 8 jam.

Berbalik kepada isu orang Melayu pemalas, pada zaman penjajahan, British mendapati amat sukar untuk memaksa orang Melayu bekerja di lombong timah dan bekerja di ladang.

Bukan kerana orang Melayu tidak mahu bekerja tetapi mereka pada masa itu selesa dengan kehidupan sebagai petani, pesawah dan nelayan. Mereka dapat menampung kehidupan mereka.

Maka British berjaya membawa masuk Orang Cina dan India yang mengalami masalah kemiskinan di negara mereka sendiri untuk bekerja di lombong-lombong dan tanah-tanah ladang demi untuk memperkayakan empayar British.

Mereka juga mengamalkan polisi pecah dan perintah. Samalah modus operandi apabila Mahathir Mohamad bercakap orang Melayu malas, ia sebenarnya mewujudkan satu persaingan dengan kaum-kaum yang lain.

Sistem kapitalis memang dalam nalurinya mewujudkan persaingan dan akan menggunakan pelbagai perpecahan di kalangan masyarakat seperti agama, etnik dan budaya untuk memastikan kekayaan maksimum.

Agenda ini tidak berbeza dari agenda penjajah British dulu. Hari ini musuh untuk pekerja Malaysia adalah pekerja asing. Naratif ini terus digunakan.

Maka sekarang pekerja asing yang membuat kerja 3D – kotor, sukar dan bahaya – dilihat sebagai pekerja yang rajin manakala setiap majikan bercakap mereka mahukan pekerja asing.

Agenda majikan sebenarnya adalah, polisi gaji murah dan untuk memaksimkan keuntungan.

Namun, apa yang mereka katakan adalah pekerja Malaysia malas, tidak mahu buat kerja itu dan terlalu manja.

Pecah dan perintah antara masyarakat kita ataupun antara kita dengan pekerja asing hanyalah agenda keuntungan ekonomi segelintir kecil pihak kapitalis.

Segelintir kecil ini boleh jadi orang Cina, India, Melayu, Jepun, Eropah atau sesiapa pun.

RUSIA YANG HILANG

Dalam tahun 1892-94 seorang pengembara Rusia, mungkin juga seorang askar upahan (siapa tahu adalah perisik) bernama Vasily Mamalyga, telah membantu Lombok menentang askar Belanda.

Lombok kalah, dan Mamalyga (juga kadang kala dieja sebagai Memelige dan WP Mamalyga) dipenjarakan selama empat tahun di dalam penjara Belanda.

Beliau dibebaskan kemudiannya dan diminta ke Moldavia dalam tahun 1899.

Dua tahun kemudian, anehnya, Mamalyga kembali ke alam Melayu kali ini sebagai tukang masak di atas sebuah kapal wap Rusia.

Kapal ini berlabuh di Singapura pada tahun 1901. Ia sepatutnya belayar ke Jawa tetapi Mamalyga tidak dapat meneruskan perjalanan kerana rekodnya yang masih buruk dalam tangan Belanda.

Di Singapura, gerak geri Mamalyga diawasi oleh Baron Kister, Konsul Rusia di pejabat Konsulat Rusia Tsar, sekurang-kurangnya dalam dua insiden iaitu pada bulan Ogos 1901, dan Oktober 1902.

Keberadaan Mamalyga di alam Melayu ini pernah menjadi tumpuan Elizaveta lvanovna Gnevusheva, seorang pensyarah di Universiti Moscow dalam tahun 1965, yang kemudian menarik pula perhatian sejarawan Anthony Reid dalam tahun 1966, yang ketika itu sedang berkhidmat di Universiti Malaya.

Harus dinyatakan di sini pada waktu itu Kelantan sudah pun bebas (walaupun tidak sepenuhnya) dari pengaruh Siam. Pun tradisi menghantar Bunga Mas ke istana Siam masih berjalan.

Penjajah British berminat untuk menguasai penuh Kelantan dan Terengganu (juga Kedah) tetapi sangat berhati-hati untuk tidak memprovokasi Siam yang mana mempunyai hubungan yang erat dengan Perancis.

Tambahan pula Inggeris baru sahaja mencampuri urusan Perak yang berperang dengan Kesultanan Reman (yang berpusat di Gerik, Perak hari ini).

Tidak ramai yang tahu mengenai Kesultanan Reman yang mahu memerdekakan diri dari Patani pada tahun 1810 iaitu apabila Tuan Tok Nik Tok Leh menolak dari menjadi sebahagian jajahan Patani. Reman turut berperang dengan Perak kemudiannya.

Pada tahun 1899, ekoran perang yang panjang, Reman dan Patani menjadi lemah kedua-duanya dan Siam mengambil peluang meluaskan pengaruh. British mengiktiraf kedudukan istimewa Siam tersebut.

Jadi apa yang berlaku di Kelantan? Apa pula yang dilakukan seorang Rusia di Kota Baharu?

Semuanya kerana kuasa Siam semakin mencekam kembali. Ini terjadi apabila Siam melantik Phya Sukhom sebagai gabenor Songkhla dalam tahun 1897.

Phya tidak menggunakan gaya lama untuk menggasak Kelantan dan Patani.

Kaedah Phya jauh lebih sofistikated dan sistematik iaitu dengan memperkenalkan pada tahun 1897 sehingga 1901, antara lain komisioner, pejabat pos, bot kawalan perang dan penjaga sempadan yang diupah dari Denmark. Ini menyebabkan kehadiran Siam jauh lebih dirasai.

Kerabat diraja Kelantan dan Patani mulai resah kerana Raja Senik (yang nampaknya memilih menggunakan nama dan gelar Sultan Muhammad IV (1899-1920), kurang berbuat apa-apa dan tampak tidak berdaya dalam menangani pemerintahan seharian.

Kelemahan ini gara-gara kegagalan baginda menyelesaikan pertikaian sesama kerabat raja yang berlarutan sejak pemerintahan Sultan Muhammad III (bapa Raja Senik) dan Sultan Mansur sehingga memberi ruang pada kerajaan Siam untuk meluaskan semula pengaruh di Kelantan.

Malah, di satu peringkat, Raja Senik ikut meminta bantuan Siam semasa proses peralihan kuasa selepas kemangkatan Sultan Mansur.

Bantuan penjajah tiba

Agar tidak dihambat Siam dan takhtanya pula tidak direbut oleh kerabat lain, Raja Senik, atau seperti yang baginda suka - Sultan Muhammad IV - perlu meminta bantuan asing. Maka Inggeris pun dihampiri.

Ketakutan Sultan Muhammad IV kian besar apabila Siam menahan pemerintah Patani, Raja Abdul Kadir pada bulan Februari, 1902. Isteri Raja Abdul Kadir Patani, adalah ibu saudara Sultan Muhammad IV.

Bantuan penjajah tiba. Sultan Muhammad IV lega sementara. Inggeris akhirnya berjaya menundukkan Siam agar menerima seorang Inggeris sebagai Residen Siam di Kelantan di bawah Perjanjian Siam-Kelantan pada bulan Oktober 1902.

Pun pada bulan Mei 1902, Sultan Muhammad IV melawat Singapura dan merayu supaya Frank Swettenham bagi pihak British menentang Siam.

Frank Swettenham ingin meminimumkan perang, sementara Melayu ingin berperang.

Untuk menenangkan sultan Kelantan yang begitu goyang itu, Frank Swettenham menghantar 100 orang Sikh terlatih untuk mengiringi baginda pulang ke Kota Baharu.

Pada bulan Ogos, kesemua mereka berlayar pulang dengan SS Flevo untuk mengawal takhta Sultan Muhammad IV dari Siam dan sebarang perbalahan dalaman, khusus yang mungkin dibangkitkan oleh Raja Ismail dari Selangor.

Siapa pula Raja Ismail ini? Apa pula kaitannya dengan seorang Rusia yang licik?

Raja Ismail bin Raja Abdullah sudah pun dikenali melalui Perang Saudara di Selangor antara tahun 1866-74.

Ayahandanya Raja Abdullah, telah disingkirkan sebagai penguasa Kelang oleh Raja Mahdi dan Raja Ismail bangkit bergabung tenaga dengan Tengku Kudin untuk merebut posisi.

Inggeris bagaimanapun mengiktiraf Tengku Kudin dan bukan Raja Ismail pada tahun 1874.

Tentulah Raja Ismail berduka lantas merayu agar diberi tempat dalam pentadbiran Selangor. Inggeris tidak mengendahkannya.

Raja Ismail membawa rajuk dan mulai membawa diri menempel kepada Sultan Abu Bakar di Johor.

Raja Ismail (Selangor) dan Sultan Abu Bakar (Johor) nampaknya kurang senang dengan pilihan Kelantan untuk mendekatkan diri dengan Inggeris.

Raja Ismail telah mendapatkan bantuan Mamalyga, sang Rusia misterius di Singapura ini dalam tahun 1902.

Bersama-sama 100 orang, Mamalyga berangkat ke Kelantan sebagai kuasa bebas.

Beliau membawa sama surat daripada Raja Ismail untuk memujuk Sultan Muhammad IV agar menerima bantuannya.

Raja Ismail berharap Sultan Kelantan waktu itu akan tertarik dengan orang Rusia.

Baron Kister, konsulat Rusia di Singapura dengan segera menghubungi Raja Ismail dan cuba memberitahu agar tidak mempercayai Mamalyga.

Rusia pada waktu itu berhasrat menghindar diri dari terlibat dalam pertikaian yang sudah cukup rusuh di rantau Melayu antara kuasa Inggeris, Belanda, Perancis dan Sepanyol.

Raja Ismail menolak permintaan Baron Kister dan membalas bahawa Mamalyga adalah seorang Rusia yang budiman dan orang Melayu mempercayainya.

Usaha mencegah Mamalygin ke Kelantan dengan kapal Flevo pada Ogos 1902 gagal.

Terpukau akan Inggeris

Mungkin sahaja Mamalyga tiba di Kelantan serentak dengan Sultan Muhammad IV bersama-sama 100 orang Sikh bekalan Frank Swettenham.

Mujur mereka tidak bertempur, jika tidak lebih banyak nyawa rakyat terkorban demi mempertahankan kuasa.

Kesimpulannya, Sultan Muhammad IV Kelantan pada tahun 1902 tidak terpesona dengan seorang Rusia. Baginda lebih terpukau akan Inggeris.

Kehadiran 100 orang askar Sikh sebagai wakil British itu berjaya menakutkan Siam dan mungkin Raja Ismail sendiri.

Tiada tahu apa yang terjadi kepada Mamalyga yang diupah Raja Ismail apabila ia tiba di Kelantan. Nama Mamalyga hilang begitu sahaja dari sejarah.

Mungkin Mamalyga berkahwin dengan mana-mana mek di Tumpat atau menyamar belajar fikah masuk pondok di Pulau Melaka.

Tiada rekod dari Konsulat Rusia Tsar di Singapura mengenai Mamalyga sehingga setakat ini.

Beberapa tahun kemudian termeterailah Perjanjian Inggeris-Siam 1909, empat negeri di bawah naungan Siam diserahkan kepada Inggeris.

Bertakhtalah Sultan Muhammad di Kota Bharu dengan bahagianya dan selamat.

Apakah pelajaran untuk kita?

Hari ini, segelintir generasi kita sering mengkhayalkan pemerintahan Melayu-Islam yang kononnya gemilang.

Malangnya, mereka mengabaikan sejarah mengenai perang demi perang saudara, percaturan politik raja-raja Melayu yang salah pada waktu dahulu dan juga campur tangan kuasa asing di rantau ini.

Mereka tergila-gilakan pemerintahan Melayu-Islam yang kononnya berteraskan raja dan ulama yang saling akrab memadu kasih. Perangai meromantikkan episod sejarah dahulu kala ini harus dibanteras di akar umbi.

Tidak, pemerintahan Melayu-Islam dahulu kala bukanlah sama sekali model untuk kita hari ini.

Malah, seperti yang diperlihatkan di atas, keadaan pada waktu itu amatlah celaru sehingga nyaris seorang Rusia pun ikut masuk dalam istana.

Jelas sekali mereka, orang dahulu kala mempunyai masalah dan pergolakan sendiri yang kompleks.

Mereka punya ketakutan yang khusus sehingga kadang membuat pilihan nanar dan tidak ada sebab kita harus menjadi seperti mereka.

Hari ini kita juga punya masalah yang haru. Sehingga tahun 2018, telor masing-masing umat Melayu masih di hujung tanduk ditentukan oleh kancah demi kancah perangai peribadi serta bidak niaga dan kuasa.

Mujurlah ada sebahagiannya mengenal demokrasi pada 9 Mei 2018.

Bolehlah kita berpijak di bumi nyata dan belajar untuk menguruskan negeri menurut realiti hari ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2