Friday, February 16, 2018

Keajaiban Bersedekah Kepada Kesihatan, Sakit Dan Kematian

Keajaiban Bersedekah Kepada Kesihatan, Sakit Dan Kematian

Salah satu terapi yang boleh menyembuhkan sesuatu penyakit namun tidak di ambil berat oleh umat Islam adalah berubat dengan sedekah. Padahal dengan izin Allah SWT, sedekah memiliki rahsia yang mengagumkan dalam mengubati berbagai penyakit. Ini sudah terbukti kebenarannya.

Keajaiban Sedekah Kepada Kesihatan, Sakit Dan Kematian

Aswad bin Yazid meriwayatkan bahawa Abdullah berkata Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Ubatilah sakit kamu dengan bersedekah, perliharalah harta kamu dengan berzakat dan hindarilah bala dengan berdoa." (Hadis Riwayat Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra jil 3, hal 382. Albani menganggapnya sebagai hasan di dalam Sahih al-Jamik al-Shagir)

Berdasarkan hadis ini terdapat tiga perkara kebaikan yang dinyatakan Nabi SAW iaitu, Ubatilah sakit kamu dengan bersedekah, Perliharalah harta kamu dengan berzakat dan Hindarilah bala dengan berdoa.

Huraiannya

PERTAMA: Ubatilah sakit kamu dengan bersedekah

Hadis ini merupakan hadis yang sangat istimewa. Ia menjadi bukti bahawa sedekah dengan izin Allah SWT telah menjadi salah satu cara untuk berubat dan penawar bagi suatu penyakit.

Salah satu terapi yang boleh menyembuhkan sesuatu penyakit namun tidak di ambil berat oleh umat Islam adalah berubat dengan sedekah.

Kita perlu ingat bahawa penyakit itu datangnya daripada Allah SWT, ubat dan penyembuhan semuanya datang daripada Allah SWT, maka jika bersedekah itu satu cara boleh meredakan kemurkaan Allah SWT maka ianya amat mudah bagi Allah SWT untuk menyembuhkan sesuatu penyakit itu.

Jika Nabi SAW sendiri menyatakan, 'Ubatilah sakit kamu dengan bersedekah' pasti ada hikmah dan rahsia yang besar dibalik bersedekah tersebut.

Nabi SAW tidak akan berkata mengikut hawa nafsunya melainkan ianya adalah wahyu yang datangnya daripada Allah SWT.

Para doktor moden hari ini mungkin tidak nampak logik atau resionalnya perkara ini dan mereka akan nampak lebih pada jenis penyakit dan ubat yang bersesuaian sahaja.

Ibnu Qayyim berkata, "Setiap doktor tidak akan mengubati penyakit dengan cara mengajak pesakitnya untuk menjernihkan hati, memperkuat roh dengan bersedekah, mengajak membuat kebaikan, mengingati Allah dan menganjurkan untuk memberkati diri untuk akhirat. Mereka bukanlah doktor yang sebenarnya, mereka hanya mengubati penyakit untuk sementara waktu."(Zad al-Maad jilid 4, hal. 144)

Terdapat banyak kes penyakit kronik yang tidak mampu diubati di hospital tetapi dengan izin Allah penyakit tersebut baik apabila pesakit tersebut memberikan sedekah dengan niat kerana Allah SWT semata-mata.

Ubatnya adalah sedekah dengan niat mencari kesembuhan. Mungkin kalian telah banyak sedekah, tetapi tidak kalian niatkan untuk Allah SWT untuk menyembuhkan dari penyakit kalian.

Cuba sekarang dan hendaknya kalian yakin bahawa Allah SWT akan menyembuhkan penyakit kalian. Berilah makan orang-orang fakir, atau bantulah anak-anak yatim, atau wakafkanlah hartamu atau keluarkanlah sedekah jariahmu. Sungguh sedekah dapat menghilangkan penyakit dan kesusahan, musibah atau cubaan.

Mereka yang diberi taufik oleh Allah SWT telah mencuba nasihat ini. Akhirnya mereka mendapatkan ubat rohiyah yang lebih mujarab daripada ubat jasmani.

Rasulullah SAW juga mengubati dengan ubat rohiyah sekaligus boleh mengubati penyakit lahiriyah.

Para salafus soleh juga mengeluarkan sedekah yang sepadan dengan penyakit dan musibah yang menimpa mereka. Mereka mengeluarkan harta mereka yang paling mereka cintai.

Jangan bakhil untuk diri kalian sendiri, jika kalian memang memiliki harta dan kemudahan. Inilah kesempatannya untuk kalian cuba dan amalkan.

Dikisahkan bahawa Abdullah bin Mubarak pernah ditanya oleh seorang lelaki tentang penyakit yang menimpa lututnya semenjak tujuh tahun. Ia telah mengubati lututnya dengan berbagai macam ubat. Ia telah bertanya kepada para doktor, tetapi tidak menghasilkan apa-apa.

Ibnu al-Mubarak pun berkata kepadanya, “Pergi dan galilah telaga, kerana manusia sedang memerlukan air. Saya berharap akan ada mata air di dalam perigi yang engkau gali dan dapat menyembuhkan sakit di lututmu. Lelaki itu lalu menggali perigi dengan izin Allah SWT penyakitnya pun sembuh.“ (Kisah ini terdapat dalam “Shahih at-Targhib”)

Bersedekah dengan harta yang kalian paling dicintai dan mengeluarkan sedekah terus menerus, nescaya Allah SWT akan menyembuhkannya walaupun hanya sebahagian penyakit.

Yakin kepada Allah SWT sesungguhnya Allah SWT tidak melalaikan balasan untuk orang yang berbuat baik.

Bersedekahlah dengan bersungguh-sungguh dan percayalah kepada Allah SWT. Jangan seperti orang yang melalaikan nasihat yang bermakna ini, hingga ia tidak mahu mengeluarkan sebahagian hartanya untuk bersedekah lagi.

Padahal bertahun-tahun ia menderita sakit dan berulang-alik berjumpa doktor untuk mengubati panyakitnya, dengan menghabiskan banyak wang dari simpanannya.

Keluarkan sedekah lagi, perbanyak sedekah semampumu. Jika masih belum sembuh, mungkin Allah SWT memanjangkan sakitmu untuk sebuah hikmah yang dikehendakiNya atau kerana kemaksiatan yang menghalang kesembuhanmu. Jika demikian cepatlah bertaubat dan perbanyak doa di sepertiga malam terakhir.

Sekiranya ada di antara kalian yang diberikan nikmat sihat oleh Allah SWT, jangan tinggalkan sedekah dengan alasan kalian sihat.

Seperti halnya orang yang sakit boleh sembuh maka orang yang sihat pun boleh sakit. Ada pepatah mengatakan, “Mencegah lebih baik dari mengubati”.

Sekali lagi diulangi, di samping berikhitar mencari penawar untuk mengubati penyakit yang dihadapi jangan tinggal sedekah, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT.

Empat perkara ini perlu ada dan jangan dipisahkan insya Allah kalian akan sembuh daripada apa sahaja penyakit yang kalian sedang hadapi.

KEDUA: Perliharalah harta kamu dengan berzakat

Hikmah mengeluarkan zakat adalah seperti berikut:

1. Untuk kesucian rohani

Orang yang mengeluarkan zakat, jiwa mereka akan terdidik dengan baik, sifat rahmah dan penyayang akan terpupuk di sanubari.

2. Untuk diri sendiri

Sebagai satu pensucian dan mengembangkan harta, lahirkan rasa kesyukuran dengan pemberian Allah SWT dan membawa suatu rasa keamanan dan kesejahteraan.

3. Untuk masyarakat

Dengan berzakat, ia mengurangkan perasaan irihati di antara mereka yang tidak berkemampuan, memberi satu panduan Islam dalam menguruskan ekonomi dan kewangan dan membolehkan pembahagian sebahagian kekayaan orang-orang yang kaya kepada orang-orang miskin.

Orang yang enggan mengeluarkan zakat bererti telah merobohkan satu daripada rukun-rukun Islam.

Sebagaimana mengeluarkan zakat oleh yang berkemampuan kepada yang tidak berkemampuan boleh menimbulkan kasih sayang dan saling hormat-menghormati antara dua lapisan masyarakat, maka kengganan mengeluarkan zakat akan menimbulkan perselisihan dan kebencian antara sesama mereka.

Golongan fakir dan miskin tetap berharap akan mendapat hak mereka yang telah ditentukan oleh Allah SWT dari harta orang kaya setiap tahun.

Orang kaya harus bersyukur kepada Allah SWT atas kesenangan hidup yang didapatinya dengan mengeluarkan zakatnya.

Enggan mengeluarkan zakat adalah merampas hak orang miskin dan merampas hak orang tentu sekali akan membawa kebencian orang yang terzalim dan akan di murkai oleh Allah SWT.

Zakat dapat memelihara harta kalian daripada kebinasaan dan zakat juga menyucikan harta dan diri pembayar Zakat.

Allah SWT berjanji akan mengembangkan harta mereka dan tidak mengurangkan walau sedikit sekali pun dan Allah SWT menenangkan jiwa mereka.

Oleh itu kita wajib yakin dengan janji-janji Allah SWT itu dan kita tidak seharusnya takut menjadi miskin atau harta berkurangan kerana berzakat.

KETIGA: Hindarilah bala dengan berdoa

Seorang mukmin yang sentiasa dalam hidupnya berdoa dan berhubung hati dengan Allah SWT akan mempunyai kekuatan dalamannya amat luar biasa dan akan mencapai kecemerlangan dalam hidupnya berbanding mereka yang dalam hidupnya tidak mahu berdoa dan hanya bergantung pada akal fikirannya semata-mata untuk mencapai sesuatu perkara.

Rasulullah SAW. selalu berdoa (mengajarkan kepada umatnya), "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak diangkat (tidak diterima) dan daripada doa yang tidak didengar (tidak dimakbulkan)." (Hadis riwayat Ahmad)

Doa memohon selamat daripada bala dan kehinaan ini terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi SAW ada mengajarkan kepada kita untuk berdoa, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadak dan kegembiraan musuh (terhadap masaalahku)."

Doa ini patut dibaca oleh kita semua untuk menjauhkan diri, keluarga dan semua muslim dari sebarang bahaya yang menanti kita tanpa diduga.

Bacalah doa pendek dibawah ini dengan harapan Allah melindungi kita:-

من نَزَلَ مَنْزِلا ثُمَّ قال " أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ " لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
(A'uzu bikalimaatillaahittaammaati min syarri maa khalaq)

Ertinya: "Sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula." (Hadis Riwayat Muslim, 4/2080)

Disebut dalam satu riwayat lain, Nabi SAW bersabda maksudnya :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله

Ertinya: Nabi SAW bertanya: "Kena apakah kamu?"

Lelaki berkata: "Aku disengat kala jengking."

Nabi SAW berkata: "Sekiranya engkau membaca pada setiap petang "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat." (Hadis Riwayat Ibn Hibban, 3/298)


Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال " بِسْمِ اللَّهِ الذي لا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ " ثَلاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاءٍ حتى يُمْسِيَ

(Bismillaahillazii laa yadurru ma'asmihii syai un fil ardi walaa fissamaa i wahuwassamii 'ul 'aliim)

Ertinya, Rasulullah SAW berkata sesiapa yang berdoa, "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya." (Hadis Riwayat Abu Daud, 4/323; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad; Tirmizi: Hadith Hasan)

Marilah sama-sama kita beramal dengan tiga perkara yang di perintahkan oleh Rasulullah SAW untuk kita laksanakan demi kebaikan dan kesejahteraan hidup kita.

Bersedekah dan berdoa adalah sunat yang dituntut untuk dilaksanakan tetapi berzakat yang telah cukup syarat zakat iaitu cukup nisab dan tempuhnya adalah wajib dilaksanakan.

Semoga kita mendapat rahmat dan kebahagiaan di dunia dan akhirat dengan melaksanakan perintah dan arahan Allah SWT dan Rasul-Nya.

Sedekah Boleh Meredakan Kemurkaan Allah di Dunia dan Akhirat

Nabi SAW pernah ditanya oleh seorang Arab Desa, "Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat."

Nabi SAW menjawab, "Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang."

(Hadis Riwayat Khalid bin Al-Walid r.a.)

Berdasarkan hadis ini sedekah mempunyai pengaruh yang cukup besar untuk meredakan kemurkaan Allah SWT samaada di dunia dan hari akhirat.

Dalam hadis yang lain Allah SWT memilih dikalangan hamba-Nya yang bersedekah secara bersembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tak mengetahui apa yang diberikan tangan kanannya akan mendapat perlindungan Allah SWT di hari kiamat nanti yang mana ketika itu tidak ada perlindungan lain melainkan perlindungan daripada-Nya.

Beratnya Timbangan Sedekah

Dalam satu hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban telah menceritakan satu kisah bahawa sedekah dua keping roti kepada orang miskin yang kelaparan lebih berat timbangannya daripada dosa berzina. Sedangkan pahala beribadah selama 60 tahun tidak dapat menampung beratnya dosa berzina.

Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Salah seorang ahli ibadah pada zaman Bani Israil selalu beribadah kepada Allah di rumah ibadah selama 60 tahun.

Suatu ketika, hujan turun dengan lebatnya sehingga bumi menjadi subur menghijau kemudian, ahli ibadah itu keluar dari rumah ibadahnya sambil berbisik, 'Sekiranya aku turun dari tempatku ini dan memperbanyakkan mengucap zikir tentulah kebaikanku berubah.'

Lalu ia turun dari tempatnya dengan membawa satu atau dua keping roti. Ketika ia berjalan-jalan, tiba-tiba ia bertemu dengan seorang perempuan.

Lalu ia mula-mula berbual-bual dengan perempuan tersebut. Akibat terlalu asyik berbual dengan perempuan itu, ahli ibadah tadi diperdaya oleh syaitan menyebabkannya tertidur lalu berzina dengannya.

Lelaki ahli ibadah itu akhirnya telah pengsan. Kemudian apabila sedar daripada pengsan itu ia terjun ke tasik berdekatan untuk mandi.

Pada masa itu datang seorang peminta sedekah yang melarat, meminta daripadanya sebahagian daripada bekalannya itu. Ahli ibadah itu menghulurkan kepadanya roti yang di bawanya. Kemudian lelaki ahli ibadah itu pun dicabut nyawanya oleh Allah SWT.

Pahala amal ibadah yang dikerjakan selama 60 tahun itu ditimbang dengan dosa perbuatan zinanya, ternyata dosa zinanya lebih berat.

Kemudian satu atau dua keping roti yang diberikan kepada peminta sedekah telah ditimbang dengan amal kebaikan lelaki ahli ibadah tersebut. Hasilnya menyebabkan berat amalan kebaikannya bertambah, maka dosa lelaki tersebut diampuni Allah."

(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

Salah satu cara untuk mengubati penyakit fizikal adalah dengan bersedekah. Semua penyakit yang dihidapi oleh manusia adalah datang daripada Allah SWT sebagai kafarah dosa-dosa manusia kepada-Nya.

Penyakit ini adalah ujian Allah kepada manusia supaya ia sedar akan kesalahan dan dosa-dosanya. Penyakit juga adalah sebagai ujian kesabaran dan untuk menginsafkan manusia untuk kembali meningati Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ubatilah penyakit kamu dengan bersedekah.” (Hadis Sahih al-Targhib)

Sabda Nabi SAW maksudnya, "Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana." (Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)

SEGERA BERSEDEKAH

Jangalah ditangguh-tangguh untuk bersedekah, janganlah menunggu sudah kaya baru hendak bersedekah. Ringan-ringakanlah tangan kalian untuk menghulurkan sedekah walaupun hanya seringgit.

Lakukanlah setiap hari tanpa memikirkan rugi dan kekurangan wang kerana sesungguhnya berkat wang seringgit itu akan dilipat gandakan rezeki oleh Allah SWT di jalan yang tiada disangka-sangka. Ingatlah bahawa sesungguhnya tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan.

Sedekah boleh memanjangkan umur seseorang, melindungi dari bahaya dan musibah, serta menolak su’ul khatimah (kematian yang buruk) dan dapat menghapuskan sifat sombong, takbur dan membanggakan diri.

Sedekah mampu memberikan pengaruh yang luar biasa kepada orang yang menunaikannya. Salah satu manfaat sedekah adalah ia memelihara seseorang dari segala bahaya dan musibah.

Dari Amru bin Auf r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk (su'ul khatimah) dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”
(Hadis Riwayat al-Turmuzi)

Perbanyakkanlah sedekah semoga kita dan ahli keluarga dipanjangkan umur oleh Allah SWT dan kita terselamat daripada kemalangan, bala atau musibah dan dijauhi daripada su'ul khatimah (kematian yang buruk).

Satu kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. bagaimana seorang petani terselamat dari musibah dibunuh oleh jin kerana mengambil anak-anak burung dikebunnya semata-mata kerana ia telah bersedekah dengan memberi makanan kepada seorang miskin yang kelaparan secara kebetulan datang kekebunnya.

Apabila jin tersebut hendak menangkap dan membunuh petani tersebut, malaikat telah menghalangnya dan menangkap jin tersebut dan dicampakkan ditempat lain.

Kehadiran malaikat tersebut adalah kerana kebaikan sedekah yang telah dilakukan olehnya sebagai hikmah dan kebaikan yang besar.

Bersesuaianlah dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud, “Setiap hari dua malaikat akan turun ke bumi. Berkata salah seorang dari mereka: ‘Ya Allah gantikanlah harta orang yang bersedekah pada jalan-Mu.’ Berkata pula malaikat yang seorang lagi: ‘Ya Allah, binasakanlah harta orang yang menahan hartanya daripada disedekahkan." (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya, "Barangsiapa ingin do'anya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi menyelesaikan) kesulitan orang lain."
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Rasulullah saw bersabda maksudnya, “Berdekahlah walaupun segantang kurma, walaupun sebahagian dari segantang, walaupun segenggam kurma, walaupun sebiji kurma, walaupun separuh kurma. Barangsiapa yang belum mendapatkannya maka bersedekahlah dengan ucapan yang baik. Kerana sesungguhnya kamu akan menemui Allah dan Dia akan bertanya kepadamu: ‘Apakah Aku belum berbuat sesuatu untukmu? Apakah Aku belum menciptakan pendengaran dan penglihatan untukmu? Apakah Aku belum mengurniakan kepadamu harta dan anak? Kamu tentu akan menjawab: Tidak (semuanya sudah). Kemudian Allah SWT berfirman: ‘Lihatlah apa yang telah kamu lakukan pada dirimu. Kemudian ia akan melihat apa yang telah ia lakukan, ia melihat ke depan dan ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Maka saat itulah ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun yang dapat menjaga wajahnya dari api Neraka.”

AJAIBNYA BERSEDEKAH

Berdasarkan hadis-hadis di atas dapat disimpulkan beberapa kebaikan bersedekah yang dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.
  • Sedekah dapat meredakan kemurkaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  • Orang yang bersedekah akan mendapat perlindungan Allah di Padang Mahsyar.
  • Pahala sedekah lebih berat timbangannya berbanding amal ibadah selama 60 tahun.
  • Orang yang bersedekah akan mendapat pengampunan Allah SWT kerana dosa melakukan zina.
  • Sedekah boleh mengubati penyakit fizikal.
  • Sedekah boleh memanjangkan umur seseorang.
  • Sedekah boleh melindungi bahaya dan musibah.
  • Sedekah boleh menolak kematian yang buruk (su'ul khatimah)
  • Sedekah boleh menghapuskan sifat sombong, takbur dan membanggakan diri.
  • Sedekah akan mendapat doa daripada malaikat rahmat.
  • Sedekah boleh menyebabkan doa dimakbulkan Allah SWT dan bebas daripada kesulitan.
  • Sedekah boleh menyelamatkan daripada seksaan api Neraka.

Jika difikirkan sekali lalu seperti tidak logik bagaimana sedekah boleh berfungsi memainkan peranan dalam penyembuhan sesuatu penyakit, menolak bala dan sebagainya, tetapi ini bukanlah perkara mustahil.

Kita perlu ingat bahawa penyakit dan musibah itu datangnya daripada Allah SWT dan ubat serta penyembuhan semuanya datang daripada Allah SWT, maka jika bersedekah itu satu cara boleh meredakan kemurkaan Allah SWT maka ianya amat mudah bagi Allah untuk menyembuhkan sesuatu penyakit dan menghindarkan musibah itu.

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Orang Meninggal Lebih Memilih Untuk Bersedekah Seandainya Dikembalikan Ke Dunia?

sumber: drhalimi

Bahaya Anak Sarapan Pagi Dengan Sosej

Bahaya Anak Sarapan Pagi Dengan Sosej

Sarapan adalah makanan yang sangat penting untuk anak-anak anda menjalani aktiviti seharian di sekolah dengan tenaga yang mencukupi dan memang digalakkan untuk mengambil makanan yang berat ketika sarapan kerana boleh menjana tenaga sehingga waktu rehat di sekolah.

Bahaya Anak Sarapan Pagi Dengan Sosej

Antara makanan yang menjadi kebiasaan para ibu untuk sarapan pagi anak-anak adalah, nasi lemak, nasi goreng, roti bakar atau mi goreng.

Tetapi, tahukah anda bahawa anak-anak anda berisiko menghidap kanser kolon jika kerap diberikan sarapan daging yang diproses seperti sosej.

Seorang doktor yang bernama Taufiq Razif menerusi laman Facebooknya berkongsi mengenai bahaya memberikan anak-anank bersarapan dengan makanan daging yang diproses.

Menurut Taufiq, tidak berbaloi ibu bapa menggadaikan kesihatan anak-anank semata hanya untuk menjimatkan masa.

Doktor itu juga menulis, menurut American Cancer Society (ACS) makan 50 gram daging yang diproses setiap hari akan meningkatkan risiko kanser kolon sebanyak 18 peratus. 50 gram daging yang diproses bersamaan dengan sebatang sosej daging atau ayam.

Kanser kolon

Adalah antara kanser yang mungkin tidak seberapa glamer sebagaimana popularnya kanser payudara dan kanser serviks untuk wanita, dan kanser prostat untuk lelaki. Kanser kolon juga dikenali sebagai kanser usus atau kanser kolorektal.

Namun begitu, kanser usus ini paling ramai pengidapnya di kalangan lelaki dan secara umumnya, kanser kolon adalah kanser yang menyerang usus besar (kolon, recktum dan anus).

Tahukah anda, penyakit kanser kolon di katakan adalah antara penyakit pembunuh nombor 7 di dunia.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 610,000 orang meninggal dunia kerana penyakit kanser usus, pada tahun 2008.

Manakala, di Malaysia sahaja, pesakit kanser usus yang di rekodkan kematiannya adalah 3,500 kes.

Berikut adalah perkongsian Doktor Taufiq mengenai perkara tersebut

BAHAYA SARAPAN SOSEJ

Saya faham semua mak ayah nak cepat pergi kerja tapi tak berbaloi pun kita gadaikan kesihatan anak kita dengan menyediakan sarapan sosej, hotdog pada anak kita

Daripada American Cancer Society, "Makan 50 gram daging yang diproses (sosej) setiap hari meningkatkan risiko KANSER KOLON sebanyak 18% 50 gram tu bersamaan dengan sebatang sosej."

Jom ingatkan ahli keluarga kita yang lain juga.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Makanan Popular Tetapi Tiruan Anda Wajib Tahu!

sumber: siakapkeli

Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yang Sebenar

Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yang Sebenar

Masa kecil-kecil adik beradik tidur bersama. Bila sudah besar, bilik masing-masing. Bila sudah nikah, rumah masing-masing. Bila sudah tua, seorang demi seorang adik-beradik pergi. Tiada lagi bising.

Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yang Sebenar

Mulanya berkumpul satu keluarga, tapi penutup kubur akhirnya masing-masing.

Wahai Sahabat-Sahabat..

Disebabkan kubur masing-masinglah, kita selalu kena saling berpesan-pesan, jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong.

Ingatlah, disana tiada abang, kakak, adik, kawan. Hanya kau dan amalan baik dan buruk yang dibawa bersama.

Bersedia selalu, bersiap selalu.

Malaikat Maut tidak melihat tua, muda atau bayi. Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda.

Jika ingat mati, anda orang paling bijaksana. Alam Barzakh permulaan kehidupan yang sebenar.

Buat baik dengan orang, tak semestinya akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yang kita buat.

Hormat orang tak semestinya kita akan dihormati, tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yang mulia.

Buat apa sahaja kebaikan tak semestinya orang akan balas dengan baik, maka berilah kebaikan bukan kerana orangnya, tetapi kerana-NYA.

Buat baik bukan kerana rasa kita orang baik, tetapi kerana kita mahu jadi terbaik disisi ALLAH pemilik semua yang baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Maksud Kematian Bagi 6 Agama Dan Kepercayaan Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, February 15, 2018

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Januari 2018

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Januari 2018

Assalaamualaikum dan salam sejahtera buat sekalian pembaca serta rakan-rakan blogger terbaik paling popular di Malaysia yang kini berada di bulan kedua, Februari tahun 2018.

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Januari 2018

Agak terlewat ruangan blog dan blogger terbaik untuk bulan ini disebabkan oleh kesibukan yang tidak putus-putus.

Begitu juga nampaknya dengan rakan-rakan blogger kali ini, ketara sekali kesibukan sehinggakan rutin blogwalking berkurangan berbanding bulan sebelumnya.

Buat blogger dan pembaca yang belum tahu bagaimana dan untuk apa ruangan blog popular dan terbaik ini diwujudkan, ia sebenarnya ditujukan khusus buat pemilik blog yang selalu berkomentar ke blog ini yang akan disenaraikan dalam senarai blogger paling mesra dan terbaik Malaysia dibawah.

Pembaca dan blogger bolehlah datang berkunjung ke blog-blog dibawah untuk berkomentar juga berkunjung untuk membaca maklumat yang mereka kongsikan.

Terima kasih.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA JANUARI 2018

1. Cikgu Etuza - Madey09.blogspot.my

2. Khir Khalid - Khirkhalid.com

3. ABD KADIR Rusdi - College-school-business.blogspot.my

4. Dedaun Comel - Dedauncomel.com

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Donald Trumph Bayar Bintang Porno Guna Duit Sendiri

Donald Trumph Bayar Bintang Porno Guna Duit Sendiri

Seorang peguam persendirian untuk Presiden Donald Trump mengatakan dia membayar AS$130,000 kepada bintang filem porno, Stormy Daniels yang pernah mendakwa dia mempunyai hubungan intim dengan Trump lebih daripada satu dekad lalu.

Stormy Daniels Trumph scandal

Pembayaran kepada Stormy, yang nama sebenarnya Stephanie Clifford, dibuat semasa kempen pilihan raya presiden 2016 tetapi peguam itu, Michael Cohen berkata beliau bekerja bersendirian dan bukan perbelanjaan kempen.

"Organisasi Trump ataupun kempen Trump tidak terbabit dalam transaksi dengan Cik Clifford atau membuat bayaran balik kepada saya sama ada secara langsung atau tidak langsung," kata Cohen dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Stormy dipetik sebagai berkata, dalam temubual 2011 dengan In Touch Weekly bahawa dia mempunyai hubungan intim dengan Trump selepas mereka bertemu di kejohanan golf Lake Tahoe pada tahun 2006.

Trump telah menafikan mempunyai sebarang hubungan intim dengan Stormy.

Wall Street Journal pertama kali melaporkan pada Januari bahawa peguam Trump, Michael Cohen telah membayar AS$130,000 kepada Daniels pada tahun 2016 - tahun Trump memenangi pilihan raya presiden.

Dalam kenyataannya mengenai apa yang berlaku, Cohen berkata pembayaran itu adalah "transaksi peribadi".

Dia tidak menjelaskan mengapa dia membuat bayaran atau menyebut sama ada Trump tahu mengenai perkara itu.

Rumah Putih merujuk soalan tentang pembayaran itu kepada Cohen.

Kenyataan Cohen adalah sebagai respon kepada satu aduan yang difailkan di Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan (FEC) oleh kumpulan pemantau Common Cause.

Common Cause berhujah dalam aduannya bahawa jumlah pembayaran itu dianggap sumbangan kempen yang melebihi had AS$2,700 jumlah yang dapat diberikan oleh individu dan telah meminta FEC untuk menguatkuasakan undang-undang pembiayaan kempen.

Cause Common berkata pada hari Rabu (14/2/2018) bahawa masa dan keadaan pembayaran itu "membuatnya kelihatan bahawa wang yang dibayar kepada Daniels merupakan satu usaha mempengaruhi pilihan raya itu."

Ia menyeru FEC untuk melakukan penyiasatan penuh.

FEC mengesahkan ia menerima aduan daripada Common Cause dan enggan mengulas mengenai kes itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Donald Trumph Tidak Takut Balasan Tuhan'

sumber: mk

8 Tragedi Pembunuhan Kejam Sempena Hari Kekasih

8 Tragedi Pembunuhan Kejam Sempena Hari Kekasih

Setiap kali 14 Februari menjelma, bulan yang dinantikan oleh pasangan kekasih, hari ini diraikan mereka sebagai Hari Kekasih.

Namun, ramai yang tidak tahu pada tarikh yang kononnya membahagiakan pasangan bercinta itu, sebenarnya banyak tercatat tragedi malang.

1. Nathan dan Denise Leuthold

8 Tragedi Pembunuhan Kejam Hari Kekasih

Pada pagi hari Valentine tahun 2013 disebuah rumah di Illinois, Amerika, Nathan Leuthold menghadiahkan sejambak bunga mawar kepada isterinya, Denise Leuthold, sebelum dia keluar ke tempat kerja.

Apabila pulang ke rumah, Nathan mendapati tingkap rumahnya pecah manakala isterinya Denise ditemui mati dengan tembakan di kepala.

Kereta isterinya dan juga pistol Nathan didapati hilang.

Pada mulanya disangkakan berlaku rompakan namun, hasil siasatan menemui perkara yang tidak dijangka sama sekali.

Pembunuhan itu sebenarnya dirancang oleh Nathan sendiri.

Bukti juga menunjukkan Nathan pernah mencari cara untuk menembak dengan senyap. Dia sengaja menjadikan rumahnya kelihatan seperti dirompak untuk menutup motifnya sebagai pembunuh.

Puncanya?

Kerana Nathan mempunyai hubungan sulit dengan Aina Dobilaite, 21, seorang gadis Lithuania yang ditaja pengajiannya oleh pasangan Leuthold sewaktu mereka terlibat dalam misi mubaligh tiga tahun sebelum itu.

Dennise juga sudah menghidu hubungan sulit suaminya dengan Aina, bahkan dia pernah menulis di dalam diarinya bahawa Nathan ingin membunuhnya agar tidak menjadi penghalang dalam skandal tersebut.

Nathan dijatuhi hukuman penjara 90 tahun atas kesalahan membunuh isterinya.

2. Oscar Pistorius dan Reeva Steenkamp

8 Tragedi Pembunuhan Kejam Hari Kekasih

Pada tarikh dan tahun yang sama juga, satu kejadian berlaku di Afrika Selatan yang mengorbankan Reeva Steenkamp, seorang model berusia 30 tahun.

Reeva dan teman lelakinya Oscar Pistorius berkenalan di tapak perlumbaan kereta pada November 2012.

Reeva seorang yang aktif dalam sukan, manakala Oscar merupakan seorang bintang Paralimpik dan banyak terlibat dalam sukan-sukan besar dunia termasuk sukan Olimpik.

Merasakan kemudiannya menjadi pasangan kekasih untuk tiga bulan berikutnya dan pada 14 Februari 2013, mereka menghabiskan sepanjang hari bersama, malah sejak beberapa minggu sebelumnya lagi.

Malangnya, bukan semua sambutan hari kekasih berakhir indah. Reeva menghembuskan nafas terakhir selepas terkena empat das tembakan yang dilepaskan oleh Oscar, kekasihnya sendiri.

Dalam kenyataan bela diri, Oscar memberitahu dia menyangkakan penceroboh telah memecah masuk ke dalam pangsapurinya dan menyorok di dalam tandas rumahnya di Pretoria.

Oscar melepaskan tembakan ke arah pintu tandas yang mengenai Reeva.

Walau bagaimanapun, pengakuan Oscar tidak mengubah keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman enam tahun penjara sebelum ditambah menjadi 13 tahun lima bulan kerana menyebabkan kematian teman wanitanya.

3. James Carter dan Tiana Notice

8 Tragedi Pembunuhan Kejam Hari Kekasih

Ini pula kisah Tiana Notice, 25, gadis bijak yang mengenali seorang lelaki bernama James Carter melalui laman temu janji di internet.

Namun, James bukanlah lelaki baik kerana selepas setengah tahun menjalinkan hubungan, Tiana mendapat tahu pelbagai rekod buruk James.

Antaranya, lelaki itu pernah berdepan hukuman penjara kerana berlaku kasar terhadap kekasih lamanya.

Atas sebab itu, Tiana memutuskan hubungan dengan lelaki itu, malah mendapatkan perintah larangan agar James tidak mencarinya lagi.

Sejak itu, Tiana selalu diganggu. James akan muncul dimana saja Tiana berada, diikuti dengan e-mel, panggilan telefon dan mesej berbaur ugutan.

Tiana membuat laporan di balai polis namun mengecewakan, laporannya tidak diambil peduli.

Bahkan, Tiana membuat laporan lebih kurang 33 kali dalam masa enam minggu kerana membuat aduan gangguan James terhadapnya.

Pada malam Hari Valentine tahun 2009, Tiana pulang ke apartmentnya di Plainville, Connecticut, Amerika, untuk mengemas pakaian.

Ketika dia mahu membuka pintu rumahnya, dia tidak menyedari James sudah lama menantinya di satu sudut.

James menikam Tiana sebanyak 20 kali, dua tikaman di jantung.

Dengan nafas tersekat-sekat, Tiana membuat panggilan kecemasan 911 dan memberitahu bekas teman lelaki telah menikamnya.

Tiana meninggal dunia di hospital dan James dijatuhi hukuman penjara 60 tahun.

Hakim juga menetapkan bayaran sagu hati $10 juta kepada keluarga Tiana diatas kecuaian pihak polis Plainville kerana tidak mengambil serius aduan Tiana sebelum itu.

4. Paul Gibson dan Tomicka Peterson

8 Tragedi Pembunuhan Kejam Hari Kekasih

Begitu juga dengan kes yang menimpa seorang wanita bernama Tomicka Peterson pada hari Valentine tahun 2011 di Florida, Amerika Syarikat.

Tomicka yang sudah merancang untuk memutuskan hubungan dengan Paul Gibson, seorang lelaki yang sudah tiga kali keluar masuk penjara.

Dia juga sudah bersedia untuk menukar mangga kunci pangsapuri yang mereka diami bersama, tetapi Paul mendapat tahu rancangan tersebut.

Hari itu, Tomicka keluar dari rumah menuju ke arah kereta dimana rakan-rakannya sudah menunggu. Dia tidak sedar Paul sedang mengikut rapat dari belakang.

Apabila Tomicka masuk ke dalam kereta, Paul melepaskan beberapa das tembakan, lima mengenai Tomicka yang membunuhnya di situ juga manakala salah seorang rakan wanita Tomicka cedera.

Paul terbang ke Tennessee untuk melarikan diri namun berjaya diberkas polis dan dibawa pulang ke Florida dan dipenjarakan atas tiga pertuduhan.

5. Dr. John dan Susan Hamilton

8 Tragedi Pembunuhan Kejam Hari Kekasih

Pada 14 Februari 2001, Dr. John Hamilton, seorang pakar bedah di Oklahoma telah keluar seawal pagi untuk satu pembedahan.

Beliau yang dikenali rakan-rakan sebagai suami yang romantis pulang ke rumah untuk bertukar kad hari Valentine dengan isterinya, Susan Hamilton.

Dia turut memesan sejambak orkid merah.

Namun, apabila sampai ke rumah, John mendapati Susan terbaring di lantai bilik air dalam keadaan berlumuran darah.

Lehernya seperti dicekik manakala kepalanya seperti dihentak kuat sehingga sebahagian otaknya terdedah.

John melakukan bantuan CPR dan menelefon hospital untuk menghantar ambulan namun, Susan sudah tidak lagi bernyawa.

Melihat kepada cara kematian yang tragik, polis cuba mencari pembunuhnya. Siasatan mendapati rumah tidak dipecah masuk.

Motif pembunuhan masih misteri, sehinggalah rakan-rakan Susan mendedahkan bahawa wanita itu pernah bercadang untuk meminta cerai kerana mengesyaki John mempunyai hubungan sulit dengan seorang penari kelab malam.

Seorang penyiasat jenayah kemudiannya berjaya membuktikan kesan darah yang bertompok di kasut, stereng kereta dan lipatan lengan baju John adalah darah Susan.

Ironinya, John memilih hari Valentine untuk menamatkan riwayat isterinya.

6. Richard Schoeck dan Stacy

8 Tragedi Pembunuhan Kejam Hari Kekasih

Ketika Richard Schoeck memilih untuk mengahwini Stacey, seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak, dia tidak pernah menyangka akan dikhianati dengan kejam.

Pada 14 Februari 2010, Stacey mengajak suaminya untuk bertemu di sebuah taman yang agak tersembunyi sebagai tempat pertemuan romantis untuk saling bertukar kad Valentine.

Richard datang ke Belton Bridge Park, Georgia, Amerika Syarikat, dengan harapan untuk bertemu isteri yang disayanginya.

Malangnya, keadaan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Richard ditembak mati oleh Reginald Coleman, pembunuh yang diupah oleh Stacey sendiri.

Apabila diheret ke mahkamah, terbongkarlah segala-galanya.

Stacey mengaku menjadi dalang pembunuhan Richard, suaminya yang ke lima kerana mahu mendapatkan wang pampasan berjumlah $500,000.

Stacey dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

7. Stephen dan Tara Grant

8 Tragedi Pembunuhan Kejam Hari Kekasih

Pada 14 Februari 2007, Stephen Grant hadir ke balai polis untuk membuat laporan kehilangan isterinya, Tara Grant.

Kali terakhir dia menemui isterinya pada 9 Februari, ketika Tara menjawab satu panggilan dan selepas itu dia terus menaiki sebuah kenderaan dan menghilang.

Polis tertanya-tanya apa yang membuatkan Stephen menunggu sehingga lima hari untuk membuat laporan polis.

Menurut Stephen, Tara memang selalu menghilangkan diri namun tidak pernah berlarutan sehingga lima hari.

Dalam masa dua minggu, polis berjaya menutup kes tersebut dengan mengeluarkan satu waran tangkap untuk menggeledah rumah Stephen dan Tara di Michigan.

Paling mengejutkan, cebisan mayat Tara ditemui tersimpan dalam sebuah beg.

Stephen melarikan diri lebih awal sebelum berjaya ditemui dua hari kemudian dan mengaku telah mencekik Tara sebelum memotong mayatnya kepada beberapa bahagian sebelum menyembunyikannya di garaj rumah mereka.

Puncanya?

Kerana Tara telah menampar dan merendah-rendahkan Stephen yang membawa kepada pergaduhan menyebabkan Stephen hilang sabar sehingga membunuh Tara.

8. Courtney dan Lashonda Terry

8 Tragedi Pembunuhan Kejam Hari Kekasih

Seorang lelaki bernama Courtney Jackson yang dalam keadaan mabuk ketika pulang ke rumahnya di Georgia pada malam Valentine pada tahun 2016.

Pertengkaran tercetus antara mereka.

Lashonda menghubungi bapa Courtney untuk meminta bantuan menyebabkan Courtney semakin marah.

Selepas bapa Courtney pulang, dia bertindak lebih ganas dengan mencekik leher teman wanitanya itu.

Dengan alasan untuk mempertahankan diri, Lashonda telah menikam dada Courtney sebanyak dua kali.

Ketika polis tiba setelah menerima panggilan dari jiran, Courtney sudah pun nyawa-nyawa ikan dengan darah membuak-buak mengalir dari tikaman yang dalam.

Courtney meninggal dunia di hospital manakala Lashonda masih lagi berjuang berjuang dalam perbicaraan mahkamah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

5 Dilema Isteri Yang Ramai Suami Tidak Pernah Tahu

5 Dilema Isteri Yang Ramai Suami Tidak Pernah Tahu

Kadangkala suami terlupa, isteri walaupun sudah lebih 10 tahun hidup bersama dia masih mahu suami memanjakannya. Dia mahu suami sesekali menyuap makannya, memotongkan kuku kaki, tangannya, menggosok tubuhnya ketika mandi. Dan semua itu, jarang sekali dapat diperoleh selepas melepasi fasa kematangan rumah tangga.

5 Dilema Isteri Yang Ramai Suami Tidak Pernah Tahu

Ya, mungkin suami lupa untuk melakukan semua itu. Kerana fikir suami, isterilah selayaknya membelai dan memanjai diri mereka lantaran merekalah ketua keluarga.

Turunkan sedikit ego itu, kerana tak salah pun memanjakan seorang isteri. Dengar luahan hati wanita ini, Puan Saidah Aziz yang barangkali boleh membuka mata para suami inilah sebenarnya fitrah seorang isteri.

1. Isteri Bukan Orang Gaji Untuk Suami

Orang gaji pun berbayar setiap bulan tapi isteri zero gajinya. Sudahla tiada gaji, mahu beli itu ini yang tidak seberapa harga pun dikeluhkan suami.

2. Isteri Bukan Sekadar Tempat Untuk Melepaskan Nafsu Suami

Time lain pegang tangan, peluk dan bermesra dengan isteri pun tidak tetapi bila time yang ‘itu’ boleh pula.

3. Isteri Dan Rasanya Semua Wanita Suka Bersembang

Suka bercerita itu ini especially dengan suami. Tapi bila suami buat tak endah dan telefon ditangan lebih penting dari melayan isteri yang tak sampai sejam, tengokla next lepas itu isteri tak akan bersembang lagi. Baik melayan dan cakap dengan anak.

4. Isteri Bila Dia Cakap 'Dia Tak Sihat' Maka Memang Dia Sebenarnya Tak Sihat

Ingat direka-reka ke?Beri perhatian sedikit padanya. Jika suami tidak sihat bukan main beria isteri jaga, suruh berehat dan tak beri anak kacau tapi bila turn isteri sikit pun tidak ditanya.

Mungkin jika keadaan kesihatan isteri semakin teruk baru percaya. Terserlah sifat tidak ambil berat sang suami.

5. Isteri Bukan Robot

Segala hal anak, rumahtangga dan juga kewangan perlu dibuat serentak. Suami buat hal sendiri seperti tiada isteri dan anak. Tahu tahu balik rumah untuk tidur sahaja.

Kesimpulan

Rata-rata isteri menghadapi masalah ini. Setahun dua berkahwin masih baik tetapi lepas itu sebaliknya berlaku.

Dan diatas semua yang tak elok dari suami, tak semuanya begitu. Ada yang suami sangat ambil berat, hargai, tunjuk kasih dan sayang pada isteri. Beruntung para isteri punya suami begini.

Untuk suami, bila diijab kabul satu tangungjawab besar sudah berada diatas bahu kalian. Jika sudah bersedia teruskan dan jika tidak baik elakkan dahulu.

Jangan buat isterimu menderita. Jika dapat isteri yang baik, taat padamu hargailah dan sayangilah dia selagi nafasnya masih ada.

Jika dapat yang sebaliknya itu tugas kalian untuk memimpinnya ke jalan yang baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Bagaimana Saya Melembutkan Sikap Garang Dan Keras Kepala Isteri'

sumber: mingguanwanita

Rahsia Genius Bangsa Yahudi

Rahsia Genius Bangsa Yahudi

Pelbagai teori telah diketengahkan dalam usaha mencari penjelasan mengapa bangsa Yahudi berotak cerdas dan genius yang didefinisikan sebagai sempurna akal (untuk berfikir, mengerti dan lain-lain), pandai, pintar.

Rahsia Genius Bangsa Yahudi

Genius adalah sangat pintar di mana maksud pintar ialah banyak akal lagi cerdik, pandai, bijak yang mana kedua-dua sifat cerdas dan genius berpadananan dengan pencapaian cemerlang bangsa Yahudi dalam pelbagai aspek kehidupan.

Hari ini, secara umum bangsa Yahudi mendahului dalam semua aspek kehidupan termasuk akademik, kejuruteraan, muzik, sains dan bisnes.

Hampir 70 peratus bisnes dunia dimiliki oleh bangsa Yahudi termasuk kosmetik, fesyen, makanan, senjata, hotel dan industri perfileman.

Ashkenazi

Adakah anda tahu bahawa Hadiah Nobel digondol oleh 29 peratus saintis berbangsa Yahudi sejak tahun 1950-an?

Dan secara spesifik, hadiah-hadiah tersebut dianugerahkan kepada jalur Yahudi Ashkenazi yang merupakan 80 peratus jalur bangsa Yahudi seluruh dunia dan 20 peratus selebihnya ialah jalur Sephardic.

Sungguhpun mereka hanya mewakili sebahagian kecil penduduk dunia iaitu sekitar 0.25%, pencapaian Ashkenazi dalam arena tersebut ialah 117 kali lebih besar berbanding jumlah mereka.

Pencapaian mereka dilihat semakin meningkat, pada kurun 21 sahaja mereka menerima 32 peratus hadiah Nobel di mana lima daripada tiga belas pemenang Hadiah Nobel diraih bangsa Yahudi (38.5%).

Purata IQ bangsa Yahudi ialah 115 iaitu lapan poin lebih tinggi berbanding IQ pesaingnya paling rapat - Orang Asia Timur Laut - dan lebih kurang 40 peratus lebih tinggi daripada purata IQ global iaitu 79.1 (dikira oleh Richard Lynn dan Tatu Vanhanen dalam IQ dan Global Inequity).

Antara soalan yang dilontarkan ialah mengapa suku (berbangsa) Yahudi yang hidup sezaman dengan Nabi Musa AS - hidup dalam persekitaran serupa dengan orang-orang nomad dan petani di Timur Tengah telah mengalami kecerdasan atau kegeniusan jauh lebih terserlah berbanding suku-suku lain?

Sander L. Gilmen, PhD.m dalam artikelnya berbentuk pendapat berjudul Are Jews Smarter Than Everyone Else? (Mens Sana Monographs, 2008) bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa ‘Bangsa Yahudi merupakan manusia yang dipilih Tuhan (penulis: ALLAH SWT)’.

Pendapat ini diketengahkan antara lain oleh Charles Murray dalam artikelnya berjudul Jewish Genius (Commentarymagazine.com, 2007).

Hank Pelissier dalam artikelnya berjudul Why is Thre IQ of the Israeli So High – 19 Possible Explanations (Institute for Ethic and Emerging Technologies, 2013) di bawah subjudul People of The Difficult Book menjelaskan bahawa rahib-rahib Yahudi menghabiskan masa lebih tujuh jam sehari selama tujuh tahun untuk memahami isi kitab Taurat dan Talmud yang merupakan kitab-kitab yang sangat rumit. Usaha tersebut menjadikan rahib-rahib Yahudi cerdas.

Anak perempuan tidak dipinggirkan

Bangsa Yahudi dikatakan mengajar anak-anak perempuan mereka membaca sejak sebelum Nabi Isa a.s. lahir.

Penulis: Quran, kitab-kitab hadis dikumpulkan oleh para muhadis serta beribu kitab agama karangan ulama muktabar jauh lebih hebat kesannya kepada kecerdasan para pengkaji.

Penulis lebih tertarik kepada faktor kecerdasan atau kegeniusan yang dimiliki oleh bangsa Yahudi.

Kemungkinan besar faktor-faktor gaya hidup seperti yang dikongsi oleh Dr Stephen Carr Leon dalam artikelnya Why Are Jews So Smart? (sapulse.com, 2011) banyak memainkan peranan.

Dr Leon yang pernah menjalani latihan amali selama tiga tahun di beberapa buah hospital di Israel menyaksikan sendiri gaya hidup yang diamalkan oleh bangsa Yahudi yang percaya menyumbangkan kepada kecerdasan atau kepintaran mereka.

Beliau mendapati:

Ibu mengandung sering menyanyi bersama suami dan main piano. Menyelesaikan masalah matematik juga dijadikan kebiasaan.

Hidangan makan malam biasanya terdiri daripada ikan tanpa daging. Salad dan kekacang merupakan kemestian terutamanya badam.

Makan buah-buahan dahulu sebelum makan makanan utama. Mereka percaya makan makanan utama kemudian makan buah-buahan menyebabkan mengantuk dan sukar untuk memahami bahan pelajaran.

Merokok ialah tabu di Israel. Saintis dari universiti di Israel percaya bahawa nikotin rokok merosakkan sel-sel otak dan memberi kesan kepada gen dan DNA - punca kelemahan otak dan tumpul otak (bodoh). Teka: Siapakah pengeluar terbesar rokok dunia?

Kanak-kanak makan di bawah bimbingan ibu-bapa. Mengutamakan buah-buahan dan badam, diikuti minyak hati ikan kod.

Kebanyakan kanak-kanak Yahudi mengetahui tiga bahasa - Hebrew, Arab dan Bahasa Inggeris.

Belajar bermain piano dan biola merupakan aktiviti wajib sejak kanak-kanak.

Murid-murid darjah satu hingga enam diajar matematik bisnes dan subjek-subjek sains dan ia merupakan pilihan utama.

Kanak-kanak dilatih memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak membantu otak untuk lebih fokus membuat keputusan dan meningkatkan kejituan.

Pelajar sekolah menengah lebih memilih untuk belajar sains, menghasilkan produk dan mengendali semua jenis projek. Perhatian khusus diberi kepada bidang perubatan dan kejuruteraan. Di peringkat universiti, fakulti perniagaan diberi lebih perhatian.

Survival

Dr Leon percaya faktor politik dan survival sebagai punca bangsa Yahudi cerdas atau genius yang percaya mengubah kebiasaan hidup seharian seseorang daripada segi diet dan asuhan atau didikan mampu menghasilkan generasi genius dalam tempoh tiga generasi.

Ia merupakan kesan epigenetik dan diwarisi.

Buktinya, cucu Dr Leon yang berumur sembilan tahun telah menulis rencana lima muka surat berjudul Why I Love Tomato.

Badam merupakan antara makanan utama kanak-kanak Yahudi di Israel yang kaya dengan riboflavin dan L-Carnitine kerana ia memberi kesan positif kepada aktiviti neuron serta menghalang kemerosotan kognitif.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Anak Boleh Diasuh Menjadi Seorang Genius?

sumber: sinarharian