Friday, February 16, 2018

Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yang Sebenar


Masa kecil-kecil adik beradik tidur bersama. Bila sudah besar, bilik masing-masing. Bila sudah nikah, rumah masing-masing. Bila sudah tua, seorang demi seorang adik-beradik pergi. Tiada lagi bising.

Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yang Sebenar

Mulanya berkumpul satu keluarga, tapi penutup kubur akhirnya masing-masing.

Wahai Sahabat-Sahabat..

Disebabkan kubur masing-masinglah, kita selalu kena saling berpesan-pesan, jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong.

Ingatlah, disana tiada abang, kakak, adik, kawan. Hanya kau dan amalan baik dan buruk yang dibawa bersama.

Bersedia selalu, bersiap selalu.

Malaikat Maut tidak melihat tua, muda atau bayi. Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda.

Jika ingat mati, anda orang paling bijaksana. Alam Barzakh permulaan kehidupan yang sebenar.

Buat baik dengan orang, tak semestinya akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yang kita buat.

Hormat orang tak semestinya kita akan dihormati, tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yang mulia.

Buat apa sahaja kebaikan tak semestinya orang akan balas dengan baik, maka berilah kebaikan bukan kerana orangnya, tetapi kerana-NYA.

Buat baik bukan kerana rasa kita orang baik, tetapi kerana kita mahu jadi terbaik disisi ALLAH pemilik semua yang baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Maksud Kematian Bagi 6 Agama Dan Kepercayaan Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

1 comment

  1. Betulla, ramai sahabat,kawan, ibu dan ayah dah pergi. Mungkin tak lama lagi, akan dijemput, rambut dah beruban, mata kabur, gigi dah rongak sana sini, kudrat pun dah kurang.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon