Friday, January 19, 2018

Penyakit Necrophilia Perbuatan Hubungan Seksual Dengan Mayat

Penyakit Necrophilia Perbuatan Hubungan Seksual Dengan Mayat

Necrophilia juga dipanggil Thanatophilia, adalah tarikan seksual atau perbuatan seks seseorang dengan melakukan hubungan seksual terhadap mayat. Daya tarikan diklasifikasikan sebagai paraphilia oleh Manual Diagnostik dan Statistik (DSM) Persatuan Psikiatri Amerika.

Apa Itu Necrophilia

Necrophilia adalah suatu kelainan seks dimana seseorang lebih memilih mayat sebagai rakan seksnya.

Mungkin kita berfikir bahawa penyakit Necrophilia hanya berlaku kepada lelaki sahaja, walhal sebenarnya wanita juga mengidap penyakit ini.

Namun, 90 peratus kes Necrophilia memang dihidapi oleh lelaki.

Penyebab Necrophilia adalah;
  • 68 peratus didorong oleh keinginan untuk tidak ditolak dalam melakukan hubungan seks;
  • 21 peratus didorong oleh keinginan untuk melakukan hubungan seks dengan kekasih lama;
  • 15 peratus didorong oleh tarikan seksual terhadap mayat;
  • 15 peratus didorong oleh keinginan untuk bersendirian atau untuk menghindar gangguan orang lain;
  • 11 peratus didorong oleh keinginan untuk mendapatkan semula harga diri yang dipandang rendah dengan 'menunjukkan' kekuasaan atas mayat.

Dari semua penyebab ini, ketidakpercayaan diri terhadap pasangan sangat mendominasi. 68 peratus dari kejadian Necrophilia adalah kerana pasangan tidak cukup percaya kepada diri sendiri untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan secara normal, sehingga dia memilih mayat sebagai pasangan seks.

Ramainya lelaki yang mengalami ejakulasi awal, wajah yang tidak menarik serta ukuran alat kelamin yang terlalu kecil juga membuatkan mereka tidak percaya kepada diri sendiri dan mayat adalah mangsa terakhir yang tidak akan menyakit atau memalukan mereka.

3 Jenis Penyakit Necrophilia:
  1. Necrophilic homicide, penghidapnya perlu membunuh terlebih dahulu untuk mendapatkan mayat dan memperolehi kepuasan seksual.
  2. Regular necrophilia, penghidapnya hanya menggunakan mayat yang sudah mati untuk memperolehi kepuasan seksual.
  3. Necrophilic fantasy, penghidapnya berfantasi berhubungan seks dengan mayat, tetapi tidak melakukannya.

Penyakit Necrophilia boleh disembuhkan dengan rawatan piskopatologi dan terapi kognitif.

Di sisi lain, kurang percaya terhadap diri sendiri ketika melakukan hubungan seksual dengan pasangan adalah salah satu akar permasalahan penyakit Necrophilia.

Salah satu cara rawatan pesakit Necrophilia adalah dengan menasihati isteri atau pasangan untuk tidak mengkritik kelemahan atau kekurangannya.

Ini kerana sebarang kritikan akan menyebabkan trauma terhadap pasangan yang mendorong perbuatan Necrophilia.

Berdasarkan kajian terhadap 122 kes Necrophilia yang terjadi, sebahagian besar penderitanya termasuk dalam golongan kedua. Separuh daripada mereka bekerja di bilik mayat atau pengurusan pengebumian.

Seorang penggali kubur di Itali mengaku ghairah dan melakukan masturbasi setelah mengebumikan mayat gadis muda yang cantik dan untuk mencapai klimaks, dia akan menyetubuhi mayat gadis tersebut.

Perbuatan Necrophilia dilakukan setelah tiada lagi orang lain di kawasan perkuburan dan dalam pengakuannya, dia mengakui sudah bersetubuh dengan ratusan mayat yang dikebumikannya.

Dalam seminggu, dia akan melakukan seks dengan mayat sebanyak 4-5 kali dan pernah menghisap darah dan urin mayat wanita yang masih remaja.

Sejarah mencatatkan bahawa Necrophilia juga pernah terjadi di Mesir ribuan tahun lalu. Suami yang takut mayat isterinya dicabul akan menyimpan mayat isterinya di rumah sehingga membusuk.

Salah satu kisah Necrophilia yang menjadi legenda sehingga kini adalah Raja Herod yang membunuh isterinya, kemudian melakukan hubungan seks dengan mayatnya selama lebih dari 7 tahun.

Kejadian lain adalah kisah seorang wanita yang bertugas mengawet mayat di sebuah perusahaan pemakaman.

Dalam tempoh 4 bulan berkerja disitu, dia sudah melakukan hubungan seks dengan ramai mayat lelaki.

Dalam pengakuannya, dia mengakui tidak mendapat kepuasan ketika melakukan hubungan seks dari mana-mana lelaki kerana dia pernah di dera sebelum diperkosa seorang lelaki.

Ketika melakukan hubungan seks dengan mayat, dia boleh melakukannya tanpa perlu merasa takut, merasa lebih selamat dan tidak berasa terancam.

Supaya kemaluan mayat tegang ketika melakukan perbuatan tersebut, dia akan memasang benda keras di bawah kulit penis mayat.

Sekitar 60 peratus penderita Necrophilia menderita gangguan jiwa, bahkan 10 peratus diantaranya dikategorikan sebagai "orang gila".

Pekerjaan mereka juga biasanya berkaitan dengan pengurusan mayat.

Kajian moden yang dilakukan menunjukkan bahawa, beberapa pelaku Necrophilia cenderung memilih pasangan yang sudah mati setelah gagal memikat individu yang masih hidup.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: nadynadiarahmah

'Operation Fish' Pemindahan Emas Terbesar Dalam Sejarah Dunia!

'Operation Fish' Pemindahan Emas Terbesar Dalam Sejarah Dunia!

Pada tahun 1939, telah timbul tanda-tanda akan berlakunya perang di Eropah. Menjelang 1940, keadaan menjadi semakin runcing apabila Belanda dan Belgium telah jatuh ke tangan Jerman.

'Operation Fish' Pemindahan Emas Terbesar Dalam Sejarah Dunia!
Gambar hiasan.

Dengan serangan ke atas England dijangka berlaku pada pertengahan bulan Jun 1940, Winston Churchill selaku Perdana Menteri pada ketika itu telah melancarkan satu operasi besar-besaran untuk memindahkan rizab simpanan dan sekuriti British ke Montreal, Kanada. Operasi ini dikenali sebagai "Operation Fish".

Operasi ini dikatakan telah berjalan bermula dari musim panas 1939 sehingga awal 1940. Sepanjang tempoh Operation Fish ini, dikatakan 1500 tan emas dan sekuriti dengan jumlah keseluruhan $300 bilion (dalam nilai kini) berjaya dipindahkan ke Montreal.

Objektif Operation Fish

Dengan kekuatan yang dimiliki oleh pihak Nazi, Winston Churchill bimbang England akan jatuh ke tangan Jerman.

Objektif utama Operation Fish adalah sekiranya England ditawan oleh Nazi, maka Winston Churchill ingin memimpin negara-negara Commonwealth daripada Ottawa.

Oleh itu, Winston Churchill ingin memindahkan sebanyak mungkin sekuriti dan rizab emas ke Montreal agar ianya boleh digunakan kelak membeli kapal terbang, kereta kebal, peluru dan keperluan senjata daripada Kanada dan Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu perkara yang mudah kerana terdapat risiko kapal-kapal ini akan ditenggelamkan oleh pihak Nazi.

Operasi yang hampir sama pernah dilakukan pada era Perang Dunia Pertama namun malangnya ianya gagal.

Pada ketika itu, 43 tan emas telah cuba dipindahkan daripada Liverpool ke Halifax menggunakan kapal SS Laurentic. Misi tersebut gagal apabila kapal tersebut berjaya ditenggelamkan oleh kapal selam Jerman di sekitar perairan Ireland.

Strategi Operation Fish

Mengambil kira jarak yang jauh antara England dan Kanada serta laluan di lautan terbuka, konvoi mereka mempunyai risiko besar diserang oleh pihak musuh.

Strategi yang digunakan pada ketika itu adalah menggunakan kapal yang sangat banyak dimana hanya segelintir sahaja daripada kapal ini dimuatkan dengan jongkong emas dan sekuriti manakala selebihnya bertindak untuk mengelirukan pihak musuh.

Konvoi ini juga akan diiringi oleh beberapa kapal perang British antaranya HMS Revenge, HMS Resolution, HMS Enterprise, HMS Emerald dan HMS Bonaventure.

Selain itu, 3 buah bot pelancongan yang telah diubahsuai turut terlibat dalam operasi ini. Bot pelancong yang lebih laju ini bertindak untuk memintas kapal-kapal pihak musuh.

Keadaan ombak besar dan laut bergelora hampir menggagalkan misi ini apabila bot-bot terpaksa bergerak lebih perlahan. Hal ini memudahkan mereka dikejar dan diserang oleh pihak musuh.

Setibanya di pelabuhan Montreal, kesemua jongkong emas dan sekuriti tersebut telah dimuatkan ke dalam kereta api dan bertolak ke Montreal. Perjalanan ke Montreal juga telah diiringi oleh 300 orang pengawal keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Setibanya di Montreal, kesemua sekuriti telah dipindahkan ke tempat yang selamat sementara jongkong emas telah meneruskan perjalanan ke Ottawa.

Di Montreal, kesemua sekuriti tersebut yang dianggarkan bernilai $230 bilion pada masa kini telah ditempat dalam peti simpanan bawah tanah 3 tingkat di bangunan syarikat Sun Life Assurance. Bangunan ini dikawal ketat oleh pegawai Royal Canadian Mounted Police setiap masa.

Di Ottawa pula, 1500 tan jongkong emas telah ditempatkan di peti besi di bawah bangunan Bank of Canada.

Beberapa ratus pekerja bank yang sudah bersara diambil bekerja untuk mengira dan menyusun kesemua simpanan jongkong emas dan sekuriti ini.

Setelah Operation Fish tamat, Bank of Canada pada masa itu merupakan antara lokasi penyimpanan jongkong emas terbanyak di dunia.

Adakah misi Operation Fish berjaya?

'Operation Fish' Pemindahan Emas Terbesar Dalam Sejarah Dunia!

Bagi Winston Churchill, Operation Fish merupakan satu operasi yang sangat besar dan berisiko tinggi dan mengikut rekod, 134 bot telah berjaya dimusnahkan oleh pihak musuh sepanjang operasi ini.

Menariknya, tiada satu pun bot atau kapal yang mengandungi jongkong emas dan bot berjaya ditenggelamkan oleh pihak Nazi.

Operation Fish dianggap berjaya kerana simpanan emas dan sekuriti yang berjaya dipindahkan itu boleh digunakan untuk membina kembali kekuatan tentera England.

Operation Fish merupakan satu operasi sulit yang tidak diketahui banyak pihak malah, ada pihak yang mendakwa nilai keseluruhan rizab emas dan sekuriti yang dipindahkan ini jauh lebih tinggi daripada jumlah yang dilaporkan di media massa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Maksud Mimpi Ayah Meninggal Dunia

Maksud Mimpi Ayah Meninggal Dunia

Disebutkan bahawa mimpi ayah meninggal merupakan petanda tentang kebaikan. Ada banyak makna yang dapat dipetik dari mimpi ini, samada berkaitan dengan jodoh, rezeki, mahupun pekerjaan.

Mimpi ayah meninggal dunia

Satu yang perlu diingat adalah selain sebagai petanda baik, mimpi ayah meninggal juga sebaliknya menjadi peringatan bagi kita agar sentiasa menyayangi ayah kita yang saat ini masih hidup.

Berikut adalah beberapa tafsir maksud mimpi melihat ayah meninggal dunia.

1. Mimpi ayah meninggal kerana sakit

Mimpi ini memiliki erti bahawa dalam waktu terdekat ini, anda akan mendapatkan keberkatan dari pekerjaan saat ini.

Jika anda belum bekerja, mimpi ini juga memberi alamat bahawa dalam beberapa hari akan datang, anda akan ditawarkan pekerjaan yang baik.

Jangan terlalu fikirkan bila bermimpi yang seolah-olah buruk ini. Sayangilah ayah anda dan persiapkan diri untuk kebaikan yang akan datang.

2. Mimpi ayah meninggal kerana kemalangan

Erti mimpi ayah meninggal kerana kemalangan juga memiliki maksud yang sama dengan erti mimpi diatas.

Keberkatan dan kebaikan akan anda perolehi dalam waktu terdekat ini. Jangan lupa bila anda mendapat rezeki dan kebaikan, berikan sebahagian kepada ayah dan ibu untuk menyenangkan hati mereka.

3. Mimpi bertemu ayah yang sudah meninggal

Mimpi ini merupakan peringatan untuk kita mengirimkan doa untuk ayah kita yang telah berada di dalam barzak, kerana salah satu amalan yang tidak pernah terputus bagi seseorang yang telah meninggal dunia adalah doa anak soleh dan solehah untuk orang tuanya.

4. Mimpi ayah meninggal dunia tapi masih hidup

Mimpi ini tidak memiliki apa-apa erti. Mungkin mimpi ini hanyalah mainan tidur sahaja yang tidak perlu difikirkan.

5. Mimpi berbicara dengan ayah yang sudah meninggal

Sama seperti erti mimpi bertemu ayah yang sudah meninggal, mimpi berbicara dengan mereka juga adalah peringatan bahawa sebaiknya kita segera mengirimkan doa agar ayah atau orang tua kita diberi tempat terbaik di sisinya.

Selama ini mungkin anda terlalu sibuk mengejar dunia sehingga lupa kepada ayah anda.

6. Mimpi diajak pergi oleh ayah yang sudah meninggal

Mimpi diajak pergi oleh ayah atau siapapun orang yang sudah meninggal dunia memiliki maksud yang buruk.

Jika dalam mimpi tersebut anda ikut dan rela diajak pergi oleh orang yang sudah meninggal, ini pertanda ajal anda sudah dekat.

Perbaikilah diri anda dan bertaubatlah. Adapun bila dalam mimpi tersebut, anda tidak mahu ikut, maka petanda ajal masih jauh.

Demikianlah kumpulan erti mimpi ayah meninggal dunia yang dapat disampaikan. Sayangilah ayah kita yang masih hidup dengan penuh kasih sayang dan perhatian yang sebaiknya, dan mimpi ini juga mengajarkan kita agar selalu meluangkan waktu mengirimkan doa untuk ayah yang sudah meninggal.

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Maksud Mimpi Suami Kahwin Lagi

sumber: arti-mimpi

Carilah Isteri Solehah, Itu Nasihat Suami Beristerikan Wanita Jelita

Carilah Isteri Solehah, Itu Nasihat Suami Beristerikan Wanita Jelita

Kisah ini adalah satu perkongsian menarik daripada seorang suami yang beristerikan seorang wanita cantik dan jelita, semoga kisah ini menjadi satu pedoman kepada bakal suami di luar sana.

Carilah Isteri Solehah, Itu Nasihat Suami Beristerikan Wanita Jelita
Gambar hiasan.

Whatsapp dengan kawan lama. Lama tak tanya khabar. Malas sikit nak tegur dia ni sebab dia super kacak. Anti orang kacak ke apa aku ni. Hee..

Aku: “Kau apa cerita sekarang?”

Member: “Dah kahwin. Dua tahun dah. Kau?”

Aku: “Aku masih membongak membujang. Koh koh koh.”

Member: “Nikah-nikahlah. Sian anak kau nanti, kau dah tua nak KO dia baru darjah satu. Kurang kasih sayang bapak nanti.”

Aku: “Best ke kahwin?”

Member: “Bergantung pada siapa yang kau pilihlah.”

Aku: “Err..maksud kau?”

Member: “Aku cakap directlah boleh?”

Aku: “Sila, sila..”

Member: “Kau kenal aku. Kau tahu aku macam mana. Orang kata aku playboy. Orang kata aku kasanova sebab rupa aku ni. Ya lah. Aku cerewet. Nak kenal perempuan yang lawa-lawa je. Model tak model, janji dahi licin. Ramai dah aku kenal. And, orang rumah aku pun alhamdulillah cun melecun.

Memang best dapat perempuan cun. Bila bawa keluar dating, banyak mata yang melihat. Bangga. Sampai ada yang snap gambar. Ramai puji aku bertuah dapat bini lawa. Orang kata nanti anak-anak semua comel-comel sebab mak bapak dah ada rupa.

Tapi, mereka tak tahu, tiap bulan aku habis berapa hanya untuk kekalkan kecantikan bini aku tu. Beribu. Dari alat make-up, supplements, skincare dari hujung rambut sampai hujung kaki, pakaian yang up-to-date, vogue dan fashionista bagai semua tu. Bayangkan kalau gaji aku cuma RM2k ke bawah? Teruk jugaklah.

High maintenance. Macam jaga kereta tapi kereta pun tak macam ni.

Jadi, aku cadangkan kau pilih yang solehahlah kalau boleh.”

Aku: “Kenapa? Sebab aku tak gaji besar macam kau ke, so aku tak boleh afford?”

Member: “Bukan sebab kemampuan gaji. Tu memang satu faktor gak. Tapi, yang lebih susah untuk diatasi adalah sikap dan perangai.

Bro, kau kenal aku takdelah alim. Agama so-so je lah. Kau tahu, betapa sukarnya nak suruh isteri sendiri berhenti atau kurangkan post gambar-gambar sendiri di instagram dan facebook?

Orang lawa ni dia memang suka expose diri. Aku dah cuba slow-talk tapi mungkin makan masa lama lagilah. Sebab manusia suka dipuji.

Aku pun suka bila orang duk puji-puji bini aku cantik. Memang aku tahu dayus macam tu, tapi susahlah nak buang sikap sendiri.

Bini aku pun ada perangainya sendiri. Kadang melawan. Kadang tinggi suara. Kadang marah merajuk melampau-lampau. Kadang-kadang, dia melebihkan penjagaan dirinya melebihi menjaga suami sendiri. Upgrade kecantikan saja tahu. Upgrade skill memasak ke menjahit ke, tak berapa suka. Nanti tangan jadi kasarlah apa lah.

Susah sebab aku kurang ilmu agama, nak didik orang ke arah agama. Baru sekarang aku faham. Dulu, aku ingat, kerja didik isteri ni mudah saja. Perlu tegas saja, perlu tengking saja, ugut nak nikah lagi satu ke. Tapi, meleset beb.

Aku nakkan kecantikan, aku dapat. Tapi, ketenangan dalam hati tu susah sikitlah. Nak tenang macam mana asyik nak cemburu buta je bila lelaki lain usyar bini sendiri.

Nak suruh dia tutup aurat lengan dan kaki pun masih tak berjaya. Apatah lagi nak suruh labuhkan tudung. Bukan mudah rupanya nak didik tutup aurat.”

Aku: “Hmmm..”

Member: “So, kesimpulannya, kau fokus pada yang solehah. Buat apa untung kat dunia macam aku, tapi rugi banyak di akhirat. Cari yang menguntungkan kau dunia dan akhirat.

Fikir dalam-dalam. Sekarang, aku gigih timba ilmu balik. Baca sendiri buku-buku agama. Sebab nak didik isteri. Kau jadikan cerita aku sebagai iktibar. Bukan mudah hidup berkeluarga. Banyak till neraka dari till jannah bila salah cara.”

Aku termenung lama..

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Kenapa Lelaki Kuat Beragama Lazimnya Kahwin Lebih Dari Satu?

Kenapa Lelaki Kuat Beragama Lazimnya Kahwin Lebih Dari Satu?

Di dalam masyarakat Islam di dapati ramai kaum lelaki yang kuat beragama atau yang berpendirian agama yang kukuh seperti para ustaz dan ulama di lihat beristeri lebih daripada seorang.

Kenapa Lelaki Kuat Beragama Lazimnya Kahwin Lebih Dari Satu?

Ini bukan menunjukkan bahawa nafsu seks mereka itu lebih kuat daripada lelaki-lelaki yang biasa, tetapi perbuatan mereka yang berkahwin lebih daripada seorang itu lebih cenderung untuk mengelakkan perbuatan dosa seperti zina.

Dimana sebagai orang-orang yang berpengetahuan di dalam agama, mereka akan mengelakkan diri daripada melakukan seks rambang yang di larang keras oleh Islam dan untuk itu mereka memilih cara yang di halalkan oleh Islam iaitu berkahwin lebih daripada satu hingga kepada empat (4) isteri.

Mereka ini berbeza dengan lelaki-lelaki biasa yang kurang mementingkan Hukum Hakam, dimana mereka boleh mendapatkan seks rambang dengan orang-orang yang segolongan dengan mereka yang lemah mengenai Perundangan Islam.

Tetapi, kedua-dua golongan lelaki seperti ini adalah memiliki keinginan nafsu seks yang sama secara semula jadi dan yang berbeza adalah bagaimana mereka memenuhi keinginan seks mereka tersebut.

Oleh sebab itu, jika wujud kaum lelaki yang menggunakan alasan untuk berkahwin lebih daripada seorang Isteri hanya kerana sunah nabi, alasan seperti itu adalah sama sekali tidak benar.

Kenyataan seperti itu lebih kepada cara untuk menutup keinginan hawa nafsu yang mereka miliki sebagai seorang lelaki sejati sahaja dan untuk menjaga maruah mereka sebagai orang yang beragama di mata masyarakat umum dan jelas mereka hanya menggunakan hak lelaki di dalam islam untuk berkahwin lebih daripada satu.

Kerana di dalam pembentukkan makhluk Lelaki, Allah SWT sememang nya telah meletakkan nafsu lelaki kepada mereka dengan tujuan untuk pembiakkan umat manusia di atas muka bumi ini dan di berikan perundangan yang harus di patuhi.

Begitu juga halnya kes-kes kaum lelaki yang telah beristeri di dalam proses mengurat; wanita-wanita lain dengan pelbagai cerita-cerita sedih yang kononnya mendapat layanan dingin daripada isteri.

Strategi seperti ini adalah refleksi daripada keinginan nafsu lelaki mereka untuk meraih perhatian kaum wanita agar bersimpati kepada mereka.

Dan di dalam kebanyakan kes, rayuan-rayuan lelaki seperti ini adalah berjaya menundukkan hati wanita yang menjadi sasaran dan berlaku lah seks rambang.

Juga di dalam kebanyakan kes ini juga, lelaki-lelaki yang tergolong di dalam golongan ini akan meninggalkan wanita-wanita yang telah di nodai itu begitu sahaja dan mencari mangsa-mangsa seterusnya.

Malah ada juga yang di jadikan sebagai wanita simpanan hanya untuk memuaskan hawa nafsu mereka tanpa sesuatu ikatan nikah yang sah.

Begitu juga dengan kes-kes kahwin lari ke Thailand yang di lakukan oleh lelaki-lelaki yang telah beristeri dengan wanita-wanita bujang atau pun yang telah menjanda, golongan ini lebih faham hukum agama tetapi tidak mendapat kebenaran untuk berkahwin lebih atau mereka takut untuk mendapatkan kebenaran dari isteri.

Kesimpulannya, semua ini di sebabkan oleh nafsu yang sememang nya ada di dalam tubuh manusia yang tidak mengira lelaki atau wanita.

Dimana nafsu-nafsu itu di letakkan di dalam deria-deria rasa yang boleh dipacu oleh dua mata, dua telinga, hidung, mulut, dua tangan, dua kaki dan kemaluan.

Dan deria nafsu ini di jadikan tanpa batasan dan berkemampuan untuk melakukan apa sahaja seperti yang di inginkan.

Hanya golongan manusia-manusia yang dapat menguasai akal fikiran dan nafsu ke dalam pertimbangan wajar seperti yang di tetapkan di dalam Syariah Islam sahaja yang dapat membataskan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam.

Dan ini memerlukan pendidikan seks dan agama yang diselaraskan dari peringkat awal. Anak-Anak sebagai benteng kekukuhan iman mereka apabila meningkat dewasa kelak, bukan setelah mereka itu telah dewasa baharu ingin di ajarkan.

Jelas di sini lagi, peranan lelaki remaja dan belia yang membaca artikel ini perlulah menilai diri sendiri sama ada telah berusaha untuk mengawal nafsu lelaki anda ke tahap yang sepatutnya berlandaskan ajaran agama baik yang belum berkahwin atau pun sudah berkahwin.

Hal ini akan sedikit sebanyak merupakan pencetus siapa diri anda pada masa akan datang dan mencorakkan hidup anda.

Usahlah kita sebagai lelaki bergelumbang dengan dosa hanya kerana nikmat nafsu sesat namun azab dosanya adalah selamanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelaki

Thursday, January 18, 2018

Kru Pesawat Kongsi Rahsia Waktu Terbaik Guna Tandas Ketika Penerbangan

Kru Pesawat Kongsi Rahsia Waktu Terbaik Guna Tandas Ketika Penerbangan

Seorang atendan penerbangan telah mendedahkan salah satu misteri terbesar di atas kapal terbang, bilakah masa terbaik untuk pergi ke tandas semasa dalam penerbangan?

Kru Pesawat Kongsi Rahsia Waktu Terbaik Guna Tandas

Penerbangan sememangnya akan menimbulkan beberapa masalah apabila tandas pesawat perlu dikongsi dengan penumpang lain.

Etika buruk dalam pesawat juga sering menimbulkan masalah ketika makanan dihidang dan ketika kerusi dibaringkan.

Satu persoalan yang bermain di fikiran penumpang, bilakah sebenarnya masa terbaik untuk menggunakan tandas pesawat semasa perjalanan di udara?

Seorang atendan penerbangan telah mendedahkan rahsia di sebalik penggunaan kemudahan tandas untuk mengelakkan daripada mengganggu orang lain.

Atendan penerbangan, Erika Roth menjelaskan kepada Readers Digest bahawa masa terbaik untuk ke tandas adalah ketika pesawat berada 30,000 kaki di udara.

Dia menerangkan bahawa masa terbaik itu juga ketika juruterbang baru sahaja memadamkan isyarat tali pinggang keledar, tetapi sebelum minuman dihidangkan.

Penumpang lain tidak akan berebut untuk menggunakan tandas, kerana penerbangan baru sahaja berlepas dan dengan itu beratur panjang dapat dielakkan.

Menunggu sebelum perkhidmatan minuman dihidang juga bermaksud tidak menghalang perjalanan troli di lorong.

Ramai penumpang juga mungkin tidak selesa meninggalkan tandas selepas menggunakannya kerana ia berbau.

Salah satu cara yang digunakan kru untuk menghilangkan bau busuk adalah dengan menuang kopi ke tandas atau menggunakan beg kopi granul.

Ini kerana baunya cukup kuat untuk menutup bau lain selain mampu membunuh bakteria.

Jadi, sesiapa yang mendapati perutnya meragam dalam penerbangan, bawalah sedikit kopi ke tandas untuk menyahkan bau yang disebabkan oleh mereka sendiri.

Jika ada yang terkunci di dalam tandas pula, mereka tidak perlu takut. Tanda di pintu tandas mempunyai selak rahsia yang boleh digunakan untuk membuka pintu dari luar.

Atendan penerbangan menggunakan selak ini jika terdapat penumpang sakit atau pengsan semasa berada di dalam tandas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia Yang Anda Tidak Tahu Ketika Dalam Pesawat

sumber: mstar

12 Lokasi Menarik Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Di Perak

12 Lokasi Menarik Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Di Perak

Negeri Perak sudah pastinya menjanjikan kelainan kepada pengunjung kerana sangat terkenal dengan pelancongan alam semula jadi, pulau dan pantai, tempat bersejarah, taman tema dan sebagainya.

Negeri Perak juga merupakan sebuah negeri di Malaysia yang masih lagi mengekalkan seni bina bangunan yang bercirikan warisan pengaruh Barat yang sangat mempesonakan pelancong.

Jika anda inginkan percutian yang bercirikan “Ketamadunan” dan “Semula Jadi”, jangan lepaskan peluang untuk melawati negeri Perak.

Di sini kami senaraikan 12 lokasi Muzium dan Tempat-tempat Bersejarah menarik di Perak yang boleh anda lawati bersama keluarga ketika bercuti di negeri ini.

1. Muzium Perak

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Muzium Perak merupakan muzium pertama dan tertua yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1883 oleh Sir Hugh Low seorang Residen British ketiga di Perak ketika itu.

Terletak di bandar Taiping, kira-kira 85 kilometer dari bandar Ipoh. Muzium Perak kaya dengan koleksi etnologi, sejarah, alam semula jadi, arkeologi dan etamobologi yang sebahagiannya diklasifikasikan sebagai koleksi nadir atau rare yang berusia lebih seratus tahun seperti spesimen binatang seperti binturong dan pulasan, tengkorak dan rangka binatang serta tembikar tanah yang kini sukar ditemui atau pupus.

Selain daripada pelbagai jenis koleksi yang dipamerkan, bangunan Muzium Perak ini juga mempunyai keunikan dan kelainan seni binaannya yang tersendiri pengaruh daripada bangunan masyarakat “moor” di India, dan ‘neo-classical” serta “Victorian” masyarakat di Eropah.

Bagi anda yang meminati sejarah dan sebagainya jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Muzium Perak ini.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am– 6.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa (RM 2.00) | Kanak-Kanak (Percuma)

2. Galeri Sultan Azlan Shah

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Sebuah galeri yang indah dan menarik seni binaannya dibangunkan semula daripada istana lama iaitu Istana Ulu.

Istana Ulu atau dikenali juga dengan nama Istana Kota ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar tidak jauh dari Masjid Ubudiah.

Dibina setaraf galeri yang terdapat di luar negara bertujuan untuk merakam tentang sejarah hidup Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah daripada awal usia sehingga zaman pentadbiran baginda.

Di sini juga menempatkan informasi berkenaan sejarah negeri Perak dan keluarga Diraja Perak.

Kemegahan dan keagungan Galeri Sultan Azlan Shah ini diterjemahkan melalui seni binaannya yang halus dan indah, terus kekal berdiri teguh walaupun telah seabad dibina.

Selain daripada pengunjung dapat mengetahui sejarah, susur galur dan kehidupan sultan tetapi juga dapat melihat kehalusan ukiran-ukiran kayu dan kerawang besi berukiran bunga kemboja serta keseluruhan galeri ini sudah semestinya menawan hati pengunjung yang gemar akan seni sebegini.

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (10.00am – 5.00pm) | Jumaat: 10.00 pagi – 12.15 tengah hari (Dibuka semula: 2.45 petang – 5.00 petang)

3. Kellie’s Castle

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Kellie’s Castle merupakan antara salah satu tempat menarik yang harus anda lawati jika berkunjung ke negeri Perak.

Bangunan 3 tingkat umpama istana ini mempunyai kelainan, keunikan dan sejarahnya yang tersendiri kerana dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul, di Bandar Agra, India.

Walaupun bangunan ini sudah berusia 107 tahun dan tidak sempat disiapkan tetapi tetap terus kukuh hasil daripada pembaikan yang dijalankan.

Untuk ke Kellie’s Castle pengunjung perlu menyeberangi jambatan yang telah dibina melintasi sungai Kinta.

Terdapat kemudahan seperti kafe, surau, tandas, kedai cenderamata dan tapak meletak kereta telah disediakan oleh Majlis Daerah Kinta Barat. Kellie’s Castle juga sering menjadi lokasi pengembaraan drama dan filem dalam dan luar negara kerana keunikan binaannya. Kellie’s Castle menjadi kebanggaan penduduk Batu Gajah, Perak ini kerana keunikan seni binaan dan sejarahnya.

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00am – 6.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa (RM 5.00) | Kanak-kanak (RM 3.00) | Warga Emas (RM 4.00)

4. Muzium Arkeologi Lenggong

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Muzium Arkeologi Kota Tampan ini terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dan berada dalam Daerah Hulu Perak iaitu 8 kilometer ke selatan dari Pekan Lenggong.

Keluasan keseluruhan kawasan Galeri ini dianggarkan seluas 8.16 ekar dengan 2 blok bangunan yang mempunyai 2 Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat dan Bilik Penyelidikan.

Galeri ini menempatkan pelbagai artifak dan bahan prasejarah dipamerkan dalam bentuk medium yang menarik dan berinformatif.

Di sini juga terdapat rangka “Perak Man” yang ditemui di Gua Gunung Runtuh, dan beberapa artifak lain yang membuktikan kewujudan penempatan awal manusia prasejarah di negara ini, menjadikan ianya tersenarai antara 953 tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Selain itu, bukti penemuan batu serpihan hentaman meteorit juga menjadi penyumbang kepada pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.00pm) | Jumaat (9.00am – 12.00pm) (3.00am – 5.00pm)

5. Kota Belanda

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Jika anda ke Pulau Pangkor, Perak jangan terlepas peluang untuk singgah sebentar di Kota Belanda ini yang terletak di Teluk Gadang, kira-kira 100 meter dari pantai.

Kota Belanda ini merupakan sebuah kubu lama kolonial Belanda telah berusia lebih 300 tahun yang dijadikan sebagai gudang penyimpanan bijih timah dari negeri Perak.

Pengunjung boleh melawati Kota ini secara percuma sahaja sambil melihat secara dekat peninggalan-peninggalan penjajahan, sejarah pengaruh Barat di Tanah Melayu dan terdapat juga beberapa rumah limas tradisional negeri Perak yang telah dibina oleh kerajaan negeri Perak bagi menambahkan lagi nilai serta tarikan pelancongan di sini.

Pengunjung tidak perlu risau jika datang ke sini kerana terdapat pelbagai kemudahan telah disediakan seperti gerai makanan, pakaian dan juga cenderamata untuk dibawa pulang sebagai buah tangan.

6. Kompleks Sejarah Pasir Salak

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Kompleks ini dibina pada tahun 1990 atas inisiatif Tan Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak ketika itu dan dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990.

Di sini terdapat banyak kesan sejarah terutamanya tentang perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu, terbahagi kepada galeri Sejarah, dan balai pameran mempamerkan sejarah peristiwa Pasir Salak, senjata, alat-alat pengangkutan, tembaga, pakaian dan banyak lagi.

Terdapat juga bangunan yang sedia ada berhampirannya ialah Masjid Pasir Salak, kubu pertahanan dan tiga buah rumah kutai.

7. Muzium Beruas

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Salah satu tempat bersejarah boleh anda lawati di Perak ialah Muzium Beruas. Pada awalnya, bangunan ini merupakan Mahkamah Beruas yang telah diubahsuai untuk dijadikan muzium yang mengambil masa lebih kurang 50 minit dari Sitiawan.

Muzium ini mempamerkan lebih daripada 300 artifak pada zaman kerajaan Beruas dan Gangga Negara.

Penubuhan Muzium Beruas ini bertujuan untuk mengumpul dan mengungkapkan semula tentang sejarah keagungan kerajaan Melayu tertua di pesisir pantai negeri Perak yang telah wujud seawal abad kedua hingga kelima belas.

Di muzium ini memaparkan segala maklumat dan bahan kajian dalam bentuk sebenar seperti peta-peta, ilustrasi dan nota mengenai kegemilangan kerajaan Gangga Negara dan Beruas.

Masuk ke muzium ini adalah percuma.

Waktu Operasi: Isnin-Khamis (9.30am – 5.00pm) | Jumaat (9.30am – 12.15pm) (2.45pm – 5.00pm) | Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am (9.30am – 5.00pm)

8. Batu Bersurat Pulau Pangkor

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Jika anda ke Kota Belanda jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri Batu Bersurat berhampiran dengan kota tersebut, terletak kira-kira 100 meter dari pantai.

Pengunjung dapat melihat dengan lebih jelas batu besar terpahat dengan lukisan seolah-olah harimau sedang mencederakan seorang budak, dua bulatan berbentuk daun serta perkataan-perkataan Belanda dan Inggeris yang berbunyi “If Carlo 1743”.

Di mana tahun yang tercatat merupakan tahun pendudukan semula Belanda di Pulau Pangkor. Jika dari Kota Belanda anda boleh berjalan kaki sahaja kerana jaraknya yang dekat.

Selain daripada faktor sejarah, suatu yang unik tentang batu ini juga dikatakan oleh penduduk tempatan bahawa batu ini hidup kerana mampu membesar dari saiz asalnya yang agak kecil dengan panjang 10.7 meter, lebarnya 4.6 meter dan berketinggian 4.3 meter.

9. Port Weld

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Port Weld atau lebih dikenali kini sebagai Kuala Sepetang, Perak. Dikatakan semasa terdapatnya bijih timah di Larut dan Taiping lokasi ini menjadi pelabuhan yang sangat penting.

Hulu Sungai Larut mengalir dari Bukit Larut atau Bukit Maxwel terus ke muara Sungai Larut berhampiran dengan Port Weld atau Kuala Sepetang.

Hanya mengambil masa 60 minit atau 72 kilometer untuk ke bandar Ipoh. Kawasan yang dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Matang ini merupakan hutan paya bakau yang diiktiraf oleh dunia sebagai ekosistem terbaik.

Selain itu, di sini juga terdapat kepelbagaian hidupan liar bagi pengunjung yang cinta akan alam semula jadi untuk melihat dan terokai.

Di kawasan tengah bandar ini juga terdapat stesen keretapi pertama di Malaysia yang berhubung dengan Taiping yang kini sudah ditutup, yang tinggal hanyalah pondok menjual tiket dan papan tanda sebagai simbolik kepada Port Weld.

10. Muzium Darul Ridzuan

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Muzium Darul Ridzuan merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Perak. Menariknya bangunan ini mempunyai ciri-ciri reka bentuk Inggeris dan masih mengekalkan reka bentuk seni bina asalnya sehingga sekarang.

Dibina di kawasan seluas kira-kira empat ekar. Selain itu, terdapat dua buah kubu perlindungan serangan udara atau airaid shelter dibina pada tahun 1940.

Bangunan ini telah mula diubahsuai reka bentuk dalamannya pada tahun 1991 dan diberi nama Muzium Darul Ridzuan dan telah dirasmikan pembukaannya pada 18 Ogos 1992 oleh Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Jika ingin melihat dan mengetahui lebih lanjut latar belakang serta sejarah mengenai muzium ini pengunjung jangan lepaskan peluang anda untuk ke sini, masuk adalah percuma.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.30am – 5.00pm) | Jumaat (9.30am – 12.15pm) (2.45am – 5.00pm) | Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am (9.30am – 5.00pm)

11. Muzium Geologi

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Tertubuhnya pada tahun 1957 Muzium Geologi adalah untuk menyimpan contoh rujukan daripada kajian geologi.

Menempatkan hampir 700 koleksi unik dan menarik pelbagai jenis fosil, mineral, batu permata berharga dan separa-berharga dari dalam dan luar negara.

Terdapat beberapa sampel bijih timah menarik yang ditemui dalam lombong timah di Lembah Kinta, Perak turut dipamerkan.

Di samping, turut memaparkan sumbangan geologi terhadap pembangunan sumber air bawah tanah, pembinaan infrastruktur dan promosi warisan geologi Malaysia menggunakan ilustrasi grafik.

Masuk ke muzium ini adalah percuma.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 12.30pm) | Jumaat (9.00am – 12.00pm) (3.00pm – 4.30pm) | Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am (Tutup)

12. Muzium Diraja Kuala Kangsar

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Muzium Diraja Kuala Kangsar sangat melambangkan seni bina Melayu Tradisional yang mengagumkan.

Pengunjung boleh melihat dengan lebih jelas kehalusan seni bina Melayu Tradisional ini dengan lebih teliti.

Muzium yang didirikan pada tahun 1926 ini dahulunya dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Istana Lembah, Istana Kenangan, atau Istana Tepas.

Muzium ini dibina atas perintah D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah sebagai tempat bersemayam sementara.

Yang menariknya mengenai muzium ini tidak digunakan paku besi dalam pembinaannya. Dengan warna dinding yang melambangkan warna negeri perak iaitu kuning, hitam, dan putih.

Reka bentuk bangunan ini menggunakan enam puluh batang tiang yang lebih kurang 41 meter dan selebar 11 meter.

Dikatakan bentuk bangunan ini terbina seperti sebilah padang yang berada di dalam sarungnya.

Struktur bangunan ini terbahagi kepada dua iaitu di bahagian atas ditempatkan singgahsana manakala di bahagian bawah menempatkan sebuah pejabat rasmi Baginda.

Masuk juga adalah percuma.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.30am – 5.00pm) | Jumaat (9.30am – 12.15pm) (2.45pm – 5.00am) | Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am (9.30am – 5.00pm)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Tempat Menarik Pelancongan Unik Di Sarawak Yang Ramai Belum Tahu

sumber: maisinggah

Cerpen: Kepala Tersangkut Di Rumpun Mengkuang

Cerpen: Kepala Tersangkut Di Rumpun Mengkuang

Kegelisahan orang-orang kampung di Serting ialah gangguan terhadap ibu-ibu yang baru melahirkan anak kerana selalunya mereka akan menghadapi keadaan turun darah kalau dibawa ke hospital bagaimanapun, kebanyakan mereka masih dapat diselamatkan apabila dibawa ke hospital.

Cerpen: Kepala Tersangkut Di Rumpun Mengkuang
Gambar hiasan.

Ibu-ibu yang hendak melahirkan anak semakin bimbang akan mengalami tumpah darah ini, di samping mereka takut pula untuk beranak di hospital anehnya, kenapa tumpah darah ini sentiasa berlaku kepada ibu-ibu yang melahirkan anak-anak di kampung ini?

Disebabkan kebimbangan ini Ali Gemuk menemui Pak Hid di Bukit Kelulut bertanyakan masalah yang dihadapi oleh orang-orang di kampungnya.

Bagaimanapun, Pak Hid tidak dapat menjelaskan kedudukan sebenar, cuma dia merasakan mungkin ada gangguan dari 'penanggal' atau polong yang memang gemar menghisap darah perempuan baru lepas bersalin.

Secara saintifik memanglah tidak dapat digambarkan mengenai polong atau hantu penanggal ini, kerana yang dapat dilihat hanya perempuan yang menjadi mangsa itu terkena tumpah darah. Sedangkan yang sebenarnya hantu penanggal itu sedang menghisap darah hanyir dari ibu yang baru lepas bersalin itu.

Sebab itulah kebanyakan orang-orang di kampung akan menggantungkan duri mengkuang di bawah rumah setentang dengan tempat tidur ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Memang duri mengkuang ini menjadi sumpahan kepada hantu penanggal mahupun polong. Mereka tidak akan berani mendekatinya kalau ada duri mengkuang di situ.

“Habis, mengapa kalau bawa ke hospital boleh baik?” tanya Ali Gemuk pada Pak Hid.

“Bau ubat-ubat di hospital itu pun dia tak tahan” ujar Pak Hid perlahan.

“Apabila dibawa ke hospital tak payah lagi ubat pun tak apa lagi dah” katanya menjelaskan.

Bagaimanapun, dia tidaklah bermaksud supaya jangan diberi ubat kepada ibu-ibu yang mengalami tumpah darah itu.

Sebenarnya gangguan dari hantu penanggal atau polong itu tidak berani lagi mengikut mangsanya apabila mangsanya itu dipindahkan ke hospital.

“Jadi, macam mana kita nak buat Pak Hid?” Ali Gemuk merasa bimbang kerana isterinya sarat mengandung dan hampir akan bersalin.

“Dekat kampung kau pun ada orang yang handal, buat apa jumpa aku?” Pak Hid macam menyindir Ali Gemuk yang terburu-buru mencari dia, padahal isterinya lambat lagi akan bersalin.

Inilah kisah yang berlaku lebih 20 tahun dulu mengenai kejadian yang mengganggu ibu-ibu melahirkan anak menyebabkan mereka dalam ketakutan setiap kali akan melahirkan anak.

Ali Gemuk adalah salah seorang yang menghadapi masalah ini sebaik saja isterinya akan melahirkan anak sulung. Malah mengikut pendapat orang tua-tua perempuan mengandung anak sulung inilah yang menjadi idaman hantu penanggal itu.

Nenek saya pernah memberitahu bahawa hantu penanggal ini adalah manusia biasa yang tersalah menuntut ilmu semangat padi. Tujuannya adalah untuk membolehkan padinya berbuah dengan banyak, walaupun sawah yang dikerjakan tidak seberapa.

Ilmu semangat padi yang dituntutnya itu berubah menjadi hantu penanggal yang memerlukan darah perempuan yang baru beranak, bagi mengekalkan ilmu semangat padi itu menguasai dirinya.

Sekiranya dia tidak melakukan, maka hantu penanggal yang menguasainya itu akan memakan diri sendiri.

Oleh itu asal saja perempuan baru melahirkan anak mudah saja dia dapat mencium hanyir darah berkenaan.

Kecuali kalau wanita-wanita itu baru dibawa ke hospital, dia tidak dapat mengekorinya kerana bau ubatan moden ini melemahkan anggota hantu penanggal itu sendiri.

Kisah Ali Gemuk ini diceritakan sendiri oleh anak buahnya kepada saya, kerana semasa kejadian itu berlaku dia sudah pun berumur kira-kira 8 tahun. Dia masih ingat lagi kejadian yang berlaku kepada bapa saudaranya itu.

Saya pernah juga bertemu dengan Pak Hid dua tiga kali, tetapi tidak sempat pula bertanya mengenai kisah Ali Gemuk ini. Lagi pun dia tidak berapa ingat sangat dengan Ali Gemuk, kerana kampung mereka berjauhan.

Semasa saya bertemu Pak Hid beberapa tahun dulu, dia kelihatan menangis terisak-isak kalau menyebut kisah-kisah yang dikatakan aneh oleh manusia sekarang. Setiap kali dia menyebut nama Allah, Pak Hid akan tersedu-sedu sampai tidak dapat bercakap.

“Allah boleh melakukan apa saja, tak ada apa-apa yang aneh bagiNya,” kata Pak Hid kepada Ali Gemuk.

“Dekat kampung kau ada orang yang handal, buat apa kau cari orang tua buruk di Bukit Kelulut ni,” dia merendahkan diri apabila Ali Gemuk meminta dia membuat apa-apa tangkal bagi melindungi isterinya.

“Tolonglah bagi apa-apa tangkal pun Pak Hid,” Ali Gemuk merayu dengan penuh harapan.

“Aku tak boleh melindungi isteri kau, tangkal azimat juga tak boleh,” mengesat matanya yang mula digenangi air.

“Yang boleh kau minta tolong untuk melindungi isteri kau hanyalah Allah,” kata Pah Hid lagi.

Sedapat-dapatnya Pak Hid tidak mahu memberi apa-apa tangkal azimat bagi menghadapi gangguan hantu penanggal itu.

Dia hanya menyuruh Ali Gemuk melakukan sembahyang tahjud di tengah malam hari di samping memohon kepada Allah supaya dijauhkan sebarang bencana dari menimpa isterinya.

Bagaimanapun, dia memberikan doa kepada Ali Gemuk supaya diamalkan selepas sembahyang tahjud itu.

Hampalah Ali Gemuk hendak mendapatkan tangkal dan azimat dari Pak Hid, kerana orang tua itu enggan memberikannya.

Dari anak buahnya Johar yang menceritakan kisah ini semula kepada saya, memang Ali Gemuk melakukan seperti yang disuruh oleh Pak Hid.

Tetapi, Ali gemuk memang tahu mengenai diri Pak Hid yang warak orangnya itu. Kebanyakan orang hanya menganggap Pak Hid sebagai orang tidak siuman saja, kerana pakaiannya yang robak-rabek dan bertampal-tampal, di samping suka merungut-rungut sendirian.

Sebab itulah Ali gemuk sanggup mengayuh basikal sampai tujuh lapan batu dari Serting ke Bukit Kelulut, semata-mata mencari Pak Hid.

“Memang Pak Hid nampaknya macam orang tidak siuman saja,” ujar Johar bila mengingatkan semula sikap Pak Hid.

Kadangkala dia datang minum kopi di Batu Kikir, hanya beberapa minit saja dia duduk, lantas bangun mahu ke Segamat pula.

Padahal Segamat dengan Batu Kikir bukanlah dekat lebih 30 batu jauhnya. Tetapi memang orang nampak dia mengayuh basikal menuju ke arah ke Bahau untuk pergi ke Segamat.

Sebaliknya lima minit kemudian dia balik semula, untuk menghabiskan sisa kopi yang diminumnya tadi.

Perangainya inilah yang dikatakan orang tidak siuman. Satu waktu pernah terjadi dia sedang minum kopi di Batu Kikir, tiba-tiba saja dia bangun kerana hendak membeli kuih kuaci di Segamat.

Katanya dia teringin hendak memakan kuih dari kedai yang selalu dibelinya kuih kuaci apabila dia ke Segamat.

Disebabkan sudah selalu benar dia berkata mahu ke Segamat membeli kuih tersebut apabila sedang duduk minum di kedai kopi di Batu Kikir itu, orang cam betul-betul waktu yang dia bangun mencapai basikal untuk ke Segamat itu kira-kira pukul 11.00 pagi.

Kira-kira pukul 11.05 minit dia balik ke kedai itu membawa dua butir kuih kuaci yang katanya dibeli di Segamat.

Orang yang disuruh menunggu di kedai kuih di Segamat yang dikatakan itu telah balik dalam kira-kira pukul 3.00 petang hari itu memberitahu, memang Pak Hid ada datang ke kedai berkenaan membeli kuih kuaci pada pukul 11.00 pagi hari tersebut. Sejak hari itu barulah orang tidak berani lagi menuduh dia tidak siuman.

Memang terkejut besar orang yang menunggu di kedai di Segamat, kerana selama ini dia merasakan Pak Hid hanya bergurau saja mahu ke Segamat membeli kuih. Tetapi apabila balik dia hanya membawa dua butir saja kuih kuaci.

Kalau mahu dikira dari segi logik, adalah terlalu bodoh untuk mengayuh basikal lebih 30 batu semata-mata untuk membeli dua butir kuih kuaci yang harganya cuma 20 sen.

Lagi pun tidak sampai 5 minit pun masa perjalanannya dengan mengayuh basikal tetapi menuju ke satu tempat yang dikira pergi dan balik lebih 60 batu. Sebab itulah orang menganggap dia tidak siuman.

Tetapi setelah dapat dibuktikan bahawa kata-kata Pak Hid itu benar barulah orang berfikir, pada zahirnya Pak Hid seperti orang tidak siuman, tetapi apa rahsia di sebalik kelakuannya seperti orang tidak siuman itu hanya Allah saja yang tahu.

“Dari apa yang saya alami mengenai kelakuan Pak Hid ni, memang saya bersetuju dengan Ustaz, bahawa tidak ada perkara yang mustahil kalau Allah izinkan” keluh Johar memberitahu saya.

Johar pun memang sudah lama mencari saya, kerana dia mendapat tahu saya pernah ke Bukit Kelulut mencari Pak Hid ini.

Apabila bertemu dengan saya, barulah dia bercerita mengenai sikap aneh Pak Hid yang dianggap oleh orang-orang di sekitar kampungnya sebagai tidak siuman itu.

“Macam mana Ustaz tahu Pak Hid ni?” tanya Johar.

“Semuanya kehendak Allah” sahut saya tersenyum.

Memang orang merasa hairan kenapa saya suka berkenalan dengan orang-orang seperti Pak Hid ini.

Bagi saya zahirnya saja tidak boleh diberi penilaian dengan mata hati kita. Saya mencari Pak Hid pun kerana mahu bertanyakan sedikit sebanyak yang kita tidak tahu darinya.

“Saya tanyakan padanya sama ada kenal Ustaz atau tidak,” jelas Johar macam mengingatkan sesuatu.

“Tetapi, dia kata tak kenal,” katanya terangguk-angguk.

Saya tersenyum mendengar penerangan Johar. Memang itulah sikap Pak Hid, kalau ditanyakan padanya sama ada kenal atau tidak orang-orang yang pernah menemuinya, dia akan menjawab, “Ramai yang datang ke sini, mana saya nak ingat.”

Setelah orang ramai tahu tentang keluarbiasaan Pak Hid ini, ada juga orang menjemputnya ke rumah untuk membaca doa selamat. Pak Hid memenuhi jemputan orang berkenaan. Tetapi selepas dia membaca doa selamat, dia pun balik dengan tidak mahu menjamah makanan yang dihidangkan.

“Mengapa tuan tak makan dulu?” tanya tuan rumah kebingungan.

“Tadi awak jemput saya untuk baca doa selamat, bukan untuk makan,” jelasnya dan terus beredar dari situ.

Disebabkan orang sudah tahu bagaimana cara mengajaknya, maka apabila diajak dia kenduri akan disebutkan permintaan untuk membaca doa selamat dan terus makan sekali. Barulah Pak Hid mahu makan selepas dia membaca doa selamat.

Tetapi, ada juga tatkala sedang makan tuan rumah akan mempersilakan seperti kelaziman yang dibuat oleh orang-orang Melayu di kampung iaitu, “Jemputlah makan tuan, lauknya tak ada, cuma itu saja.”

Tujuan tuan rumah hanya sebagai merendah diri saja, bukanlah apa-apa tujuan di sebaliknya. Setelah mendengar kata-kata tuan rumah itu, Pak Hid akan makan nasi saja dengan tidak mengambil sedikit pun lauk.

“Bubuhlah lauk tuan...” tuan rumah akan memperlawanya.

“Eh, tadi kata tak ada lauk,” sahutnya dan terus menyuap nasi dengan tidak sedikit pun menyentuh lauk.

Selepas selesai kenduri, tuan rumah akan memberikannya wang sepuluh ringgit sebagai budi bahasa kelaziman orang-orang di kampung memanggil orang membaca doa di rumahnya.

“Tuan, ambillah sedekah ni,” ujar tuan rumah menghulurkan wang sepuluh ringgit.

Dengan pantas dia menepis tangan orang itu sambil katanya, “His, saya tak patut menerima sedekah, badan saya masih kuat lagi bekerja. Yang menerima sedekah ni fakir miskin.”

Jadi, kalau memberi dia wang memadai dengan serahkan saja sewaktu bersalam dan jangan berkata apa-apa. Dia akan mengambil sambil menadah tangan bersyukur kepada Allah.

Tetapi ada juga tuan rumah yang memberi wang sambil berkata, “Tuan, ini saya beri tambang-tambang kereta aje.”

Tuan rumah sengaja berkata begitu kerana tidak ada tujuan, walaupun dia tahu Pak Hid datang ke rumahnya dengan menunggang basikal.

Pak Hid tidak menolak. Dia akan menerima wang pemberian itu. Biasanya tuan rumah akan memberi sepuluh ringgit selepas selesai kenduri.

Dengan kata-kata tuan rumah tadi Pak Hid meninggalkan basikalnya di situ, lantas menaiki bas atau teksi sapu ke rumah di Bukit Kelulut.

Kalau tambang bas antara 30 hingga 40 sen, dia akan memberikan kesemua sepuluh ringgit itu dengan tidak mahu mengambil baki yang dipulangkan oleh kondakter bas.

Begitu juga kalau dia menaiki teksi sapu. Pemandu kereta akan mengenakan $1.50 saja, tetapi dia tetap memberikan kesemua sepuluh ringgit yang diberi oleh tuan rumah tadi.

Apabila dia sampai di rumahnya, dia akan naik sebentar ke rumahnya, kemudian berbalik semula ke rumah orang yang membuat kenduri tadi untuk mengambil basikalnya semula.

Sekali pandang memanglah nampak kelakuannya seperti orang tidak siuman, tetapi rahsia dirinya hanya Allah yang tahu. Itulah yang diceritakan oleh Johar kepada saya mengenai Pak Hid.

Dan itulah kesan yang diajarkannya kepada Ali Gemuk apabila lelaki itu datang meminta tangkal azimat darinya supaya menghalau hantu penanggal.

Ali Gemuk mematuhi arahan Pak Hid supaya melakukan sembahyang tahjud selama 44 malam sebelum isterinya melahirkan anak.

Memanglah terasa sukar pada mulanya untuk bangun tidur waktu malam hari tetapi kerana yakin dengan apa yang diajarkan oleh Pak Hid dia tetap tabahkan hati.

Lagipun bersembahyang tahjud memang dikehendaki oleh agama, kerana Allah sendiri menyuruh dibanyakkan berjaga malam untuk beramal ibadat.

Setelah selesai 44 malam dia menunaikan tahjud itu, isterinya belum juga sampai waktu untuk melahirkan anak. Oleh itu setiap lepas maghrib Ali Gemuk membaca Yassin.

Begitulah sehinggalah sampai waktu isterinya mahu melahirkan anak. Dengan izin Allah isterinya melahirkan anak dengan mudah, dan tidak merasa sakit yang kuat.

Semasa isteri Ali Gemuk melahirkan anak, Johar anak saudaranya ada bersama di rumah Ali Gemuk. Masa ini Johar baru berumur 8 tahun saja.

“Masa tu umur saya 8 tahun je Ustaz, tapi saya masih ingat juga,” jelas Johar memberitahu saya.

Isteri Ali Gemuk selamat melahirkan anak pada jam 6.00 petang. Terlalu gembira hatinya, kerana anak dan isterinya selamat. Dia terus mengazankan anaknya sebaik saja diserahkan oleh Mak Bidan.

“Tak ada kau cari tangkal apa-apa Li?” emak mertuanya cemas setelah isterinya selamat melahirkan anak itu. Ali Gemuk mendiamkan diri.

Dia yakin isterinya tidak akan dapat diganggu lagi hantu penanggal yang menakutkan penduduk-penduduk kampungnya.

“Bukanlah aku dah suruh kau siap-siapkan tangkal tu!” orang tua itu memarahi Ali Gemuk.

“Saya dah jumpa dengan Pak Hid,” sahut Ali Gemuk menjelaskan.

“Pak Hid pula?” soalnya heran.

“Pak Hid di Bukit Kelulut...” kata Ali Gemuk perlahan.

“Orang tua tak siuman tu,” emak mertuanya menyindir sambil mencemikkan bibir.

“Apa yang orang tua tu boleh buat, dirinya pun tak terjaga kau nak suruh dia buat tangkal,” ujarnya kesal disebabkan Ali Gemuk pergi menemui Pak Hid.

Ali Gemuk tidak menyahut. Dia tahu semua orang-orang di situ hanya mendengar saja mengenai diri Pak Hid yang dikatakan kurang siuman itu. Tetapi mereka tidak pernah mahu mendekati orang tua berkenaan.

Bagaimanapun, Ali Gemuk hanya mengetahui akan keluarbiasaan Pak Hid ini dari seorang polis pencen di Batu Kikir. Sebab itulah dia sanggup ke Bukit Kelulut sejauh lebih 7 batu semata-mata untuk menemui Pak Hid.

Kira-kira pukul 9 malam, kakak ipar Ali Gemuk terjerit dari tengah halaman menyebabkan seisi rumah kelam kabut. Semua orang yang berada di dalam rumah meluru keluar hinggakan isteri Ali Gemuk yang baru bersalin pun ditinggalkan seorang diri.

“Ada apa esah?” tanya emak mertua Ali Gemuk pada anaknya yang termengah-mengah ketakutan.

“Itu apa tu, apa tu dekat rumpun mengkuang?” dia menuding-nuding jari ke arah rumpun mengkuang berhampiran dengan telaga, dengan tidak memalingkan mukanya ke situ.

Semua orang memandang ke rumpun mengkuang berhampiran telaga di tepi sawah. Mereka nampak kepala manusia tersangkut dengan tali perutnya berjurai-jurai melekat pada duri mengkuang.

Pada bahagian tali perutnya nampak seperti api berkelip-kelip. Cepat-cepat Ali Gemuk menyuluh dengan lampu suluh ke arah kepala manusia yang tersangkut itu.

“Oh, kau rupanya nak ganggu isteri aku!” jerkah Ali Gemuk meludahkan ke tanah.

Selepas ini barulah emak mertuanya berkejar mendapatkan isteri Ali Gemuk di dalam. Didapatinya anaknya tidak apa-apa.

“Ada apa mak?” tanya isteri Ali Gemuk.

“Dah datang setan tu. Nasib baik tersangkut pada rumpun mengkuang,” rungut orang tua itu.

“Syukurlah...” sahut isteri Ali Gemuk.

“Tak sia-sialah Abang Ali jumpa dengan Pak Hid tu,” katanya setelah diberitahu oleh Ali Gemuk mengenai ajaran yang diajarkan oleh Pak Hid.

Sementara di tengah halaman orang-orang kampung sudah berkumpul. Mereka semua menyaksikan sendiri bagaimana hantu penanggal itu tersangkut pada rumpun mengkuang. Mereka tidak berapa kenal muka kepala siapa manusia itu, kerana ianya bukanlah orang dari kampung tersebut.

“Tak pernah orang dapat memerangkap benda macam ni,” ujar Tok Imam Lias sambil menyuruh orang kampung mengambil antan lesung.

Johar cepat-cepat mengambil antan lesung di bawah gelegar rumah. Pada mulanya emaknya menyuruh dia masuk saja ke rumah, tetapi Johar berkeras juga mahu melihatnya.

Dia tidak merasa takut untuk menyaksikan hantu penanggal yang tersangkut di rumpun mengkuang itu. Tetapi Ali Gemuk mempertahankan dia.

“Anak jantan apa salahnya nak tengok, buat apa takut dengan setan!” kata Ali Gemuk bersemangat.

Tok Imam Lias mengambil antan lesung dari Johar. Dia mengetuk kepala orang yang tersangkut pada rumpun mengkuang itu dengan antan lesung, tetapi kepala itu tidak mengelak. Matanya saja terkelip-kelip melihat lampu suluh yang meyilau ke matanya.

“Macam mana kau kurung setan ni, Li?” tanya Tok Imam Lias berpatah balik semula ke tengah halaman.

“Tak ada saya kurung, cuma saya buat apa yang disuruh oleh Pak Hid,” jelas Ali Gemuk.

“Tak usahlah kita bunuh, kita lepaskanlah dia,” Tok Imam Lias mencadangkan.

“Saya tak tau macam mana nak lepaskan,” sahut Ali Gemuk, kerana dia memang tidak tahu apa harus dilakukan selepas itu.

“Macam tu, kena panggil Pak Hid,” kata Tok Imam Lias menasihatkan.

“Tak usahlah kita bunuh, dia pun manusia biasa juga. Cuma mengamalkan ilmu sesat,” ujarnya kesal.

Emak mertua Ali Gemuk terdengar apa yang dicakapkan oleh Tok Imam Lias. Dia juga teringat akan pengakuan anaknya mengenai Pak Hid yang ditemui oleh suaminya Ali Gemuk. Terasa juga menyesal di hati orang tua itu kerana menuduh Pak Hid tidak siuman.

Baru Ali Gemuk mahu mencapai basikalnya, Pak Hid sudah sampai tersengih-sengih saja apabila melintasi orang ramai di tengah halaman.

“Awak nak panggil saya, Ali,” tegur Pak Hid memerhati Ali Gemuk sedang menyeret basikalnya.

“Tak payahlah panggil lagi, saya pun memang nak ke mari,” katanya lagi.

Bertambah hairan emak mertua Ali Gemuk, kerana macam tahu-tahu saja Pak Hid yang Ali Gemuk mahu memanggilnya.

Orang-orang kampung yang selama ini menuduh Pak Hid tidak siuman pun menjadi hairan dengan kejadian yang mereka lihat itu. Hanya baru disebut namanya oleh Tok Imam Lias, dia sudah muncul dalam masa beberapa minit saja.

“Macam mana Pak Hid tahu semua ni?” soal Ali Gemuk keheranan.

“Apa pula saya tahu semuanya, saya memang nak kemari,” Pak Hid menjelaskan.

“Macam mana isteri kau, dah bersalin?” dia tersengih-sengih saja macam menyindir orang ramai yang kehairanan dengan kehadiran dia di situ.

“Sudah...” Ali Gemuk mengangguk.

“Alhamdulillah,” sahutnya tersenyum.

“Tapi, macam mana dengan setan tu?” Ali Gemuk menudingkan jari ke arah rumpun mengkuang.

Kepala yang tersangkut di situ terlintuk saja tidak bergerak. Api yang berkelip-kerlap pada tali perutnya yang berjuntai macamkan kelip-kelip yang berterbangan.

“Hah syaitan tidak akan dapat melawan ilmu Allah,“ ujarnya menggertap bibir.

“Macam ni laa, Pak Hid,” Tok Imam Lias menghampiri dia.

“Janganlah kita bunuh dia tu, kita lepaskan dia,” dia meminta dengan penuh tanggungjawab.

“Terpulanglah pada Ali sendiri” beritahu Pak Hid tersengih-sengih.

“Dia yang kurung, biarlah dia sendiri yang lepaskan,” katanya mengerling Ali Gemuk.

“Saya tak tahu Pak Hid,” keluh Ali Gemuk serba salah.

Kemudian Pak Hid menarik tangan Ali Gemuk dan Tok Imam Lias mendekati rumpun mengkuang. Orang-orang kampung juga ikut sama mendekati rumpun mengkuang itu. Ada yang membawa lampu gaslin untuk menyuluh kepala yang tersangkut pada duri mengkuang.

Kepala itu tidak bergerak. Matanya terkebil-kebil memerhati orang ramai yang menontonnya. Perutnya berjurai-jurai dengan api berwarna hingga kawasan rumpun itu juga boleh diterangi oleh api yang ada di tali perutnya.

“Sekarang orang kampung sudah kenal kau,” kata Pak Hid mengejeknya.

“Kalau kau berani ganggu orang lagi, kau takkan dapat melepaskan diri kau!” dia memberi ingatan.

Kepala yang tersangkut itu tidak berkata apa-apa. Matanya saja terkebil-kebil. Memang ada juga setengah dari orang tua-tua kenal kepala tersebut. Tetapi mereka tidak menyangka pula orang yang baik sepertinya sanggup mengamalkan ilmu-ilmu sesat.

“Memang kau nak buat sial...” jerkah Tok Imam Lias.

“Mak bapak kau tak mengajar ilmu-ilmu syaitan, tapi kau sengaja nak memalukan emak bapak sendiri,” kata Tok Imam Lias menunjukkan kemarahannya.

Kepala itu tetap tidak berkata apa-apa selain dari matanya saja terkebil-kebil. Mungkin dia merasa malu kerana orang-orang kampung di situ sudah mengenali dirinya. Sekalipun dia datang dari kampung lain yang berdekatan tetapi kepalanya tidak dapat digerakkan.

Sebaik saja isteri Ali Gemuk bersalin bau hanyir darah itu sudah dapat diciumnya. Sebab itulah dia cepat-cepat keluar dari tubuhnya menghisap darah mangsanya.

Semasa dia menghisap darah itu memang jelmaan tubuhnya tidak kelihatan, akibatnya pada penglihatan mata zahir mangsanya itu seolah-olah terkena tumpah darah.

Kalau mangsanya tidak sedar perbuatan dia menghisap darah, sudah tentulah mangsanya menemui ajal.

Selepas menghisap darah dia akan balik ke rumahnya dan terus masuk ke dalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perutnya sebelum masuk semula ke dalam tubuh.

Apabila dia masuk di dalam tubuhnya adalah terbalik iaitu mukanya ke belakang. Kemudian perlahan-lahan dia akan memusingkan semula mukanya supaya balik ke hadapan. Ketika dia menanggalkan kepalanya untuk keluar dari badan, kedudukannya ialah menelungkup.

Sebab itulah kalau ada orang yang tahu sesiapa menjadi penanggal ini bolehlah menyerbu ke rumahnya dan balikkan tubuhnya supaya terlentang.

Jadi, apabila dia masuk semula kepalanya akan berpusing dari atas ke bawah. Esoknya akan dapatlah dilihat orang kepalanya berpusing dengan muka ke belakang. Ketika kepalanya tanggal dari badan, memang dia tidak sedar apa-apa kerana dirinya telah dikuasai oleh polong tadi.

“Ali tak mahu berdendam dengan kau,” Pak Hid mengingatkan.

“Baliklah kau, kerana kau tak akan dapat melawan ilmu-ilmu Allah,” katanya mencabar penanggal tersebut.

Pak Hid meminta Ali Gemuk memberikan airnya segelas. Setelah Ali Gemuk memberikan air tersebut, Pak Hid membacakan Al-Fatihah tiga kali, kemudian diikuti dengan Surah Ad-Dhuha.

“Dengan izin Allah saja kau boleh balik semula mendapatkan badan kau,” Pak Hid mendoakan.

Dia menyimbahkan air di dalam gelas itu sehingga menyinggahi kepala yang tersangkut pada duri mengkuang itu.

Selepas itu barulah kelihatan kepala itu menegakkan kedudukannya. Perlahan-lahan tali perutnya dapat dilepaskan dari cangkukan duri mengkuang. Kemudian dia terbang dan hilang dalam sekelip mata.

“Macam tulah ceritanya, Ustaz,” beritahu Johar selanjutnya.

“Kau kenal orangnya?” saya menduga.

“Tak tau, saya tak kenal,” ujar Johar mengerutkan dahi.

“Lagi pun masa tu umur saya lapan tahun, bukan cam sangat. Tapi memang bukannya orang kampung saya,” katanya lagi.

Saya hanya mengangguk-anggukkan kepala saya menyetujui kata-kata yang ditegaskan oleh Johar itu.

Selepas menghabiskan air kopi yang dihidangkan, saya pun beredar meninggalkan Johar.

~Tamat~

Penulis: Tok Awang Ngah
Tajuk Buku: Siri Berkelahi Dengan Syaitan
Kisah: Kepala Tersangkut Di Rumpun Mengkuang

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cerpen: Rintihan Dari Kubur

sumber: teritipmisteri