Wednesday, November 22, 2017

Apa Itu Penyakit Anxiety Panic Disorder?

Apa Itu Penyakit Anxiety Panic Disorder?

Anda sedang memandu di lebuhraya, cuaca terang dan damai, namun tiba-tiba hujan turun dengan lebat berserta angin kencang. Dada anda berdegup kencang terkejut dengan suasana yang tiba-tiba berubah. Nafas makin kencang terasa seakan-akan tercekik dan mahu pengsan. Terus anda memberhentikan kereta di pinggir jalan dan cuba untuk bertenang. Setelah beberapa minit keadaan kembali kepada asal.

Apa Itu Penyakit Panic Disorder

Anda berada di perhentian bas. Bising, hiruk pikuk dengan bunyi deruman injin bas dan suara orang ramai. Anda berasa tidak selesa, tergugat dan ingin segera lari dari suasana itu. Tiba-tiba anda berasa sesak nafas, pening, perasaan tidak menentu dan terasa semuanya di luar kawalan. Lebih teruk lagi anda rasa seperti akan mati ketika itu juga.

Anda sedang berkerja dengan komputer anda di pejabat. Suasana tenang dan selesa tanpa apa-apa gangguan. Tiba-tiba anda terasa seperti ada sesuatu yang menakutkan. Hingga menyebabkan anda berasa panik dan lemah serta menggeletar, sedangkan anda sedar tiada apa yang perlu ditakutkan ketika itu.

***

Contoh di atas adalah merupakan tanda atau simptom yang anda telah diserang Panic Disorder, penyakit yang banyak memberi impak sosial yang serius kepada pengidapnya.

Bukan mereka anti sosial, bukan mereka tidak mahu berjumpa atau bercampur gaul, tetapi kebanyakan mereka takut atau berasa teragak-agak untuk bergaul kerana bimbang Panic Disoder akan menyerang mereka di khalayak ramai.

Ini membuatkan mereka berasa malu dan rendah diri. Jika diterangkan kepada orang sekeliling belum tentu mereka akan percaya, kerana secara fizikal selalunya orang lain tidak akan nampak akan perubahan atas diri pesakit.

Justeru, jadilah mereka ini tidak faham atau sengaja tidak mahu faham dengan mengatakan pesakit sengaja mengada-ngada?

Sebenarnya, ramai yang mengalami masaalah ini dan setiap seorang dari mereka mempunyai versi atau cerita serta pengalaman yang berlainan dan amat menarik untuk dikongsi.

Bagi sesiapa yang mengalaminya tidak sepatutnya berasa takut atau malu untuk mendapatkan bantuan atau rawatan dari pakar psikologi.

Malangnya, persepsi masyarakat kita yang selalu memandang serong dengan permasalahan ini serta pengidapnya.

Juseru, perlu DITOLAK jauh bahawa, jika mendapatkan rawatan ini membawa petanda bahawa kamu GILA, itu tanggapan yang salah dari orang yang jahil dan tidak berpengetahuan.

Simptom Fizikal dan Emosi Panic Disorder
  • Sesak nafas
  • Panik tanpa sebab
  • Rasa mau pitam, pengsan
  • Berdebar-debar
  • Gugup
  • Takut
  • Perasaan yang tidak menentu
  • Berpeluh
  • Dada yang tidak selesa
  • Rasa tercekik atau lemas
  • Rasa panas, sejuk
  • Lemah, menggigil
  • Takut hilang kawalan, mati atau jadi gila

Simptom-simptom tersebut selalu dikelirukan (disalah anggap) sebagai penyakit atau serangan jantung, masaalah pernafasan atau lebih teruk lagi skizoprenia!

Tetapi, bukan semua serangan atau semua pesakit mempunyai tanda tanda yang sama. Pesakit perlu menjalani beberapa sesi ujian klinikal dan jika tiada seberang penyakit yang dikesan terhadap pesakit (yang sebenarnya memang sakit), selalunya pesakit akan dirujuk kepada pakar psikatrik dan dari beberapa ujian yang dijalankan akhirnya pesakit didiagnosis sebagai mengalami Phobia/Panic Disorder!

Penyakit ini juga ada kaitan dengan penyakit depression.

Manakala dari sudut spiritual pula, ia sering dikaitkan dengan gangguan dari sihir atau makhluk halus.

Yang mana perkara ini akan menyebabkan keadaan akan menjadi lebih kompleks, namun ia tidak boleh dinafikan kerana wajib bagi kita untuk mempercayai kewujudan makhluk halus seperti syaitan, iblis dan jin.

Perlu kita faham juga disini ada juga tanda-tanda masaalah gangguan spiritual yang terjadi, sama seperti apa yang berlaku kepada penyakit klinikal dan satu contoh yang boleh disebutkan ialah, terasa ingin pitam, pengsan namun bila diselidiki ianya bukan dari masalah klinikal.

Jelasnya, di sini penyakit atau masaalah ini seeloknya tidak sahaja menggunakan satu kaedah dalam usaha untuk pemulihan, pelbagai rawatan alternative boleh dipraktikkan.

Dan kita juga memang disarankan agar berusaha dengan pelbagai cara selagi mampu, tidak melanggar hukum syarak dan jangan berputus asa.

Faktor Penyebab Panic Disorder

Stress, depression dan anxiety adalah dalam satu kumpulan dan perlu difahami bahawa Panic Disorder juga adalah satu cluster atau rantaian dari permasaalahan yang tersebut di atas, maka jika mengalami salah satu darinya tidak mustahil yang lainnya juga akan turut ada!

Perkara yang pelik dan menakutkan mengenai Panic Disorder ini ialah ia kadang-kadang berlaku dalam suasana yang tidak mencemaskan dan tidak munasabah, namun perasaan ini akan menyerang secara fizikal dan psikologi kepada pengidapnya..

Pengalaman masa lalu, kehilangan mereka yang disayangi, kecewa, marah, dendam, sering ditakut-takutkan sewaktu kecil dan semasa dalam proses pembesaran juga adalah faktor penyebab kepada terjadinya semua tadi.

Ada pendapat yang mengatakan ketidakseimbangan hormon (serotonin) dalam otak menjadi punca, namun ianya juga boleh berlaku tanpa sebab yang jelas.

Serangan panik yang tiada kaitan dengan penyakit Panic Disorder boleh juga berlaku hasil dari penggunaan dadah seperti Cocaine, Amphetamines dan Marijuana.

Kaedah-kaedah Rawatan Panic Disorder

Klinikal

Secara klinikal ubatan-ubatan yang digunakan untuk merawat terdiri dari beberapa jenis dan kumpulan, antaranya:
  • Prothaiden.
  • Prozac.
  • Zoloft.
  • Lexapro.
  • Luvox.
  • Sesi kaunseling dari pakar psikologi.
  • Psikoterapi (Cognitive Behavioral Therapy) yang dikombinasikan dengan ubatan.

Spiritual

Ada beberapa kaedah yang sering dipraktikan oleh pengamal perubatan islam dan pesakit sendiri dalam menangani masaalah gangguan perasaan atau makhluk halus:
  • Ayat Kursi.
  • Ayat Ruqyah (Surah Al Baqarah).
  • Ayat Al Fatihah.
  • Ayat 3 Qul.
  • Surah Yassin.
  • Amalan Solat Dhuha.
  • Solat Hajat.
  • Solat Tahajjud.
  • Dan pelbagai lagi ayat2 dari Al Quran yang boleh diamalkan.

Selain dari kaedah-kaedah di atas ada lagi cara yang boleh dan senang untuk dipraktikkan iaitu dengan pemakanan.

Jika perasaan sedang bercelaru keutamaan kepada pesakit adalah untuk makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.

Salah satu khasiat yang penting untuk ditingkatkan ialah dari kumpulan vitamin B. Vitamin dari kumpulan ini sangat diperlukan untuk penghasilan hormon Serotonin (Kimia dalam otak yang menghasil mood yang baik) untuk melawan, mengimbangkan hormon Kortisol (Kimia dalam otak yang menghasil mood tidak baik, murung dsb).

Selain dari itu keupayaan Serotonin juga boleh mengelak Kanser.

Pemakanan
  • Pisang.
  • Epal.
  • Nenas.
  • Kismis.
  • Badam dan lain-lain kekacang.
  • Kurma.
  • Ikan (Keli, Sardin, Kod, Tuna mengandungi Omega 3 yang tinggi).
  • Gingko (Ulam Pegaga) lain-lain sayuran hijau.
  • Telur Kuning (Had pengambilannya sebab kandungan kolesterol yang tinggi).
  • Soya.
  • Susu Kambing.
  • Coklat (Bukan Coklat Susu).
  • Madu Asli.

Secara amnya masaalah ini juga boleh kita katakan merupakan ujian dari Tuhan terhadap hambaNya seperti juga lain-lain penyakit. Mungkin peringatan atau juga satu kifarah untuk menghapus segala dosa lalu atau pun untuk meningkatkan lagi martabat kita disisiNya jika redha dan sabar dalam mengharungi ujian.

Dan perlu juga faham setiap penyakit pasti ada ubatnya, maka berusahalah, berdoa dan bertawakal.

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wanberuas

Guru Wanita Paksa Hubungan Intim Jika Mahu Gred Bagus!

Guru Wanita Paksa Hubungan Intim Jika Mahu Gred Bagus!

Seorang guru membawa erti 'sesi interaktif bersama para pelajar' ke tahap yang aneh dan menjijikkan! Itulah yang terjadi di sebuah sekolah menengah di Colombia, apabila seorang guru wanita berusia 40 tahun memaksa para pelajar untuk melakukan hubungan seks dengannya dengan alasan untuk membolehkan mereka mendapat gred bagus dalam pelajaran dan peperiksaan, lapor portal berita Daily Mail.

Guru Wanita Paksa Hubungan Intim Jika Mahu Gred Bagus!

Guru bernama Yokasta M, itu selama ini memperdaya para pelajarnya menggunakan ugutan seksual di sebuah sekolah yang tidak didedahkan namanya di Medellin, Colombia.

Yokasta yang juga sudah berumahtangga itu ditahan selepas seorang pelajar mengadukan hal tersebut kepada ibu bapanya.

Dia kini berdepan hukuman penjara 40 tahun atas perbuatannya.

Dalam siri insiden yang berlaku antara Januari dan April 2016 itu, Yokasta mendekati para pelajar yang berusia 16 dan 17 di media sosial, selain meminta nombor telefon mereka dengan helah untuk ‘membimbing pelajaran’ mereka.

Dia dilaporkan mempengaruhi remaja lelaki yang disasarkan untuk datang ke flatnya, sebelum memaksa mereka melakukan hubungan seks.

Jika mereka menolak, Yokasta akan mengugut untuk menggagalkan mereka dalam peperiksaan.

Perbuatan jijik guru itu turut terbongkar apabila bapa kepada salah seorang mangsanya, telah memeriksa isi kandungan telefon bimbit anaknya.

Guru Wanita Paksa Hubungan Intim Jika Mahu Gred Bagus!

Akibat pendedahan itu, bukan sahaja Yokasta berdepan perbicaraan yang membawa hukuman penjara, malah suaminya sudah membuat tuntutan perceraian.

Selepas cerita penangkapannya tersebar, Yokasta dimalukan lagi di ruang maya, apabila salah seorang pelajarnya memuat naik gambar-gambar seksi yang pernah dikirimkan untuk menggoda mangsanya.

Siri gambar itu disiarkan bersama kapsyen, “Inilah Cikgu Yokasta, yang akan menggagalkan kita sekiranya tidak melakukan seks dengannya.”

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Guru Wanita Jalin Hubungan Terlarang Dengan Pelajar 15 Tahun

sumber: astroawani

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 November)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 November)

Tarikh 22 November merupakan hari ke 326 (hari ke 327 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 39 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 November)
B-2 Spirit.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Abjad di Albania (1908) dan Hari Kemerdekaan di Lubnan (1943).

Peristiwa

1869 - Cutty Sark, salah satu kapal layar laju terakhir dibina, dilancarkan di Dumbarton, Scotland.

1963 - Lyndon B. Johnson mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-36 di atas Air Force One, beberapa jam selepas pembunuhan Presiden John F. Kennedy.

1967 - Resolusi 242 Majlis Keselamatan PBB diterima sebulat suara selepas Perang Enam Hari antara Israel dan jiran Arabnya Jordan, Mesir dan Syria.

1922 - Howard Carter, dibantu oleh Earl Carnarvon, membuka makam Tutankhamun.

1975 - Juan Carlos I diangkat sebagai Raja Sepanyol mengikut undang-undang pewarisan yang diisytiharkan Francisco Franco.

1986 - Mike Tyson menewaskan Trevor Berbick untuk memenangi kejohanan tinju heavyweight World Boxing Council, dan menjadi juara tinju termuda di dunia.

1988 - Pesawat pengebom senyap B-2 Tentera Udara Amerika Syarikat diperlihatkan kepada umum buat pertama kali.

1995 - Filem cetera pertama dihasilkan dengan imej janaan komputer keseluruhannya, Toy Story dikeluarkan.

2005 - Angela Merkel mula berkhidmat sebagai Canselor wanita pertama Jerman.

2005 - Konsol permainan video kedua dari Microsoft, Xbox 360 telah dilancarkan kepada umum dan merupakan konsol yang paling banyak dilancarkan di beberapa negara dalam masa setahun

2008 - Letupan gunung berapi Nevado del Huila di selatan Colombia menyebabkan sekurang-kurangnya 10 kematian dan pemindahan 12,000 orang.

2011 - Sukan Asia Tenggara ke-26 berakhir dengan tuan rumah Indonesia mendapat pingat terbanyak.

Kelahiran

1957 - Wan Jamak Wan Hassan, ketua jurulatih Kedah FA.

1984 - Scarlett Johansson, pelakon dan penyanyi Denmark-Amerika Syarikat.

1989 - Chris Smalling, pemain bola sepak Manchester United F.C.

Kematian

1963 - John F. Kennedy, Presiden Amerika Syarikat ke-35.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (21 November)

sumber: wikipedia

Tuesday, November 21, 2017

Tandas Bersadur Emas Louis Vuitton Berharga $100,000!

Tandas Bersadur Emas Louis Vuitton Berharga $100,000!

Seorang artis di Los Angeles telah mencipta sebuah tandas daripada beg tangan mewah jenama Louis Vuitton dan bakal dijual pada harga AS$100,000 (RM420,000).

Tandas Bersadur Emas Louis Vuitton

Illma Gore mengambil masa selama tiga bulan untuk menghasilkan tandas bersadur emas itu dengan menggunakan 24 buah beg kulit Louis Vuitton bernilai AS$15,000 (RM62,900) dan sebuah beg pakaian berharga AS$3,000 (RM12,600).

Tandas ciptaan Gore yang dipamerkan di bilik pameran Tradesy di California berfungsi sepenuhnya sebaik sahaja pembeli menyambung kemudahan itu dengan sistem paip dan pembentungan 
di rumah.

Gore sebelum ini pernah menghasilkan potret bogel Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebelum beliau bertanding dalam pilihan raya Presiden AS.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Ketahui Jenis-jenis Penyakit Anxiety

Ketahui Jenis-jenis Penyakit Anxiety

Anxiety ada pelbagai jenis. General Anxiety Disorder atau singkatannya GAD, Anxiety Disorder atau singkatannya AD, Panic Attack (PA), Panic Disorder (PD) dan Social Disorder (SD). Kesemua ahli keluarga anxiety ini pula boleh wujud bersama schizophrenia, bipolar disorder dan depression.

Ketahui Jenis-jenis Penyakit Anxiety

Anxiety tidak berjangkit tetapi ia boleh datang tiba-tiba kepada sesiapa sahaja. Baik orang kaya, miskin, professional, peniaga, makan gaji, sihat tubuh badan, sakit berpanjangan, kanak-kanak, remaja, pelajar universiti dan lain-lain.

Anxiety bukanlah penyakit gila tetapi sakit yang datang berpunca salah satunya dari suasana persekitaran, sakit yang berpanjangan dan peristiwa traumatik dalam hidup.

Otak pesakit Anxiety sangat istimewa sebenarnya yang orang yang lain tidak mengalaminya dan sukar difahami.

Bagi orang yang ada Anxiety, simptom-simptom yang mereka alami adalah jantung berdebar laju, sesak nafas, rasa tak puas tarik nafas, nak pitam, menggigil, tangan kaki jadi sejuk, sakit perut, tekak jadi kering dan rasa susah hendak menelan serta badan menjadi lembik.

Ketahui Jenis-jenis Penyakit Anxiety

Rajah diatas menggambarkan bagaimana anxiety atau AD memberi kesan fizikal pada badan.

Kepada penghidap Anxiety, jika anda sudah membuat pemeriksaan menyeluruh dengan doktor dan didapati normal, ketahuilah apa yang anda alami sebenarnya kesan anxiety dan bukan penyakit yang bukan-bukan seperti yang difikirkan seperti yang diterangkan dalam rajah di atas.

Bagaimana orang yang tidak mengalami memahami simptom orang yang ada Anxiety ini?

Mari saya bagi contoh:
  • Cuba anda berlari laju naik tangga sampai tingkat 4.
  • Apa yang anda rasa bila tiba di tingkat 4?
  • Jantung berdegup laju bukan?
  • Muscle pun keras sebab anda menggerakkan kaki dan tangan untuk berlari bukan?
  • Anda rasa putus nafas?
  • Rasa nak pitam?

OK.

Sekarang, anda cuba alami benda diatas tetapi dalam suasana anda sedang tidur, sedang duduk diam, sedang memandu.

Nah. Itulah orang yang ada Anxiety alami setiap hari. Sakit. Meresahkan. Menakutkan.

Punca dan penyebab Anxiety adalah pelbagai, tetapi salah satu yang biasa adalah berkaitan MATI.

Samada membaca tulisan atau mendengar perkataan MATI, ia akan trigger Anxiety mereka. Suara kuat dari TV, orang sekeliling, gajet, juga boleh mendatangkan Anxiety.

Itulah sedikit sebanyak mengenai Anxiety.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Penyakit Mental, Jenis, Punca Dan Rawatannya

sumber: myvitaminsadventure

Rasuah Malaysia Jadi Bahan Lawak Pemimpin Afrika

Rasuah Malaysia Jadi Bahan Lawak Pemimpin Afrika

Sebuah video di YouTube menyaksikan bekas perdana menteri Kenya, Raila Amolo Odinga di Wilson Centre, Washington, Amerika Syarikat pada 2013 membuat lawak berkaitan amalan rasuah di Malaysia.

Rasuah Malaysia Jadi Bahan Lawak Pemimpin Afrika

Ini menandakan kemerosotan kedudukan dan reputasi Malaysia di mata dunia, bukan rakyat Malaysia buat lawak tentang rasuah di Afrika, tetapi Malaysia yang jadi bahan lawak orang Afrika dalam persidangan antarabangsa berkaitan rasuah dan kleptokrasi.

Video itu bagaimanapun baru dimuat naik ke YouTube pada 11 November 2017 lalu.

Dalam video sejam 22 minit itu, Raila di penghujung ucapannya bercakap berkaitan amalan rasuah.

Beliau bagaimanapun mengulasnya dengan sebuah jenaka berkaitan sebuah negara Afrika, yang hanya dirujuknya sebagai 'Negara X'.

Katanya, rombongan dari Negara X diketuai seorang menteri melawat ke Malaysia dan ditunjukkan projek-projek pembangunan oleh menteri kerja raya Malaysia.

Selepas itu menteri Afrika itu dibawa ke rumah menteri Malaysia yang besar, terdapat kolam renang dan lamanya sebesar setengah ekar.

“Dia tanya menteri (Malaysia) itu, 'Macam mana kami dapat semua ini?' Menteri itu bawanya ke beranda dan berkata; 'Nampak jalan di sana?” Lelaki itu kata 'ya'. Dia (menteri Malaysia) jawab, '10 peratus di sini' (rumah),” katanya disambut gelak ketawa orang ramai.

Tidak tamat di situ, Raila menyambung ceritanya, selepas setahun, menteri Malaysia itu membuat lawatan balas ke Negara X dan turut dibawa berjalan-jalan sekitar negara itu dan ditunjukkan projek pembangunan.

Di sebelah petang, kata Raila lagi, menteri Malaysia itu dibawa untuk makan malam di rumah menteri Negara X.

“Dia masuk ke laman. Lamannya sebesar 5 ekar. Bila masuk ke dalam, dia dapati semua perabot diimport dari Eropah, dan banyak benda keemas-emasan. Dia nampak kolam renang bersaiz Olimpik.

“Dia (menteri Malaysia) tanya (menteri Afrika) bagaimana dia dapat semua ini.

“Dia dibawa ke beranda. 'Kamu nampak jalan di sana?'

Menteri Malaysia itu tidak nampak sebarang jalan.

Kemudian, dia (menteri Afrika) itu memberitahu, “Seratus peratus di sini (rumah ini).”

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kisah Jam Antik Dari Malaysia

sumber: malaysiakini

Tanda-tanda Terkena Sihir Ilmu Pengasih

Tanda-tanda Terkena Sihir Ilmu Pengasih

Zaman sekarang ini ilmu hitam dan jampi masih lagi wujud. Sebab itu masih ada tanda seseorang tu terkena sihir cinta atau ilmu pengasih. Tapi apakah tanda-tanda tersebut?

Tanda-tanda Terkena Sihir Ilmu Pengasih

Bacalah artikel di bawah untuk penerangan yang lebih jelas, tentang sihir cinta atau ilmu pengasih.

Tanda disihir

Orang yang dari dulu kita tidak suka, tiba-tiba jadi suka sangat dan nak kahwin. Sebelum tidur selalu terbayang dan mimpi indah tentang orang sama berhari-hari. Perkahwinan tiba-tiba dibatalkan kerana suka orang lain, tiba-tiba malas melayan suami, isteri.

Bagaimana disihir

Selalunya orang akan menggunakan minyak dagu. Korek kubur orang mati kemalangan atau mati beranak sulung (bomoh-bomoh selalu update dengan berita dalam newspaper untuk tahu dimana mayat ditanam), gantung mayat kaki ke atas kepala bawah dan nyalakan api di dagu. Keluarlah minyak jadi minyak dagu. Nauzubillah.

Selalu minyak dagu dicalit pada mangsa atau di baju mangsa dan ada juga dicalit di baju jemuran.

Juga boleh sihir guna rambut mangsa, baju (terutamanya yang belum berbasuh dan ada peluh), baju dalam, gambar dari Facebook (gambar full lagi cepat disihir berbanding gambar separuh).

Ikatan Jin Pengasih (Pemikat)

Lazimnya jin pengasih yang digunakan oleh pemakai untuk memikat wanita atau lelaki lain dalam merealisasikan niatnya.

Pengakhirannya adalah ikatan perkahwinan tanpa rela. Pemakai menikmati kehidupannya seperti biasa dengan kemegahan dan mangsa akan menuruti segala perintah suami atau isteri seperti kerbau dicucuk hidungnya.

Penghantaran Jin adalah melalui

Angin (gambar mangsa).

Minyak Pengasih (lazimnya terdiri daripada air mandian mayat, minyak bunga tanjung, minyak zaitun atau minyak wangi biasa).

Minyak akan dipuja terlebih dahulu dan di masukkan signal untuk jin bertindak apabila minyak ini telah dicalitkan kepada si mangsa.

Kezaliman ini selalunya tidak kekal lama. Ianya bergantung kepada jangka masa perjanjian yang telah dimeterai.

Berdasarkan pengalaman perawat, perjanjian biasanya berkekalan sehingga 3-5 tahun. Sepanjang masa itu, pemakai terpaksa melayan karenah jin pengasih selagi dia terikat dengan perjanjian tersebut.

Lokasi rumah jin di dalam badan mangsa
  • Kemaluan (lazimnya wanita).
  • Belakang badan (tulang belakang).
  • Pinggang.
  • Bawah ketiak.
  • Jantung.
  • Bawah dagu.
  • Kepala.
  • Perut.

Diantara simptom terkena jin pengasih
  • Lupa atau sentiasa dalam keadaan khayal.
  • Mimpi lelaki atau wanita penyihir berulang kali.
  • Mimpi kenduri, berkahwin, mimpi berahi, syahwat
  • Mimpi seperti diikat benda tertentu (Binatang, berjumpa jin jantan bagi wanita dan jin perempuan bagi lelaki).
  • Mimpi budak-budak, kanak-kanak.
  • Sering menghidu bau busuk pada masa dan hari tertentu. Contohnya: Maghrib, Asar, bau telur hanyir, lumpur, selut, darah, bau badan orang yang biasa kita dekati.
  • Sukar mengandung.
  • Sering sakit apabila datang bulan. Kemaluan seperti diikat, terasa pergerakan di dalam rahim.
  • Kemaluan menjadi kecil secara tiba-tiba.
  • Hilang nafsu makan.
  • Sukar solat, tidak khusyuk.
  • Sering bercakap seorang diri.
  • Murung, stress keterlaluan.
  • Merasa diri seperti berada di dalam sangkar, sukar bernafas.
  • Sering merindui pemakai.
  • Sukar tidur sekiranya pemakai tiada disisi.

Apabila perjanjian ini terbatal, tawar pesakit atau mangsa akan tersedar dari kehidupannya sebelum ini.

Dia akan mengingati kembali peristiwa-peristiwa sebelum ini dan menyedari bahawa selama ini dirinya telah disihir.

Lazimnya, mengikut pengalaman perawatan, mangsa akan merasa benci, marah dan dendam apabila rahsia pemakai (tukang sihir) terbongkar. Ketika inilah penceraian dan pergaduhan besar akan berlaku.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Minyak Kayu Balabak Ilmu Pengasih Paling Ampuh

-Sentiasapanas.com

Tradisi Pesta Tahi Lembu Untuk Mencuci Dosa

Tradisi Pesta Tahi Lembu Untuk Mencuci Dosa

Beratus-ratus lelaki di Gomatapura, India, menyertai ritual kuno ‘pesta’ tahi lembu berusia 250 tahun untuk mencuci dosa, yang memerlukan mereka membaling tahi lembu sesama sendiri di Gomatapura, India.

Pesta mandi tahi lembu

Golongan lelaki akan menanggalkan baju dan hanya berseluar pendek sebelum berjalan ke kawasan yang telah dipenuhi tahi lembu sedalam 1.2 meter untuk memulakan ritual kuno itu.

Mereka kemudian akan mengepal tahi lembu dalam bentuk bebola dan membalingnya sesama sendiri sebagai tindakan yang dianggap menebus dosa yang dilakukan oleh nenek moyang masing-masing.

Tradisi purba itu dikatakan telah berusia 250 tahun dan disambut selepas perayaan Diwali, kebiasaannya setiap penghujung Oktober.

Kampung Gomatapura terletak di antara negeri Karnataka dan Tamil Naddu, selatan India.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tradisi Pelik Perkahwinan Menangis

sumber: kosmo

Apa Itu Penyakit Anxiety Disorder?

Apa Itu Penyakit Anxiety Disorder?

Satu kajian yang dilakukan oleh Mohamed Alfian Harris B. Omar dan Mohamed Sharif Mustaffa dari UTM, Malaysia bertajuk ”Tahap Kestabilan Emosi Pelajar di sebuah Kolej Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam” menunjukkan sebanyak 26.1% pelajar yang ditemuduga mengalami masalah emosi berbentuk kebimbangan dan 1.1% pula mengalami gangguan emosi berbentuk ketakutan trauma.

Apa itu Anxiety Disorder

Kedua-dua gangguan emosi ini pada mulanya tidak merbahaya, namun ia adalah permulaan bagi masalah anxiety disorder.

Kebimbangan dan ketakutan trauma adalah masalah yang dirasai oleh pesakit itu sendiri, sedangkan anxiety disorder adalah masalah yang didiagnosa oleh doktor dan mempunyai beberapa simptom yang tersendiri.

Saya percaya incidence bagi gangguan dan masalah emosi ini semakin tenat di kalangan masyarakat Malaysia. Ibarat ’tip of iceberg’, bilangan pesakit yang mendapat rawatan di hospital dan didaftarkan adalah amat sedikit berbanding jumlah pesakit yang masih lagi belum mendapatkan apa-apa rawatan.

”Saya rasa saya ada anxiety disorder, tapi belum jumpa doktor lagi. Saya bimbanglah kalau tidak lulus exam..”

Kebimbangan tidak lulus exam dihadapi oleh semua pelajar. Ia merupakan salah satu dari naluri manusia seperti mana setiap manusia berasa haus dan lapar. Ia tidak perlu dirisaukan.

Apa itu Anxiety Disorder?

Kebimbangan yang serius adalah kebimbangan yang mengganggu aktiviti yang biasa dilakukan setiap hari. Ini yang dinamakan sebagai anxiety disorder dan apabila tekanannya memuncak, seorang pesakit akan menunjukkan tanda-tanda nervous breakdown seperti tiba-tiba pengsan atau tiba-tiba marah, menjerit-jerit dan mengamuk sehingga hilang rasa malu dan takut.

Nervous breakdown harus dibezakan dengan panic attack, kerana pesakit panic attack akan berasa seolah-olah diserang sakit jantung (heart attack) seperti sukar bernafas, jantung bergedup laju, sakit dada, pening, menggigil, berpeluh dan rasa seolah-olah mahu mati.

Namun ada juga pesakit yang mengalami panic attack terkeliru diserang asthma kerana pesakit mengalami sukar bernafas dan bernafas dengan laju di samping rasa kebas dan loya.

Ada pakar perubatan yang menyamakan nervous breakdown dan panic attack, tetapi saya berpendapat ianya hanya perselisihan yang bersifat akademik.

”Macam mana saya nak tahu yang saya ini benar-benar mengalami masalah ini, doktor?”

Soalan pendek, tetapi jawapannya agak panjang. Namun bagus juga bertanya, jangan mengagak-agak saja dan mendiagnosa diri sendiri.

Banyak tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mengalami masalah emosi anxiety disorder.

Pesakit selalunya mengalami kebimbangan yang melampau terhadap perkara yang dianggap remeh atau kecil.

Sebagai contoh pesakit terlalu berfikir dan bimbang tentang lauk yang hendak dimasak sehingga pesakit tidak memasak langsung.

Pesakit juga kerap memikir dan merasakan kebimbangan yang melampau terhadap sesuatu yang sedang atau akan berlaku dalam kehidupannya. Contohnya pesakit memikirkan suaminya akan menceraikannya jika dia memasak masakan yang tidak sedap

Pesakit juga merasa sukar melupakan apa yang bermain dalam fikiran dan ini mengganggu tidurnya. Contohnya pesakit tidak dapat melupakan kata-kata yang mungkin melukakan hati mertuanya sehingga dia tidak boleh tidur sepanjang malam.

“Saya sudah berusaha berjumpa dengan perubatan alternatif, namun ia mengecewakan saya. Saya takut makan ubat-ubat hospital. Apa akan jadi jika saya tidak dirawat?

Adakah saya harus dirawat di Hospital Bahagia?”

Ramai yang telah didiagnosa oleh doktor sebagai pesakit yang mengalami masalah Anxiety Disorders. Mereka mendapat kelegaan yang cepat dengan mengambil ubat penenang yang diberikan oleh doktor.

Namun, ubat-ubat penenang ini merbahaya jika disalahgunakan. Ianya boleh menyebabkan ketagihan.

Ramai penagih yang datang ke Pusat Kesihatan meminta ubat penenang ini dengan alasan tidak boleh tidur dan mereka tidak malu untuk bertengkar dengan doktor jika tidak diberikan ubat itu.

Ubat-ubat moden haruslah bersifat sementara. Kecuali jika masalah emosi anxiety disorder telah menjadi bertukar menjadi simptom depression. Masalah emosi depression lebih rumit dan memerlukan pemerhatian yang lebih serius.

Ubat-ubat moden ini harus disertakan dengan rawatan sampingan seperti psychotherapy dan Cognitive Behavioral Therapy (CBT).

Tanpa rawatan yang betul dan sempurna anxiety disorder akan menyebabkan kemurungan (depression). Keadaan pesakit akan bertambah serius.

Teruk sangatkah pesakit yang mengalami depression?”

Jika tidak dirawat, pesakit yang mengalami anxiety disorder akan mengalami masalah kemurungan pula. Ini yang mahu kita elakkan.

Pesakit yang mengalami depression akan sering kesedihan, rasa cemas atau mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta kesukaran menumpukan perhatian, mengingati maklumat atau membuat keputusan.

Pesakit juga mungkin menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga atau rakan, dan mungkin wujud perasaan mahu atau cubaan membunuh diri.

Mereka juga mengalami simptom fizikal seperti berat badan atau selera makan meningkat (atau menurun), bangun terlalu awal, kurang bertenaga, sakit kepala, masalah penghadaman dan rasa sakit yang kronik.

Doktor akan mendiagnosa seseorang itu mengalami depression jika simptom-simptom ini berlangsung selama dua minggu.

“Selain dari memakan ubat-ubatan dari hospital, apa saya perlu lakukan untuk mengelakkan kejadian panic attack berulang?”

Dalam hal ini pesakit disyorkan selain mengambil ubat-ubat yang diberikan, harus juga banyak bersabar dan membaca al Quran terutama ayat-ayat Ruqyah.

Susunan ayat-ayat itu telah dibukukan dan boleh dibeli di kedai buku yang menjual buku-buku agama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 35 Tanda-Tanda Ini Wanita Umur 40-an Mesti Awasi Sekarang

sumber: drzubaidi