Tuesday, November 21, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (21 November)


Tanggal 21 November merupakan hari ke 325 (hari ke 326 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 40 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (21 November)

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Televisyen Sedunia dan Hari Angkatan Tentera di Bangladesh.

Peristiwa

1272 - Edward I menjadi Raja England, mewarisi ayahandanya Henry III.

1783 - Penerbangan manusia tidak bertambat pertama yang berjaya dibuat di Paris dengan belon udara panas buatan Montgolfier bersaudara, oleh Jean-François Pilâtre de Rozier dan François Laurent d'Arlandes.

1877 - Penciptaan peti nyanyi oleh Thomas Edison diumumkan.

1894 - Perang China-Jepun Pertama: Angkatan tentera Jepun membunuh sehingga 20,000 anggota tentera dan orang awam China di bandar pantai Lüshunkou.

1910 - Kelasi kapal perang Brazil Minas Geraes, São Paulo, Bahia dan Deodoro mendahagi di Rio de Janeiro.

1964 - Jambatan Verrazano-Narrows di Bandar Raya New York dibuka kepada trafik, menjadi jambatan gantung terpanjang di dunia ketika itu.

1977 - God Defend New Zealand menjadi lagu kebangsaan kedua New Zealand, setaraf dengan God Save the Queen.

1995 - Persetujuan Perdamaian Dayton diparapi di Dayton, Ohio, menamatkan perang saudara selama tiga setengah tahun di Bosnia dan Herzegovina.

2010 - Satu pungutan suara di Madagaskar mengesahkan perlembagaan baharu yang membenarkan Andry Rajoelina kekal sebagai presiden sementara.

Kematian

2001 - Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, Yang di-Pertuan Agong ke-11.

2006 - Pierre Amine Gemayel, Menteri Perindustrian Lubnan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 November)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon