Monday, November 20, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 November)


Tarikh 20 November merupakan hari ke 324 (hari ke 325 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 41 hari lagi sebelum memasuki tahun seterusnya.

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 November)
Perkahwinan Puteri Elizabeth pada tahun 1947.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, Hari Kedaulatan Kebangsaan di Argentina, Hari Kesedaran Kulit Hitam di Brazil, Hari Revolusi di Mexico dan Hari Guru di Vietnam.

Peristiwa

284 - Diocletian menjadi Maharaja Rom, membawa kepada penamatan Krisis Abad Ketiga.

1700 - Perang Utara Besar: Angkatan Sweden pimpinan Raja Karl XII menewaskan tentera Rusia pimpinan Tsar Peter Agung dalam Pertempuran Narva.

1910 - Pemberontakan Mexico: Francisco I. Madero menyebarluas Rancangan San Luis Potosí, memulakan pemberontakan menentang Presiden Porfirio Diaz.

1945 - Perbicaraan Nuremberg terhadap 24 anggota utama Nazi yang terlibat dalam Holokus dan jenayah perang lain semasa Perang Dunia Kedua bermula.

1947 - Puteri Elizabeth, anakanda Raja George VI, berkahwin dengan Leftenan Philip Mountbatten, yang dianugerahkan gelaran Duke Edinburgh.

1979 - Sekumpulan pemberontak bersenjata menyerang dan mengambil alih Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi.

1984 - Institut SETI ditubuhkan di California.

1998 - Pemasangan Stesen Angkasa Antarabangsa bermula apabila modul pertama Zarya dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan.

2011 - Mariano Rajoy bakal menjadi Perdana Menteri Sepanyol selepas partinya mendapat majoriti dalam pilihan raya umum.

Kelahiran

1841 - Wilfrid Laurier, Perdana Menteri Kanada ke-7.

1957 - Goodluck Jonathan, seorang Presiden Nigeria.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 November)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon