Wednesday, September 06, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 September)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 September)

Tarikh 6 September merupakan hari ke 249 (hari ke 250 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 116 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Replika Victoria
Replika Victoria.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Swaziland (1968), Hari Pertahanan di Pakistan, Hari Kesatuan di Bulgaria dan Hari Pengingatan Lahir Mati di Amerika Syarikat dan Kanada.

Peristiwa

394 - Maharaja Rom Timur Theodosius I mengalahkan perampas Empayar Rom Barat Eugenius dalam Pertempuran Frigidus.

1522 - Kapal Victoria kembali ke Sanlúcar de Barrameda, Sepanyol, menjadikannya kapal pertama mengelilingi dunia.

1930 - Presiden Argentina Hipólito Irigoyen digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera oleh José Félix Uriburu.

1955 - Penduduk etnik Greek di Istanbul diserang oleh gerombolan orang Turki semasa Pogrom Istanbul.

1991 - Kesatuan Soviet mengiktiraf kemerdekaan negara-negara Baltik: Estonia, Latvia dan Lithuania.

1995 - Pemain Baltimore Oriole Cal Ripken, Jr. bermain dalam perlawanan Liga Major Besbolnya yang ke-2131, sekaligus memecahkan rekod 56 tahun milik pemain New York Yankees Lou Gehrig.

2000 - Sidang Kemuncak Milenium, satu mesyuarat antara pemimpin dunia untuk membincangkan fungsi PBB pada peralihan abad ke-21, bermula di Bandar Raya New York.

2008 - Kejohanan Sukan Paralimpik 2008 bermula dengan rasminya di Beijing, China.

2008 - Asif Ali Zardari daripada Parti Rakyat Pakistan terpilih menjadi Presiden Pakistan menggantikan Pervez Musharraf.

2011 - Kebakaran terburuk dalam sejarah Texas memusnahkan lebih 1,300 rumah di Kaunti Bastrop.

Kelahiran

2006 - Putera Hisahito dari Jepun.

Kematian

2007 - Luciano Pavarotti, pemain tenor Itali.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 September)

sumber: wikipedia

Tuesday, September 05, 2017

Hukuman White Room Kepada Banduan Tidak Sakit Tetapi Kejam!

Hukuman White Room Kepada Banduan Tidak Sakit Tetapi Kejam!

Dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis bentuk hukuman bagi pesalah. Dipenjara, digantung dan banyak lagi. Dan sudah menjadi lumarh, orang yang buat salah, sudah pasti akan dihukum.

White Room

Sungguhpun dilakukan untuk tujuan memberi pengajaran namun, terdapat juga hukuman kejam yang bertujuan untuk menyeksa banduan daripada segi mental mahupun fizikal.

Memetik sebuah portal online, kami ingin berkongsi sejenis hukuman yang dilihat pada dasarnya tidak menyakitkan namun boleh dianggap sangat kejam.

Hukuman tersebut ialah White Room. Bilik putih? Apa tu?

White Room atau bilik putih merupakan satu hukuman di mana pesalah akan ditempatkan dalam sebuah bilik yang serba putih dan kalis bunyi.

Bilik ini juga sangat sunyi!

White room adalah sebuah bilik yang begitu sarat dengan segala yang berwarna putih contohnya, dinding putih, katil putih, lantai putih dan sebagainya.

White Room

Jika dilihat dengan mata kasar, hukuman ini tidak menyakitkan dan tidak nampak kejam sama sekali.

Namun, sebenarnya hukuman ini memberi kesan yang buruk kepada psikologi seseorang untuk seumur hidup!

White Room akan membunuh deria penglihatan dan juga pendengaran seseorang.

Sesiapa yang berada di dalam bilik ini untuk masa yang begitu lama akan mengalami beberapa masalah deria dan apa yang paling teruk adalah kesukaran untuk mengingati orang.

Menurut sumber, salah seorang bekas banduan yang pernah menjalani hukuman ini berkata:

“Saya telah dipenjarakan selama 8 bulan dan selepas dilepaskan, saya tidak dapat mengenal pasti dan mengecam mak serta ayah saya.

“Bila mereka melepaskan saya daripada penjara tersebut, saya merasakan seolah saya bukan seorang manusia yang normal.”

White Room

Kebanyakan banduan yang telah menjalani hukuman seperti ini dilaporkan cuba membunuh diri akibat tertekan.

Untuk pengetahuan, hukuman ini selalunya digunakan bagi memaksa banduan mengakui kesalahan yang dilakukan tanpa menyeksa fizikal mereka.

Ngerikan? Nampak macam tiada apa-apa, tapi kesannya mendalam dan sungguh dahsyat!

BACA INI JUGA: Penjara Paling Mesra Dan Mewah Di Dunia

sumber: mynewshub

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Ogos 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Ogos 2017

Assalaamualaikum, salam sejahtera, selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan buat semua pembaca dan rakan-rakan blogger terbaik di Malaysia yang dikasihi.

Selamatkan Rohingya

Rasanya belum terlambat lagi untuk kami ucapkan tahniah buat kontijen Sukan SEA 2017 Malaysia yang telah mencapai kemenangan terbesar sepanjang penglibatan negara dalam sukan terbesar di Asia Tenggara ini.

Walaupun tidak dapat mengikuti sepenuhnya perjalanan semua acara Sukan SEA kali ini, pastinya yang paling mengujakan bagi kami adalah Raja Kirin Dunia Azizulhasni Awang, tanpa tandingan menggondol beberapa pingat emas buat Malaysia. Hebat!

Dan paling mengecewakan pastilah pasukan bola sepak Malaysia. Corak permainan masih lagi di takuk lama, sama seperti 20 tahun lalu. Hampir tiada beza langsung.

Malah, mungkin tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa tahap permainan bola sepak seluruh negara di Asia Tenggara seperti ketinggalan puluhan tahun di belakang.

Untuk menguasai peringkat Asia pun belum tentu dalam 30 tahun akan datang, jauh sekali Piala Dunia. Kalau dalam mimpi pun nampak sukar, mungkin sekadar angan-angan.

Terbabas sikit kali ni. Haha.

***

Buat semua pembaca tidak kira apa anutan dan bangsa, mari kita bersama-sama berdoa, semoga Allah selamatkan bangsa Rohingya yang sedang disembelih dan berusaha dihapuskan oleh pengganas Myanmar.

Tiada agama mengajar kepada kita untuk membunuh dan menganiaya insan lain.

Semoga pembasmian Rohingya yang berlaku di tanah Arakan ini memberi pengajaran berguna kepada kita semua.

***

Dan seperti biasa, senarai dibawah ini adalah blog milik blogger-blogger terbaik dan paling popular di Malaysia. Datanglah berkunjung. Banyak info terbaik kat situ.

Kepada rakan-rakan blogger, datanglah selalu berkomentar. Insyaa Allah akan dimasukkan ke dalam senarai blog popular dan terbaik di Malaysia.

Selamat Hari Raya Korban, Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.

Terima kasih.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA OGOS 2017

1. Khir Khalid - Khirkhalid.com

2. Dedaun Comel - Dedauncomel.com

3. Lokman Hakim - Hakimramli.com

4. Cikgu Etuza - Madey09.blogspot.my

5. Mein The Swim - Meintheswim.blogspot.com

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Turki Bakal Ketuai Serangan Tentera Terhadap Myanmar?

Turki Bakal Ketuai Serangan Tentera Terhadap Myanmar?

Tanpa konsensus PBB, Amerika Syarikat (AS) secara unilateral membentuk Pakatan Barat menyerang Iraq pada 2003.

Myanmar rohingya

Asas tindakan AS bersama sekutunya mudah, Iraq membina senjata pemusnah besar-besaran atau dalam kata lain, AS menuduh Iraq memiliki senjata nuklear.

Serangan itu memusnahkan Iraq dan menjatuhkan Rejim Saddam Hussein yang kemudiaan diburu dan ditangkap lalu dihukum bunuh secara perbicaraan mi segera.

AS sentiasa punya sekutu – terutamanya NATO.

Manakala, Rusia memainkan peranan penting dalam kebangkitan Crimea menuntut pemisahan daripada Ukraine pada 2014 melalui sokongan pensenjataan kepada pemberontak yang kemudiannya mencetuskan tragedi serangan peluru berpandu yang memusnahkan MH17 pada 17 Julai 2014.

Kini Turki wajar memulakan langkah mengetuai atau membentuk Pakatan Negara Islam dalam gerakan ketenteraan bagi menangani isu-isu pembelaan terhadap ummah.

Kalau NATO melancarkan serangan udara terhadap Serbia pada 1999 bagi menyelamatkan Bosnia dari tragedi penghapusan etnik dalam Perang Balkan 1992-1999, Turki wajar mengambil langkah serupa dalam isu Rohingya di Myanmar.

Jumaat lalu (1 September 2017), Presiden Turki, Reccep Tayyib Erdogan secara terbuka dan lantang menyelar sikap Kerajaan Myanmar yang dituduh menjalankan penghapusan etnik terhadap minoriti Muslim Rohingya di Rakhine.

Krisis sejak 2012 itu kini kembali bergolak pada skala besar melalui serangan bermula 25 Ogos 2017 lalu.

Dalam krisis terbaharu itu, sumber Tentera Myanmar menyebut 500 penduduk Muslim di Utara Rakhine terbunuh dalam operasi menentang pengganas, manakala sumber rapat dengan penduduk Rakhine menyebut, angka kematian mencecah 3 ribu orang.

Di sempadan Bangladesh, 40 ribu pelarian Rohingya kini terperangkap setelah melarikan diri dari 43 perkampungan yang diserang dan rumah penduduk dibakar.

Erdogan kelihatan wajar memulakan langkah mewujudkan kekuatan Blok Islam bagi mengimbangi Blok AS-NATO dan Blok China dan Rusia di sebahagian rantau berkepentingan.

Turki pasti mendapat sokongan Iran, malah Qatar.

Turki wajar bertindak dalam isu Rohingya dengan menghantar armada lautnya ke Lautan Hindi dan melancarkan serangan strategik ke Rangoon. Ia satu kerja mudah tetapi berkesan.

Tukri diketahui memiliki armada laut yang canggih untuk melancarkan serangan peluru berpandu laut ke darat.

Tindakan Turki akan dilihat relevan manakala OIC tidak akan bertindak apa-apa.

PBB pula hanya akan bertindak setelah melalui proses politik panjang yang keputusannya pula belum tentu memihak kepada Rohingya.

Turki boleh membuka mata dunia Islam, paling tidak memulakan model Blok Pakatan Islam yang benar-benar menjaga kepentingan umat Islam sekaligus menafikan konsep Blok Sekutu Arab Saudi yang membentuk pakatan ketenteraan untuk menyerang pemberontak Houti di Yaman.

Cara Arab Saudi satu pembulian yang hanya memburukkan lagi keadaan dan bersifat membuli sesama Islam.

Ayuh Erdogan! Teruskan perjuangan anda sebagai Amirul Mukminin abad 21.

BACA INI JUGA: Selamatkan Etnik Islam Rohingya, Mereka Sedang Disembelih!

sumber: mynewshub

Sambutan Hari Kerja Amal Antarabangsa, International Day of Charity

Sambutan Hari Kerja Amal Antarabangsa, International Day of Charity

Sambutan Hari Kerja Amal Antarabangsa, International Day of Charity, disambut setiap tahun pada 5 September yang diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2012.

Hari Kerja Amal

Tujuan utama sambutan Hari Kerja Amal Antarabangsa adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menyediakan platform bersama untuk aktiviti-aktiviti berkaitan amal di seluruh dunia untuk organisasi individu, badan amal, dermawan dan sukarelawan untuk menjalankan aktiviti mereka sendiri di peringkat tempatan, kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

Sejarah

Hari Kerja Amal Antarabangsa diakui sebagai inisiatif masyarakat sivil Hungary yang disokong oleh Parlimen Hungary dan Kerajaan pada tahun 2011, untuk meningkatkan keterlihatan, menganjurkan acara khas dan dengan cara ini untuk meningkatkan perpaduan, tanggungjawab sosial dan sokongan masyarakat untuk beramal.

5 September dipilih untuk memperingati ulang tahun Ibu Teresa dari Calcutta, yang menerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1979 "untuk kerja yang dilakukan dalam perjuangan untuk mengatasi kemiskinan dan kesusahan, yang juga menjadi ancaman kepada keamanan."

Pada 17 Disember 2012, sebagai tindak balas kepada cadangan oleh Hungary, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerapkan resolusi dengan persetujuan untuk menetapkan 5 September sebagai Hari Kebajikan Antarabangsa.

Resolusi ini ditaja bersama oleh 44 Negara Anggota PBB, Albania, Angola, Australia, Belarus, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Kemboja, Chile, Croatia, Republik Dominika, Eritrea, Estonia, Georgia, Greece, Guatemala, Honduras, Hungary, India , Ireland, Israel, Itali, Jordan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lubnan, Lithuania, Luxembourg, Macedonia, Madagascar, Malta, Montenegro, Pakistan, Poland, Republik Cyprus, Republik Korea, Romania, Serbia, Singapura, Slovakia, Slovenia , Thailand, Turki dan Ukraine, mewakili kesemua lima Kumpulan Serantau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Dalam resolusinya, Perhimpunan Agung menjemput Negara-Negara Anggota, organisasi-organisasi sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan organisasi-organisasi antarabangsa dan serantau yang lain, pihak berkepentingan, serta NGO masyarakat madani, untuk memperingati Hari Kebajikan Antarabangsa dengan cara yang sesuai, dengan menggalakkan kebajikan, termasuk melalui aktiviti pendidikan dan peningkatan kesedaran awam.

Sambutan Antarabangsa

Pada tahun 2014, sambutan Hari Kerja Amal Antarabangsa telah mula tersebar di seluruh dunia, dari restoran yang menyumbang keuntungan dari jualan harian, acara Cabaran Ice Bucket dan pengedaran selimut.

Selamat menyambut Hari Kerja Amal Antarabangsa.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 September)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 September)

Tanggal 5 September merupakan hari ke 248 (hari ke 249 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 117 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Massif Tamu.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Guru di India.

Peristiwa

1774 – Dalam gerak balas terhadap Parlimen British yang menggubal Akta Tak Terderita, wakil 12 daripada Tiga Belas Jajahan bersidang dalam Kongres Benua Pertama di Philadelphia.

1793 – Revolusi Perancis: Convention Nationale mengundi untuk melaksanakan langkah menggerunkan, memulakan Pemerintahan Ganas.

1836 – Sam Houston dilantik sebagai presiden pertama Republik Texas.

1905 – Melalui perantaraan Presiden A.S. Theodore Roosevelt, Perjanjian Portsmouth ditandatangani di Limbungan Tentera Portsmouth di New Hampshire, Amerika Syarikat, secara rasminya menamatkan Perang Jepun-Rusia.

1927 – Watak popular pertama Walt Disney dan Ub Iwerks Oswald the Lucky Rabbit diperkenalkan kepada umum melalui kartun animasi Trolley Troubles.

1972 – Peristiwa München: Kumpulan militan Palestin "September Hitam" menculik 11 atlet dan jurulatih Israel di Sukan Olimpik Munich.

1977 – NASA melancarkan kuar angkasa lepas Voyager 1, kini objek buatan manusia terjauh dari Bumi.

2005 – Pesawat Penerbangan Mandala RI 091 terhempas di Medan, Sumatera, Indonesia, mengorbankan lebih 140 orang.

2012 – Kuar Dawn NASA meninggalkan orbit asteroid Vesta, menuju planet kerdil Ceres.

2013 – Massif Tamu di dasar Lautan Pasifik, dilaporkan ialah sebuah gunung berapi tunggal, menjadikannya yang terbesar di Bumi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 September)

sumber: wikipedia

Isteri Berang Tidak Puas Di Ranjang Sapu Balm Pada Kemaluan Suami

Isteri Berang Tidak Puas Di Ranjang Sapu Balm Pada Kemaluan Suami

Selalu kita dengar suami memukul atau mendera isteri jika kemahuan batinnya di ranjang tidak dipenuhi namun kali ini giliran isteri pula yang bertindak demikian.

Isteri Tidak

Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital apabila kemaluannya disapu dengan Balm oleh isterinya dalam satu kejadian yang dilaporkan berlaku di Medan, Indonesia.

Lelaki yang dikenali sebagai Daud itu menyatakan isterinya tidak pernah puas di ranjang menyebabkan dia diperlakukan sebegitu.

Pasangan yang baru berkahwin setahun sebelumnya mengalami masalah apabila Daud disahkan mati pucuk menyebabkan isterinya kecewa.

Akibat berang, isteri Daud telah menyapukan Balm pada alat sulit suaminya yang sedang tidur untuk membalas dendam kerana kepuasannya tidak dipenuhi.

Menurut lelaki berusia 35 tahun ini, dia sudah berusaha untuk menyembuhkan penyakit yang dialaminya sejak lima bulan lalu tetapi menemui jalan buntu.

Isterinya pula mahu mengugut cerai kerana kepuasannya tidak dipenuhi dan lebih mengejutkan lagi dia sanggup menyapu Balm pada kemaluan suaminya apabila keluhan dan ugutan cerai itu tidak dilayan.

Bukan itu sahaja, khabarnya isteri Daud ada memukul mangsa dengan batang penyapu dan menyebabkan kepala Daud cedera.

Walau bagaimanapun, suspek sudah ditahan reman oleh pihak polis Medan Tembung.

Menurut suspek, perkahwinan mereka dirancang oleh kedua-dua orang tuanya.

“Saya minta cerai tapi suami tak mahu, sayang katanya. Buat apa sayang kalau tak pandai puaskan isteri.

“Saya ada niat mencari skandal, tapi saya tak sampai hati menipu suami,” katanya.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Monday, September 04, 2017

Tahukah Anda Cara Kucing Minum Air Terjawab Selepas Ribuan Tahun!

Tahukah Anda Cara Kucing Minum Air Terjawab Selepas Ribuan Tahun!

Sejak beberapa ribu tahun lalu, tabiat kucing minum air dengan sempurna telah menjadi tanda tanya.

Kucing minum

Sehinggalah satu kajian mengenai tabiat kucing minum dengan sempurna dilakukan oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT), Virginia Tech and Princeton University.

Menurut para pengkaji ini, kucing sebenarnya menyedut air dengan membentuk lidah menjadi huruf J.

Keadaan itu menyebabkan air disedut dengan sempurna tanpa tumpah ke dagu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Kenapa Kucing Menggeselkan Badan?

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 September)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 September)

Tarikh 4 September merupakan hari ke 247 (hari ke 248 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 118 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Steve Irwin
Steve Irwin.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Pendatang di Australia.

Peristiwa

476 – Pemimpin puak Jermanik Odoacer menawan Ravenna dan menggulingkan Romulus Augustus, Maharaja Empayar Rom Barat terakhir.

1260 – Puak Ghibelline Siena menewaskan puak Guelph Florence dalam Pertempuran Montaperti.

1886 – Selepas lebih 25 tahun menentang Tentera Amerika Syarikat dan Mexico, Geronimo daripada puak Apache Chiricahua menyerah diri di Arizona.

1888 – Pencipta Amerika Syarikat George Eastman mendaftarkan tanda dagangan "Kodak" selepas mendapat paten untuk kamera filemnya.

1956 – Komputer komersil pertama yang menggunakan penyimpanan maklumat magnet, IBM RAMAC 305, diperkenalkan.

1972 – Mark Spitz memenangi pingat emas renangnya yang ketujuh di Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman Barat, sekaligus menjadi atlet Olimpik pertama memenangi 7 pingat emas.

1998 – Larry Page dan Sergey Brin mengasaskan syarikat Google di Menlo Park, California, A.S., untuk mempromosikan enjin gelintar web yang dibangunkan mereka di ketika belajar Universiti Stanford.

2010 – Gempa bumi bermagnitud 7.1 melanda Pulau Selatan New Zealand, menyebabkan kerosakan meluas di Christchurch.

2011 – Taufan Talas melanda Jepun, mengorbankan sekurang-kurangnya 53 orang.

Kelahiran

1869 - Karl Seitz, Presiden Austria pertama.

Kematian

2006 - Steve Irwin, hos terkenal siri dokumentari alam sekitar Australia The Crocodile Hunter.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (3 September)

sumber: wikipedia

Sunday, September 03, 2017

Helah Cara Bijak Menikmati Hubungan Intim Suami Isteri

Helah Cara Bijak Menikmati Hubungan Intim Suami Isteri

Telah lama mendirikan rumahtangga bukanlah alasan untuk anda culas melunaskan salah satu tanggungjawab sebagai suami isteri. Walaupun kadang-kadang timbul rasa malas, nafkah batin wajib dilunaskan. Kalau tidak, nanti lain jadinya.

Helah-intim

Tips berikut pasti bermanfaat agar anda dan pasangan dapat menikmati hubungan intim dengan cara yang lebih sihat sekaligus dapat meredakan tekanan.

Tips 1: Goda Pasangan

Tiada salahnya suami isteri saling menggoda untuk lebih merangsang antara satu sama lain.

Usai bertemu, lunaskan semua yang terbuku dengan pasangan anda. Bercinta-cinta menghangatkan asmara!

Tips 2: Elak Marah

Sentiasa berbuat baik kepada pasangan dan kawal perasaan anda. Ia akan memberi ruang untuk kalian lebih menikmati dan menghargai hubungan intim dalam erti kata yang sebenar.

Perasaan marah hanya akan membangkitkan aura negatif dan boleh merosakkan perjalanan sebelum membuka ‘bunga’ silat asmara!

Tips 3: Dengar Muzik

Perdengarkan muzik yang romantik untuk menyemarakkan lagi hubungan cinta kalian. Alunan muzik yang perlahan boleh merangsang anda untuk lebih menikmat hubungan intim. Kalau tak percaya, cubalah!

Tips 4: Cuba Elemen Baru

Jangan terlalu serius atau tertekan ketika melakukan hubungan intim. Perlu diingat, hubungan intim adalah satu aktiviti yang menyeronokkan.

Jangan takut mencuba elemen baru, sekali gus dapat melenyapkan rasa bosan pada ritual sama yang sering dilakukan.

Tips 5: Elak Gangguan Lain

Tutup semua elemen yang mampu membuatkan anda terganggu seperti televisyen, radio dan lain-lain.

Hal ini kerana gangguan tersebut akan mengganggu anda dari masa ke masa.

Tanpa gangguan, anda dan pasangan akan lebih fokus dan dapat menikmati hubungan intim secara total. Inilah nikmat asmara dalam kedamaian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: intrend

Kepentingan e-Dagang Dalam Perniagaan

Kepentingan e-Dagang Dalam Perniagaan

Sememangnya penggunaan konsep e-dagang masa kini amat penting dalam urusan perniagaan dengan pelbagai kepentingan yang diperolehi daripada konsep e-dagang.

Kepentingan e-Dagang

Salah satunya adalah dapat melakukan hubungan terus dengan pelanggan yang dalam hal ini, gologonagn peniaga khususnya dapat berhubung terus dengan pelanggan bukan sekadar menerima maklum balas secara terus, tetapi urusan berkenaan tidak perlu melibatkan pihak ketiga kerana segalanya cepat dilakukan hanya melalui talian terus (online).

Dengan demikan dapat membaiki segala kelemahan melalui pihak ketiga dengan segera. E-dagang juga membantu dalam memudahkan iklan dan melakukan promosi.

Hal ini bererti sekiranya terdapat sebarang perubahan pada bentuk pengiklanan, harga mahupun mempromosi perkhidmatan dan barangan baru, ia mudah disesuaikan mengiktu keadaan semasa yang pelanggan inginkan.

Selain itu, aspek paling penting dalam penggunaan e-dagang ini adalah menjimatkan kos. Dengan menggunakan e-dagang, sebarang kos sewaan, insuran kawalan mahupun kos-kos lain tidak perlu dilakukan termasuklah menjimatkan kos penyimpanan dan transaksi pemindahan barangan atau perkhidmatan.

Kaedah e-dagang ini juga memberi kebaikan kerana semua syarikat-syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan mempunyai satu rangkaian yang sama.

Dengan cara tersebut, sebarang urusan pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan secepat mungkin tanpa mengisi borang kertas.

Tidak cukup dengan itu, e-dagang turut memberi kelebihan dan penting dalam meluaskan pasaran sesuatu perniagaan.

Hal ini, dibuktikan melalui e-dagang sebarang aktiviti atau urusan pemasaran mampu diperluaskan dan dilakukan dengan mudah serta menjimatkan.

Apabila melibatkan penggunaan internet umumnya, melalui konsep ini, peniaga berpeluang mengiklankan dan memasarkan barangan dan juga perkhidmatan tanpa mengira sempadan.

Para usahawan khususnya dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan kadar lebih pantas, tepat dan efisyen melalui e-mel, SMS (sistem pesanan ringkas) dan pelbagai medium lain.

Di samping itu, kualiti perkhidmatan syarikat kepada pelanggan juga dapat ditingkatkan sekiranya e-dagang ini membantu dalam mengintegrasikan semua bahagian apabila melakukan transaksi perniagaan.

Misalnya, apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi e-dagang, tempahan tersebut dengan segera dapat dihantar ke beberapa bahagian dalaman berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistic dan bahagian pembuatan.

Dengan demikian, pengkoordinasian dalaman berupaya memenuhi pesan tersebut akan menjadi lebih efisyen. Tambahan lagi, teknologi yang wujud hari ini membantu jualan syarikat dengan membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi bagi memaparkan dan mempromosi jualan serta menghantar pesan dan maklumat pelanggan ke pejabat dengan cepat.

Alat-alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperlukan syarikat untuk menerima dan menghantar barangan serta menyediakan perkhidmatan yang mana mewujudkan kelebihan daya saing dalam industri perniagaan khususnya.

Kepentingan kepada syarikat yang menjalankan perniagaan, pembentangan produk boleh dilakukan pada bila-bila masa dan segala informasi boleh disimpan di dalam komputer atau laptop.

Secara umumnya dapat dilihat dengan wujudnya teknologi yang diaplikasi ke dalam konsep e-dagang, sesuatu proses perniagaan itu akan mendapat pulangan yang tinggi dan memberikan kepentingan kepada dunia perniagaan masa ini.

Ditambah pula dengan anjakan paradigma globalisasi berjaya mewujudkan perhubungan dunia yang rapat serta menjadikan ekonomi di dunia sebagai sistem yang bergantungan antara satu sama lain.

Penggunaan e-dagang secara global

Perkembangan pesat teknologi maklumat masa ini membawa konsep e-dagang ini seiring maju bersama.

Setiap aktiviti e-dagang yang berlangsung di seluruh dunia dictatkan masa, waktu dan lokasi berlakunya urus niaga.

Kebanyakkan kajian-kajian yang dliakukan, tempat-tempat berlakunya urus niaga e-dagang ini adalah di rumah, pejabat, kafe siber dan lain-lain.

Dalam pada itu, tempat lain yang berlakunya e-dagan ini adalah di bank dan kedai makan yang mana mendapat liputan untuk mengakses internet.

Secara umumnya dapat dilihat perkembangan perniagaan atas talian ini disebabkan perkembangan jaringan internet yang meluas.

Internet telah membawa pelbagai perubahan terutamanya dalam bidang perniagaan atas talian seperti e-dagang.

Apabila berlakunya peningkatan kemajuan dan peningkatan infrastruktur dalam sistem komunikasi, penggunaan e-dagang tealah berkembang pesat seperti cendawan tumbuh dek hujan’.

Dapat dilihat pengguna merasakan keselesaan dan lebih gemar membeli dan melakukan pembelian atas talian khususnya produk atau barangan terkini.

Tambahan lagi, peniaga-peniaga kini juga mengemar perniagaan dan perdagangan secara global. Dengan terdapatnya akses internet para pedagang dapat melakukan transaksi seperti urusan perbincangan, perundingan dan tawar-menawar serta pembelian secara talian.

Kesannya, sekaligus berupaya menjimatkan masa, kos dan memberi kesan kepada peningkatan perniagaan secara global.

Banyak aktiviti perniagaan dan perdagangan juga dapat dijalankan sama ada di dalam atau luar negara.

Tambahan pula, hubungan perniagaan kemasyarakatan sesame peniaga turut terjalin. Di Malaysia, hanya 28 peratus daripada keselurhuan syarikat perusahaan kecil sederhana menggunakan e-dagang berbanding negara lain.

Negatifnya, tidak banyak syarikat perniagaan berminat menjalankan konsep e-dagang. Segelintir pedagang dan peniaga membuat tanggapan bahawa e-dagang hanya memakan masa dan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi.

Walau demikian, bagi generasi muda mereka mengambil kesempatan dengan menjalankan perniagaan atas talian ini di atas minat yang tinggi.

Secara tidak langsung dapat melihat bahawa generasi muda ini yang pastinya akan terus memperluaskan penggunaan e-dagang secara global bukan sahaja di dunia tetapi seluruh dunia.

Kenapa Perlu Beralih Kepada e-Dagang?

Bagi negara Malaysia, terdapat pelbagai faktor pendorong yang menyebabkan kepada penggunaan e-dagang ini.

Faktor-faktor tersebut seperti pelaksanaannya yang mudah, akibat pengaruh sosial, kos, kepercayaan dan keselamatan.

Pertama sekali adalah berkaitan mudah pelaksanaan konsep e-dagang ini. Hal ini dapat dilihat melalui keinginan seseorang yang berkeinginan membeli sesuatu secara ata talian.

Disebabkan mudah, itu yang menjadi faktor kepada pembelian barangan oleh individu secara atas talian. Hal ini, dapat kita lihat kini, pelbagai perniagaan yang wujud secara online dilakukan melalui aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, wechat dan aplikasi lain.

Dalam pada itu, dapat melihat penggunaan tersebut sekaligus menunjukkan bahawa seseorang pengguna akan mengenal pasti atau mencuba sesebuah aplikasi yang telah dieseiakan sama ada aplikasi itu mudah digunakan atau sebaliknya.

Sudah pastinya, aspek tersebut mempengaruhi seseorang pengguna untuk terus mencuba atau menggunakan sistem tersebut.

Selain itu, berkaitan pengaruh sosial pula adalah berkaitan keinginan seseorang pengguna itu dalam menggunakan dan mencuba sesebuah aplikasi baru seperti e-dagang ini.

Hal ini terbukti apabila di dalam laman sosial sekiranya seseorang penggunan telah mencuba dan berpuas hati di atas sesuatu laman sesawang berkaitan jual beli barang, pengguna tersebut kebiasaannya akan menyaran rakan-rakan lain atau orang terdekat yang berminat turut mencuba dan menggunakan aplikasi yang sama.

Kos juga menjadi antara faktor menyumbang kepada e-dagang. Dapat dilihat para pengguna seringkali membandingkan harga-harga barangan yang ditawarkan sebelum membuat keputusan membelinya.

Pengguna sememangnya menitikberatkan kos pembelian semasa menggunakan pembelian secara talian ini.

Harga yang berpatutan kebiasaannya akan menjadi pilihan pertama termasuklah kualiti semasa membuat pembelian.

Dalam aspek lain, dari segi penyediaan kewangan oleh pihak kerajaan juga berupaya mewujudkan hubungan erat antara pihak kerajaan dengan pihak swasta atau badan persendirian.

Walaupun terdapat kekangan dan cabaran dari segi kos untuk pelaksanaan e-dagang ini, ia mampu diharungi dan mematangkan pihak yang terlibat kerana pelbagai manfaat diperoleh melalui sistem e-dagang ini kepada ekonomi dan sosial negara.

Di samping itu, salah satu faktor mendorong kepada penggunaan e-dagang ini ialah kepercayaan penggunaan e-dagang.

Faktor ini merupakan asas dalam perniagaan atas talian. Kepercayaan pengguna terhadap sesebuah laman sesawang ini berupaya meningkatkan tahap keyakinan pengguna bagi melakukan transaksi atau urusan pembelian berkonsepkan e-dagang ini.

Berkaitan faktor kepercayaan ini, dapat kita mengetahui tahap keyakinan dan kepercayaan seseorang pengguna dalam menggunakan aplikasi sedia ada masa ini.

Faktor seterusnya adalah faktor keselamatan yang merupakan faktor terpenting dalam menjalankan urusan yang melibatkan urusan perpindahan transaksi seperti urusan pembelia secara atas talian.

Pemeblian tersebut tidak kira sama ada secara perpindahan kredit ataupun menerusi kad kredit. Hal ini kerana penggunaan transaksi seperti ini berupaya memungkinkan berlakunya pencerobohan.

Antara pencerobohan yang boleh berlaku seperti kecurian kata laluan, spam, percubaan mencerobohi data atau maklumat serta pengodaman.

Akhir sekali, faktor lain yang mendorong penggunaan e-dagang ini adalah yang mana pihak bertanggungjawab dan badan-badan NGO khususnya wajar memikirkan pendekatan dinamik dalam memastikan masyarakat boleh menerima dan menggunakan sistem e-dagang dalam urusan kerja masing-masing.

Perlu diketahui juga bahawa penerimaan terhadap sesuatu teknologi juga sangat bergantung kepada peranan yang dimainkan dalam penyelesaian sesuatu kerumitan yang dihadapi selama ini.

Namun demikian, berdasarkan kajian yang mana telah membuktikan bahawa penggunaan e-dagang dapat ditingkatkan pada tahap yang luar biasa sekiranya memperkembangkan sistem e-dagang secara menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hafizmustafar123