Sunday, August 27, 2017

England, Negara Samseng Bola Sepak Paling Ganas Di Dunia

England, Negara Samseng Bola Sepak Paling Ganas Di Dunia

Jika di Brazil bola sepak diibaratkan sebagai agama, di England bola sepak adalah satu kegilaan walaupun pasukan negara ini hanya pernah memenangi Piala Dunia sekali pada tahun 1966.

England Hooligan

Sekadar menjadi juara dunia hanya sekali, England yang merupakan tempat kelahiran permainan bola sepak moden tentulah tidak memiliki rekod yang boleh dibanggakan sangat.

England juga tidak mencatatkan rekod yang cemerlang dalam pertandingan peringkat kelab Eropah, walaupun kejohanan Liga Inggeris ditonton melalui televisyen oleh sebilangan besar penduduk dunia.

Walaupun terkenal gah dengan Liga Bola Sepak Inggeris (EPL), England turut memegang satu rekod bola sepak yang tidak menjadi kebanggaan kerajaan dan persatuan bola sepaknya.

England mempunyai penyokong bola sepak paling ganas di dunia dengan perlawanan antara dua kelab di stadium sering sahaja diiringi dengan pertempuran antara penyokong di luar stadium, yang kerap kali berakhir dengan kematian.

Penyokong Fanatik

Setiap kelab bola sepak di England mempunyai penyokong fanatik. Jika mereka menyokong sesebuah kelab, sokongan yang bermula daripada zaman kanak-kanak akan kekal hinggalah ke akhir hayat mereka.

Tidak ada penyokong yang berpaling tadah, walau bagaimana teruk sekalipun prestasi pasukan yang mereka sokong.

Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair adalah penyokong setia kelab Newcastle dari dulu hingga sekarang.

Sebilangan besar mereka bukan sahaja memakai jersi pasukan pada setiap hari perlawanan, tetapi juga mempunyai tatu lambang kelab yang diabadikan di lengan atau bahu.

Mereka bukan sahaja memiliki tiket bermusim bagi semua perlawanan di gelanggang sendiri, tetapi juga sanggup mengambil cuti dan berbelanja besar untuk menghadiri perlawanan di tempat jauh.

Sebilangan penyokong datang ke stadium bukan sekadar untuk memberikan sokongan moral kepada pasukan mereka, tetapi membawa pisau dan rantai untuk membelasah para penyokong pasukan lawan.

Selepas minum bir selama berjam-jam sebelum perlawanan, bayangkanlah apa yang boleh berlaku di luar stadium. Dunia mengenali mereka dalam bahasa Inggeris sebagai footbal hooligan atau samseng bola sepak.

England adalah negara samseng bola sepak yang paling ganas di dunia anehnya, kumpulan-kumpulan samseng bola sepak yang bermusuhan di peringkat kelab ini, bersatu padu untuk menyokong pasukan England di peringkat antarabangsa.

Senarai panjang yang mengandungi gambar dan nama semua ketua dan anggota-anggota kumpulan samseng bola sepak England telah dibekalkan kepada polis Perancis.

Polis England menyimpan rekod penjenayah bola sepak itu selepas Akta Penyokong Bola Sepak dikuatkuasakan pada 1989 untuk membanteras keganasan yang semakin berleluasa di dalam dan luar stadium.

Di bawah undang-undang itu, mahkamah boleh mengeluarkan perintah melarang samseng bola sepak daripada menjejakkan kaki di mana-mana kawasan stadium di England. Mereka juga dihukum penjara jika ditangkap semasa bergaduh.

Malangnya, polis England hanya menyimpan senarai mereka yang pernah ditangkap atau dihadapkan ke mahkamah.

Hooligan, Samseng Bola Sepak

Siapa sebenarnya samseng-samseng bola sepak ini?

Beberapa tahun lalu, beberapa buku yang memberikan jawapan kepada banyak pertanyaan mengenai samseng bola sepak telah diterbitkan.

Kesemua buku itu ditulis oleh bekas samseng bola sepak yang telah menjalani hukuman penjara atas kesalahan terlibat dalam keganasan.

Ada di antara buku-buku itu telah dicetak beberapa kali kerana laris.

Buku yang mendedahkan maklumat paling menarik ialah Everywhere We Go yang ditulis oleh dua beradik - Dougie dan Eddy Brimson - yang menjadi kepala samseng kumpulan penyokong kelab Watford.

Mereka menafikan tanggapan umum kononnya samseng bola sepak ini hanya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

"Orang-orang yang terlibat dalam keganasan bola sepak datang daripada pelbagai lapisan. Mereka menjadikan bola sepak sebagai saluran untuk mencari kelegaan daripada tekanan seharian di tempat kerja atau rumah.

"Saya kenal ramai orang yang berpendapatan tinggi dan golongan profesional yang terlibat secara langsung sama ada dalam mengendalikan kumpulan atau kegiatan ganas bola sepak.

"Sebenarnya, pada hari ini tidak ramai penganggur menyaksikan bola sepak kerana tiket masuk sangat mahal."

Dougie dan Eddy Brimson juga menjelaskan sebab-sebab mereka dan para pengikut mereka menjadi samseng bola sepak.

"Orang bergaduh kerana mereka suka bergaduh. Bola sepak hanya menjadi alasan untuk mereka bergaduh.

"Mereka menggunakan bola sepak sebagai alasan untuk membelasah orang lain kononnya untuk mempertahankan maruah pasukan, bandar atau negara mereka."

Dougie dan Eddy Brimson juga menafikan anggapan media kononnya samseng bola sepak tidak berminat sangat terhadap permainan itu, tetapi datang ke stadium semata-mata untuk bergaduh.

"Mereka ini sanggup berjalan jauh, berdiri atau duduk dalam hujan atau salji, semata-mata kerana menyokong pasukan mereka.

"Mereka sebenarnya sangat cinta dan setia kepada kelab mereka.

"Keganasan bola sepak adalah seperti menghisap rokok. Jika anda cuba sekali dan tidak suka, anda tidak akan melakukannya lagi. Tetapi jika anda cuba dan suka, amat sukar untuk berhenti.

"Tidak guna bertanya kenapa mereka terlibat dalam perbuatan ganas itu. Jika anda bertanya kaki judi atau kaki arak soalan yang sama, jawapannya juga adalah sama. Mereka suka berbuat begitu."

Samseng-samseng bola sepak ini juga terdiri daripada pelbagai kaum, tetapi sebilangan besar adalah orang kulit putih.

Seorang lagi bekas ketua kumpulan penyokong kelab Manchester United, Mickey Francis dalam bukunya Guvnors (nama kumpulan samseng bola sepak itu) menceritakan betapa media dan masyarakat telah berlaku tidak adil kerana menganggapnya penjenayah walaupun dia tidak pernah mencuri, merompak atau terlibat dalam dadah.

"Apa yang saya lakukan hanyalah bergaduh. Saya suka bergaduh kerana saya dibesarkan dalam masyarakat yang ganas. Saya tidak mempunyai belas kasihan terhadap sesiapa yang dibelasah."

Barangkali, keganasan bola sepak di England ini menggambarkan suatu perubahan sikap orang Inggeris yang pada suatu masa dulu berbangga dengan gelaran English gentlemen.

Orang Inggeris selepas 80-an semakin kasar dan ganas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 25 Tahun Liga Bola Sepak England (EPL)

sumber: utusan

Bunga Ros Yang Tidak Akan Layu Selama-lamanya!

Bunga Ros Yang Tidak Akan Layu Selama-lamanya!

Tahukah anda ada sebuah syarikat dikenali sebagai Forever Rose telah memperkenalkan kepada umum tentang bunga mawar (ros) yang mampu hidup selama-lamanya.

Forever Rose

Walau bagaimanapun, bunga ros itu hanya akan bertahan sekiranya diletakkan di dalam sebuah bekas khas atau kubah kecil (dome).

Apa yang ajaibnya, bunga ros ini mampu hidup dengan subur untuk tempoh abadi.

Kelebihan luarbiasa ini menjadikan bunga ros tersebut berjaya menarik perhatian ramai terutamanya jika anda pernah menonton filem gay 'Beauty and the beast'.

Menurut pengasas syarikat Forever Rose, Ebraheem Al Samadi, terdapat ramuan istimewa yang digunakan.

Bagaimanapun, bahan rahsia itu menjadi rahsia syarikat dan tidak akan didedahkan kepada umum.

Ebraheem Al Samadi

Apa yang pasti, selain dari bahan rahsia yang digunakan, bunga ros yang digunakan diimport dari pergunungan Ecuador yang kaya dengan sumber mineral.

Kelebihannya, kelopak bunga ros tumbuh sepuluh kali ganda lebih besar berbanding bunga ros lain.

Bunga ros ini juga didatangkan dengan lebih 30 jenis warna sebagai pilihan kepada orang ramai.

Dan jika bunga ros tersebut dikeluarkan daripada bekasnya, ia masih mampu hidup tetapi hanya bertahan selama tiga tahun tanpa sumber air dan cahaya matahari.

Sebenarnya, pada awal kemunculan bunga ros yang sangat unik ini, ia hanya dijual kepada kerabat diraja kerana keindahannya yang begitu ekslusif dan cantik.

Forever Rose

Namun, selepas mendapat permintaan, ia kemudiannya mula dijual kepada orang awam.

Harga bagi setiap hiasan Bunga Ros Abadi ini dijual antara USD$200 sehingga USD$4,000, bergantung kepada jenis hiasan dan bilangan kuntum.

Ada sesiapa yang berminat?

BACA INI JUGA: 'Jenazah Isteri Harum Seperti Bunga Ros, Balasan Mentaati Suami'

-SENTIASAPANAS.COM

9 Bandar Di Dunia Paling Terkenal Dengan Maksiat

9 Bandar Di Dunia Paling Terkenal Dengan Maksiat

Sejajar dengan arus permodenan yang kian berkembang pesat, begitulah juga industri maksiat turut berkembang. Malah, ia turut menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung di bandar-bandar utama ini.

Jom kita selongkar antara lokasi sarang maksiat paling terkenal di bandar-bandar utama seluruh dunia.

1. Pattaya, Thailand - Pelacuran

Pattaya

Pattaya adalah syurga kepada aktiviti seks di dunia. Sebut apa jenis pelacuran, semua boleh didapati di sana termasuklah pelacur kanak-kanak!

Thailand membenarkan aktiviti pelacuran dijalankan dengan sebebas-bebasnya bagi menarik minat pelancong-pelancong asing bertandang ke Thailand.

Di Pattaya, pelancong tidak perlu menunggu malam untuk memuaskan nafsu. Siang hari pun boleh!

Pattaya sememangnya dipenuhi dengan pekerja-pekerja seks.

2. Amsterdam, Belanda - Dadah, Pelacuran

Amsterdam

Amsterdam tidak perlu diperkenalkan lagi. Semua orang tahu bahawa Amsterdam adalah salah sebuah bandar di Belanda yang menempatkan sebuah kelab gergasi Eropah, Ajax Amsterdam.

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa Amsterdam adalah bandar yang membenarkan rakyat mereka berjual beli dan menggunakan dadah secara sah tanpa kekangan undang-undang.

Bukan itu saja, bagi yang mempunyai naluri seks songsang, di sinilah tempatnya. Anda boleh berkahwin, memadu kasih atau bercekerama tanpa ada mata-mata liar yang memerhatikan anda. Syurga dunia!

Amsterdam

Namun, yang peliknya mengenai bandar ini walaupun membenarkan penjualan dadah secara terang-terangan, ia tidak pula dipenuhi penagih tegar seperti di negara dunia ketiga! Pelik bukan?

Tidaklah menjadi satu kehairanan apabila anda mendapati sebuah cafe menjual sehingga 5 KG ganja sehari tidak kira samada melalui teh, dalam bentuk rokok, dalam pai, kek dan juga brownies di bandar Amsterdam.

Amsterdam meghalalkan penjualan dadah dan pelacuran.

3. Manama, Bahrain - Pesta Malam

Manama

Bandar Manama atau al-Manamah adalah ibukota bagi aktiviti malam bagi orang Arab. Terletak di negara Bahrain, bandar ini mampu membuatkan pengunjung menghabiskan malam dengan mabuk dan berjoget.

Pengunjung terbesarnya adalah sheikh-sheikh Arab yang kehausan seks dan hiburan.

Bandar Manama mula menghala kepada ‘kehancuran’ apabila pemerintah Bahrain mula berpandangan Liberal (bebas) dan menolak nilai-nilai moral dan etika Islam.

Bandar Manama merupakan bandar paling memalukan dunia Islam ditambah pula ia terletak di tanah para Anbiya dan Auliya.

4. Las Vegas, Amerika Syarikat - Perjudian

Las Vegas

Terang-terangan kota ini adalah kota maksiat apabila papan tanda untuk memasuki bandarnya tertera ‘Go on and Sin’.

Hakikatnya, Las Vegas adalah sebuah kawasan tandus dan kering sebelum diteroka untuk dijadikan kota perjudian.

Kota ini dibuka ketika era pembangunan semula Amerika Syarikat selepas krisis ekonomi tahun 30-an dengan perjudian telah dikecualikan undang-undang pada 31 March 1931.

Kota ini berkembang secara berperingkat sehinggalah kepada kemuncaknya pada tahun 60-an apabila Howard Hughes (pernah dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio dalam filem The Aviation) telah melabur jutaan dollar untuk membuka pusat perjudian di sana.

Pada tahun 80-an, Las Vegas sudah pun terkenal sebagai pusat pejudian terbesar di dunia sehingga diibaratkan bahawa seorang pope jika singgah bermalam di sana akan terpengaruh dengan kenikmatan duniawi Las Vegas.

5. Rio de Janeiro, Brazil - Bogel

Rio de Janeiro

Ibu kota Brazil ini memang tidak pernah lari daripada pesta dan seks. Kota penuh dosa ini sering dihiasi wanita-wanita sawo matang Brazil separuh telanjang tanpa rasa malu berpelesiran di pantai-pantai dan resort.

Pantai paling terkenal di Rio adalah Ipenama Beach yang terletak di selatan bandar Rio de Janeiro.

Saban hari, pantai ini dihiasi pelbagai aktiviti maksiat seperti pesta tarian dan mabuk-mabuk malahan dan jangan terkejut jika terdapat warga tempatan atau pelancong asing melakukan hubungan terlarang secara terbuka di sini.

6. Moscow - Disco

Moscow

Kerajaan Rusia melarang aktiviti pelacuran dan aktiviti malam yang menjangkaui siang hari namun, ia masih boleh didapati di sini tanpa ada pihak berwajib melakukan serbuan.

Sepertimana di tempat lain termasuk di Malaysia, dengan suapan wang, segala macam boleh jadi dan begitulah juga di Moscow.

Jika di saat pemerintah Soviet, disco dan lagu-lagu barat dilarang dibina dan dimainkan kerana bimbang rakyatnya terpengaruh dengan idealogi Barat namun, dengan runtuhnya rejim Komunis pada tahun 1991, budaya disco secara beransur-ansur meracuni rakyat Moscow dan Rusia.

Dan akhirnya Moscow menjadi terkenal sebagai destinasi tarian bogel gadis Rusia yang cantik dan tidak terlepas pandang juga tarian kaum Adam yang menghiburkan hati wanita semasa Lady Night.

Terliur?

7. Genting Highland, Malaysia - Perjudian

Genting Highland

Genting sudah sinonim dengan aktiviti perjudian dan pelacuran kelas atasan. Meskipun dihiasi dengan permainan-permainan seperti roller coaster dan hanging chair, tetapi itu hanyalah sampingan sahaja.

Aktiviti utama di sini adalah perjudian dan pelacuran. Genting yang terletak di pergunungan negeri Pahang telah digelar The City of Entertainment kerana merujuk kepada aktiviti yang menghala kepada keseronakan dan hiburan di sana.

Genting Highland sebaris dengan Las Vegas menurut kajian daripada majalah Forbes yang merujuk kepada keuntungan dan kemewahan infrastruktur di sana.

8. Bali, Indonesia - Pelancong bogel

Bali

Bali sudah terkenal di seluruh dunia dengan pantainya yang cantik dan hebat dengan perkhidmatannya. Ia sering didatang ribuan pelancong asing saban tahun terutama tahun-tahun sebelum peristiwa pengeboman Bali berlaku.

Bali hancur di sebalik keindahan pantainya. Saban hari, ia akan dihiasi dengan pelancong-pelancong asing yang tidak memakai seurat benang berjemur di pantai.

Ia bukan sahaja merosakkan rakyat tetapi merosakkan nama Indonesia sebagai negara paling ramai rakyat yang beragama Islam.

9. Tijuana, Mexico - Dadah, Tarian bogel

Tijuana

Orang-orang di jalanan kini boleh mendapatkan ubat-ubatan haram untuk dijual, Terdapat kelab bogel menggalakkan "tangan" dengan strippers, dan penjualan minuman keras tequila adalah murah di Tijuana. Keselamatan tidak pernah menjadi keutamaan di sini.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Wanita Tercantik Di Dunia

sumber: selongkar10

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Ogos)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Ogos)

Tanggal 27 Ogos merupakan hari ke 239 (hari ke 240 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 126 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Planet Marikh
Planet Marikh.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Moldova (1991).

Peristiwa

1776 - Tentera British di bawah William Howe menewaskan Angkatan Tentera Benua pimpinan George Washington di Brooklyn, Long Island, New York, pertempuran terbesar Perang Revolusi Amerika.

1896 - Perang Inggeris-Zanzibar menjadi perang terpendek dalam sejarah apabila Zanzibar menyerah dalam masa sejam (9:02 - 9:40) selepas ia meletus.

1928 - Lebih 60 negara menandatangani Pakatan Kellogg–Briand, menolak peperangan sebagai alat dasar luar negeri.

1939 - Kapal terbang jet ujian Heinkel He 178 menjadi pesawat udara pertama terbang menggunakan kuasa turbojet.

1957 - Perlembagaan Malaya mula berkuatkuasa, tiga hari sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka secara rasmi daripada United Kingdom.

1985 - Kerajaan tentera Muhammadu Buhari di Nigeria digulingkan secara damai oleh Ketua Turus Tentera Darat, Mejar Jeneral Ibrahim Babangida.

1991 - Moldavia merdeka daripada Kesatuan Soviet.

2000 – Menara Ostankino terbakar, mengorbankan 3 orang dan menggendalakan isyarat radio dan televisyen di Moscow.

2003 - Planet Marikh berada dalam kedudukan terdekat dengan Bumi sejak hampir 60,000 tahun: 55,758,006 km.

2011 - Tony Tan Keng Yam menang tipis dalam pilihan raya untuk menjadi Presiden Singapura.

Kelahiran

1908 - Lyndon B. Johnson, Presiden Amerika Syarikat ke-36.

1977 - Deco, pemain bola sepak Fluminense F.C.

1981 - Maxwell Cabelino Andrade, pemain bola sepak F.C. Internazionale Milano.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (26 Ogos)

sumber: wikipedia

Saturday, August 26, 2017

Tahukah Anda Kota London Sangat Menjijikkan Suatu Ketika Dahulu?

Tahukah Anda Kota London Sangat Menjijikkan Suatu Ketika Dahulu?

Kalau kita tengok filem-filem barat tentang tokoh-tokoh atau peristiwa tertentu pada kurun ke 15 sehingga 19, kita pasti dihidangkan dengan pandangan kehidupan hebat golongan-golongan bangsawan, orang kaya serta royalty yang memukau.

THE GREAT STINKS

Contohnya, filem-filem tentang kehidupan Ratu Elizabeth pertama (Ratu Lizzy), Raja Phillipe dan Marie Antoinette, Ratu Victoria dan banyak lagi.

Lihat sahaja pakaian mereka yang berwarna-warni penuh dengan lacees dan labuci serta aksesori yang dibuat indah gemerlapan, dengan rambut-rambut palsu pelbagai warna, seluar dan kot dari satin, sutera dan baldu, kasut bertumit tinggi dan sebagainya.

Lihat juga senibina istana-istana contohnya Versailles dan Buckingham Palace serta barisan demi barisan kedai-kedai serba aneka di kotaraya-kotaraya seperti Paris dan London.

Anda pasti kagum dan terfikir, hebat sungguh bangsa barat dan ketamadunan mereka bukan?

Anda pasti tertanya-tanya mengapa keadaan seperti itu tidak wujud dalam tamadun Melayu. Yang ada hanya istana-istana kayu yang mudah reput, kedai-kedai dari buluh beratap rumbia dan jalan-jalan denai yang becak serta berlopak, serta penjaja-penjaja yang duduk bersila atas tanah.

Pakaian pula hanya sehelai sepinggang, ada yang berkemban dan digambarkan lusuh, compang camping dengan warna yang hampir sama bagi semua orang yakni earth tone, hitam dan putih.

Tiada sistem peparitan dan tali air serta tiada pusat-pusat ilmu dan membeli belah seperti di barat.

Well guess what, you are wrong! Minda anda telah terprogram dengan filem-filem sebegini yang banyak propa dari betul.

Keadaan sebenar adalah jauh panggang dari api. Tahukah anda bagaimana keadaan london pada zaman Ratu Lizzy pertama?

Disebut sendiri oleh sejarahwan Inggeris bahawa seluruh jalan-jalan di London penuh dengan tahi dan kencing manusia serta najis haiwan dan sampah sarap.

Dianggarkan bahawa pengumpulan najis-najis serta sampah sarap ini adalah seberat 60 tan! Setiap hari akan ada budak-budak pemungut najis menggunakan penyodok untuk mengangkut najis-najis ini ke Sungai Themes.

Pada zaman itu adalah perkara biasa bagi seseorang yang tinggal di tingkat atas rumah kedai untuk membuang air besar melalui tingkap yang mnghadap ke jalan.

Bagi yang lebih sopan mereka akan membuang air besar di dalam baldi dulu sebelum mencampakkan ke jalan!

Semua najis dan sampah akan dibuang di tengah jalan dan pada zaman inilah kasut tumit tinggi dicipta untuk mengelakkan kaki dari tenggelam dalam taik!

Jadi di mana sistem perparitannya? Sungai Themes itulah parit, itulah sumber air.

Dilaporkan bahawa Sungai Themes telah terlalu tercemar hinggakan tidak ada orang yang berani minum airnya untuk beberapa ratus tahun.

Pepatah inggeris ada menyebut ‘from breast to the beer bottle’ yang bermaksud, sehinggakan bayi pun minum beer sebab tiada sumber air selamat untuk diminum.

Pada zaman Sir Francis Light dan Stamford Raffles datang ke alam melayu, keadaan mungkin tidak sekotor itu namun amalan membuang sisa kumbahan ke sungai masih berterusan dan amalan tidak mandi untuk beberapa bulan malah tahun juga adalah perkara biasa.

Di Paris pula pada zaman Napoleon dan Marie Antoinette keadaan bandar Paris sama macam London hinggakan sejarahwan mengatakan bahawa ‘Paris was the foulest and smelliest cities in Europe’. Jadi, anda bayangkanlah.

Tahi mereka merata-rata. Mungkin kedengaran silly bukan, tapi inilah kenyataannya. Bangsa yang sebahagian dari kita banggakan sebagai bertamadun dan maju hidup hanyalah indah khabar dari rupa.

Sebab itulah Paris terkenal dengan pembuatan minyak-minyak wanginya sebab hendak menutup bau taik yang melekat pada badan mereka!

Amalan berak merata adalah lumrah bagi warga Paris dan kota-kota besar yang lain baik dari golongan bangsawan, orang biasa hinggakan golongan diraja!

Istana Versailles yang dianggap sebagai antara yang tercantik, terbesar dan terhebat di eropah pada zaman itu juga indah khabar dari rupa.

Istana ini memang penuh dengan perhiasan serta perabot-perabot yang mahal-mahal dan cantik malah bertatah emas dan permata, namun menurut sejarahwan, istana ini juga mendapat gelaran sebagai ‘kubang tahi’ atau cesspool.

Ramai delegasi-delegasi dari luar perancis yang bertandang ke istana tersebut tidak tahan dengan bau busuk dan kekotoran dalam istana itu.

Digambarkan bahawa oleh kerana istana ini terlalu besar dan jumlah bilik air adalah sedikit maka dayang dan pekerja istana malah tetamu-tetamu diraja terpaksa ‘melepaskan pelaburan mereka’ di tepi-tepi tingkap, belakang pintu, disebalik langsir serta di sekitar koridor istana dan bawah tangga!

Sama ada lelaki atau perempuan, datuk or datin, tengku or tengku putri, Tun or Toh Puan, semuanya akan buang air besar dan kecil’ di merata-rata tempat bagaikan haiwan.

Saya pernah terbaca bahawa ada seorang bagsawan wanita yang membuang air besar sambil berjalan tanpa membuka pakaiannya. kerana pada zaman itu semua wanita bangsawan memakai kain kembang yang besar jadi tiada siapa yang perasan bahawa dia sedang membuang air besar.

Najisnya terpaksa dibersihkan oleh orang suruhannya.

Seperti orang Inggeris, orang Perancis juga tidak suka mandi, cuma Marie Antoinette sahaja yang mandi agak kerap yakni 2 minggu sekali dan dia mandi dengan pakaian penuh. Gigi mereka juga reput dan hitam sebab banyak makan gula dan tidak menggosok gosok gigi.

Ratu Lizzy contohnya mempunyai gigi yang hitam sepenuhnya hinggakan rakyatnya ingat itu adalah satu trend baru yang harus diikuti.

Rakyat England juga mengikut kebiasaan Ratu Lizzy yang suka menyapu kapur pada seluruh muka untuk menutup kulitnya yang berkedut dan rosak.

Sistem peparitan di England hanya wujud pada abad ke 19 yakni sekitar tahun 1850-an tepat dengan zaman kemasukan british ke tanah melayu itupun sebab peristiwa THE GREAT STINKS.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Standard Baru Tinted Kereta Bermula Januari 2018 Semua Pemilik Kereta Wajib Tahu

Standard Baru Tinted Kereta Bermula Januari 2018 Semua Pemilik Kereta Wajib Tahu

Para pemandu, sila beri perhatian. Standard terbaru untuk penggelap tingkap kereta akan dikuatkuasa bermula 1 Januari 2018.

tinted

Masuk sahaja tahun 2018, kenderaan baru yang berdaftar mesti mematuhi standard terbaru bagi penggelap tingkap kereta berdasarkan piawaian MS2669.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mekanisme ini dapat menyelesaikan masalah penguatkuasaan yang melibatkan penggunaan peranti ujian yang berbeza oleh kedai aksesori kenderaan bermotor dan pihak berkuasa.

Liow juga berkata mekanisme tersebut adalah bagi memastikan penggelap tingkap kereta yang digunakan oleh kedai aksesori kereta mematuhi standard.

"Saya percaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan lanjut seperti meminda sebarang peraturan atau cara yang berkaitan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan penggunaan filem yang mematuhi piawaian MS2669," katanya kepada Bernama.

Menurutnya lagi, langkah ke arah keseragaman garis panduan ini bukan sahaja akan memudahkan kerja pegawai penguatkuasa tetapi juga memberi faedah kepada pengguna.

Standard baru ini akan membolehkan pemilik kedai, pengguna, dan pihak berkuasa menyemak penggelap tingkap yang dipakai melalui label kod QR khas.

tinted

Kod QR boleh diimbas melalui aplikasi pada telefon mudah alih. Selain spesifikasi penuh penggelap tingkap, kod itu juga akan mengandungi butiran seperti pembuat kenderaan.

The Star Online melaporkan bahawa label kod QR hanya akan datang dengan MS2669 yang disahkan dan ia boleh didapati di cawangan yang berdaftar di bawah Audio Accessories and Air-Condition Traders Association (AAA).

Untuk penggelap tingkap yang sedia ada, Liow berkata selagi tahap transmisi cahaya minimum (VLT) mematuhi peraturan, tiada perubahan diperlukan

Walau bagaimanapun, kereta yang didaftarkan selepas 1 Januari 2018 akan dikehendaki mengikuti piawaian MS2669.

Tahap VLT yang dibenarkan untuk semua kenderaan adalah 70% untuk cermin depan, 50% untuk tingkap depan, dan 30% untuk tingkap belakang dan cermin belakang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: says

Lelaki Kahwini Robot 'Wanita' Selepas Gagal Cari Calon Isteri

Lelaki Kahwini Robot 'Wanita' Selepas Gagal Cari Calon Isteri

Seorang lelaki dari China nekad mengahwini robot ciptaannya sendiri selepas gagal mencari calon isteri yang sesuai.

Zheng Jiajia

Memetik laporan South China Morning Post, lelaki yang bernama Zheng Jiajia, 31 tahun, merupakan seorang pencipta robot dan pakar kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) di Hangzhou telah menghasilkan robot wanita itu pada hujung tahun 2016.

Zheng Jiajia

'Isterinya' yang diberi nama "Yingying" hanya boleh bertutur beberapa perkataan mudah, namun Zheng mempunyai perancangan untuk menaik taraf keupayaannya agar robot itu boleh berjalan dan melakukan kerja rumah.

Media di China melaporkan pasangan itu 'berkahwin' dalam satu majlis ringkas namun masih mengikut adat dan tradisi tempatan.

Zheng Jiajia

Majlis turut dihadiri ibunya dan beberapa rakan yang lain.

Pelik atau mengharukan?

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Kenapa Pemenang Sukan SEA 2017 Di Hadiahkan Anak Pokok?

Kenapa Pemenang Sukan SEA 2017 Di Hadiahkan Anak Pokok?

Dalam temasya Sukan SEA 2017 kali ini, Malaysia selaku tuan rumah telah melakukan satu perkara di luar kebiasaan dengan menghadiahkan bakul berisi anak pokok kepada pemenang pingat.

Sukan SEA

Sebelum ini, sudah menjadi kebiasaan untuk pemenang sesebuah temasya sukan di seluruh dunia untuk diberikan pingat kemenangan dan patung maskot sebagai tanda kenang-kenangan.

Anak pokok menjadi kelainan yang dipersembahkan oleh Malaysia bagi menyemarakan kempen Green Games dalam penganjuran temasya kali ini.

Bagi pengguna laman sosial seperti Facebook, ramai yang cuba meneka apakah jenis anak pokok yang diberikan malah bergurau dengan menamakannya pelbagai spesies.

Program yang dinamakan ‘Satu Pingat, Satu Pokok (One Medal, One Tree)’ menyaksikan semua atlet meraih pingat emas, perak dan gangsa akan diberikan satu anak pokok.

Pihak penganjur menyediakan sejumlah 5,249 anak pokok dengan setiap pingat emas dimenangi atlet Malaysia sahaja dan akan ditanam selepas tamatnya temasya sukan ini di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil.

"Kelainan dilakukan ini bertujuan untuk mengimbangi karbon yang dilepaskan sepanjang temasya itu berlangsung dan meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan pemulihan hutan bagi pemuliharaan biodiversiti.

“Bagi menjayakan program ini, Landskap Malaysia telah dilantik menjadi Rakan Inisiatif Hijau.

"Mengikut perancangan penganjur, anak-anak pokok ini akan ditanam di bawah viaduct atau jejambat yang telah dibina untuk membolehkan hidupan liar merentasi kawasan hutan tersebut dengan selamat,” kata Fahmi Omar selaku Pegawai Eksekutif Media Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (Masoc).

Dalam pada itu, Fahmi turut menjelaskan bahawa sebanyak tiga jenis anak pokok disediakan untuk pemenang pingat dalam temasya tersebut.

Tiga jenis anak pokok tersebut ialah syzygium polyanthum (Salam), garcinia hombroniana (Bruas) dan syzygium malaccense (Jambu).

BACA INI JUGA: 5 Fakta Menarik Sukan SEA 2017 Yang Anda Patut Tahu

sumber: astroawani

12 Peraturan Seks Yang Pelik Tapi Benar Di Seluruh Dunia

12 Peraturan Seks Yang Pelik Tapi Benar Di Seluruh Dunia

Setiap negara ada undang-undang dan peraturan budayanya dan itulah yang membezakan sesebuah negara dengan negara yang lain.

Peraturan Seks Pelik

Dalam bab seks pula ada ceritanya yang tersendiri malah banyak yang pelik tapi itulah realiti di dunia.

Jadi jom kita baca dan ketahui beberapa peraturan pelik tentang seks yang termaktub dalam peraturan beberapa negara di seluruh dunia.

1. Lebanon

Di Lebanon, lelaki dibenarkan ‘bercinta’ dengan binatang dengan syarat ia adalah binatang betina.

Hukuman mati dikenakan kepada lelaki yang diketahui berhubungan dengan binatang jantan.

2. Bahrain

Doktor lelaki sah secara hukum untuk memeriksa kemaluan wanita, tetapi dilarang melihatnya secara langsung sepanjang pemeriksaan.

Doktor hanya dibenarkan melihatnya menerusi sebuah cermin.

3. Guam

Ada pekerjaan full-time bagi para lelaki untuk menghilangkan dara gadis-gadis, yang akan membayar mereka untuk melakukan hubungan seks buat pertama kali.

Alasannya, menurut undang-undang di Guam, wanita yang masih dara dilarang berkahwin.

4. Hong Kong

Isteri yang dikhianati sah disisi undang-undang membunuh suaminya yang curang, tetapi hanya dengan menggunakan tangan kosong.

Sebaliknya, jika seorang isteri curang, dia boleh dibunuh dengan apa cara sekalipun.

5. Colombia

Wanita di Colombia hanya boleh melakukan hubungan seks dengan suaminya pada malam pertama dengan syarat ibu isteri berada di dalam bilik untuk menyaksikan adegan tersebut.

6. Santa Cruz, Bolivia

Menjadi kesalahan disisi undang-undang jika seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dan anak perempuannya pada masa yang sama.

7. Hungary

Pasangan tidak boleh melakukan hubungan seks dalam keadaan bilik yang terang walaupun hanya diterangi cahaya lilin.

8. Oregan

Lelaki tidak dibenarkan menyebut kata-kata kesat semasa melakukan hubungan seks tetapi wanita bebas untuk mengeluarkan apa-apa saja perkataan.

9. Mesir

Ia adalah salah di sisi undang-undang bagi seorang lelaki untuk mempunyai hubungan seks dengan isterinya jika nafas berbau bawang putih, bawang atau sardin.

Menurut undang-undang, suami perlu memberus gigi jika diminta oleh isteri.

10. Ecuador

Lelaki berhak memulangkan wanita yang dikahwini kepada keluarganya semula jika didapati wanita tersebut sudah tidak mempunyai dara.

11. Florida

Melakukan seks oral boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

12. Newcastle, Wyoming

Satu undang-undang di Newcastle, Wyoming, melarang pasangan untuk melakukan hubungan seks di hadapan freezer daging di pasar raya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Peraturan Dan Fakta Pelik Di Jerman

sumber: selongkar10