Thursday, July 06, 2017

Diana Danielle Enggan Komen Rumah Tangga Kembali Goyah

Diana Danielle Enggan Komen Rumah Tangga Kembali Goyah

Pelakon Diana Danielle mengambil pendekatan untuk mengunci mulut dari membuat sebarang kenyataan atau mengulas lanjut mengenai spekulasi rumah tangganya yang dikatakan kembali goyah.

Diana Danielle

"Maaf, tiada komen," ujarnya ringkas.

Spekulasi mengenai rumah tangga pasangan pelakon itu kembali goyah timbul selepas kedua-dua mereka tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama pada tahun ini.

Terdahulu, Farid telah memuat naik posting ucapan raya kepada kedua-dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora di laman sosial Instagram miliknya.

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin saya mohon daripada semua...terutama kepada Muhammad serta Nur Aurora. Semoga hari raya tahun ini membawa seribu keriangan buat anakanda berdua ketika berada di kampung halamannya di Kedah.

"Babah di sini mendoakan semoga anakanda berdua sentiasa dilindungi Allah dan berada dalam keadaan sihat. I miss both of you, " tulisnya.

Dalam posting tersebut pelakon "J Revolusi" itu juga dilihat tidak membuat ucapan kepada isterinya sekaligus menimbulkan persoalan kepada netizen.

Diana Danielle

Sementara itu, Diana menerusi posting di laman sosial telah memuat naik foto berhari raya bersama anak-anaknya pada hari pertama.

"Cerita pagi tadi: you+little boy+little girl=apa apa jelah! Ibu #teamrayakl mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kejap nanti giliran Babah #teamrayaKedah pula bersama kamu berdua. Have fun and makan puas-puas. Jangan lupa kumpul duit raya. Ibu know you will be in good hands under Babah's care, I will miss my babies. So, any more team #rayaKL? Angkat tangan!."

Ini bukan kali pertama rumah tangga pasangan ini goyah yang mana pada tahun lalu juga rumah tangga mereka berdepan konflik apabila Diana dilaporkan pergi ke mahkamah untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai hubungan mereka.

BACA INI JUGA: WTF! #AfterSexSelfie Diana Danielle Dan Che Ta Kegilaan Terbaharu Di Internet!?

sumber: cinema

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 Julai)

Tarikh 6 Julai merupakan hari ke 187 (hari ke 188 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 178 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

First American Dollar

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Malawi (1964) dan di Comoros (1975), Hari Taraf Negara di Lithuania (1253), Hari Jan Hus di Republik Czech dan Hari Kemerdekaan di Slovenia 1991.

Peristiwa

1535 - Penentang Reformasi Protestan Thomas More dipancung kerana enggan menerima Henry VIII sebagai Ketua Tertinggi Gereja England.

1609 - Bohemia mendapat kebebasan beragama.

1785 - Dolar Amerika Syarikat (gambar) dipilih dengan sebulat suara sebagai unit wang Amerika Syarikat. Ini merupakan kali pertama sebuah negara menggunakan sistem mata wang perpuluhan.

1809 - Angkatan Perancis Napoleon menewaskan tentera Austria Archduke Charles dalam Pertempuran Wagram, konfrontasi muktamad Perang Gabungan Kelima.

1885 - Louis Pasteur dan Émile Roux berjaya menguji vaksinnya untuk penyakit anjing gila pada Joseph Meister.

1887 - Raja Kalākaua dari Kerajaan Hawaii dipaksa untuk menandatangani Perlembagaan Bayonet yang memberikan lebih banyak kuasa kepada Amerika Syarikat di Hawaii serta merampas hak-hak orang asli Hawaii.

1892 - Pekerja keluli yang mogok bertempur dengan 300 orang ejen Pinkerton semasa Mogok Rumah Ladang (Homestead Strike), menyebabkan 10 orang maut dan berdozen lagi cedera.

1942 - Keluarga Anne Frank menyembunyikan diri di dalam "Ruang Tambahan Rahsia" yang terletak di atas pejabat ayahnya di sebuah gudang di Amsterdam.

1957 - Althea Gibson menjadi pemain tenis hitam pertama memenangi Kejohanan Wimbledon.

1957 - John Lennon dan Paul McCartney daripada The Beatles bertemu buat pertama kali.

1966 - Hastings Banda menjadi presiden pertama Malawi, tepat dua tahun selepas kemerdekaannya daripada United Kingdom.

1988 - Satu letupan dan kebakaran yang menyusul memusnahkan pelantar minyak Occidental Petroleum Piper Alpha di Laut Utara, membunuh 168 orang.

1991 - Perang Sepuluh Hari tamat, hasil kemenangan untuk Slovenia, manakala Yugoslavia tewas.

2008 - Perhimpunan anjuran Sekretariat Gabungan Memprotes Harga Minyak (PROTES) diadakan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Selangor, Malaysia.

2011 - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengumumkan yang Pyeongchang, Korea Selatan, akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.

2013 - Qari Indonesia dan qariah Maghribi menjadi johan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 1434H.

Kelahiran

1902 - Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin, seorang Menteri Besar Kedah ke-3.

1946 - George W. Bush, seorang Presiden Amerika Syarikat ke-43.

Kematian

1971 - Louis Armstrong, seorang ahli muzik Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 Julai)

sumber: wikipedia

Wednesday, July 05, 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Jun 2017

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia Jun 2017

Assalaamualaikum, salam sejahtera buat dan rakan-rakan blogger. Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam.

aidilfitri

Bagi senarai blogger dan blog popular bulan lepas, nampaknya ada sedikit penurunan kerana blogwalking tidak dapat dijalankan seperti biasa.

Buat pengetahuan semua, senarai dibawah adalah blogger hebat yang sering datang berkunjung ke blog ini untuk memberi komen.

Pembaca semua dijemput untuk berkunjung dan membaca blog diorang ye. Banyak sangat maklumat berguna yang dikongsikan.

Terima kasih, jumpa lagi.

SENARAI BLOG POPULAR & TERBAIK MALAYSIA JUN 2017

1. Khir Khalid (KK) - Khirkhalid.com

2. Hanafi Abdullah - Heroborneo.com

3. Lokman Amirul - LokmanAmirul.com


BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Sumpahan Kepala Khinzir Jersi Nombor 10 Real Madrid?

Sumpahan Kepala Khinzir Jersi Nombor 10 Real Madrid?

Luis Figo merupakan anggota Galaticos pertama yang menyarung jersi nombor 10 Real Madrid setelah melengkapkan perpindahan dari Barcelona pada tahun 2000.

Luis Figo

Perpindahan ini merupakan antara perpindahan penuh kontroversi dalam bola sepak moden, mengambil kira perseteruan di antara Barcelona dan Real Madrid dalam saingan La Liga, Sepanyol.

Kedatangan Luis Figo juga merupakan permulaan era ‘Galaticos’ apabila Real Madrid turut mendapatkan pemain-pemain lain seperti Zinedine Zidane, Ronaldo, David Beckham dan juga Jonathan Woodgate.

Warga Catalonia secara terang-terangan menunjukkan kemarahan mereka atas perpindahan ini.

Dalam kunjungan pertama Luis Figo ke Nou Camp bersama Real Madrid, beliau telah dibaling dengan kepala khinzir oleh penyokong Barcelona.

Sebelum itu, Figo sinonim dengan jersi No.7 ketika beraksi bersama Barcelona dan juga Portugal.

Beliau kemudiannya diberikan jersi No.10 di Estadio Santiago Barnabeu, memenangi 2 kejuaraan La Liga dan UEFA Champions League (UCL) sebelum berhijrah ke Inter Milan pada tahun 2005.

Sekarang penyokong Real Madrid mempercayai jersi No,10 pasukan itu telah disumpah dengan kutuk kepala khinzir- Adakah ini dendam kesumat penyokong Barcelona?

Perkara ini semakin menjadi kepercayaan penyokong Real madrid apabila pemakai jersi No.10 terkini, James Rodriguez dijangka akan berpindah dan dilabel sebagai pemain yang gagal sejak pemergian Luis Figo.

Kita singkap kesemua 5 pemain yang memakai jersi No.10 sejak jersi itu dipercayai dijatuhkan sumpahan pada era Luis Figo.

1. Robinho

Pemain pertama yang menyarung jersi No.10 selepas perpindahan Luis Figo ialah Robinho.

Robinho menyertai Real Madrid pada tahun 2005 daripada Santos, dicanang sebagai satu lagi bakat luar biasa daripada Brazil.

Tidak hairan sekiranya ramai menyamakan Robinho dengan Pele memandangkan kedua-duanya pernah beraksi untuk Santos.

Namun begitu, Robinho gagal memberikan persembahan yang konsisten ketika bersama Real Madrid untuk membuatkan dia kekal lama dengan jersi No.10 Los Blancos.

Walaupun Robinho mempunyai saat dan kenangan yang bagus ketika berada dalam prestasinya, kehadiran Robinho bersama Real Madrid pasti diingati dengan cubaan beliau untuk bergaduh dengan Thomas Gravesen tanpa sebab yang diketahui.

Akhirnya Robinho berpindah menyertai revolusi Arab di Manchester City pada musim panas 2008. Robinho tampil sebanyak 101 kali dan menjaringkan hanya 25 gol sepanjang bersama Madrid.

2. Wesley Sneijder

Wesley Sneijder dianggap antara pemain No.10 paling lengkap di dunia ketika bersama Ajax dan juga skuad kebangsaan Belanda.

Sneijder menyertai Real Madrid pada ketika era ‘Galaticos’ terdahulu menuju ke penghujung, dan Real Madrid berada dalam proses untuk membina kembali barisan pemainnya.

Prestasi pasukan secara keseluruhannya dianggap mendatar walaupun mereka menjuarai La Liga pada musim 2007/2008 dan muncul naib juara untuk dua musim seterusnya.

Jelas pasukan yang mempunyai status seperti Real Madrid hanya mengimpikan yang terbaik. Sneijder turut dilaporkan gagal menyesuaikan diri dengan kehidupan di Madrid.

Sneijder sendiri mengaku beliau sering kali keluar malam untuk melepaskan diri dari tekanan ketika bermain untuk Real Madrid. Namun semua itu memburukkan lagi keadaan.

Sneijder akhirnya berpindah ke Inter Milan selepas hanya dua musim di Estadio Santiago Barnabeu.

3. Lassana Diarra

Lassana Diarra adalah pemain yang mempunyai corak permainan yang kemas, namun sumbangannya kurang mendapat perhargaan pada ketika prestasinya sedang memuncak.

Bekas pemain Chelsea, Arsenal dan Portsmouth bukanlah pemain No.10 yang tipikal dan tidak dilihat akan menjadi bintang terkenal seperti ‘Galaticos’ yang lain.

Jersi No.10 bukanlah pilihan Diarra. Beliau lebih selesa dengan jersi No.6 namun terpaksa memberi laluan kepada Mahamadou Diarra yang kembali dari kecederaan.

Kedatangan Diarra ke Estadio Santiago Barnabeu lebih kepada usaha Real Madrid untuk mencari pemain seiras Claude Makalele.

Namun demikian, jelas Lassana Diarra bukanlah Claude Mekelele yang mereka cari.

Setelah lebih 2 musim daripada 3 musim keseluruhan masa Lassana Diara di Madrid dikaitkan dengan perpindahannya, akhirnya beliau memilih menyertai Anzhi Makhachkala pada permulaan musim 2012.

4. Mesut Ozil

Persembahan cemerlangnya dalam Kejohanan Piala Dunia 2010 meyakinkan Real Madrid untuk mengejar bintang muda Jerman ini pada masa itu.

Malah Wayne Rooney sendiri menggesa Sir Alex Ferguson untuk membawa Ozil ke Old Trafford, namun Real Madrid jelas pasukan yang akan menjadi pilihan setiap pemain.

Mesut Ozil adalah antara pemain yang digemari oleh penyokong Los Blancos ketika bersama Real Madrid. Namun demikian, Ozil tidak pernah menjadi pemain yang ramai harapkan.

Beliau sering hilang dalam perlawanan besar. Ozil turut dikaitkan dengan masalah disiplin ketika bersama Real Madrid.

Akhirnya, Ozil dijual ke Arsenal pada tahun 2013 untuk membolehkan Real Madrid membawa masuk bintang Wales, Gareth Bale.

5. James Rodriguez

Setelah menamatkan kempen Piala Dunia 2014 di Brazil sebagai penjaring terbanyak kejohanan, bintang Columbia ini tiba di Real Madrid dengan reputasi hebat.

Ketika diperkenalkan kepada penyokong Los Blancos, James Rodriguez menyifatkan perpindahannya ke Estadio Santiago Barnabeu sebagai impian yang menjadi kenyataan.

Perpindahan bernilai €80 juta dari Monaco pada musim panas 2014 menjadikan Rodriguez sebagai ‘Galaticos’ baharu dan lantas diberikan jersi No.10.

Ramai menyamakan Rodriguez dengan bekas bintang No.10 Real Madrid yang lain seperti Luis Figo dan juga Ferenc Puskas.

Namun demikian, sebaliknya yang berlaku. Semua impian dan persamaan yang diberikan tidak berlaku buat pemain berusia 25 tahun ini.

Pada musim panas ini, nama James Rodriguez adalah antara nama yang disebut akan meninggalkan Estadio Santiago Barnebue.

Tumpuan Los Blancos kini adalah untuk membawa masuk Kylian Mbappe sebagai pengganti.

Rumusan

Apakah sebenarnya yang berlaku kepada pemakai jersi No.10 di Real Madrid selepas Luis Figo? Apakah benar jersi No.10 tersebut telah dikenakan sumpahan dan kutuk penyokong Barcelona?

Atau dengan kata lain, adakah ia terkena sumpahan kepala khinzir?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sejarah Nombor Jersi Bola Sepak Yang Anda Tak Tahu

sumber: semuanyabola

Vlogger Hampir Maut Tersalah Makan Daun Beracun

Vlogger Hampir Maut Tersalah Makan Daun Beracun

Seorang vlogger secara tidak sengaja telah mengalami keracunan selepas tersalah makan tumbuh-tumbuhan yang disangkanya lidah buaya ketika dia berbicara mengenai khasiat pokok berkenaan melalui live streaming.

Zhang vlogger

Zhang, 26, sebaliknya makan pokok Agave Americana, iaitu sejenis pokok beracun yang berasal dari Mexico.

Video vlogger dari China itu yang mengalami keracunan berkenaan telah dirakamkan dan kini menjadi tular.

Pada permulaannya, Zhang makan mentah-mentah seolah-olah tumbuhan berkenaan sangat sedap namun tidak lama kemudian dia menyedari ada yang tidak kena.

“Pahit…ia amat pahit,’’ kata Zhang.

Mulut Zhang menjadi kebas manakala tekaknya berasa panas sebelum kemudiannya bergegas ke hospital.

Dia bernasib baik kerana segera ke hospital, jika tidak keadaan akan menjadi lebih teruk. Zhang juga diberitahu oleh doktor bahawa dia sebenarnya makan Agave Americana, bukannya lidah buaya.

Keadaan Zhang dilaporkan stabil.

Menurut kolej pertanian Universiti Cornell, Agave Americana mengandungi toksid.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tumbuhan Hiasan Yang Sebenarnya Berbahaya!

sumber: mynewshub

Remaja Kota Belud Juara Tarian Piala Dunia 2017

Remaja Kota Belud Juara Tarian Piala Dunia 2017

Pelajar kelahiran Kota Belud, Matinin Sungkin, 17, mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai pemenang pingat emas pertandingan Tarian Piala Dunia (DWC) yang berlangsung di Offenburg, Jerman, baru-baru ini.

Matinin Sungkin

Matinin yang menyertai kumpulan penari Persatuan Tobilung Sabah Bersatu (TOBISA) menang bagi kategori solo junior pada pertandingan yang diadakan dari 24 Jun hingga 1 Julai lalu itu.

Kejayaan beliau mendapat pujian Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyifatkannya sebagai satu kebanggaan untuk Kota Belud dan seluruh rakyat Malaysia.

"Lagi ikon Kota Belud berjaya harumkan nama Malaysia di pentas dunia," katanya dalam komen beliau yang dipaparkan di laman sosial Facebook miliknya.

Abdul Rahman dalam ucapan tahniah kepada Matinin, berkata pihaknya mengarahkan Pejabat Parlimen Kota Belud untuk membantu melahirkan lebih ramai Matinin.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada keluarga Matinin, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Suid Hanapi; Presiden TOBISA, Muji NC Ampau dan semua yang menyokong dan membantu Matinin.

Selain Matinin, TOBISA turut merangkul pingat emas bagi kategori Dance Impact dan dipilih penerima Anugerah Pilihan Pengerusi, selain pingat gangsa kategori solo kanak-kanak menerusi Farihin Abdullah, 11.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Jenis Tarian Tradisi Suku Kaum Negeri Sabah

sumber: bharian

Penulis Novel Komik ‘Aku Hidup Dalam Blues’ Meninggal Dunia

Penulis Novel Komik ‘Aku Hidup Dalam Blues’ Meninggal Dunia

Penulis novel komik ‘Aku Hidup Dalam Blues’, Azzam Supardi meninggal akibat sakit jantung di Pusat Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, kira-kira jam 7 pagi Selasa.

Aku Hidup Dalam Blues

Abang ipar Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Dr. Mohamad Saleeh Rahamad berkata, pengarang prolifik berusia 50 tahun itu sebenarnya pernah diserang angin ahmar tiga kali.

Kejadian pertama berlaku di kediamannya di Saujana Utama, awal tahun ini manakala kedua ketika Allahyarham pulang berhari raya ke kampung isterinya di Pahang, menyebabkannya dimasukkan ke Hospital Bentong.

“Arwah kemudian dipindahkan ke Pusat Perubatan UiTM dengan sebuah ambulans pada Hari Raya Puasa yang keempat lalu. Sebelum ini, tiada sesiapa pun yang mengetahui bahawa arwah mempunyai penyakit jantung.

“Tambahan lagi dia juga dikenali sebagai seorang yang periang. Arwah diketahui ada menghidap sakit gout dan mungkin dia sendiri baru mengetahui mengenai penyakit jantung yang dihidapinya,” katanya kepada media.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Merbau Sempak di Sungai Buloh, tengah hari Selasa. Dalam catatan terakhir di Facebooknya pada 30 Jun lalu, Azzam sempat menulis coretan yang menyentuh perasaan.

Ia seolah-olah mengetahui permergiannya untuk selama-lamanya. Catatan itu berbunyi: aku penat, aku letih, bantu aku… tolong aku… dapatkan kembali tidurku yang hilang… Azzam Supardi, Hospital UiTM, 1.17 am 30/6/17.

Berdasarkan catatan menerusi Facebook beliau, Azzam telah pun dimasukan ke Hospital Bentong di Pahang sejak 24 Jun lalu, malahan turut meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan ahli keluarganya di hospital.

Azzam Supardi
Azzam Supardi.

Allahyarham akhirnya kembali ke Rahmatullah dengan meninggalkan seorang balu iaitu Siti Rubiahtuliza Ahmad Tajuddin berserta tiga orang anak, Fatin Amira Najwa, 18; Muhammad Faiz, 16; dan Fatin Adelia Nisa, 6.

Aku Hidup Dalam Blues pernah menjadi antara siri yang terkenal dalam majalah kartun popular Ujang pada dekad 1990-an ditulis oleh Azzam dengan menggunakan nama pena Toyon, manakala lukisan pula oleh kartunis Aie.

Azzam turut sempat melahirkan beberapa buku antaranya Monolog Seorang Lelaki pada tahun 2013 diikuti dengan Prequel Breakfast Blues (2014) dan 99 Stress Free Daddy (2016).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 20 Fakta Menarik Komik Dan Filem Marvel Ramai Tidak Tahu

sumber: mynewshub

Miyyo Rizone, Jejaka Melayu Yang Berhabis RM200k Untuk Bedah Plastik

Miyyo Rizone, Jejaka Melayu Yang Berhabis RM200k Untuk Bedah Plastik

Seorang remaja lelaki, Amirul atau nama glamornya Miyyo Rizone, menerima kecaman hebat daripada netizen selepas gambar wajahnya persis watak anime menjadi viral.

Miyyo Rizone

Jejaka ini mengakui dia telah menjalani pembedahan wajah sejak tiga tahun lalu termasuk dua pembedahan di luar negara bagi mendapatkan wajah yang diinspirasikan daripada watak Squall Leonheart dalam Final Fantasy bagi meneruskan kariernya sebagai model sejak tiga tahun lalu.

Walaupun agama menegah umat Islam daripada melakukan pembedahan plastik, namun itu ternyata tidak menjadi halangan buat Amirul Rizwan Musa ini untuk melakukannya.

Amirul turut mendedahkan dia sudah berhabis hampir RM200,000 bagi membiayai kos pembedahan plastik secara berperingkat-peringkat sejak 2014.

“Sebelum ini saya sudah tular tetapi tidak sehebat ini. Saya pernah menjuarai pertandingan Ulzzang Asia secara dalam talian pada 2012 dan mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan selepas itu selepas ditawarkan menjadi model.

“Saya tidak sangka gambar wajah saya menjadi tular sehingga menerima panggilan dan mesej tidak henti-henti daripada orang ramai hanya untuk mengutuk saya.

“Lebih menyedihkan, ada yang datang bertemu secara berdepan semata-mata untuk memaki hamun saya,” katanya.

"Dahlah muka buruk, hitam, banyak jerawat, hodoh."

Kata-kata tersebut sentiasa terngiang-ngiang di telinga, mendorongnya untuk mengubah wajah persis artis KPop yang menjadi kegilaan gadis di luar sana.

"Saya sudah serik dibuli kerana wajah dipenuhi jerawat yang agak teruk. Nak tengok cermin pun malu. Jadi saya berjanji pada diri saya, saya mahu nampak cantik seperti artis Kpop.

"Saya buat pembedahan plastik sebanyak dua kali. Kali pertama saya buat pada 2014 selepas tamat Tingkatan 5.

"Lepas tu saya buat final touch up (sentuhan akhir) pada tahun lalu, buang sedikit kulit di hidung dan dagu seperti yang anda lihat sekarang," katanya.

Amirul Rizwan atau lebih mesra disapa sebagai Miyyo Rizone berkata pembedahan itu dilakukan demi meningkatkan keyakinan diri dan memuaskan hatinya yang sering tertekan kerana diejek ekoran wajahnya yang hodoh.

"Ya saya akui dulu saya memang buruk, gelap, hitam dan ada jerawat teruk. Tapi sekarang saya berpuas hati dengan wajah saya terutamanya selepas pembedahan plastik kali kedua," katanya.

Miyyo yang juga pengasas produk kecantikan dari Ketereh, Kelantan menegaskan dia hanya melakukan pembedahan di wajah sebanyak dua kali dengan membelanjakan sebanyak RM150,000 di luar negara.

"Apa yang diviralkan bahawa saya buat empat pembedahan di wajah adalah tidak benar. Saya hanya lakukan dua pembedahan sahaja.

"Walaupun proses untuk nampak cantik amat menyakitkan saya beranikan diri untuk terima risiko di kemudian hari," katanya.

Anak bongsu daripada lapan beradik itu berkata wang yang dibelanjakan untuk dua pembedahan tersebut diperoleh hasil berniaga produk kecantikan dan juga kerjaya sebagai model sambilan serta jurusolek.

Ditanya sama ada dia akan melakukan pembedahan pada masa akan datang, Miyyo berkata dia sudah berpuas hati dengan wajahnya ketika ini.

"Saya tak buat dah lepas ni. Semuanya dah OK dan saya pun dah puas hati dengan wajah sekarang," katanya.

Walaupun sudah memiliki wajah yang diimpikannya, Miyyo berkata dia turut dikecam susulan tindakannya mengubah wajah asal.

"Saya tahu tindakan ini sukar diterima masyarakat di negara kita tapi saya minta orang ramai supaya berhenti mengecam saya.

"Saya tak nak ambil pusing dah komen yang negatif. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang, jadi berdiam diri itu lebih baik," katanya.

Namun, Miyyo bersyukur kerana keluarga banyak memberi sokongan kepada dirinya di saat dia dikecam hebat.

"Ibu bapa saya memang tak benarkan saya lakukan pembedahan di wajah.

"Walaupun mereka tak nak anak mereka jadi macam ini, tapi Alhamdulillah mereka tetap memberi sokongan kepada diri saya," kata anak bongsu daripada lapan beradik itu.

UPDATE

Kantoi Menipu?

Miyyo Rizone

Seorang wanita berusia 21 tahun mendakwa lelaki berwajah anime, Amirul Rizwan Musa, yang viral di laman sosial dan media tempatan adalah rekaan semata-mata.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Bella Barbie berkata, wajah sebenar lelaki yang terkenal dengan nama ‘Miyyo Rizone’ itu berbeza berbanding gambar wajah yang tular di media sosial.

Katanya, lelaki berkenaan menggunakan beberapa aplikasi penyuntingan gambar untuk mencipta imej yang menyerupai watak kartun anime untuk mendapatkan perhatian.

"Sebab itu ‘Miyyo Rizone’ tidak mahu munculkan diri apabila ada beberapa rancangan di televisyen menjemputnya ke set rakaman kerana wajahnya berbeza dengan gambar yang tular.

"Selain wajah, namanya yang didedahkan kepada media juga bukanlah nama sebenar kerana saya mengenali rapat dengannya sebelum ini.

"Saya bukan nak mengaibkan atau mahu publisiti diri sendiri, tetapi tidak mahu orang ramai terus terpedaya dengan gambar yang diedit oleh lelaki itu," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kos pembedahan yang dijalankan oleh lelaki itu yang dikatakan berjumlah hampir RM200,000 juga adalah palsu sebaliknya pembedahan itu tidak sampai RM5,000.

"Saya sendiri pernah menemani Miyyo untuk membuat pembedahan wajah di dalam negara dan saya tahu nilai sebenar kos pembedahan itu.

"Saya mengenalinya tujuh bulan lalu daripada rakan saya dan dia pernah bercerita kepada kami bahawa dia pernah menjalani pembedahan mencecah RM500,000," katanya yang enggan mendedahkan nama sebenar.

Bella Barbie menjadi perhatian media sosial tempatan apabila memuat naik status di laman sosial Facebooknya yang membongkar penipuan Miyyo Rizone beserta gambar terkini dirinya bersama pemuda berkenaan.

BACA INI JUGA: GILER! Model Cantik Sanggup Bedah Telinga Untuk Kelihatan Seperti ‘Elf’!

sumber: mstar | hmetro

Poster Awek Shell ‘Dicabul’ Tiada Lagi Di Stesen Minyak

Poster Awek Shell ‘Dicabul’ Tiada Lagi Di Stesen Minyak

Susulan kontroversi poster gadis Shell ‘dicabul’, pengurusan Shell mengambil keputusan untuk menarik balik semua papan poster tersebut daripada ditayangkan di semua rangkaian stesen minyaknya di seluruh negara, berkuat kuasa serta-merta.

Gadis Shell ‘dicabul'

Shell dalam satu kenyataan berkata ia tidak akan membiarkan tindakan kurang sopan itu, yang jelas bertentangan dengan nilai teras syarikat itu dan budaya rakyat Malaysia.

“Kami menggesa semua orang ramai dan netizen supaya tidak lagi berkongsi imej-imej ini.

"Papan poster ini akan ditarik balik dari semua stesen minyak kami berkuat kuasa serta merta,” tulis kenyataan tersebut.

Sebelum ini heboh mengenai aksi kurang sopan beberapa orang lelaki yang memegang bahagian alat sulit dan payudara model Shell tersebut yang dikenali sebagai Nor Shafila Khairusalleh, 25.

Lelaki ‘Cabul’ Gadis Shell Mohon Maaf

Gadis Shell ‘dicabul'

Seorang lelaki yang mengaku salah seorang daripada pelaku tersebut, tampil membuat permohonan maaf di atas tingkah lakunya itu.

Menerusi paparan akaun Instagram ‘_nasrulazmi’, dia menulis permohonan maaf tersebut.

“Kepada semua yang mengenali dan tidak mengenali pun… saya memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang saya buat dan saya sedar yang saya salah kerana bersikap tidak elok pada patung #gadisShell tersebut.

“Kepada keluarga #gadisShell, saya memohon ampun maaf zahir dan batin pada bulan yang mulia ini,” katanya.

BACA INI JUGA: Perompak Berang Gagal Merogol Tinggalkan 'Love Bite' Dileher Gadis

sumber: mynewshub

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 Julai)

Tanggal 5 Julai merupakan hari ke 186 (hari ke 187 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 179 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

The Shard
The Shard.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Venezuela (1811), Algeria (1962) dan Tanjung Verde (1975), Hari Santo Cyril dan Methodius di Republik Czech dan Slovakia dan juga sambutan Hari Tynwald di Isle of Man.

Peristiwa

1687 - Philosophiae Naturalis Principia Mathematica oleh Isaac Newton diterbitkan.

1865 - Undang-undang had laju pertama di dunia digubal di England.

1935 - Akta Hubungan Buruh Nasional yang mengawal hubungan buruh di Amerika Syarikat, dimeterai oleh Presiden Franklin D. Roosevelt.

1937 - Hormel Foods Corporation memperkenalkan SPAM, daging pramasak dalam tin yang akhirnya melahirkan istilah spam.

1946 - Dinamakan bersempena Atol Bikini di Kepulauan Marshall, bikini moden diperkenalkan di sebuah pertunjukan fesyen di Paris.

1951 - William Shockley mereka transistor simpang.

1954 - Elvis Presley merakamkan lagu That's All Right.

1977 - Jeneral Muhammad Zia-ul-Haq menggulingkan Perdana Menteri Pakistan Zulfikar Ali Bhutto dalam satu rampasan kuasa tentera.

1989 - Oliver North dihukum untuk peranannya dalam Peristiwa Iran-Contra.

2004 – Indonesia mengadakan pilihan raya presiden secara langsung yang pertama.

2006 - Korea Utara menguji sekurang-kurangnya tujuh peluru berpandu balistik.

2009 - Sekurang-kurangnya 190 orang terbunuh dan 1,700 lagi cedera dalam rusuhan di Ürümqi, Xinjiang, China.

2009 - Pertubuhan Negara-Negara Amerika menggantung keahlian Honduras disebabkan krisis politiknya baru-baru ini.

2012 - The Shard (gambar) di London dirasmikan sebagai bangunan tertinggi Eropah, dengan ketinggian 310 meter (1,020 ka).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 Julai)

sumber: wikipedia