Wednesday, July 05, 2017

Miyyo Rizone, Jejaka Melayu Yang Berhabis RM200k Untuk Bedah Plastik


Seorang remaja lelaki, Amirul atau nama glamornya Miyyo Rizone, menerima kecaman hebat daripada netizen selepas gambar wajahnya persis watak anime menjadi viral.

Miyyo Rizone

Jejaka ini mengakui dia telah menjalani pembedahan wajah sejak tiga tahun lalu termasuk dua pembedahan di luar negara bagi mendapatkan wajah yang diinspirasikan daripada watak Squall Leonheart dalam Final Fantasy bagi meneruskan kariernya sebagai model sejak tiga tahun lalu.

Walaupun agama menegah umat Islam daripada melakukan pembedahan plastik, namun itu ternyata tidak menjadi halangan buat Amirul Rizwan Musa ini untuk melakukannya.

Amirul turut mendedahkan dia sudah berhabis hampir RM200,000 bagi membiayai kos pembedahan plastik secara berperingkat-peringkat sejak 2014.

“Sebelum ini saya sudah tular tetapi tidak sehebat ini. Saya pernah menjuarai pertandingan Ulzzang Asia secara dalam talian pada 2012 dan mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan selepas itu selepas ditawarkan menjadi model.

“Saya tidak sangka gambar wajah saya menjadi tular sehingga menerima panggilan dan mesej tidak henti-henti daripada orang ramai hanya untuk mengutuk saya.

“Lebih menyedihkan, ada yang datang bertemu secara berdepan semata-mata untuk memaki hamun saya,” katanya.

"Dahlah muka buruk, hitam, banyak jerawat, hodoh."

Kata-kata tersebut sentiasa terngiang-ngiang di telinga, mendorongnya untuk mengubah wajah persis artis KPop yang menjadi kegilaan gadis di luar sana.

"Saya sudah serik dibuli kerana wajah dipenuhi jerawat yang agak teruk. Nak tengok cermin pun malu. Jadi saya berjanji pada diri saya, saya mahu nampak cantik seperti artis Kpop.

"Saya buat pembedahan plastik sebanyak dua kali. Kali pertama saya buat pada 2014 selepas tamat Tingkatan 5.

"Lepas tu saya buat final touch up (sentuhan akhir) pada tahun lalu, buang sedikit kulit di hidung dan dagu seperti yang anda lihat sekarang," katanya.

Amirul Rizwan atau lebih mesra disapa sebagai Miyyo Rizone berkata pembedahan itu dilakukan demi meningkatkan keyakinan diri dan memuaskan hatinya yang sering tertekan kerana diejek ekoran wajahnya yang hodoh.

"Ya saya akui dulu saya memang buruk, gelap, hitam dan ada jerawat teruk. Tapi sekarang saya berpuas hati dengan wajah saya terutamanya selepas pembedahan plastik kali kedua," katanya.

Miyyo yang juga pengasas produk kecantikan dari Ketereh, Kelantan menegaskan dia hanya melakukan pembedahan di wajah sebanyak dua kali dengan membelanjakan sebanyak RM150,000 di luar negara.

"Apa yang diviralkan bahawa saya buat empat pembedahan di wajah adalah tidak benar. Saya hanya lakukan dua pembedahan sahaja.

"Walaupun proses untuk nampak cantik amat menyakitkan saya beranikan diri untuk terima risiko di kemudian hari," katanya.

Anak bongsu daripada lapan beradik itu berkata wang yang dibelanjakan untuk dua pembedahan tersebut diperoleh hasil berniaga produk kecantikan dan juga kerjaya sebagai model sambilan serta jurusolek.

Ditanya sama ada dia akan melakukan pembedahan pada masa akan datang, Miyyo berkata dia sudah berpuas hati dengan wajahnya ketika ini.

"Saya tak buat dah lepas ni. Semuanya dah OK dan saya pun dah puas hati dengan wajah sekarang," katanya.

Walaupun sudah memiliki wajah yang diimpikannya, Miyyo berkata dia turut dikecam susulan tindakannya mengubah wajah asal.

"Saya tahu tindakan ini sukar diterima masyarakat di negara kita tapi saya minta orang ramai supaya berhenti mengecam saya.

"Saya tak nak ambil pusing dah komen yang negatif. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang, jadi berdiam diri itu lebih baik," katanya.

Namun, Miyyo bersyukur kerana keluarga banyak memberi sokongan kepada dirinya di saat dia dikecam hebat.

"Ibu bapa saya memang tak benarkan saya lakukan pembedahan di wajah.

"Walaupun mereka tak nak anak mereka jadi macam ini, tapi Alhamdulillah mereka tetap memberi sokongan kepada diri saya," kata anak bongsu daripada lapan beradik itu.

UPDATE

Kantoi Menipu?

Miyyo Rizone

Seorang wanita berusia 21 tahun mendakwa lelaki berwajah anime, Amirul Rizwan Musa, yang viral di laman sosial dan media tempatan adalah rekaan semata-mata.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Bella Barbie berkata, wajah sebenar lelaki yang terkenal dengan nama ‘Miyyo Rizone’ itu berbeza berbanding gambar wajah yang tular di media sosial.

Katanya, lelaki berkenaan menggunakan beberapa aplikasi penyuntingan gambar untuk mencipta imej yang menyerupai watak kartun anime untuk mendapatkan perhatian.

"Sebab itu ‘Miyyo Rizone’ tidak mahu munculkan diri apabila ada beberapa rancangan di televisyen menjemputnya ke set rakaman kerana wajahnya berbeza dengan gambar yang tular.

"Selain wajah, namanya yang didedahkan kepada media juga bukanlah nama sebenar kerana saya mengenali rapat dengannya sebelum ini.

"Saya bukan nak mengaibkan atau mahu publisiti diri sendiri, tetapi tidak mahu orang ramai terus terpedaya dengan gambar yang diedit oleh lelaki itu," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kos pembedahan yang dijalankan oleh lelaki itu yang dikatakan berjumlah hampir RM200,000 juga adalah palsu sebaliknya pembedahan itu tidak sampai RM5,000.

"Saya sendiri pernah menemani Miyyo untuk membuat pembedahan wajah di dalam negara dan saya tahu nilai sebenar kos pembedahan itu.

"Saya mengenalinya tujuh bulan lalu daripada rakan saya dan dia pernah bercerita kepada kami bahawa dia pernah menjalani pembedahan mencecah RM500,000," katanya yang enggan mendedahkan nama sebenar.

Bella Barbie menjadi perhatian media sosial tempatan apabila memuat naik status di laman sosial Facebooknya yang membongkar penipuan Miyyo Rizone beserta gambar terkini dirinya bersama pemuda berkenaan.

BACA INI JUGA: GILER! Model Cantik Sanggup Bedah Telinga Untuk Kelihatan Seperti ‘Elf’!

sumber: mstar | hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon