Thursday, July 06, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (6 Julai)


Tarikh 6 Julai merupakan hari ke 187 (hari ke 188 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 178 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

First American Dollar

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Malawi (1964) dan di Comoros (1975), Hari Taraf Negara di Lithuania (1253), Hari Jan Hus di Republik Czech dan Hari Kemerdekaan di Slovenia 1991.

Peristiwa

1535 - Penentang Reformasi Protestan Thomas More dipancung kerana enggan menerima Henry VIII sebagai Ketua Tertinggi Gereja England.

1609 - Bohemia mendapat kebebasan beragama.

1785 - Dolar Amerika Syarikat (gambar) dipilih dengan sebulat suara sebagai unit wang Amerika Syarikat. Ini merupakan kali pertama sebuah negara menggunakan sistem mata wang perpuluhan.

1809 - Angkatan Perancis Napoleon menewaskan tentera Austria Archduke Charles dalam Pertempuran Wagram, konfrontasi muktamad Perang Gabungan Kelima.

1885 - Louis Pasteur dan Émile Roux berjaya menguji vaksinnya untuk penyakit anjing gila pada Joseph Meister.

1887 - Raja Kalākaua dari Kerajaan Hawaii dipaksa untuk menandatangani Perlembagaan Bayonet yang memberikan lebih banyak kuasa kepada Amerika Syarikat di Hawaii serta merampas hak-hak orang asli Hawaii.

1892 - Pekerja keluli yang mogok bertempur dengan 300 orang ejen Pinkerton semasa Mogok Rumah Ladang (Homestead Strike), menyebabkan 10 orang maut dan berdozen lagi cedera.

1942 - Keluarga Anne Frank menyembunyikan diri di dalam "Ruang Tambahan Rahsia" yang terletak di atas pejabat ayahnya di sebuah gudang di Amsterdam.

1957 - Althea Gibson menjadi pemain tenis hitam pertama memenangi Kejohanan Wimbledon.

1957 - John Lennon dan Paul McCartney daripada The Beatles bertemu buat pertama kali.

1966 - Hastings Banda menjadi presiden pertama Malawi, tepat dua tahun selepas kemerdekaannya daripada United Kingdom.

1988 - Satu letupan dan kebakaran yang menyusul memusnahkan pelantar minyak Occidental Petroleum Piper Alpha di Laut Utara, membunuh 168 orang.

1991 - Perang Sepuluh Hari tamat, hasil kemenangan untuk Slovenia, manakala Yugoslavia tewas.

2008 - Perhimpunan anjuran Sekretariat Gabungan Memprotes Harga Minyak (PROTES) diadakan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Selangor, Malaysia.

2011 - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengumumkan yang Pyeongchang, Korea Selatan, akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.

2013 - Qari Indonesia dan qariah Maghribi menjadi johan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 1434H.

Kelahiran

1902 - Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin, seorang Menteri Besar Kedah ke-3.

1946 - George W. Bush, seorang Presiden Amerika Syarikat ke-43.

Kematian

1971 - Louis Armstrong, seorang ahli muzik Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (5 Julai)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon