Monday, August 12, 2013

Perompak Berang Gagal Merogol Tinggalkan 'Love Bite' Dileher Gadis


Seorang gadis bukan saja dirompak dan diculik dua lelaki, malah seorang daripadanya sengaja meninggalkan beberapa kesan gigitan cinta di lehernya sebagai tanda kenangan sebelum dia dibebaskan.

Gambar hiasan

Penjenayah berusia lewat 20an meraba dan menggomol tubuh mangsa dalam kereta selepas mengugut menggunakan pisau Rambo.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 11 minggu ini, mangsa yang bekerja sebagai eksekutif dikatakan baru habis bertugas dan berjalan ke keretanya yang diletakkan di belakang Hospital Sentosa, Jalan Chemor.

“Mangsa berasal dari Gombak terkejut apabila kereta Proton Wira Aeroback kelabu berhenti berhampirannya.

“Pada masa sama, dua lelaki tempatan keluar dari kereta dengan seorang daripadanya mengacukan pisau Rambo ke arah mangsa yang tergamam ketakutan,” katanya.

Menurutnya, suspek mengugut mangsa supaya masuk ke dalam kereta mereka sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

“Ketika berada dalam kereta, seorang suspek yang duduk bersama mangsa di tempat duduk belakang merampas wang yang dianggarkan RM300 selain telefon bimbit.

“Mungkin tidak berpuas hati dengan jumlah rompakan diperoleh, selain mendapati mangsa mempunyai fizikal menarik, suspek cuba menjadikan mangsa sasaran pemuas nafsunya,” katanya.

Menurutnya, suspek yang mula ghairah terhadap mangsa bertindak meraba seluruh tubuh mangsa walaupun mangsa berulang kali cuba menghalang.

“Pada masa sama, suspek mengugut mangsa supaya akur dan merelakan dirinya dicabul selepas diugut akan ditetak sekiranya melawan.

“Difahamkan mangsa yang ketakutan terpaksa membiarkan suspek mencium dan menggigit lehernya berulang kali, tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya.

Menurutnya, tidak cukup dengan itu, suspek mengeluarkan arahan dan memaksa mangsa melakukan seks oral, namun permintaan itu tidak dilayan mangsa yang berkeras mempertahankan dirinya daripada dicabul.

“Selepas beberapa jam dilarikan ke kawasan Chow Kit, di sini, kedua-dua suspek membawa mangsa semula ke kawasan dia diculik berhampiran Jalan Chemor sebelum dibebaskan.

“Mangsa mengalami trauma akibat diculik, dirompak dan dicabul segera pergi ke balai polis berhampiran membuat laporan berhubung kejadian terbabit,” katanya.

Susulan laporan diterima itu, polis menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan atas jenayah cabul dan samun.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon