Saturday, June 24, 2017

Sakit Telinga Setiap Kali Di Tempat Tinggi, Anda Mungkin Alami ‘Barotrauma’

Sakit Telinga Setiap Kali Di Tempat Tinggi, Anda Mungkin Alami ‘Barotrauma’

Anda selalu mengalami sakit telinga ketika menaiki kapal terbang? Anda mungkin mengalami barotrauma. Apa itu barotrauma?

Barotrauma

Barotrauma bermaksud keradangan pada telinga yang disebabkan oleh perubahan tekanan udara di dalam telinga.

Ia sering kali berlaku jika terdapat perubahan altitude dalam jangka masa pendek. Masalah ini seringkali terjadi kepada traveller dan juga diver.

Sebelum saya terangkan lebih lanjut tentang barotrauma, lebih bagus jika kita dapat mengetahui tentang struktur dan fungsi telinga kita.

Struktur telinga

Telinga terbahagi kepada 3 bahagian; telinga luar, tengah dan dalam. Telinga luar terdiri daripada cuping telinga dan salur telinga. Ia berfungsi sebagai pengumpul suara.

Telinga tengah terdiri daripada gegendang telinga, tympanic cavity, dan ossicles. Bunyi yang masuk akan melalui telinga tengah dan menyebabkan gegendang telinga dan ossicles bergetar.

Telinga dalam terdiri daripada saraf pendengaran, koklea dan salur separuh bulat. Getaran dari telinga tengah akan tukarkan kepada electrical impulse seterusnya dihantar ke otak untuk diproses.

Selain 3 bahagian telinga yang dinyatakan, terdapat satu lagi tiub yang sangat penting; Tiub Eustachian. Tiub ini menyambungkan telinga tengah dengan nasopharynx.

Tiub Eustachian berfungsi untuk keluarkan air dari telinga dan juga menyeimbangkan tekanan di dalam telinga.

Bagaimana barotrauma berlaku?

Barotrauma

Barotrauma berlaku disebabkan oleh perubahan tekanan udara. Selalunya terjadi ketika terbang atau menyelam (diving).

Jika Eustachian tube tidak dapat berfungsi dengan baik, kebarangkalian untuk mendapat barotrauma adalah tinggi.

Ini kerana perubahan tekanan akan menyebabkan telinga tengah menjadi vakum seterusnya menarik gegendang telinga ke dalam.

Seterusnya akan menyebabkan anda berasa sakit telinga, telinga terasa seperti tersumbat dan tidak dapat mendengar dengan jelas.

Dalam kes yang teruk, anda mungkin mengalami ruptured eardrum (telinga berdarah, cecair keluar dari telinga).

Bagaimana untuk mengelak berlakunya barotrauma?

Pastikan Eustachian tube berfungsi dengan baik. Bagaimana? Pastikan anda tidak demam, selesama dan tiada sebarang sinus/allergy ketika travel. Jika demam atau selesema, anda disarankan untuk susun semula dan ubah jadual perjalanan anda.

Jika tidak boleh, anda boleh mengambil langkah-langkah keselamatan ini:
  1. Ambil decongestant sekurang-kurangnya 1 jam sebelum penerbangan.
  2. Ambil Antihistamines.

Tips untuk mengelak barotrauma:
  1. Kunyah gula-gula getah atau gula-gula. Pilih gula-gula yang agak keras seperti Hacks.
  2. Jika tiada gula-gula, anda boleh menguap atau cuba telan air liur sekerap mungkin.
  3. Penggunaan earplug dapat mengurangkan perubahan tekanan udara
  4. Pastikan anda tidak tidur ketika kapal terbang mendarat.
  5. Bagi ibu bapa yang membawa anak kecil, anda boleh menggunakan pacifier (puting mulut) atau botol susu, dan berikan kepada bayi untuk dihisap. Ini membantu untuk membuka Eustachian tube.
  6. Pastikan anak anda duduk tegak ketika kapal terbang mendarat.

Pakar turut menyarankan teknik Valsalva dan Toynbee yang boleh diamalkan oleh traveller dewasa yang sihat.

Valsalva

Tarik nafas, tutup mulut, picit hidung. Kemudian perlahan-lahan hembus nafas sehingga telinga berasa clear (‘pop’).

Amaran: Jangan hembus terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan gegendang telinga pecah. Jika anda demam, selsema atau ada alergik, jangan sesekali mencuba teknik ini. Ia boleh sebabkan anda mengalami jangkitan telinga yang serius.

Toynbee

Teknik ini agak tidak terkenal seperti Valsalva. Namun ia sangat berguna jika anda demam, selesema atau alergik dan pada masa yang sama mengalami aerotitis.

Caranya; tutup mulut dan hidung. Kemudian cuba telan air liur beberapa kali sehingga tekanan kembali stabil.

Jika kedua-dua cara tidak berkesan, picit hidung kemudian tarik nafas melalui mulut dan perlahan-lahan lepas melalui hidung yang tertutup.

Jangan hembus terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan gengendang telinga anda pecah.

Selalunya barotrauma akan hilang dalam masa yang cepat tanpa sebarang komlikasi. Jika masalah ini berterusan, segeralah berjumpa doktor.

BACA INI JUGA: Pelik! Tutup Telinga Untuk Mengelak Bau Busuk

sumber: thevocket

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 Jun)

Tanggal 24 Jun merupakan hari ke 175 (hari ke 176 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 190 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Battle of Bannockburn

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Perang Carabobo di Venezuela (1821), Hari Kebangsaan (Hari Santo-Jean-Baptiste) di Quebec, Kanada dan juga sambutan Hari Perayaan John Pembaptis (Kristian).

Peristiwa

1128 - Afonso I dari Portugal bertempur dalam Pertempuran São Mamede, langkah pertama dalam mencapai kemerdekaan Portugal dari Galicia.

1314 - Scotland mencapai semula kemerdekaan selepas angkatan tentera yang diketuai Robert si Bruce menewaskan Edward II dari England dalam Pertempuran Bannockburn (gambar).

1440 - Kolej Eton di Berkshire, England diasaskan oleh Raja Henry VI untuk memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar miskin yang akan melanjutkan pendidikan ke King's College, Cambridge.

1535 - Negara Anabaptis Münster ditakluk dan kemudian dibubarkan.

1597 - Pelayaran Belanda pertama ke Hindia Timur tiba di Bantam, Jawa.

1622 - Perang Belanda-Portugal: Angkatan kecil Portugis menangkis serangan Belanda, satu-satunya pertembungan ketenteraan antara dua kuasa Eropah di tanah besar China.

1812 - Perang Napoleon: Grande Armée Perancis menyeberangi Sungai Neman, memulakan menyerang Rusia.

1880 - "O Canada", kini lagu kebangsaan Kanada, mula dinyanyikan sempena jamuan Hari Santo-Jean-Baptiste di Bandar Quebec, Quebec.

1947 - Laporan meluas pertama melihat UFO di Amerika Syarikat: Kenneth Arnold ternampak sembilan ceper berkilau dalam bentuk piring yang terbang berhampiran Gunung Berapi Rainier, Washington.

1948 - Perang Dingin: Kesatuan Soviet menyekat laluan ke sektor Amerika Syarikat, British dan Perancis di Berlin, Jerman.

1982 - Penerbangan 9 British Airways terbang ke dalam awan abu gunung berapi daripada letusan Gunung Galunggung, Indonesia, menyebabkan keempat-empat enjinnya mati.

2009 - Satu letupan bom mengorbankan 69 orang dan mencederakan lebih 150 lagi di kawasan bandar Sadr Baghdad.

2010 - 12 orang terbunuh semasa melintas landasan kereta api di sebuah stesen di Barcelona, Sepanyol.

2010 - Julia Gillard menjadi perdana menteri wanita Australia pertama selepas menewaskan Kevin Rudd dalam pemilihan parti memimpin Parti Buruh.

Kelahiran

1987 - Lionel Messi, pemain bola sepak FC Barcelona.

Kematian

1908 - Grover Cleveland, Presiden Amerika Syarikat ke-22.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Jun)

sumber: wikipedia

Friday, June 23, 2017

Panduan Pengambilan B17 Aprikot Untuk Rawatan Kanser

Panduan Pengambilan B17 Aprikot Untuk Rawatan Kanser

Ramai sudah tahu mengenai apa yang dikatakan vitamin B17 dan keberkesanannya merawat pelbagai jenis kanser tetapi tak ramai yang boleh mengunyahnya kerana rasanya yang pahit.

B17 Biji Aprikot

Namun, bagi mereka yang sememangnya positif kanser rasa pahit bukan masalah besar, mereka akan cuba pelbagai kaedah untuk memasukkan sejumlah biji aprikot kedalam perut.

Malangnya, kebergantungan kepada biji aprikot semata-mata tidak memberikan impak maksima terutamanya kepada penderita kanser kronik tahap 3 dan 4.

Sesetengah jenis kanser memerlukan pengambilan sehingga 300 ke 400 biji aprikot sehari yang ramai yang merasakan amat sukar.

Tetapi itulah jumlah yang perlu diambil untuk memerangi kanser secara berkesan.

Pakar metabolik mencadangkan pengambilan 6 biji pil B17 500mg sehari jika anda ada kanser. 1 biji pil B17 500mg bersamaan dengan 175 biji aparikot.

Ini bermakna anda kena makan 1,050 biji aprikot dalam masa satu hari.

Itulah jumlah yang sepatutnya diambil oleh penderita kanser tahap 3 dan 4.

Satu perkara yang perlu diingat, pengambilan vitamin B17 semata-mata bukanlah jawapan lengkap dalam memerangi kanser namun ia adalah memadai sekurang kurangnya badan anda mempunyai pertahanan sementara dalam mencegah merebaknya sel kanser.

Itulah sebabnya ramai pengguna biji aprikot yang mengatakan kesakitan yang biasa mereka alami telah semakin berkurangan atau tiada kesakitan langsung.

Jika saya mempunyai kanser berapa banyakkah biji apricot yang perlu dimakan?

Mengikut amalan yang disyorkan oleh doktor pakar, anda perlu makan 1 atau 2 biji apricot setiap 1 jam waktu jaga anda.Yang terbaik ialah 3 hingga 5 biji setiap 1 jam.

Namun perlu diingat biji apricot mempunyai pelbagai gred yang menentukan kuanti B17 yang terkandung dalam setiap biji. Untuk memudahkan penilaiaan anda biji apricot yang terbaik dan punya kadar B17 yang tinggi ialah yang paling pahit.

Di Malaysia tika ini agak sukar untuk memperolehi biji apricot yang bergred tinggi disamping harganya agak mahal. Mampu mencecah RM150 setiap kg.

Oleh yang demikian adalah perlu anda menambahkan bilangan pengambilan untuk biji apricot yang berada dipasaran Malaysia.

Sebaik baiknya 10 biji setiap 1 jam namun, untuk memudahkan pengurusan pengambilan anda bolih memecahkan kekerapan diatas dengan membahagikan 24 jam dengan 3 atau 4 kali sehari.

Sebagai contoh, jika anda perlu mengambil 10 biji setiap jam; 10 x 24 = 240 biji / dengan 4 kali pengambilan = 60 biji setiap kali pengambilan.

Pengambllan seperti diatas untuk mereka yang telah disahkan mempunyai kanser. Untuk tujuan pencegahan memadai untuk anda makan 5 ke 10 biji sehari.

Untuk mereka yang tidak disahkan ada kanser kadangkala tumbuh bisul atau bintik-bintik hitam pada angota badan anda.

Itu adalah petanda B17 telah bertindakbals dengan sel-sel tisu anda yang bermasaalah. Teruskan pengambilan kerana ia akan beransur-ansur hilang.

Sesetengah orang akan mengalami symptom loya, pening dan khayal.

Vitamin B17 adalah komponen yang larut air. Ia tidak beracun. Ia umpama jika seseorang itu makan garam atau gula dalam kadar yang tinggi juga akan mengalami simptom yang sama.

Jika anda merasa seperti diatas sila kurangkan jumlah pengambilan dimulai dengan 10 biji setiap pengambilan. Ini penting untuk memberi ruang kepada badan anda menyesuaikan dengan B17.

Dan jika tiada lagi simptom diatas tambahkan sedikit demi sedikit sehingga kuanti 240 biji sehari dapat dipraktikkan.

Pengidap kanser perlu mengambil sehingga 300 biji sehari untuk B17 dapat bertindak secara lebih efisyen.

Seperkara lagi, jadual pengambilan hendaklah dipatuhi dengan disiplin yang tinggi tanpa tertinggal satu hari pun kerana 2 faktor.

Pertama, apabila B17 mula bertindakbalas dengan sel kanser ia memerlukan kuanti berterusan yang mencukupi untuk ia menjadi semakin aggerisif.

Kedua, pengambilan yang tidak tetap dan tersangkut-sangkut akan memberi peluang sel kanser anda membina sistem pertahanan yang lali B17 dan ini menjadikan rawatan tidak begitu efisyen.

Ia seperti anda mengambil pil atau cecair antibodi dimana jika anda tidak menghabiskan sukatan pengambilan anttibodi, virus akan menjadi imun kepada kuanti antibodi yang anda ambil dan pengambilan seterusnya perlukan antibodi yang lebih kuat.

Doktor pakar mencadangkan adalah baik untuk mengambil sedikit makanan sebelum mengambil biji apricot. Yang terbaik ialah dengan memakan sebiji pisang, nenas, epal atau makanan-makanan yang atau bersifat anti kanser.

Bolehkah saya mengambil B17 semasa sedang menjalani rawata kimoterapi?

Idea yang terburuk ialah dengan hanya bergantung kepada kimoterapi semata mata. Yang terbaik ialah ambil B17 walaupun anda sedang menjalani rawatan kimo.

Rawatan kimoterapi memusnahkan sel-sel yang sihat disamping memusnahkan sistem imun anda dimana untuk membaik pulih sistem imun bukan perkara mudah.

Jika anda sedang menjalani rawatan kimoterapi disamping memakan biji apricot, anda perlu mengambil beberapa vitamin dan enzim untuk memulihkan sistem imunisasi anda.

Paksa diri anda untuk makan banyak buah-buahan dan sayuran terutamanya yang kaya dengan vitamin C.

Saya menggunakan perkataan “paksa” kerana seringkali penderita kanser yang menjalani rawatan kimoterapi akan hilang selera makan dan ini menyebabkan mereka menjadi lemah dan tanpa immune system, B17 adalah tidak berguna.

Cara mudah ialah dengan mengamalkan dalam bentuk jus tanpa dicampur gula.

Setelah anda mendapati kanser semakin pulih, sila lupakan sahaja rawatan kimoterapi.

Perangkaan menunjukkan kebanyakkan pesakit kanser mati bukan kerana kanser yang dihidapi tetapi kerana binasanya immune system yang menyebabkan penderita kanser terdedah dengan pelbagai jenis penyakit lain terutamanya jangkitan paru paru.

Namun, ramai doktor samada secara sengaja atau tidak sering menyalahkan kanser sebagai penyebab kematian.

Bolehkah saya mengambil biji apricot dan vitamin serentak?

Boleh dan sangat digalakkan kerana B17 secara semulajadi memecahkan tembok protien yang mengelilingi sel kanser. Apabila tembok kanser ini dimusnahkan, immune system anda akan terus sahaja memusnahkan sel kanser.

Namun ada petunjuk yang mengakui B17 secara bersendirian juga mampu untuk membunuh sel kanser.

Apa yang perlu saya ambil bersama B17?

Jika anda positif kanser, anda perlu mengambil vitamin C dengan kadar yang mencukupi dan juga enzim Pankreas.

Inilah yang diamalkan oleh Dr Manner yang menjadi pelopor dalam rawatan terapi metabolic B17 atau amalkan memakan buah nenas dan buah betik.

Apa akan terjadi kepada tubuh jika pankreas lemah?

Pankreas adalah kilang penghasilan enzim dan immune system badan. Pankreas menjadi lemah apabila kita makan terlalu banyak makanan yang memerlukan pankreas mengeluarkan enzim pencernaan secara berterusan dan lama.

Ia menjadi lebih buruk sekiranya kita tidak mengambil makanan-makanan yang membantu pankreas untuk terus mempunyai stok yang mencukupi.

Umpamanya, jika kita makan terlalu banyak daging, pankreas akan dikerah untuk menghasilkan enzim pencernaan protien trypsin dan chemotrypsyin yang sepatutunya digunakan untuk menghuraikan protien pada sel kanser.

Ketidakupayaan pankreas untuk menghasilkan enzim-enzim ini akan menyebabkan sel kanser menjadi semakin kuat dan merebak dengan sangat cepat sehingga tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan oleh pankreas dalam membendung merebaknya kanser.

Pada saat ni adalah penting kita membantu pankreas dari luar dengan mengambil supplemen berkaitan enzim.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk kanser mati setelah saya mengambil B17?

Doktor pakar mengatakan sel kanser akan mati serta merta.

Kanser tulang akan mengambil sedikit masa kerana B17 perlu diserap jauh kedalam badan.

Kanser kulit bertindak balas lebih cepat iaitu dalam masa satu minggu untuk menampakkan perubahan samada pada bonjolan dipermukaan kulit atau parut yang akan beransur hilang.

Kanser serviks dalam jangkamasa 3 minggu.

Carcinoma mengambil masa 3 minggu untuk pulih.

Bagaimana B17 dapat membantu?

Jika anda mempunyai kanser dan terus memulakan terapi B17, pelung sembuh adalah sekitar 98 peratus.

Hospital Del Rio Tijuana memaparkan kadar kesembuhan 100 peratus bagi mereka yang tidak menjalani rawatan kimoterapi dan sinaran radiasi.

Untuk mereka yang sedang atau telah menjalani rawatan kimoterapi, peratus sembuh bergantung kepada berapa kronik kanser anda dan tahap kemusnahan yang diakibatkan oleh kimoterapi dan pancaran radiasi.

Walau bagaimanapun, adalah mustahak anda mengambil B17 kerana ia akan menampakkan kesan walaupun agak perlahan dan sedikit berliku kerana kondisi anda yang dilemahkan oleh merebaknya kanser dan kemusnahan yang diakibatkan olih kimoterapi.

Kenapa doktor tidak menggunakan B17?

Doktor diajar dari awal bahawa leateril tidak berkesan dan berbahaya untuk digunakan pada pesakit kanser.

Mereka hanya berpegang kepada 2 buah buku mengenai ketidak berkesanan leateril yang dihasilkan melalui kajian palsu.

Bahkan, doktor yang menperskripsi pesakit kanser dengan B17 menghadapi risiko digantung lessen perubatan mereka.

Doktor hanya berpegang kepada tiga kaedah rawatan kanser yang diajar disekolah perubatan iaitu pembedahan,sinaran radiasi dan kimoterapi.

Adalah dipercayai semua maklumat-maklumat penting mengenai keberkesanan B17 ini telah ditutup oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat melalui FDA untuk memberi laluan kepada farmasi gergasi mengaut keuntungan berbilion dolar hasil penjualan ubat kimo dan penjualan peralatan berkaitan rawatan kanser.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Vitamin B17 Biji Aprikot Berkesan Mencegah Dan Membunuh Sel Kanser

sumber: cafemlm

Apa Sebenarnya Permainan ‘Fidget Hand Spinner’?

Apa Sebenarnya Permainan ‘Fidget Hand Spinner’?

Kalau dulu ada permainan bottle flipping, kini muncul pula permainan baru yang dikenali dengan nama fidget hand spinner. Apakah permainan ini?

Fidget Hand Spinner

Memperkenalkan fidget hand spinner, sebuah gajet terbaru yang mempunyai dua atau tiga cip bulatan di sekitarnya dan sebuah pad di tengah-tengahnya untuk meletakkan jari anda.

Gajet ini hanyalah sebuah alat permainan yang kecil dari tapak tangan anda.

Spinner ini juga datang dalam pelbagai jenis bentuk logam seperti besi tembaga, besi keluli dan banyak lagi.

Dikatakan, lebih berat jenis besi yang digunakan lebih lama ia boleh berputar.

Bagaimana ingin menggunakannya?

Hanya dengan satu putaran sahaja. Anda hanya perlu meletakkan ibu jari anda di atas pad itu dan memutarkannya menggunakan jari telunjuk anda.

Menurut kajian, permainan ini berfungsi untuk melegakan stress.

Memetik laporan Forbes, gajet ini merupakan sebuah alat yang digunakan untuk melegakan stress. Alat ini khas digunakan buat mereka yang sering perlu melakukan suatu pergerakan ketika berada di satu tempat.

Ia dikatakan sesuai untuk mereka yang bosan ketika berada di meja sepanjang hari sewaktu bekerja.

Selain itu, ramai yang setuju bahawa alat ini dapat menguatkan tenaga saraf dan juga membantu pengguna mengisi lapang dari memandang skrin telefon sepanjang masa.

Direka khas buat kanak-kanak istimewa

‘Fidget Hand Spinner’

Fidget ini juga terkenal dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya mereka yang menghidap penyakit istimewa seperti ADHD, ASD dan Autistik.

Ini kerana alat permainan juga dipercayai dapat melegakan tekanan dan memberikan terapi kepada kanak-kanak istimewa ini.

Di Amerika Syarikat, kebanyakan sekolah di sana telah mengharamkan penggunaan alat permainan ini dalam kalangan pelajar.

Pihak sekolah percaya bahawa alat permainan ini telah menganggu konsentrasi pelajar sewaktu berada di dalam kelas.

Ketika ini, ia menduduki tempat ke 10 daripada 15 permainan paling laris dijual di Amazon.

Permainan itu menjadi popular walaupun ia sebenarnya dicipta untuk pesakit autism dan turut digunakan untuk pesakit mental dan murung.

Menurut doktor, fidget spinner tidak membawa sebarang kebaikan kepada orang normal.


BACA INI JUGA: Misteri Permainan 'Spirit Of The Coin'

sumber: says

Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Ngerinya 2nd Degree Burns

Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Ngerinya 2nd Degree Burns

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan berita kes kematian seorang pelajar UPNM yang melecur teruk hampir seluruh badannya selepas dikatakan didera.

2nd Degree Burns

Menurut NST Online, pelajar berkenaan dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan parah, termasuk 2nd degree burns dan 3rd degree burns. Dalam bahasa melayu: melecur tahap ke-2 dan melecur tahap ke-3.

Sejak kes terbabit menjadi perhatian warga Malaysia, ramai doktor yang tampil menjelaskan apa itu melecur tahap ke-2 dan tahap ke-3 berserta gambar illustrasi dan Google. Tapi bagaimana rupa sebenar melecur-melecur itu secara 'live'?

2nd Degree Burns

Seorang pengguna Twitter @grgbinnie berkongsi bagaimana rupa melecur tahap ke-2 yang dialaminya selepas seharian bekerja di luar.

"Biarpun pakai krim matahari, masih dapat melecur tahap ke-2 selepas melakukan kerja seharian di luar. Sekarang sedang sakit gila." tulis mat salleh itu.

2nd Degree Burns

Ya, kalau kita tengok pun dah rasa ngilu, apatah lagi yang sedang merasa. Itu baru melecur tahap ke-2, belum masuk tahap 3 lagi.

BACA INI JUGA:

sumber: siakapkeli

Kisah Sebenar Kes Bunuh Zulfarhan, Doktor Ditipu Para Pembuli

Kisah Sebenar Kes Bunuh Zulfarhan, Doktor Ditipu Para Pembuli

Kes kematian kadet tentera laut Allayarham Zulfarhan Osman Zulkarnain masih lagi panas dibincangkan dalam pelbagai media.

Zulfarhan

Seorang kadet terbunuh, menteri nak jadi hero, doktor jadi kambing hitam?

Walaupun amat ‘dekat’ dengan kes ini, namun kami hanya berdiam diri. Malangnya semakin hari ia kelihatan semakin rumit dan perlukan satu perkongsian yang telus.

ANEH SEKALI bila kes mahasiswa dari UPNM ini mendapat perhatian lebih dari Kementerian Kesihatan berbanding dari Kementerian Pertahanan (MINDEF) atau dari pihak UPNM sendiri.

Sehingga hari ini tiada satu pun kenyataan rasmi yang menjelaskan duduk perkara sebenar dalam kes ini dari pihak MINDEF atau UPNM selain daripada ucapan takziah dan nasihat YB Menteri Pertahanan yang berjanji tidak akan melindungi semua pesalah terlibat.

Selain itu ada seorang bekas pensyarah UPNM yang menyatakan sebenarnya kes buli seperti ini adalah perkara biasa di UPNM, namun selama ini beritanya tidak ‘terlepas keluar’. Beberapa rakan UPNM yang kami temui juga turut ‘membenarkan’ kenyataan itu.

Satu penganiayaan seperti mahu diganti dengan penganiayaan lain?

Tidak semena-mena, YB Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pula seperti bangkit menjadi hero yang tidak terjangka.

Beliau menyelar tindakan seorang doktor dari klinik swasta di Bangi sebagai telah melanggar ‘Standard Operation Procedure’ (SOP) dalam bidang perubatannya.

Beliau mengatakan bahawa doktor itu sepatutnya melaporkan kepada pihak polis tentang kecederaan yang mempunyai unsur jenayah.

PERDIM (Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia) menyatakan kekesalan mereka terhadap menteri yang membuat kenyataan umum untuk memanggil doktor yang dikatakan telah melanggar SOP.

Sementara itu pihak MMA (Persatuan Doktor Malaysia) pula berkata setiap doktor tertakluk kepada akta yang ditetapkan, khasnya tentang kerahsiaan pesakit.

Tetapi apabila ditanya wartawan mengapa doktor terbabit kekal berdiam dan tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan? Lalu dijawab menteri, "Mungkin kerana doktor itu takut akan ditangkap".

Sehingga ke hari ini, kenyataan menteri itu masih kekal tanpa tindakan. Doktor ini masih belum dipanggil lagi oleh sesiapa pun dari KKM. Kerana itu kami lihat aneh sekali kenyataan seorang menteri. Perkara belum dibincangkan, siasatan dalaman belum berjalan, tetapi Pak Menteri dah keluarkan kenyataan?

Adakah menteri yang juga seorang doktor ini tidak mengetahui ikrar dan etika seorang doktor yang tertakluk untuk merahsiakan segala informasi pesakitnya? Atau apa sebenarnya motif beliau yang memberi jawapan seolah-olah doktor ini ketakutan seperti telah melakukan satu kesalahan?

LALU APAKAH YANG SEBENARNYA BERLAKU?

Untuk pengetahuan semua, klinik yang sama juga merupakan klinik yang telah menaja segala urusan perubatan dan kesihatan 250 orang Warga Prihatin semenjak 2 tahun yang lalu.

Bukan RPWP sahaja, malah ada banyak lagi rumah kebajikan lain yang menerima khidmat percuma dari beliau. Kami kenal sangat dengan peribadi dermawan dan kesukarelawan doktor ini.

https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10156227489422786/
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10156099037252786/

Selama mengenali beliau, doktor ini adalah antara yang paling teliti dalam perawatannya dan amat santun dalam bicaranya. Peralatannya boleh dikatakan antara yang terkehadapan dan cukup lengkap.

Tidak mustahil sehingga ke hari ini pelbagai sokongan diberikan kepada klinik terbabit terutamanya yang mengenali hati budi mereka.

Justeru, tentulah agak mustahil beliau akan tergamak melindungi sebarang kes jenayah dari pesakitnya yang teraniaya jika beliau tahu itu yang sebenarnya berlaku.

Dalam perbualan tidak rasmi semasa kami bersama-sama menyerahkan BANTUAN HARI RAYA melalui PROJEK PELANGI, doktor ini nyatakan bahawa kecederaan mangsa buli itu bukan seperti yang digambarkan oleh media di mana seolah-olah di seluruh badan mangsa mempunyai ‘kesan berbentuk’ tapak seterika.

Masakan kes buli yang sungguh professional, yang melibatkan hampir satu ‘batch’ pelajar ini meninggalkan jejak buli dengan biratan pukulan dan kesan 'tapak sterika'? Pembuli ‘terpelajar’ ini tidak sebodoh itu untuk membiarkan doktor ‘tahu’ apa sebenarnya yang berlaku.

Menjadi SOP seorang doktor untuk menyelidik punca (history) kecederaan. Malangnya mangsa dan rakan-rakannya mendakwa ia berlaku disebabkan kemalangan semasa dalam latihan ketenteraan yang melibatkan bahan letupan lima hari sebelum itu.

Bukan itu sahaja, kawan-kawan mangsa memperkenalkan diri sebagai Pegawai Tentera Di Raja Malaysia dari Port Dickson. Mereka menyatakan telah ada rawatan dibuat di premis kesihatan di Port Dicskon.

Menilai pada kesan, memang dakwaan itu boleh dipercayai kerana ia kelihatan seperti kesan terkena wap panas dan ada kesan dirawat menggunakan antiseptik.

Rupanya itu dikatakan sengaja dilakukan oleh ‘pembuli’ bagi menutupi kesan lebam akibat pukulan ke atas tubuh mangsa sebelumnya.

Semasa doktor arahkan agar kes ini DIRUJUK SEGERA ke hospital menggunakan ambulan, mangsa dan rakannya enggan kerana khuatir akan ada laporan kecuaian yang berlaku di dalam praktis Angkatan Tentera.

Katanya ini boleh menyebabkan reputasi ATM tercalar. Sebagai seorang yang menghormati ATM lalu apalagi yang boleh beliau lakukan jika itu kehendak pesakit?

Dengan persetujuan mangsa, mereka meminta doktor untuk membuat rawatan awal berupa ‘dressing’ dan ‘bandage’ sebelum dirujuk ke hospital dengan alasan untuk memudahkan pergerakan ke hospital. Tiada isu untuk rawatan susulan kerana mangsa sudah dirujuk ke hospital!.

MALANGNYA, pembuli ini tidak membawa mangsa ke hospital seperti yang diarahkan, tetapi ‘menyimpan’ mangsa di rumah sebelum datang kali kedua dengan lakonan yang sama untuk mendapatkan rawatan.

Tahukah anda betapa kesalnya doktor ini setelah tahu cerita sebenar? Beliau kesal kerana kecederaan itu sebenarnya mudah dirawat.

Tanpa mengira kos yang ditanggung, beliau gunakan kaedah dan bahan rawatan terbaik untuk mangsa.

Seorang murobbi RPWP pernah terbakar apabila hose gas pecah dan menerima rawatan yang serupa.

Daripada jangkaan tempoh sembuh sekitar 7 hari, beliau sudah boleh bekerja semula selepas 3 hari. Begitu berkesannya kaedah rawatan beliau untuk kes sebegini.

Lebih menarik lagi, atas dasar simpati, doktor ini terima sahaja bayaran seadanya dengan diskaun lebih dari 75% apabila kesemua mereka mengatakan tidak cukup wang. Ini benar-benar "seperti menolong anjing tersepit" jadinya.

Ternyata doktor ini telah ditipu oleh para pembuli. Tidak dinafikan juga kemungkinan adanya elemen paksaan terhadap mangsa oleh para pembulinya. Justeru apa untungnya untuk doktor ini melindungi kes jenayah jika beliau tahu cerita sebenar? Kerana wang? Pangkat?

Semasa kami bertemubual, doktor terbabit baru sahaja selesai memberi keterangan kepada pihak polis.

Beliau telah memberikan segala keterangan sebagai seorang doktor secara beretika, hanya kepada pihak berkuasa sahaja. Bukan menulisnya di dalam facebook, instagram, twitter atau kepada pihak media.

Salah satu dari sesi temubual pihak polis dilakukan di hadapan para suspek. Sewaktu diberi peluang berbicara dengan suspek utama, doktor itu hanya katakan padanya, “Kau tipu aku ya?” lalu suspek utama terus tunduk dan menangis.

Secepat itu pihak polis sudah faham apa yang sebenarnya berlaku. Inilah kebijaksanaan doktor yang tidak mahu ‘cakap banyak’.

Kerana itu juga beliau enggan bercakap dengan para wartawan yang bertunggu tangga di depan kliniknya kerana dikhuatiri akan lebih menyulitkan lagi kerja pihak berkuasa.

Itulah hal sebenarnya. Semua itu ialah satu penipuan yang licik sehingga KELENTONG PEMBULI ini tidak meragukan sang doktor sama sekali.

Mangsa juga boleh ‘berjalan sendiri’ ketika melangkah masuk ke klinik walaupun dalam keadaan 80% badannya mengalami ‘3rd degree burn’.

KESIMPULAN

Ada banyak persoalan yang timbul dalam pemikiran umum sehingga kini. Kami yakin, khalayak pembaca semua pun mempunyai persoalan yang sama.

1. Mengapa UPNM kekal senyap tanpa sebarang UPDATE?

2. Mengapa KKM pula yang bangkit jadi hero?

3. Kenapa media menumpu kepada para doktor untuk setiap kes 'medicolegal' yang melibatkan pegawai perubatan? Bukankah mereka tahu bahawa doktor tidak dibenarkan bercakap atau membuat kenyataan atas etika dan sumpah profesional mereka sebagai doktor yang menjaga kerahsian pesakit? Tidakkah itu seolah-olah menyuruh orang bercakap dengan mulut yang ditampal plaster?

4. Bagaimana seketat kawalan ketenteraan di UPNM masih lagi boleh terlepas pandang terhadap kes melibatkan pembuli yang begitu ramai dan kecederaan parah sebegitu? Di mana peranan 'roll call & head count' selama mangsa 'absent'?

5. Seramai 36 orang suspek yang ditahan, tetapi mengapa hanya 6 orang sahaja yang didakwa?

6. Mungkinkah benar dakwaan mangsa bahawa kemalangan itu dari kecuaian semasa latihan ketenteraan?

7. Mungkinkah 6 orang itu hanya kambing hitam sahaja?

8. Mungkinkah 6 orang ini akan dilepaskan juga secara perundangan dan secara senyap nantinya?

9. Apakah yang sebenarnya berlaku apabila menteri KKM berusaha mengalihkan drama dari UPNM ini kepada KKM secara bersungguh-sungguh? Adakah untuk menjadi hero? Ataupun ada agenda khusus untuk melindungi sesuatu?

10. Menurut pertuduhan yang dibacakan, penderaan maut ini berlaku sekitar 4.45-5.45 pagi 22 Mei 2017. Mangsa hanya dibawa berjumpa doktor pada 27 Mei. Persoalannya, mengapa doktor yang bertemu mangsa sekitar 1-2 jam sahaja yang dipersalahkan? Di mana lagi saksi yang terbabit selama 6 hari sebelum itu?

Oleh itu kami menyeru supaya kes ini tidak di ’tunggang’ oleh mana-mana pihak yang berkepentingan politik atau peribadi, sehingga menindas orang-orang yang tidak bersalah.

Biarkanlah pihak polis sahaja yang membuat siasatan secara telus dan mahkamah membuat keputusan tentang kes penganiayaan ini. Janganlah ada campurtangan pihak lain yang boleh membawa kepada suatu ‘penganiayaan baru’ pula.

Apa yang kami tulis adalah satu kebenaran untuk menafikan satu 'BIAS' atau fitnah yang telah lebih dahulu 'tercipta' sebelum ianya lebih jauh tersebar merata-rata.

Sesungguhnya “doa orang yang teraniaya dan doa anak yatim adalah antara doa yang segera diterima”.

Kami berdoa agar Allah melindungi doktor ini dari fitnah liar oleh pihak-pihak yang berkepentingan diri.

Allahumma Amiin,
WARGA PRIHATIN

BACA INI JUGA: Liwat, Oral Seks Perkara Biasa Ketika Latihan Tentera - Bekas Pensyarah UPNM

sumber: facebook.com/wargaprihatin

12 Fasa Selepas Kematian Manusia

12 Fasa Selepas Kematian Manusia

Setiap manusia akan melalui 12 fasa (tempat, persingahan) yang penuh azab bagi yang melakukan banyak dosa dan maksiat, sebaliknya keamanan dan kebahagiaan bagi yang banyak beramal soleh.

Fasa Kematian

Ketika ini tidak ada siapa yang dapat membantu melainkan amalan yang dilakukannya semasa di dunia.

Pertama: Alam Barzakh

Para ulama bersepakat tentang kebenaran azab dan nikmat yang ada di alam kubur (barzakh). Nikmat tersebut merupakan nikmat yang hakiki, begitu pula azabnya, bukan sekadar bayangan atau perasaan.

Pertanyaan (fitnah) kubur itu berlaku terhadap roh dan jasad manusia baik orang mukmin mahupun bukan. Dalam sebuah hadis sahih disebutkan Rasulullah SAW selalu berlindung kepada Allah SWT dari seksa kubur.

Nabi S.A.W. mengajar kita agar sentiasa berdoa dan mohon perlindungan Allah S.W.T. ketika habis membaca tasyahhud akhir kepada empat perkara.

Sebagaimana sabdanya yang bermaksud, "Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu, 'Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa Neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari fitnah al-Masih Dajjal'. (Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya)". Hadis Riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa.

Rasulullah SAW menyebutkan sebahagian dari pelaku maksiat yang akan mendapatkan azab kubur, diantaranya mereka adalah:

1. Suka mengadu domba, fitnah dan mengumpat.

2. Suka berbuat ghulul (pengkhianatan dalam baitul mal, zakat, atau ghanimah.)

3. Suka berbohong.

4. Membaca al-Quran tetapi tidak melaksanakan apa yang diperintahkan dan yang dilarang dalam al-Qur'an.

5. Melakukan zina.

6. Memakan riba.

7. Belum membayar hutang setelah mati (orang yang berhutang akan tertahan tidak masuk syurga kerana hutangnya).

8. Tidak bersuci setelah buang air kecil (solatnya tidak sah).

9. Meninggalkan solat 5 waktu.

Kedua: Peniupan Sangkakala

Sangkakala adalah trompet yang ditiup oleh malaikat Israfil yang menunggu apabila diperintahkan Allah SWT. Tiupan yang pertama akan mengejutkan manusia dan membinasakan mereka dengan kehendak Allah SWT, seperti dijelaskan pada al-Qur'an.

Firman Allah SWT, “Dan ditiuplah sangkakala maka matilah semua yang di langit dan di bumi, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.” Surah az- Zumar ayat 68.

Tiupan ini akan menggoncang seluruh alam dengan goncangan yang keras dan hebat sehingga merosak seluruh susunan alam yang sempurna ini.

Ia akan membuatkan gunung menjadi rata, bintang bertaburan, matahari digulung, lalu hilanglah cahaya seluruh benda di alam semesta. Setelah itu keadaan alam semesta kembali seperti awal penciptaannya.

Allah SWT menggambarkan kedahsyatan saat kehancuran tersebut sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, “Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat keras.” Surah al-Hajj ayat 1-2.

Sedangkan pada tiupan sangkakala yang kedua adalah tiupan untuk membangkitkan seluruh manusia; Firman Allah SWT maksudnya, “Dan tiupan sangkakala (kedua), maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Rabb mereka. Surah Yaa Siin ayat: 51

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Kemudian ditiuplah sangkakala, dimana tidak seorang pun tersisa kecuali semuanya akan dibinasakan. Lalu Allah SWT menurunkan hujan seperti embun atau bayang-bayang, lalu tumbuhlah jasad manusia. Kemudian sangkakala yang kedua ditiup kembali dan manusia pun bermunculan (bangkit) dan berdiri.” Hadis Riwayat Muslim

Ketiga: Hari Berbangkit

Firman Allah SWT maksudnya, “Pada hari ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakannya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatat) perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha menyaksikan segala sesuatu.” Surah al- Mujadalah ayat: 6

Keempat: Padang Mahsyar

Firman Allah SWT maksudnya, “(Iaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit dan mereka (manusia) berkumpul (di padang Mahsyar) menghadap Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Surah Ibrahim ayat 48

Hasr adalah pengumpulan seluruh makhluk pada hari kiamat untuk dihisab dan diambil keputusannaya. Lamanya di Padang Mahsyar adalah satu hari yang berbanding 50,000 tahun di dunia.

Allah berfirman maksudnya, “Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Rabb dalam sehari yang kadarnya 50,000 tahun. Surah al-Maarij ayat 4

Kerana amat lamanya hari itu, manusia merasa hidup mereka di dunia ini hanya seperti satu jam saja.

Firman-Nya lagi yang bermaksud, "Dan (ingatlah) akan hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan mereka, (mereka merasa di hari itu) seakan-akan mereka tidak pernah berdiam (di dunia) kecuali hanya sesaat saja di siang hari. Surah Yunus ayat 45

“Dan pada hari terjadinya kiamat, bersumpahlah orang-orang yang berdosa, bahawa mereka tidak berdiam (dalam kubur) melainkan sesaat saja.” Surah ar-Ruum ayat 55

Adapun orang yang beriman merasakan lama pada hari itu seperti waktu antara zuhur dan asar saja. Subhanallah.

Keadaan orang kafir saat itu sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, ”Orang kafir ingin seandainya ia dapat menebus dirinya dari azab hari itu dengan anak-anaknya, dengan isteri serta saudaranya, dan kaum keluarganya yang melindunginya ketika di dunia, dan orang-orang di atas bumi seluruhnya, kemudian (mengharapkan) tebusan itu dapat menyelamatkannya.” Surah al-Ma’ arij ayat 11-14

Terdapat 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy:

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya, ”Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan 'Arasy-Nya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yang adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan 'aku Takutkan Alla'; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Hadis Riwayat Muslim

Kelima: Syafaat (pertolongan)

Syafaat ini khusus hanya untuk umat Islam, dengan syarat tidak berbuat syirik yang menyebabkan kepada kekafiran. Adapun bagi orang musyrik, kafir dan munafik, maka tidak ada syafaat bagi mereka. Syafaat ini diberikan oleh Rasulullah SAW kepada umat Muslim (dengan izin dari Allah SWT).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Diantara syafaatku ialah untuk orang yang melakukan doas besar dikalangan umatku.” Hadis Riwayat Abu Daud

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “...maka para malaikat telah memberi syafaat, para nabi sudah memberi syafaat, orang-orang beriman telah pun memberi syafaat, maka tidak ada lagi kecuali Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kemudian setelah berkata demikian Allah mengambil dengan sekali genggaman-Nya itu dari neraka orang-orang yang belum pernah berbuat kebaikan sedikitpun...” Hadis Riwayat Muslim

Keenam: Hisab

Pada tahap (fasa) ini, Allah SWT menunjukkan amal-amal yang mereka perbuat dan ucapan yang mereka lontarkan, serta segala yang terjadi dalam kehidupan dunia baik berupa keimanan, amal soleh atau kekafiran.

Setiap manusia berlutut di atas lutut mereka. Firman Allah SWT maksudnya, “Dan kamu lihat tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang kamu kerjakan. Surah al- Jatsiah ayat 28

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Muhammad SAW, umat yang terakhir tapi yang pertama dihisab. Yang pertama kali dihisab dari hak-hak Allah pada seorang hamba adalah solatnya, sedang yang pertama kali di adili diantara manusia adalah urusan darah.

Allah SWT mengatakan kepada orang kafir, “Dan kamu tidak melakukan suatu pekerjaan melainkan Kami menjadi saksi atasmu diwaktu kamu melakukannya.” Surah Yunus ayat 61

Seluruh anggota badan juga akan menjadi saksi.

Allah bertanya kepada hamba-Nya tentang apa yang telah ia kerjakan di dunia, “Maka demi Rabbmu, kami pasti akan menanyai mereka semua tentang apa yang akan mereka kerjakan dahulu.” Surah al- Hijr ayat 92-93

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.” Hadis Riwayat Tarmizi

Ketujuh: Pembagian catatan amal

Pada detik-detik terakhir hari perhitungan, setiap hamba akan diberi kitab (amal) nya yang mencakup lembaran-lembaran yang lengkap tentang amalan yang telah ia kerjakan di dunia.

Al Kitab di sini merupakan lembaran-lembaran yang berisi catatan amal yang ditulis oleh malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT.

Manusia yang baik amalnya selama di dunia, akan menerima catatan amal dari sebelah kanan. Sedangkan manusia yang buruk amalnya akan menerima catatan amal dari belakang dan sebelah kiri, seperti pada firman Allah SWT yang bermaksud, “Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka ia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, dan ia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira.

"Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang, maka ia akan berteriak, “celakalah aku”, dan ia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).” Surah al- Insyiqaq ayat 8-12

"Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata, "Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini), dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku. Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu. Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku. Telah hilang kekuasaanku dariku" (Allah berfirman), "Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya", kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala." Surah al- Haqqah ayat 25 -31

Kelapan: Mizan (Timbangan amal)

Mizan adalah apa yang Allah letakkan pada hari kiamat untuk menimbang amalan hamba-hamba-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah seorang dirugikan walau sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan.” Surah al- Anbiya ayat 47

Dari Abu Hurairah radhiya alläh ‘anh, ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Sallallähu ‘Alaihi Wa sallam bersabda maksudnya, ‘Siapa yang pernah zalim terhadap saudaranya, maka hendaklah ia minta dihalalkan (mohon maaf) dari perbuatan tersebut. Kerana sesungguhnya pada saat itu tidak ada dinar dan tidak pula dirham, sebelum pahala kebaikannya diambil untuk saudaranya. Jika ia tidak mempunyai kebaikan, maka diambillah kejahatan-kejahatan saudaranya itu, dan dibebankanlah (dosanya) kepadanya.” Hadis Riwayat Bukhari

Untuk orang kafir mereka akan dimasukkan ke dalam neraka tanpa melalui Mizan. Hanya orang muslim saja akan melalui Mizan (timbangan amal). Selepas Mizan mereka akan melalui tahap selanjutnya iaitu ke Telaga.

Kesembilan: Telaga (al-Haudh)

Umat Muhammad SAW akan mendatangi air pada telaga Rasulullah SAW. Barang siapa minum dari telaga tersebut maka ia tidak akan haus selamanya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya aku telah mendahului kalian menuju al-haudh...” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari sahabat Sahl bin Sa’d

Perlu kita ketahui bahawa setiap para nabi memiliki telaga. Namun telaga Rasulullah SAW adalah yang paling besar, paling mulia, paling indah, dan paling banyak pengikutnya.

Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Sesungguhnya setiap Nabi memiliki telaga, mereka membanggakan diri, siapa di antara mereka yang paling banyak peminumnya (pengikutnya). Dan aku berharap, akulah yang paling banyak pengikutnya.” Hadis Riwayat Tirmidzi

Setelah Telaga, umat muslim akan ke tahap selanjutnya yaitu tahap Ujian Keimanan Seseorang. Perlu dicatat bahwa orang kafir dan orang yang berbuat syirik sudah masuk neraka (setelah tahap Mizan, seperti dijelaskan di atas).

Kesepuluh: Ujian Keimanan Seseorang

Selama di dunia, orang munafik terlihat seperti orang beriman kerana mereka menampakkan keislamannya. Pada fasa inilah kepalsuan iman mereka akan diketahui, diantaranya cahaya mereka redup.

Mereka tidak mampu bersujud sebagaimana sujudnya orang mukmin. Apabila dibawa mengadap, orang-orang munafik ini merayu-rayu agar orang-orang mukmin menunggu dan menuntun jalannya.

Kerana masa itu benar-benar gelap dan tidak ada petunjuk kecuali cahaya yang ada pada tubuh mereka.

Allah SWT berfirman maksudnya, ”Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang beriman: ”Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu”. Dikatakan (kepada mereka): ”Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)”. Lalu diadakan diantara mereka dinding yang mempunyai pintu.Di sebelah dalamnya ada rahmat da di sebelah luarnya dari situ ada siksa.Surah al- Hadid ayat 13

Setelah ini umat muslim yang lulus sampai tahap Ujian Keimanan seseorang itu, akan melalui Sirat.

Kesebelas: Sirat

Sirat adalah jambatan yang dibentangkan di atas Neraka Jahannam, untuk diseberangi orang-orang mukmin menuju ke syurga (jannah).

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang sirat, maka baginda bersabda maksudnya, "Tempat menggelincirkan, di atasnya ada besi penyambar dan pengait dan tumbuhan berduri yang besar, ia mempunyai duri yang membahayakan seperti yang ada di Najd yang disebut pohon Sud’an." Hadis Riwayat Muslim

“Telah sampai kepadaku bahawasanya sirat itu lebih nipis dari rambut dan lebih tajam dari pedang.” Hadis Riwayat Muslim

“Ada yang melalui sirat laksana sekelip mata dan ada yang seperti kilat, ada yang seperti tiupan angina, ada yang terbang seperti burung dan ada yang menyerupai orang yang mengendarai kuda, ada yang selamat seratus peratus, ada yang lecet-lecet dan ada juga yang ditenggelamkan di Neraka Jahannam.” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Yang pertama menyeberangi sirat adalah Nabi Muhammad SAW dan para pemimpin umat baginda. Baginda bersabda maksudnya, “Aku dan umatku yang paling pertama yang diperbolehkan melalui sirat dan ketika itu tidak ada seorangpun yang bicara kecuali Rasul dan Rasul berdoa ya Allah selamatkanlah, selamatkanlah." Hadis Riwayat Bukhari

Bagi umat muslim yang berhasil melalui sirat tersebut, akan ke tahap selanjutnya jambatan.

Kedua belas: Jambatan

Jambatan disini, bukan sirat yang letaknya di atas Neraka Jahannam. Jambatan ini dibentangkan setelah orang mukmin berjaya melewati sirat yang berada di atas Neraka Jahannam.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Seorang mukmin akan dibebaskan dari api neraka, lalu mereka diberhentikan di atas jambatan antara syurga dan neraka, mereka akan saling diqisas antata satu sama lainnya atas kezaliman mereka di dunia. Setelah mereka bersih dan terbebas dari segalanya, barulah mereka diizinkan masuk syurga. Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, seorang diantara kalian lebih mengenal tempat tinggalnya di syurga daripada tempat tinggalnya di dunia.” Hadis Riwayat Bukhari

Setelah melalui jambatan ini barulah orang mukmin masuk syurga Allah SWT.

Kesimpulan

Sahabat yang dikasihi, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri. Kebenaran telah terbentang luas dihadapan kita, jalan mana yang ingin kita ikuti? Jalan lurus atau jalan bengkok?

Jika jalan yang lurus maka kita akan terselamat melalui 12 fasa tersebut di atas, tetapi jika jalan yang bengkok maka kita akan mengalami azab sengsara yang tidak berkesudahan dan penyesalan ketika kita sudah tidak berguna lagi.

Oleh itu gunakanlah masa sebaik-baiknya ketika di dunia ini, buatlah amal kebaikan sebanyak-banyaknya dan tinggalkanlah kemungkaran, maksiat dan dosa.

Semoga Alah SWT memberi kekuatan dan selalu membimbing kita untuk tetap istiqamah di jalan-Nya sehingga dapat mencapai syurga-Nya dan dijauhkan dari seksa neraka-Nya.

BACA INI JUGA: Beginilah Gambaran Ngerinya Seksaan Di Neraka!

sumber: facebook.com/abu-basyer

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Jun)

Tarikh 23 Jun merupakan hari ke 174 (hari ke 175 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 191 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

AirAsia

Hari ini juga merupakan sambutan Jaaniõhtu di Estonia, Jāņi diadakan di Latvia kuno, Perayaan Santo Jonas di Lithuania dan sambutan Hari Lahir Rasmi Grand Duke di Luxembourg.

Peristiwa

1713 - Selepas Perang Ratu Anne, penduduk Perancis di Acadia diberikan setahun bagi mengisytiharkan kesetiaan kepada Britain atau meninggalkan Nova Scotia.

1865 - Stand Watie menjadi jeneral Negeri-Negeri Gabungan Amerika yang terakhir menyerah diri dalam Perang Saudara Amerika.

1887 - Taman Negara Banff ditubuhkan parlimen, menjadi taman negara Kanada yang pertama.

1894 - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa diasaskan kongres antarabangsa di Sorbonne, Paris.

1941 - Kemerdekaan Lithuania 1941: Ahli-ahli Barisan Aktivis Lithuania mengisytiharkan kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet.

1956 - Gamal Abdel Nasser menjadi Presiden Mesir, jawatan yang disandang sehingga kematiannya pada 1970.

1985 - Sebutir bom memusnahkan Penerbangan 182 Air India di atas Lautan Atlantik, membunuh kesemua 329 orang di dalam kapal terbang.

1991 - Sega melancarkan Sonic the Hedgehog di Amerika Syarikat dan Eropah, memulakan francais yang telah menjual lebih 80 juta salinan permainan video ini dan susulannya.

2008 - Ketua pembangkang Zimbabwe, Morgan Tsvangirai menarik diri daripada pusingan kedua pilihan raya presiden, menyebabkan Robert Mugabe kekal sebagai presiden.

2010 - Jeneral A.S. Stanley A. McChrystal digugurkan sebagai Komander ISAF di Afghanistan; Leftenan Jeneral UK Sir Nick Parker memangku.

2011 - Gunung berapi Nabro meletus, menghamburkan kuantiti terbanyak sulfur dioksida pernah direkod satelit.

2011 - AirAsia membuat pesanan tunggal terbesar dalam sejarah penerbangan komersil, membeli 200 pesawat Airbus A320neo.

Kelahiran

1972 - Zinedine Zidane, bekas pemain bola sepak Real Madrid C.F.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (22 Jun)

sumber: wikipedia

Thursday, June 22, 2017

Rahsia 'Lure Hsu' Usia 40an Macam Gadis Remaja

Rahsia 'Lure Hsu' Usia 40an Macam Gadis Remaja

Sekilas pandang anda mungkin terfikir dia adalah pelajar namun jangan terkejut kerana wanita ini, Lure Hsu baru menyambut hari jadi yang ke-42.

Lure Hsu

Lure, dari Taiwan kini menjadi sensasi internet disebabkan wajah awet muda yang dimilikinya dan dia berjaya menarik perhatian ramai.

Menurut Lure, rahsianya ialah dia minum banyak air dan makan sayur.

Lure juga tidak minum minuman manis dan satu-satunya minuman berwarna yang diminumnya adalah kopi pada waktu pagi.

Tidak ketinggalan ialah pengambilan vitamin C serta kolagen.

Dia yang juga seorang pereka fesyen pertama kali menarik perhatian ramai disebabkan oleh adiknya, Sharon Hsu.

Sharon, 35, adalah aktres di Taiwan. dan dia telah menjemput kakaknya ke rancangan hiburannya pada 2015 dan sejak itu Lure mendapat perhatian apatah lagi selepas usianya didedahkan kepada umum.

Ramai yang terkejut apabila mengetahui usia sebenar Lure kerana dia seakan-akan gadis remaja.

Akaun instagramnya sudah mempunyai 230,000 pengikut manakala akaun Facebooknya pula melebihi 341,000 `like’.

BACA INI JUGA: 'Klimaks Berkali-Kali Untuk Kekalkan Awet Muda'

sumber: mynewshub

Jinichi Kawakami, Ninja Terakhir Jepun Enggan Wariskan Ilmu

Jinichi Kawakami, Ninja Terakhir Jepun Enggan Wariskan Ilmu

Jinichi Kawakami merupakan seorang jurutera namun dia memiliki keistimewaan lain. Jinichi adalah seorang ninja dan dia merupakan ninja terakhir di Jepun.

Jinichi Kawakami

Jinichi, mula mempelajari ninja sejak berusia enam tahun di bawah latihan seorang guru dan dari situ dia mula menjalani latihan lasak.

Dia dilatih mendengar bunyi jarum jatuh di atas lantai di bilik sebelah, menghilangkan diri di sebalik kepulan asap serta mengelar leher mangsa.

Selain itu, Jinichi juga belajar memanjat dinding, melompat dari tempat tinggi dan berlatih mencampur bahan kimia untuk menghasilkan bahan letupan dan asap.

Namun Jinichi memutuskan untuk mati sebagai ninja terakhir dan dia tidak berhasrat untuk melatih orang lain.

“Saya rasa saya digelar sebagai ninja terakhir kerana tidak orang lain yang mempelajari kemahiran ini secara langsung daripada guru ninja sejak lima abad lalu.

“Ninja yang sebenar tidak lagi wujud,’’ katanya yang berpendapat seni kemahiran ninja tidak lagi sesuai dengan kehidupan moden.

Jinichi kini mengendalikan muzium Ninja di Iga, yang terletak kira-kira 220 batu ke Tokto.

Dia juga baru memulakan tugasan sebagai penyelidik dengan Universiti Mie, iaitu universiti di mana dia mempelajari sejarah ninja.

BACA INI JUGA: Pewaris Rahsia Ilmu 21 Puak Ninja Ban!

sumber: mynewshub

Nor Syamimi Azhari, Gadis Cantik Penjual Aiskrim Yang Viral

Nor Syamimi Azhari, Gadis Cantik Penjual Aiskrim Yang Viral

"Biarpun menunggang motosikal menjual aiskrim dan kadang-kala terpaksa meredah hujan dan panas, saya tak kisah.”

Nor Syamimi Azhari

"Saya lebih suka berdikari mencari duit sendiri terutama bagi membeli kelengkapan untuk Aidilfitri ini," kata Nor Syamimi Azhari, 22, yang video dan gambarnya menjual aiskrim dengan motosikal tular di laman sosial.

Nor Syamimi yang juga penuntut tahun ketiga, Jurusan Pendidikan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) membantu bapanya, Azhari Hashim, 50, menjual aiskrim di sekitar Pekan Kuah, Langkawi.

Menurutnya, dia tidak menyangka video dan gambar yang diambil pada Mac lalu dan dimuat naik di Facebook miliknya menggunakan nama Syamimi Azhari sejak semalam, tular di laman sosial.

"Saya sudah empat tahun membantu bapa menjual aiskrim yang saya lakukan ketika cuti semester.

"Pada awalnya, bapa ada bertanya kepada saya, tak malu ke nanti terutama dengan kawan-kawan. Saya kemudian beritahunya bahawa saya tidak peduli apa yang orang akan kata sebaliknya apa yang saya lakukan ini dapat membantu menambah pendapatan.

"Biasanya saya boleh dapat RM150 sehari dan dalam sebulan saya boleh dapat dalam lebih RM1,000.

"Apa yang penting kena rajin. Saya sukakan cabaran dan tahan lasak. Jadi, berniaga seumpama ini tidak menjadi masalah pada diri saya," katanya ketika dihubungi.

Nor Syamimi Azhari

Katanya yang juga anak tunggal, peluang seperti itu turut diambil sepanjang Ramadhan ini dan ketika umat Islam mahu menyambut Aidilfitri.

"Kebiaasannya pada hari biasa, saya mula berniaga pada 11 pagi hingga 5 petang manakala pada Ramadhan bermula 5 petang hingga 8.30 malam.

"Pada Ramadhan ini saya juga fokus pada mereka yang mengadakan majlis berbuka puasa," katanya.

Katanya, dia juga akan menjual aiskrim sepanjang Adilfitri nanti bermula Aidilfitri ketiga.

"Biarpun orang lain masih sibuk berhari raya namun saya merancang untuk berniaga selain memfokus kepada mereka yang mahu mengadakan majlis rumah terbuka nanti.

"Selain dapat membantu ibu bapa, saya harap dengan berniaga ini juga saya dapat meringankan beban mereka terutama untuk membiayai pengajian yang masih berbaki setahun lagi," katanya.

BACA INI JUGA: Wajah Cantik 'Miss World', Sumandak Cantik Keningau Viral

sumber: hmetro