Saturday, June 24, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 Jun)


Tanggal 24 Jun merupakan hari ke 175 (hari ke 176 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 190 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Battle of Bannockburn

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Perang Carabobo di Venezuela (1821), Hari Kebangsaan (Hari Santo-Jean-Baptiste) di Quebec, Kanada dan juga sambutan Hari Perayaan John Pembaptis (Kristian).

Peristiwa

1128 - Afonso I dari Portugal bertempur dalam Pertempuran São Mamede, langkah pertama dalam mencapai kemerdekaan Portugal dari Galicia.

1314 - Scotland mencapai semula kemerdekaan selepas angkatan tentera yang diketuai Robert si Bruce menewaskan Edward II dari England dalam Pertempuran Bannockburn (gambar).

1440 - Kolej Eton di Berkshire, England diasaskan oleh Raja Henry VI untuk memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar miskin yang akan melanjutkan pendidikan ke King's College, Cambridge.

1535 - Negara Anabaptis Münster ditakluk dan kemudian dibubarkan.

1597 - Pelayaran Belanda pertama ke Hindia Timur tiba di Bantam, Jawa.

1622 - Perang Belanda-Portugal: Angkatan kecil Portugis menangkis serangan Belanda, satu-satunya pertembungan ketenteraan antara dua kuasa Eropah di tanah besar China.

1812 - Perang Napoleon: Grande Armée Perancis menyeberangi Sungai Neman, memulakan menyerang Rusia.

1880 - "O Canada", kini lagu kebangsaan Kanada, mula dinyanyikan sempena jamuan Hari Santo-Jean-Baptiste di Bandar Quebec, Quebec.

1947 - Laporan meluas pertama melihat UFO di Amerika Syarikat: Kenneth Arnold ternampak sembilan ceper berkilau dalam bentuk piring yang terbang berhampiran Gunung Berapi Rainier, Washington.

1948 - Perang Dingin: Kesatuan Soviet menyekat laluan ke sektor Amerika Syarikat, British dan Perancis di Berlin, Jerman.

1982 - Penerbangan 9 British Airways terbang ke dalam awan abu gunung berapi daripada letusan Gunung Galunggung, Indonesia, menyebabkan keempat-empat enjinnya mati.

2009 - Satu letupan bom mengorbankan 69 orang dan mencederakan lebih 150 lagi di kawasan bandar Sadr Baghdad.

2010 - 12 orang terbunuh semasa melintas landasan kereta api di sebuah stesen di Barcelona, Sepanyol.

2010 - Julia Gillard menjadi perdana menteri wanita Australia pertama selepas menewaskan Kevin Rudd dalam pemilihan parti memimpin Parti Buruh.

Kelahiran

1987 - Lionel Messi, pemain bola sepak FC Barcelona.

Kematian

1908 - Grover Cleveland, Presiden Amerika Syarikat ke-22.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (23 Jun)

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon