Wednesday, March 29, 2017

Kelebihan Di Bulan Rejab

Kelebihan Di Bulan Rejab

Sempena kedatangan bulan Rejab ini, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan baik kita dan semoga Allah SWT sentiasa memberi kita taufiq dan hidayah-Nya dalam setiap amalan yang kita lakukan agar ia tidak bercanggah dengan al-Qur’an dan juga sunnah Rasulullah SAW.

Bulan Rejab

Namun begitu, apakah terdapat kelebihan atau amalan tertentu (khusus) dalam Bulan Rejab berdasarkan pendapat para ulama?

Di sini kami nyatakan beberapa pendapat para ulama’ berkaitan kelebihan bulan Rejab, antaranya ialah:

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata, “Tidak ada disebut di dalam hadith yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus.” [Tabyin al-‘Ajab, 9]

Imam Ibn al-Qayyim mengatakan, “Setiap hadith yang menyebut berkaitan puasa di bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu di dalam bulan tersebut adalah satu pendustaan yang direka.” [al-Manar al-Munif, 96]

Imam al-Syaukani pula berkata: “Tidak ada disebut berkaitan amalan pada bulan Rejab secara khusus di dalam sunnah yang sahih, juga yang hasan dan juga yang dhaif (dhaif ringan). Bahkan, kesemua yang diriwayatkan berkaitannya secara khusus adalah palsu lagi dusta dan teramat dhaif.” [al-Sail al-Jarrar, 297]

Imam Ibn Rejab berkata: “Tidak ada yang sahih pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab yang khusus daripada Nabi SAW dan juga tidak ada yang khusus daripada sahabat Baginda SAW.” [Faidh al-Qadhir, 4:210]

Tarjih

Setelah melihat dan menekuni pendapat para ulama’ dalam masalah ini, kami cenderung untuk mengatakan bahawa bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang khusus daripada hadith-hadith yang sahih seperti amal ibadat tertentu.

Walaupun begitu, ini tidak menghalang seseorang itu untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu.

Ini kerana, bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram berbanding bulan-bulan yang lain.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: muftiwp

Amalan Dan Ibadah Yang Sering Dikaitkan Di Bulan Rejab

Amalan Dan Ibadah Yang Sering Dikaitkan Di Bulan Rejab

Rejab secara bahasa bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Ia merupakan bulan ketujuh dalam kalendar Hijrah.

Ibadah  Bulan Rejab

Orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan dan mengharamkan apa jua bentuk peperangan pada bulan ini. Di antara kabilah Arab yang ekstrem dalam mengagungkan Rejab adalah Bani Mudhar.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat ALLAH menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada 12 bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut iaitu bulan-bulan Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban." (Riwayat Bukhari)

Ternyata, Rejab termasuk antara bulan yang dimuliakan ALLAH. Justeru, ia telah tersebar dalam masyarakat bahawa terdapat amalan khas sempena Rejab yang dikatakan memiliki fadilat besar.

Hakikatnya, tidak wujud satu pun dalil sah yang menunjukkan terdapat amal ibadat tertentu sempena Rejab.

Hal ini telah diperakui tokoh ulama hadis bermazhab Syafie iaitu al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqolani dalam kitabnya Tabyin al-Ajib Bimaa Warada Fi Fadli Rajab: tidak ada hadis sahih tentang keutamaannya (melainkan ia termasuk bulan haram), puasa dan solat malam pada Rejab yang dapat dijadikan pegangan.

Antara perkara ibadat yang dikaitkan Rejab adalah:

1. Puasa Rejab

Telah masyhur dalam masyarakat bahawa disunatkan berpuasa pada 1 Rejab, Khamis minggu pertama Rejab, Nisfu Rejab dan 27 Rejab sempena Israk Mikraj.

Bagi menguatkan hujah puasa sunat ini, maka ia disandarkan dengan beberapa riwayat palsu serta lemah berserta ganjaran pahala yang besar.

Ibnu Rajab dalam al-Mughni pula berkata, “Mengenai keutamaan puasa khusus pada Rejab, tidak ada satu pun hadis sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah mahupun golongan sahabat.”

Ada kalangan masyarakat mengamalkan puasa berterusan selama tiga bulan iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadan. Amalan ini sebenarnya tidak memiliki sebarang dalil yang sah.

Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah berkata, “Rasulullah tidak berpuasa pada tiga bulan tersebut secara terus-menerus seperti yang dilakukan sebahagian orang. Baginda sama sekali tidak berpuasa pada Rejab dan baginda pun tidak menggalakkan berpuasa pada bulan Rejab. Bahkan, baginda melarang berpuasa pada Rejab seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah.”

Namun, jika seseorang itu berpuasa tanpa niat mengagungkan sebagaimana golongan jahiliah dan tidak meyakini fadilat palsu yang dikait puasa pada Rejab tersebut atau puasanya bertepatan dengan hari yang disunatkan berpuasa seperti Isnin dan Khamis, Ayyam al-Bidh (puasa pada 13, 14 dan 15 setiap bulan) atau Puasa Nabi Daud (puasa selang sehari) pada Rejab, maka ia dibenarkan oleh syarak.

2. Solat Rejab

Terdapat beberapa solat yang dikhususkan seperti solat pada malam pertama dan 27 Rejab serta Nisfu Rejab.

Paling diketahui ramai adalah sembahyang pada malam Jumaat minggu pertama Rejab yang dikenali sebagai solat Raghaib.

Menurut Imam al-Nawawi berkata dalam Fatawa al-Nawawi, “Solat Raghaib adalah bidaah yang tercela serta mungkar dan sangat diingkari, yang mencakupi kemungkaran sehingga ia harus ditinggalkan, ditentang dan diingkari pelakunya.

Golongan penguasa harus melarang manusia daripada melaksanakan solat ini kerana mereka adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas rakyatnya.

Golongan ulama menulis buku khusus masalah ini dengan bertujuan untuk mengingkari, mencela serta membodohkan pelakunya.

Janganlah kita terperdaya oleh perbuatan majoriti pelakunya yang banyak terdapat di negara Islam.

Jangan pula tergoda kerana solat itu tertulis seperti di dalam kitab Quut al-Qulub (karya Muhammad bin Ali bin Athiyah al-Ajami al-Makki) dan Ihya’ ‘Ulum ad-Din (karya Hujjatul Islam Imam al-Ghazali).

Ini kerana, kedua-dua solat itu iaitu (solat Raghaib dan Nisfu Syaaban) itu adalah bidaah yang batil.”

3. Umrah Rejab

Ada juga pandangan bahawa adalah sunat untuk mengerjakan ibadat umrah pada bulan Rejab. Namun begitu, ‘Aishah RA berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah membuat ataupun menganjurkan umrah pada bulan Rejab.

Dikisahkan bahawa: Daripada Mujahid dia berkata, “Aku masuk bersama Urwah bin az-Zubair ke masjid.

Ternyata ‘Abdullah bin ‘Umar sedang duduk di samping bilik Saydatina ‘Aishah. Kemudian beliau berkata kepadanya, ‘Berapa kali Rasulullah melakukan umrah?’ Dia (Ibnu ‘Umar) menjawab, ‘Empat kali, satunya pada bulan Rejab.’ Kami pun enggan untuk membenarkan perkataannya.

Dia (Mujahid) berkata, ‘Kami mendengar dia (iaitu ‘Aishah) sedang bersiwak.’ Kemudian Urwah bertanya kepada ‘Aishah, ‘Wahai ibu orang mukmin! Benarkah apa yang dikatakan oleh Abu ‘Abdurrahman?

Aishah bertanya, ‘Apa yang dia katakan?’ Aku menjawab, ‘Dia berkata bahawa Rasulullah pernah mengerjakan umrah pada Rejab.’

‘Aishah pun berkata, ‘Semoga ALLAH merahmati Abu ‘Abdurrahman. Rasulullah tidak melakukan satu umrah pun melainkan aku (yakni ‘Aishah) ikut bersama dan baginda tidak pernah mengerjakan umrah pada Rejab." (Riwayat Al-Bukhari)

4. ‘Atirah Rejab

‘Atirah adalah haiwan yang disembelih pada Rejab dan diguna orang Arab jahiliah untuk mendekatkan diri kepada tuhan mereka.

Ia dilaksanakan pada 10 hari pertama Rejab dan haiwan yang biasanya digunakan untuk ritual ini adalah kambing.

Sesetengah umat Islam masih melaksanakan ‘atirah ini dengan didasari beberapa hadis seperti berikut:

a) Al-Harith bin Amru bertanya Rasulullah tentang ‘atirah. Baginda menjawab: "Sesiapa yang mahu menyembelih ‘atirah, silakan menyembelih. Sesiapa yang tidak mahu, jangan menyembelih." (Riwayat Imam al-Nasa’i)

b) Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai manusia, kepada setiap ahlul bait diwajibkan untuk berkorban dan menyembelih ‘atirah setiap yang kalian namakan Rajaban." (Riwayat At-Tirmidzi)

Namun, hadis tersebut menunjukkan ‘atirah diizinkan pelaksanaannya pada zaman awal kedatangan Islam. Bagaimanapun, hukumnya telah dimansuhkan.

Ini sebagaimana sabda Rasulullah, Daripada Abu Hurairah, "Tidak ada lagi fara’ dan juga ‘atirah.

Fara’ ialah anak unta pertama yang disembelih dan dipersembahkan kepada berhala dengan harapan induknya (ibu unta tersebut) akan lebih banyak melahirkan anak.

Sedangkan ‘atirah adalah kambing yang disembelih pada 10 hari pertama Rejab." (Riwayat Al-Bukhari)

5. Sambutan Israk Mikraj

Tanggal 27 Rejab adalah tarikh yang dianggap mulia dan hari kebesaran bagi kebanyakan umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Hakikat yang sebenar ialah tarikh peristiwa Israk Mikraj ini tidak disepakati kalangan ulama. Ulama masih berbeza pandangan tentang perkara ini.

Al-Hafiz Ibu Hajar al-‘Asqolani berkata, “Golongan ulama berselisih pendapat mengenai waktu berlakunya al-Mikraj. Ada yang mengatakan sebelum baginda dilantik menjadi Nabi.

Pendapat ini ganjil (syaz) kecuali dianggap terjadi dalam mimpi. Kebanyakan ulama berpendapat setelah baginda menjadi Nabi. Mereka juga berselisih tentang tarikh sebenar peristiwa ini.”

Imam Abu Syamah al-Syafie menegaskan, “Sebahagian ahli cerita menyebut bahawa israk dan mikraj terjadi pada Rejab. Dalam hal ini, menurut ahli al-Jarh wa al-Ta’dil (ulama hadis) hal itu merupakan pembohongan.”

Pengajaran daripada perselisihan pendapat Israk Mikraj, bagi penulis apabila menyampaikan ilmu berkaitan agama, maka hendaklah kita berlaku adil dan memastikan kesahihan fakta.

BACA INI JUGA:

sumber: sh

Juara Taekwondo Cipta Rekod Baru Dunia Pecah Bata Dengan Kepala!

Juara Taekwondo Cipta Rekod Baru Dunia Pecah Bata Dengan Kepala!

Seorang juara muda taekwondo memecahkan 111 blok bata dengan kepalanya untuk membolehkan namanya tercatat dalam Buku Rekod Dunia Guinness.

Kerim Ahmetspahic

Kerim Ahmetspahic, 16, dari Bosnia, berjaya memecahkan bata itu yang disusun sebaris dalam 16 longgok dan dia hanya mengambil masa 35 saat untuk melakukannya.

Rakaman cabaran yang dilakukan Kerim di bandar Visoko, menunjukkan pemegang tali pinggang hitam itu melompat ke atas bata dengan kepalanya jatuh dahulu untuk memecahkan bata berkenaan.

Seorang juruacara kedengaran mengira jumlah bata yang dipecahkannya sambil penonton bersorak untuk memberi semangat kepada Kerim.

Sebaik dia menamatkan cabaran itu, dewan tempat acara tersebut diadakan bergema dengan sorakan, meraikan kejayaan remaja berkenaan.

Seorang wakil Buku Rekod Dunia Guinness turut hadir untuk menyaksikan rekod baru itu.

BACA INI JUGA: Kisah Tentang Bruce Lee Yang Tidak Semua Orang Tahu

sumber: hmetro

7 Tips Memilih Cincin Perkahwinan

7 Tips Memilih Cincin Perkahwinan

Perkahwinan hanya akan lengkap dengan kehadiran cincin yang tersarung cantik di jari manis sebagai tanda bahawa pemilik cincin itu sudah berpunya.

Tips Memilih Cincin

Bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, tahniah diucapkan dan selamat melangkah ke satu fasa hidup yang baru bersama pasangan masing-masing.

Antara persiapan yang perlu diberi perhatian bakal raja sehari adalah pemilihan cincin yang sesuai untuk hari penyatuan dua jiwa.

Di bawah kami kongsikan 7 tips dan panduan untuk memilih cincin perkahwinan yang ideal untuk hari bahagia anda.

1. Emas Putih Atau Emas Kuning

Untuk menggelakkan tersalah memilih cincin, antara soalan bermain di minda adalah antara emas putih dan emas kuning.

Rata-rata pengantin kini lebih gemar memilih emas putih berbanding emas kuning dengan alasan untuk tampak lebih bergaya dan elegan.

Kerana pemilihan antara emas putih dan emas kuning ini sendiri memainkan peranan yang harus anda sesuaikan dengan ciri fizikal anda.

Untuk emas putih, ia adalah neutral iaitu membawa makna sesuai dengan semua orang. Sama ada yang berkulit putih atau sebaliknya.

Manakala untuk emas kuning pula, lebih tampak menarik dan cantik disarung pada mereka yang berkulit putih.

Oleh itu bagi memudahkan membuat pilihan, pilih antara satu yang mana yang menjadi pilihan hati untuk anda pakai sepanjang hayat anda? Keselesaan anda untuk menyarungkannya di jari manis anda selamanya.

2. Bersesuaian Dengan Keadaan Fizikal

Kesesuaian cincin tersebut dengan fizikal anda yang perlu dititikberatkan adalah kesesuaian warna kulit, saiz atau bentuk jari sama ada runcing, lebar, besar, kurus dan sebagainya.

Wanita berkulit hitam manis lebih menawan memakai warna emas yang agak pudar (matte) dan koleksi emas berona merah jambu.

Kulit sawo matang pula lebih terserlah dengan emas putih dan emas kemerah-merahan. Yang berkulit gelap lebih anggun dengan barang kemas rona emas kuning.

3. Sesuai Dengan Aktiviti Dan Pekerjaan

Seterusnya adalah sesuaikan cincin dengan aktiviti atau pekerjaan anda. Jangankan terlalu memilih cantiknya cincin, sehinggakan anda lupa akan pekerjaan atau aktiviti anda.

Sebagai contoh, anda berkhidmat sebagai seorang chef, mustahil untuk anda memakai cincin yang bertatah batu berlian yang besar mewah. Jadi buatlah pilihan yang bijak!

4. Budget

Pada awal pemilihan cincin, jangan terus membuat pilihan dengan terus membeli, sebaliknya cubalah bandingkan harga terlebih dahulu.

Dinasihatkan agar anda lakukannya enam bulan awal, supaya anda lebih sedia.

Bincangkan dengan pasangan design mereka gemari dan tuliskan budget yang anda tetapkan untuk membeli cincin.

Jangan pula dengan hanya membeli cincin, anda sampai tidak makan. Jadilah pasangan yang bijak dalam membuat pilhan.

5. Cincin Belah Rotan Atau Cincin Gelung Halus

Cincin belah rotan yang lebar dan bercorak membuatkan jari anda kelihatan lebih pendek. Seeloknya pilih cincin gelung halus kecil agar jari nampak lebih runcing.

Lebih menarik, pakai hanya satu cincin di jari manis pada sebelah tangan pada satu masa. Paling banyak dua cincin pada sebelah tangan sahaja supaya penampilan kelihatan kemas dan anggun.

6. Rekaan Cincin

Pilih reka bentuk cincin yang mudah untuk disuai padan dengan barang kemas yang ada dalam simpanan. Perbezaan antara cincin buatan tangan dengan buatan mesin adalah harganya.

Buatan tangan lebih mahal namun boleh diubah suai tanpa menjejaskan rekaan, manakala sebarang ubahsuai pada cincin buatan mesin boleh dilihat jelas, namun ia lebih berkilat dan kemasannya juga lebih cantik.

7. Batu Permata Atau Berlian

Set barang kemas bertatah batu permata lebih sesuai untuk majlis pertunangan sementara set barang kemas bertatah berlian adalah untuk majlis pernikahan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misteri Rambut Dan Cincin Berayun Ditangan?!

Sumber: ikahwin | mynewshub

Tuesday, March 28, 2017

Video Penampakan Suku Mante ‘Makhluk Kerdil’ Di Hutan Aceh

Video Penampakan Suku Mante ‘Makhluk Kerdil’ Di Hutan Aceh

Sekumpulan peminat sukan motorcross terkejut besar apabila terserempak dengan susuk makhluk misteri yang menyerupai manusia kerdil di dalam sebuah hutan di pedalaman hutan Aceh, Indonesia.

Misteri Suku Mante

Dalam kejadian 22 Mac 2017 lalu, makhluk kerdil tidak berpakaian berjaya dirakam sedang membawa kayu dan berlari dengan pantas sebaik sahaja cuba dikejar oleh kumpulan berkenaan.

Video kejadian yang menjadi heboh menerusi media sosial itu merakam bagaimana penunggang motosikal yang berada di posisi paling depan terjatuh akibat terkejut dengan kemunculan makhluk itu secara tiba-tiba.

Apabila dikejar, makhluk itu masih sempat lagi membelok dan memasuki kawasan semak-samun sebelum menghilangkan diri.

Menurut laporan portal Kumparan, makhluk kerdil seakan menyerupai watak toyol di dalam filem Lord of The Rings itu dipercayai merupakan suku Mante yang dipercayai semakin pupus di pedalaman Aceh.

Suku Mante

Akhbar Harian Kompas pada 18 Desember 1987 pernah mengeluarkan satu artikel bertajuk, "Ditemukan Lagi, Suku Mante di Daerah Pedalaman Aceh".

Ia mengisahkan bagaimana seorang pawang hutan, Tgk M. Yusuf Thalib, 50, pernah bertemu dengan suku Mante yang kebanyakannya hidup di hutan pedalaman Lokop, daerah Aceh Timur.

Sementara itu, Pengarah Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia, Dr. Muhammad Pauzi Abd. Latif yang dipetik Malaysia Gazatte berkata, ia merupakan imej asli orang kerdil yang benar-benar wujud dan mereka daripada suku Mante.

"Memang tempat tinggal mereka, sebab itu kalau nak diikutkan ramai orang tua-tua kata masuk hutan ini banyak pantang larangnya.

"Jadi kalau kumpulan itu bertemu, memang betullah tu," katanya.

Semoga memberi manfaat.


BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Minyak Ikan Tingkatkan Imunisasi Badan, Mencegah Kanser

Minyak Ikan Tingkatkan Imunisasi Badan, Mencegah Kanser

Tabiat pengambilan makanan yang mengandungi minyak ikan seperti ikan kembung, salmon dan pilchards didapati mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Minyak Ikan Salmon

Dalam satu kajian yang dijalankan penyelidik dari Liverpool John Moores University, England men­dapati, pengambilan hidangan mengandungi minyak ikan dua kali seminggu mampu mening­katkan ketahanan tubuh.

Kebaikan minyak ikan yang mengandungi lemak omega-3, asid hydroxyoleic dan asid oleik mampu mencegah serangan bakteria dan virus terhadap tubuh seseorang.

Selain itu, penyelidik turut mendapati pengambilan makanan yang mengandungi minyak ikan juga boleh mencegah seseorang daripada menghidap masalah obesiti atau kegemukan melampau.

Dalam kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar dari Amerika Syarikat mendapati, kandungan lemak omega-3 yang boleh diperoleh pada ikan tuna, salmon dan trout boleh menghalang pertumbuhan tumor sekaligus mengelakkan serangan kanser.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Kajian Mendapati Anak Sulung Lebih Bijak dan Berjaya!

Kajian Mendapati Anak Sulung Lebih Bijak dan Berjaya!

Selalu kita dengar orang kata anak bongsu paling manja, anak tengah pula nakal dan keras kepala tapi anak sulung pula jarang kita dengar mereka ni perangai macam-mana.

Anak Sulung

Tapi, kajian terbaru ini memang buatkan mereka yang bergelar anak sulung akan rasa bangga!

Berdasarkan kajian selidik yang dilakukan oleh Sydney University, anak pertama atau anak sulung adalah lebih bijak daripada adik-beradik yang lain. Ia berdasarkan penilaian IQ yang dibuat sejak usia tahun.

Menurut kajian, anak sulung lebih banyak mendapat stimulasi mental daripada ibu sewaktu dalam kandungan atau selepas dilahirkan.

Ibu juga lebih berhati-hari pada kemahilan pertama dan sangat menjaga pemakanan.

Kajian dari University of Essex pula mendapati, dalam sebuah keluarga, anak sulung kebarangkalian lebih 16 peratus untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi berbanding adik.

Namun ia hanya berdasarkan kaji selidik sahaja, jangan ambil serius sangat okay!

BACA INI JUGA: Sukarnya Melahirkan Anak Di India!

sumber: vanillakismis