Wednesday, March 29, 2017

Juara Taekwondo Cipta Rekod Baru Dunia Pecah Bata Dengan Kepala!


Seorang juara muda taekwondo memecahkan 111 blok bata dengan kepalanya untuk membolehkan namanya tercatat dalam Buku Rekod Dunia Guinness.

Kerim Ahmetspahic

Kerim Ahmetspahic, 16, dari Bosnia, berjaya memecahkan bata itu yang disusun sebaris dalam 16 longgok dan dia hanya mengambil masa 35 saat untuk melakukannya.

Rakaman cabaran yang dilakukan Kerim di bandar Visoko, menunjukkan pemegang tali pinggang hitam itu melompat ke atas bata dengan kepalanya jatuh dahulu untuk memecahkan bata berkenaan.

Seorang juruacara kedengaran mengira jumlah bata yang dipecahkannya sambil penonton bersorak untuk memberi semangat kepada Kerim.

Sebaik dia menamatkan cabaran itu, dewan tempat acara tersebut diadakan bergema dengan sorakan, meraikan kejayaan remaja berkenaan.

Seorang wakil Buku Rekod Dunia Guinness turut hadir untuk menyaksikan rekod baru itu.

BACA INI JUGA: Kisah Tentang Bruce Lee Yang Tidak Semua Orang Tahu

sumber: hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon