Wednesday, November 18, 2015

Freemason, Penipuan Teori Evolusi Darwin Dan Fitnah Dajjal

Freemason, Penipuan Teori Evolusi Darwin Dan Fitnah Dajjal

Zaman batu sebenarnya tidak pernah wujud. Zaman gangsa juga tidak pernah wujud. Zaman 'Paleolitik' hanyalah satu khayalan. Zaman 'Mesolitik' hanyalah satu istilah dongeng.

Penipuan Teori Evolusi

Dan tahukah anda siapa dalang disebalik penipuan sejarah ini? Charles Darwin dan para penyokong teori evolusi.

Teori evolusi hanyalah pembohongan semata-mata. Dan menjadi satu kewajipan untuk mengetahui sejarah sebenar kita.

Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada suatu zaman, akan kedatangan satu fitnah yang paling besar dalam sejarah tamadun manusia, iaitu fitnah Al-Masih Ad-Dajjal.

Suatu zaman dan peluang terbaik untuk Iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka bersama-samanya. Dan zaman itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya sekarang.

Mari tonton video dibawah untuk mengetahui kebenarannya.



BACA INI JUGA: Teori Konspirasi Illuminati Disebalik Filem Minions dan Despicable Me

-SENTIASAPANAS.COM

'Apa Hujah Kamu Bahawa Dia Seorang Ulama?'

'Apa Hujah Kamu Bahawa Dia Seorang Ulama?'

"Apa hujah kamu bahawa si fulan adalah seorang ulama?" Saya selalu tanya soalan ini kepada mereka yang terlalu taksub kepada satu individu.

Xifu Naser

Kalau mengikut Katolik Kristian, jawapannya mudah. Autoriti gereja di Vatican yang memberi tauliah kepadanya sebagai paderi dan pengampun dosa.

Dalam agama Buddha, sami tertinggi dalam Sangha yang mempunyai autoriti kata putus dalam menentukan darjat rohani seseorang. Adakah ini juga pandangan Islam?

"Betulkah dia seorang ulama?" Saya dituduh menghina ulama dengan hanya tanya soalan ini! Sebenarnya, soalan ini sangat penting kerana dua sebab:

Yang pertama, ia mengelakkan diri kita daripada taksub kepada seseorang yang dilabel ‘ulama’.

Ia mengajak kita untuk bermuhasabah kembali pandangan kita mengenai indikator-indikator seorang ulama, dan tidak mengikut sahaja buta tuli.

Penilaian kita terhadap ulama mungkin salah. Kalau kita menolak persoalan ini, ia sebenarnya adalah indikator tahap taksub kita sendiri.

Yang kedua, soalan tersebut sebenarnya menguji sejauh mana kita faham perbezaan Islam dengan agama-agama lain. Adakah Islam juga menyuruh kita ikut sahaja jari telunjuk institusi birokrasi Islam atau autoriti-autoriti agama seperti Katolik Kristian dan Buddhisme?

Apakah hujah yang biasa digunakan untuk buktikan seseorang itu ulama?

Katakan hujahnya ialah, "Dia adalah ulama kerana dia berjaya mendapat tauliah daripada birokrasi pentadbiran Islam." Kalau ini hujahnya, bagaimana kalau timbul persoalan sejauh mana birokrasi itu sendiri adil, tidak prejudis?

Birokrasi adalah di tadbir oleh individu-individu yang berkepentingan. Sejauh mana individu-individu ini tidak dipengaruhi oleh agenda politik atau taksub mana-mana aliran agama?

Katakan hujahnya ialah seseorang individu adalah ulama kerana dia mempunyai ijazah agama. Bagaimana kalau timbul persoalan sejauh mana ilmunya adalah seperti yang digambarkan oleh ijazahnya?

Kita tidak nampak prejudis seseorang melalui ijazahnya. Dia mungkin kuat hafalan, cerdik kumpul nota dan pandai menjawab soalan peperiksaan tetapi bersifat prejudis kepada kitab-kitab tertentu!

Katakan hujahnya pula ialah dia seorang ulama kerana dia ramai pengikut. Bagaimana kalau timbul persoalan bahawa ketua ajaran sesat juga mempunyai ramai pengikut yang sanggup berkorban harta dan nyawa deminya.

Katakan hujahnya ialah dia seorang ulama kerana mempunyai keramat seperti boleh lakukan perkara luar biasa dan halau hantu. Bagaimana kalau timbul persoalan bahawa al-Masih Dajjal pun boleh menghidupkan yang mati!

Katakan hujahnya ialah dia seorang ulama kerana berketurunan Nabi Muhammad SAW. Bagaimana kalau timbul persoalan bahawa Imam Bukhari bukan seorang Arab dan bukan keturunan Nabi?

Katakan hujahnya ialah dia seorang ulama kerana dia dilantik menjadi pengerusi sebuah persatuan ulama.

Bagaimana kalau timbul persoalan bahawa persatuan juga adalah satu daripada jenis birokrasi yang ditadbir oleh insan-insan yang mempunyai kepentingan peribadi? Setiap persatuan adalah dikawal dan disempitkan oleh aliran pemikiran persatuan itu.

Katakan hujahnya ialah dia seorang ulama kerana dia adalah presiden sebuah parti Islam. Bagaimana kalau timbul persoalan bahawa dia dipilih oleh ahli-ahli parti yang jahil ilmu agama!

Katakan pula bahawa dia adalah seorang ulama kerana berserban besar, pandai bernasyid, juara program realiti dakwah, wajahnya yang bercahaya iman, beristeri empat, doanya sentiasa di makbul dan kuburnya satu hari nanti pasti menjadi tempat tabarrok dan tawassul!

Adakah ini tanda pasti bahawa dia adalah seorang ulama yang sejati?

Bagi saya, penilaian ulama bergantung kepada kualiti diri kita sendiri. Kalau kita adalah seorang yang ego, tidak fikir secara mendalam hujah lawan, individu yang kita label sebagai ulama adalah cermin keegoan diri kita sendiri.

Mencari ulama sejati adalah pengembaraan mencari dan membina diri kita. Pengembaraan ini akan lebih membuka mata jika kita tidak taksub kepada penilaian sendiri.

Ya, kita bukan ulama. Tetapi jangan jadikan ia alasan untuk elak kaji semula penilaian kita. Kerana kita bukan ulamalah, maka ada kemungkinan individu yang kita anggap sebagai ulama selama ini adalah sebenarnya ular semak!

Biodata Penulis
Abdul Naser Tun Rahman
Ketua Biro Pendidikan Persatuan Cina Muslim (MACMA)

BACA INI JUGA: Bagaimana Mengenal Penganut Syiah?

Sumber: Sinarharian

Abu Sayyaf Pancung Tebusan Malaysia!

Abu Sayyaf Pancung Tebusan Malaysia!

Kumpulan pengganas Abu Sayyaf dilapor memancung kepala tebusan terakhir yang diculik di sebuah restoran di Sandakan, Sabah pada Mei lalu.

Bernard

Memetik laporan Malaysiakini, Bernard Then Ted Fen dipancung hanya beberapa jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Manila untuk persidangan dua hari Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).

Komander Kumpulan Petugas Bersama Sulu Brigadier, Genera Alan Arrojada mengesahkan jurutera 39 tahun itu dipancung sekitar jam 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, Filipina.

Kejadian itu berlaku seminggu selepas mereka sebelum ini membebaskan seorang tahanan Thien Nyuk Fun, pengurus restoran Ocean King Seafood yang diculik bersama Then.

Kejadian dilaporkan oleh akhbar Singapura Straits Times.

Sementara itu, APEC ke-23 akan bermula esok, yang kebetulan akan turut membincangkan isu serangan pengganas di Paris pada Jumaat lalu.

Dalam perkembangan yang sama, portal Utusan Malaysia Online yang memetik sumber keselamatan berkata, kumpulan pengganas melakukan tindakan kejam itu selepas cuba melarikan diri dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Perkampungan Bud Taran, Indanan, Kepuluan Jolo.

Then yang berasal dari Sarawak dilaporkan dibunuh pada pukul 4.20 petang waktu tempatan.

Menurut portal itu, difahamkan pertempuran itu tercetus ketika tentera Filipina cuma masuk ke kubu kuat kumpulan militan untuk menyelamatkan mangsa culik termasuk Then yang dilaporkan ditembak mati sebelum dipenggal.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitter berkata pihaknya belum dapat mengesahkan nasib Then.

Katanya, pihak berkuasa Filipina dilaporkan bertempur dengan kumpulan penculik di Pulau Jolo, petang tadi.

"Pihak berkuasa Filipina dilaporkan bertempur dengan penculik di Pulau Jolo, petang tadi. @PDRMsia belum dapat sahkan nasib Bernard, rakyat Malaysia,” katanya.

UPDATE

Tentera Filipina Dakwa Gagal Penuhi Wang Tebusan Punca Kepala Tebusan Dipenggal

Memetik mStar, Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Brigadier Jeneral Alan Arrojado berkata kumpulan Abu Sayyaf berpangkalan di Indanan yang diketuai pemimpin Alden Bagade dan Indang Susukan bertanggungjawab memenggal kepala Bernard Then.

Dikatakan selepas gagal mencapai kesepakatan dalam rundingan itu, kepada Then dipenggal pada jam 4 petang dan dikebumikan dengan segera.

Sebelum itu pihak tentera melancarkan serangan udara di wilayah yang dikuasai kumpulan Abu Sayyaf.

BACA INI JUGA: 5 Tajuk Berita Akhbar Paling Menggemparkan Dunia

Sumber: Sinarharian

Tuesday, November 17, 2015

Kenapa Orang Berteriak Ketika Marah?

Kenapa Orang Berteriak Ketika Marah?

Seorang guru berjalan dengan murid-muridnya. Mereka melihat ada dua orang sedang bertengkar dan saling berteriak.

Bertengkar

Guru tersebut berpaling kepada murid-muridnya dan bertanya, "Kenapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?"

Salah seorang murid menjawab, "Kerana mereka hilang sabar, lalu mereka saling berteriakan."

"Tapi, kenapa harus berteriak kepada orang yang ada di hadapan mereka?"

"Bukankah pesanan yang mahu disampaikan boleh diucapkan dengan cara yang lembut dan perlahan?" tanya guru menguji murid-muridnya.

Murid-muridnya pun saling mengadu jawapan, namun tiada satu pun yang mereka sepakati.

Akhirnya, guru itu pun berkata, "Bila dua orang sedang marah, maka hati mereka pun saling menjauh.

"Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka harus berteriak supaya perkataan mereka dapat di dengar.

"Semakin marah, maka akan semakin keras dan kuat teriakannya, kerana jarak antara dua hati semakin jauh.

"Begitu juga sebaliknya, ketika dua orang insan saling jatuh cinta.

"Mereka tidak saling berteriak antara satu dengan yang lain.

"Mereka berbicara lembut kerana hati mereka berdekatan. Jarak antara hati mereka sangat dekat.

"Bila mereka semakin mencintai, mereka tidak lagi berbicara. Mereka hanya berbisik dan saling mendekat dalam kasih-sayang.

"Pada akhirnya, mereka bahkan tidak perlu lagi berbisik. Cukup hanya dengan saling memandang. Itu saja.

"Sedekat itulah dua insan yang saling mengasihi."

Guru itupun memandang murid-muridnya dan mengingatkan dengan lembut.

"Jika terjadi pertengkaran diantara kamu, jangan ucapkan perkataan yang menyebabkan hati kalian menjauh.

"Kerana jika kita biarkan, suatu masa nanti jaraknya tidak akan mampu ditempuhi lagi."

BACA INI JUGA: Rahsia 6 Jenis Perasaan Yang Mempengaruhi Manusia

-SENTIASAPANAS.COM

Panduan Semakan Melalui SMS Dan Online Keputusan UPSR 2015

Panduan Semakan Melalui SMS Dan Online Keputusan UPSR 2015

Semakan Online Dan SMS Keputusan UPSR 2015. Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 boleh disemak melalui SMS bermula jam 10:00 pagi 17 November 2015 sehingga 11:59 malam 23 November 2015.

Semakan sms upsr 2015

Calon juga boleh mendapatkan slip keputusan penuh UPSR daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi.

Ibu bapa dan juga pelajar juga boleh membuat semakan keputusan UPSR secara online. Anda hanya perlu mengikut beberapa langkah mudah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan tersebut.

Semakan Keputusan UPSR 2015 Melalui SMS

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan UPSR 2015 menggunakan khidmat mySMS:

Taipkan: UPSR < jarak > [Angka Giliran]
Contoh: UPSR AZ1122888
Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semakan Keputusan UPSR 2015 Secara Online

Ibu bapa dan penjaga juga boleh membuat semakan keputusan UPSR secara online. Anda hanya perlu mengikut beberapa langkah mudah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan tersebut.

SEMAK SECARA ONLINE DISINI

Semoga berjaya diucapkan buat adik-adik!

BACA INI JUGA: Jangan Seksa Anak Dengan Pendidikan Akademik Terlalu Awal

Monday, November 16, 2015

'Jangan Salahkan Umat Islam'

'Jangan Salahkan Umat Islam'

Tindakan berani seorang penduduk Britain mempertahankan umat Islam daripada dikaitkan dengan tragedi berdarah di Paris, menerusi satu ke­nyataan terbuka mendapat perhatian dan pujian orang ramai.

Leigh Matthews

Menurut laporan portal Mirror, Leigh Matthews berasal dari Cardiff, mengeluarkan kenyataan terbuka dalam laman sosial Facebook dengan menggesa orang ramai agar tidak menyalahkan umat Islam susulan insiden serangan pengganas di Perancis.

Dalam kenyataannya itu, Matthews berkata, pihak yang terlibat dalam serangan di Paris bukan orang Islam tetapi kumpulan pelampau yang menggunakan agama sebagai alasan untuk menghalalkan tindakan pengecut mereka.

“Seluruh dunia perlu bersatu sebagai satu keluarga.

“Kejadian yang berlaku semalam sepatutnya merapatkan jurang antara kita,” katanya.

Kenyataan Matthews itu di­kongsi oleh pengguna Facebook lebih 52,000 kali dan angka tersebut terus meningkat.

Malah keberanian dia mempertahankan Islam mendapat pu­jian pengguna lain seperti Han O’Connor yang bersetuju dengan pendapat Matthews.

“Sentimen yang sangat indah dan baik diluahkan oleh Leigh,” katanya.

BACA INI JUGA: Islam Diperangi Kerana Dolar Dan Minyak!

Sumber: Utusan

Perang Bermula, Jet Pejuang Perancis Serang IS Di Syria!

Perang Bermula, Jet Pejuang Perancis Serang IS Di Syria!

10 jet pejuang Perancis menjatuhkan lebih 20 bom ke penempatan dan kem latihan militan IS di Raqqa, Syria.

Jet+Pejuang+Perancis

"Jet pejuang kami berlepas serentak dari Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan," kata kenyataan dari Kementerian Pertahanan Perancis.

Menurut Dailymail, operasi pengeboman berkenaan yang dilancarkan dengan kerjasama pihak tentera Amerika Syarikat dilaporkan mengebom pusat operasi, depot simpanan senjata dan kem latihan.

Aktivis di Syria pula memberitahu tiada orang awam terkorban setakat ini dan hubungan bekalan air dan elektrik terputus, sekaligus menyebabkan panik.

Operasi pengeboman dijalankan dua hari selepas militan IS mengaku bertanggungjawab melakukan serangan di Paris yang mengorbankan kira-kira 150 orang awam.

'Anonymous' isytihar perangi IS

Anonymous

Sementara itu, kumpulan penggodam yang menggelar diri mereka ‘Anonymous’ dilaporkan telah mengisytiharkan perang terhadap IS selepas serangan di Paris, Jumaat lalu.

Memetik laporan Mirror.co.uk, kumpulan itu yang memuatnaik video di YouTube dengan jurucakapnya yang bertopeng mengugut bahawa ‘Anonymous’ dari seluruh dunia bakal memburu IS.

“Anda patut tahu bahawa kami akan cari anda dan tidak akan melepaskan anda.

“Kami akan lancarkan operasi terbesar terhadap anda. Akan ada serangan siber besar-besaran. Bersedia.

“Orang Perancis lebih kuat dari anda dan akan keluar dari kekejaman ini lebih kuat,” katanya.

Ini bukan ugutan pertama kumpulan penggodam ini terhadap IS.

Kumpulan ini pernah membuat ugutan sama pada Januari lalu selepas serangan Charlie Hebdo, iaitu syarikat akhbar yang menimbulkan kemarahan umat Islam kerana mencetak kembali karikatur Nabi Muhammad SAW pada 2011.

IS dalam satu kenyataan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan yang meragut ratusan nyawa itu.

Media tempatan melaporkan, enam lokasi berasingan menjadi sasaran, meliputi stadium nasional hinggalah ke sebuah restoran piza.

Antara kawasan sasaran ialah dewan konsert Bataclaun, Stade de France, Rue de Charonne, Rue de la Fontaine au Roi, Restoran Casa Nostra dan Boulevard Voltaire.

BACA INI JUGA: Watak Pahlawan Islam Dalam Filem Pirates of The Carribean

Sumber: Sinarharian.com.my

Serangan Di Paris 'Dirancang' Untuk Menghancurkan Syria?!

Serangan Di Paris 'Dirancang' Untuk Menghancurkan Syria?!

Seorang penganalisis politik di Kanada, mendakwa serangan berdarah di Paris berkemungkinan satu operasi false flag iaitu menyalahkan pihak lain atas perbuatan mereka sebagai cara AS dan sekutunya untuk meningkatkan kempen ketenteraan ke atas Syria.

Paris

Siri serangan terancang di Paris menjadi tajuk utama dan muka depan beberapa akhbar Sweden.

Menurut saksi, penyerang ada menyebut 'Allahu Akbar' ketika mereka melancarkan serangan di beberapa lokasi tersebut.

"Hanya kerana seseorang mengucapkan kalimah itu tidak bermakna dia adalah Muslim, ia mungkin satu bentuk propaganda untuk memburukkan orang Islam," kata Edward Corrigan.

Menurutnya, AS dan Perancis mungkin akan menuding jari menyalahkan kerajaan Syria bertanggungjawab ke atas insiden itu.

"Kita akan melihat situasi sama selepas insiden 9/11 yang memberi 'peluang' kepada AS untuk melakukan pencerobohan ke atas Iraq dan menyebabkan lebih sejuta rakyatnya terkorban.

"Sudah semestinya Iraq tidak ada kaitan, namun mereka menjadi 'mangsa' AS untuk melancarkan campur tangan ketenteraan di negara tersebut," jelasnya dalam laporan Press TV.

IS mengaku bertanggungjawab

Susulan kejadian serangan di bandar Paris, lapan penyerang bersenjata dalam serangan yang meragut lebih 150 nyawa terbunuh termasuk tujuh daripadanya yang memakai tali pinggang mengandungi bahan letupan.

Menurut satu sumber yang ada kaitan dengan pasukan penyiasat berkata, empat daripada penyerang terbabit terbunuh di dewan konsert Bataclan, tiga daripadanya dengan mengaktifkan tali pinggang yang mengandungi bahan letupan, manakala seorang lagi ditembak polis manakala tiga lagi mati berhampiran stadium nasional Stade de France.

Penyerang keempat dibunuh di sebatang jalan ke arah timur Paris.

Media tempatan melaporkan, enam lokasi berasingan menjadi sasaran, meliputi stadium nasional hinggalah ke sebuah restoran piza.

Antara kawasan sasaran ialah Dewan Konsert Bataclaun, Stade de France, Rue de Charonne, Rue de la Fontaine au Roi, Restoran Casa Nostra dan Boulevard Voltaire.

Susulan kejadian itu juga Presiden Perancis François Hollande mengisytiharkan darurat di seluruh negara.

IS dalam satu kenyataan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

BACA INI JUGA: 911 Pembohongan Terbesar Amerika Dan Yahudi
BACA INI JUGA: Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?

Sumber: Sinar Harian Online