Sunday, November 15, 2015

Suku Kaum Luarbiasa Yang Kebal Racun Arsenik!

Suku Kaum Luarbiasa Yang Kebal Racun Arsenik!

Sebenarnya, kisah pembunuhan menggunakan racun arsenik bukanlah perkara baru, malah sudah berlaku sejak berkurun lamanya.

Arsenik

Sebagai contoh, Raja Iraq, King Faisal I, General Napoleon Bonaparte, King George III, dipercayai dibunuh menggunakan racun arsenik.

Sekitar abad ke 18, Maharaja kedua terakhir Dinasti Qing, Maharaja Guangxu, ditemui terbunuh dalam keadaan tragik setelah diracun kerabatnya sendiri juga menggunakan racun arsenik yang dicampur dalam semangkuk yogurt.

Racun arsenik juga turut digunakan semasa perang dunia pertama dalam bentuk gas. Mangsa yang terhidu akan mengalami lepuhan teruk sebelum meninggal dunia.

Secara kasarnya, kira-kira 137 juta manusia dilaporkan terbunuh sama ada diracun atau termakan racun merbahaya ini.

Namun, sebaliknya ada satu komuniti puak orang asli di San Antonio de Los Cobres, Argentina.

Mereka sangat luarbiasa kerana kebal terhadap racun arsenik sehingga 20 kali ganda daripada manusia biasa.

Maksudnya, mereka tidak akan mengalamai sebarang kesan walaupun terminum racun arsenik sama ada secara sengaja atau tidak.

Untuk lebih memahami betapa bahayanya racun arsenik, sekiranya anda termakan racun arsenik dalam jumlah sedikit pun, ia boleh menyebabkan kerosakan paru-paru, hati, buah pinggang, jantung, kencing manis, malah boleh menyebabkan kanser.

Apatah lagi jika termakan dalam kuantiti yang banyak, racun arsenik akan melumpuhkan sistem imunisasi tubuh, pendarahan teruk, sawan, koma dan akhirnya membawa maut.

Atacamenos and arsenik

Lebih menggerunkan bagi puak orang asli ini, sumber minuman yang mereka gunakan setiap hari diambil dari sungai yang dicemari racun arsenik.

Kepekatannya bukan 'calang-calang', malah kandungannya mampu membunuh sebarang hidupan dalam masa yang singkat.

Sumber air itulah yang digunakan oleh puak orang asli Atacamenos sejak 11,000 tahun lalu. Ingat! Air beracun itu sangat bahaya untuk manusia seperti kita!

Dari mana datangnya racun arsenik itu?

Racun arsenik yang diminum oleh puak orang asli itu berpunca dari dasar gunung berapi yang dibawa keluar melalui sumber mata air dan mengalir ke sungai-sungai berdekatan.

Racun ini juga terhasil dari kesan aktiviti perlombongan semasa era penjajahan Sepanyol suatu ketika dulu. Dan sebab itulah kepekatan racun pembunuh itu terlalu tinggi.

Lebih mengejutkan, tiada seorang pun dikalangan orang asli ini yang pernah mengambil sebarang ubat-ubatan ataupun peralatan untuk menghindari kesan racun arsenik.

Berdasarkan kajian oleh pakar perubatan, kekebalan itu sebenarnya berasal dari kelainan genetik yang terdapat dalam gen AS3MT puak orang asli itu.

Seramai 346 orang asli Atacamenos telah dikaji keunikan metabolisme tubuh mereka dan hasilnya pengkaji mendapati mutasi dalam genetik mereka yang dipercayai membantu melawan kesan racun arsenik.

Atacamenos and arsenik [2]

Puak orang asli ini sebenarnya memiliki gen yang sama seperti manusia lain, namun kerana terlalu lama berada dikawasan itu, gen mereka telah bermutasi mengikut keadaan semasa.

Perkaran ini dibuktikan melalui kajian yang dijalankan keatas mumia puak Atacamenos yang digali dikawasan tersebut.

Dan akhirnya, keunikan puak orang asli Atacamenos hanyalah salah satu contoh bagaimana hidupan mampu meneruskan hidup dan menyesuaikan diri dalam persekitaran dunia yang beracun.

BACA INI JUGA: Khasiat Buah Tunjuk Langit Sebagai Penawar Mujarab

-SENTIASAPANAS.COM

Menurut Kajian, Tekanan Membuatkan Wajah Hodoh!

Menurut Kajian, Tekanan Membuatkan Wajah Hodoh!

Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar ekologi dari Universiti Dundee, Scotland mendapati, tekanan yang melampau boleh menyebabkan wajah seseorang menjadi hodoh.

Stress

Hal ini kerana mereka yang tertekan akan membebaskan hormon kortisol dalam jumlah yang tinggi sehingga menjadikan wajah menjadi tidak menarik akibat kerutan dan seterusnya kelihatan pucat serta tidak sihat.

Dr. Fhionna Moore yang mengetuai kajian itu berkata, sekiranya kortisol ini dikeluarkan dalam jumlah yang terlalu tinggi, ia juga akan membahayakan kesihatan.

Kajian dijalankan ke atas dua individu dengan mengambil sampel air liur mereka untuk menyukat bilangan kortisol yang dijumpai. Selepas itu, gambar mereka dirakam menggunakan sebuah kamera.

"Kami mendapati, kortisol yang terlalu banyak dalam air liur individu yang tertekan menjadikan wajahnya kelihatan kurang menarik berbanding seorang lagi individu yang jumlah kortisol dalam air liurnya adalah lebih rendah kerana kurang tertekan," katanya.

BACA INI JUGA: Rahsia Membahagiakan Hati Isteri!

Sumber: Kosmo

Saturday, November 14, 2015

Panduan Memuaskan Isteri Walaupun Zakar Kecil

Panduan Memuaskan Isteri Walaupun Zakar Kecil

Bentuk dan saiz fizikal setiap individu adalah berbeza, begitu juga dengan bentuk dan saiz zakar. Persoalannya, bolehkah anda memuaskan isteri walaupun zakar anda kecil? Pada masa sekarang, kita banyak dipengaruhi oleh budaya barat di mana tanggapan bahawa saiz zakar memainkan peranan yang amat penting ketika melakukan hubungan seks.

Zakar Kecil
Gambar hiasan.

Ramai yang percaya bahawa lelaki yang ideal mempunyai saiz zakar yang besar dan dengan saiz zakar yang besar ini mereka akan dapat memuaskan pasangan atau isteri mereka ke tahap maksima.

Ditambah pula dengan pengaruh filem lucah dimana setiap pelakon lelaki filem porno ini mempunyai saiz zakar yang besar.

Benarkah saiz zakar yang besar adalah lebih baik dari saiz zakar yang kecil?

Jawapannya adalah TIDAK BENAR! Pola pemikiran ini harus dihentikan serta merta!

Jika benar lelaki yang mempunyai saiz zakar yang kecil gagal memuaskan isteri mereka di ranjang, ini adalah kerana mereka (lelaki dengan zakar kecil) tidak tahu bagaimana untuk memuaskan pasangan mereka, bukan salah ibu mengandung atau salah saiz zakar.

Kemahiran mendayung adalah sesuatu yang perlu dipelajari, dipraktikkan dan memahirkan diri dengannya, tidak kira saiz zakar anda besar atau kecil.

Mencari Sudut Yang Sesuai

Sudut dayungan dan tikaman zakar adalah amat penting ketika anda melakukan tujahan dan tikaman.

Tambahan lagi jika saiz zakar anda kecil. Apa yang anda perlu tahu ialah setiap wanita mempunyai satu titik inzal yang dinamakan dengan titik G-Spot.

Di manakah lokasi titik inzal atau titik G-Spot?

Ramai pakar yang beranggapan titik G-Spot ini terletak di dinding atas faraj, berhampiran pintu masuk faraj.

Malangnya lokasi titik G-Spot untuk setiap wanita adalah berbeza, jadi anda perlu melakukan eksperimen untuk mencari titik G-Spot isteri anda.

Mulakan mencari titik G-Spot isteri anda dengan jari anda. Sebelum mendayung iaitu ketika foreplay, gunakan jari anda untuk menerokai lubang faraj isteri anda dan perlahan tanya kepada isteri anda di mana lokasi yang beliau rasakan amat nikmat ketika jari anda menyentuh bahagian dalam farajnya.

Gerakkan jari anda perlahan-lahan ke seluruh bahagian dalam faraj isteri anda dan minta beliau maklumkan kepada anda apabila jari anda bertemu dengan bahagian yang beliau rasakan berbeza kesedapannya dengan bahagian yagn lain.

Lakukan simulasi dengan jari pada bahagian tersebut dan lihat sama ada benar isteri ada dapat menahan kesedapan sehingga terpancut atau tidak.

Di situlah titik inzal atau titik G-Spot isteri anda!

Bagaimana untuk menggunakan simulasi G-Spot ini ketika mendayung?

Anda harus mencari posisi seks yang sesuai dengan fizikal anda dan isteri untuk memastikan zakar anda melakukan simulasi sepenuhnya pada titik inzal/G-Spot isteri anda ketika mendayung dan melakukan tikaman.

Mungkin sekadar posisi missionary sesuai untuk zakar anda menujah titik G-Spot isteri anda, atau mungkin juga posisi Doggy adalah terbaik untuk anda dan isteri.

Tetapi anda tidak akan tahu jika anda tidak mencuba!

Anda boleh melakukan eksperimen posisi manakah yang sesuai untuk melakukan simulasi G-Spot pada isteri anda.

Ingat, yang penting ialah kemahiran, bukannya saiz zakar!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: tpi

Bermula Di Sebuah Garaj, Kini Perniagaan Ini Mendapat Keuntungan 47 Bilion!

Bermula Di Sebuah Garaj, Kini Perniagaan Ini Mendapat Keuntungan 47 Bilion!

Tahun 2015 belum berakhir lagi, tetapi bagi Amazon.com, gudang mereka sudah mulai sibuk dan perlu menguruskan pelbagai tempahan.

Amazon+Great+History

Sebagai laman web yang satu ketika dulu bermula dengan menjual buku di internet tetapi kini telah berkembang dan menjual berbagai jenis barangan, ketibaan bulan Oktober memberi makna mereka bakal sibuk berkali ganda daripada bulan-bulan sebelumnya.

Malahan di ketika ini, ribuan pekerja Amazon mula melakukan kerja-kerja membungkus berjuta-juta tempahan runcit daripada pelanggan laman web gergasi ini.

Untuk mengendalikan tempahan yang meningkat secara mendadak setiap kali menjelang perayaan Krismas, Amazon mempunyai lebih daripada 80 pusat pengedaran yang mana jika ia diletak dan disusun bersama akan menghasilkan keluasan lebih daripada 700 rakaman di Madison Square Gardens, dan dapat menahan lebih banyak air daripada 10,000 kolam renang di sukan Olimpik.

Dan kesibukan ini tidak hanya terhenti pada bulan ini saja tetapi berterusan sehingga ke akhir tahun.

Gambar berikut menunjukkan suasana di 5 gudang Amazon yang terletak di USA, UK, Kanada, Jerman dan Poland. Angka-angka yang diberikan di dalam artikel adalah daripada data statistik yang dikumpulkan oleh statista.com, DMR dan Michael Hyatt.

Kotak-kotak bungkusan tempahan inilah yang telah menyumbang kepada pendapatan bersih Amazon di peringkat global sebanyak £47 bilion.

Amazon

Kesemua tempahan dikendalikan oleh pekerja Amazon yang berjumlah lebih daripada 100,000 orang.

Amazon [2]

Tugas mereka meliputi pembungkusan semua jenis tempahan. Kos penghantaran saja sudah mencecah £2 billion (pound).

Amazon [3]

Nilai transaksi jualan yang berlaku telah menyumbang kepada nilai jenama Amazon sebanyak £28 bilion.

Amazon [4]

Setiap bulan lebih daripada 160 juta pelawat mengujungi website Amazon.com

Amazon [5]

Trafik ke website Amazon yang tinggi setiap bulan telah menyumbang kepada peningkatan perolehan sebanyak 22% setiap tahun.

Amazon [6]

Di Amerika Syarikat, capaian pengguna dalam talian Amazon.com ialah 72%.

Amazon [7]

Para pekerja sedang membantu membungkus tempahan dari web yang besar ini.

Amazon [8]

Bila website Amazon.com mengalami masalah, ia adalah perkara buruk bukan saja bagi warga kerja tetapi juga pelanggan mereka.

Amazon [9]

Pada tahun 2013 website Amazon.com pernah down selama 49 minit. Akibatnya mereka mencatat kerugian berjumlah £3.6 juta

Amazon [10]

Ramai pelanggan mereka yang kecewa sewaktu insiden tersebut berlaku.

Amazon [11]

Terutama bagi 20 juta ‘prime users’ Amazon.

Amazon [12]

Prime Service merupakan perkhidmatan/servis penghantaran dengan kadar yang lebih cepat. Adakala penghantaran dibuat pada hari yang sama tempahan diterima.

Amazon [13]

Di masa depan, tidak mustahil jika ada antara tempahan pelanggan mereka yang dihantar menggunakan drone.

Amazon [14]

Pada tahun lepas saja, jualan di Amazon Marketplace telah mencatatkan jualan berjumlah 1 billion.

Amazon [15]

Pada jualan Cyber Monday di tahun 2013, 426 barangan terjual setiap saat di Amazon.

Amazon [16]

Meskipun mempunyai bilangan pekerja dan kakitangan yang ramai, robot juga masih tetap digunakan untuk melancarkan kerja agar tempahan yang diterima dapat diproses dengan lebih pantas.

Amazon [17]

Menjelang akhir tahun ini, dijangkan Amazon akan mempunyai lebih daripada 10,000 robot.

Amazon [18]

Siapa sangka perniagaan yang satu ketika dulu dimulakan oleh seorang pemuda di sebuah garaj di Washington akan membesar seperti ini.

Amazon [19]

Jess Bezoss memulakan Amazon pada tahun 1994 sebagai laman web menjual buku.

Amazon [20]

Kini beliau menerajui sebuah syarikat yang menerima pelanggan dan pelawat unik 5 kali ganda lebih ramai daripada eBay.

Amazon [21]

Dan sehingga kini Amazon masih tidak hilang identiti sebagai website menjual buku.

Amazon [22]

Kerana setiap tahun jualan buku saja telah menyumbang berbilion keuntungan.

Amazon [23]

Bagi tahun 2015 sahaja, keuntungan daripada jualan buku terus meningkat melalui platform Kindle yang disediakan oleh Amazon.

Amazon [24]

Lebih daripada 70,000 buku di Kindle ditawarkan dalam bahasa Sepanyol sahaja. Belum lagi dikira buku-buku yang ditawarkan dalam bahasa Inggeris yang jumlahnya tentulah berlipat kali ganda.

Amazon [25]

Pada suku pertama pada tahun 2013, 5.8 juta tempahan buku diterima di Kindle.

Amazon [26]

Dan ini menjadikan 7.6% daripada keseluruhan pasaran pada suku tahun yang sama.

Amazon [27]

Kebanyakan daripada buku-buku dibaca di Kindle Fire.

Amazon [28]

Jumlah buku yang berjaya dijual pada tahun 2013 saja adalah sebanyak 9 juta.

Amazon [29]

Terdapat 600,000 ebook di ruangan tanpa had di perpustakaan Kindle di Amazon.

Amazon [30]

Penganalisis Michael Hyatt menjelaskan Amazon Kindle Fire menerima kira-kira 50,000 pra-tempahan setiap hari.

Amazon [31]

Hampir 2 kali ganda melebihi jualan daripada Apple iPad.

Amazon [32]

Sementara platform S3 cloud pula membenarkan setiap pengguna menyimpan 82 buah buku.

Amazon [33]

Jumlah buku yang banyak ini jika dibuat perbandingan mampu menyelamatkan hutan bersaiz 2 kali ganda daripada hutan terbesar di Alaska.

Amazon [34]

Meskipun pernah berlaku kontroversi apabila Amazon menjual Kindles pada kadar harga rugi sebanyak 3 pound.

Amazon [35]

Yang merupakan kerugian yang mereka mampu tanggung

Amazon [36]

Pendapatan tahunan Amazon adalah lebih besar daripada KDNK separuh negara di dunia.

Amazon [37]

Antaranya adalah seperti negara Honduras, Rwanda, dan juga Iceland.

Amazon [38]

Inilah pencapaian Amazon yang mengagumkan kini.

Amazon [39]

BACA INI JUGA: Inilah Kedai Buku Paling Memukau Mata Di Dunia

Sumber: Thevocket

Friday, November 13, 2015

Memalukan Bila Budak Sekolah Ajar ‘Step’ Buat 'Asmara'!

Memalukan Bila Budak Sekolah Ajar ‘Step’ Buat 'Asmara'!

Rasa nak menangis tengok perangai budak-budak sekolah zaman sekarang. Mana tidaknya, baharu berusia belasan tahun sudah berani mengajar rakan mengenai cara-cara melakukan seks.

Budak+Rosak+Akhlak

Lebih mengejutkan, ilmu seks itu dihebahkan oleh seorang pelajar perempuan yang bertudung litup dalam sebuah sekolah menengah.

Buktinya, lihat video yang dirakam oleh rakannya ini. Tak senonoh dan langsung tidak tahu malu!

Menerusi video berdurasi 17 saat itu, pelajar berkenaan dilihat memegang telefon bimbit yang tertera dengan imej aksi-aksi lucah sambil mendedahkan cara-cara melakukan seks.

Antara ayat yang disebut oleh pelajar tersebut adalah, “raba-raba” dan “korek-korek” sambil melakonkan aksi sedang bermain seks.

Kelakuan pelajar perempuan ini ternyata mengundang kritikan sebaik sahaja ianya tersebar.

Semoga perkara ini disiasat oleh pihak kementerian pendidikan agar kejadian sama tidak berulang.

BACA INI JUGA: Benarkah Makanan Mempengaruhi Akhlak Kita?



Sumber: mynewshub

Polis Keningau Tahan Reman Wanita Sebar Maklumat Palsu Di Facebook!

Polis Keningau Tahan Reman Wanita Sebar Maklumat Palsu Di Facebook!

Seorang wanita berumur 23 tahun telah ditahan reman untuk siasatan maklumat palsu yang disiarkan dalam laman media sosial.

Penyebar+Fitnah
Douglas dalam sidang media tentang kes suspek (gambar kecil).

Menurut Ketua Polis daerah Keningau, Douglas Nyeging Taong, wanita itu telah menyebarkan berita kononnya hampir berlaku penculikan keatas adik sepupunya di Kg Jaya Baru, Keningau, Sabah, pada Nov 8.

Wanita itu, ibu pada tiga orang anak dan tidak berkerja mengaku bahawa semua yang disebarkan di laman sosial Facebook adalah tidak benar.

Menurut Douglas, wanita tersebut akan dituduh atas seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan menyebarkan maklumat palsu dan dibacakan bersama seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kegusaran dan mengganggu ketenteraman awam.

“Saya harap orang ramai tidak menyebarkan berita palsu atau apa juga berita yang belum sahih di multimedia sosial untuk mengelakan kegusaran pada orang awam,” katanya. -CA/Sayangsabah

BCACA INI JUGA: Menjana Dosa Multi Level Marketing Melalui WhatsApp!

Membaca Surah Selepas Al-Fatihah, Adakah Makmum Dituntut Membacanya?

Membaca Surah Selepas Al-Fatihah, Adakah Makmum Dituntut Membacanya?

Membaca surah selepas Surah Al Fatihah dalam sembahyang merupakan sunat hai'at yang disunatkan sebagai ittiba' (mengikut) perbuatan Nabi SAW.

Al-Fatihah

Bahkan menurut kebanyakan ulama dalam mazhab asy-Syafi'e, meninggalkan membaca surah selepas Surah Al Faatihah adalah makruh.

Maka adalah sunat membaca surah selepas Surah Al Fatihah bagi imam dan munfarid (orang yang bersembahyang seorang diri), sama ada dalam sembahyang jahr, iaitu sembahyang yang dinyaringkan bacaan atau sembahyang sirr, iaitu sembahyang yang diperlahankan bacaan.

Oleh yang demikian, sunat hukumnya membaca surah selepas Surah Al Fatihah dalam sembahyang dua rakaat, sama ada sembahyang fardhu seperti Sembahyang Jumaat dan Sembahyang Fardhu Subuh atau sembahyang sunat seperti Sembahyang Sunat Subuh, Sembahyang Sunat Hari Raya dan lainnya.

Begitu juga disunatkan membaca surah selepas Surah Al Fatihah pada dua rakaat yang pertama daripada sembahyang empat rakaat, iaitu Sembahyang Fardhu Zuhur, Asar dan Isyak serta pada dua rakaat yang pertama daripada sembahyang tiga rakaat, iaitu Sembahyang Fardhu Maghrib.

Adapun dalam Sembahyang Jenazah pula, maka tidak disunatkan untuk membaca surah selepas Surah Al Fatihah bahkan hukumnya adalah makruh.

Disyaratkan bahawa surah tersebut hendaklah dibaca selepas Surah Al Fatihah. Sekiranya ia dibaca sebelum Surah Al Fatihah maka hukumnya adalah makruh serta bacaan tersebut tidak dikira kerana ia bertentangan dengan sunnah.

Oleh itu, hendaklah dia mengulang kembali bacaan surah tersebut selepas dia selesai membaca Surah Al Fatihah.

Kadar Yang Memadai Bagi Bacaan Surah Selepas Surah Al Fatihah Dalam Sembahyang

Tuntutan sunat membaca sesuatu ayat atau surah daripada Al-Qur'an selepas Surah Al Fatihah itu dapat dicapai dengan hanya membaca satu ayat sahaja daripada Al-Qur'an. Bagaimanapun, yang afdhalnya adalah sebanyak tiga ayat.

Akan tetapi satu surah yang lengkap, sekalipun surah yang pendek, adalah lebih afdhal dibaca daripada membaca sebahagian ayat sahaja daripada surah yang panjang (jika tidak dibaca keseluruhannya).

Ini kerana apabila dibaca sebahagian ayat sahaja dari surah yang panjang, boleh jadi dia waqaf (memberhentikan) di tempat yang tidak diharuskan waqaf, dan ini boleh memutuskan ayat Al-Qur'an yang mempunyai kaitan dengan ayat yang selepasnya.

Sekiranya seseorang membaca satu surah yang sama pada rakaat pertama dan rakaat kedua, misalnya pada rakaat pertama dia membaca Surah Adh Dhuha, kemudian pada rakaat kedua dia mengulang kembali Surah Adh Dhuha itu, maka yang demikian itu adalah memadai dan tercapai tuntutan sunat itu walaupun dia hafaz surah-surah yang lain.

Adapun membaca Surah Al Fatihah bagi menggantikan surah-surah tersebut menurut ulama adalah tidak memadai dan tidak terhasil tuntutan sunat tersebut.

Dikecualikan dalam hal ini sekiranya orang tersebut tidak hafaz selain daripada Surah Al Fatihah. Maka dalam hal ini, tuntutan sunat tersebut terhasil dan tercapai dengan mengulang Surah Al Fatihah itu sebagai ganti surah-surah tersebut. Inilah pendapat yang tepat dan dipilih dalam mazhab asy-Syafi'e.

Tuntutan Membaca Surah Selepas Surah Al Faatihah Bagi Makmum

Tuntutan untuk membaca surah selepas Surah Al Faatihah ke atas makmum berbeza dalam sembahyang jahr, iaitu sembahyang yang dinyaringkan bacaan dengan sembahyang sirr, iaitu sembahyang yang diperlahankan bacaan.

Begitu juga terdapat beza hukum dalam permasalahan ini bagi makmum yang masbuq. Penjelasannya adalah seperti berikut:

(1) Dalam Sembahyang Jahr

(i) Makmum dapat mendengar bacaan imam.

Tidak disunatkan ke atas makmum untuk membaca surah selepas Surah Al Fatihah dalam sembahyang jahr jika makmum itu dapat mendengar bacaan imam. Bahkan makmum dituntut dan disunatkan untuk mendengar bacaan imam.

Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Aa'raf ayat 204:

Tafsirnya: “Dan apabila Al-Qur'an itu dibacakan, maka dengarkanlah ia (dengan teliti) serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-A'raf : 204)

Jika dia membaca juga maka ini tidaklah membatalkan sembahyang akan tetapi hukumnya adalah makruh.

Walau bagaimanapun, membaca surah selepas Surah Al Fatihah dalam sembahyang jahr yang bacaan imamnya dapat didengar oleh makmum boleh menjadi haram ke atas makmum sekiranya bacaan makmum itu boleh mengganggu jemaah lain.

(ii) Makmum tidak dapat mendengar bacaan imam.

Sekiranya makmum tidak dapat mendengar bacaan imam dalam sembahyang jahr, misalnya kerana jauh daripada imam, ataupun imam memperlahankan bacaannya dalam sembahyang jahr itu, atau makmum tidak dapat mendengar bacaan imam dengan jelas (sehingga tidak dapat membezakan antara huruf-hurufnya), ataupun makmum tidak dapat mendengar bacaan imam dengan baik kerana masalah pendengaran, maka dalam hal ini dituntut ke atas makmum untuk membacanya. Bagaimanapun, hendaklah makmum tersebut membaca secara sirr sahaja kerana makmum ditegah daripada membaca secara jahr di belakang imamnya.

(2) Sembahyang sirr

Adapun dalam sembahyang sirr pula, maka makmum dituntut untuk membaca surah selepas Surah Al Fatihah kerana dalam sembahyang sirr makmum tidak dapat mendengar bacaan imam.

Walau bagaimanapun, sekiranya imam membaca secara jahr dalam sembahyang yang sepatutnya dibaca secara sirr, contohnya imam membaca secara jahr dalam Sembahyang Fardhu Zuhur, maka dalam hal ini makmum tidak disunatkan untuk membaca surah selepas Surah Al Fatihah, bahkan makmum dituntut untuk mendengar bacaan imam sepertimana dalam keadaan sembahyang jahr.

(3) Bacaan Surah Selepas Surah Al Faatihah Bagi Makmum Yang Masbuq

(i) Makmum yang tidak sempat mengerjakan rakaat pertama dan rakaat kedua bersama imam dalam Sembahyang Fardhu Zuhur atau Isyak misalnya, adalah disunatkan untuk membaca surah selepas Surah Al Fatihah pada rakaat terawal yang didapatinya bersama imam.

Sebagai contoh, seorang makmum baru mengikuti jemaah sedangkan imam sudah berada pada rakaat ketiga dalam Sembahyang Fardhu Zuhur atau Isyak.

Maka dalam hal ini, sunat makmum yang masbuq itu membaca surah selepas Surah Al Fatihah pada rakaat yang pertama dan kedua yang dikerjakannya bersama imam (rakaat ketiga dan keempat bagi imam). Perkara ini boleh dilakukan jika makmum yang masbuq itu berkesempatan membacanya pada rakaat tersebut.

Sekiranya dia tidak ada kesempatan untuk membacanya, maka dia boleh menqadha bacaan surah selepas Surah Al Fatihah itu secara sirr pada baki rakaat yang ada selepas imam memberi salam (rakaat ketiga dan rakaat keempat bagi makmum masbuq). Ini bagi menjaga serta memastikan sembahyangnya itu tidak kosong daripada surah tanpa sebarang keuzuran.

(ii) Dalam Sembahyang Fardhu Maghrib pula, sekiranya seorang makmum baru mengikuti jemaah sedangkan imam sudah berada pada rakaat ketiga, lalu dia tidak dapat membaca surah selepas Surah Al Fatihah dalam rakaat yang dikerjakannya bersama imam itu (rakaat pertama bagi makmum masbuq dan rakaat terakhir bagi imam), kemudian selepas imam memberi salam, dia tidak juga membaca surah selepas Surah Al Fatihah pada rakaat kedua yang dikerjakannya secara bersendirian, maka menurut Imam as-Sayyid al-Bakri Rahimahullah, sunat dia membaca dua surah pada rakaat ketiga yang dikerjakannya sebagai ganti bacaan surah yang tidak dibacanya pada rakaat yang pertama dan kedua.

(iii) Sekiranya makmum yang masbuq itu mendapati imam dalam keadaan dia tidak sempat membaca Surah Al Fatihah, contohnya dia mula mengikuti imam semasa imam sedang rukuk pada mana-mana rakaat sembahyang, maka dengan sendirinya bacaan surah selepas Surah Al Faatihah juga terlepas daripada tanggungan makmum sepertimana halnya bacaan Surah Al Fatihah terlepas daripada tanggungan makmum dan ditanggung oleh imam. Maka dari itu, dia tidak lagi dituntut untuk membaca surah selepas Surah Al Fatihah bagi rakaat tersebut dan dia tidak perlu menqadhanya pada rakaat yang lain.

Demikian beberapa penjelasan tentang hukum membaca surah selepas Surah Al Fatihah bagi makmum. Semoga ia akan menambahkan lagi ilmu kita mengenai ibadat sembahyang agar kita dapat menunaikan segala tuntutannya, sama ada yang wajib ataupun yang sunat dengan sempurna sepertimana yang dituntut oleh syarak.

BACA INI JUGA: Makruh Solat Ketika Azan

Sumber: Pelitabrunei

Satu Kata Yang Kita Selalu Ingat Namun Kurang Dimaknai

Satu Kata Yang Kita Selalu Ingat Namun Kurang Dimaknai

Ada satu kata yang kita sering melupakannya. Satu kata yang kita selalu ingat, namun terkadang kurang dimaknai.

Kufur nikmat

Bahkan, ada yang tidak memaknainya sama sekali! Padahal satu kata ini, dilupakan ataupun diingat, disedari atau pun tidak disedari, akan selalu wujud dalam kehidupan kita.

Satu kata, yang bukan hanya ada pada diri kita sendiri, tapi berada di sekeliling kita.

Apabila satu kata ini dimanfaatkan dengan baik, tentu akan mendatangkan berjuta malah berlipat-lipat lebih kebaikan pula.

Dan satu kata itu, tiada lain dan tiada bukan adalah NIKMAT!

Pembaca sekalian, pernahkah kita bertanya berapa harga Oksigen di hospital atau farmasi? Jika belum, harganya adalah lebih kurang RM10 bagi setiap liter..

Pernahkah kita bertanya harga Nitrogen pula? Harganya adalah lebih kurang RM3 bagi setiap liter..

Dan tahukah anda semua, dalam sehari manusia menghirup 2,880 liter oksigen dan 11,376 liter nitrogen!

Apabila semuanya dinilai dalam bentuk wang, maka nilai oksigen dan nitrogen yang kita hirup akan mencapai harga RM28,880 (oksigen) dan RM34,128 (nitrogen) sehari!

Dalam masa satu hari saja kita menggunakan oksigen dan nitrogen bernilai RM63,008! Dalam setahun kita sepatutnya membayar sekitar RM22,997,920 untuk memperoleh kedua nikmat yang amat diperlukan oleh manusia untuk terus bernyawa.

Orang paling kaya di dunia ini pun tidak akan sanggup membiayai harga hidupnya dan Maha Kaya ALLAH yang memberikan kepada kita segalanya secara PERCUMA tanpa sebarang bayaran!

Dan itu baru membicarakan tentang udara segar untuk terus bernyawa! Belum lagi menyentuh keseluruhan nikmat Allah!

Ya ALLAH, sungguh kami telah menzalimi diri kami sendiri dengan kezaliman yang banyak, sedangkan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka itu ampunilah kami dengan suatu pengampunan dari sisi-MU, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Mengeluh dan lupa bersyukur

Mudah mengeluh dan tidak bersyukur, sering menjadi bayangan kita. Ada beribu nikmat yang ALLAH berikan kepada kita sejak lahir di muka bumi ini hingga ke saat ini, sudahkah kita menjadi hamba-hambaNYA yang bersyukur?

Imam Ibnu Rajab mengatakan bahawa bersyukur itu dengan hati, lisan dan anggota badan. Maksudnya seperti ini:

1. Syukur dengan HATI; mengakui nikmat tersebut dari Sang Pemberi Nikmat, benar-benar penuh ketulusan serta keyakinan mengakui dan bukan hanya sekadar mengucapkannya.

2. Syukur dengan LISAN; misalnya dengan memuji ALLAH dengan hamdalah, juga membicarakan nikmat tersebut, ALLAH Subhanahu wa Ta’ala berfirman (ertinya), “dan terhadap nikmat Rabb-mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutNYA (dengan bersyukur)” (QS. adh-Dhuhaa: 11)

3. Syukur dengan ANGGOTA BADAN; iaitu tidak menggunakan nikmat tersebut, kecuali dalam rangka ketaatan kepada ALLAH Ta’ala. Dengan kata lain, justeru syukur dengan anggota badan inilah merupaka pembuktian syukur yang sesungguhnya. Bagaimana hamba tersebut selalu ingin menjalankan perintah-NYA dan menjauhi larangan-NYA.

Sekarang giliran kita bertanya kepada diri kita sendiri!

Apdakah kita telah bersyukur dengan sebenar-benarnya? Telah mencintai ALLAH dengan sejujur-jujurnya?

Adakah kesyukuran tersebut mempengaruhi hati, lisan, serta akhlak kita?

Lalu apa jadinya ketika kita mempergunakan segala kemudahan dan nikmat yang telah ALLAH berikan ini di jalan maksiat, jalan yang ALLAH murkai?

Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang maksudnya, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur, pasti Aku akan tambah nikmatKu, tapi bila kalian kufur akan nikmatKu, maka sesungguhnya azab-KU sangat pedih.”

BACA INI JUGA: Perkara Biasa Yang Sebenarnya Luar Biasa