Nov 16, 2015

'Jangan Salahkan Umat Islam'

Tindakan berani seorang penduduk Britain mempertahankan umat Islam daripada dikaitkan dengan tragedi berdarah di Paris, menerusi satu ke­nyataan terbuka mendapat perhatian dan pujian orang ramai.

Leigh Matthews

Menurut laporan portal Mirror, Leigh Matthews berasal dari Cardiff, mengeluarkan kenyataan terbuka dalam laman sosial Facebook dengan menggesa orang ramai agar tidak menyalahkan umat Islam susulan insiden serangan pengganas di Perancis.

Dalam kenyataannya itu, Matthews berkata, pihak yang terlibat dalam serangan di Paris bukan orang Islam tetapi kumpulan pelampau yang menggunakan agama sebagai alasan untuk menghalalkan tindakan pengecut mereka.

“Seluruh dunia perlu bersatu sebagai satu keluarga.

“Kejadian yang berlaku semalam sepatutnya merapatkan jurang antara kita,” katanya.

Kenyataan Matthews itu di­kongsi oleh pengguna Facebook lebih 52,000 kali dan angka tersebut terus meningkat.

Malah keberanian dia mempertahankan Islam mendapat pu­jian pengguna lain seperti Han O’Connor yang bersetuju dengan pendapat Matthews.

“Sentimen yang sangat indah dan baik diluahkan oleh Leigh,” katanya.

BACA INI JUGA: Islam Diperangi Kerana Dolar Dan Minyak!

Sumber: Utusan

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

Ya,memang tidak pelik kerana itulah ajaran kristian yg mengasihi musuh dan berdoa kepada mereka.Tapi sekiranya kejadian itu sebaliknya,"adakah muslim juga berkata demikian?"

Ya..itulah Ajaran Islam. Tidak kah kamu tahu bahawa Islam mengajar kasih sayang dan jika seorang Islam itu membunuh orang yang tidak bersalah umpama membuat dosa membunuh seluruh manusia? Itu yg terdapat dlm Al-Quran.

Sebagai Contoh :
"Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkanketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.

Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin."

Agama buka ajar kita nak berperang. Nafsu manusia sikap amarah yang membuak tamak haloba segalanya berkecamuk. Lalu persalahkan agama yang dianuti...sedih ..Dunia dah akhir zaman..penuh titisan darah nywa jadi taruhan..

Jika agama adalah keganasan, Amerika Syarikat membunuh lebih 1 juta penduduk tidak bersalah ketika pencerobohan di Iraq sahaja! Patutkah kita mengatakan Kristian adalah agama pengganas nombor satu? Walhal, ini semua adalah rancangan licik kumpulan Dajjal tertentu untuk memporak-perandakan agama Yahudi, Kristian dan Islam. Buka mata dan buka hati..:)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon