Wednesday, November 18, 2015

Abu Sayyaf Pancung Tebusan Malaysia!


Kumpulan pengganas Abu Sayyaf dilapor memancung kepala tebusan terakhir yang diculik di sebuah restoran di Sandakan, Sabah pada Mei lalu.

Bernard

Memetik laporan Malaysiakini, Bernard Then Ted Fen dipancung hanya beberapa jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Manila untuk persidangan dua hari Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).

Komander Kumpulan Petugas Bersama Sulu Brigadier, Genera Alan Arrojada mengesahkan jurutera 39 tahun itu dipancung sekitar jam 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, Filipina.

Kejadian itu berlaku seminggu selepas mereka sebelum ini membebaskan seorang tahanan Thien Nyuk Fun, pengurus restoran Ocean King Seafood yang diculik bersama Then.

Kejadian dilaporkan oleh akhbar Singapura Straits Times.

Sementara itu, APEC ke-23 akan bermula esok, yang kebetulan akan turut membincangkan isu serangan pengganas di Paris pada Jumaat lalu.

Dalam perkembangan yang sama, portal Utusan Malaysia Online yang memetik sumber keselamatan berkata, kumpulan pengganas melakukan tindakan kejam itu selepas cuba melarikan diri dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Perkampungan Bud Taran, Indanan, Kepuluan Jolo.

Then yang berasal dari Sarawak dilaporkan dibunuh pada pukul 4.20 petang waktu tempatan.

Menurut portal itu, difahamkan pertempuran itu tercetus ketika tentera Filipina cuma masuk ke kubu kuat kumpulan militan untuk menyelamatkan mangsa culik termasuk Then yang dilaporkan ditembak mati sebelum dipenggal.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitter berkata pihaknya belum dapat mengesahkan nasib Then.

Katanya, pihak berkuasa Filipina dilaporkan bertempur dengan kumpulan penculik di Pulau Jolo, petang tadi.

"Pihak berkuasa Filipina dilaporkan bertempur dengan penculik di Pulau Jolo, petang tadi. @PDRMsia belum dapat sahkan nasib Bernard, rakyat Malaysia,” katanya.

UPDATE

Tentera Filipina Dakwa Gagal Penuhi Wang Tebusan Punca Kepala Tebusan Dipenggal

Memetik mStar, Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Brigadier Jeneral Alan Arrojado berkata kumpulan Abu Sayyaf berpangkalan di Indanan yang diketuai pemimpin Alden Bagade dan Indang Susukan bertanggungjawab memenggal kepala Bernard Then.

Dikatakan selepas gagal mencapai kesepakatan dalam rundingan itu, kepada Then dipenggal pada jam 4 petang dan dikebumikan dengan segera.

Sebelum itu pihak tentera melancarkan serangan udara di wilayah yang dikuasai kumpulan Abu Sayyaf.

BACA INI JUGA: 5 Tajuk Berita Akhbar Paling Menggemparkan Dunia

Sumber: Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon