Nov 16, 2015

Perang Bermula, Jet Pejuang Perancis Serang IS Di Syria!

10 jet pejuang Perancis menjatuhkan lebih 20 bom ke penempatan dan kem latihan militan IS di Raqqa, Syria.

Jet+Pejuang+Perancis

"Jet pejuang kami berlepas serentak dari Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan," kata kenyataan dari Kementerian Pertahanan Perancis.

Menurut Dailymail, operasi pengeboman berkenaan yang dilancarkan dengan kerjasama pihak tentera Amerika Syarikat dilaporkan mengebom pusat operasi, depot simpanan senjata dan kem latihan.

Aktivis di Syria pula memberitahu tiada orang awam terkorban setakat ini dan hubungan bekalan air dan elektrik terputus, sekaligus menyebabkan panik.

Operasi pengeboman dijalankan dua hari selepas militan IS mengaku bertanggungjawab melakukan serangan di Paris yang mengorbankan kira-kira 150 orang awam.

'Anonymous' isytihar perangi IS

Anonymous

Sementara itu, kumpulan penggodam yang menggelar diri mereka ‘Anonymous’ dilaporkan telah mengisytiharkan perang terhadap IS selepas serangan di Paris, Jumaat lalu.

Memetik laporan Mirror.co.uk, kumpulan itu yang memuatnaik video di YouTube dengan jurucakapnya yang bertopeng mengugut bahawa ‘Anonymous’ dari seluruh dunia bakal memburu IS.

“Anda patut tahu bahawa kami akan cari anda dan tidak akan melepaskan anda.

“Kami akan lancarkan operasi terbesar terhadap anda. Akan ada serangan siber besar-besaran. Bersedia.

“Orang Perancis lebih kuat dari anda dan akan keluar dari kekejaman ini lebih kuat,” katanya.

Ini bukan ugutan pertama kumpulan penggodam ini terhadap IS.

Kumpulan ini pernah membuat ugutan sama pada Januari lalu selepas serangan Charlie Hebdo, iaitu syarikat akhbar yang menimbulkan kemarahan umat Islam kerana mencetak kembali karikatur Nabi Muhammad SAW pada 2011.

IS dalam satu kenyataan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan yang meragut ratusan nyawa itu.

Media tempatan melaporkan, enam lokasi berasingan menjadi sasaran, meliputi stadium nasional hinggalah ke sebuah restoran piza.

Antara kawasan sasaran ialah dewan konsert Bataclaun, Stade de France, Rue de Charonne, Rue de la Fontaine au Roi, Restoran Casa Nostra dan Boulevard Voltaire.

BACA INI JUGA: Watak Pahlawan Islam Dalam Filem Pirates of The Carribean

Sumber: Sinarharian.com.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon