Sunday, October 04, 2015

Baby Angelito, Bayi Pelik Lahir Dengan Hidung Sesungut

Baby Angelito, Bayi Pelik Lahir Dengan Hidung Sesungut

Seorang bayi lelaki di Chimbote, Peru, yang mempunyai kecacatan genetik dilahirkan dengan dua lubang hidung yang terkeluar dari mukanya.

Baby Angelito

Selain kecacatan pada hidung, bayi yang dinamakan Baby Angelito itu dilahirkan sihat tanpa sebarang masalah kesihatan yang lain.

Doktor pakar kanak-kanak, Jose Castillo berkata, bayi itu mengalami satu kecacatan genetik yang sangat jarang berlaku.

“Keadaan seperti ini hanya berlaku sekali dalam setiap 10 juta hingga 15 juta kelahiran.

“Bayi ini berada dalam keadaan sihat. Jantung dan sistem pernafasannya juga normal,” katanya.

Baby Angelito [2]

Menurutnya, bayi itu kini dipindahkan ke hospital di Nuevo Chimbote untuk menjalani pemeriksaan.

Seorang lagi pakar kanak-kanak, Carlos Arrestegui Ramos memberitahu, bayi itu memerlukan pembedahan plastik untuk membetulkan hidungnya.

“Pemerhatian awal mendapati bayi ini sihat seperti bayi normal yang lain, tetapi kami perlu melakukan beberapa ujian untuk menentukan kesihatannya.

“Pembedahan plastik boleh membentuk semula hidung bayi ini,” jelasnya.

Baby Angelito [3]

Datuk Bandar Nuevo Chimbote, Valentin Fernandez turut melawat bayi itu di hospital dan menghadiahkan lampin, susu dan wang kepada ibu bapanya. – Agensi/myMetro Online

BACA INI JUGA: Susu Tepung Punca Ramai Bayi Tumbuh Payudara

SeaXplorer, Kapal Layar Mewah Paling Lasak Di Dunia

SeaXplorer, Kapal Layar Mewah Paling Lasak Di Dunia

Sebuah kapal layar mewah setinggi 100 meter di Amsterdam, dipercayai merupakan paling lasak di dunia kerana mampu memecahkan ais selain belayar pada jarak yang jauh.

SeaXplorer

Kapal layar itu yang dikenali sebagai SeaXplorer dipamerkan pada Pameran Kapal Pesiaran Monaco minggu lalu. Ia dihasilkan oleh sebuah syarikat pembinaan perkapalan terbesar di Belanda, Kumpulan Damen.

Kapal layar itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik tidur, gimnasium, selain penumpang berpeluang menyelam melihat hidupan laut dan banyak lagi.

Kapal yang mampu menampung seramai 30 penumpang dan 50 anak kapal itu memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati pelayaran selama 40 hari.

"Syarikat itu berjaya membina sebuah kapal layar yang bukan sahaja mampu belayar pada jarak yang jauh, malah ia dilihat berupaya merempuh kiub ais di kawasan berais kerana direka dengan menggunakan revolusi pembinaan terbaharu.

"Apa yang lebih menarik, kapal itu memberi peluang kepada orang ramai untuk meneroka Lautan Artik dan Antartika yang mana kebanyakan kapal pesiaran tidak mampu menuju ke kawasan-kawasan ini," kata seorang wakil perunding daripada syarikat penjualan kapal pelayaran, Benjamin Maltby. -Agensi

BACA INI JUGA: 10 Kemalangan Paling Mahal Dalam Sejarah!

SeaXplorer [2]
SeaXplorer [3]
SeaXplorer [4]
SeaXplorer [5]
SeaXplorer [6]

Video 'Sayalah Ronnie Pickering!' Viral

Video 'Sayalah Ronnie Pickering!' Viral

Seorang lelaki dari Hull, United Kingdon, Ronnie Pickering, menjadi popular dalam kalangan netizen gara-gara rakaman video beliau sedang bergaduh sambil bertanya soalan, “Awak tahu siapa saya?” berulang-ulang kali kepada seorang penunggang motorsikal menjadi viral.

Ronnie Pickering

Jelas bingung apabila diajukan soalan tersebut kerana Pickering bukanlah seorang selebriti, penunggang motosikal itu kemudiannya bertanya kembali “Siapa awak?” sebelum dijawab,“Sayalah Ronnie Pickering!” oleh lelaki tersebut dengan nada keras.

Penunggang motosikal itu kemudian sempat mengejek sikap Pickering yang konon ‘famous’ itu sebelum lelaki itu menyambung perjalanannya, namun pergaduhuan itu berterusan selama tiga minit kerana masing-masing tidak mahu mengaku kalah.

Pertelingkahan mereka dikatakan berpunca daripada salah faham Pickering yang menuduh penunggang tersebut senjaga mengetuk pintu kereta Pickering dengan kuat menggunakan but khas penunggang yang dipakainya ketika itu.

Oleh kerana tidak puas hati, video pergaduhan Pickering itu seterusnya dimuat naik oleh penunggang motosikal tersebut ke laman YouTube, dan video amukan ‘bodoh’ Pickering tersebar dan kini, pasti ramai yang mengenali dirinya.

Siapa Sebenarnya Ronnie Pickering?

Ronnie Pickering [2]

Menurut salah seorang rakannya, lelaki itu pada zaman mudanya suatu ketika dahulu merupakan seorang bekas peninju amatur yang dikenali sebagai ‘One Punch Ronnie‘.

Beliau kini telah berusia 51 tahun serta hidup secara sederhana di Bransholme, Hull, bersama teman wanitanya dan dua anak hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.

Pickering bekerja sebagai pemandu teksi untuk menyara kehidupan keluarganya.

Seperti lelaki seusianya yang lain, beliau gemar menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti luar seperti memancing ataupun melepak di pub berdekatan rumahnya.

Dalam sebuah temubual bersama portal MailOnline.uk, seorang kenalan menyatakan bahawa Pickering bukanlah seorang yang dibenci oleh kerana sikap bongkak atau sebagainya, malah, beliau sama sahaja seperti orang lain yang tinggal di kawasan kejiranan itu.

“Ronnie Pickering adalah Ronnie Pickering; dia mahu orang mengenali siapa dirinya tapi dia sebenarnya bukan seorang yang ganas, dia mungkin cuma mahu mempertahankan dirinya,” jelas rakan Pickering yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Yang lebih mengharukan, pemilik pub tempat beliau selalu minum juga tidak mengenali siapakah Pickering walaupun hampir setiap hari lelaki itu sering berkunjung ke sana!

Jelaslah bahawa Pickering bukanlah seorang selebriti atau figura terkenal, tetapi hanya seorang askar pencen yang berusia separuh abad.

Namun, nama Pickering kini meniti di bibir-bibir netizen sehinggakan ada yang terlebih rajin menghasilkan poster dan video parodi berserta kapsyen kelakar berdasarkan video tersebut.

Apa-apa pun, berhati-hatilah apabila bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Mana tahu, silap cakap, viral pula jadinya!

BACA INI JUGA: Mike Tyson Dedah Rahsia 12 Gaya Liar Ketika Bernafsu



Sumber: Mynewshub.cc

Saturday, October 03, 2015

Sambutan Hari Kopi Antarabangsa

Sambutan Hari Kopi Antarabangsa

Hari Kopi Antarabangsa sebenarnya disambut pada 29 September setiap tahun. Banyak kebaikan minuman berkafein ini sekiranya anda merupakan peminum tegarnya.

Minum Kopi

Dikatakan banyak kebaikan dan kelebihan meminum kopi. Nak tahu kebaikannya, mari baca..

Meningkatkan kualiti kehidupan seks anda

Satu kajian menunjukkan lelaki yang minum dua atau tiga cawan kopi sehari mampu memberikan ereksi tahan lama ketika melakukan hubungan seks dengan pasangannya.

Baunya yang sangat sedap

Ada sebabnya kenapa wujud frasa ‘wake up and smell the coffee’. Dari jauh anda sudah boleh bau harum kopi. Kaya dengan aromanya, minum kopi membuatkan anda tidak mudah mengantuk. Cubalah!

Baik untuk jantung

Satu kajian yang dilakukan pada 2006 menunjukkan individu yang minum kopi 20 peratus kurang mendapat penyakit kegagalan hati, seperti mana yang sering dialami orang yang ketagih alkohol

Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer

Menerusi kajian saintifik juga terbukti bahawa peminum kopi tegar kurang mendapat risiko penyakit mudah lupa atau Alzheimer yang sering kala dikaitkan dengan warga emas.

Menjadi seorang atlit yang cemerlang

Merancang menyertai larian marathon? Jangan lupa ambil dos secawan kopi sebelum memulakan larian. Menurut laporan New York Times, dengan minum secawan kopi sebelum buat senaman, anda mampu beri prestasi sukan yang terbaik memandangkan kopi bertindak membakar lemak yang terdapat dalam badan.

Kopi menjadikan kita lebih bahagia

Kopi boleh menjadikan kita individu yang lebih bahagia. Menurut Akademi Neurologi Amerika Syarikat, kekerapan mengambil kopi boleh mengurangkan risiko menghidap kemurungan.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Siapa Orang Pertama Menemui Kopi?

Sumber: Kitabantai

Petua Harumkan Bilik, Dapur Dan Ruang Tamu

Petua Harumkan Bilik, Dapur Dan Ruang Tamu

Semua orang mahukan udara yang segar dan nyaman ketika berada di rumah. Tambahan pula apabila sedang bersantai bersama ahli keluarga.

Petua Harumkan Rumah

Ruangan petua ada cara yang paling mudah.

Ambil 10 hingga 15 helai daun pandan. Kemudian potong daun pandan tersebut halus-halus.

Setelah selesai, balutkan ia dengan kain nipis dan letakkannya disetiap penjuru tuang tamu anda.

Hasilnya rumah anda akan berbau wangi dan sentiasa harum.

Ini akan membuatkan anda dan ahli keluarga merasa lebih segar serta nyaman.

Cubalah..

BACA INI JUGA: Gula-gula Yang Membuatkan Badan Pemakan Menjadi Wangi

-SENTIASAPANAS.COM

Misteri Fenomena Cahaya Paulding

Misteri Fenomena Cahaya Paulding

Paulding light atau juga dikenali sebagai 'Dog Meadow Light' merupakan satu fenomena cahaya misteri yang muncul dikawasan Watersmeet, Paulding, Michigan.

The Paulding Light

Walaupun cahaya Paulding cukup membingungkan ramai pihak yang cuba merungkainya, terdapat beberapa versi lagenda yang mengaitkan kemunculan cahaya misteri ini.

Pertama, kejadian ini berlaku ada kaitannya dengan seorang petugas laluan keretapi di daerah berkenaan.

Menurut kisah, petugas tersebut mati dilanggar keretapi ketika cuba mengeluarkan isyarat cahaya untuk melancarkan perjalanan keretapi ditengah-tengah landasan.

Selepas kematian lelaki itu, penduduk sekitar kawasan mendakwa mereka telah melihat kerlipan cahaya misteri secara tiba-tiba muncul dilandasan berkenaan.

Penduduk mula mengaitkan cahaya tersebut sebagai cahaya lampu yang digunakan petugas terbabit ketika cuba memberi isyarat berhenti pada keretapi sebelum dia terbunuh.

Mengikut versi cerita kedua pula, cahaya yang terjadi itu berlaku selepas seorang penduduk tempatan mati akibat dilanggar keretapi lebih 40 tahun lalu sekitar tahun 70an semasa mencari anaknya yang hilang dikawasan landasan.

Selepas kejadian, penduduk tempatan selalu melihat cahaya berkelip-kelip seperti disuluh seseorang. Tapi bila cahaya itu dihampiri, ianya hilang begitu sahaja.

Sehingga ke hari ini, tiada siapa pun yang mengetahui bila kali pertama cahaya Paulding ini muncul. Namun, menurut catatan yang dilaporkan, kemunculan cahaya Paulding berlaku pada tahun 1966.

Ketika kejadian itu berlaku, sekumpulan remaja telah membuat laporan mengenai cahaya itu dipejabat Syeriff daerah berkenaan.

Selepas itu, barulah beberapa orang penduduk tempatan pula menemui cahaya tersebut.

The Paulding Light [2]

Menurut mereka, cahaya itu akan muncul dikawasan kemalangan sahaja dan tidak ditempat lain.

Ekoran laporan itu, fenomena cahaya misteri tersebut menjadi buah mulut masyarakat tempatan, namun bukan semua penduduk disitu mempercayainya. Mereka lebih mempercayai penjelasan sains mengenai kejadian itu.

Persoalannya, adakah benar penjelasan sains mampu menerangkan punca sebenar fenomena misteri ini?

Terdapat teori yang mengatakan bahawa cahaya Paulding merupkan ilusi optik yang disebabkan oleh biasan cahaya lampu kereta dari arah sebuah lebuh raya sekitar lapan kilometer dari tempat munculnya cahaya misteri Paulding.

Pada tahun 2010, beberapa orang penyelidik dari Michigan Tech telah melakukan eksperimen untuk mengenal pasti kebenaran teori tersebut melalui rancangan televisyen bertajuk SyFy yang ditayangkan di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, cubaan mereka untuk membuktikan kebenaran teori itu gagal kerana cahaya yang dihasilkan tidak sama seperti cahaya misteri 'Paulding.

Malah, ujian pengesanan gas metana dan medan elektro magnetik dikawasan cahaya Paulding tidak menemui apa-apa kesan yang menunjukkan punca sebenar dan bagaimana pancaran cahaya tersebut terhasil.

Setelah percubaan itu gagal, dua orang pakar kimia yang bernama Luigi Garlaschelli dan Paolo Boschetti cuba menjelaskan fenomena misteri tersebut.

Mereka mengemukakan teori bahawa pancaran misteri cahaya Paulding mungkin disebabkan pengoksidaan gas metana dan fosforat terhasil daripada proses pereputan haiwan dan tumbuhan.

Luigi dan Paolo kemudiannya melakukan eksperimen dengan mencampurkan beberapa bahan kimia dengan gas yang dihasilkan oleh batang pokok yang telah mereput.

Hasil tindak balas kimia dari campuran bahan-bahan tersebut menghasilkan cahaya, tetapi tidak seterang cahaya misteri Paulding.

Dog Paulding Light, Watersmeet, Paulding, Michigan

Walaupun teori yang dikemukakan oleh kedua orang pakar kimia tersebut menarik dan logik, ada beberapa persoalan yang masih perlu dijelaskan.

Pertama, belum ada bukti ilmiah mengenai kandungan kimia yang dikatakan dapat menghasilkan cahaya yang begitu terang seperti di Paulding.

Kedua, bagaimana pancaran cahaya itu mampu berubah-ubah dan kenapa fenomena tersebut hanya berlaku pada waktu malam di daerah Paulding sahaja?

Sehingga ke hari ini, cahaya misteri Paulding kekal misteri dan terus membingungkan saintis.

BACA INI JUGA: 5 Misteri Kejadian Paranormal Yang Sukar Diterima Akal

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, October 02, 2015

Betapa Mulianya Sifat Nabi Muhammad SAW Ketika Menghadiri Majlis

Betapa Mulianya Sifat Nabi Muhammad SAW Ketika Menghadiri Majlis

Bahawa Rasulullah SAW tidak duduk dalam atau bangun dari sesuatu majlis, melainkan baginda berzikir kepada Allah SWT.

Sifat+Mulia

Baginda tidak pernah memilih tempat yang tertentu dan melarang orang meminta ditempatkan disuatu tempat yang tertentu.

Apabila sampai kepada sesuatu tempat, disitulah baginda duduk sehingga selesai majlis itu dan baginda menyuruh membuat seperti itu.

Bila berhadapan dengan orang ramai, diberikan pandangannya kepada semua orang dengan sama rata, sehingga orang-orang yang berada dimajlisnya merasa tiada seorang pun yang diberikan penghormatan lebih darinya.

Bila ada orang yang datang kepadanya kerana sesuatu keperluan atau sesuatu masalah, baginda terus melayaninya dengan penuh kesabaran hinggalah orang itu bangun dan kembali.

Baginda tidak pernah menghampakan orang yang meminta daripadanya sesuatu keperluan. Jika ada diberikan kepadanya dan jika tidak ada, dijawabnya dengan kata-kata yang tidak mengecewakan hatinya. Budi pekertinya sangat baik dan perilakunya sungguh bijak.

Baginda dianggap semua orang seperti ayah dan mereka dipandang disisinya semua sama dalam hal kebenaran, tidak berat sebelah.

Majlisnya ramah-tamah, segan-silu, sabar menunggu, amanah, tidak pernah terdengar suara tinggi, tidak dibuat padanya segala yang dilarang, tidak disebut yang jijik dan buruk.

Semua orang sama kecuali dengan kelebihan takwa. Semuanya merendah diri, yang tua dihormati, yang muda disayangi.

Yang perlu selalu diutamakan, yang asing selalu didahulukan.

Adalah Rasulullah SAW periang orangnya, pekertinya mudah dilayan. Selalu berlemah-lembut, tidak keras atau bengis. Tidak kasar atau menjerit. Kata-katanya tidak kotor. Tidak banyak bergurau atau bercakap kosong.

Segera melupakan apa yang tidak disukainya. Tidak pernah mengecewakan orang yang berharap kepadanya. Tidak suka menjadikan orang berputus asa.

Sangat jelas perilakunya dalam tiga perkara yang berikut; 1. Baginda tidak suka mencela orang dan memburukkannya. 2. Baginda tidak suka mencari-cari keaiban orang. 3. Tidak berbicara mengenai seseorang kecuali yang mendatangkan faedah dan menghasilkan pahala.

Apabila baginda berbicara, semua orang yang berada dalam majlisnya memerhatikannya dengan tekun seolah-olah burung sedang bertenggek diatas kepala mereka. Bila baginda berhenti berbicara, baru mereka mula berbicara. Bila baginda berbicara semula, mereka semua diam. Mereka tidak pernah bertengkar dihadapannya.

Baginda tertawa bila dilihatnya mereka ketawa. Baginda merasa takjub bila mereka merasa takjub.

Baginda selalu bersabar bila didatangi orang Badwi yang seringkali bersifat kasar dan suka mendesak ketika meminta sesuatu daripadanya tanpa mahu mengalah, sehingga para sahabat merasa jengkel dan kurang senang.

Baginda tetap menyabarkan mereka dengan berkata, "Jika kamu dapati seseorang yang perlu datang, hendaklah kamu menolongnya dan jangan mengherdiknya."

Baginda juga tidak mengharapkan pujian daripada sesiapa yang ditolongnya. Kalau mereka mahu memuji, baginda tidak menggalakkan untuk berbuat begitu.

Baginda tidak pernah memotong bicara sesiapa sehingga orang itu habis berbicara. Selepas itu barulah baginda berbicara atau menjauhi tempat itu.

BACA INI JUGA: Kisah Penciptaan Nafsu Yang Degil Dan Suruhan Berpuasa

-SENTIASAPANAS.COM