Saturday, November 24, 2012

Susu Tepung Punca Ramai Bayi Tumbuh Payudara


Sejak bulan Ogos tahun 2011 lalu, dikhabarkan sejumlah bayi di China mengalami pertumbuhan payudara. Sehingga kini, semakin banyak kes serupa terjadi di beberapa bahagian negara itu antaranya Wuhan, Guangdong, Shandong, Anhui, Jiangxi, dan Beijing.

Susu Tepung Punca Ramai Bayi Tumbuh Payudara

Susu tepung yang dikatakan mengandungi hormon seks dikenalpasti sebagai penyebab pertumbuhan payudara pada bayi-bayi ini. Meskipun begitu, Menteri Kesihatan China menolak tanggapan itu.

Baru-baru ini juga ditemukan pada sejumlah bayi enam bulan yang mengalami pubertas dan juga pada kanak-kanak berusia dua tahun. Diduga sejumlah hormon ini adalah gonadotropins dan testosterone.

Beberapa pakar kesihatan mengatakan, perkara ini adalah normal terjadi pada bayi dan keadaan ini akan kembali ketika bayi berusia dua tahun.

Selain daripada pertumbuhan payudara, ia antara lain memberikan kesan satu di antara 5000-10000 bayi yang ditandai dengan tumbuhnya bulu di bawah ketiak dan bulu kemaluan serta pertumbuhan yang cepat.

Sebuah kajian yang dikeluarkan Universiti North Carolina pada tahun 2010 pernah membuktikan gadis keturuan Kauskasia di AS mengalami pertumbuhan yang cepat ketika usia mereka masih muda dimulai pada usia 7 hingga 10 tahun.

BACA INI JUGA: Sindrom Menkes, Penyakit Misteri Yang Menyerang Bayi

Sumber: Billyinfo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon