Sunday, October 04, 2015

Video 'Sayalah Ronnie Pickering!' Viral


Seorang lelaki dari Hull, United Kingdon, Ronnie Pickering, menjadi popular dalam kalangan netizen gara-gara rakaman video beliau sedang bergaduh sambil bertanya soalan, “Awak tahu siapa saya?” berulang-ulang kali kepada seorang penunggang motorsikal menjadi viral.

Ronnie Pickering

Jelas bingung apabila diajukan soalan tersebut kerana Pickering bukanlah seorang selebriti, penunggang motosikal itu kemudiannya bertanya kembali “Siapa awak?” sebelum dijawab,“Sayalah Ronnie Pickering!” oleh lelaki tersebut dengan nada keras.

Penunggang motosikal itu kemudian sempat mengejek sikap Pickering yang konon ‘famous’ itu sebelum lelaki itu menyambung perjalanannya, namun pergaduhuan itu berterusan selama tiga minit kerana masing-masing tidak mahu mengaku kalah.

Pertelingkahan mereka dikatakan berpunca daripada salah faham Pickering yang menuduh penunggang tersebut senjaga mengetuk pintu kereta Pickering dengan kuat menggunakan but khas penunggang yang dipakainya ketika itu.

Oleh kerana tidak puas hati, video pergaduhan Pickering itu seterusnya dimuat naik oleh penunggang motosikal tersebut ke laman YouTube, dan video amukan ‘bodoh’ Pickering tersebar dan kini, pasti ramai yang mengenali dirinya.

Siapa Sebenarnya Ronnie Pickering?

Ronnie Pickering [2]

Menurut salah seorang rakannya, lelaki itu pada zaman mudanya suatu ketika dahulu merupakan seorang bekas peninju amatur yang dikenali sebagai ‘One Punch Ronnie‘.

Beliau kini telah berusia 51 tahun serta hidup secara sederhana di Bransholme, Hull, bersama teman wanitanya dan dua anak hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.

Pickering bekerja sebagai pemandu teksi untuk menyara kehidupan keluarganya.

Seperti lelaki seusianya yang lain, beliau gemar menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti luar seperti memancing ataupun melepak di pub berdekatan rumahnya.

Dalam sebuah temubual bersama portal MailOnline.uk, seorang kenalan menyatakan bahawa Pickering bukanlah seorang yang dibenci oleh kerana sikap bongkak atau sebagainya, malah, beliau sama sahaja seperti orang lain yang tinggal di kawasan kejiranan itu.

“Ronnie Pickering adalah Ronnie Pickering; dia mahu orang mengenali siapa dirinya tapi dia sebenarnya bukan seorang yang ganas, dia mungkin cuma mahu mempertahankan dirinya,” jelas rakan Pickering yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Yang lebih mengharukan, pemilik pub tempat beliau selalu minum juga tidak mengenali siapakah Pickering walaupun hampir setiap hari lelaki itu sering berkunjung ke sana!

Jelaslah bahawa Pickering bukanlah seorang selebriti atau figura terkenal, tetapi hanya seorang askar pencen yang berusia separuh abad.

Namun, nama Pickering kini meniti di bibir-bibir netizen sehinggakan ada yang terlebih rajin menghasilkan poster dan video parodi berserta kapsyen kelakar berdasarkan video tersebut.

Apa-apa pun, berhati-hatilah apabila bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Mana tahu, silap cakap, viral pula jadinya!

BACA INI JUGA: Mike Tyson Dedah Rahsia 12 Gaya Liar Ketika Bernafsu



Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon