Wednesday, September 02, 2015

Detik Akhir Najib Semakin Pasti, kata Akhbar Indonesia

Detik Akhir Najib Semakin Pasti, kata Akhbar Indonesia

Akhbar harian berpengaruh Indonesia menyamakan perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu dengan pemberontakan anti Suharto pada akhir 90an, menunjukkan saat akhir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin hampir.

Detik Akhir Najib

"Pemergian Najib hanya menunggu masa dan sedang mencari formula menyelamatkan 'maruah'.

"Ini adalah masa yang tepat bagi rakyat Malaysia menyediakan hala tuju baharu bagi negara mereka. Suka atau tidak, mereka perlu menerima demokrasi beroperasi sepenuhnya," kata seorang pengarang akhbar berbahasa Inggeris The Jakarta Post, hari ini.

Akhbar itu membuat perbandingan antara reaksi Najib dengan Suharto semasa demonstrasi "reformasi" di Jakarta yang memaksa diktator paling lama berkhidmat itu meletakkan jawatannya pada Mei 1998.

"Dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap perdana menteri semakin kuat dan beliau nampaknya gagal meyakinkan rakyat yang beliau tidak bersalah," kata akhbar itu.

"Seperti Suharto, Najib cuba meredakan kesan bantahan awam dengan mengatakan beliau tidak akan mendengar kepada penunjuk perasaan yang digambarkan sebagai 'berfikiran cetek dan semangat kebangsaan yang lemah."

Najib, bertindak balas terhadap perhimpunan Bersih 4 yang menyaksikan puluhan ribu berkumpul di Kuala Lumpur pada 29 Ogos dan 30, menyifatkan penunjuk perasaan sebagai "cetek dan miskin" dalam semangat patriotik mereka.

"Tidakkah mereka faham, adakah semangat patriotisme dan kecintaan mereka begitu cetek dan miskin?

"Tidakkah mereka memahami negara ini dibina atas darah dan keringat pejuang kemerdekaan kita?" katanya kepada perwakilan Umno pada mesyuarat hari pertama perhimpunan tersebut.

Perhimpunan, yang ke-4 anjuran kumpulan gabungan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 diadakan ekoran hubung kait Najib dengan syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan pendedahan beliau menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Najib sejak awal menafikan sebarang salah laku dengan berkata wang itu diterima daripada seorang penderma dari Timur Tengah atas dasar mempercayai Umno.

Sambil berkata tiada apa yang baharu bagi mendiamkan perbezaan pendapat rakyat, The Jakarta Post berkata Najib kini semakin sukar memandangkan terdapat pembangkang dari dalam Umno dan juga mentor bekas politik, Tun Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir secara terbuka menyokong bantahan dan menggesa "kuasa rakyat" untuk menjatuhkan Najib.

"Malaysia hanya boleh mengamalkan demokrasi sebenar jika Perlembagaan menjamin hak-hak dan tanggungjawab yang sama untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum dan agama.

"Selagi negara menentang pemikiran revolusi ini, ia akan kekal sebagai negara berasingan.

"Pemergian Najib hanya satu langkah dalam usaha Malaysia untuk mencapai wawasan yang masih jauh," tambah akhbar itu lapor The Malaysian Insider.

BACA INI JUGA: 5 Perkara Najib Perlu Lakukan Sekarang

Video Pengawal Keselamatan Dibelasah Viral

Video Pengawal Keselamatan Dibelasah Viral

Minggu lalu, video berdurasi 1 minit 42 saat ini menjadi viral di media sosial. Video ini memaparkan seorang pengawal keselamatan dibelasah di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Video Pengawal Keselamatan Dibelasah Viral

Melalui sumber dari Info Kini, hal ini berpunca dari ketidakpuasan hati oleh keluarga pelawat kerana pengawal keselamatan tersebut tidak membenarkan kanak-kanak memasuki wad.

Wad terbabit adalah wad jenis separa rawatan rapi (ICU) untuk merawat pesakit yang mengidap masalah pernafasan.

BACA INI JUGA: Video Prank Tercirit Dalam Lif Yang Sangat Lucu



Google Perkenalkan Logo Terbaharu

Google Perkenalkan Logo Terbaharu

Google merupakan salah satu laman web enjin carian paling terkenal di dunia. Laman Carian Google atau Google Search merupakan halaman utama bagi rujukan ramai bagi melakukan pencarian info mahupun berita semasa.

Google New Logo

Baru-baru ini, penstrukturan semula Google di bawah syarikat Alphabet telah diumumkan dan kini ia disusuli dengan evolusi pertama syarikat menerusi pengenalan logo baru mereka.

Google mengatakan mereka telah melalui pelbagai perubahan sejak 17 tahun yang lepas, di mana kini selain daripada hanya di desktop, perkhidmatan mereka turut digunakan pada telefon pintar, tablet mahupun jam tangan pintar.

Melalui identiti baru ini, Google membawakan elemen warna-warni mewakili pelbagai keajaiban peranti dan platform.

Penggunaan identiti baru ini akan diperkenalkan oleh Google pada semua perkhidmatan mereka secara berperingkat bermula September.

Seperti yang anda lihat pada enjin carian, mereka juga membawakan kesinambungan huruf ‘G’ sebagai alternatif kepada logo Google.

BACA INI JUGA: Mesej Tersembunyi Di Sebalik Logo-logo Terkenal

Sumber: Techcrunch

Menu Terakhir Kapal Titanic Berharga RM294,000!

Menu Terakhir Kapal Titanic Berharga RM294,000!

Harga sekeping menu yang berasal dari kapal persiaran Titanic yang karam pada 15 April 1912 dijangka mencecah sehingga US$70,000 (RM294,000) dalam satu acara lelongan.

Titanic Menu

Menurut The Guardian, lelongan tersebut dijadualkan berlangsung pada 30 September depan oleh agensi lelongan atas talian, Invaluable.

Surat yang ditulis oleh penumpang asal Titanic yang terselamat, juga akan diberikan bersama-sama lelongan menu tersebut.

Penyumbang menu tersebut, David Lowenherz memberitahu hanya terdapat dua atau tiga lagi menu yang serupa terselamat selepas tragedi berkenaan.

Menu tersebut diselamatkan oleh penumpang Titanic, Abraham Lincoln Salomon dan ditandatangani oleh Isaac Gerald Frauenthal, seorang penduduk New York yang bersama-sama dengan Salomon pada hari kejadian.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Penumpang Kapal Titanic Terakhir Diselamatkan?

Sumber: Sinarharian.com.my

Blog Terbaik Malaysia Ogos 2015

Blog Terbaik Malaysia Ogos 2015

Assalaamualaikum, salam sejahtera dan salam merdeka. Bertemu kita sekali lagi diruangan Blog Terbaik Malaysia Ogos 2015 di blog sentiasapanas.

Blog terbaik Malaysia Ogos 2015

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan terbaik blogger yang sentiasa sudi berkunjung dan berkomentar di blog ini.

Semoga jalinan kemesraan ini akan sentiasa berterusan sampai bila-bila. Sungguh, anda adalah blogger-blogger terbaik dengan blog hebat untuk tatapan pembaca.

Buat silent reader yang sentiasa setia berkunjung dan rajin membaca artikel-artikel disini, jutaan terima kasih diucapkan. Tanpa anda semua, tiada la kami sehingga ke hari ini.

Untuk pengetahuan rakan-rakan blogger, widget top commentator tidak lagi dipasang diruangan sidebar tapi artikel blog terbaik setiap bulan akan sentiasa diteruskan sampai bila-bila, Insyaa-Allah..

Sokongan dan kunjungan anda semua amatlah dihargai dan diucapkan bilion terima kasih.

Semoga bertemu lagi.. :)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA OGOS 2015

1. NURHAZIQ HAFIZ - Sayapejuangbahasa.blogspot.com

2. Deanna Morni - Kameqdeanna.blogspot.com

3. Etuza Etuza - Madey09.blogspot.com

4. Akif Imtiyaz - Akifimtiyaz.com

5. Fidah Shah - Whitebarley.blogspot.com

6. Nao Mei - Sweetyzhanieyz83.blogspot.com

7. Eyfa Writer - Ohpilihanku.blogspot.com

8. Hanafi Abdullah - Heroborneo.com

9. Khir Khalid - Khirkhalid.com

10. Normi Nieza - Norminieza.blogspot.com

11. Lilly Suryani - Viralkini.my

12. Aniey Yusoff - Nikmathidupsihat.com

13. Mohd Selim Zainal - Mselim3.blogspot.com

14. Abam Kie - Zukidin.com

Angelina Jolie Lawat Sabah dan Sarawak?

Angelina Jolie Lawat Sabah dan Sarawak?

Khabar angin mengenai kehadiran aktres jelita dan duta kemanusiaan, Angelina Jolie di Sarawak beredar dengan pantas di media sosial dan aplikasi komunikasi.

Angelina Jolie
Angelina Jolie ketika berada di Kachan, Myanmar. - Foto UNHCR.

Laman Facebook 'Kamek Miak Sarawak' berkongsi foto berserta khabar tersebut.

"Dikhabarkan Angelina Jolie sekarang berada di Kota Marudu, Sabah. Tidak diketahui apa tujuan beliau ke sana.

"Selepas Kota Marudu 'kemungkinan' beliau akan ke Sarawak melawat tempat-tempat yang menarik sekitar Kuching, Bintulu dan Miri...," tulisnya dalam perkongsian itu.

Namun, hasil tinjauan, tiada sebarang maklumat rasmi yang mengatakan Angelina Jolie berada di Malaysia.

Difahamkan foto yang disertakan dalam perkongsian tersebut pula dari sebuah lawatan yang disertai Jolie di Kachan, Myanmar.

Perkongsian tersebut sehingga kini telah menarik perhatian lebih 9,000 pelayar di Malaysia.

BACA INI JUGA: 5 Pelakon Wanita Terima Bayaran Paling Mahal Di Dunia

Sumber: Sinarharian.com.my

Kisah ‘Perigi Mencari Timba’, Bawa Ke Jinjang Pelamin

Kisah ‘Perigi Mencari Timba’, Bawa Ke Jinjang Pelamin

Perbuatan melamar seorang wanita untuk dijadikan isteri bukanlah perkara asing yang dilakukan seorang lelaki apabila telah bersedia untuk bergelar suami.

Perigi Mencari Timba [4]

Namun, apabila ia dilakukan sebaliknya, pasti si wanita dilabelkan dengan istilah ‘perigi mencari timba’.

Ekoran takut dilabel sedemikian juga menjadi punca ramai golongan hawa memegang kuat prinsip ungkapan itu kononnya demi menjaga air muka dan maruah mereka sebagai seorang wanita.

Bagaimanapun, zaman sudah berubah. Kaum Hawa hari ini sudah mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama kaum Adam menguruskan kerjaya masing-masing.

Boleh dikatakan, ungkapan atau istilah ‘perigi mencari timba’ ini sudah tidak logik untuk diamal atau dipegang.

Realitinya, jika ada kemahuan dan keinginan terhadap sesuatu, mengapa tidak kita jayakan? Mengapa harus dicipta 1001 alasan menghalang sesuatu impian?

Apatah lagi, memulakan langkah tersebut untuk membina sebuah perhubungan yang halal antara lelaki dan perempuan adalah perkara yang dituntut dalam Islam.

Jika diimbas pada sejarah, Siti Khadijah sendiri melamar Nabi Muhammad SAW untuk disatukan selepas terpikat dengan keperibadian baginda.

Justeru, usah menanti lama apa menyentuh perihal jodoh. Jika ada lelaki yang anda sukai dan yakin boleh membahagiakan anda, tidak salah untuk anda memulakan langkah awal.

Seorang wanita yang baru bergelar isteri, Nur Mujahidah Asri turut mendedahkan kisah cinta ‘ perigi mencari timba’ yang dialaminya bersama suaminya.

Perigi Mencari Timba

Ternyata usaha beraninya suatu ketika dahulu mendatangkan hasil, apabila lelaki yang kini menjadi suaminya, Syed Muaz turut menyukainya dalam diam setelah sekian lama.

“Kalau orang tanya, saya tak kisah jawab dengan konfien ‘Haah, 5 tahun lepas saya yang start nak kenal-kenal interview dia dulu (a.k.a. ngorat.. Hahaha)’. Mungkin orang cakap ‘kau ni macam perigi cari timba. Tapi rupa-rupanya lepas dah lama kenal, baru tahu cerita, timba dah lama berkenan dekat pergi, sebelum perigi cari timba,” tulisnya Mujahidah, 23, yang kini bahagia bersama suaminya.

Justeru, ini tidak salah dan bukanlah perkara janggal bagi seseorang untuk memulakan sesuatu usaha terlebih dahulu. Apa yang penting, usaha, tawakal dan berdoa.

Semoga berbahagia buat Mujahidah dan suaminya.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Tuesday, September 01, 2015

RM2.6 Bilion, Kenapa Akaun Ditutup dan Dipindahkan Ke Singapura?

RM2.6 Bilion, Kenapa Akaun Ditutup dan Dipindahkan Ke Singapura?

Kita mulakan artikel dengan video Janji diTepati Najib ini, tonton di YouTube. Menyebut hadis, Najib berkata, ada 3 ciri orang munafik.

Janji diTepati Najib

Pertama, bila dia bercakap dia bohong. Kedua, bila dia berjanji dia mungkir janji. Ketiga, bila dia galas amanah dia khianati amanah.

Jadi, RM2.6 billion itu bukankah satu bentuk amanah yang diberikan kepada Najib? Pelbagai versi telah kita dengar mengenai dana itu tapi semuanya berdasarkan AMANAH yang kononnya diberikan kepada Najib untuk menggunakan dana itu sebaik mungkin untuk parti/orang Islam/rakyat.

Tidak ada satu pun alasan yang mengatakan dana itu adalah untuk kegunaan peribadi Najib. Malah Najib sendiri paling awal mengaku dan berulangkali mengaku bahawa dia tidak ada menggunakan dana itu untuk kepentingan diri sendiri.

Tapi bila kita tanya kepada siapa dan ke mana dana itu dibelanjakan, kenapa marah-marah? Tak boleh tanya ke?

Kenapa kita sibuk nak tahu? Sebab Najib adalah PM. Kita tidak mahu seorang PM yang tidak amanah. Sebab tidak amanah itu sifat orang munafik. Takkan kita nak seorang munafik jadi PM kan?

Siapa lagi selain dari Shahrir yang telah mengaku menerima RM1 juta? Ke mana lagi RM2 599 000 000?

OK, setelah akaun Najib itu ditutup, dilaporkan sebanyak USD650 juta telah dipindahkan ke akaun di Singapura. Sehingga kini tidak ada sebarang pengakuan atau penafian dari Najib mengenai hal ini. Kenapa Najib senyap?

Ahli-ahli Umno sendiri tak nak tahu ke adakah benar laporan itu? Kenapa dipindahkan ke Singapura? Kan keseluruhan dana itu telah diamanahkan kepada Najib untuk kegunaan umat Islam di Malaysia dan/atau kegunaan parti Umno?

Malahan, sepatutnya kita tanya juga, Kenapa akaun itu ditutup?

Setakat ini kita hanya bising tentang asal usul dana itu dan niat disebalik pemberian dana itu. Penjelasan dari Najib masih kabur dan susah untuk diterima akal yang mahu berfikir.

Bagaimana pula dengan persoalan-persoalan ini:

  1. Kenapa tidak dilaporkan kepada sesiapa pun? Rosmah tahu tak?
  2. Kenapa tidak dimasukkan ke dalam akaun Umno?
  3. Kenapa akaun itu ditutup?
  4. Ke mana dibelanjakan? Kepada siapa dan berapa?
  5. Kenapa baki akaun itu dipindahkan ke Singapura?
  6. Berapakah baki yang tinggal?
  7. Adakah masih sama niat untuk dana itu walaupun setelah dipindahkan ke Singapura?


Artikel ini lebih kurang sama dengan saman yang dikemukakan oleh Anina selaku ahli Umno terhadap Najib - Malaysiakini.

Bunyi 'saman' itu memanglah gempak tapi sebenarnya apa yang ditanya melalui saman itu adalah persoalan-persoalan yang biasa sepertimana artikel ini.

Adakah ahli Umno dan rakyat Malaysia secara amnya tidak berhak untuk mendapatkan penjelasan dari Najib?

Tak perlulah sebut nama penderma itu kalau memang benar Najib terikat dengan janji untuk tidak dedahkan.

Tapi...

Adakah Najib juga berjanji kepada penderma untuk tidak dedahkan cara dana itu digunakan?

Adakah pindahan dana itu ke akaun di Singapura juga sebahagian dari perjanjian dengan penderma?

BACA INI JUGA: Tun Mahathir bertanya, Benarkah RM2.6 Bilion Itu Derma?

Sumber: Dinturtle