Friday, September 04, 2015

Video UAE Belasah Harimau Malaya 10-0!

Video UAE Belasah Harimau Malaya 10-0!

Kekalahan teruk 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 malam tadi cukup memalukan buat skuad Harimau Malaya dan pengendali Dollah Salleh harus bertanggungjawab dengan keputusan itu.

Harimau Malaya Kena Belasah 10-0!

Ia kali kedua skuad negara diaibkan selepas dibenam 0-6 oleh Palestin pada perlawanan kedua kelayakan Kumpulan A di Stadium Shah Alam Jun lalu.

Walaupun anak buah Dollah Salleh menyatakan semangat untuk bangkit namun hakikatnya mereka bukan tandingan pasukan di ranking ke-70 dunia itu yang berkenduri gol pada babak pertama di Stadium Mohammed Bin Zayed.

Pemain pertahanan Mohanad Salem membuka tirai jaringan pada minit ke-16 melepasi jangkauan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Detik sengsara Harimau Malaya sebenarnya bermula pada minit ke-21 apabila gawang negara dibolosi tiga gol dalam tempoh lima minit menerusi percubaan Ali Mabkhout, Ahmed Khalil (m-23) dan Habib Al Fardan (m-25).

Mendahului 4-0 belum cukup buat anak buah Mahdi Ali yang menduduki tangga ketiga Piala Asia 2015 apabila penyerang Ahmed Khalil dan Ali Mabkhout sekali lagi menemui sasaran di minit ke-29 dan 33 sebelum Mohamed Gharib (m-39) untuk menjadikan kedudukan 7-0 meskipun Dollah menggantikan Khairul Fahmi dengan Muhammad Zamir Selamat bagi mengawal gawang.

Zamir dikeluarkan dan digantikan dengan Khairulazhan Khalid di minit ke-62 namun skuad The White langsung tidak 'beri muka' kepada anak buah Dollah.

Penyerang Al Ahli Ahmed Khalil melengkapkan hatrik pada minit ke-70 disusuli hatrik peledak Al Jazira Ali Mabkhout pada minit ke-75.

Ahmed Khalil melengkapkan malam bergaya buat UAE dan malam derita buat Malaysia dengan gol ke-10 di minit ke-78.

Ini kekalahan terbesar negara dalam pusingan kelayakan dan terperosok di tangga tercorot Kumpulan A dengan hanya mengumpul satu mata hasil keputusan seri 1-1 dengan Timor Leste.

Selepas ini Malaysia akan berdepan Arab Saudi di Shah Alam pada Selasa depan.

BACA INI JUGA: 5 Bintang Gusti Paling Kaya Di Dunia!



Sumber: Hmetro.com.my

Dua Nikmat Yang Sering Dilupakan

Dua Nikmat Yang Sering Dilupakan

Alhamdulillah. Kita masih lagi mampu bernafas, masih mampu bergerak, masih mampu berfikir dan masih hidup.

Nikmat yang manusia lupakan

Andainya pagi tadi kita bangun dari tidur dan tidak dapat melihat, adakah kita mampu berganjak daripada tempat tidur kita?

Andainya setelah terjaga dari tidur pagi tadi telinga kita tidak dapat mendengar sebarang bunyi, kepada siapa kita akan mengadu?

SubhanallaAllah. Banyak sungguh nikmat yang kita perolehi setiap hari.

Berapakah bayaran untuk semua ini? Bayaran untuk udara yang dihirup, air yang diminum, tenaga yang digunakan, kewarasan ketika berfikir dan masa yang mematangkan kita?

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkannya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.” (an-Nahl, 16: 18)

Sesungguhnya nikmat Allah adalah terlalu banyak diberikan kepada makhlukNya. Namun manusia sering lalai dan leka dengan nikmat yang dikecapi ini sehingga Allah bertanya kepada mereka yang sering mendustakan nikmat-nikmat yang diberikanNya.

Mari kita melihat kepada surah ar-Rahman, di mana Allah mengulang-ulang firmanNya, “Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

Dalam surah ini, Allah memberikan banyak contoh nikmat yang dikurniakannya kepada manusia daripada penciptaan alam, kejadian manusia sehinggalah ganjaran di Syurga.

2 Nikmat

Dua nikmat yang manusia sering lupakan ada dinyatakan oleh RasulAllah seperti hadith di bawah.

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari Rasulullah SAW bersabda, "Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan masa lapang." (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dua nikmat tersebut iaitu masa sihat dan masa lapang sering tidak dipedulikan oleh kebanyakan manusia.

Ketika badan dan akal kita sihat, setiap perkara mudah dilakukan. Kita mudah untuk bergerak ke mana sahaja tanpa sebarang keuzuran.

Namun adakah kekuatan fizikal ini digunakan dengan cara yang terbaik dalam memenuhi tuntutan agama? Adakah kita mudah pergi ke masjid, sentiasa menghadiri majlis ilmu atau menziarahi saudara dan tetangga?

Adakah akal yang sihat dan waras digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk agama?

Atau menggunakan kelebihan intelektual ini dengan memberi buah fikiran dalam menyelesaikan masalah masyrakat!?

Kita mudah menghargai nikmat kesihatan bila ditimpa sakit. Bak kata pepatah, bila terhantuk baru tengadah. Masa badan berasa sakit, baru teringat nak solat dan ingat kepada Pemberi penawar. Segala kelebihan seperti duit dan pangkat mungkin tidak berguna apabila fizikal sakit, apatah lagi jika mental yang sakit.

Nikmat kedua yang sering dilupakan oleh manusia ialah masa lapang. Mungkin ramai yang mengadu bahawa 24 jam sehari tidak mencukupi kerana dikatakan terlalu sibuk dengan urusan dunia. Oleh itu mudah sahaja bagi mereka alasan untuk tidak melakukan sesuatu yang menjadi kewajiban (fardhu ain) melainkan ada kaitan dengan kerjaya.

Tidak hairanlah kebejatan sosial semakin menjadi-jadi kerana masa tidak diurus dengan betul apabila ruang waktu tertentu sepatutnya digunakan untuk keperluan lain, tetapi digunakan untuk melakukan perkara lain.

Sebagai contoh, institusi keluarga tidak harmoni kerana anak-anak tidak cukup masa bersama ayah dan ibu mereka yang sibuk bekerja. Lebih-lebih lagi bagi pasangan suami isteri yang terpaksa berjauhan, kesefahaman dan keharmonian dalam keluarga semakin jauh dan renggang.

Kenapa ramai yang sanggup dan mampu menghabiskan banyak masa untuk bekerja tetapi tiada masa untuk menyumbangkan tenaga untuk Islam?

Kita sanggup meluangkan masa untuk pelanggan kita tetapi tiadakah ruang waktu untuk bersama-sama ibu bapa di kampung seminggu atau sebulan sekali?

Banyak masa kita gunakan untuk menonton televisyen atau melayari internet yang belum tentu bermanfaat dan mungkin ada unsur maksiat.

Adakah terlalu lama bagi kita meluangkan masa sekitar sejam dua untuk membaca bahan-bahan ilmiah atau menghadiri majlis ilmu?

Hampir setiap masa telinga kita mendengar muzik, kenapa amat sukar untuk mendengar alunan zikir dan bacaan al-Quran?

Waktu bergerak sehala tanpa pernah berundur, oleh kita wajar menyelianya dengan baik dan teratur bukannya hanya bergerak mengikut arus dalam tipu daya dunia.

Membuat analisa atau muhasabah merupakan suatu amalan yang baik sebagai cara menyemak diri. Dengan ini kita dapat mengimbas kegiatan harian dan seterusnya memperbaiki perkara-perkara yang merugikan diri.

Marilah kita bersyukur dengan pelbagai nikmat yang Allah kurniakan ini, agar kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi dan mendapat azab Allah.

“Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu, “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahkan nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amat pedih”. (Ibrahim, 14: 7)

Sementara kita masih hidup, rebutlah kesempatan dalam memperbaiki diri ke arah kebaikan.

Daripada Ibnu Abbas r.a. Rasulullah SAW bersabda, "Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara, masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati." (Riwayat Al-Imam Al-Hakim).

BACA INI JUGA: Apabila Pemimpin Mencintai Dunia Dan Takut Mati

Sumber: Wmazmi

Thursday, September 03, 2015

Herba Ubat Penawar Kencing Manis

Herba Ubat Penawar Kencing Manis

Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya, tetapi manusia mestilah berusaha untuk mencarinya.

Ubat Penawar Kencing Manis

Ingatlah sabda Nabi SAW, "Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah".(Riwayat Muslim).

Kencing manis dikhabarkan ibu kepada segala penyakit. Kalau dah terkena, bermacam-macam penyakit lain yang akan datang. Sangat merbahaya dan sungguh menakutkan.

Salah satu penawar yang berkesan untuk melawan dan boleh sembuh dari penyakit ini dengan izinNYA adalah:

Bahan Bahan:
  • 1 biji kelapa muda (isinya sedang berhingus).
  • 3 batang serai makan.
  • 7 biji halba.

Caranya: Ketuk 3 batang serai makan dan masukkan ke dalam kelapa muda.

Masukkan 7 biji halba juga ke dalam kelapa muda. Kacau rata air kelapa dengan menggunakan serai tadi hingga sebati semuanya dengan isi kelapa.

Letakkan kelapa di atas dapur/api. Minumlah airnya dalam keadaan suam.

1 biji kelapa untuk 2 hari minum.

Buat sehingga cukup 7 biji kelapa iaitu untuk 14 hari.

Bagi pesakit DARAH TINGGI dan SAKIT BERKAITAN JANTUNG, boleh gunakan kaedah sama.

Terima kasih kepada Ustaz Sharhan Shafie kerana sudi berkongsi amalan perubatan ini.

Anda juga boleh share artikel bermanfaat ini buat semua insan yang anda sayangi.

BACA INI JUGA: Herba Penawar Mujarab Penyakit Gout

Hina Islam, Alvin Tan Cacah Tatu Kalimah Allah Di Peha!

Hina Islam, Alvin Tan Cacah Tatu Kalimah Allah Di Peha!

Blogger lucah yang dahagakan perhatian, Alvin Tan nampaknya semakin kurang ajar apabila dia sekali lagi menghina agama Islam dengan cara yang begitu keji.

Alvin+Tan

Kali ini, dia dengan biadap mencacah tatu dengan tulisan nama Allah di bahagian bawah pahanya.

Niatnya itu tidak lain tidak bukan menghina agama Islam.

Menerusi laman Facebooknya, dia memuatnaik gambar terkangkang dengan tatu berkenaan di pahanya untuk tatapan netizens.

“Tak banyak orang yang tahu aku ni sebenarnya bertatu nama Tuhan yang Maha Penyayang, Allah SWT, di belakang paha aku… Amin!! #ReligionOfPeace,” tulis Alvin di pautan gambarnya.

Melalui pemerhatian di ruangan komen, sebahagian besar menganggap Alvin seperti telah ‘dibayar’ untuk mencetuskan isu kemarahan orang ramai, khususnya umat Islam.

Nyata, sikap biadapnya itu turut dikecam ramai termasuk mereka yang bukan beragama Islam.

“Its one thing to be vocal. But please respect other religion. This as much as everyone here know the tattoo isn’t real it still does hurt one’s feelings. Show respect to get respect,” tulis Amitdeep Sandhu.

(Bab menyuarakan pendapat adalah hak anda tetapi sila hormati agama lain. Ini sudah jelas menunjukkan anda dengan sengaja mempermainkan sensitiviti agama walaupun tatu tersebut adalah palsu. Hormatilah orang lain agar anda dihormati.)

Sebelum ini, di laman sosial sama, Alvin telah membuat ugutan rogol keatas anak Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang bernama Nurulhidayah kerana dirasakan wanita itu cantik pada pandangannya.

Dia kini masih berada di Amerika Syarikat bagi mendapatkan suaka politik.

BACA INI JUGA: Normalisasi, Seks Bebas Dan Dosa Sebagai Perkara Biasa

Sumber: mynewshub

‘Derma RM2.6 Bilion’ Mencurigakan, kata Pengkritik Antarabangsa

‘Derma RM2.6 Bilion’ Mencurigakan, kata Pengkritik Antarabangsa

Ketika pemimpin Umno terus menegaskan dana AS$700 juta yang didermakan kepada PM Najib Razak bukan luar biasa, penceramah antarabangsa pada persidangan anti rasuah global berkata, segala urusan itu mencurigakan dan perlu diambil tindakan.

Ana Maria Gomes
Ahli Parlimen dari Eropah, Ana Maria Gomes (Tengah).

Mereka memberitahu The Malaysian Insider, ia menarik minat pelbagai pihak untuk perdana menteri mendedahkan bagaimana beliau menerima wang berkenaan dan dari mana ia disalurkan.

Mereka berpendapat, jika kes yang sama berlaku di beberapa negara lain, apabila ia diketahui, ahli politik itu akan didakwa atau disingkirkan.

Ahli Parlimen dari Eropah, Ana Maria Gomes berkata mana-mana ahli politik lain akan meletak jawatan jika mereka berada di tempat Najib.

"Beliau perlu menjelaskan segala-galanya. Pada pendapat saya, sesiapa yang berada atas dakwaan yang begitu serius, perkara pertama (yang akan mereka lakukan) di Eropah adalah meletak jawatan dan kemudian membicarakan kes mereka.

"Buktikan anda tidak bersalah dan berdepan dengan akibatnya," kata Gomes ketika ditemui di luar dewan persidangan selepas berucap pada Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah (IACC) ke-16 di Putrajaya.

Beliau berkata di negaranya, Portugal seorang menteri didakwa atas tuduhan serius beberapa tahun lalu dan beliau segera meletak jawatan.

Siasatan kemudiannya mendedahkan yang dakwaan itu adalah tidak benar, katanya.

"Itu adalah patriotik dan satu perkara yang baik untuk dilakukan. Di Malaysia, memandangkan dakwaan dilemparkan terhadapnya, beliau sudah tidak mempunyai kredibiliti untuk menjadi perdana menteri."

Beliau menambah, tindakan diambil terhadap individu menyiasat dana yang diperoleh menimbulkan keraguan dan ini tidak sepatutnya berlaku.

"Ia dilihat tidak elok sama sekali, cara perdana menteri seolah-olah mahu menutup dakwaan serius terhadap beliau dan langkah terbaik adalah dengan meminta beliau untuk meletak jawatan."

Pengarah Greenpeace International Kumi Naidoo berkata, derma sebanyak AS$700 juta adalah "sangat mencurigakan dan sangat luar biasa", dan beliau berpendapat pihak berkuasa sudah mengambil tindakan jika ia melibatkan rakyat biasa.

Penjelasan Najib yang duit itu sebagai "derma politik" tidak mencukupi, kerana jumlahnya terlalu banyak, katanya.

"Ada sesetengah negara kepulauan kecil di dunia yang menggunakan jumlah tersebut untuk bajet tahunan mereka.

"Ini adalah satu jumlah wang yang besar dan ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa penjelasan," katanya ketika ditemui di luar dewan selepas beliau berucap di persidangan itu.

"Adakah ia diberikan kepada kerajaan atau perdana menteri untuk melakukan sesuatu bagi penderma, mungkin termasuk polisi atau kontrak tertentu?

"Ia bukan hadiah peribadi yang normal, mahupun bagi standard orang kaya."

Naidoo menasihatkan Najib supaya tampil ke hadapan dan menerangkan dengan jelas dari mana menerima dana itu, apa yang beliau gunakan daripada wang itu dan hubungan dengan penderma.

"Saya rasa kegagalan untuk berbuat demikian akan menjadikan beliau sebagai yang sangat dikompromi dan hanya menyebabkan demokrasi Malaysia dipersoalkan."

Naidoo yang juga seorang aktivis hak asasi manusia dari Afrika Selatan, mengesahkan kes sebegini adalah serupa berlaku di beberapa negara lain, tetapi apabila ia diketahui ahli politik itu boleh didakwa atau dipecat.

"Dalam beberapa kes ada yang mempertahankan kuasa mereka, tetapi pemimpin sebegini bukan dari negara yang mengamalkan demokrasi atau demokrasi sebenar.

"Dan saya percaya Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang sebenar," katanya.

Beliau menambah sudah melihat perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur pada hujung minggu dan kagum dengan peserta yang berhimpun secara aman.

"Saya menggesa peserta perhimpunan supaya terus mengekalkan cara mereka berhimpun secara aman. Mereka mempunyai hak untuk bersuara walaupun ia menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka yang berkuasa."

Lise Stensrud, pengarah dasar anti-rasuah Agensi Pembangunan bersama rakyat Norway (Norad), menggesa orang ramai untuk terus memberi tekanan kepada kerajaan berhubung dana itu.

"Ini adalah sesuatu perkara yang perlu dilakukan rakyat, dan mereka harus cuba untuk menuntut keadilan. Sejumlah besar wang berada pada satu tempat yang tidak sepatutnya.

"Kerajaan sedang berkhidmat kepada rakyat dan bukan sebaliknya," katanya ketika ditemui di luar dewan persidangan.

Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada persidangan IACC kali ini dan Najib sepatunya menyampaikan ucaptama.

Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, beliau menasihatkan Najib untuk menarik diri dari merasmikan IACC di Putrajaya kerana kemungkinan beliau terpaksa berdepan dengan persekitaran yang "ganas".

Persidangan selama 3 hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu akan berakhir esok.

Dianggap sebagai perkumpulan pihak berkepentingan dalam gerakan anti rasuah, IACC setiap dua tahun dan tahun ini berjaya mengumpulkan 1,000 delegasi dari 130 negara lapor The Malaysian Insider.

BACA INI JUGA: Skandal BMf Dan 1MDB Bezanya Macam Langit Dengan Bumi!

Hukum Tawaf Guna Alat Luncur Adalah HARUS, kata Mufti

Hukum Tawaf Guna Alat Luncur Adalah HARUS, kata Mufti

Aksi seorang lelaki bertawaf mengelilingi Kaabah menggunakan alat luncur mini-segway ternyata menimbulkan perdebatan hebat dalam kalangan masyarakat Islam seluruh dunia sama ada perbuatan itu dibenarkan dalam melakukan ibadah.

Tawaf

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad menerusi satu kenyataan hari ini menyatakan pandangannya bahawa hukum menggunakan alat luncur mini-segway ketika tawaf adalah harus.

Jelasnya, terdapat beberapa nas yang meriwayatkan Nabi Muhammad SAW pernah tawaf dengan menunggang unta. Maka, hukum menggunakan alat tersebut ketika mengerjakan salah satu daripada rukun haji ialah harus.

Tambahnya lagi, alat itu dia boleh gunakan sekiranya bertujuan untuk membimbing orang ramai atau kerana uzur atau sakit.

“Justeru, hukum menggunakan alatan tersebut adalah harus,” tulis Zulkifli menerusi laman web rasmi mufti Wilayah Persekutuan.

Pada masa yang sama, Zulkifli turut memberi penerangan mengenai pendapat beberapa ulama berhubung penggunaan alat atau kenderaan kita bertawaf.

Katanya, ada beberapa kriteria yang perlu difahami dan diraikan iaitu:
  • Tawaf secara biasa (berjalan) jauh lebih afdhal (baik) dan aula (utama) kerana ia merupakan perbuatan Nabi SAW pada kebanyakan keadaan dan juga para Sahabat.
  • Raikan adab tawaf dengan sebaik mungkin.
  • Penuhi syarat-syarat tawaf agar tidak terbatal.
  • Jauhi dari riak, ‘ujub (bongkak) dan niat bermegah ketika menggunakannya.
  • Jangan sesekali melanggar orang ramai atau menyakiti mereka.

Video berdurasi 19 saat itu memaparkan seorang jemaah haji berpakaian ihram melakukan tawaf di mengelilingi kaabah dengan menggunakan alat peluncur.

Tindakan lelaki itu sekali gus dipersoalkan ramai.

BACA INI JUGA: Kenapa Orang Islam Menyembah Ka'abah?



Sumber: Sinarharian.com.my

'Tidak Perlu Restu Najib Siasat Skandal 1MDB'

'Tidak Perlu Restu Najib Siasat Skandal 1MDB'

Mana-mana badan penyiasat di negara ini tidak perlu mendapat keizinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahupun Kabinet untuk menyiasat sebarang kes.

Datuk Paul Low Seng Kuan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, badan-badan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak menerima arahan daripada Najib.

“Saya ingin ingatkan bahawa SPRM, polis juga BNM mesti menjadi sebuah badan yang bebas seperti termaktub dalam Perlembagaan.

"Jadi, jika mereka mahu menjalankan sebarang siasatan terhadap skandal, mereka tidak perlukan kebenaran daripada perdana menteri.

“Siasatan boleh dijalankan sama ada perdana menteri setuju atau tidak. Siasatan mereka tidak diarahkan oleh perdana menteri atau Kabinet.

Contohnya, saya juga tidak perlukan kebenaran perdana menteri untuk siasat apa-apa,” katanya pada sesi soal jawab dalam program Pengalaman Negara dalam Berdepan dengan Pemerintahan dan Rasuah, Persidangan Antirasuah Antarabangsa, (IACC).

Sebelum itu, wakil ahli parlimen dari Kenya membangkitkan soalan untuk Paul Low berhubung siasatan terhadap Najib berkaitan skandal yang dilaporkan seluruh dunia.

Tegasnya, masalah dalam siasatan melibatkan skandal 1MDB adalah kebocoran dokumen.

“Jadi, kami ambil serius bawah Kanun Keseksaan bahawa apabila anda jalankan siasatan, maklumat tidak boleh bocor. Sebab apabila bocor, ia akan pengaruh integriti siasatan itu.

“Sistem perbankan kita dipelihara oleh undang-undang kerahsiaan terhadap akaun peribadi. Contohnya, saya tidak suka akaun peribadi saya didedahkan kepada sesiapa sahaja.

"Malah jika Gabenor Bank sebut apa-apa tentang akaun saya, dia boleh masuk penjara,” katanya.

Katanya, isu yang timbul bukan berkaitan skandal sebaliknya tentang integriti siasatan itu.

BACA INI JUGA: Najib dan 1MDBnya Memalukan Negara Sendiri, Tun Mahathir

Sumber: Sinarharian.com.my

'Rumah Jaga Separuh Dari Hidup Kami'

'Rumah Jaga Separuh Dari Hidup Kami'

Malam itu saya bersama pemandu membuat semakan ke sekolah-sekolah untuk menyelia kerja pengawal keselamatan sekolah. Beberapa sekolah disinggahi. Akhirnya saya sampai di satu sekolah kebangsaan dipinggir bandar.

Pondok Pengawal
Gambar hiasan.

Bila kenderaan kami berhenti di pintu pagar sekolah, saya turun. Seorang lelaki tua berunifom jaga yang saya jangka 60an menegur saya. Saya cepat memperkenalkan diri dan minta memeriksa beberapa perkara.

Dia seperti keberatan untuk membenarkan saya masuk ke pondok pengawal, tetapi bila diminta dia beralah.

Saya menolak pintu bilik pengawal untuk masuk. Pintu yang ditolak tertampan sesuatu, lalu saya menjenguk ke dalam.

Ya Allah, seorang remaja perempun belasan tahun sedang tidur beralas tikar rumput di lantai, berbantal lipatan kain.

Tidurnya mengiring kerana kakinya kena di bengkok disebabkan bilik yang sempit. Begitu nyenyak dia tidur hingga tidak sedar kakinya tertampan pintu. Kasut sekolah, beg dan unifom sekolah menengah diletak di tepinya.

Saya tidak meneruskan hajat untuk masuk dan mengajak orang tua itu berbual di luar. Dalam nada yang sedikit terketar, mungkin rasa bersalah, dia berkata, "Minta maaf encik, anak saya, menumpang tidur di pondok ini."

Dia terhenti. Tutur kata perlahan dan tertib dan seperti menahan sebak.

"Tak ada siapa dirumah, mak dia dah meninggal, anak-anak dah kawin dan pindah. Saya tinggal dua beranak. Saya kena kerja untuk belanja kami berdua dan cari duit sekolah anak perempuan bongsu saya tu.

"Kerja lain dah tak larat, kerja jaga ni bolehlah. Saya bimbang nak tinggalkan dia seorang dirumah. Minta maaf encik, minta maaf."

Air matanya mula tergenang di sinar lampu yang berbalam. Bahunya saya gosok untuk menenangkannya. Saya pula yang serba salah dan sedih.

Dia terus merintih, "Hidup waktu malam kami di sinilah telah setahun lebih bila kerana saya kerja syif malam sebab rakan ada masalah nak kerja malam. Rumah jaga ni separuh dari hidup kami dua beranak.

"Esok pagi anak satu akan akan ke sekolah menengah dg basikal, dia menumpang mandi di sekolah ini.

"Encik,tolong, jangan repot kat toke saya dan gurubesar, saya takut kena buang kerja. Macam mana kami hidup," dia dah teresak dan mengesat air mata dengan lengannya.

Saya menepuk bahunya, menyuruhnya bersabar dan menjenguk sekali lagi ke dalam pondok. Tangan anak itu saya lihat menampar nyamuk di pipi. Ya Allah, anak semuda ini telah diuji dengan kepayahan hidup.

Sesungguhnya lelaki ini seorang yang tabah, hanya ini jalan hidup yang ada baginya. Saya dah tak sanggup mendengar kata-kata pak cik ini..

Bila saya menaiki kenderaan, pemandu nampak kehairanan kerana beberapa sekolah yang dilalui saya bersungut itu ini, tapi kali ini diam dan mengesat air mata, tetapi dia tidak berani bersuara.

Pengorbanan seorang bapa hingga penghujung usianya, selagi kudrat masih ada, keringat diperah demi penyambung hidup anak.

Bila isterinya dijemput Allah, apa lagi pilihan yang ada padanya demi sesuap nasi dan keselamatan anak dara suntinya.

Bersyukur

Jika anda pernah bersungut teruknya bekerja, susahnya hidup, ukurlah dengan orang tua ini.

Jika anak anda besungut tilam nipis, hapak, katil kecil, bilik panas tak ada aircond, ukurlah dengan anak dara orang tua ini yang bermalam di tikar, di lantai simen rumah jaga yang kakinya pun tidak boleh berlunjur.

Jika anak anda bersungut bilik air tak selesa, sarapan tidak sedap, ukurlah dengan anak ini yang mandi di tandas sekolah, sarapan dimana yang sempat.

Jika nak marah anak murid lewat ke sekolah, mengantuk dalam kelas, pakaian lusuh tidak disterika, penampilan yang comot, mulut jangan cepat mengungkap kata yang tidak elok, ambil tahulah kisah hidup yang dilalui mereka.

Jika jadi ketua, ambil tahu sedikit kisah hidup orang bawah, jangan tahu mengarah sahaja.

Pejamkan mata, hayati keperitan hidup pak cik ini dan menangislah kerana banyak menangis akan melembutkan hati..

Petikan dari pos di Facebook Abd Ghani Haron, pesara pegawai PPD dan bekas Pengetua.

BACA INI JUGA: Betapa Bernilainya 4A 1B Buat Anak Miskin

Sumber: Zukidin.com