Sep 3, 2015

Hukum Tawaf Guna Alat Luncur Adalah HARUS, kata Mufti

Aksi seorang lelaki bertawaf mengelilingi Kaabah menggunakan alat luncur mini-segway ternyata menimbulkan perdebatan hebat dalam kalangan masyarakat Islam seluruh dunia sama ada perbuatan itu dibenarkan dalam melakukan ibadah.

Tawaf

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad menerusi satu kenyataan hari ini menyatakan pandangannya bahawa hukum menggunakan alat luncur mini-segway ketika tawaf adalah harus.

Jelasnya, terdapat beberapa nas yang meriwayatkan Nabi Muhammad SAW pernah tawaf dengan menunggang unta. Maka, hukum menggunakan alat tersebut ketika mengerjakan salah satu daripada rukun haji ialah harus.

Tambahnya lagi, alat itu dia boleh gunakan sekiranya bertujuan untuk membimbing orang ramai atau kerana uzur atau sakit.

“Justeru, hukum menggunakan alatan tersebut adalah harus,” tulis Zulkifli menerusi laman web rasmi mufti Wilayah Persekutuan.

Pada masa yang sama, Zulkifli turut memberi penerangan mengenai pendapat beberapa ulama berhubung penggunaan alat atau kenderaan kita bertawaf.

Katanya, ada beberapa kriteria yang perlu difahami dan diraikan iaitu:
  • Tawaf secara biasa (berjalan) jauh lebih afdhal (baik) dan aula (utama) kerana ia merupakan perbuatan Nabi SAW pada kebanyakan keadaan dan juga para Sahabat.
  • Raikan adab tawaf dengan sebaik mungkin.
  • Penuhi syarat-syarat tawaf agar tidak terbatal.
  • Jauhi dari riak, ‘ujub (bongkak) dan niat bermegah ketika menggunakannya.
  • Jangan sesekali melanggar orang ramai atau menyakiti mereka.

Video berdurasi 19 saat itu memaparkan seorang jemaah haji berpakaian ihram melakukan tawaf di mengelilingi kaabah dengan menggunakan alat peluncur.

Tindakan lelaki itu sekali gus dipersoalkan ramai.

BACA INI JUGA: Kenapa Orang Islam Menyembah Ka'abah?



Sumber: Sinarharian.com.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Bagi saya selagi Allah kurniakan kesihatan kaki boleh berjln dgn baik takkanlah nak tawaf pun berkira nak lagi mudah... baiklah berjln.. rasa lebih afdal.. wallahualam..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon