Tuesday, September 01, 2015

RM2.6 Bilion, Kenapa Akaun Ditutup dan Dipindahkan Ke Singapura?


Kita mulakan artikel dengan video Janji diTepati Najib ini, tonton di YouTube. Menyebut hadis, Najib berkata, ada 3 ciri orang munafik.

Janji diTepati Najib

Pertama, bila dia bercakap dia bohong. Kedua, bila dia berjanji dia mungkir janji. Ketiga, bila dia galas amanah dia khianati amanah.

Jadi, RM2.6 billion itu bukankah satu bentuk amanah yang diberikan kepada Najib? Pelbagai versi telah kita dengar mengenai dana itu tapi semuanya berdasarkan AMANAH yang kononnya diberikan kepada Najib untuk menggunakan dana itu sebaik mungkin untuk parti/orang Islam/rakyat.

Tidak ada satu pun alasan yang mengatakan dana itu adalah untuk kegunaan peribadi Najib. Malah Najib sendiri paling awal mengaku dan berulangkali mengaku bahawa dia tidak ada menggunakan dana itu untuk kepentingan diri sendiri.

Tapi bila kita tanya kepada siapa dan ke mana dana itu dibelanjakan, kenapa marah-marah? Tak boleh tanya ke?

Kenapa kita sibuk nak tahu? Sebab Najib adalah PM. Kita tidak mahu seorang PM yang tidak amanah. Sebab tidak amanah itu sifat orang munafik. Takkan kita nak seorang munafik jadi PM kan?

Siapa lagi selain dari Shahrir yang telah mengaku menerima RM1 juta? Ke mana lagi RM2 599 000 000?

OK, setelah akaun Najib itu ditutup, dilaporkan sebanyak USD650 juta telah dipindahkan ke akaun di Singapura. Sehingga kini tidak ada sebarang pengakuan atau penafian dari Najib mengenai hal ini. Kenapa Najib senyap?

Ahli-ahli Umno sendiri tak nak tahu ke adakah benar laporan itu? Kenapa dipindahkan ke Singapura? Kan keseluruhan dana itu telah diamanahkan kepada Najib untuk kegunaan umat Islam di Malaysia dan/atau kegunaan parti Umno?

Malahan, sepatutnya kita tanya juga, Kenapa akaun itu ditutup?

Setakat ini kita hanya bising tentang asal usul dana itu dan niat disebalik pemberian dana itu. Penjelasan dari Najib masih kabur dan susah untuk diterima akal yang mahu berfikir.

Bagaimana pula dengan persoalan-persoalan ini:

  1. Kenapa tidak dilaporkan kepada sesiapa pun? Rosmah tahu tak?
  2. Kenapa tidak dimasukkan ke dalam akaun Umno?
  3. Kenapa akaun itu ditutup?
  4. Ke mana dibelanjakan? Kepada siapa dan berapa?
  5. Kenapa baki akaun itu dipindahkan ke Singapura?
  6. Berapakah baki yang tinggal?
  7. Adakah masih sama niat untuk dana itu walaupun setelah dipindahkan ke Singapura?


Artikel ini lebih kurang sama dengan saman yang dikemukakan oleh Anina selaku ahli Umno terhadap Najib - Malaysiakini.

Bunyi 'saman' itu memanglah gempak tapi sebenarnya apa yang ditanya melalui saman itu adalah persoalan-persoalan yang biasa sepertimana artikel ini.

Adakah ahli Umno dan rakyat Malaysia secara amnya tidak berhak untuk mendapatkan penjelasan dari Najib?

Tak perlulah sebut nama penderma itu kalau memang benar Najib terikat dengan janji untuk tidak dedahkan.

Tapi...

Adakah Najib juga berjanji kepada penderma untuk tidak dedahkan cara dana itu digunakan?

Adakah pindahan dana itu ke akaun di Singapura juga sebahagian dari perjanjian dengan penderma?

BACA INI JUGA: Tun Mahathir bertanya, Benarkah RM2.6 Bilion Itu Derma?

Sumber: Dinturtle

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon