Tuesday, July 07, 2015

Bahaya Bakteria Kebal Antibiotik, Perkara Yang Anda Wajib Tahu!

Bahaya Bakteria Kebal Antibiotik, Perkara Yang Anda Wajib Tahu!

Apabila terdedah kepada antibiotik, bakteria bermutasi untuk kelangsungan hidup diri dan generasi seterusnya.

Antibiotik

Sesetengah doktor dikhuatiri masih mengekalkan pempreskripsian antibiotik kepada penghidap demam, sungguhpun pihak berkuasa kesihatan telah mencadangkan ia hanya untuk penghidap yang mengalami infeksi bakteria dan dipreskripsi secara bijak.

Setelah mengambil antibiotik beberapa kali dengan sukatan berdasarkan preskripsi, sesetengah penghidap demam dikatakan mengalami tempoh demam lebih pendek dan simptom yang mengiringi suhu tubuh tinggi juga reda pada kadar lebih pantas.

Antibiotik sebenarnya tidak sesuai untuk dipreskripsi kepada penghidap demam selesema atau flu.

Walaupun tidak dinafikan infeksi bakteria tertentu boleh menimbulkan simptom seakan-akan demam selesema atau flu, namun pada kebanyakan keadaan kedua-dua penyakit itu dipercayai berpunca daripada infeksi virus terutama jika penghidap didiagnosis dengan teliti.

Paracetamol yang kurang kesan sampingan buruk berbanding antibiotik dikatakan merupakan antara ubatan yang biasa dipreskripsi kepada penghidap demam bertujuan membantu menurunkan suhu badan dan dan mengurangkan kesakitan misalnya yang berpunca daripada sengal seluruh tubuh, sengal sendi dan sakit kepala.

Simptom seperti batuk dan selesema pula diatasi dengan mengambil ubat batuk dan thymol (beberapa titik dilarutkan dalam air panas dan wap disedut).

Antibiotik pertama

Penisilin ialah antibiotik pertama ditemui Alaxander Fleming daripada kultur kulapuk penicilleum secara tidak sengaja.

Untuk pengetahuan pembaca budiman, kulapuk penicilleum boleh didapati membiak dengan mudah pada kulit oren dan roti terdedah dan terbiar lama dengan sifat berbulu halus berwarna kebiruan atau kehijauan.

Hari ini terdapat lebih daripada 100 jenis antibiotik yang dipreskripsi oleh doktor perubatan moden untuk merawat pelbagai penyakit termasuk penyakit berpunca daripada infeksi yang boleh menyebabkan kematian.

Namun, penggunaan antibiotik secara kerap dikatakan boleh menimbulkan antimicrobial resistance (AMR). Ia adalah suatu keadaan di mana bakteria kebal kepada antibiotik.

Sehubungan dengan itu, kekerapan penggunaan antibiotik methicillin dikatakan boleh menyebabkan suatu keadaan dikenali sebagai Staphylococcus aureus kebal methicillin (MRSA: Methicillin-resistant Staphylococcus aureus).

Methicillin ialah antibiotik beta-lactam spektrum sempit (narrow-spectrum β-lactam antibiotic) merupakan antibiotik kelas pensilin.

Pada 2005, nama methicillin diubah kepada meticillin berdasarkan garis panduan International Pharmacopoeia.

Selain kebal kepada antibiotik kelas penisilin, MRSA juga dikatakan kebal kepada beberapa antibiotik termasuk oxacillin dan amoxilin. HA-MRSA pula kebal kepada tetracycline, erythromycin dan clindamycin.

Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, tidak semua penyakit memerlukan antibiotik khususnya disebabkan virus. Jika salah penggunaannya, ia akan menimbulkan risiko kes Antimicrobial Resistance (AMR).

Terdapat pesakit yang sukar sembuh selepas mengambil antibiotik tertentu kerana tubuhnya imun (kebal) terhadap antibiotik itu tersebut ketika penyakitnya tidak memerlukan antibiotik.

Tambah beliau, AMR bukan sahaja dihidapi oleh pesakit di Unit Rawatan Rapi malah oleh pesakit luar yang mengunjungi klinik.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mendesak doktor untuk mempreskripsikan antibiotik dan mengatakan doktor itu ‘tak bagus’ jika enggan melakukan demikian.

Pada keadaan yang amat memerlukan pula, doktor pula disarankan akan mempreskripsikan antibiotik berkeupayaan paling rendah. Jika didapati tidak sesuai baharulah antibiotik yang lebih berkuasa dipreskripsi.

Saranan tidak mempreskripsikan antibiotik kepada penghidap demam selesema atau flu serta mempreskripsikan apabila mendapati pesakit menghidap penyakit berpunca daripada infeksi bakteria tersebut boleh dikatakan oleh pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia.

Negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia menyampaikan maklumat penggunaan antibiotik dengan MRSA melalui Center for Disease Control, dan National Health Services.

Terdapat beberapa jenis bakteria yang dikatakan mudah membentuk kekebalan terhadap antibiotik. Ia termasuk bakteria yang terdapat dalam makanan seperti E. coli, Salmonella dan Campylobacter yang menyebabkan gastroenteritis dan diarea.

Begitu juga dengan streprococci yang menyebabkan pneumonia yang dikatakan kebal terhadap penisilin dan derivatifnya. Bakteria yang menyebabkan tuberculosis (TB) dan gonorea juga dikatakan mudah untuk membentuk kekebalan terhadap antibiotik.

Penggunaan antibiotik sama ada kelas penisilin (antibiotik paling banyak dipreskripsi) atau kelas lain secara kurang bijaksana dikhuatiri lambat-laun akan membentuk kekebalan antibiotik.

Pembentukan MRSA berpunca daripada penggunaan methicillin telah disebutkan di atas. Penggunaan Vancomycin iaitu antibiotik spectrum luas yang paling berkuasa pula dikaitkan dengan pembentukan Enterococci kebal Vancomycin’ (VRE: Vancomycin-resistant Enterococci).

Vancomycin dikatakan biasa dipreskripsi kepada pesakit yang mengalami infeksi kulit yang rumit, infeksi saluran darah, endocarditis, infeksi tulang, infeksi sendi dan meningitis. Ia juga dipreskripsi kepada pesakit yang mengalami MRSA atau mengalami alahan apabila mengambil antibiotik kelas penisilin.

Tidak tepat

Penggunaan istilah Antimicrobial Resistance Antibiotic bukan istilah yang tepat untuk mengaitkan kekebalan bakteria terhadap penggunaan antibiotik.

Ia kerana istilah mikrob merujuk kepada beberapa jenis mikroorganisma termasuk virus, bakteria, kulat (misalnya Candida Albicans) dan parasite (misalnya Plasmodium falciparum yang menyebabkan malaria).

Setakat ini, pengambilan antibiotik tidak diketahui membentuk kekebalan terhadap mikrob selain bakteria iaitu virus dan kulat.

Jadi, istilah Antibiotic Resistance Bacteria (bakteria kebal antibiotik) mungkin jauh lebih tepat berbanding dengan MRA.

Pembentukan kekebalan bakteria terhadap antibiotik berpunca dari pelbagai sebab. Ia termasuk tekanan selektif (proses evolusi untuk meneruskan kehidupan), mutasi, pemindahan gen (dari bakteria ke bakteria lain), tekanan masyarakat (societal pressure iaitu pelbagai jenis tekanan yang berlaku sepanjang masa), diagnosis tidak tepat, preskripsi/penggunaan antibiotik secara kurang bijaksana, masuk hospital dan penggunaan antibiotik pada haiwan dipelihara secara komersil (makanan dan suntikan).

BACA INI JUGA: Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Minum Air Kelapa Setiap Hari?

Sumber: Sinarharian.com.my

Video Ngeri Detik Peguam Mati Ditembak Di Argentina

Video Ngeri Detik Peguam Mati Ditembak Di Argentina

Detik mengerikan melibatkan pembunuhan seorang peguam terkenal di Argentina telah dirakam melalui rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah restoran.

Tembak

Menerusi video yang mula mendapat perhatian pengguna media sosial itu, peguam Ernesto Gonzalez dirakam telah ditembak berkali-kali oleh seorang lelaki.

Ernesto yang kelihatan langsung tidak menyedari apa akan berlaku dikatakan ingin bersarapan di sebuah restoran sebelum ditembak oleh seorang lelaki bertopi yang dipercayai kliennya, Carlos Martinez.

Carlos merupakan salah seorang klien kepada peguam terkenal itu yang kini berhadapan dengan tuduhan di atas kes penderaan seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan.

Lelaki terbabit tanpa teragak-agak melepaskan enam das tembakan ke arah Ernesto sebelum menembak dirinya sendiri di kepala.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu di depan mata dilihat berlindung di bawah meja kerana ketakutan.

Kejadian ngeri itu berlaku Rabu lalu, kira-kira jam 7.20 pagi di bandar Corrientes.

BACA INI JUGA: Mereka Terselamat Dari Maut Kerana Gemuk!



Sumber: Mirror

Ringgit Lemah Tapi 51 Mata Wang Lain Lagi Teruk

Ringgit Lemah Tapi 51 Mata Wang Lain Lagi Teruk

Cuba bayangkan anda berada di sebuah kawasan pelancongan popular di Geylang Serai, Singapura yang majoritinya ialah pelancong Malaysia, ironi tiada seorang pun beli-belah di situ, dan jika ada pun sedikit sahaja.

Krisis-matawang

Lain halnya di Ho Chi Minh City, Vietnam; pasar Ben Thanh yang popular dalam kalangan warga Malaysia hingga diberi gelaran ‘Pasar Malaysia’, penuh sesak dengan pelancong Malaysia memborong pelbagai barangan di situ.

Situasi sama juga berlaku di Tanah Abang, Jakarta dan Bandung di Indonesia; 8 daripada 10 pelancong asing di situ ialah wajah orang Malaysia sibuk membeli-belah itu dan ini seolah-olah macamlah esok hendak kiamat.

Tidak ketinggalan Guangzhou di China mula jadi pilihan peniaga Malaysia untuk berborong apa sahaja barangan termasuk berjenama pada harga murah malah ada pekedai tempatan mampu cakap ‘sikit-sikit’ perkataan Melayu.

Empat negara tersebut bahkan dijadikan kayu pengukur mudah untuk menentukan trend berbelanja rakyat Malaysia di luar negara; tanpa melibatkan warga Malaysia menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah.

Ho Chi Minh City
Ben Thanh Market, Ho Chi Minh City, Vietnam.

Sekadar rekod, jemaah Malaysia amat popular dalam kalangan peniaga Arab Saudi kerana sifat ‘pemurah’ rajin berbelanja sebelum balik ke tanah air sehingga menyebabkan ramai pekedai fasih bertutur bahasa Melayu.

Umumnya tidak ramai sedar, ketika ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab di negara kita cuba sensasikan kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), realitnya mata wang tempatan itu relatif stabil.

Memang sejak Isnin, ringgit menghampiri kadar tambatan RM3.80 = AS$1, yang diperkenalkan pada 2 September 1998; rakyat Malaysia di luar negara sepatutnya paling sensitif dengan pergerakan mata wang itu waima 1 sen pun.

Ironi, kelebihan itu turut dimanfaatkan jutaan pelancong Malaysia di negara-negara tertentu yang kadar mata wang mereka jauh lebih teruk berbanding dolar AS sementara ringgit menjadi pilihan pengurup asing di sana.

Tidak hairanlah kelemahan ringgit berbanding dolar Singapura misalnya mengakibatkan ramai peniaga republik itu ‘marah’ dengan pemerintah kerana menyebabkan mereka kerugian besar dan premis perniagaan lengang.

Arab Saudi
Sebuah bazar awam di Madinah, Arab Saudi.

Terbalik pula di Malaysia, pembangkang cuba hasut rakyat kononnya ringgit jatuh sebagai bukti ekonomi negara teruk tanpa menyedari jutaan pelancong antarabangsa mula memasuki Malaysia kerana faktor mata wang kita.

Ini belum lagi dicampur sentimen pelabur antarabangsa mengambil peluang itu memasuki pasaran portfolio modal Malaysia disokong sistem perbankan tempatan yang kukuh dan kadar hutang negara masih lagi rendah.

Keadaan ini jauh berbeza ketika krisis ekonomi Asia pada 1998 apabila ringgit ‘diserang’ teruk oleh spekulator asing mengakibatkan ada beberapa negara terpaksa memohon bantuan suntikan dana kecemasan daripada IMF.

Mujur Malaysia enggan menurut perintah IMF dan terselamat menjadi ‘hamba’ sebaliknya melaksanakan kaedah tambatan seperti dilakukan China ke atas yuan sebelum ringgit kembali diapungkan di pasaran global pada 2005.

Hakikatnya di sebalik dakwaan bahawa AS adalah dalang mengakibatkan mata wang 52 negara merudum sejak tahun lalu, kelemahan ringgit bukan disebabkan asas ekonomi Malaysia lemah tetapi faktor global di luar kawalan.

RIYAL
Mata wang Iran kini AS$1 = 30,000 riyal.

Data terbaharu IMF menunjukkan mata wang paling teruk jatuh sebenarnya riyal Iran, ruble Rusia, lira Turki, rupiah Indonesia, rand Afrika Selatan, real Brazil, koruna Czech, peso Mexico, rupee India dan forint Hungary.

Secara kebetulan tiga negara teratas; Iran, Rusia dan Turki; dianggap ada masalah dengan AS sehingga ada penganalisis melihat ia lebih berbaur politik daripada faktor ekonomi iaitu hukum penawaran dan permintaan.

Bayangkan riyal Iran pernah jatuh 102% dalam sehari sebelum mata wang negara Parsi itu purata negatif 38% pada tahun lalu manakala ruble Rusia merudum lebih 20% pada 2014 ekoran isu pertikaian dengan Ukraine.

Lira Turki pula turun purata 15% lebih disebabkan ketidakstabilan politik domestik dan tekanan antarabangsa kerana dianggap bersubahat menjadi pintu masuk transit militan ekstremis IS menyusup ke Asia Barat.

Dalam kalangan negara maju, jangan ingat mata wang mereka kukuh sebaliknya yen Jepun, pound British, krone Norway dan dolar Kanada pun susut purata kurang 10% setahun di sebalik kekuatan ekonomi masing-masing.

Lucunya, kekukuhan dolar AS menurut akhbar berpengaruh The Washington Post, sebenarnya kekalahan AS secara teknikal kepada Zon Eropah sendiri apabila 1 euro catat bersamaan AS$1.03; jatuh 24% berbanding 2014.

YEN
Mata wang Jepun susut dan kini AS$1 bersamaan 123 yen.

Ini merupakan angka terburuk bagi euro berbanding dolar dalam masa 12 tahun, tetapi berita itu disambut penuh kesyukuran oleh warga Eropah kerana ia bermakna produk AS mahal dan tidak berdaya saing di seluruh dunia.

Krisis ekonomi Greece sejak bulan lalu juga mungkin beri kesan besar kepada mata wang antarabangsa, namun Malaysia dijangka menerima sedikit tempias kerana dagangan dua hala negara dengan Greece relatif sangat kecil.

Seperti yang ditegaskan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Ahtar Aziz, ringgit sebenarnya diniagakan 15% kurang daripada nilai ideal kerana faktor luaran walhal asas ekonomi negara kita amat signifikan stabil.

Malah, penganalisis ternama, Datuk Dr. Nazri Khan yang dipetik pelbagai media tempatan juga optimis dengan ringgit dan dijangka menjadi daya penarik kemasukan lebih banyak modal antarabangsa ke pasaran Malaysia.

Dalam cerita realiti, kelemahan ringgit menyebabkan warga Singapura misalnya terpaksa datang membeli sayur, ikan waima barang keperluan dapur di Johor Bahru sekali gus memberi faedah besar kepada peniaga tempatan.

Sebaliknya, Singapura meskipun bangga dengan dolarnya konon kukuh, pelancong Malaysia keberatan berbelanja besar walhal selama ini rakyat kitalah yang banyak memajukan kekayaan ekonomi mereka.

BACA INI JUGA: Krisis Hutang Greece Yang Kita Perlu Tahu

Sumber: Mynewshub.cc

Soalan Yahudi Tentang Solat

Soalan Yahudi Tentang Solat

Seorang yahudi bertanya, "Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan diperolehi oleh orang yang solat?"

Solat

Rasulullah SAW bersabda, "Jagalah waktu-waktu solat terutama solat yang pertengahan, Solat Zohor, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari kiamat."

Sabda Rasulullah SAW lagi, "Manakala Solat Asar, adalah saat dimana Nabi Adam a.s memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir."

Setelah itu Rasulullah SAW membaca ayat yang bermaksud, "Jagalah waktu-waktu solat terutama sekali solat yang pertengahan, Solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat nabi Adam a.s diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan solat maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah maka Allah perkenankan."

Sabda Rasulullah SAW, "Solat Isyak (attamah). Katakan kubur itu sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka seorang Mukmin yang berjalan pada malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isyak berjemaah, maka Allah SWT haramkan kepadanya nyalaan api neraka dan diberikan cahaya untuk menyeberangi titian sirath."

Sabda Rasulullah SAW seterusnya, "Solat subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu, dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq (Sifat Munafik).

BACA INI JUGA: Berpuasa Tanpa Solat Ibadah Sia-sia

sumber: abdulfatah-faiz

10 Penipuan Terbesar Yahudi

10 Penipuan Terbesar Yahudi

Wartawan Belgium, Michel Collon, menggunakan bukunya, ‘Israel, let’s talk about it’ (Israel, mari kita berbicara mengenainya) untuk mendedahkan bagaimana laporan media Eropah melakukan penipuan berdekad-dekad dalam usaha mereka menyokong kewujudan negara haram Israel.

Yahudi

Dalam buku itu, Collon menyenaraikan 10 penipuan besar disebarkan media Barat bagi menjustifikasi penubuhan negara Israel serta menghalalkan tindakan negara Zionis itu.

Penipuan itu adalah:

1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi ketika Perang Dunia Kedua

Hakikatnya, kata Collon, projek mewujudkan Israel itu diluluskan Kongres Zionis Pertama di Basel, Switzerland, pada 1897.

Dalam persidangan itu, pemimpin Zionis memutuskan untuk menakluk Palestin bagi menyediakan ruang untuk mereka membangunkan Israel.

Untuk makluman, Perang Dunia Kedua berlaku di antara 1939 hingga 1945.

2. Untuk menghalalkan penghijrahan besar-besaran ke Palestin, Yahudi mendakwa wilayah itu adalah warisan mereka selepas diusir pada tahun 70 Masihi

Kata Collon, data itu hanyalah rekaan semata-mata.

“Saya bercakap dengan beberapa sejarawan terkenal Israel, termasuk Shlomo Sand, yang percaya peristiwa penghijrahan beberapa abad silam tidak pernah berlaku.

“Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan mereka pada zaman purba.

“Justeru, kedatangan mereka ke Palestin kononnya untuk menduduki tanah warisan tidak berasas sama sekali,” katanya.

Menurut Collon, Yahudi yang mendesak mahu pulang ke ‘tanah asal’ mereka di Palestin sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Memetik pendapat Sand, Collon berkata, sebenarnya isu negara Yahudi tidak wujud sama sekali kerana bangsa itu yang berada di pelbagai negara tidak memiliki persamaan sejarah, bahasa atau budaya.

“Satu-satunya persamaan mereka adalah agama, tetapi agama bukan asas membina negara,” katanya.

3. Penipuan ketiga ialah dakwaan kononnya Palestin tidak didiami sesiapa ketika Yahudi mula-mula mendudukinya

Kata Collon, ada beberapa dokumen dan bukti menunjukkan produk pertanian Palestin dieksport ke luar negara pada abad ke-19.

Katanya, Perancis adalah antara negara yang mendapat manfaat daripada produk pertanian Palestin pada abad itu.

4. Ada pihak mendakwa warga Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela

“Ini satu lagi penipuan,” kata Collon.

Menurut wartawan itu, memang ramai pihak percaya kepada dakwaan palsu berkenaan.

Malah, katanya, pada peringkat awal dia sendiri yakin terhadap tuduhan itu, sehinggalah dia bertemu sejarawan Israel, seperti Benny Morris dan Ilan Pappe.

“Kata Morris dan Pappe, warga Palestin dihalau dan dilarang kembali melalui kekerasan dan keganasan,” katanya.

5. Israel didakwa satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan wajib dipertahankan

Kata Collon, Israel sebenarnya bukan saja negara melanggar undang-undang, malah satu-satunya negara yang tidak dibatasi mana-mana peraturan bagi menjelaskan sempadannya.

“Semua negara di dunia ini memiliki perlembagaan yang menyatakan had batasan masing-masing tetapi tidak bagi Israel.

“Negara itu wujud hasil projek perluasan wilayah yang tidak mengenal batasan dan undang-undangnya amat rasis,” katanya.

Melalui peraturan diguna pakai Israel, kata Collon, negara itu khusus untuk Yahudi dan individu bukan daripada bangsa itu dilihat sebagai ‘bukan manusia’.

“Ia amat bercanggah daripada demokrasi,” katanya.

6. AS didakwa cuba melindungi demokrasi di Timur Tengah melalui Israel

Pada masa sama, kata Collon, semua pihak tahu AS menyalurkan dana ke Israel sehingga RM9.7 bilion setahun.

“Wang itu digunakan untuk menyerang negara jiran Israel,” katanya.

AS, kata Collon, sebenarnya hanya berminat memastikan aliran petroleum di rantau itu tidak terganggu.

7. AS kononnya berusaha mencapai persetujuan di antara Israel dan Palestin

“Ia bohong sama sekali,” kata Collon.

Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana, pernah memberitahu Israel bahawa negara itu adalah anggota ke-21 EU.

Industri senjata Eropah juga bekerjasama dengan Israel dan menyokong mereka secara kewangan.

Bagaimanapun, kata Collon, apabila warga Palestin memilih kerajaan mereka secara demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi lampu hijau kepada Israel menyerang Gaza.

8. Menganggap mana-mana pihak yang mempertikaikan sejarah Israel sebagai anti-Semit

Sebenarnya, kata Collon, hujah itu digunakan bagi menutup mulut pihak yang cuba mendedahkan pembohongan Israel.

“Apabila kita mengkritik Israel, ia bukan semangat anti-Semit, tetapi mengecam dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan hak dan taraf di antara Yahudi, Kristian dan Islam.

“Ia juga memusnahkan keamanan di antara pengikut pelbagai agama,” katanya.

9. Media massa mendakwa Palestin punca keganasan

Sebaliknya, kata Collon, penjajahan Israel itulah keganasan sebenar kerana mereka merampas tanah dan kediaman penduduk yang berhak.

10. Isu sering dibangkitkan kononnya tiada jalan penyelesaian di antara Israel dan Palestin

Hakikatnya, kata Collon, penyelesaian boleh dicapai.

“Kita cuma perlu memberi tekanan ke atas sekutu Israel di AS dan Eropah serta rantau lain di seluruh dunia,” katanya.

Bagi Collon, tekanan umum terhadap media massa yang enggan melaporkan kebenaran juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di Timur Tengah.

“Menggunakan Internet atau media lain, marilah kita sama-sama melaporkan berita sebenar mengenai Palestin,” katanya. –Agensi

BACA INI JUGA: Kehebatan Yahudi Memanipulasi Media

Mencari Malam Seribu Bulan, Panduan Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Mencari Malam Seribu Bulan, Panduan Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Pada malam Lailatul Qadar - malam seribu bulan, malaikat turun memenuhi bumi bersama Malaikat Jibril alaihi salaam. Dengan demikian, Allah Al-‘Afuw memberikan pengampunan kepada mukminin yang bertaubat, sebanyak apapun dosa-dosanya.

Malam Lailatul Qadar

Lailatul Qadar (Malam Qadar) yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai, “lebih baik daripada seribu bulan” (97:3). Apa-apa ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran, mengingati Allah, dan lain-lain adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.

Rasulullah SAW sendiri memaksa dirinya dengan ketaatan dalam sepuluh malam terakhir berbanding pada masa lain.

Aishah (RA) berkata bahawa Nabi SAW bersabda, "Carilah Lailatul Qadr pada malam bernombor ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadan." (Bukhari).

Nabi berkata, “Sesiapa sembahyang pada malam Qadar dengan iman dan harapan untuk ganjarannya, semua dosa-dosa sebelum ini akan diampuni.” (Bukhari dan Muslim dari Abu Huraira).

Berikut tips dan panduan menjelang 10 malam terakhir Ramadhan. Semoga memberi manfaat.

1. Luangkan masa untuk Allah

Kita akan berehat seketika untuk hampir segala aktiviti didalam hidup. Kenapa tidak kali ini dengan memberi tumpuan kepada penyembahan dan mengucapkan terima kasih kepada Pencipta kita.

Sekurang-kurangnya kita mengambil sedikit masa jika boleh. Berjaga pada waktu malam untuk melakukan Ibadah qiamullail, tidak perlu risau tentang kerja pada keesokan harinya. Insyallah, ia tidak akan menjejaskan kita pun.

2. I’tikaf

Ia adalah amalan Rasulullah untuk menghabiskan sepuluh hari terakhir dan malam Ramadhan, duduk dalam masjid untuk i’tikaf.

Orang-orang yang beri’tikaf tinggal di masjid sepanjang masa ini, melaksanakan pelbagai bentuk amalan (mengingati Allah), seperti melakukan solat sunat, membaca dan memahami al-Qur'an.

3. Amalkan doa khas ini

Aishah ra berkata, "Aku pernah bertanya Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah, jika aku tahu bila malam Lailatul Qadar, apakah yang perlu aku ucapkan semasa berdoa?’

Baginda berkata, “Katakanlah: Ya Allah, Engkau adalah Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkan aku. ” (Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmidzi).

4. Merenung makna al-Qur'an

Pilih surah terkini atau surah yang anda pernah mendengar dalam Tarawih dan membaca terjemahan dan Tafsir. Kemudian berfikir secara mendalam tentang makna dan bagaimana ia memberi kesan kepada anda.

5. Berdoa supaya dosa dihapuskan

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berkata, "Sesiapa yang berdiri (mengerjakan sembahyang) pada malam Lailatul Qadar, mengharapkan pahala dari sisi Allah, semua dosanya pada masa lalu akan diampuni." (Bukhari dan Muslim).

Cuba untuk membuat doa anda lebih panjang, lebih mendalam dan bermakna. Jika anda sudah biasa dengan surah yang panjang, baca terjemahan dan penjelasan. Hayati makna daripada surah.

Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan tumpuan, walaupun dalam sembahyang, di mana ramai daripada kita cenderung untuk menjadi lalai dan/atau mudah terganggu.

6. Buat satu senarai doa peribadi

Tanya diri kita apa yang kita benar-benar mahu dari Allah. Buat senarai setiap dan segala-galanya, tidak kira betapa kecil atau berapa besar, sama ada ia berkaitan dengan dunia ini atau tidak. Allah suka mendengar doa dan permintaan daripada kita.

7. Amalkan Doa Panjang, Ikhlas dan Mendalam

Salah satu masa terbaik untuk melakukan ini ialah pada bahagian terakhir malam.

Abu Huraira ra, berkata bahawa nabi bersabda, "Apabila berakhir satu pertiga malam, Allah, Yang Amat Terpuji turun ke langit bumi dan berfirman: "Siapakah yang berdoa untuk Ku? Siapa yang berdoa untuk ku memohon apa-apa akan ku perkenankan. Dan yang yang memohon keampunan kepada-Ku, Aku akan memaafkannya." (Bukhari, Muslim).

Bangun satu jam sebelum masa sahur untuk meminta kepada Allah untuk apa-apa dan semua yang kita mahu. Ini boleh dilakukan dengan doa dalam bahasa kita sendiri (tidak semestinya bahasa arab), dengan ikhlas dan keyakinan.

8. Berbuka dengan keluarga

Jika kita selalu menghabiskan masa berbuka pada hari-hari bekerja di dalam pejabat di tempat kerja, kini beberapa hari terakhir Ramadhan ini habiskanlah masa berbuka dengan keluarga kita

Tips ini adalah sebahagian kecil daripada apa yang boleh kita dilakukan. Tentukan bagaimana malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini digunakan.

Ini akan membantu kita untuk mengelakkan daripada kerugian pada Malam Lailatul-Qadar pada 10 hari terakhir.

Semoga kita dapat meraih sebanyak mungkin pahala pada Ramadhan kali ini.. :)

BACA INI JUGA: 3 Waktu Paling Mustajab Untuk Berdoa Di Bulan Ramadhan

Sumber: Akuislam

Istimewanya Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan

Istimewanya Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan

Jika sepuluh hari terakhir Ramadhan merupakan saat di mana Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf, dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya melaksanakan ibadah-ibadah sunat, bagaimanakah pula dengan kita?

10 Malam Terakhir Ramadhan

Sewajarnya contoh yang ditunjukkan oleh Baginda dalam menghayati sepuluh hari terakhir Ramadhan dijadikan teladan kepada seluruh umat Islam pada hari ini.

Sesungguhnya pedoman yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW jelas mencerminkan kepada kita betapa tinggi dan bernilainya detik-detik terakhir Ramadhan yang sedang kita lalui saat ini.

Alangkah malangnya jika kita semakin alpa dan lalai dalam melaksanakan ibadah kita pada saat-saat Ramadhan yang kian melabuhkan tirainya.

Sedangkan kita seharusnya menghidupkannya dengan meningkatkan lagi amalan-amalan sunat bagi meraih pahala berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.

Lebih manis lagi apabila Allah SWT turut menjanjikan kehadiran malam Lailatulqadar (yakni malam yang lebih baik daripada seribu bulan) pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud: "Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

Dalam ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa Dia telah menurunkan al-Quran al-Karim pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti yang jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam Lailatulqadar.

Malah, jika dihitung; seribu bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun dan empat bulan, ini bermakna bahawa satu malam ini sahaja adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang. Ia secara jelas menunjukkan bahawa keistimewaan malam tersebut tiada tolok bandingannya.

Malam Lailatulqadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang-Nya.

Oleh yang demikian, bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, maka mereka akan lebih ghairah dan teruja mencari keredhaan dengan memperbanyakkan amalan dalam meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan.

Justeru, umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut Lailatulqadar. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Carilah malam Lailatulqadar pada 10 malam terakhir" (hadis riwayat al-Bukhari).

Dalam salah satu riwayat yang lain, dinyatakan juga bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadhan dan membaca al-Quran dengan tertib.

Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Solat berjamaah juga sangat diutamakan pada malam-malam terakhir Ramadhan. Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjamaah pada waktu malam, maka dia juga telah menghidupkan seluruh malam itu" (hadis riwayat Abu Dawud).

Di sini bermaksud, sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh sahaja dianggap telah mendapat sebahagian daripada apa yang dimaksudkan dengan Lailatulqadar.

Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan-amalan lain sepanjang malam itu. Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadhan ialah menghidupkan malam-malam tersebut dengan memperbanyakkan solat sunat seperti tahajjud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah SWT.

Selain itu, amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadhan yakni dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadah kepada Allah SWT. Iktikaf merupakan sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran Lailatulqadar.

Malah, menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini adalah berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah SWT, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya.

Dalam sebuah hadis yang lain Abu Hurairah berkata, "Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari." (hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi).

Di samping itu, kita juga turut dianjurkan untuk memperbanyakkan doa, khasnya dengan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Dalam konteks ini, para ulama telah bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam Lailatulqadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT.

Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Tirmidzi, Aisyah diajar oleh Rasulullah SAW membaca doa pada malam Lailatulqadar yang bermaksud, "Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku." (Hadis riwayat al-Tirmidzi, 5:535).

Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud, "Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu kelak" (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65).

Begitulah teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada seluruh umat Islam dalam menjalani ibadah puasa.

Namun persoalannya, sejauh manakah kita mencontohi keperibadian Baginda dalam melaksanakan ibadah puasa dan menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan?

Mudah-mudahan, dalam menghitung hari-hari terakhir Ramadhan kita dapat bermuhasabah diri dan merenung kembali pengisian yang telah kita laksanakan sepanjang tempoh 19 hari yang telah berlalu.

Jika, masih terdapat banyak lagi kelemahan dalam kita melunaskan puasa kita sebelum ini, maka masih belum terlewat untuk kita memperbaiki kelemahan tersebut agar kita mampu mencapai takwa dalam erti kata sebenar.

BACA INI JUGA: Kelebihan Puasa Sunat Enam Di Bulan Syawal

Sumber: ikim

Monday, July 06, 2015

Aplikasi Android Terbaik Menghalau Nyamuk Aedes

Aplikasi Android Terbaik Menghalau Nyamuk Aedes

Sejak dahulu lagi, pelbagai langkah dan pendekatan telah dijalankan kerajaan untuk menghindari pembiakan nyamuk Aedes.

Kil-Dengue

Namun, laporan mengenai penyakit melibatkan virus daripada nyamuk Aedes ini seakan tidak berkurangan sahaja.

Oleh itu sudah tiba masanya untuk kita rakyat Malaysia menggunakan kemajuan di dalam bidang sains dan teknologi agar diberikan lebih pendekatan berbanding langkah kerajaan sebelum ini.

Kini, salah satu aplikasi hadir untuk menghalau nyamuk Aedes ini, dinamakan sebagai Kil-Dengue dan ditawarkan untuk Android dan juga iOS.

Aplikasi ini menggunakan gelombang bunyi dan menjana frekuensi khusus untuk menghalau nyamuk berkenaan sekaligus mengelakkan pengguna daripada digigit oleh nyamuk berkenaan.

Menurut pembangunnya, terdapat pelbagai aplikasi seumpamanya di pasaran pada hari ini, tetapi Kil-Dengue dioptimasikan khusus untuk nyamuk Aedes Aegypti jenis nyamuk Aedes majoriti di Malaysia.

Frekuensi yang dihasilkan oleh aplikasi ini mempunyai bunyi yang sangat rendah yang tidak didengar pada telinga manusia.

Melalui frekuensi bunyi berkenaan, ia menghalau nyamuk betina Aedes Aegypti yang mana sering menyebarkan jangkitan virus denggi.

Frekuensi aplikasi itu berfungsi dengan berkesan dalam lingkungan lima meter. Ketika aplikasi itu diaktifkan, pengguna masih boleh menggunakan fungsi-fungsi lain seperti "chat" dan melayari internet.

Bagaimanapun fungsi app itu akan terganggu sementara jika ada panggilan telefon. Pengguna juga dapat memilih selama mana app itu diaktifkan.

Aplikasi ini menggunakan kuasa bateri yang sederhana, sama seperti mendengar MP3 melalui telefon mudah alih.

Aplikasi Kil-Dengue ini ditawarkan secara berbayar pada Apple AppStore dan Google PlayStore, dan boleh dimuat-turun di iTunes Kil-Dengue iOs dan Google Play.

BACA INI JUGA: Tanaman Yang Patut Ditanam Untuk Menghalau Nyamuk

Sumber: BERNAMA
Pesanan 'Hal Dalam Kubur' Peminat Buat Azwan Ali

Pesanan 'Hal Dalam Kubur' Peminat Buat Azwan Ali

Sebelum ini, Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria ada menegur Azwan Ali berkaitan dengan sikapnya yang tidak menggambarkan ciri-ciri seorang Muslim yang sedang berpuasa.

Azwan-Ali

Disebabkan teguran tersebut, Azwan Ali membalas dengan memgemaskini status di Instagram seperti memperlekahkan teguran mufti perak tersebut.

Kemudian selebriti yang menggelarkan dirinya Diva AA ini turut membalas teguran daripada rakan artisnya, Azhar Sulaiman dengan mengatakan “level kau tak sama dengan aku”, lebih kurang begitulah.

Nampaknya ada saja yang tak kena di matanya, semua nasihat tak dimakan saman.

Apa sahaja teguran yang baik untuknya pasti akan di ‘sembur’ balik oleh beliau.

Namun, di media sosial kami tertarik dengan sebuah gambar beserta ‘nasihat’ yang dikirimkan khas buat Diva AA.

Mohd Noor, menceritakan bagaimana pengalamanya ketika berada di dalam liang lahad keseorangan tanpa peneman dan disaat itulah beliau teringatkan insan-insan yang bersama dengannya sewaktu di dunia.

Jom lihat pautan gambar beserta mesejnya.

“Pengalaman yang tak ternilai ialah saya pernah masuk dalam khbur pada jam 12.30am dan merasai begaimana suasana berada dalam kubur selama 15 minit… saya merasai paling sunyi sepi yang tak pernah dirasai di dunia ini, sampaikan pasir sebutir jatuh pun boleh dengar, gelap yang amat sangat, sampatkan tangan sendiri pun tak nampak dan setelah 5 minit, mulalah keluar serangga dan mengigit-gigit kaki, masi ni baru lah teringat orang-orang yang pernah bersama kita di dunia ini… so jagalah silatulrahim sesama kita sebelum kita keseorangan nanti… jangan lupa pesan kat AZWAN ALI… hehehehe“ -tulis Mohd Noor.

Apa yang ingin disampaikan oleh saudara Mohd Noor ialah jagalah nilai persahabatan dan silatulrahim sesama manusia sementara kita masih bernafas di bumi Allah ini.

Hal-dalam-kubur

Andai ada seorang manusia yang melakukan dosa dengan Allah, kemudian dia sangat menyesali dengan berbuatannya lalu bertaubat dan memohon ampun dari Allah Ta’ala.

Jika dia benar-benar insaf, dan mahu bertaubat, kemungkinan besar, taubat dan ampunnya diterima Allah.

Tetapi kalau seorang manusia itu bersalah dengan manusia, maka wajib untuk meminta maaf dari manusia terbabit.

Ingatlah, setiap amalan dan apa-apa yang kita lakukkan di dunia dikira walaupun sekecil zarah.

BACA INI JUGA: Mimpi Aneh Seorang Pendosa Dipanggang Api Neraka!


Sumber: Mynewshub.cc