Saturday, June 27, 2015

Petua Menghilangkan Batuk Bayi Dan Kanak-kanak

Petua Menghilangkan Batuk Bayi Dan Kanak-kanak

Apabila anak batuk kerana tidak sihat, biasanya ramai ibu bapa akan merasa risau dan kasihan melihat keadaan mereka. Kali ini kami ingin berkongsikan petua, bagaimana untuk melegakan batuk anak-anak kita.

Anak batuk

Madu asli

Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil. Kalau rasa madu tu macam pekat, boleh tambah sedikit air.

Kunyit hidup atau bawang putih

Gosok kunyit hidup dimana-mana permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.

Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih. Caranya sama seperti guna kunyit, gosok, ambil serbuk, kemudian campurkan dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

Daun Kaduk

Jika bayi anda batuk berkahak dan selsema, boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.

Kismis

Kalau bayi anda dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

Daun Bunga Tahi Ayam

Ambil daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemudian sapu kat tengkuk dan dada bayi.

BACA INI JUGA: Resepi Ubat Batuk Paling Mudah Dan Mujarab

Sumber: Saripetua

Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Minum Air Kelapa Setiap Hari?

Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Minum Air Kelapa Setiap Hari?

Kita semua sudah sedia maklum bahawa air kelapa muda memiliki khasiat dan ubat yang paling mujarab pada kesihatan tubuh badan.

Air kelapa

Jika anda sering mengambil minuman berkarbonat, mungkin selepas ini anda patut bertukar kepada air kelapa.

Air kelapa sememangnya sangat baik jika diminum setiap hari, dan kesan dari pengambilan air ini lama-kelamaan dapat dirasai sendiri oleh anda.

Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Minum Air Kelapa Setiap Hari?

Air kelapa boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh dan menghilangkan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing, penyakit gusi dan virus yang menyebabkan selesema, jangkitan pelbagai penyakit dan tifus.

Air kelapa dapat meningkatkan tenaga dan pengeluaran kelenjar hormon tiroid. Air kelapa bertindak sebagai diuretik semulajadi dan sangat membantu bagi orang yang mempunyai penyakit buah pinggang. Ini akan membantu membersihkan saluran kencing dan saluran pundi kencing.

Air kelapa juga dapat menghilangkan racun dan membantu memecah batu buah pinggang. Air kelapa mengandungi jumlah serat yang tinggi, dan sangat baik untuk pencernaan.

Kerana air kelapa rendah lemak dan anda boleh meminumnya dalam jumlah banyak. Air kelapa akan mengurangkan nafsu makan anda kerana selepas meminumnya anda akan merasa kenyang, jadi secara tak langsung membantu menurunkan berat badan.

Cuba basahkan kapas atau kain dengan air kelapa dan letakkan pada kulit jika anda mempunyai jerawat, kulit berminyak atau kering. Air kelapa akan membuat kulit lebih bersih dan segar, dan pori-pori akan terbuka.

Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan sistem pencernaan dan juga dapat menghilangkan parasit usus.

Para pengkaji mendakwa bahawa air kelapa juga membantu mengatasi beberapa masalah kesihatan semasa mengandung. Dengan hanya satu cawan air kelapa anda akan menyeimbangkan elektrolit, sehingga anda akan terhindar dari hipertensi atau juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi.

Jika anda ingin kulit anda cerah dan dilindungi sepanjang hari, minumlah satu gelas air kelapa. Jika anda kehilangan terlalu banyak tenaga dengan aktiviti fizikal yang meletihkan, anda boleh memulihkan tenaga anda dengan air kelapa. Air kelapa akan memberikan kesan positif pada setiap bahagian tubuh anda yang letih.

Air kelapa juga bertindak sebagai anti oksidan sehingga membantu membina sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan tenaga, menghindari dari bakteria dan jangkitan, penurunan berat badan dan banyak manfaat lain.

BACA INI JUGA: Coco De Mer, Buah Kelapa Paling Besar Di Dunia

Tiada Lagi Mangga Cinta Di Paris

Tiada Lagi Mangga Cinta Di Paris

Pasangan yang melakukan lawatan ke Paris untuk meraikan percintaan mereka tidak lagi berpeluang meninggalkan mangga di jambatan di Sungai Seine.

Pont des Arts

Pihak berkuasa tempatan bandar raya berkenaan telah menanggalkan puluhan ribu mangga yang terdapat di jambatan itu.

Penduduk tempatan sudah sekian lama menyelar tindakan pelancong meninggalkan mangga di jambatan Pont des Arts itu.

Sejak beberapa tahun lalu, pasangan dari seluruh dunia menandatangani mangga yang mereka bawa bersama sebelum memangganya pada pagar besi jambatan itu dan mencampakkan kuncinya ke dalam sungai Seine.

Padlock

Jambatan Pont des Arts menghala ke Menara Eiffel dan satu daripada tarikan pelancong paling terkenal di Paris.

Sebelum itu, salah satu daripada pagar besi jambatan itu terjatuh ke sungai kerana tidak lagi mampu menanggung berat ribuan mangga.

Dan kini, pihak berkuasa tempatan untuk sementara waktu telah menggantikan pagar besi di jambatan itu dengan padlock-themed graffiti sebelum proses memasang panel kaca bagi menghalang perbuatan memangga.

Padlock-themed graffiti

Langkah itu diambil sebagai menyahut kempen ‘Tiada Mangga Cinta’ di Facebook yang dilancarkan penduduk tempatan.

Seperti kata Bruno Julliard, Timbalan Datuk Bandar Paris ketika memberitahu akhbar Le Parisien, “Memang benar Paris kota cinta. Kami berbangga dengannya.

“Tetapi ada cara lain yang lebih baik daripada meletak mangga di jambatan.” -Agensi

BACA INI JUGA: Siapa Sangka Jambatan Cinta Benar-benar Wujud Di Dunia

Friday, June 26, 2015

Tips Berpuasa Bagi Ibu Dan Wanita Hamil

Tips Berpuasa Bagi Ibu Dan Wanita Hamil

Di bulan yang penuh dengan keberkatan ini, pastinya ibu hamil juga turut tidak mahu melepaskan peluang ini untuk meneruskan ibadah sepanjang bulan Ramadhan.

Puasa ibu hamil

Tidak dinafikan ada ibu-ibu yang berjaya melaluinya dengan baik. Selain dari tahap kesihatan ibu dan anak, gaya hidup juga memainkan peranan bagi memastikan ibu-ibu sentiasa cergas.

Tips Berpuasa Bagi Ibu Hamil
  • Pastikan ibu bangun untuk bersahur dan tidur awal.
  • Banyakkan pengambilan air masak 2-3 liter semasa bersahur dan sepanjang malam selepas berbuka.
  • Jangan mengambil minuman berkafeian seperti kopi dan teh semasa bersahur. Ini akan menyebabkan ibu terhidrat.
  • Mengamalkan makanan yang tinggi serat semasa bersahur seperti roti dan bijirin yang ‘high fiber’ bersama susu dan buah-buahan.
  • Mengambil diet yang seimbang dan makanan sihat semasa berbuka.
  • Dahulukan dengan kurma bagi mengimbangi kadar gula dalam badan.
  • Elakkan makanan tinggi garam dan berlemak bagi memastikan sistem percernaan tidak terganggu.

Adakah Selamat Berpuasa Bagi Ibu Hamil?

Ibu hamil boleh menjalani ibadah berpuasa sekiranya kesihatan ibu dan anak dalam kandungan adalah mengizinkan. Namun begitu, ibu hamil dikecualikan dari berpuasa sekiranya mengalami keadaan seperti:
  • Sakit kepala yang kronik, pengsan dan menjadi sangat lesu.
  • Loya dan muntah-muntah yang teruk.
  • Mengesan kelainan pada pola pergerakan bayi.
  • Sekiranya mengesan sebarang kelainan, ibu disarankan untuk merujuk kepada pakar perubatan.
  • Dehidrasi.
  • Ia dapat dikesan dengan keadaan air kencing yang bewarna pekat dan berbau.
  • Merasa sakit seperti hendak bersalin.
  • Mempunyai penyakit seperti diasbetis yang memerlukan ibu mengambil ubat pada waktu tertentu.

Selamat menjalani ibadah puasa kepada para ibu.. :)

BACA INI JUGA: Perbuatan Yang Menyebabkan Amalan Puasa Menjadi Sia-sia

sumber: healthyvitagarden

Pemimpin Dakwa 'Mimpi Jumpa Nabi' Dicemuh Netizen

Pemimpin Dakwa 'Mimpi Jumpa Nabi' Dicemuh Netizen

Tulisan AJK PAS Pusat, Mokhtar Senik mendakwa bermimpi bertemu Nabi Muhammad dan sahabat baginda Umar Al-Khattab berpuluh kali semasa dalam tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting menjadi viral di media sosial.

Mokhtar Senik

Pelbagai pihak membuat pelbagai posting mengulas dan menyindir tulisan Mokhtar, yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu.

Mokhtar dalam Facebooknya menulis, antara hiburan Allah kepada mereka semasa di dalam tahanan ISA di Kamunting adalah mimpi-mimpi yang indah.

"Antaranya kami dikurniakan mimpi bertemu Rasulullah SAW. Sepanjang tiga tahun lebih ditahan di situ, berpuluh kali saya bermimpi di datangi Saidina Umar Alkhattab," tulis Mokhtar mengenai pengalaman ditahan kerana terlibat dengan kumpulan Al Maunah pada 2000 yang dituduh cuba melancarkan perang terhadap Yang Dipertuan Agong pada ketika itu.

Bagaimanapun, Mokhtar kemudiannya memadamkan posting tersebut.

Mokhtar Senik [2]

Umat Islam percaya bermimpi bertemu Nabi Muhammad adalah satu kelebihan.

Pelbagai pihak membuat posting di dinding Facebook masing-masing bagi mengulas atau menyindir Mokhtar yang bersama kem Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan lalu.

Nur Hadi Mohamad menulis, "Malam ni semua pakat berangan nak mimpi jumpa nabi atau sahabat nabi macam 'ulamak PAS'. Esok pagi boleh update kat FB bagitau semua orang.

"Yang aku pelik macam mana boleh yakin sangat orang yang dia jumpa dalam mimpi tu betul-betul nabi atau sahabat nabi."

Seorang lagi pengguna Facebook Zizie Ali menulis: "Untuk PRU akan datang, saya dah hampir buat keputusan. Kalau semua calon di kawasan saya mendakwa mereka bermimpi jumpa nabi, saya mungkin tidak akan pergi mengundi."

Mokhtar Senik [3]

Sementara Sharifah Zehra Irdina pula menulis di Facebooknya: "Tidurlah, mana tahu mimpi jadi bini Mokhtar Senik."

"Mokhtar Senik mimpi jumpa Nabi dan para sahabat berkali-kali sampai lupa mau kira. Apa kelas Mursyidul Am baru mimpi takat jumpa kelibat Nabi. Apa kelas makam Presiden takat baru jumpa dua tiga kali,” tulis Sohaimi Ali merujuk kepada Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan Hadi

BACA INI JUGA: 25 Janji Allah Kepada Manusia Yang Sentiasa Beristighfar

Sumber: Pilihan-anda

Gempar Video Budak 14 Tahun Tangkap 9 Toyol Di Indonesia

Gempar Video Budak 14 Tahun Tangkap 9 Toyol Di Indonesia

Penduduk di Jombang, Indonesia, kecoh selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun mendakwa menangkap sembilan toyol.

Tangkap-toyol

Sejak pagi hingga ke malam, rumah Ineke Puspitasari di kampung Sumobito di sini dikunjungi beratus-ratus penduduk yang mahu melihat toyol itu yang didakwa dikurung dalam balang plastik.

Ineke berkata, dia menangkap toyol itu ketika bermain di belakang rumahnya sehari sebelum Ramadan.

Katanya, ketika bermain dia melihat beberapa toyol berada di belakang rumah dan terus mengambil cermin untuk menangkap makhluk halus itu.

“Toyol itu suka bermain di hadapan cermin dan apabila ia terleka saya terus menangkapnya,” katanya.

Berita mengenai toyol yang ditangkap Ineke itu tersebar luas menyebabkan rumah remaja itu dikerumuni penduduk yang mahu melihat makhluk berkenaan.

Bagaimanapun, penduduk yang datang kecewa apabila tidak melihat toyol di dalam balang plastik berkenaan.

Balang itu diletakkan di luar tingkap rumah bagi memudahkan orang ramai melihatnya dan Ineke turut melukis gambar toyol itu pada sekeping kertas.

“Saya datang ke sini untuk melihat toyol berkenaan tetapi hampa apabila melihat balang itu kosong,” kata ketua kampung Sumobito, Bakheri.

Seorang lagi penduduk juga kecewa kerana tidak dapat melihat toyol berkenaan, tetapi dia percaya Ineke menangkap makhluk itu.

“Beberapa bulan lalu ramai penduduk yang kehilangan wang dan kecurian ini mungkin perbuatan toyol itu,” katanya.

Ineke memberitahu hanya orang yang mempunyai keistimewaan luar biasa sahaja yang mampu melihat toyol berkenaan. – Agensi/myMetro Online

BACA INI JUGA: Bali Gempar Sepasang Hantu Berjaya Ditangkap!


Puasa Adalah Raja Segala Ubat Dan Perut Ialah Rumah Penyakit

Puasa Adalah Raja Segala Ubat Dan Perut Ialah Rumah Penyakit

Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut. Puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita

Puasa sebagai penawar

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik.

Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sehingga terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas.

Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu.

Dan ketika berpuasa itulah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya.

Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa berjalan tanpa henti.

Sejarah Ringkas Bulan Ramadhan
  • Ramadhan ertinya panas terik.
  • Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana).
  • Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
  • Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
  • Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
  • Di pilih untuk ibadat puasa.
  •  Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran).
Selamat berpuasa..

BACA INI JUGA: Habbatus Sauda, Ubat Penawar Semua Penyakit Kecuali Mati

-SENTIASAPANAS.COM

Kalaulah Bukan Kerana Allah Menutup Keaiban Kita

Kalaulah Bukan Kerana Allah Menutup Keaiban Kita

Pada zaman Nabi Musa a.s., bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka.

Aib

Mereka berkata, "Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."

Maka berangkatlah Nabi Musa a.s. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih daripada 70 ribu orang. Mulalah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan kumuh penuh debu, haus dan lapar.

Nabi Musa a.s. berdoa, namun, langit tetap terang benderang, matahari pun bersinar makin kemilau. Segumpal awan pun tak juga muncul.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi...

Allah SWT pun berfirman kepada Musa, "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kamu sedangkan di antara kamu ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kamu semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian."

Maka Nabi Musa a.s. pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan tidak diturunkan kepada kaum kita."

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, ketika itu dia sedar bahawa dirinyalah yang dimaksudkan.

Dia berkata dalam hatinya, "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan tidak akan diturunkan."

Maka hatinya pun gundah gulana, air matanya pun menitis, menyesali maksiatnya selama ini sambil berkata dalam hati, "Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadamu selama 40 tahun, selama itu Engkau menutup aibku. Dan sekarang aku bertaubat kepada Mu, maka terimalah taubatku."

Tidak lama selepas taubatnya itu, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Musa pun kehairanan, "Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."

Allah berfirman, "Aku menurunkan hujan kepada kamu disebabkan hamba yang kerananya hujan tidak turun."

Musa berkata, "Ya Allah, Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku, adakah Aku akan membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku?!"

BACA INI JUGA: Rahsia Disebalik Demam

Sumber: detikislam

Thursday, June 25, 2015

Benarkah Roh Pulang Ke Dunia Pada Bulan Ramadhan?

Benarkah Roh Pulang Ke Dunia Pada Bulan Ramadhan?

"Menjelang bulan Ramadhan, roh orang beriman dibenarkan pulang ke dunia bagi mengutip pahala yang dihadiahkan kepada mereka." Itulah antara mesej berantai yang banyak tersebar dalam media sosial pada bulan Ramadhan ini.

Roh Pulang Ke Dunia di Bulan Ramadhan

Ilmu masuk mencurah-curah ke dalam telefon pintar bak hujan mengalir deras tanpa perlu menunggu kuliah di masjid dan surau. Begitu pun, fitnahnya juga tidak kurang hebat kerana sindrom kemaruk berkongsi tazkirah dan informasi tanpa tapisan.

Pantang ada tazkirah yang diterima terus mahu dikongsi. Tanpa sedar rupanya yang disangka mutiara ilmu adalah hadis dan fakta palsu yang sangat beracun untuk minda.

Antara tazkirah media sosial yang sangat popular adalah tazkirah ajaib berkaitan kepulangan roh manusia pada bulan Ramadhan.

Setakat yang dilihat, pihak yang menyebar mesej Kepulangan roh pada bulan Ramadhan tidak menyatakan dalil atau hujah yang sahih atas dakwaan tersebut.

Mungkin ini berpunca daripada salah faham terhadap makna perkataan roh dalam ayat keempat surah al-Qadar yang bermaksud: "Pada malam itu, turun malaikat dan roh (iaitu Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)." (rujuk al-Qadar: 4)

Roh dalam ayat ini bukan roh manusia seperti yang disangka, tetapi suatu gelaran kemuliaan kepada malaikat Jibril.

Bukan sekali Jibril digelar roh oleh al-Quran tetapi berkali-kali (al-Baqarah: 87 & 253, al-Ma’idah: 110, al-Nahl: 102, al-Syu’ara’: 192-193 dan al-Naba’: 38)

Selain itu, wajib diingat perihal roh adalah rahsia Allah yang tergolong dalam urusan ghaib. Pengetahuan kita mengenainya pun sangat sedikit, jadi usahlah terlebih bijak daripada Allah. (rujuk al-Isra’: 85)

Sebarang bicara mengenai yang ghaib wajib bersandarkan sumber wahyu seperti al-Quran dan hadis sahih. Tidak cukup sekadar berkata ia ada disebut dalam kitab atau ia pernah dikongsi oleh Pak Ustaz dalam media sosial. Fahamilah disiplin ilmu Islam ditegaskan melalui surah al-Naml ayat 65.

Al-Quran menegaskan roh orang yang sudah mati terkurung di alam barzakh sehingga kiamat. Tidak boleh balik semula ke dunia, tidak untuk balik mengutip pahala-siswa pada bulan Ramadhan atau malam Jumaat dan jauh sekali untuk pulang menjadi hantu membalas dendam.

Akurlah kepada firman Allah ini pada surah al-Mu'minun ayat ke-99 hingga 100 yang bermaksud, "Hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka (orang kafir) dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan."

Malahan barzakh itu sendiri dalam takrifnya bermaksud dinding pemisah yang menghalang roh si mati daripada kembali ke dunia. (Tafsir al-Jalalayn)

Jika dikata yang bebas adalah roh manusia yang beriman. Apa dalilnya?

Tambahan pula nikmat alam barzakh yang dirasai orang beriman jauh lebih hebat daripada nikmat duniawi. Jadi apa perlunya mereka pulang ke dunia mencari yang biasa serta meninggalkan yang istimewa?

Jika dikata pulang mereka adalah untuk mengutip pahala sedekah anak cucu, maka jawabnya penyaluran pahala boleh sahaja dialirkan terus ke alam barzakh tanpa perlunya mereka balik.

Jika dikatakan ada hadis sahih menyebut orang yang sudah mati masih mampu mendengar sebagaimana bicara Nabi SAW kepada bangkai kafir quraysh yang terbunuh selepas perang Badar (Sahih Muslim), maka fahamilah hadis itu dengan betul. Rasulullah SAW menyatakan mereka mampu mendengar dan bukannya mampu balik ke dunia selepas mati.

Jika dikatakan ada riwayat menyebut orang hidup bermimpi bertemu orang mati, perlu difahami ini juga bukan dalil roh si mati pulang ke dunia. Ini adalah pertemuan di suatu alam yang hanya Allah sahaja tahu.

Sebahagian ulama menyebut ketika manusia tidur, Allah mempertemukan roh orang yang hidup dengan roh orang yang sudah mati di suatu alam bandingan yang dikenali sebagai alam mithal dan bukannya roh si mati itu kembali ke dunia. Prinsip perbincangan mengenainya berpaksi pada ayat ke-42 surah al-Zumar.

Jika dikatakan ada sebuah hadis lemah menyebut mengenai kepulangan roh pada bulan Ramadhan, maka jawabnya hadis lemah tidak boleh menjadi hujah agama, apatah lagi untuk menyanggah ayat 99 dan 100 surah al-Mu'minun di atas.

Begitu pun, walau berjela diberikan hujah naqli (wahyu) dan aqli (logik) menafikan kepercayaan karut ini, orang jahil yang tiada disiplin ilmu Islam akan menyanggah dengan ayat seribu guna mereka iaitu: "Ia tidak mustahil pada kekuasaan Allah kerana Allah itu Maha Berkuasa. Boleh sahaja Allah dengan kuasanya yang tidak terbatas membebaskan roh yang beriman pada bulan Ramadhan atau malam Jumaat."

Berdasarkan penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa pada asasnya roh orang yang meninggal tidak boleh kembali ke dunia.

Maka pandangan yang mengatakan misalnya roh orang yang mati masih berada atau melihat ahli keluarga selama tiga hari tiada asasnya.

Pengecualian yang diberikan oleh sebahagian ulama ialah kemungkinan untuk mereka yang masih hidup bertemu dengan ruh yang telah mati dalam mimpi dengan izin Allah.

Sebarang dakwaan menyanggah hukum dan undang-undang Allah ini wajib ditolak. Jika tidak, agama suci ini akan jadi agama secukup rasa yang bergantung kepada penganutnya.

Jika mahu lebih pedas tambahlah cilinya. Jika mahu lebih masin, tambahlah garamnya. Jika mahu lebih manis, tambahlah gulanya.

Jika ini disiplin memahami agama ini, hilanglah keagungannya dan runtuhlah kegemilangannya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Misteri Roh Mengembara Ke Alam Ghaib

-Sentiasapanas.com