Sunday, June 21, 2015

Perbuatan Yang Menyebabkan Amalan Puasa Menjadi Sia-sia

Perbuatan Yang Menyebabkan Amalan Puasa Menjadi Sia-sia

Berpuasa merupakan ibadah mulia yang diperintahkan oleh Allah SWT bagi umat Islam. Ibadah ini sangat mulia, bahkan termasuk kedalam salah satu dari 5 rukun iman yang ada.

Puasa

Makna bulan puasa bukan hanya sekadar menahan lapar dahaga saja, namun ada maksud disebalik itu semua iaitu untuk menjadikan seorang muslim menjadi muslim yang lebih bertaqwa lagi dalam semua hal ketika bulan Ramadhan berakhir.

Islam mengatur segala amal perbuatan umat manusia dan pada ketika bulan puasa Ramadhan ini pula amal perbuatan baik kita dilipat gandakan pahalanya. Bahkan, perbuatan-perbuatan yang tidak sesuai dengan akidah agama akan menyebabkan terbatalnya ibadah puasa kita, walaupun kita telah menahan lapar dan dahaga seharian.

“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thabrani. Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targib wa At Tarhib no. 1084 mengatakan bahawa hadits ini shahih lighairih)

Dibulan puasa Ramadhan ini mari kita bersama-sama meningkatkan kualiti puasa kita agar lebih baik lagi berbanding puasa sebelumnya.

Kali ini akan disajikan untuk pembaca perbuatan yang boleh membatalkan puasa tersebut, agar puasa kita manfaatnya jauh dari hanya sekadar menahan lapar dan dahaga saja.

1. Menundukan Pandangan

Menahan lapar dan haus mungkin telah berjaya kita lakukan, namun apa yang kita lihat dan dengar dengan telinga sangat sukar dihindari. Maka Islam menganjurkan untuk menghindari diri dari hal-hal yang haram.

Jabir bin ‘Abdillah menyampaikan petua yang sangat baik: “Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut berpuasa dari dusta dan perkara-perkara haram serta janganlah kamu menyakiti tetangga. Bersikap tenang dan berwibawalah di hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama saja.” (Lihat Latha’if Al Ma’arif, 1/168, Asy Syamilah).

2. Menjaga Lisan

Dalam seharian kita terhindar dari perbuatan dusta, ghibah, mengumpat, memaki, bertengkar, banyak bergurau senda, berdebat, serta segala perbuatan yang mengundang kebencian dan permusuhan.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya puasa adalah perisai. Apabila salah seorang di antara kamu berpuasa maka jangan berkata kotor dan jangan bertindak bodoh. Jika ada seseorang menyerang atau mencaci, katakanlah “sesungguhnya aku sedang berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa.”

Jika pada bulan Ramadhan saja seseorang muslim tidak dapat menjaga lisannya, apalagi bulan selain Ramadhan? Maka diharapkan setelah bulan Ramadhan berakhir, amal-amal lisan yang baik ini dapat diteruskan.

3. Menjaga Telinga

Setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan dan segala perkara yang haram juga akan menyebabkan ibadah puasa seorang muslim sia-sia. Bahkan dalam Al-Qur’an disebutkan bahawa kedudukan orang yang suka mendengar berita bohong sama dengan orang yang memakan barang haram.

“Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong. Banyak memakan yang haram.” (QS. Al-Maidah: 42)

4. Hindari Yang Haram, Walaupun Telah Berbuka

Hindari tangan, kaki, dan semua panca indera dari perkara-perkara yang diharamkan, walaupun telah berbuka. Tak ada ertinya sepanjang hari menahan diri dari makanan yang halal, namun setelah berbuka melakukan perkara-perkara yang dibenci malah diharamkan.

Orang seperti inilah yang disebutkan oleh Rasululkah SAW, “Betapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak mendapatkan dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga.” (HR. Nasai dan Ibnu Majah)

5. Makan Keterlaluan Ketika berbuka

Dapat disimpulkan bahawa salah satu tujuan berpuasa adalah untuk melemahkan pelbagai kekuatan yang menjadi kekuatan nafsu. Maka agar tercapai tujuan mulia ini janganlah makan berlebih-lebihan kerana syahwat akan menguat dan bisikan syaitan untuk melakukan perkara yang haram akan muncul semula.

BACA INI JUGA: Panduan Niat Puasa Di Bulan Ramadhan

[Sumber]

Saintis Baru Tahu Semut Bercakap, Al-Qur'an Sudah Jelaskan 1400 Tahun Lalu!

Saintis Baru Tahu Semut Bercakap, Al-Qur'an Sudah Jelaskan 1400 Tahun Lalu!

Para penyelidik yang telah menghabiskan masa bertahun-tahun menyelidik serangga dan memantau frekuensi suara yang dihasilkan oleh serangga, namun mereka tidak mampu mengesahkan perkara tesebut kecuali hanya mampu merakam suara yang dihasilkan oleh semut!

Semut-Bersuara

Tujuannya adalah untuk mengesan kewujudan semut yang berada pada tanaman pertanian namun mereka tidak mencari cara yang lebih berkesan untuk mengesan suara semut!

Namun yang mengejutkan para saintis adalah bahawa frekuensi suara yang dihasilkan oleh semut berbeza dari seekor semut ke semut yang lain, dan dari satu jenis semut dengan jenis semut yang lain serta dari satu kedudukan ke kedudukan lain!

Dianggarkan 12 ribu spesis semut di dunia ini dan jumlah semut di bawah tanah lebih banyak berkali ganda dari jumlah manusia. Oleh kerana jumlah yang begitu besar itulah menyebabkan para penyelidik bingung bagaimana kah cara untuk berinteraksi dengan suara-suara tersebut.

Mereka cuma mampu merakam suara yang berbeza terhadap semut dan penyelidikan ini telah diterbitkan pada majalah Journal of sound and vibration (jurnal tentang suara dan getaran) pada tahun 2006. Suara yang pertama kali didengar manusia di dalamnya adalah suara semut!

Hasil penelitian ini telah menunjukkan bahawa semut mengalahkan manusia dalam kemampuan indera pendengaran dan saintis menjangkaka semut menggunakan antenna untuk penghantaran dan menerima frekuensi suara.

Semut menggunakan isyarat suara yang besar seperti peranti penerima suara moden ketika ini, namun berubah selepas kesan dalam proses penapisan atau pemurnian suara, untuk membezakan antara semut dengan yang lainnya!

Ini adalah sistem yang sangat canggih dalam berkomunikasi yang tidak diketahui oleh para saintis dan tidak mampu dijelaskan kecuali pada masa sekarang ini.

Sebenarnya, Al-Qur'an telah membicarakan hal ini dan memberitahu kita bahawa semut boleh bercakap: "Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari."

Seorang mukmin tidak mempunyai pengetahuan ini kecuali akan berkata, Subhanallah!

BACA INI JUGA: Gigitan Semut Paling Menyakitkan Di Dunia

Sumber: Detikislam

Saturday, June 20, 2015

NML Cygni, Bintang Paling Besar Di Alam Semesta

NML Cygni, Bintang Paling Besar Di Alam Semesta

Namanya NML Cygni. Ya itulah nama yang diberikan oleh saintis sejak ditemui pada tahun 1965.

NML Cygni

Namun, hanya pada Disember 2012 saiz sebenarnya diketahui menjadikan ia bintang terbesar setakat ini. Apa sebenarnya keistimewaan NML Cygni?

Dalam bahasa mudah, bintang gergasi ini saiznya dua ribu kali ganda berbanding saiz matahari. Cuba anda bayangkan, sejumlah 4.5 bilion matahari boleh dimuatkan ke dalam NML Cygni!

Sehingga kini, bintang terbesar di alam semesta ini memegang takhta buat sementara sehingga bintang gergasi baru mengatasinya suatu hari nanti.

NML Cygni dengan diameter 2,783,960,000 kilometer persegi telah mengatasi bintang terbesar sebelumnya iaitu VY Canis Majoris yang berdiameter 2,296,767,000 kilometer persegi.

Saiz NML Cygni terlalu besar, hinggakan ramai dikalangan saintis sendiri tidak menyangka wujudnya bintang sebesar ini di alam semesta yang terletak dalam jarak 5,300 tahun cahaya.

Sebenarnya, belum banyak yang boleh dikatakan tentang bintang ini yang memiliki berat 30 hingga 40 kali ganda dari matahari.

Menurut pemerhatian, bintang ini diliputi oleh dua lapisan optik tebal yang terbentuk daripada debu dan molekul-molekul kecil. Lapisan ini terbentuk hasil daripada kombinasi tiupan angin kencang di permukaan bintang ini dan kadar lepasan gas dalaman yang tinggi.

NML Cygni juga kaya dengan komposisi oksigen, selain daripada air, silika, karbon monoksida, hidrogen sulfida, formonitril dan sulfur dioksida.

Walaupun suhu NML Cygni menunjukkan bintang ini dikategorikan sebagai bintang sejuk, ia masih diakui sebagai antara objek paling cerah yang boleh ditemui di alam semesta setakat ini.

Tidak seperti matahari, lokasinya yang unik dalam galaksi 'Milky Way' membuatkan bintang ini tidak 'mengetuai' sebarang sistem planet, walaupun diiktiraf sebagai bintang terbesar di alam semesta setakat ini.

Untuk pengetahuan kita bersama, setakat ini manusia hanya mampu mengkaji 1 peratus dari seluruh isi alam semesta. Ini menjadikan pencarian bintang terbesar adalah sesuatu yang tidak ada titik noktahnya.

"Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua-duanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu)." (Surah Ad-Dukhaan, ayat 7)

BACA INI JUGA: Swirling Star, Fenomena Alam Yang Sangat Menakjubkan

-SENTIASAPANAS.COM

5 Tips Yang Membantu Anda Berhenti Berdengkur Semasa Tidur

5 Tips Yang Membantu Anda Berhenti Berdengkur Semasa Tidur

Tidakkah anda benci apabila anda mempunyai pasangan yang berdengkur semasa tidur? Atau, anda orang yang berdengkur dan pasangan anda tidak boleh tahan?

Berdengkur

Cuba tips-tips yang menakjubkan ini, anda pasti berhenti berdengkur dan semua orang boleh tidur dengan aman sepanjang malam.

Guna Beberapa Bantal

Lebih banyak udara yang melalui di kerongkong semakin kurang seseorang itu akan berdengkur. Cuba letakkan beberapa bantal di bawah kepala anda sambil berbaring disisi kerana ini bukan sahaja akan membuat tidur anda lebih selesa malahan ianya juga dapat membantu anda bebas dari dengkuran.

Terdapat juga bantal khas yang anda boleh beli dimana ianya dicipta dengan mempunyai kontur di bawah leher untuk orang yang berdengkur. Fungsi Kontur ini adalah untuk membuka kerongkong anda semasa tidur.

Secara umum ianya direka khas untuk membantu masalah berdengkur tidak kira di mana kedudukan pendengkur itu tidur.

Namun bantal ini agak mahal dan adalah lebih baik akan melakukan penyelidikan sepenuhnya sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya.

Dapatkan Jalur Hidung (Nose Strips)

Bukan sahaja jalur ini berkesan untuk ramai orang malahan ianya juga murah. Tidak perlu menggunakan jalur tersebut di siang hari anda hanya perlu memakainya sewaktu hendak tidur. Apabila digunakan, jalur membantu lubang hidung terbuka luas dan mampu bernafas tanpa halangan secara langsung menghentikan dengkuran.

Menyanyi Atau Membaca Quran Dengan Berlagu

Ya, menyanyi atau membaca Quran dengan berlagu boleh membantu anda berhenti berdengkur. Apabila anda menyanyi atau membaca Quran dengan berlagu secara langsung anda sedang melakukan senaman otot kerongkong anda.

Anda menggunakan otot tersebut setiap hari samasa bercakap tetapi otot tersebut akan berkerja lebih kuat lagi apabila anda menyanyi atau membaca Quran dengan berlagu.

Ini adalah otot sama yang digunakan apabila seseorang itu berdengkur. Jika otot tersebut lemah anda mungkin lebih cenderung untuk berdengkur.

Akutekanan (Akupunktur Semula Jadi)

Akutekanan dikenali sebagai cara alternatif untuk penyembuhan bagi orang-orang yang mempunyai masalah berdengkur.

Kuncinya adalah tekanan pada jari anda. Dengan mengenakan tekanan kepada jari anda mekanisme yang menyebabkan pendengkuran akan dihalang. Anda boleh berjumpa dengan pakar-pakar seni akutekanan untuk mendapatkan rawatan tersebut.

Satu lagi pilihan ialah dengan memakai alat yang menghasilkan tekanan pada jari kecil anda sepanjang malam.

Jangan Mengambil Pil Tidur

Tidak kira betapa buruk masalah pendengkuran anda, pastikan anda tidak menggunakan mana-mana pil sama sekali.

Tujuan pil bukan untuk membantu anda berhenti berdengkur, ianya hanya untuk merehatkan badan anda.

Cara terbaik adalah dengan mencari punca masalah yang menyebabkan anda berdengkur dan cuba salah satu tips di atas.

BACA INI JUGA: Cara Tidur Seseorang Dan Maksud Di Sebaliknya

Sumber: Terbaik2u

Petua Merawat Selsema Dengan Herba Dan Sayuran

Petua Merawat Selsema Dengan Herba Dan Sayuran

Sebenarnya banyak alternatif lain untuk memulihkan demam, badan panas dan selesema selain menggunakan kaedah perubatan seperti memakan ubat-ubatan klinik atau hospital.

Demam

Selain itu, kita perlu mengetahui tanda-tanda awal sebelum demam, badan panas dan selesema bagi mengatasi masalah ini dengan berkesan supaya cepat sembuh

Simptom demam juga berkait rapat dengan selesema dan tanda awalnya adalah seperti hidung berair dan tersumbat mahupun sakit tekak

Menurut petua orang dahulu, jenis makanan yang akan disenaraikan seperti dibawah mampu membantu untuk memulihkan deman, badan panas dan selesema

Halia

Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari

Ikan

Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik.

Sayuran Hijau

Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema.

Bawang Putih

Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah.

Kunyit

Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema.

Madu

Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak.

Air Beras

Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam

Ini hanyalah petua tradisional, jika Demam Dan Selesema itu berlarutan, anda dinasihatkan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan sewajarnya.

BACA INI JUGA: Rahsia Disebalik Demam

Sumber: Epondok

Makanan Paling Popular Ketika Bulan Ramadhan

Makanan Paling Popular Ketika Bulan Ramadhan

Seperti yang kita tahu, Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian makanan, dan oleh itu setiap kali tibanya bulan Ramadhan pelbagai jenis makanan dijual dan ini pastinya akan membuat pembeli rambang mata.

Oleh itu, kali ini kami menyenaraikan beberapa jenis makanan yang boleh dikatakan menjadi juadah wajib ketika membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan:

Ayam Percik

Ayam Percik

Ayam percik merupakan juadah paling popular di mana-mana bazar Ramadan dan populariti ayam percik yang tidak pernah pudar jelas tidak menghairankan dengan baunya yang membikin perut rancak berkeroncong. Berasal dari pantai timur, daging ayam yang diperap dalam rempah akan dipanggang menggunakan arang. Nikmat memakan ayam yang dicicah dengan kuah memang tak terkata.

Bubur Lambuk

Bubur Lambuk

Para pengunjung masjid pasti sudah biasa melihat bubur lauk atau bubur lambuk yang sentiasa terhidang selepas solat Asar. Bubur nasi yang dicampur dengan pelbagai jenis sayuran, termasuk ubi, udang dan daging sering menjadi pilihan ramai kerana sifatnya yang mudah dihadam, di samping bau dan rasa yang lazat.

Murtabak

Murtabak

Murtabak berasal dari perkataan bahasa Arab 'mutabbaq' yang bermaksud berlipat. Cara pembuatannya adalah dengan melipat adunan roti yang telah diselit dengan ayam ataupun daging berserta telur dan bawang. Untuk menyedapkan lagi rasa, peminat murtabak selalunya mencicah juadah bersama kuah dal atau jeruk bawang.

Roti John

Roti John

Siapa tak kenal John menjelang bulan puasa? Walaupun tidak diketahui asal usul nama, roti ini tetap menjadi permintaan ramai di setiap bazar Ramadhan. Memang tidak dinafikan, roti yang diisi penuh dengan telur, daging, bawang, tomato dan macam-macam lagi memang sesuai mengisi perut yang sudah berbunyi setelah seharian berpuasa.

Tepung Pelita

Tepung Pelita

Sejenis kuih tradisional yang terdiri daripada lapisan berwarna hijau di bawah dan lapisan santan di atas, kuih tepung pelita biasa disediakan dalam bekas daun pisang. Disebabkan rasanya yang sangat enak dan manis, maka tidak hairanlah kuih ini terkenal di Malaysia, Singapura dan juga Indonesia.

Popia Basah

Popia Basah

Tak rugi anda beratur panjang semata-mata untuk membeli juadah yang sememangnya menjadi kesukaan orang ramai ini. Untuk menyedapkan lagi rasa, popiah basah biasa biasa dimakan bersama sos cili manis yang ditabur dengan bijian ataupun bawang goreng.

Ikan Bakar

Ikan Bakar

Aroma ikan pari, keli, terubuk dan siakap yang dibakar memang sukar untuk diabaikan, lebih-lebih lagi ketika anda sedang berpuasa. Ikan-ikan ini enak dicicah bersama sambal cili yang dicampur dengan jus limau dan dimakan dengan nasi panas. Terbaik!

Kurma

Kurma

Akhir sekali, makanan wajib di bulan Ramadhan. Walaupun tampak kecil dan biasa, namun sebiji buah kurma berserta segelas air suam atau susu boleh membekalkan tenaga dan mengenyangkan perut anda.

Menurut sunnah Rasulullah, amalan membuka puasa dengan buah yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan amalan yang sihat kerana buah ini mengandungi khasiat zat besi dan kalsium yang sangat tinggi, di samping dapat memberikan keberkatan yang besar.

BACA INI JUGA: Mengapa Lebih Letih Jika Tidur Selepas Subuh?

Friday, June 19, 2015

Hadis Palsu Kelebihan Solat Tarawih Sepanjang 30 Malam Ramadhan

Hadis Palsu Kelebihan Solat Tarawih Sepanjang 30 Malam Ramadhan

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis palsu seperti ini barulah mereka akan bersungguh-sungguh menghidupkan amalan Tarawih.

Hadis Palsu Terawih

Dan bagi orang yang malas sembahyang, bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Rasulullah SAW telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: "Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka". (Bukhori, Muslim)

Hadits Palsu tersebut seperti dibawah ini;

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Kesimpulan

Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w.

Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

BACA INI JUGA: 10 Amalan Mulia Yang Sia-sia

Sumber: Islam2u

Kelebihan Bersahur dan Berbuka Dengan Buah Kurma

Kelebihan Bersahur dan Berbuka Dengan Buah Kurma

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, kita dituntut untuk berpuasa sebaik mungkin, jadi bersahur dan berbuka adalah penting kerana ia bukan sahaja memberi anda tenaga untuk melakukan rutin harian anda, tetapi juga mengerjakan ibadah tarawih.

Kurma

Bersahur dan berbuka dengan buah kurma adalah Sunnah Rasulullah kerana kurma mempunyai khasiat yang mampu memberi anda tenaga untuk menjalani rutin harian anda ketika berpuasa.

Malah, ketika berbuka juga anda disarankan untuk bermula dengan memakan kurma. Ini kerana kita dituntut untuk berbuka dengan yang manis terlebih dahulu supaya sistem pencernaan lancar apabila memakan makanan berat dan mengganti tenaga yang hilang selepas seharian berpuasa.

Antara komposisi nutrisi tertinggi buah kurma ialah potassium (K) yang mana sebiji kurma mengandungi kira-kira 696 mg potassium, iaitu 16 peratus daripada komposisi nutrisi keseluruhan buah.

Kebaikan potassium adalah ia dapat menurunkan paras sodium (Na) dalam darah. Sodium merupakan garam dalam badan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan keperluan hidrasi.

Selain itu, kurma juga mengandungi banyak protein, lemak dan beberapa vitamin seperti vitamin A, B2, B12 dan juga kalsium, fasfor, sulfat, sodium, magnesium, cobalt, zinc, florin dan selulosa.

Jadi jadikan buah kurma sebagai makanan wajib ketika bersahur dan juga ketika berbuka untuk anda terus cergas dan bertenaga sepanjang hari untuk melakukan kerja dan juga amal ibadat.

Selamat berpuasa dan menjalani amal ibadat!

BACA INI JUGA: Panduan Bertenaga Dan Cergas Di bulan Ramadhan

Misteri Budak Lelaki Dikhatan Jin!

Misteri Budak Lelaki Dikhatan Jin!

Seorang kanak-kanak lelaki di Mukim Wedi di Klaten, Jawa Tengah, mendakwa dia dikhatankan oleh jin dalam satu kejadian ketika dia sedang menunggang basikal, baru-baru ini.

Muhammad Aziz
Kemaluan Aziz didakwa dikhatankan oleh jin.

Ironinya, kejadian yang berlaku ke atas Muhammad Aziz itu disedari setelah dia mengadu tidak mahu berkhatan kerana takut dan berdoa agar dia disunatkan oleh jin.

Kakak kanak-kanak itu, Latifah Rahmadhani, berkata, kejadian itu berlaku pada 29 Mei lalu ketika dia dan adiknya sedang bermain basikal. Aziz secara tiba-tiba menjerit dan mengadu sakit di bahagian alat kelaminnya.

“Saya terus maklumkan perkara itu kepada orang tua kami, dan setelah seluarnya dibuka, kami terkejut melihat alat kelamin adik saya seperti sudah dikhatankan,’’ katanya sebagaimana dilaporkan portal Merdeka.com.

Latifah berkata, ibu bapanya telah merujuk adiknya kepada doktor dan doktor mengesahkan adiknya telah dikhatankan.

Aziz ketika ditemui pula berkata, dia mengaku pernah meminta supaya dikhatankan oleh jin semasa melihat kawannya berkhatan pada bulan sebelumnya.

Menurut Aziz, dia menjadi takut selepas luka pada bahagian alat kelamin rakannya tidak pulih dengan cepat sehingga dia berdoa supaya dikhatankan oleh jin sahaja.

“Saya sering lihat di televisyen dalam program ‘Rahasia Tuhan’ yang menunjukkan babak kanak-kanak disunat oleh jin,’’ kata murid tahun dua Sekolah Dasar 1 Kadilanggon itu.

Aziz dilaporkan terpaksa pergi sekolah dengan memakai kain pelikat bagi menduduki peperiksaan kenaikan kelas sambil menahan sakitnya itu.

BACA INI JUGA: Amalan Menampar Untuk Membesarkan Payudara!

Sumber: Utusan.com.my

Berpuasa Tanpa Solat Ibadah Sia-sia

Berpuasa Tanpa Solat Ibadah Sia-sia

Isi yang ingin diketengahkan di sini mungkin agak basi kerana ia telah banyak disebarkan dan tentu sudah ramai yang pernah membacanya.

Puasa-tapi-tak-solat

Walau bagaimanapun, tak rugi rasanya jika dikongsikan semula di sini untuk tatapan minda.

Ada sesetengah di kalangan umat Islam yang bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah puasa, tetapi malangnya, mereka tidak menunaikan solat. Mereka sanggup berlapar dahaga tetapi tidak sanggup menunaikan solat. Ada yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika Ramadhan.

Kita bimbang nanti puasa dan sedekah tidak bermanfaat kepadanya kerana solat adalah tiang agama. Ada juga dikalangan kita menyuruh anak dan isteri berpuasa tetapi membiarkan mereka tidak solat.

Tidak menjaga batas agama seperti pergaulan lelaki dan wanita serta tidak menutup aurat. Lelaki masih berseluar pendek ketika membeli juadah berbuka puasa dan wanitanya pula tidak bertudung malah memakai baju seksi semasa membeli juadah.

Ada juga wanita tidak berpuasa kerana uzur syarie (haid dan nifas) pula tidak menghormati Ramadhan kerana berani makan di khalayak tanpa segan silu.

Menghabiskan masa menonton televisyen, sedangkan hari dan malam yang datang setahun sekali itu patut digunakan bagi memperbaiki amalan serta mengingati kesalahan lalu.

Sepatutnya pada bulan ini kita gandakan bacaan al-Qur'an, cuba menghafal beberapa surah pendek dan sentiasa memasang niat berkhidmat kepada insan lebih memerlukan.

Membazir ketika berbuka puasa disebabkan nafsu membeli tinggi. Semua hendak dibeli tetapi apabila tiba masa berbuka, makanan yang dibeli tidak dihabiskan.

Membiarkan anak bermain mercun sehingga mengganggu jemaah yang menunaikan solat tarawih di masjid atau surau berdekatan. Sebaiknya galakkan anak solat tarawih dan tilawah al-Qur'an bersama.

Hanya puasa makan dan minum, tetapi tidak menjaga pancaindera seperti mata, lidah dan telinga ketika berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum.”

Tidak mahu bersahur mengurangkan berkat dan pahala puasa kerana tidak menurut wasiat Rasulullah SAW yang bersabda maksudnya: “Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.”

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.”

Semoga kita dapat memperbaiki puasa kali ini dan menjadikannya lebih baik berbanding sebelumnya.

BACA INI JUGA: Tidur Sebentar Waktu Siang Sunnah Nabi Muhammad SAW

Sumber: Laman-seri


Wanita Mengandung Mengidam Makan Sabun

Wanita Mengandung Mengidam Makan Sabun

Seorang ibu mengandung Jess Gayford, 26, yang kini mengandung lapan bulan tidak dapat menahan keinginan peliknya iaitu makan sabun dan kerap menjilat ketulan sabun atau cecair sabun pencuci tangan.

Wanita Mengandung Mengidam Makan Sabun

"Saya tidak pasti mengapa saya ingin makan sabun, tetapi setiap kali melihat sabun, saya ingin menjilatnya.

"Saya ke pasaraya untuk membeli sabun dan akan menjilatnya. Ia kedengaran menjijikan tetapi saya amat gemarkannya," katanya dipetik Bristolpost.

Suaminya, Jess Le Trimby berkata, pada mulanya dia agak bimbang mengenai keinginan pelik isterinya itu, namun berasa lega kerana ia tidak akan membahayakan kandungan isterinya itu.

BACA INI JUGA: Makanan Tidak Elok Dimakan Sebelum Tidur

sumber: sinarharian