Tuesday, January 20, 2015

Kubur Anak Perempuan Hidup-hidup Kerana Jantina!

Kubur Anak Perempuan Hidup-hidup Kerana Jantina!

Dulu..masa 'orang rumah' mengandung, ramai yang bertanya, "awak rasa anak ni jantinaya apa, lelaki ke perempuan?", "Awak nak anak apa, lelaki ke perempuan?".

comel
Gambar hiasan.

Tapi biasanya SP akan jawab dengan mudah (dengan nada sedikit meluat), "Kalau isteri saya melahirkan 100 anak dan semuanya perempuan, saya akan bergembira yang tidak terhingga. Dan kalau isteri saya melahirkan 100 anak dan semuanya lelaki, saya akan bergembira yang tidak terhingga.

Mungkin berkat tidak memilih dan bersyukur dengan apa yang ada, sekarang SP ada 2 orang anak, seorang perempuan berusia 6 tahun dan adik lelakinya berusia 4 tahun.

Bersyukur sangat dikurniakan anak-anak yang lahir dari zuriat kita sendiri. Ada orang yang berkahwin selama berpuluh tahun tidak dikurniakan keistimewaan itu.

Malangnya, kisah yang berlaku di India, seorang ayah (durjana) cuba menanam anak perempuannya hidup-hidup hanya kerana anaknya seorang gadis!

Hati iblis dan jijik

Anak-perempuan

Dek kerana tidak mahukan anak perempuan, seorang bapa telah nekad menanam anak perempuannya hidup-hidup.

Abdul Hussein, dituduh cuba untuk menguburkan anak perempuannya, yang berusia 10 tahun hidup-hidup atas alasan yang tidak munasabah, di Tripura, India.

Dia dikatakan ‘cuba menguburkan anak perempuannya yang berusia 10 tahun hidup-hidup, hanya kerana dia adalah seorang gadis’.

Polis berkata, saksi melihat Abdul Hussein menggali sebuah lubang di taman belakang rumahnya ketika isterinya keluar, dan kemudian meletakkan anaknya dalam lubang dengan tangannya diikat dan mulut ditutup.

Suspek dikatakan telah menimbus tanah sehingga paras dada, apabila gambar yang diambil menunjukkan kanak-kanak perempuan dengan tangan terikat dan kepala dikotori tanah.

Apabila isterinya pulang, suspek cuba menyembunyikan kegiatannya dengan meletakkan bakul buluh di atas kepala anak perempuan mereka, dengan niat untuk meneruskannya perbuatan tersebut selepas ini.

Tetapi, isterinya mula mempersoalkan di mana anak mereka, dan perbuatannya mula dibongkarkan oleh jiran-jiran yang meilhat kejadian terbabit.

Mereka dikatakan telah memukul suspek sebelum memanggil polis.-tamat

Jadi, jika anda seorang ibu atau ayah, jangan dipilih jantina anak anda, syukurilah nikmat Allah..

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger Milosuam Dipenjara 2 Tahun!

Blogger Milosuam Dipenjara 2 Tahun!

Blogger terkenal pro-PKR, semalam disabitkan bersalah di bawah Seksyen 505, Kanun Keseksaan di Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah.

Yusuf Al Siddique Suratman - Milosuam

Susulan itu blogger Milosuam atau nama sebenarnya, Yusuf Al Siddique Suratman, 30, dijatuhkan hukuman penjara maksimun 2 tahun.

Yusuf disabitkan bersalah melakukan khianat awam kerana memuatnaik artikel bertajuk “Pendatang asing bakal cetus huru hara di Sabah?” susulan insiden pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu pada 2013.

Dalam artikel tersebut yang turut diselitkan dokumen didakwa Yusuf diperoleh daripada pihak polis, dia membayangkan 1,500 pendatang asing mampu mencetuskan huru hara di Sabah, sekaligus didapati boleh mencetuskan ketakutan awam.

Artikel yang membawa kepada pertuduhan terhadap blogger Milosuam bertarikh Mac 2013:

Maklumat sulit: Pendatang asing bakal cetus huru hara di Sabah?

SEBENTAR tadi ReJaM© terima satu email daripada seorang pengirim yang mendakwa dirinya sebagai "orang dalam" dan memiliki maklumat sulit dari PDRM.

Pengirim memberikan satu dokumen berbentuk arahan kepada anggota polis dan keselamatan di Sabah agar bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan kerana berdasarkan maklumat orang awam, 1400 orang dimaklumkan sebagai pendatang asing di Kota Kinabalu dan Tawau akan membuat huru hara.

Surat itu meminta agar para petugas, pegawai dan semua anggota keselamatan supaya mengambil langkah berjaga-jaga paling tinggi serta meningkatkan kekuatan anggota yang bertugas memandangkan pendatang asing ini akan mensasarkan anggota keselamatan untuk membuat huru hara.

Di bawah ini surat yang dimaksudkan. ReJaM© percaya ramai yang telah menerima surat ini dalam bentuk email berantai. Bagaimanapun, kesahihannya masih tidak dapat dipastikan. Barangkali mungkin juga ada pihak tertentu yang cuba mencetuskan kebimbangan kepada orang ramai.

Rahsia Polis

ReJaM© harap orang ramai yang telah menerima surat ini dalam bentuk email berantai agar menimbangkannya dengan penuh rasional kerana kesahihannya masih tidak dapat dipastikan.

Umum mengetahui bahawa ramai pendatang asing yang telah menerima IC hasil projek IC di Sabah untuk mengundi BN sebelum ini. Jika maklumat ini benar-benar dikeluarkan oleh PDRM, maka kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana musuh sudah lama berada di kalangan kita.

ReJaM© "Pendatang asing menangguk dalam air yang sedia keruh?"

Sumber:
http://milosuam.blogspot.com/2013/03/maklumat-sulit-pendatang-asing-bakal.html

Mahkamah bagaimanapun membenarkan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan kes.

Dalam pada itu para peguam dari Lawyers for Liberty (LFL) menyifatkan keputusan mahkamah tersebut berbaur politik.

LFL mempertikaikan mengapa Yusuf didakwa dan dihadapkan ke mahkamah di Kota Kinabalu sedangkan dia ditahan di Kuala Lumpur pada Mei 2013.

"Milosuam didakwa di Kota Kinabalu walaupun beliau sebenarnya berpangkalan di Kuala Lumpur.

"Beliau ditahan di Kuala Lumpur pada Mei 2013 dan tidak pernah menjejak kaki ke Kota Kinabalu semasa menulis bahan tersebut. Perbicaraannya di Kota Kinabalu tidak berasas dan tidak perlu," kata LFL dalam satu kenyataan.

Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 rakyat Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kampung Tanduo, daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari, 2013.

Kumpulan tersebut yang menggelar diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang daripada pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu.

Kiram berkata matlamat mereka menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan.

Sumber: Themalaysianinsider.com/SENTIASAPANAS.COM

Misteri Kalimah Cinta Yang Tersembunyi

Misteri Kalimah Cinta Yang Tersembunyi

Satu kalimah pendek yang ditoreh pada jendela kaca Istana Penrhyn, Wales, United Kingdom telah menjadi sebuah misteri dalam jangka waktu yang sangat lama. Selama lebih satu abad, kalimah tersebut hanya terbiar di situ tanpa ada sesiapa pun yang mengetahui rahsia di sebaliknya.

Love Messages In Penrhyn Castle

Kira-kira 30 kilometer menghala ke utara Gwynedd, Wales, tersergam sebuah mahligai suram berusia lebih daripada 500 tahun yang dikelilingi landskap hijau dan berbukit bukau.

Ia merupakan sebuah binaan kota lama era zaman Victoria yang telah menjadi mercu tanda negara itu sejak sekian lamanya.

Itulah istana Penrhyn, sebuah rumah agam yang meninggalkan pelbagai kisah dan kesan sejarah di United Kingdom.

Cerita disebaliknya bukan sekadar melambangkan tentang kehidupan dan kebudayaan golongan bangsawan Inggeris, tetapi ia juga mengisahkan tentang kegigihan serta perjuangan bangsa Norman yang menghuni benua Eropah sejak zaman pertengahan lagi.

Namun, di sebalik sejarah perjuangan dan kegigihan itu, istana berkenaan turut menyimpan satu rahsia tersembunyi mengenai sebuah kisah cinta menyayat hati yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kalimah pendek yang ditoreh pada salah satu tingkap kaca di istana berkenaan.

Selama lebih satu abad kalimah tersebut hanya terbiar di situ. Tiada siapa yang peduli dan tiada siapa yang menghiraukannya. Dengan kata lain, ia langsung tidak dianggap sebagai satu bahan sejarah yang berharga.

Untuk beberapa generasi para pekerja yang berkhidmat di istana Penrhyn langsung tidak mengetahui rahsia di sebalik kalimah berkenaan.

Kesemua mereka tahu terdapat torehan ringkas pada salah satu jendela di menara istana itu, akan tetapi ia hanya dianggap sebagai satu kalimat biasa yang tidak memberi sebarang makna.

Bahkan, sebarang persoalan yang timbul berkaitan tulisan tersebut, tiada siapa yang mampu menghuraikannya.

Sehinggalah pada suatu ketika iaitu sekitar penghujung abad ke-20, seorang ahli sejarah dari Itali, Resi Tomat telah ditugaskan untuk mengungkai misteri di sebalik kata-kata itu.

Beliau diperlukan untuk mencari apa maksud sebenar kalimah tersebut dan apa kaitannya dengan sejarah istana Penrhyn itu sendiri.

Berdasarkan pengalamannya sebagai ahli sejarah, Resi Tomat mendapati kalimah berkenaan telah ditulis dalam bahasa latin. Ia merupakan ungkapan pendek yang berbunyi, 'Essere amato amando', yang membawa maksud 'Mencintai ketika dicintai'.

Pada peringkat awal, Resi sendiri tidak menganggap ia sesuatu yang istimewa. Kalimat itu, pada hemat beliau, mungkin sekadar satu ungkapan biasa yang tidak membawa apa-apa makna.

Namun, kajian lanjut mengenainya telah mengubah persepsi penyelidik itu. Dalam tempoh seminggu melakukan kajian, Resi tampil dengan penjelasan yang lebih konkrit, dimana fakta yang dikemukakan sedikit sebanyak telah mengejutkan ramai pihak dan ahli sejarah benua Eropah.

Berdasarkan corak tulisan tersebut, menurut Resi, ia merupakan catatan yang telah ditinggalkan oleh seorang wanita, seorang gadis bangsawan bernama Alice Douglas-Pennant yang pernah mendiami mahligai itu di antara penghujung kurun ke-19 dan awal abad ke-20.

Alice Douglas-Pennant atau lebih dikenali sebagai Lady Alice merupakan anak kepada Lord Penrhyn, seorang Ahli Parlimen Konservatif di wilayah Caernarvonshire pada ketika itu.

Bapanya merupakan seorang yang terkenal sebagai penentang kesatuan pekerja di wilayah berkenaan, khususnya di kuari milik empayar Penrhyn.

Berdasarkan kepada catatan dan bukti lain yang ditemui, puncak menara yang menjadi lokasi ungkapan tersebut ditemui merupakan bilik tidur Lady Alice.

Ungkapan itu telah ditoreh oleh Alice sebagai dedikasi cinta terhadap kekasihnya yang merupakan seorang kakitangan di istana berkenaan, seorang tukang kebun yang berkhidmat di rumah agam milik keluarga bangsawan itu.

Para penyelidik menyimpulkan bahawa hubungan cinta dua merpati sejoli itu telah mendapat tentangan daripada keluarga Penrhyn.

Demi menjaga status bangsawan dan nama baik keluarga, Lady Alice telah dikurung bagi mengelakkan hubungan cinta mereka berlarutan lebih jauh.

Dipercayai, ketika itulah kalimah cinta tersebut telah ditoreh oleh Lady Alice. Kisah cinta ini mempunyai pengakhiran yang menyedihkan.

Lady Alice telah menjadi artis budaya tidak lama selepas itu dan beliau meninggal dunia di London pada tahun 1939 ketika usianya mencecah 76 tahun.

Dia masih belum berkahwin semasa menghembuskan nafasnya yang terakhir!

Sehingga kini, kalimah cinta itu masih jelas terukir di tingkap istana berkenaan.

Bagaimanapun, mahligai itu bukan lagi milik empayar Penrhyn, sebaliknya telah diambil alih oleh pihak kerajaan sejak 1970-an setelah semua pewarisnya meninggal dunia. Struktur bangunannya telah dibaik pulih dan ia dibuka kepada orang ramai untuk dilawati.

Hanya kerana kalimah cinta itu, istana Penrhyn telah menjadi terkenal dan merupakan antara lokasi pelancongan bersejarah yang paling kerap dikunjungi di United Kingdom.

BACA INI JUGA: 7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin

-Sentiasapanas.com

Monday, January 19, 2015

Wanita Pakai Kasut Tumit Tinggi Cepat Tua!

Wanita Pakai Kasut Tumit Tinggi Cepat Tua!

Wajib rasanya bagi seorang wanita untuk memiliki sepasang kasut tumit tinggi kerana selain mencantikkan penampilan, ia juga membuat empunya badan berasa lebih percaya pada diri sendiri walaupun bertubuh rendah.

Kasut Tumit Tinggi

Namun, ramai mungkin tidak sedar risiko yang timbul akibat memakai kasut ini kerana jika tumit terlalu tinggi, si pemakai boleh berasa tidak selesa sehingga terjatuh ketika berjalan, menurut kajian terbaharu Universiti Stanford University, Amerika Syarikat.

Malah kajian itu menyatakan, kasut tumit tinggi boleh mempercepatkan penuaan hingga 20 tahun lebih awal apabila penyelidik menilai bagaimana seorang wanita dengan fizikal sihat berjalan sambil memakai kasut yang tinggi berbeza-beza.

Responden wanita terbabit diminta memakai kasut kasual atau sneakers yang rata, kasut bertumit tinggi 4 cm dan 8 cm selain diminta berjalan dengan serta tanpa mengenakan rompi seberat 20 peratus daripada keseluruhan berat badan mereka.

Penyelidik kemudian mengamati gerak tumit responden ketika mereka berjalan dan berdiri, maka hasil penemuan yang diterbitkan Journal of Orthopaedic Research ternyata cukup memeranjatkan ramai pihak khususnya golongan wanita.

Kumpulan saintis tulang itu mendakwa, pencinta kasut tumit super tinggi atau stiletto heels apabila memakai sepatu berkenaan, kedudukan tumit mereka boleh dengan mudahnya beralih hingga berubah bentuk apatah lagi ketika kaki menyentuh lantai.

Keadaan ini juga membuat lutut si pemakai menjadi tegang dan kaku, sehingga cara berjalan menjadi seperti warga emas atau macam mengalami penyakit tulang rapuh artritis dan lebih buruk apabila memiliki kelebihan berat badan.

Tubuh wanita itu lebih menekan sendi sekali gus lutut yang tegang dan kaku mewujudkan pelbagai masalah apabila berjalan, malah pemakaian kasut tumit tinggi dengan berat badan berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko ke atas tubuh.

Saintis bagaimanapun merumuskan, tidak ada masalah mengenakan kasut tumit tinggi untuk menghadiri acara formal tertentu tetapi adalah lebih baik jika tidak terlalu sering memakai kasut jenis ini dan diganti dengan kasut tapak lebih rata. –Agensi

BACA INI JUGA: 7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin

Lagi Pelajar Sekolah Bertudung Kena Halau Dari Sekolah!

Lagi Pelajar Sekolah Bertudung Kena Halau Dari Sekolah!

Ekoran kontroversi ada pelajar perempuan sebuah sekolah telah dihalau balik kerana memakai baju kurung baru-baru ini, tersebar gambar di laman sosial berkenaan seorang lagi pelajar yang didakwa turut dihalau balik atas sebab sama.

Baju-kurung-Sekolah-Ketat

Gambar yang disebarkan itu adalah gambar seorang pelajar sekolah menengah memakai baju kurung ketat sehingga menampakkan susuk tubuhnya yang seksi.

“Cikgu halau balik sebab saya pakai baju kurung ke sekolah,” tertulis perkataan berkenaan pada gambar tersebar.

Tidak diketahui siapa identiti pelajar yang memakai baju kurung berkenaan tetapi gambar berkenaan sudah pun menjadi viral di internet.

Kalau macam ini punya gaya memakai baju kurung ke sekolah, memang layak kena halau balik pun.

Penulis agak keliru sebenarnya, kenapa pelajar boleh memakai baju kurung sebegitu rupa untuk pergi ke sekolah di mana terdapat ramai guru yang jauh lebih dewasa.

Pemakaian sebegitu rupa pastinya akan membuatkan tugas para guru khususnya yang lelaki terganggu dengan penampilan menjolok mata.

Mungkin pelajar perempuan terbabit mahu menunjukkan ‘aset’nya kepada pelajar lelaki tertentu tapi sah-sah ini bukan pakaian sesuai untuk ke tempat menuntut ilmu.

Dahsyat sungguh penulis tengok cara pemakaian para remaja sekarang, mereka nampaknya lebih mementingkan penampilan daripada apa pandangan orang lain.

Sumber: Mynewshub.cc

Epal Jenis Gala Dan Granny Smith Dari AS Tercemar!

Epal Jenis Gala Dan Granny Smith Dari AS Tercemar!

Kementerian Kesihatan mengingatkan semua pihak supaya mematuhi ketetapan pihak berkuasa negara ini berhubung epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia yang dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis.

Epal Jenis Gala Dan Granny Smith

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, semua pihak perlu mematuhi arahan pihak berkuasa yang bertindak memanggil balik produk tersebut daripada pasaran atau berhadapan tindakan di bawah Akta Makanan 1983.

“Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan satu kesalahan dan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan media.

Noor Hisham berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara itu diminta menghubungi Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

Media pada Sabtu melaporkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jenis-jenis Epal
Jenis-jenis Epal

Beliau dipetik berkata, sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.

“Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada,” kata Ismail Sabri.

Sumber: Mynewshub.cc

Sunday, January 18, 2015

BLOGLIST

BLOGLIST

BLOGLIST LINK EXCHANGE: Blogger yang berminat untuk bertukar link dengan blog ni, dipersilakan menampal link blog ini ke BLOGLIST anda dan tinggalkan URL blog anda diruangan komen atau gunakan link HUBUNGI atau mesej saya di FACEBOOK.

Lnk-Exchange

Syaratnya mudah sahaja, anda masukkan blog ni dalam bloglist anda dahulu kemudian saya akan masukkan blog anda dalam blog ni dan begitu juga sebaliknya.

Blog anda juga mesti di update sekurang-kurangnya 1 pos seminggu.

Mudah dan dipermudahkan.

Sekian...;)

Kezaliman Manusia-manusia Vampire

Kezaliman Manusia-manusia Vampire

Cerita-cerita tentang vampire sering diisi dengan cerita-cerita sensual, makhluk penghisap darah yang menggangu pekan-pekan kecil dan desa. Tapi, adakah anda tahu bahawa sejarah dan fakta berkaitan dengan vampire juga sememangnya wujud?

Mungkin mereka tidak berubah menjadi kelawar atau serigala, tetapi mereka memiliki kemiripan makhluk yang haus darah itu.

James P. Riva

James P. Riva

Ketika James Riva berusia 23 tahun, dia telah menembak dan membunuh neneknya yang cacat. Kemudian menusuknya beberapa kali di bahagian hati. Pistol itu penuh dengan peluru emas yang di cat.

Dia meminum darah yang tersembur dari luka-luka neneknya dan membakar rumahnya untuk menyingkirkan bukti. Dia mengaku menjadi seorang vampire yang berusia 700 tahun dan perlu meminum darah, tapi dia juga mengaku neneknya juga seorang vampire. Dia didapati bersalah atas pembunuhan peringkat kedua, pembakaran dan menyerang mangsa. Dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan membunuh dan 10-20 tahun untuk kesalahan membakar mangsa.

Mauricio Lopez

Mauricio Lopez

Ketika Mauricio Lopez mengetahui yang anak saudaranya (Mariella Mendez) berlaku curang dengan suami kakaknya, Macario Cruz, dia memutuskan untuk mengakhiri masalah itu dengan darah Cruz.

Dia menikam Macario Cruz tepat di hatinya di hadapan Mendez dan empat orang anaknya. Dia kemudiannya mengisi darah Cruz ke dalam gelas plastik dan meminumnya sebelum meninggalkan lokasi pembunuhan.

Dia didapati bersalah atas tuduhan pembunuhan peringkat kedua kerana menyerang mangsa dan penggunaan senjata berbahaya untuk membunuh.

Marcelo De Andrade

Marcelo De Andrade

Marcelo De Andrade adalah seorang kanak-kanak miskin, migran Northeastern dan dibesarkan di Rio de Janeiro Rocinha.

Sebagai seorang kanak-kanak, dia adalah mangsa penderaan fizikal dan seksual serta hidup tanpa bekalan air yang mencukupi.

Pada bulan April 1991, dia memulakan hobi membunuhnya yang berlangsung selama sembilan bulan dan mendakwa telah membunuh seramai 14 orang, semuanya kanak-kanak lelaki miskin. Dia telah memperkosa semua mangsa dan mengaku meminum darah mereka. Dia mendakwa melakukannya supaya kelihatan 'menarik' seperti mereka.

"Saya lebih suka kanak-kanak lelaki kerana mereka rupawan dan memiliki kulit yang lembut. Dan pendeta mengatakan bahawa semua kanak-kanak akan dimasukkan kedalam syurga jika mereka mati sebelum berusia 13 tahun. Saya tahu itu dan membantu dengan mengirim mereka ke syurga".

Sangat menarik untuk dicatat bahawa dia menyembah ibunya sendiri seperti orang suci. Dia sekarang berada di hospital mental dan telah melarikan diri pada tahun 1997 namun berjaya ditangkap semula.

Andrei Chikatilo

Andrei Chikatilo

Juga dikenali sebagai Rostov Ripper dan pembunuh Shelter Belt, Andrei mendakwa korban pertamanya, seorang gadis berusia 9 tahun dengan nama Lena Zakotnova pada 22 Disember 1978 dan bercadang membunuh 52 orang lagi.

Dia terlepas dari buruan pihak berkuasa selama hampir 15 tahun.

Mencacatkan mata, menghapuskan mangsa sama sekali atau sebahagian dari organ seksual menjadi ciri khas jenayah mengerikan Andrei.

Dia mensasarkan remaja lelaki dan wanita, sering memperkosa dan membunuh mereka serta meminum darah mangsa.

Dia akhirnya ditangkap dan didapati bersalah atas 53 tuduhan membunuh. Selama perbicaraan, dia berkelakuan tidak menentu, berteriak dengan kata-kata kotor dan menghantukkan dirinya pada jeriji besi dimana dia dikurung.

Dia dijatuhi hukuman pada tahun 1994.

Fritz Haarmann

Fritz Haarmann

Juga dikenali sebagai vampire dari Hanover, pembunuh bersiri ini diyakini bertanggungjawab terhadap sekurang-kurangnya 27 pembunuhan dan dihukum diatas 24 kes pembunuhan.

Walaupun kegiatannya bermula pada tahun 1898 (menganiaya kanak-kanak) dan kemudiannya menyerang, mencuri, namun pembunuhan pertamanya tidak pernah diketahu sehinggalah pada September 1918 apabila dia mula merogol, membunuh dan memakan sekurang-kurangnya 27 orang mangsa yang berusia antara 10 sehingga 22 tahun.

Dia membunuh kebanyakan mangsanya dengan menggigit leher mereka. Dia menjual barang-barang peribadi yang diperolehinya daripada mangsa dan dikatakan menjual daging mereka di pasar gelap walaupun ini hanyalah khabar angin.

Haarmann dianggap sebagai salah seorang pembunuh di Jerman yang paling produktif sama ada dari jumlah korban dan sifat yang sangat mengerikan dari kejahatannya.

Tsutomu Miyazaki

Tsutomu Miyazaki

Dikenali sebagai pembunuh gadis kecil, The Killer Otaku dan Dracula. Pembunuh bersiri Jepun ini telah membunuh empat gadis kecil.

Pembunuhannya bermula sejak 1988-1989 di Tokyo Prefektur Sakitama. Mangsanya yang paling muda berusia empat tahun dan yang paling tua berusia tujuh tahun.

Dia 'mengerjakan' mayat, meminum darah mangsanya dan memakan tangan mereka.

Dia juga menggangu keluarga kempat-empat mangsa, mengirim surat serta poskad kepada mereka di mana dia menggambarkan kejahatan kejinya.

Dia tidak pernah insaf diatas kejahatannya dan dijatuhi hukuman mati pada 14 April 1997 yang telah dilaksanakan pada 17 Jun 2008.

Menyebut namanya merupakan satu penghinaan yang membuatkan masyarakat Jepun merasa jijik.

Philip Onyancha

Philip Onyancha

Dengan jumlah pembunuhan paling sedikit 17-19 orang, Philip Oyancha, 32 tahun mengaku kepada polis Kenya bahawa dia telah membunuh dan meminum darah mangsanya sabagai sebahagian dari ritual.

Korbannya adalah wanita dan kanak-kanak dan dia mendakwa telah melakukan kejahatan di bawah pengaruh 'roh jahat' yang membuatkannya haus darah.

Dia mengaku bahawa dia menyerang wanita kerana mereka lebih mudah untuk ditakluki dengan berkata, "Ketika keperluan darah mendesak, wanita adalah korban paling mudah".

Menurut pengakuannya lagi, dia dipengaruhi oleh seorang dukun wanita yang mendorongnya melakukan pembunuhan itu.

Dia telah menunjukkan kepada pihak polis lokasi beberapa orang mangsa dan mengaku dia berhasrat untuk membunuh 100 orang lagi.

"Sasaran saya adalah untuk membunuh 100 orang wanita. Saya telah berjaya membunuh 17 orang dan masih perlu membunuh 83 orang lagi".

Nico Claux

Nico Claux

Nicola Claux, digambarkan sebagai 'psikotik sadis' ketika penangkapannya pada tahun 1994. Setelah disoal-siasat, dia mengaku melakukan pembunuhan dan merompak tanah perkuburan. Ketika apartmentnya digeledah, polis telah menemui sisa-sisa kerangka yang tidak dikenal-pasti dan banyak darah yang dicuri dari bank darah tempatan.

Dia juga mengaku sebagai seorang kanibal!

Claux didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan dihukum penjara 12 tahun walaupun berlaku perdebatan adakah dia cukup waras tidak namun cukup untuk dipertanggungjawabkan diatas tindakan kejamnya.

Setelah menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun, dia dibebaskan pada Mac 2002.

Daniel dan Manuela Ruda

Daniel dan Manuela Ruda

Pada tahun 2001, pasangan Jerman ini membunuh Daniel dan pembantunya dengan menikam sebanyak 66 kali, memukul dan meminum darahnya. Setelah itu, mereka melakukan hubungan seks.

Mereka mendakwa telah bertindak atas perintah Iblis dan mengatakan mereka memilih korban mereka (mangsa bernama Frank Hackert berusia 33 tahun) kerana dia lucu dan akan menjadi badut pengadilan yang sempurna untuk syaitan ketika perbicaraan. Mereka bertindak tanpa penyesalan serta mengancam saksi.

Daniel Ruda dihukum selama 15 tahun dan isterinya selama 13 tahun.

Richard Chase

Richard Chase

Richard Chase lahir di Santa Clara Country, California pada 23 Mei 1950. Dikenali sebagai 'Vampire' dari Sacramento'.

Dia membunuh enam orang dalam tempoh satu bulan, mengorbankan jasad dan meminum darah mereka.

Datang dari keluarga yang bermasalah, Chase menunjukkan tanda-tanda masalah psikologi seawal usianya dan kemudian mengambil dadah dan alkohol pada usia remaja. Dia pernah dirawat kerana keracunan darah arnab yang disuntikkan ke tubuhnya.

Dia melakukan pembunuhan pertama pada tanggal 29 Disember 1977. Dia akan berkeliaran dan memasuki rumah-rumah jika pintu tidak berkunci. Dia menganggap pintu yang berkunci adalah tanda bahawa mereka tidak diinginkan (untuk dikorbankan) tetapi pintu yang tidak berkunci adalah undangan untuk masuk.

Pada tanggal 27 Januari, dia melakukan pembunuhan yang terakhir, mengorbankan Evelyn Miroth, 38 tahun, anaknya Jason, 6 tahun dan anak saudaranya yang baru berusia 22 bulan bernama David.

Dia melakukan necrophilia dan kanibalisme terhadap mayat Evelyn. Dia juga meminum darah anaknya dan memakan beberapa organ, termasuk otak.

Pada 8 Mei 1979, dia diputuskan bersalah dari enam tuduhan pembunuhan kelas pertama dengan hukuman mati di bilik gas.

Namun, dia ditemui mati di sel penjaranya pada 26 Disember 1980 - dia telah membunuh diri dengan anti-depressants yang telah disimpannya selama beberapa minggu.

BACA INI JUGA: 5 Watak Horor Lagenda Paling Menyeramkan

-Sentisapanas.com