Jan 20, 2015

Kubur Anak Perempuan Hidup-hidup Kerana Jantina!

Dulu..masa 'orang rumah' mengandung, ramai yang bertanya, "awak rasa anak ni jantinaya apa, lelaki ke perempuan?", "Awak nak anak apa, lelaki ke perempuan?".

comel
Gambar hiasan.

Tapi biasanya SP akan jawab dengan mudah (dengan nada sedikit meluat), "Kalau isteri saya melahirkan 100 anak dan semuanya perempuan, saya akan bergembira yang tidak terhingga. Dan kalau isteri saya melahirkan 100 anak dan semuanya lelaki, saya akan bergembira yang tidak terhingga.

Mungkin berkat tidak memilih dan bersyukur dengan apa yang ada, sekarang SP ada 2 orang anak, seorang perempuan berusia 6 tahun dan adik lelakinya berusia 4 tahun.

Bersyukur sangat dikurniakan anak-anak yang lahir dari zuriat kita sendiri. Ada orang yang berkahwin selama berpuluh tahun tidak dikurniakan keistimewaan itu.

Malangnya, kisah yang berlaku di India, seorang ayah (durjana) cuba menanam anak perempuannya hidup-hidup hanya kerana anaknya seorang gadis!

Hati iblis dan jijik

Anak-perempuan

Dek kerana tidak mahukan anak perempuan, seorang bapa telah nekad menanam anak perempuannya hidup-hidup.

Abdul Hussein, dituduh cuba untuk menguburkan anak perempuannya, yang berusia 10 tahun hidup-hidup atas alasan yang tidak munasabah, di Tripura, India.

Dia dikatakan ‘cuba menguburkan anak perempuannya yang berusia 10 tahun hidup-hidup, hanya kerana dia adalah seorang gadis’.

Polis berkata, saksi melihat Abdul Hussein menggali sebuah lubang di taman belakang rumahnya ketika isterinya keluar, dan kemudian meletakkan anaknya dalam lubang dengan tangannya diikat dan mulut ditutup.

Suspek dikatakan telah menimbus tanah sehingga paras dada, apabila gambar yang diambil menunjukkan kanak-kanak perempuan dengan tangan terikat dan kepala dikotori tanah.

Apabila isterinya pulang, suspek cuba menyembunyikan kegiatannya dengan meletakkan bakul buluh di atas kepala anak perempuan mereka, dengan niat untuk meneruskannya perbuatan tersebut selepas ini.

Tetapi, isterinya mula mempersoalkan di mana anak mereka, dan perbuatannya mula dibongkarkan oleh jiran-jiran yang meilhat kejadian terbabit.

Mereka dikatakan telah memukul suspek sebelum memanggil polis.-tamat

Jadi, jika anda seorang ibu atau ayah, jangan dipilih jantina anak anda, syukurilah nikmat Allah..

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Astagfirullah... dah mcm zaman jahiliah dah ni...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon