Jan 19, 2015

Lagi Pelajar Sekolah Bertudung Kena Halau Dari Sekolah!

Ekoran kontroversi ada pelajar perempuan sebuah sekolah telah dihalau balik kerana memakai baju kurung baru-baru ini, tersebar gambar di laman sosial berkenaan seorang lagi pelajar yang didakwa turut dihalau balik atas sebab sama.

Baju-kurung-Sekolah-Ketat

Gambar yang disebarkan itu adalah gambar seorang pelajar sekolah menengah memakai baju kurung ketat sehingga menampakkan susuk tubuhnya yang seksi.

“Cikgu halau balik sebab saya pakai baju kurung ke sekolah,” tertulis perkataan berkenaan pada gambar tersebar.

Tidak diketahui siapa identiti pelajar yang memakai baju kurung berkenaan tetapi gambar berkenaan sudah pun menjadi viral di internet.

Kalau macam ini punya gaya memakai baju kurung ke sekolah, memang layak kena halau balik pun.

Penulis agak keliru sebenarnya, kenapa pelajar boleh memakai baju kurung sebegitu rupa untuk pergi ke sekolah di mana terdapat ramai guru yang jauh lebih dewasa.

Pemakaian sebegitu rupa pastinya akan membuatkan tugas para guru khususnya yang lelaki terganggu dengan penampilan menjolok mata.

Mungkin pelajar perempuan terbabit mahu menunjukkan ‘aset’nya kepada pelajar lelaki tertentu tapi sah-sah ini bukan pakaian sesuai untuk ke tempat menuntut ilmu.

Dahsyat sungguh penulis tengok cara pemakaian para remaja sekarang, mereka nampaknya lebih mementingkan penampilan daripada apa pandangan orang lain.

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

11 comments

Baju ketat sangat sebab tu kena halau balik.

Masih sekolah lagi dah pandai nak auta statement. Bukan pasal baju kurung tu, tapi sebab ketat melampau... gila nak galmer ke budak ni...

Salam... garis panduan untuk baju sekolah mengandaikan baju kurung baju yg selamat dari segi keseksian agaknya... mungkin itu perlu di ubah... dan diperketatkan... kes pertama juga dipanaskan sebelum cerita sebenar diteliti... itu cara rakyat Malaysia...

Walhal budak sekolah rendah pun dah pandai cari pasangan hidup..hehe

Rasanya kisah pertama merupakan kesalahan ketara pihak sekolah untuk menerangkan perkara mudah kepada ibu bapa dan penjaga.

Betul..itulah cara rakyat Malaysia, sama ada ketika menyelesaikan atau meminta diselesaikan sebarang masalah..:)

Pakai baju ketat camtu mmg selayaknyer lah kene halau....

Tapi Aina raser...sudah sampai masanyer kerajaan menukar baju kurung sekolah dengan warna gelap dan berkain tebal...sebab baju kurung sekolah sekarang nie kebanyakkan nya jarang lah....

sape la suruh cari pasal.

aduhai.

nasib baik kena halau...kalau suruh tanggalkan pakaian kat situ lagi kes panas bro..geramnya!

kalau macam ni bukan halau. tapi patut ceramah mak ayah sekali

Jgn dikatakan pelajar perempuan. Guru pun ada jugak..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon