Tuesday, December 16, 2014

Rolene Strauss, Juara Ratu Cantik Dunia 2014

Rolene Strauss, Juara Ratu Cantik Dunia 2014

Keputusan Ratu Cantik Dunia sememangnya sentiasa dinanti-nantikan meskipun secara tradisi pertandingan berprestij ini dijalankan setiap tahun.

Rolene Strauss

Tahun ini, tuah berpihak pada seorang gadis jelita dari Afrika Selatan yang telah dinobatkan sebagai ratu pada pertandingan akhir yang berlangsung di London.

Miss Afrika Selatan bernama Rolene Strauss, 22 tahun ini telah dinobatkan sebagai Ratu Cantik Dunia 2014 sekaligus dikalungkan selempang dan mahkota berkilauan oleh Ratu Cantik Dunia 2013, Megan Young dari Filipina.

Rolene Strauss

Strauss yang merupakan pelajar perubatan berjaya menduduki takhta pemenang sebelum diraikan dengan acara kemuncak bunga api di pusat pameran ExCeL di timur London.

Manakala, naib juara pertandingan ini dianugerahkan kepada Miss Hungary, Edina Kulcsar dan pemenang ketiga Miss Elizabeth Safrit.

Rolene Strauss

Selain itu, acara ini memberi anugerah khas kepada Ratu Cantik Dunia 1994, iaitu bintang Bollywood terkenal Aishwarya Rai.

Aishwarya Rai, 41 tahun hadir ke pentas ditemani keluarga tercinta iaitu suami, Abhishek Bachchan dan anak perempuan serta ibunya.

Aishwarya Rai

Menurut laporan AFP, keputusan pertandingan akhir ini disaksikan oleh billion penonton menerusi kaca televisyen dari seluruh dunia.





Sumber: Mynewshub

Pelakon Wanita Dicekup Khalwat, Jemput JAIS Minum!

Pelakon Wanita Dicekup Khalwat, Jemput JAIS Minum!

Nampaknya identiti pelakon berstatus janda yang dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya oleh anggota Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada jam 3.23 pagi tadi sudah terbongkar.

Putri Mardiana Berkhalwat

Putri Mardiana, 33, yang pernah popular dengan filem Ngangkung akhirnya mengaku dialah pelakon yang terlibat dalam tangkapan itu.

Namun, penjelasan Mardiana menerusi Malaysian Digest agak menarik pada pandangan kami.

Apa tidaknya, biarpun dicekup, dia masih mampu menjemput pihak JAIS untuk minum sehingga mereka serba-salah.

Katanya lagi, ketika kejadian, teman lelakinya, Shahrizam Abdullah atau Ejump hanya masuk untuk minum air.

“Kemudian JAIS datang dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami tak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat apa-apa,” jelasnya.

Seperkara lagi, Mardiana turut mendakwa mereka telah diperangkap oleh bekas teman lelakinya yang dikatakan cemburu melihat kebahagiaannya.

Ditanya mengenai status teman lelakinya yang dikatakan ‘suami orang’, pelakon itu memberitahu bahawa Ejump telahpun selesai prosiding perceraian di mahkamah hari ini.

“Teman lelaki saya bukan lagi suami orang sebenarnya dan selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu.

“Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan.

“Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya.

“Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap khalwat). Saya sebenarnya di ‘prank’ bekas teman lelaki saya dan juga mendapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump.

“Mereka bersepakat untuk kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat,” katanya.

Macam drama pula!

Bagi kami, penjelasan Mardiana itu mungkin akan mengundang persoalan adakah punca perceraian teman lelakinya ada kaitan dengan kehadiran pelakon itu dalam rumahtangga mereka?

Atau mungkin kita hanya akan mendapat jawapan klise iaitu, ‘rumahtangga mereka memang sudah bermasalah sebelum kehadiran saya’.

Apapun, sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangan kes ini.

Sumber: Mynewshub.cc

5 Duit Syiling Paling Mahal Di Dunia

5 Duit Syiling Paling Mahal Di Dunia

Kebanyakan daripada duit syiling termahal dunia datangnya daripada Amerika Syarikat kerana mereka mempunyai sejarah duit syiling yang lebih lama daripada Malaysia dan juga jumlah pengumpul duit lama yang lebih ramai daripada Malaysia.

Jika hendak dikira dari segi harga sahaja, duit syiling termahal didunia pastinya duit syiling Australia seberat satu tan (1000 kilogram) yang diperbuat daripada emas, Perth Mint 1 tonne gold Kangaroo coin yang berharga lebih daripada $55 juta dollar.

Namun, duit syiling tersebut bukanlah duit edaran (circulation) atau duit yang digunakan, ianya lebih kepada duit syiling emas untuk pelaburan dan pameran.

Apa yang saya kongsikan disini adalah senarai duit lama yang digunakan didalam edaran, rare kerana jumlah tempaannya yang sedikit atau kebanyakan darinya telah dilebur ketika zaman perang.

1794 Flowing Hair Dollar
Harga: USD$10,016,875

1794 Flowing Hair Dollar

Pada 24 Januari 2013, duit syiling ini sekali lagi telah memecah rekod duit syiling termahal. Syiling ini telah dijual melalui satu acara lelongan oleh Stack’s Bowers, pada harga USD$10,016,875 termasuk premium pembeli.

Pada Mei 2010, duit syiling ini dijual dengan harga $7,850,000 dollar oleh Steven L. Contursi, daripada Rare Coin Wholesalers kepada Cardinal Collection Educational Foundation California.

Namun, jual beli ini bukan melalui acara lelongan awam, ianya lebih kepada jual beli biasa. Kebanyakan daripada pengumpul duit lama tidak bersetuju duit syiling ini sebagai yang termahal di dunia.

Menurut pengkaji sejarah numismatik, Jack Collins, hanya ada lebih kurang 100-120 duit syiling Flowing Hair Dollar tahun 1794 yang masih ada di dalam pasaran dan simpanan kolektor.

Duit yang dijual ini mendapat gred Specimen-66 oleh PGCS (Professional Coin Grading Service).

$15 dollar 1787 Brasher Doubloon EB
Harga: USD$7.4 juta

$15 dollar 1787 Brasher Doubloon EB

Duit syiling 1787 Brasher Doubloon adalah duit syiling pertama Amerika yang ditempa pada nilai dollar. Ianya ditempa oleh Ephraim Brasher, seorang tukang emas dan juga jiran kepada George Washington.

Pada bulan Disember 2011, Blanchard and Co. sebuah syarikat yang menjual duit syiling dan logam berharga dari New Orleans telah menjual duit syiling $15 dollar 1787 Brasher Doubloon EB pada harga $7,400,000 dollar kepada sebuah syarikat pelaburan yang tersenarai di Wall Street.

$20 1933 Saint-Gaudens Double Eagle
Harga: USD$6.6 juta

$20 1933 Saint-Gaudens Double Eagle

Pada 30 Julai 2002, duit syiling emas 1933 double eagle ini telah dijual kepada pembida anonymous di lelongan yang di anjurkan oleh Sotheby's auction di New York pada harga $6.6 juta dollar.

Jika dicampur dengan premium pembeli sebanyak 15% dan juga nilai muka $20 untuk menjadikannya legal tender, jumlah keseluruhan harga yang perlu dibayar oleh pembeli tersebut adalah $7,590,020 dollar.

Kebanyakan pengumpul duit lama masih lagi memilih duit syiling ini sebagai yang termahal didunia pada ketika ini.

Duit syiling double eagle yang di lelong oleh Sotheby dikatakan pernah dimiliki oleh Raja Farouk dari Mesir.

445,500 keping duit syiling ini ditempa pada 15 Mac 1933, seminggu selepas Presiden Franklin Roosevelt mengarahkan US Treasury menghalang pelepasan semua emas milik Amerika.

Pada tahun 1937, kesemua duit syiling itu dilebur dan dijadikan kepingan emas. Sepatutnya, hanya tinggal dua keping duit syiling yang disimpan di Smithsonian Institution.

Namun, ada juga duit syiling yang terlepas dari dileburkan, dicuri oleh pekerja Philadelphia Mint dan dijual kepada Israel Switt.

1804 Silver Dollar
Harga: USD$4.14 juta

1804 silver dollar

Duit syiling 1804 silver dollar ini yang mendapat gred 'Proof-68' daripada PGCS telah dijual melalui acara lelongan oleh Bowers and Merena pada 30 Ogos 1999 pada harga $4.14 juta dollar.

Duit syiling ini berharga mahal kerana keunikan sejarahnya. Syiling ini juga di antara duit syiling yang paling banyak ditiru.

Oleh itu, jika anda mempunyai duit syiling ini dan ingin bertanya kepada saya jika ianya tulen atau tidak, jawapan saya duit syiling itu adalah palsu.

Duit syiling 1804 silver dollar terbahagi kepada 3 kelas dan terdapat 15 specimen berbeza.

Pada 17 April tahun 2008, duit syiling ini juga ada dilelong oleh Heritage Auction dan berjaya mendapat harga $3,737,500 dollar.

1913 Liberty Head Nickel
Harga: USD$3,737,500 juta

1913 Liberty Head nickel

Pada Januari 2010, duit syiling ini telah terjual melalui acara lelongan oleh Heritage Auction dengan harga $3,737,500 dollar.

Duit syiling 5 cent 1913 yang juga dikenali sebagai Olsen specimen adalah yang termahal dan terkenal.

Ini kerana ianya pernah digunakan didalam TV siri Hawaii Five-O (tajuk episod: "The $100,000 Nickel", disiarkan pada 11 Disember 1973) dan juga dikatakan pernah dimiliki oleh Raja Farouk dari Mesir.

Duit syiling ini mendapat gred Proof-64 daripada PGCS dan juga NGC.

BACA INI JUGA: 5 Duit Syiling Paling Mahal Di Malaysia

Sumber: Malaysiancoin

Monday, December 15, 2014

Misteri Roh Mengembara Ke Alam Ghaib

Misteri Roh Mengembara Ke Alam Ghaib

Filippo Neri diterima sebagai paderi paling warak oleh penduduk Rom, Itali. Kata-katanya adalah azimat dan tegurannya dianggap nasihat.

Misteri alam roh
Gambar hiasan.

Suatu dinihari, 16 Mac 1589, Filippo dijemput ke istana menghadap Tengku Mahkota, Putera Fabrizio Massimo.

Paderi itu diberitahu oleh Putera Fabrizio bahawa anak lelaki tunggalnya, Paolo, 14, sedang nazak, tidak diketahui penyakitnya.

Sebaik Filippo meletakkan tapak tangan ke dahi kanak-kanak itu, ternyata dia sudah tidak bernyawa lagi. Paderi itu terus duduk di sisi mayat, memohon - dengan caranya sendiri - kepada tuhannya agar mengasihani roh kanak-kanak itu.

Melihat keadaan Filippo, kerabat yang berada sama faham apa yang berlaku. Mereka kemudiannya memberikan penghormatan terakhir sambil paderi itu meletakkan tangan ke dada mayat.

"Paolo...! Adakah kamu mendengar panggilan ini?! Filippo bersuara. Tiba-tiba kanak-kanak itu membuka mata, merenung sekeliling dan terus berkata-kata.

Dia memberitahu bapanya bahawa seketika tadi dia berada di suatu tempat yang cukup indah pemandangannya.

"Tidak pernah saya ke sana sebelum ini.

"Ayah...", katanya sambil merenung ayahandanya.

Beberapa ketika kemudian dia menyambung, "Saya bertemu ibu di sana, kami berbual-bual dan ibu mempelawa saya tinggal bersamanya. Maafkan saya ayah...saya mahu terus bersama ibu".

Yang hadir terperanjat kerana ibu Paolo telah meninggal dunia lapan tahun lalu.

"Kalau begitu, pergilah! Kami merestui kamu", balas paderi itu.

Paolo tersenyum, memandang seorang demi seorang ahli keluarganya. Orang terakhir direnung ialah ayahnya.

Selepas memberikan senyuman, perlahan-lahan putera itu menutup mata dan tidak membukanya lagi.

BACA INI JUGA: Kemalangan Dan Kematian Misteri Yang Membingungkan!

-Sentiasapanas.com

Benarkah Burung Cenderawasih Berasal Dari Syurga?

Benarkah Burung Cenderawasih Berasal Dari Syurga?

Tahukah anda sampai hari ini masyarakat Eropah percaya, burung cenderawasih adalah burung syurga.

Burung Cenderawasih [2]

Mengikut nama saintifik, burung cederawasih ditulis sebagai Genus Paradisaea. Mengikut beberapa rekod pelayaran, masyarakat cendekiawan haiwan di Eropah mengklasifikasikan nama burung itu sebagai genus syurga kerana burung itu dipersembahkan kepada mereka tanpa kaki.

Mengikut beberapa catatan, pada tahun 1522, ahli pelayaran Antonio Pigafetta dan Fernando de Magelhanes menjadi individu pertama yang telah membawa burung berkenaan ke Eropah.

Mengikut rekod, Antonio Pigafetta telah mempersembahkan burung ini sebagai hadiah kepada raja Sepanyol.

Oleh sebab bulu burung ini yang sangat cantik, ia kemudiannya menjadi barang dagangan yang sangat bernilai di Eropah.

Bagi meninggikan lagi nilainya di kalangan masyarakat, para pedagang menyebarkan kisah kononnya burung ini berasal dari syurga dan hanya terbang di udara tanpa henti hinggalah ia mati. Sebab itulah kakinya tiada!

Burung Cenderawasih

Kisah ini lama-kelamaan menjadi pegangan masyarakat termasuk para pengkaji haiwan era 1500. Sebenarnya, para pedagang telah memotong kaki burung ini sebelum dihantar ke Eropah. Ini kerana, para pedagang ini percaya, kaki burung cenderawasih boleh menyebabkan bulunya rosak.

Jadi, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, mereka memotong kaki burung ini dan menyebarkan cerita kononnya burung itu berasal dari syurga.

BACA INI JUGA: Pelik! Labah-labah Pemakan Burung

-Sentiasapanas.com

Sunday, December 14, 2014

X5 Max, Telefon Pintar Ternipis Di Dunia

X5 Max, Telefon Pintar Ternipis Di Dunia

Info Gadjet. Vivo secara rasminya telah melancarkan X5 Max yang kini akan mengambil alih tahta gelaran telefon pintar ternipis di dunia daripada Oppo R5 dengan ketebalan hanya 4.75mm.

X5 Max

Sebagai rekod, Oppo R5 mempunyai ketebalan 4.85mm, iaitu perbezaan hanya sebanyak 0.1 mm sahaja.

Vivo X5 Max hadir dengan skrin paparan 1080p Super AMOLED 5.5-inci dan mempunyai sokongan dwi SIM (microSIM dan nanoSIM).

Lebih menarik, jika tidak memperlukan slot SIM tambahan, slot ini juga menyokong kad memori microSD.

Dari segi spesifikasi dalaman, Vivo X5 Max hadir dengan pemproses Snapdragon 615, 2GB RAM dengan memori simpanan dalaman 16GB.

Vivo X5 Max juga hadir dengan kamera 13MP Sony IMX214 selain kamera hadapan selfie 5MP. Selain itu, walaupun nipis, X5 Max hadir dengan slot 3.5mm headphone yang tidak terdapat pada Oppo R5.

Dari segi sistem operasi pula, X5 Max hadir dengan Android 4.4.4 KitKat diatas Funtouch OS 2.0.

ViVo juga menyertakan aplikasi Karaoke khas pada X5 Max ini dengan kerjasama Yamaha.

Vivo X5 Max akan mula ditawarkan di pasaran China mulai 22 Disember pada harga $485 iaitu sekitar RM1,693.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai penjualanya di pasaran antarabangsa.

Sumber:
http://www.androidheadlines.com/2014/12/thinnest-smartphone-world-vivo-x5-max-gets-dismantled.html

Benarkah Wujud Dunia Lain Di Perut Bumi?

Benarkah Wujud Dunia Lain Di Perut Bumi?

Dakwaan aneh ini dikemukakan oleh seorang bekas anggota tentera udara Amerika, Kolonel Billie Faye Woodard. Menurut Billie, dunia yang terletak di perut bumi itu dihubungkan oleh beberapa buah lohong dan terusan yang dibina oleh penduduk tamadun Lumeria - iaitu tamadun yang pernah wujud ratusan ribu tahun lalu di sebuah benua di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.

Underworld Earth
Gambar hiasan.

Bagaimanapun, tamadun itu lenyap akibat bencana alam yang dahsyat.

Di dalam perut bumi itulah masyarakat Lumeria membina suatu tamadun baru. Kemudian, penduduk perut bumi itu membina lohong-lohong rahsia ke kutub utara dan Gunung Shasta di California, Amerika Syarikat, untuk membolehkan mereka keluar menggunakan objek tidak dikenali (UFO) dan membawa masuk penduduk bumi ke dalam dunia mereka.

Billie juga mendakwa dia telah beberapa kali masuk ke dalam dunia yang terletak di perut bumi itu.

Kali pertama berlaku ketika dia berusia 12 tahun dan sedang bermain dengan kawan-kawan di sebuah ladang jagung berhampiran rumah bapa angkatnya di Texas.

Kata Billie, sewaktu melintasi ladang jagung tersebut, dia telah didatangi oleh sebuah UFO lalu dibawa terbang merentasi Amerika dan Kanada hingga ke kutub utara.

Makhluk yang 'menculiknya' itu, dakwa Billie, mempunyai tubuh dua kali ganda daripada manusia biasa.

Sampai di kutub utara, Billie melihat kawasan yang diliputi ais itu tiba-tiba terbuka luas, membentuk sebuah lohong.

Dari dalam perut bumi, terpancar cahaya yang terang-benderang menuju ke langit. UFO yang dinaikinya terbang memasuki lohong tersebut.

Cahaya terang itu sebenarnya menurut Billie, datangnya daripada 'matahari' yang terdapat di dalam perut bumi. Ia menerangi kota-kota besar dan indah, tempat Billie hidup selama enam bulan berikutnya.

Disitulah, dakwa Billie, dia bertemu dengan manusia-manusia yang telah lenyap secara tiba-tiba dari muka bumi ini, seperti juruterbang serta anak kapal yang ghaib semasa melintasi Segi Tiga Bermuda.

Billie memasuki dunia lohong itu buat kali kedua semasa dia menyertai tentera udara. Billie mendakwa pada suatu ketika, dia dan beberapa orang pegawai tinggi tentera udara Amerika telah diarahkan menyertai satu operasi rahsia di sebuah padang pasir Nevada, yang dinamakan Area 51. Operasi itu dinamakan, Top Secret.

Tingkap pesawat digelapkan untuk merahsiakan lokasi sebenar operasi. Mereka diturunkan di celah-celah sebuah pergunungan dan kemudian masuk ke dalam sebuah lif. Lif berkenaan membawa mereka memasuki sebuah terowong rahsia menuju ke perut bumi.

Menurut Billie lagi, di perut bumi itu terdapat sebuah tamadun yang cukup hebat, mempunyai kota dan bandar yang cantik. Manusia yang tinggal di sana dua kali ganda lebih besar daripada manusia biasa.

Billie kemudiannya dibawa ke sebuah tempat bernama 'Telos', iaitu sebuah kota suci di bawah Gunung Shasta. Setelah itu barulah mereka kembali semula ke pangkalan.

Dalam tempoh 11 tahun selepas itu, Billie mendakwa dia telah tiga kali memasuki lohong bumi melalui terowong-terowong rahsia.

Dunia lohong itu begitu aman dan cantik. Hanya terdapat sebuah benua dan sebuah lautan saja di sana. Ibu kotanya, kata Billie, bernama Eden, terletak di bawah bumi Arkansas.

Kesemua penghuninya memakan sayur-sayuran manakala haiwan-haiwan yang terdapat di perut bumi jinak serta boleh berinteriaksi dengan manusia melalui telepati.

Billie seterusnya mendakwa, tiada penyakit di sana kerana persekitarannya cukup bersih hinggakan jika kita memasuki dunia itu, segala penyakit akan sembuh dengan hanya menyedut udara.

Dalam kunjungan kali ketiga ke dunia lohong di perut bumi itu, Billie diminta oleh penghuni di sana supaya memberitahu tentang kewujudan mereka kepada penghuni dunia.

Billie turut diminta menyampaikan mesej bahawa, penghuni perut bumi adalah makhluk yang sukakan keamanan. Mereka juga ingin sangat bersahabat dengan manusia yang hidup di permukaan planet ini.

Selain itu, Billie mendakwa diminta memberitahu pihak kerajaan dan tentera supaya menghentikan keganasan serta ujian senjata nuklear dan atom yang sering dilakukan dewasa ini.

Selain menyebabkan kerosakan serta pencemaran, ujian senjata itu turut mengancam nyawa manusia yang hidup di perut bumi.

Bagaimanapun, Billie memberitahu mereka bahawa permintaan itu sia-sia sahaja. Kerajaan dan pihak tentera yang ada di planet bumi semuanya keras kepala.

Ego mereka terlalu tinggi dan mereka tidak akan mendengar suara penghuni perut bumi. Lantas Billie mencadangkan agar penghuni perut bumi keluar dan menunjukkan kewujudan mereka. Dari situ barulah manusia yang hidup di permukaan bumi ini terkejut dan mengubah sikap.

Di dalam biografinya yang berjudul World Top Secret Our World is Hollow yang ditulis oleh Rodney M. Cluff pada Julai 2008, Billie memberitahu, dakwaannya bukan cerita rekaan.

Billie dengan tegas mengatakan ia adalah suatu rahsia besar kerajaan dan tentera Amerika Syarikat. Dia sendiri telah diberi amaran keras supaya tidak mendedahkan perkara itu kepada dunia luar.

World Top Secret Our World is Hollow

Dakwa Billie lagi, kejadian sebuah lohong terbuka di kutub utara telah berlaku pada tahun 1986 dan dilihat sendiri oleh seorang juruterbang yang membawanya ke sana.

Bagaimanapun, dua buah jet pejuang Amerika yang berpangkalan di Alert Air Force Base, Kanada telah memintas sebelum mereka sempat memasuki lohong tersebut. Mereka diberi amaran supaya berpatah balik.

Boigrafi itu seterusnya mencatatkan, Billie terpaksa mematuhi arahan tersebut. Ketika berpatah balik, muncul tiga buah UFO dari lohong berkenaan.

UFO itu kemudiannya menghubungi radio di dalam pesawat yang dinaiki Billie, memberitahu, "Billie, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke dunia kami. Kami minta maaf atas apa yang berlaku. Anda tidak dapat melakukannya sekarang, tetapi perjalanan anda seterusnya akan menemui kejayaan. Auf wiedersehen!"

Benarkah dakwaan Billie ini? Walaupun ramai yang menyanggah, namun Billie tetap mempertahankannya. Malah, Billie mengaku dia bukan manusia biasa.

Dia sememangnya berasal dari perut bumi dan dilahirkan bersama adik perempuan kembarnya yang bernama Zuria. Mereka mempunyai kedua-dua organ seks.

Billie mendakwa masih ingat lagi bagaimana dia berbual dengan ibu bapanya ketika masih bayi dan kemudian ibu bapanya meninggalkan mereka dua beradik di sebuah taman di Texas pada 18 September 1951.

Disitulah dia diambil oleh pasangan Red Indian, ibunya dari suku Apache, manakala bapanya dari suku Cherokee.

Billie juga mendakwa, suatu ketika dahulu dia dan adiknya mampu bertutur dalam bahasa Lumeria. Adiknya, Zuria, bagaimanapun telah berpindah ke dalam dunia lohong itu. Billie mendakwa telah bertemu Zuria dalam kunjungannya ke sana.

Ramai yang menganggap dakwaan Billie satu cerita karut. Menurut mereka, cerita Billie hanyalah khayalan manusia yang tidak waras.

Mereka juga mengaitkannya dengan latar belakang Billie yang pernah mengalami penderaan seks semasa zaman kanak-kanaknya dahulu.

Lumeria Lagend
Gambar hiasan.

Selain itu, Billie turut didakwa terpengaruh dengan gambaran dunia perut bumi yang telah diceritakan dalam pelbagai buku, antaranya oleh nelayan Norway bernama Olaf Jansen dalam Smoky God.

Di dalam buku itu, Olaf mendakwa pernah belayar memasuki lohong yang terbuka di kutub utara dan memasuki dunia di dalam perut bumi.

Adakah anda percaya dakwaan Billie tadi? Adakah benar UFO bukan berasal dari angkasa raya, sebaliknya dari dalam perut bumi?

Adakah anda yakin manusia yang hilang di permukaan bumi serta yang lenyap sewaktu melintasi Segi Tiga Bermuda telah disedut masuk ke dalam dunia perut bumi ini?

Benarkah ia suatu rahsia besar kerajaan Amerika?

BACA INI JUGA: Segitiga Bermuda, Misteri Kehilangan Flight 19

-Sentiasapanas.com