Saturday, December 13, 2014

Alvin Tan Hina Islam, Ali Abd Jalil Dan Melayu Murtad

Alvin Tan Hina Islam, Ali Abd Jalil Dan Melayu Murtad

Rasanya, kebanyakan masyarakat Malaysia kini dah makin malas nak mengendahkan kenyataan-kenyataan biadab yang dikeluarkan si Alvin Tan ini kerana pastinya, tujuan blogger seks itu hanyalah ingin meraih perhatian.

Alvin Tan Hina Islam

Namun, melalui satu entri yang baharu dimuatnaik pada Sabtu, Alvin dilihat cuba mencurah minyak ke api apabila berkata, dia hanya mempercayai golongan Melayu yang telah murtad.

Tambah kurang ajar, Alvin yang kini jadi pelarian di Amerika Syarikat menyifatkan golongan tersebut adalah berani untuk menyatakan kebenaran, termasuk menghina Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.

Alvin Tan Hina Islam [2]

“Golongan Melayu yang saya percaya hanyalah mereka yang murtad. Ia memerlukan keberanian dan keyakinan tinggi untuk keluar daripada kepompong berkenaan (Islam).

“Saya tidak tertipu dengan semua yang melibatkan Islam, cukup untuk semua ini, saya keluar!”

Nampaknya, Alvin masih belum serik mengeluarkan kenyataan provokasi bukan sahaja terhadap pihak berkuasa dan kerajaan Malaysia, malah kini masyarakat Islam secara khususnya.

Orang tua-tua cakap, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa! Nantikan je.

Ali Bersekongkol Dengan Melayu Murtad Sweden

Ali Abd Jalil Murtad

Menerusi status Facebook, aktivis yang lari dari Malaysia ke Sweden bagi mengelak tindakan undang-undang dengan cara memohon suaka politik, Ali Abd Jalil dilaporkan telah ditangkap oleh Polis Antarabangsa (Interpol) malam tadi.

Didakwa turut ditangkap bersama Ali adalah seorang lagi rakyat Malaysia yang aktif menghina Islam menggunakan medium internet, Adlin Abd Jalil atau lebih dikenali sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Ali Abd Jalil Murtad [2]

Bagaimanapun, pemeriksaan kami mendapati ia cuma satu permainan lawak yang dimulakan oleh rakan Ali dan Adlin, pemilik akaun Facebook Juli Jalaludin, warga Malaysia yang juga angkuh mengaku murtad kerana tidak ada undang-undang boleh disabitkan kepadanya yang kini tinggal di Sweden.

Ali Abd Jalil Murtad [3]

Juli memuatnaik gambar Ali dan Adlin tersengih depan kenderaan Polis Sweden dan memuat naik status beserta ungkapan Allahuakbar semata-mata mahu menyelitkan unsur menghina Islam di situ.

Hal ini kerana seperti Adlin, Juli adalah si murtad yang terang-terangan sentiasa cari jalan untuk mengejek penganut Islam.

Jika dilihat pada posting di Facebook ketiga-tiga pengkhianat bangsa dan agama ini, dapat dilihat mereka begitu rapat di sana malah Ali mungkin diberikan ‘khidmat nasihat’ oleh Adlin dan Juli untuk lari ke Sweden sebelum ini.

Ali Abd Jalil Murtad [4]
Ali Abd Jalil Murtad [5]

Rata-rata rakyat Malaysia sudah muak melihat provokasi melampau yang menjatuhkan nama Malaysia ini, justeru ramai ternanti-nanti bilakah petualang ini akan dapat diheret pulang dan diadili di negara ini.

AS Takkan Layan Permintaan Ekstradisi M’sia – Latheefa Koya

Latheefa Koya

Undang-undang ekstradisi dan perjanjian dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) tidak membenarkan penghantaran pulang individu yang mencari suaka daripada pendakwaan politik.

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya mendakwa, tiada akta menghasut di bawah undang-undang AS sedangkan undang-undang ekstradisi menetapkan perlu ada kesalahan yang sama di kedua-dua negara sebelum ekstradisi dibenarkan.

“Oleh itu kerajaan AS sudah pasti tidak akan melayan permintaan ekstradisi (penulis blog seks Alvin Tan) daripada Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau membuat dakwaan itu sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai tindakan ekstradisi ke atas Alvin yang melarikan diri ke AS untuk mengelak daripada tindakan mahkamah.

Ahmad Zahid menjelaskan, kerajaan tidak berhasrat mengambil langkah itu kerana yakin Tan dan Ali akan tetap pulang ke tanah air suatu hari nanti, ibarat “bangau pulang ke belakang kerbau”.

Sumber: Mynewshub.cc

SP/ Sedih sekali melihat bagaimana undang-undang dan agama Islam dipermainkan oleh bangsa Melayu di tanah orang hanya kerana perbezaan politik.

Berhati-Hati Menulis Wallahu A’lam

Berhati-Hati Menulis Wallahu A’lam

Penulis artikel keagamaan atau media Islam lazimnya mengakhiri tulisan dengan kalimat Wallahu a’lam (ertinya, “Dan Allah lebih tahu atau Yang Maha tahu/Maha Mengetahui). Sering ditambah dengan bish-shwabi. menjadi Wallahu a’lam bish-shawabi.

Berhati-Hati Menulis Wallahu A’lam

Hal itu untuk menunjukkan, Allah SWT-lah yang Maha Tahu atau lebih tahu segala sesuatu dari kita. Hanya Allah yang Maha Benar dan Pemilik Kebenaran mutlak.

Penulisan yang benar, jika yang dimaksud, “Dan Allah Maha tahu” adalah Wallahu a’lam (tanda koma di atas [‘] setelah huruf “a” atau sebelum huruf “l”). Tapi sangat sering kita temui penulisannya begini, "Wallahu ‘alam (koma di atas [‘] sebelum huruf “a”).

Jelas, Wallahu a’lam dan Wallahu ‘alam berbeza makna.

Yang pertama (Wallahu a’lam) ertinya, “Dan Allah Maha Tahu/Maha Mengetahui atau Lebih Tahu”. Yang kedua (Wallahu ‘alam) ertinya, “Dan Allah itu alam”, malah tidak jelas apa erti ‘alam di situ?

Kalau ‘alamin atau ‘aalamin, jelas ertinya alam, seperti dalam bacaan hamdalah – alhamdulillahi robbil ‘alamin.

Jadi, kalau yang kita maksudkan itu, “Dan Allah Maha Tahu”, maka penulisan yang benar adalah Wallahu a’lam, bukan Wallahu ‘alam.

A’lam itu asal katanya ‘alima ertinya tahu. Daripada kata dasar ‘alima itu kemudian terbentuk kata ‘ilman (isim mashdar, ertinya ilmu/pengetahuan), ‘alimun (fa’il/pelaku, yakni orang yang berilmu), ma’lumun (pemberitahuan, maklumat), dan sebagainya, termasuk a’lamu/a’lam (lebih tahu).

Tanda petikan tunggal atau koma di atas (‘) dalam a’lam itu terjemahan Bahasa Malaysia untuk huruf ‘ain dalam bahasa Arab (seperti Jum’ah, Ka’bah, Bid’ah, Ma’ruf, dan sebagainya). Kata a’lam ertinya “lebih tahu”. Jadi, jelas, penggunaan yang betul, "Wallahu a’lam, bukan Wallahu ‘alam".

Mungkin kesalahan penulisan ini tidak disengajakan kerana mereka merasakan bahawa tulisan itu betul, padahal salah — kerana tidak ada yang membetulkannya.

Saya yakin, maksud Wallahu a’lam, “Dan Allah Maha tahu”.

BACA INI JUGA: Ketahuilah Bahawa Bersangka Buruk Adalah Dosa Besar!

sumber: zmd94

Friday, December 12, 2014

Razif Mohon MAAF Tuduh Lee Chong Wei Guna Bahan Terlarang

Razif Mohon MAAF Tuduh Lee Chong Wei Guna Bahan Terlarang

Menerusi akhbar tempatan berbahasa Melayu dan Cina, bekas pemain badminton negara, Razif Sidek membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ikon sukan tanahair, Datuk Lee Chong Wei atas tuduhan semberononya kepada bintang itu.

Razif Mohon MAAF

Menerusi kenyataan yang disiarkan pada Khamis, Razif mengakui bahawa dakwaan dan tuduhan yang dilemparkannya terhadap Chong Wei adalah palsu dan tidak berasas.

Razif Mohon MAAF [2]

Kenyataan permohonan maaf Razif berbunyi:

“Saya secara ikhlas dan dengan sepenuh hati memohon maaf kepada Chong Wei untuk sebarang kerosakan, kesusahan dan rasa malu yang disebabkan oleh kenyataan saya yang telah mempersoalkan integriti dan kejujurannya.

Saya berjanji di sini bahawa saya tidak akan membuat sebarang pernyataan lanjut atau tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat terhadap Chong Wei.”

Pada 11 November lepas, Razif yang pernah memenangi gelaran Juara All England 1982 dalam acara beregu dengan adiknya, Jalani, menuduh Chong Wei (Razif Sidek Dakwa Lee Chong Wei Memang Guna Dadah!) sudah lama menggunakan bahan terlarang.

Ia berikutan kegagalan Chong Wei dalam dua ujian ‘doping’ menerusi sampel yang diambil ketika Kejohanan Badminton Dunia BWF, Ogos lalu.

Sumber: Mynewshub.cc

Cara Yang Betul Menjawab Bila Orang Kirim Salam

Cara Yang Betul Menjawab Bila Orang Kirim Salam

Ramai orang Islam termasuk diri kita sendiri yang bila disebut, "Wei, Mat kirim salam..."

salam

Akan dijawab, "Iye ke? WA'ALAIKUMUSSALAM..."

Nampak macam tak ada masalah kan? Tertanya-tanyakan apa masalahnya? Ya. Memang ada masalah..

Sebenarnya, jelas di dalam hadis Nabi SAW, mengajar kita apabila salam itu disampaikan melalui 'posmen' (orang tengah) maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam tu bukannya 'Waalaikumussalam' tapi..

"Wa'alaika wa'alaihissalam."

Sebab apa? Mat suruh Abu kirim salam kat Mail. Mail jawab, "Wa'alaikumussalam."

Sedangkan..

Wa'alaikumussalam bermaksud, "Selamat sejahtera ke atas KAMU".

Jadi salam Mat kepada Mail tidak terjawab kan? Sebab Mail doakan salam tu kepada ABU SEDANGKAN ABU TU ORANG TENGAH.

Manakala, Wa'alaika wa'alaihissalam, "Dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera".

Maka salamnya terjawab.. Indahnya Islam..

Dan yang paling penting, hukum memberi salam itu sunat, tapi menjawab itu wajib. Jadi kalau salah jawab, bermakna MASIH BELUM JAWAB.

Nauzu billahimin zalik..

BACA INI JUGA: Pakar Matematik Terkedu Selepas Cabar Al-Qur'an

salam

Sumber: budakjuah

3 Tanda Apabila Kucing Datang Kepada Kita

3 Tanda Apabila Kucing Datang Kepada Kita

Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? 3 sebab apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain..

Kucing

Pertama. Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita....

Kedua. Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah gantikan yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan (pahala). Allah Maha Mampu beri lebih daripada itu....

Ketiga. Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai mengucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan...

Benar atau tidak, Wallahu a’lam..

BACA INI JUGA: Rahsia Penciptaan Kucing Yang Menakjubkan

Sumber: Cahayacintaku.com

Thursday, December 11, 2014

TV3, TV9 Anjur Pertandingan Drama Pendek

TV3, TV9 Anjur Pertandingan Drama Pendek

Sempena Drama Festival Kuala Lumpur 2015, stesen TV3 dan TV9 bekerjasama untuk menganjurkan pertandingan drama pendek yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Pertandingan Drama Pendek

Kesemua pembikin filem, penerbit, pelakon, penulis skrip dan yang berminat dialu-alukan untuk bersama-sama mencipta drama lima minit.

Pemenang tempat pertama akan memenangi hadiah utama iaitu wang tunai RM10,000 manakala pemenang tempat kedua akan memenangi wang tunai RM 5,000 dan RM3,000 bagi tempat ketiga.

Selain itu, drama anda akan turut berpeluang untuk disiarkan di TV3 dan TV9. Anda hanya perlu menghasilkan sebuah video berkonsepkan drama sepanjang 5 minit.

Peraduan drama pendek ini sudah mula dibuka kepada orang awam bermula 1 November lalu hingga 31 Januari 2015.

Tema pertandingan adalah terbuka, selagi video itu menyampaikan mesej positif seperti kisah keluarga, persahabatan, kasih sayang, penyelesaian masalah, perpaduan dan lain-lain.

Anda bebas untuk membuat keputusan dalam pemilihan tema mengikut kreativiti tersendiri.

Pemilihan genre dan stail juga tidak terhad, anda boleh menghasilkan drama mencemaskan, seram, ngeri, komedi dan romantik.

Apa yang ingin dilihat adalah kemahiran penceritaan yang menarik di mana penonton dapat menjiwai drama disamping menerap mesej yang positif buat masyarakat.

Ini adalah peluang untuk anda menunjukkan hasil kerja dan idea kepada penonton. Jika hasil kerja anda terpilih, ini bermakna, anda bakal melihat hasil karya anda di kaca televisyen!

Namun kepada yang berminat perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Syarat-syarat Pertandingan
  1. Untuk memasuki pertandingan ini, semua kerja yang dikemukakan hendaklah mematuhi durasi lima minit yang disebutkan di atas.
  2. Fail tidak boleh melebihi 30mb dan haruslah berformat mp4.
  3. Sila pastikan anda tidak memaparkan sebarang jenama yang bertentangan dengan jenama yang menaja pertandingan ini.
  4. Sila pastikan semua muzik adalah status bebas royalti.
  5. Untuk mengelakkan sebarang kemusykilan, maklumat berikut mengenai hasil kerja anda perlulah dilengkapkan dengan jelas di halaman profil (profile page) Veedo seperti tajuk dan nama penuh peserta.
  6. Segala penyertaan mestilah di hantar ke www.vedoo.my sebelum 31 JANUARI 2015.

Peringatan: Tiada aset wajib yang perlu di muat turun untuk pertandingan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan drama pendek ini anda bolehlah layari laman web dfkl di www.dfkl.com.my. –BH Online

Juara Mr Universe Ke-10, Sazali Samad Cipta Rekod Dunia

Juara Mr Universe Ke-10, Sazali Samad Cipta Rekod Dunia

Atlet bina badan negara Sazali Samad memenangi gelaran ke-10 Kejohanan Dunia Mr Universe di Mumbai, India sekaligus mencatat satu rekod dunia.

Sazali Samad Mr Universe Mumbai 2014

Ini kerana belum pernah ada atlet bina badan memenangi kejohanan itu sebanyak 10 kali sebelum ini.

Sazali yang masih berkhidmat dengan PDRM dan bergelar Sub Inspektor pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak sembilan kali sebelum ini iaitu di Melaka pada tahun 2000, Moscow, Rusia (2004), Ostrava, Republik Czech (2006), Jeju, Korea Selatan (2007), Dubai (2009), Varanasi, India (2010), Melaka (2011), Bangkok, Thailand (2012) dan Budaors, Hungary (2013).

Beliau yang digelar Orang Besi Malaysia juga pernah meraih sembilan kali gelaran Mr Asia iaitu 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014.

Sazali Samad Mr Universe Mumbai World Record

Bagi jaguh dunia berusia 47 tahun itu, mengakui amat berpuas hati dengan pencapaiannya selepas bekerja keras untuk mempertahankan kejuaraan berganda.

Lebih manis katanya, kejayaan tersebut adalah untuk mengangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa menerusi sukan bina badan.

“Saya sangat gembira sebab dapat gelaran kali ke-10. Kejayaan ini adalah untuk Malaysia!,” katanya.

Sazali sebelum ini pernah menyuarakan kegusarannya kerana bakal menentang peserta tuan rumah selain masalah kecederaan kedua-dua lutut yang dialami sejak awal tahun, namun atlet negara berusia 47 tahun itu membuktikan semua itu bukan penghalang untuknya bergelar Mr Universe.

Lilian Tan

Kem jaguh bina badan negara membawa pulang empat pingat setelah kemenangan Sazali diiringi oleh kejayaan rakannya Buda Anchah muncul naib johan kategori Master 80kg, antara 40 hingga 49 tahun manakala Syarul Azman Mahen Abdullah menduduki tempat ketiga kategori athletic physique 170 sentimeter.

Selain kemenangan dan rekod dunia hebat yang dicipta Sazali, peserta bina badan wanita negara, Lilian Tan juga turut mengharumkan nama negara di Kejohanan Bina Badan Dunia ke-6 itu apabila berjaya meraih pingat emas kategori Wanita Senior Bawah 55kg.

Lilian Tan [2]

Acara wanita tidak akan dipertandingkan lagi di peringkat dunia selepas ini.

Tahniah buat Sazali Samad!

-SENTIASAPANAS.COM