Wednesday, November 26, 2014

5 Duit Syiling Paling Mahal Di Malaysia

5 Duit Syiling Paling Mahal Di Malaysia

Tahukah anda duit syiling paling mahal di Malaysia yang telah terjual? Bayangkan duit syiling ini di jual dengan harga puluhan ribu ringgit. Malah, mungkin duit tersebut juga anda pernah guna dan tidak sedar akan nilainya.

Kebanyakan duit syiling paling mahal di Malaysia telah dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau sebelum ini dikenali sebagai Numismatic Society Asia (NSA).

Berikut adalah duit syiling paling mahal di Malaysia.

50 Sen 1967 Milled Edge NGC MS65 
Dilelong RM7,600

50 Sen 1967 Milled Edge NGC MS65

Pada 4 Oktober 2014, duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong pada harga RM7,600 (termasuk premium pembeli) di dalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura.

Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.

50 Sen 1969 Milled Edge NGC AU55
Dilelong RM10,253

50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55

Pada 19 Oktober 2013, sekeping syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) di dalam satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au-55.

Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.

50 Sen 1968 Milled Edge NGC MS66
Dilelong RM19,942

50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66

Pada 19 April 2014, di dalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli).

Duit syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge di dalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.

1 Sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB
Dilelong RM46,769

1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB

Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong dalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli.

Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.

50 Sen 1969 Milled Edge NGC MS65
Dilelong RM81,846

50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65

Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong pada harga RM81,846 (termasuk premium pembeli) di dalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969.

Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura.

Sumber:
http://www.malaysiancoin.com

Pasangan Penjenayah Kejam Yang Sangat Terkenal

Pasangan Penjenayah Kejam Yang Sangat Terkenal

Perbuatan jenayah biasanya dilakukan oleh individu. Namun, dibawah adalah pasangan-pasangan penjenayah kejam yang sangat terkenal. Jom baca..

Menendez Bersaudara

Erik and Lyle

Dua beradik ini, Erik dan Lyle sememangnya sudah tidak dapat dipisahkan sejak usia mereka kecil lagi.

Mereka tidak gemar untuk bercampur gaul dengan masyarakat sebaliknya hanya memerlukan kehadiran satu sama lain dalam hidup mereka.

Ayah mereka ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya yang telah menggunakan beberapa peraturan yang keras ke atas kedua-duanya.

Ibu mereka pula mengalami kesedihan akibat sikap curang ayah mereka tetapi masih bersama dengan keluarga tersebut dan terus setia namun hidup dalam ketakutan terhadap kedua-dua orang anak lelakinya itu.

Rupa-rupanya ketakutan itu berasas apabila pada suatu hari, Erik dan Lyle telah membunuh kedua ibu bapa mereka di rumah agam tersebut pada tahun 1989 dan mereka kemudiannya hidup mewah selama tujuh bulan.

Mereka mula membelanjakan duit keluarga mereka sebebas-bebasnya dan memulakan sebuah perniagaan palsu. Lama-kelamaan, pihak polis mula curiga dengan tabiat mereka yang telah menghabiskan sehingga USD1 juta dalam tempoh yang singkat.

Namun, akhirnya mereka telah ditangkap setelah Erik akhirnya mengaku kesalahannya kepada seorang ahli psikiatri.

Frank Dan Jesse James

Frank and Jesse James

Kedua-dua adik-beradik ini sangat terkenal di zaman Wild West dan pasangan ini telah melakukan jenayah kejam yang biasanya melibatkan rompakan bersenjata.

Pada bulan September 1864, mereka telah menahan perjalanan sebuah keretapi bersama-sama dengan kumpulan penjenayah mereka, merampas barang-barang di dalamnya dan membunuh 22 daripada 23 orang askar Union yang tidak bersenjata yang berada di dalam keretapai tersebut dengan menyiat kepala sesetengah daripada mereka.

Mereka bergerak ke serata pelusuk negara iaitu dari Iowa menuju ke Alabama dan biasanya merompak bank-bank, keretapi, kedai-kedai dan koc-koc bergerak di sepanjang perjalanan mereka.

Kekejaman mereka mencapai kemuncaknya pada tahun 1866 apabila mereka cukup berani melakukan jenayah terbesar dan paling berisiko dilakukan mereka yang dilakukan pada siang hari.

Mereka keluar dari bank yang dirompak dengan membawa wang sebanyak USD58,000 dan telah membunuh seorang orang awam yang kebetulan berada di situ.

Walaupun perbuatan mereka kejam, namun mereka sangat popular dikalangan orang tempatan dan sesetengahnya menganggap mereka sebagai hero.

Myra Hindley Dan Ian Brady

Myra Hindley and Ian Brady

Pembunuhan yang dilakukan oleh pasangan ini lebih dikenali sebagai 'Pembunuhan Moors'. Ianya berlaku pada tahun 1960an dimana Ian Brady telah membunuh seramai lima orang kanak-kanak bersama-sama Myra Hindley sebagai rakan subahatnya.

Dia mengaku kepada pihak polis pada tahun 1987 yang dia telah membunuh lima orang lagi kanak-kanak dan turut memberitahu mereka lokasi tempat dimana dia telah menanam mayat-mayat tersebut.

Namun, walaupun telah diberitahu lokasinya, pihak polis gagal menemui kembali mayat-mayat tersebut.

Pasangan ini menjadi figura yang paling dibenci sekali di Britain kerana kelakuan mereka yang sangat kejam terhadap kanak-kanak.

Eric Harris dan Dylan Klebold

Eric Harris and Dylan Klebold

Eric Harris dan Dylan Klebold ialah insan yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Sekolah Tinggi Columbine pada tahun 1999.

Eric seringkali digambarkan sebagai seorang yang mempunyai masalah psikologi yang sangat obses dengan angkatan tentera manakala Dylan pula digambarkan sebagai seorang yang suka menyendiri dan selalu mengalami tekanan perasaan.

Akhirnya, mereka berdua telah memasuki kawasan sekolah dengan bersenjatakan senjata api berat dan kemudiannya melepaskan tembakan secara rambang ke arah pelajar-pelajar dan juga guru-guru. 13 orang telah terkorban dalam kejadian tersebut sebelum mereka sendiri membunuh diri menggunakan senjata yang mereka gunakan.

Tragedi yang tidak disangka-sangka ini telah menjadi satu peristiwa perit yang mengambil masa untuk dipulih dari ingatan terhadap peristiwa tersebut.

UPDATE!

Mona Fandey Dan Affandi

Mona Fandey Dan Affandi

Malaysia juga pernah digemparkan dengan satu peristiwa pembunuhan kejam suatu ketika dahulu. Mona Fandey, Affandi dan pembantu mereka, Juraimi, didapati bersalah kerana telah membunuh beberapa individu dan yang paling kejam adalah pembunuhan Allahyarham Dato’ Mazlan.

Mereka bertiga didapati bersalah selepas membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Allahyarham Dato’ Mazlan di sebuah rumah tanpa nombor di kampung peruas, Hulu Dong, Raub di antara jam 11 malam 2 Julai hingga 9.30 malam 13 julai 1993.

Di rumah tak bernombor itu juga, polis telah menemui anggota badan Allahyarham Dato’ Mazlan yang telah dikerat kepada 18 bahagian.

BACA INI JUGA: Banduan Yang Berjaya Lari Sebanyak Empat Kali

-Sentiasapanas.com

Tuesday, November 25, 2014

Peperangan Buah Oren Dari Ivrea

Peperangan Buah Oren Dari Ivrea

Pernahkah anda menyaksikan pesta membaling buah tomato? Rasanya sebahagian besar daripada kita pernah melihat pesta sebegini dalam berita-berita yang disiarkan di kaca tv.

Ivrea Orange Festival [4]

Tapi, pernahkah kita bertanya, kenapa orang-orang Eropah meraikan pesta sebegini? Adakah mereka sudah tidak ada keseronokan lain untuk dijadikan hiburan? Atau memang masyarakat Eropah suka meraikan 'kegilaan' mereka secara unik?

Sebenarnya, mereka bukanlah begitu, setiap pesta yang diraikan mempunyai rentetan peristiwanya yang tersendiri.

Pesta melontar buah-buahan dan sayur-sayuran adalah simbolik untuk meraikan sebuah revolusi kemenangan dalam menjatuhkan kerajaan yang zalim.

Semasa zaman feudal mencengkam Eropah, golongan pembesar yang terdiri daripada pahlawan dan bangsawan menjalankan pemerintahan secara kejam.

Pembunuhan, penindasan dan pemerasan adalah perkara biasa dalam penghakiman mereka terhadap penduduk di kawasan yang diperintah mereka.

Justeru, pelbagai revolusi dilalui masyarakat untuk menggulingkan pemerintahan kejam ini dan menghadapkan mereka ke muka pengadilan.

Selepas zaman pencerahan berlaku, segala bentuk revolusi itu dipamerkan semula dengan menganjurkan pelbagai festival untuk memperingati peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat mereka.

Ada diantara festival yang dianjurkan ini menjadi sangat popular hingga terkenal ke serata dunia.

Ivrea Orange Festival

Di Ivrea, Itali, penduduknya mempunyai satu tradisi pelik dalam meraikan revolusi yang dilalui mereka. Satu pesta khusus yang dinamakan sebagai peperangan buah Oren diraikan masyarakat disini.

Walaupun sejarawan tidak pasti tarikh sebenar tradisi ini bermula, yang pasti ia berkaitan penindasan terhadap seorang gadis yang mati kerana mempertahankan kesucian perawannya.

Berdasarkan kepada beberapa kisah dalam sejarah masyarakat, pesta ini bermula selepas penggulingan keluarga Ranieri yang memerintah kawasan ini.

Keluarga Ranieri adalah pengikut setia Henry V. Diatas kesetiaannya, keluarga ini dilantik menjadi pemerintah dibandar bernama Turin.

Bagaimanapun, cara pemerintahan keluarga Ranieri tidak disenangi masyarakat apabila pewaris keturunan ini mula berlaku kejam dengan memperkenalkan polisi pelik.

Salah satunya ialah dengan memberi kebenaran kepada golongan bangsawan dan pembesar di bandar berkenaan untuk menuntut mana-mana pengantin perempuan yang baru berkahwin supaya bermalam dengan mereka sebagai cukai.

Tradisi ini bukan saja mencemar kesucian si gadis, malah mencemarkan maruah suami.

Mengikut peraturan berkenaan, mana-mana gadis yang melangsungkan perkahwinan perlulah tidur dengan bangsawan yang menuntutnya sebelum dia boleh tidur dengan suaminya.

Ivrea Orange Festival [2]

Menurut beberapa manuskrip lama, tujuan Ranieri memperkenalkan peraturan itu adalah untuk merosakkan baka keturunan masyarakat disitu. Dia percaya, jika dalam sesebuah keluarga itu anak sulungnya berketurunan pembesar, dia akan mampu mengawal keturunannya supaya tidak memberontak.

Bagaimanapun, perkara itu menjadi dendam masyarakat. Oleh kerana mereka tidak mampu melawan, para wanita telah melancarkan protes dengan cara menggugurkan kandungan mana-mana pengantin yang mengandungkan anak pembesar.

Malah, ada diantara mereka sanggup mati demi mempertahankan maruah suami mereka!

Peraturan ini dikatakn berlaku pada kurun ke-13, semasa era pemerintahan Marquis William VII of Montferrat. Akibat peraturan ini jugalah Marquis ditumbangkan rakyat dalam sebuah revolusi.

Kisah tumbangnya Marquis sebenarnya bermula dengan sebuah kisah tragis seorang gadis sunti bernama Mugnaia. Gadis ini sanggup membunuh diri demi menjaga kesuciannya.

Lantaran sedih dengan kehilangan gadis ini, para petani, peniaga dan pedagang di bandar ini telah melancarkan revolusi lalu mengusir Marquis dari bandar Turin.

Sebagai mengenang peristiwa itu, para penduduk meraikan pesta perang oren. Pesta bermula dengan seorang gadis dipilih untuk menjadi Mugnaia.

Ivrea Orange Festival [3]

Kemudian dia akan diarak sekumpulan lelaki yang berpakaian seperti askar zaman silam disekeliling bandar. Selepas itu, kumpulan ini akan bertemu dengan Aranceri dan peperangan pun bermula.

Pesta ini akan berterusan sehingga semua oren yang terdapat dalam tong dihabiskan dengan cara membaling sesama sendiri.

Peperangan ini terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mewakili daun terup bercorak hati berwarna merah dan satu puak lagi hati berwarna hitam.

BACA INI JUGA: Festival Argungu, Perayaan Menangkap Ikan Terbesar Dunia!

-Sentiasapanas.com

Filem Yang Mencipta Pembunuh Sebenar!

Filem Yang Mencipta Pembunuh Sebenar!

Filem-filem ini hebat, berjaya mengutip jutaan keuntungan. Dan lebih daripada itu, ia rupa-rupanya turut memberi 'inspirasi' kepada sesetengah individu di luar sana. Inspirasi yang bagaimana? Mari kita baca..

Fantasi watak Freddy Kruger

Freddy Kruger

Pada tahun 2004, seorang pemuda, Donald Gonzales, 25, disabitkan bersalah atas tuduhan membunuh empat orang awam di utara England.

Dia telah menikam keempat-empat mangsa sehingga mati dan cuba mencederakan dua lagi mangsa yang sempat menyelamatkan diri.

Donald mendakwa dirinya sangat mengagumi watak Freddy Krueger dalam filem Nightmare on Elm Street.

Memories of Murder lahirkan pembunuh bersiri

Memories of Murder

Filem Korea, Memories of Murder, sebuah filem arahan Bong Jun Ho berkisar tentang pembunuh bersiri yang disiarkan pada tahun 2003 mempunyai misteri tersendiri.

Setahun selepas penyiaran filem tersebut, seolah-olah seperti dilakonkan semula, banyak mangsa ditemui mati dibunuh oleh pembunuh bersiri ini.

Seorang lelaki bernama Yoo Young-Cheol ditangkap, mengaku membunuh kesemua mangsa yang kebanyakannya terdiri daripada golongan pelacur dan lelaki kaya kerana terpengaruh dengan filem itu.

Sekalipun dihukum mati, dia dengan tenang berharap dapat membunuh lebih ramai orang sebelum ditangkap.

Child's Play dorong membunuh

Child's Play

Masih ingat watak patung Chucky yang menakutkan dalam filem Child's Play? Ini kisahnya. Empat orang suspek telah ditahan pada bulan Disember tahun 1991 atas tuduhan membunuh Suzanne Capper.

Keempat-empat suspek tersebut telah mendera mangsa dengan menggunakan playar dan menyuntiknya dengan dadah selain turut membakar rumah mangsa.

Sewaktu melakukan kesemua kekejaman ini, mereka menuturkan dialog daripada filem Child's Play.

BACA INI JUGA: 10 Pembunuh Bersiri Paling Kejam

-Sentiasapanas.com

Monday, November 24, 2014

Misteri Graffiti "Who Put Bella In The Witch Elm"

Misteri Graffiti "Who Put Bella In The Witch Elm"

"Who Put Bella In The Witch Elm" adalah satu garapan graffiti yang dicat pada tiang 'obelisk' diatas bukit Wychburry Hill, Hagley, Worcestershire, England.

Who Put Bella down the Wych Elm

Penggarapannya langsung tidak diketahui identitinya dan kemunculan graffiti ini menjadi tumpuan berikutan ayat yang digarap penulis graffiti ini sama dan pernah digarap sekitar tahun 1944 juga oleh penulis graffiti yang tidak dikenali.

Tambah mendebarkan, ayat berkenaan pernah menjadi bahan hangat perbualan pada tahun 1944 berikutan penulis graffitinya dikatakan ada kaitan dengan penemuan satu rangka manusia serta pergerakan kumpulan pemujaan ilmu hitam.

Ceritanya bermula sekitar 18 April 1943, empat orang budak lelaki, Thomas Willets, Bob Farmer, Robert Hart dan Fred Payne keluar memburu di hutan Hagley, berdekatan dengan Wychburry Hill.

Ketika itu, perang sedang berlangsung menyebabkan sumber makanan agak terhad, memaksa mereka keluar berburu untuk kelangsungan hidup mereka.

Malangnya, hasil pemburuan mereka pada hari itu kurang memberangsangkan. Keadaan yang begitu mendesak memaksa mereka untuk mencari apa juga sumber makanan yang boleh dibawa pulang.

Setiap pohon dan dahan yang mereka lalui dalam perjalanan dipanjat dan diperiksa dengan harapan adanya sarang burung yang masih mempunyai telur.

Apabila terlihat seekor burung Blackbird terbang meninggalkan sebatang pokok Wych Elm, Bob Farmer lantas memanjat pokok berkenaan dan menemui sarang burung itu.

Memikirkan kemungkinan ada lagi sarang burung di sekitar kawasan berkenaan, Bob Farmer mengarahkan Robert Hart supaya memanjat sebatang lagi pokok Wych Elm yang berada berdekatan kawasan itu.

Robert segera memanjat pokok tersebut dan kemudian menemui sebuah lubang pada tengah-tengah pokok itu. Memikirkan mungkin ada burung yang masuk bersarang didalamnya, Robert menyusup masuk kedalam lubang pokok berkenaan.

Tanpa disangka, Robert menemui satu rangka manusia yang pada awalnya disangkakan hanya rangka haiwan. Mereka kemudian membuat keputusan untuk tidak memberitahu sesiapa kerana bimbang ditangkap dan diapa-apakan oleh pemilik tanah hutan itu.

Namun, Tommy Willets tidak senang hati dengan apa yang ditemui mereka dan bertindak menceritakan perkara itu kepada kedua orang tuanya. Orang tua Willets kemudian segera melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Anggota forensik bergegas ke tempat berkenaan namun rangka itu tidak berjaya dikeluarkan kerana lubang itu hanya boleh dimasuki dari atas pokok berkenaan dan terlalu sempit untuk seorang lelaki dewasa masuk ke dalamnya.

Pokok itu kemudian terpaksa ditebuk menggunakan kapak dari bahagian luar barulah rangka tersebut berjaya dikeluarkan.

Pemeriksa forensik, Professor Webster yang memeriksa rangka berkenaan kemudian menemui sehelai kain di dalam mulut tengkorak itu. Kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Anehnya, setelah diteliti, Webster mendapati rangka berkenaan tidak lengkap. Tangan milik rangka itu hilang dan setelah dicari, pihak polis kemudiannya menemui bahagian yang hilang itu tertanam di pangkal luar pokok berkenaan.

Sehelai baju dan sebiji botol berwarna hijau juga ditemui di sekitar rangka tersebut. Jantina empunya rangka itu kemudian dikenal pasti. Menerusi penemuan baju berkenaan, mangsa adalah seorang wanita.

Mangsa dianggarkan berusia sekitar 35 tahun, dibunuh 18 bulan sebelum itu. Pembunuhnya terlebih dahulu membunuh wanita itu di pangkal pokok berkenaan.

Melihat dari keluasan lubang pada tengah pokok tersebut, ahli-ahli forensik bersependapat bahawa mayat waita itu disumbat ke dalam lubang berkenaan sejurus sahaja dia dibunuh.

Ini kerana secara lumrahnya mayat akan menjadi kejung apabila dibiarkan terlalu lama dan itu menjadikannya amat mustahil untuk dialihkan ke dalam lubang sesempit itu.

Segala siasatan dilihat berjalan lancar pada mulanya, namun pihak polis menghadapi masalah apabila rangka itu tidak dapat dikenal pasti latar belakangnya.

Baju yang ditemui berdekatan dengan rangka itu turut dipertontonkan kepada umum, dengan harapan ada yang dapat mengecam pemilik baju tersebut namun usaha ini gagal.

Bertambah buntu apabila doktor gigi juga gagal mengenal pasti identiti mangsa. Gigi pada rangka itu langsung tidak sepadan dengan mana-mana rekod pergigian yang ada. Kes kian menjadi rumit.

Beberapa bulan kemudian, diawal tahun 1944, sebuah garapan graffiti muncul. Graffiti berbunyi "Who Put Bella In The Witch Elm" telah digarap pada sebuah dinding.

Selang tidak lama kemudian, satu lagi graffiti digarap berdekatan dinding yang sama. Kali ini tertulis "Who Put Bella down the Wych Elm-Hagley Wood".

Tiada tanda soal, ditulis pleh penulis yang sama, ringkas namun menimbulkan tanda tanya. Penduduk sekitar kecoh dengan kemunculan graffiti ini. Daripada gaya penulisannya, pihak polis percaya bahawa penggarap graffiti itu mengenali mangsa.

'Luebella' atau 'Bella' yang dicatat mungkin nama mangsa yang ditemui di dalam lubang pokok Wych Elm di Hagley Wood. Namun, usaha pihak polis mencari penggarap graffiti ini juga gagal.

Professor Margaret Murray dari Universiti Kolej, London, seorang pakar dalam pengkajian mengenai kumpulan ajaran sesat, kepercayaan ghaib dan sihir setempat turut meneliti kes ini.

Daripada keadaan rangka, tempat ditemui dan barang bukti, dia kemudian menyatakan kes ini mungkin ada kaitan dengan ritual-ritual pemujaan ajaran sesat.

Teori ini dilihat relevan kerana mangsa juga dianggarkan dibunuh pada penghujung bulan oktober - bulan dimana ritual pemujaan sering dijalankan.

Tambah pula, menurut beberapa orang saksi, terdapat sebuah kumpulan yang mengamalkan ajaran sesat seringkali menjalankan ritual mereka di Hagley Wood.

Turut menjadi teka-teki dan pendorong teori Margatet, jika pembunuhnya benar-benar berhasrat untuk menutup jenazahnya, mengapa pembunuh itu tidak menanam sahaja mengsanya?

Walaupun mangsa disumbat ke dalam lubang pokok, pokok berkenaan hanyalah kerketinggian sekitar 6 kaki dan lubang tersebut hanyalah berkedalaman sekitar 4 kaki.

Jelas sekali pembunuh seakan tidak begitu nekad untuk menyorok mangsanya. Namun begitu, sehingga ke hari ini tiada seorang pun yang benar-benar menjadi suspek dan persoalan, siapakah mangsa, adakah dia Luebella' atau 'Bella' dan siapakah penggarap graffiti itu, kekal tidak terjawab.

Sekitar Ogos 1999, graffiti itu sekali lagi muncul dan kali ini pada tiang Obelisk di Wychbury, sebuah bukit berhadapan dengan Hutan Hagley Wood.

Mungkin seseorang tidak mahu 'Bella' dilupakan begitu saja.

BACA INI JUGA: Misteri Kapal-kapal Yang Hilang Di Segitiga Bermuda

-SENTIASAPANAS.COM

Rahsia Membahagiakan Hati Isteri!

Rahsia Membahagiakan Hati Isteri!

Seni hubungan suami isteri bukan datang dengan sendiri tetapi perlu dipelajari. Kalau dulu sebelum berkahwin ibu bapa akan mengajar anak perempuannya bagaimana cara menambat nafsu suami dengan betul tetapi zaman sudah berubah.

Membahagiakan Hati Isteri!

Pasangan muda sekarang tidak mahu mengorek rahsia rumahtangga bahagia dan belajar teknik mendidik anak cemerlang daripada orang tua seperti zaman dahulu.

Pasangan suami isteri sekarang terlalu fokus kepada ekonomi tidak kira siang atau malam. Yang lelaki sibuk bekerja tidak kira waktu dan kepada yang berniaga sibuk dengan pelaburan saham, pelaburan emas, mencari kontrak kerajaan dan sekarang pulak sibuk mencari duit sampingan secara online apabila kawan-kawan kata boleh buat berpuluh ribu ringgit secara online.

Yang isteri sibuk berbisnes menggunakan facebook jual tudung, alat solek, jubah dan sebagainya sehingga dapat income ratusan ribu ringgit.

Memang betul kalau tak ada duit susah hidup tetapi hidup suami isteri bukan segalanya duit.

Rahsia hubungan suami isteri

Suami pasti ada cara untuk memuas dan membahagiakan hati isteri begitu juga sebaliknya. Mungkin cara berikut dapat membuatkan suami atau isteri anda bahagia.

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT SUAMI GEMBIRA:
  • Jaga makan minumnya.
  • Tidur dengannya.
  • Biarkan dia dengan ketenangan.
  • Jangan memeriksa telefonnya.
  • Jangan mengganggu pergerakannya.

Jadi APA YG SUSAH sangat tentang itu?

CARA MEMBUAT ISTERI PUAS & GEMBIRA:

Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi..

Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi:
  • Rakan.
  • Teman.
  • Kekasih.
  • Saudara.
  • Bapa.
  • Induk.
  • Tukang masak.
  • Juruelektrik.
  • Tukang paip.
  • Mekanik.
  • Seorang tukang kayu.
  • Penghias.
  • Stylist.
  • Sexologist.
  • Pakar sakit puan.
  • Ahli psikologi.
  • Pembasmi perosak.
  • Psikiatri.
  • Penyembuh.
  • Pendengar yang baik.
  • Penganjur.
  • Bapa yang baik.
  • Sangat bersih.
  • Bersimpati.
  • Olahraga.
  • Pemanas.
  • Pemberi perhatian.
  • Gagah.
  • Pintar.
  • Lucu.
  • Kreatif.
  • Penggoda.
  • Kuat.
  • Pemahaman tinggi.
  • Toleransi tinggi.
  • Berhemat.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Mampu.
  • Berani.
  • Pembuat keputusan.
  • Berkata benar.
  • Boleh dipercayai.
  • Bersemangat.

TANPA lupa untuk:
  • Kerap memberi pujian.
  • Pergi membeli-belah dengannya.
  • Jujur.
  • Menjadi sangat kaya.
  • Tidak terlalu menekan.
  • Tidak melihat perempuan lain.

DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:
  • Memberikan banyak perhatian kepadanya.
  • Memberikan banyak masa kepadanya terutama masa untuk dirinya sendiri.
  • Memberi beliau banyak ruang.
  • Tidak pernah bimbang tentang di mana dia pergi.

DAN YANG INI SANGAT PENTING:
  • Tidak pernah lupa hari lahirnya.
  • Tidak pernah lupa hari ulang tahun perkahwinan.
  • Mesti alim.
  • Tolong buang sampah.
  • Cuci keretanya.
  • Bayar cukai jalan.
  • Bawa melancong.
  • Jangan LEBIH tidur.
  • Makan habis masakan dia.
  • Bila nak tidur cakap i luv u.
  • Berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita dan beberapa lagi.

Dan oh ya, anda juga perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa tertentu untuk menyelamatkan beliau. Kepada suami yang sudah bekerja kuat jangan lupa bawa isteri pergi umrah sebagai menghargai kesetiaannya.

Mana yang senang jaga, suami atau isteri?

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, November 23, 2014

Juara Ratu Cantik Muslimah 2014

Juara Ratu Cantik Muslimah 2014

Edisi kedua pertandingan ratu cantik muslimah yang berlangsung pada tahun ini di Yogjakarta, Indonesia menobatkan peserta dari Tunisia, Fatma Ben Guefrache sebagai pemenang.

Fatma Ben Guefrache

Fatma yang merupakan pakar komputer menewaskan 17 wakil negara lain melalui mesej pembebasan Palestin yang disuarakannya, sekaligus membawa pulang hadiah berupa seutas jam tangan emas, sekeping dinar emas dan pakej umrah.

“Semoga Allah membantu saya dalam misi membebaskan Palestin. Tolonglah untuk sama-sama membebaskan rakyat Palestin dan Syria,” ujarnya yang berusia 25 tahun dalam nada sebak.

Acara tersebut diadakan berlatar belakangkan Kuil Prambanan, salah satu tapak warisan dunia UNESCO, sebagai simbol bahawa masyarakat Islam menghormati pegangan agama lain.

Kata salah seorang pengajur, Jameyah Sheriff, “Kami mahu mereka memahami segalanya mengenai cara hidup Islam, termasuk pemakanan, pakaian dan cara menjalani kehidupan.”

Fatma Ben Guefrache [2]

Acara tersebut kali pertama diadakan pada tahun lalu bagi membantah pengajuran pertandingan ratu cantik dunia yang diadakan pada masa sama di Bali.

Dalam pertandingan itu, peserta diwajibkan mengenakan hijab, diadili dari segi penampilan dan melalui bacaan Al-Quran, juga pandangan mereka tentang Islam di dunia moden.

BACA INI JUGA: Top 10 Negara Dengan Wanita Tercantik Di Dunia

Sumber: Mynewshub