Sunday, November 25, 2012

Banduan Yang Berjaya Lari Sebanyak Empat Kali


Seorang banduan di Belgium melarikan diri dari penjara buat kali keempat selepas rakannya yang bersenjata mendarat di perkarangan penjara Ittre, di Brussels, dengan sebuah helikopter yang dirampas.

BANDUAN

Namun ketika mendarat, helikopter tersebut dinaiki ramai banduan lain sehingga ia sukar berlepas dan akhimya terhempas, menyebabkan juruterbang serta seorang banduan lain cedera.

Kemudian, Benallal dan rakan yang membantunya telah menahan dua pengawal penjara sebagai tebusan serta melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berdekatan.

Benallal, yang dipenjarakan atas kesalahan rompakan bersenjata dan merampas kereta, pernah melarikan diri dari van penjara, keluar dari lokap dengan memakai kaca mata dan rambut palsu, selain memanjat tembok penjara menggunakan tangga tali.

BACA INI JUGA: Kisah Belakang Tabir Penjenayah Terkenal Botak Chin Sewaktu Di Penjara

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon