Saturday, April 12, 2014

GILER! Denda Jika Berat Badan Berlebihan!

GILER! Denda Jika Berat Badan Berlebihan!

Berat badan yang berlebihan sememangnya mengundang pelbagai jenis penyakit yang berbahaya. Dan salah satunya adalah masalah obesiti.

Gadis Gemuk

Masalah obesiti bukan sahaja menghadkan pergerakan fizikal dan sosial, tetapi juga jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Apabila pelbagai penyakit muncul, sudah tentu kos perubatan juga akan meningkat.

Di Arizona, Amerika Syarikat, satu undang-undang telah diwujudkan bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk, terutamanya bagi kelompok yang malas berdiet.

Golongan ini wajib mengamalkan cara hidup yang sihat dan perlu sentiasa memeriksa tahap kesihatan di hospital.

Jika ada diantara mereka yang didapati mempunyai masalah kesihatan tetapi tidak mahu berdiet, mereka akan dikenakan denda sebanyak USD$450,000 atau RM1.4 juta setahun!

Berdasarkan sistem perundangan Arizona, penggubal undang-undang mempunyai alasan tersendiri mengapa golongan 'Comel' ini perlu dikenakan denda setiap kali mereka mempunyai masalah kesihatan akibat kegemukan.

Mengikut alasan yang diberikan, jika ukur lilit pinggang seseorang semakin mengambang, sudah tentu ia akan mempengaruhi kos perbelanjaan kerajaan untuk perubatan. Selain itu juga, langkah ini diambil bagi mengurangkan peratusan perokok tegar dan penghidap diabetes di negeri tersebut.

Peraturan ini dikeluarkan oleh Jabatan Medicaid Arizona yang merupakan sebuah agensi kerajaan yang mengelolakan sebuah program kesihatan kepada penduduk Arizona. Program ini menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan kepada masyarakat miskin di Amerika Syarikat.

Tujuan denda ini dikuatkuasakan adalah untuk mengubah perilaku dan pendekatan masyarakat Arizona mengenai penjagaan kesihatan. Melalui kaedah ini, perbelanjaan kesihatan di Amerika Syarikat dapat dikawal. Ini kerana separuh daripada penduduk Arizona diklasifikasikan sebagai obesiti.

Japanese Workers Fitness

Sementara itu di Jepun pula, mereka juga ada cara tersendiri dalam menangani masalah kegemukan rakyatnya. Dibawah undang-undang negara yang berkuatkuasa pada tahun 2008, syarikat persendirian dan majlis perbandaran di setiap daerah di Jepun diwajibkan untuk menyelia berat badan para pekerjanya yang berumur di antara 40 hingga 74 tahun.

Dalam perkara ini, saiz pinggang menjadi perhatian utama. Jepun telah menetapkan saiz pinggang ideal untuk mereka yang bekerja, sama ada dalam bidang swasta ataupun kerajaan.

Bagi pekerja lelaki, saiz pinggang mereka mestilah tidak melebihi 33.5 inci dan bagi wanita pula 34.5 inci.

Jadi, jika ada diantara para pekerja mempunyai saiz pinggang melebihi had yang ditetapkan oleh kerajaan, pekerja tersebut akan diberi panduan diet dan juga kaunseling. Walau bagaimanapun, jika berat mereka tidak berjaya diturunkan dalam tempoh tiga bulan, panduan diet akan diberikan sekali lagi. Begitu juga seterusnya untuk tempoh enam bulan.

Bagi memastikan program ini berjaya, kerajaan akan mengenakan penalti wang kepada syarikat persendirian dan majlis perbandaran yang gagal mencapai sasaran.

Jika syarikat persendirian gagal mengurangkan jumlah pekerja yang gemuk sehingga 25 peratus menjelang tahun 2015, mereka akan dikenakan bayaran yang tinggi untuk program kesihatan warga tua.

Pada ketika ini, kebanyakan syarikat persendirian di seluruh Jepun ada menawarkan diskaun keahlian gim dan membantu merancang diet para pekerjanya.

Isu berat badan berlebihan perlu dipandang serius kerana semakin ramai penduduk di dunia mengalami masalah kegemukan berdasarkan hasil kajian daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia sehingga tahun 2008 dengan menggunakan ukuran skala Body Mass Index (BMI).

-Sentiasapanas.com

Misteri Bulatan Aneh Di Gurun Namib

Misteri Bulatan Aneh Di Gurun Namib

Berjuta-juta bulatan aneh yang digelar sebagai 'Fairy Circle' telah muncul di sebahagian besar tanah tandus di Gurun Namib, Afrika Selatan. Misteri bagaimana corak pelik itu hadir atau mengapa ia wujud di daerah tersebut pernah mencetuskan perdebatan hangat di kalangan saintis selama beberapa dekad.

Namib Fairy Circles

Fairy Circle atau Bulatan Dongeng telah mula dikaji selepas berita penemuannya dilaporkan pada tahun 1971. Daripada penelitian yang dilakukan oleh saintis menunjukkan bahawa tanah kering dan separa tandus di Gurun Namib tidak pernah 'duduk diam'.

Tanaj berpasir di sana sering dilihat membentuk bulatan-bulatan sempurna, hampir mirip seperti cincin sebenar.

Apa yang menampakkan ia pelik adalah bahagian tengah bulatan yang kelihatan 'botak' dan lapang kerana tiada satu pun flora hidup di dalamnya. Tumbuhan seperti rumput cuma hidup di bahagian lingkaran, seolah-olah memagar bulatan tersebut.

Formasi ganjil ini selalu dilihat hadir secara berkumpulan. Kebanyakannya di lebih 1,200 kilometer dalam Gurun Namib dan merebak sehingga ke Angola. Dikesan telah wujud di daerah tidak berpenghuni itu sejak 30 hingga 60 dahulu lagi.

Proses pembentukannya pula berlaku secara berterusan, tanpa henti. Malah ia berkembang hingga mencapai ukuran diameter antara dua hingga 12 meter.

Perdebatan telah berterusan selama beberapa waktu untuk mencari penjelasan saintifik berhubung punca pembentukan Fairy Circle.

Dalam perdebatan itu, beberapa teori cuba dikaitkan dengan fenomena tersebut, antaranya, UFO, gas tosik, persaingan tumbuh-tumbuhan dan semut.

Manakala mitos tempatan pula berpendapat, naga yang tinggal di bawah Bumi telah mengeluarkan nafas berapi hingga membentuk corak ganjil itu.

Pada bulan April 2013, seorang saintis dari University Hamburg, Norbet Jurgens, mencadangkan satu spesis anai-anai pasir bertanggungjawab mencorakkan bulatan-bulatan tersebut.

Hasil kajiannya terhadap beratus-ratus bulatan mendapati, anai-anai pasir atau Psammotermes Allocerus merupakan satu-satunya spesis yang konsisten hadir pada bulatan tersebut.

Teori itu dibuktikan berdasarkan kepada penemuan anai-anai pasir dalam jumlah 80 hingga 100 peratus pada bulatan lama dan baru.

Kehadiran serangga hidup di situ dipercayai telah mengorek lubang di dalam tanah dan memakan akar tumbuhan. Tujuan memakan akar berkenaan adalah untuk mematikan tumbuhan tersebut.

Setelah tumbuhan mati, anai-anai tidak perlu bersaing lagi dengan tumbuhan yang biasanya memerlukan air untuk hidup. Ini membolehkan anai-anai pasir terus hidup dan kekal aktif walaupun pada cuaca panas yang ekstrem.

Persoalannya, bagaimana air diperolehi walhal daerah itu sebuah padang pasir yang tandus?

Gurun Namib merupakan sebuah padang pasir yang mana keadaannya sangat tandus dan separuh kering. Julat hujan yang turun di daerah ini juga agak sedikit. Begitu pun, hujan inilah yang menentukan pembentukan Bulatan Dongeng.

Bulatan tersebut menurut Jurgens, adalah perangkap air yang dicipta oleh anai-anai pasir. Serangga berkenaan memakan semua rumput dalam bulatan hingga mendedahkan tanah tandus atau kawasan kosong di tengah-tengah bulatan.

Bahagian zon bebas rumput ini bertujuan untuk menyimpan mana-mana air hujan yang turun. Air yang terperangkap di dalamnya kemudian meresap ke dalam tanah berpasir dan berkumpul di bawah tanah.

Kerja-kerja kejuruteraan ekologi anai-anai ini membolehkan tanah tidak kering dan kekal lembab walaupun di bawah keadaan kering-kontang.

Dengan itu, ia secara perlahan-lahan meluaskan bulatan seterusnya bercambah. Simpanan air bawah tanah juga membantu rumput tumbuh di sekeliling bulatan.

Kemampuan kejuruteraan ekologi yang mengagumkan seperti itu memberi kelebihan kepada anai-anai untuk menyimpa sumber makanan dan air sendiri.

Seorang ahli botani dari Universiti Cape Town di Afrika Selatan bagaimanapun menolak teori anai-anai. Beliau agak musykil bagaimana bulatan-bulatan itu berada pada jarak dan saiz yang sama.

Menurutnya, adalah sukar untuk dijelaskan mengapa serangga hidup itu menghasilkan bulatan besar yang saiz dan jaraknya berukuran sama rata.

Walter R. Tschinkel, ahli biologi dari Florida State University turut melahirkan rasa tidak percaya bahawa anai-anai sebagai penyebab kepada pembentukan corak bulat itu.

Beliau mengatakan bahawa Jurgens telah melakukan kesilapan yang mengelirukan kerana sebelum ini dia pernah mencari anai-anai penuai di kawasan Bulatan Dongeng, tetapi tidak berjaya menemuinya.

Kenyataan itu mendapat respon daripada Jurgens. Dia menjelaskan bahawa anai-anai penuai tidak sama dengan anai-anai pasir.

Anai-anai pasir tinggal jauh di dalam tanah dan berpusat di bawah Bulatan Dongeng. Ia tidak mewujudkan timbunan atau sarang di atas tanah seperti spesis lain.

Pada hari ini, mereka terus tenggelam di dalam tanah, bersembunyi daripada musuh. Pada waktu malam, ia naik ke permukaan untuk menghilangkan jejak dan menghasilkan tapak tanah yang tidak dapat dilihat di sekitar bulatan.

Oleh kerana tingkah laku pelik ini, anai-anai pasir sukar dikesan kehadirannya.

BACA INI JUGA: Salar de Uyuni, Keindahannya Seumpama 'Syurga Di Bumi'

-Sentiasapanas.com

Video Kontroversi Agnes Monica Tayang Payudara!

Video Kontroversi Agnes Monica Tayang Payudara!

Penyanyi seberang, Agnes Monica atau sekarang dikenali sebagai Agnez Mo kini sedang hangat mencipta nama di luar negara.

Agnes Monica Seksi

Bagaimanapun banyak kisah tidak enak mula keluar tentang penyanyi yang pernah popular dengan lagu Matahari ini.

Selain memakai berpakaian sangat seksi ketika menghadiri parti Grammy, terdapat dakwaan menyatakan pakaiannya terlondeh hingga menampakkan payudara ketika menjalani penggambaran klip video lagu Coke Bottle kolaborasinya bersama Timbaland dan TI.

Agnez bagaimanapun menafikan perkara ini.

Begitu pun, penafian Agnez tidak dapat menutup mulut orang termasuk masyarakat negaranya apabila dia begitu berani beraksi dalam klip video Coke Bottle.

Ramai terkejut melihat Agnez memakai pakaian yang seksi ‘maut’ dan melakonkan beberapa babak panas.



Kami sendiri agak terkedu melihat klip video di bawah namun pada masa sama, tak dapat dinafikan Agnez Mo sememangnya berbakat besar dalam bidang nyanyian dan layak berada di pentas antarabangsa.

Sumber: YouTube/Indo Boom

Friday, April 11, 2014

Smartphone Terhebat Di Kongres Mobil Sedunia 2014

Smartphone Terhebat Di Kongres Mobil Sedunia 2014

Terlepas mengikuti perkembangan Kongres Mobil Sedunia (MWC) 2014 yang lalu? Berikut ialah sorotan produk-produk paling menyerlah daripada pengeluar telefon pintar di serata dunia. Produk hebat yang mana menjadi idaman anda?

Samsung

Samsung-Galaxy-S5

Gergasi peranti Android ini menepati ramalan dengan melancarkan Galaxy S5 yang dilengkapi dengan pengimbas cap jari dan ciri kalis air. Samsung turut mengembangkan portfolio peranti boleh pakainya dengan memperkenalkan siri kedua jam tangan pintarnya, Gear 2, selain pengesan kesihatan Gear Fit.

Nokia

Nokia Lumia X

Walaupun sinonim dengan telefon pintar Windows siri Lumia, Nokia akhirnya menjenguk pasaran peranti Android dengan bukan satu atau dua, tetapi tiga telefon pintar Android siri X. Ia disasarkan untuk pasaran peranti kelas asas, dengan antara muka Android yang tersendiri, seakan-akan peranti Windows.

HTC

HTC Desire 816

Sedikit mengecewakan apabila HTC One 2 atau M8 yang hangat diperkatakan tidak diperlihatkan ketika acara ini. Sebaliknya, HTC melancarkan Desire 816, telefon pintar kelas pertengahan dengan fungsi kamera hebatnya, 13MP (kamera utama) dan 5MP (kamera hadapan).

Sony

Sony Xperia Z2

Pesaing terdekat Samsung Galaxy S5 di MWC 2014 ialah generasi baru telefon pintar famili Xperia. Selain kalis air, kamera 20.7MP telefon Z2 ini juga boleh merakam video berformat 4K. Tablet barunya yang juga bernama Xperia Z2, tidak kurang hebatnya kerana ringan, langsing dan kalis air. Sony turut memperlihatkan gajet pengesan kesihatannya iaitu Smartband.

Huawei

Huawei Phablet MediaPad X1

Pembuat telefon pintar dari China ini membuat kemunculan pertamanya di MWC dengan peranti-peranti yang tidak kurang hebatnya. Phablet MediaPad X1 dan Telefon pintar Ascend G6 hadir dengan sokongan 4G. Talkband B1 pula bukan sekadar pengesan kesihatan, tetapi juga boleh ditanggalkan dari talinya untuk menjawab panggilan.

BlackBerry

BlackBerry Z3

Nampaknya BlackBerry masih berusaha untuk terus kekal dalam arena telefon pintar dan kali ini dengan BlackBerry Z3 yang sebelum ini menggunakan kod nama Jakarta. Namun, ia bukanlah telefon yang berspesifikasi tinggi dan khabarnya akan disasarkan kepada pasaran baru seperti Indonesia.

LG

LG G Pro 2

Pengeluar barangan elektronik ini tidak menghampakan di MWC. Menampilkan telefon kelas pertengahan LG G2 Mini, namun tarikan utamanya pasti LG G Pro 2 yang dilengkapi spesifikasi hebat dan kemampuan untuk merakam video 4K.

-Sentiasapanas.com

Sepuluh Soalan Sebelum Bertunang

Sepuluh Soalan Sebelum Bertunang

Info Agama. Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ‘dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin’.

Sepuluh Soalan Sebelum Bertunang

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.

Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Sumber: iLuvIslam

GILER! Wanita Diragut Secara LIVE Depan Wartawan!

GILER! Wanita Diragut Secara LIVE Depan Wartawan!

Seorang wanita Brazil cuba diragut ketika temu bual lintas langsung mengenai kadar jenayah yang semakin meningkat dengan sebuah televisyen di Rio de Janeiro.

GILER! Wanita Diragut Secara LIVE Depan Wartawan!

Wanita itu yang namanya dirahsiakan, mengadu tentang kekurangan polis pada waktu siang apabila seorang pencuri cuba meragut rantai emasnya.

Penjenayah itu berjaya memutuskan rantai itu, tetapi gagal melarikannya.

Rio terkenal dengan kadar jenayah yang tinggi.

Ogos tahun lalu berlaku 406 pembunuhan di bandar berkenaan.

Video itu akan digunakan untuk membantu peminat bola sepak yang datang melancong di bandar itu pada musim panas bagi perlawanan Piala Dunia.

Baru-baru ini, tentera bersenjata dengan bantuan pasukan helikopter menyerbu satu kawasan jenayah di Rio dalam usaha membersihkan kawasan itu dari kadar jenayah menjelang kejohanan bola sepak itu. –AP

Hillary Clinton kena baling kasut

Hilary Clinton Dilempar Kasut

Seorang wanita menyerbu melepasi kawalan keselamatan dan membaling kasut ke arah Hillary Clinton di Las Vegas tetapi tersasar dan bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat itu berseloroh mengenai kejadian itu.

Wanita itu bertindak sedemikian ketika Clinton berucap pada pertemuan Industri Kitar Semula Sisa Pepejal (ISRI).

Clinton yang dikatakan bakal calon Demokrat untuk pilihan raya president 2016, mengelak ketika kasut itu melayang pada paras kepala di sebelah kiri beliau.



“Apakah itu, kelawar?…Apakah ada orang melempar sesuatu kepada saya?” kata Clinton pada mulanya.

Selepas kembali tenang beliau menambah: “Apakah ini sebahagian daripada Cirque du Soleil?” — merujuk persembahan tarian akrobatik di Begas.

“Saya tidak tahu pengurusan sisa pepejal begitu kontroversi. Nasib baik beliau tidak pandai bermain bola lisut seperti saya,” katanya menyebabkan hadirin ketawa.

Wanita berambut perang itu segera diiring keluar dari dewan dan ditahan. –AFP

Tidak Bersalah Selepas 25 Tahun Dalam Penjara

Jonathan Fleming, 51

Seorang lelaki yang menghabiskan masa hampir 25 tahun di dalam penjara kerana dituduh membunuh dibebaskan semalam selepas hakim mendapati dia bercuti di Florida ketika kejadian.

Jonathan Fleming, 51, dibebaskan selepas pejabat pendakwa raya di Mahkamah Tinggi Brooklyn menggugurkan semua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

“Dia sangat gembira kerana hari yang ditunggu akhirnya tiba, namun kecewa kerana terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 25 tahun atas kesalahan yang tidak dilakukannya,” kata peguam bela Taylor Koss.

Sepanjang perbicaraannya atas atas pertuduhan menembak mati rakannya, Darryl Rush pada 1989 di Brooklyn, Fleming mengekalkan akuan tidak bersalah.

Peguamnya berkata, pihak pendakwa terburu-buru mensabitkan lelaki itu dan tidak mengendahkan bahan bukti seperti bil telefon, gambar, resit hotel dan beberapa bukti lain yang menunjukkan lokasinya ketika kejadian.

Ketika perbicaraan, seorang saksi memberi keterangan yang dia melihat Fleming berada di tempat kejadian, namun mengaku tersilap pandang beberapa minggu kemudian, kata peguam bela lelaki itu.

Fleming didapati bersalah pada 1990 dan dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun.

Selepas sekian lama merayu dan kes itu disemak semula, pendakwa raya, Ken Thompson berkata, bukti yang dikemukakan membebaskan Fleming daripada tuduhan itu. –Reuters

-Sentiasapanas.com

Marsha Nafi kekasih Suami Orang

Marsha Nafi kekasih Suami Orang

Penyanyi dan pelakon jelita Marsha Milan Londoh yang mula menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali dengan Mr. S sejak tahun lalu menafikan kekasih yang dikenali sejak enam tahun lalu adalah suami orang.

Marsha Nafi kekasih Suami Orang

"Dia (Mr. S) bukan duda atau suami orang. Dia solo, memang saya takut. Apa yang Hanez Suraya sedang lalui sekarang membuatkan saya agak takut sehingga saya membuat kaji selidik mengenai latar belakang kekasih.

"Memang sah dia bukan suami orang. Kalau boleh, saya tidak mahu terlibat dengan suami orang. Sebab kalau saya dalam situasi wanita itu, saya juga tidak suka bermadu.

"Saya tidak mahu kacau mana-mana pasangan," ujarnya kepada sebuah akhbar tempatan.

Walaupun sebelum ini hubungan yang dijalin tidak kekal dan kerap kecundang, namun penyanyi berusia 28 tahun ini tidak serik untuk terus bercinta.

"Setiap orang memerlukan seseorang untuk menyayangi diri kita. Lebih-lebih lagi, saya ini seorang yang manja.

"Saya perlukan seorang lelaki yang boleh saya curahkan rasa manja saya. Dia buat kita rasa sentiasa positif dan membuatkan diri kita ada arah tuju serta ingin menjadi lebih bagus."

Dalam perkembangan lain, Marsha memberitahu dia baru sahaja selesai merakamkan lagi barunya dengan Zarul Umbrella berjudul "Rasa" yang akan diriliskan pada Mei ini.

Selain itu, Marsha juga turut berkata, dia juga ada merakam lagu tribute untuk pesawat MAS MH370 berjudul "Langit Biru" bersama Caprice, Atilia dan juga penyanyi rap Cina serta India.

Sementara itu, Marsha bakal muncul dengan tiga buah filem yang akan ditayangkan tidak lama lagi iaitu "Tujuh", "Juanita" dan "Pak Pong". [Sumber]

Rossa akui sudah ada kekasih

Rossa akui sudah ada kekasih

Penyanyi popular dari Indonesia, Datuk Rossa mengakui dirinya kini sedang serius menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan berstatus duda dari Indonesia sekaligus menafikan dakwaan kononnya dia bercinta dengan kerabat diraja.

"Memang kami dalam proses mengenali hati budi tetapi belum ada perancangan untuk berkahwin dalam tempoh terdekat ini.

"Maklumlah, saya pernah berkahwin sebelum ini dan apsti saya perlu benar-benar bersedia sebelum berumah tangga semula," ujarnya kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambah Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina, buat masa ini beliau mahu fokus terhadap kariernya dan juga membesarkan anak tunggalnya, Rizky, pada masa sama mengharap hubungan yang dibina akan berakhir dengan perkahwinan.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 35 tahun itu menafikan dirinya bercinta dengan kerabat diraja, namun mengakui beliau memang berkawan baik dengan kerabat yang dimaksudkan.

"Saya pun terkejut bila dapat tahu diri saya digosipkan 'bermadu' dengan kerabat berkenaan. Hakikatnya, hubungan kami sudah lama rapat, sebelum saya berkahwin lagi dan hanya sebagai kenalan baik saja dan tidak lebih daripada itu." [Sumber]

-Sentiasapanas.com

Ibu Tergamak Kerat Tiga Jari Anak Sendiri

Ibu Tergamak Kerat Tiga Jari Anak Sendiri

Gila dan sangat kejam. Ia berlaku ke atas seorang budak berusia lapan tahun apabila tiga jarinya telah dipotong oleh ibunya selepas wanita itu bergaduh dengan bapanya.

Ibu Potong Tiga Jari Anak Sendiri

Semuanya kerana Mingmei Sun, 34, marahkan suaminya Tu, 36, yang jarang pulang awal untuk membantu anaknya membuat kerja sekolah, hingga menyebabkan dia yang terpaksa membantu anaknya.

Marah dengan tindakan Tu yang masuk ke dalam bilik tidur dan mengunci pintu dari dalam selepas bertengkar, Sun telah menarik anaknya dan memotong tiga jari tangannya dengan pisau pemotong daging.

Selepas memotong jari anaknya, dia cuba mencincang tangan anaknya, namun gagal.

(Baca: WTH! Restoran Khusus Bagi Mereka Yang Cantik Dan Tampan Sahaja!)

Jeritan kesakitan budak itu menyebabkan bapanya keluar dari bilik dan terus membawa anaknya ke hospital.

Menurut doktor, setibanya di hospital, budak itu meraung kesakitan dan kehilangan banyak darah.

“Nasib baik bapanya bertindak pantas dengan membalut tiga jari yang dipotong itu dalam tuala dan ais.

“Kepantasan bapanya berfikir membolehkan pembedahan menyambung jarinya dilakukan. Kita perlu melihat dalam beberapa hari lagi keadaan jari yang disambung itu,’’ kata doktor.

Ibunya kini ditahan polis.

Sumber: Mynewshub.my

Jawapan Dr. Mahathir Isu Memali

Jawapan Dr. Mahathir Isu Memali

1. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan Negara dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.

Isu Memali

2. Adakalanya saya memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang bertanggunjawab ke atas Polis. Adakalanya apabila saya tentukan saya sebagai Perdana Menteri akan mengambil tugas Menteri Dalam Negeri, maka Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan Menteri Pertahanan diberi kepada Menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan Negara begitu penting.

3. Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan Negara Cina yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

4. Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina. Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri.

5. Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku. 4 anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.

6. Saya begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri. Beliaulah yang menjawab YB Tuan Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 hb. November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).

7. Saya kembali ke tanah air pada 28 hb. November 1985. Semasa berada di luar Negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

8. Sesuatu jawatan mempunyai tanggungjawabnya. Dari segi tindakan terhadap jenayah tanggungjawab ini dipikul oleh anggota Polis. Dari segi keputusan mengambil tindakan terhadap ancaman keselamatan Negara yang besar Menteri bertanggungjawab, sekurang-kurangnya merestui tindakan.

9. Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab.

10. Saya tidak fikir Tun Musa telah ramal tentang kehilangan nyawa yang akan berlaku hasil keputusan yang dibuat olehnya. Seperti yang disebut olehnya di waktu menjawab usul oleh YB Tuan Gooi Hock Seng, “adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan untuk mempastikan supaya keselamatan Negara wujud pada setiap masa demi kesejahteraan rakyat jelata dan demi kestabilan Negara pada keseluruhannya. Sebab itulah Kerajaan tidak akan berkompromi………..”

11. Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Dato Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, disamping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis.

12. Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan.

13. Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baharu kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa Negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan.

BACA INI JUGA: Senarai Skandal Kewangan 3 Dekad Di Malaysia

sumber: chedet

Kisah Super Kiasu Masyarakat Cina Hong Kong

Kisah Super Kiasu Masyarakat Cina Hong Kong

Dalam usaha untuk menghalang rakyat Hong Kong daripada mengejek dan melemparkan kata-kata kesat kepada pelancong dari Tanah Besar China, kerajaannya baru-baru ini mempertimbangkan mengubah beberapa undang-undang demi mencegah perkara jelek itu.

China Visitors

Pada tahun 2013 sahaja, Jabatan Imigresen Hong Kong mencatatkan kedatangan pelancong dari tanah besar seramai 41 juta orang, memenuhi segenap jalan, gedung terkemuka dan pasar raya besar serta kedai barangan mewah.

Sejak penyerahan semula Hong Kong daripada Ratu England kepada Beijing pada tahun 1997, pelancong tanah besar ini yang memanggil Hong Kong dengan panggilan 'Siang Kang' dibenarkan ke Hong Kong dan Macau melalui prosedur ketat dan kuota yang sangat terhad.

Mereka perlu melalui proses saringan keselamatan, informasi seperti tujuan keluar China, berapa wang mahu dibawa, siapakah teman seperjalanan, sejauh mana faham destinasi perjalanan dan sebagainya.

Semua ini adalah dasar Parti Komunis China yang mahu mengawal kebanjiran minda dan juga kewangan, sekaligus mahu memastikan tiada unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhi minda rakyat dan merosakkan ketuanan parti Komunis terhadap rakyat China.

Setiap urusan keluar negara atas tiket pelancongan perlu dilakukan secara berkumpulan melalui ejen kembara yang sudah disaring dan diperiksa serta diperakui selamat oleh Beijing.

Namun, ini semua berubah bermula pada tahun 2003 apabila buat pertama kali pelancong tanah besar dibenarkan masuk sebagai individu perseorangan, tanpa perlu melalui kumpulan pelancongan mahupun ejen kembara, menyebabkan kadar kedatangan mereka melonjak naik saban tahun.

Tapi itu cerita lama, dulu lain, sekarang lain. Lain padang, lain belalang.

Cerita 15 tahun dahulu sudah tidak sama sekarang apabila pelancong tanah besar dilayan seperti raja dan permaisuri.

Wine

Jika dulu rakyat Hong Kong berusaha menguasai bahasa Inggeris sebagai Lingua Franca, tapi hari ini hampir semua pekedai dan peruncit boleh berbahasa Mandarin, terutama golongan muda.

Rata-rata golongan di bawah umur 40an di Hong Kong hari ini boleh berbahasa Mandarin dengan baik.

Jadi, apa masalahnya dengan rakyat tanah besar ini? Bukankah mereka kaya dan mewah berbelanja? Bukankah mereka mendatangkan nilai jualan dan keuntungan untuk gedung di Hong Kong? Bukankah mereka ini ibarat mesin ATM berjalan.

Kegilaan mereka berbelanja boleh ditakrifkan sama dengan kegilaan rakyat Malaysia berbelanja di bazar Ramadan. Nampak apa saja yang cantik dan sedap, selagi duit masih ada dalam poket, sudah tentu barangan itu akan dibeli.

China Buy Gold

Pernah pelancong China membeli iPad sampai enam buah, tapi esoknya datang semula ke Apple Store sebab dia menyangka pekedai terlupa nak beri peralatan sokongan lain seperti unit kawalan jauh, speaker, wayar elektrik, wayar antena dan sebagainya.

Rupa-rupanya, si pelancong China ini apabila pulang ke hotel, dia terus membuka kotak iPad satu persatu. Buka korak pertama dilihatnya cermin berbingkai besi, buka kotak kedua cermin berbingkai besi lagi, begitulah seterusnya. Dia sebenarnya membayangkan iPad itu seperti set TV kita dirumah!

Begitulah kebobrokan mereka berbelanja, mewah dan boros, hasil ledakan ekonomi yang sangat pesat.

Samalah macam orang kita berbelanja di bazar Ramadan kan? Main beli apa saja walaupun kuih-muih yang hanya disapu sos tomato, letak kacang sikit dan hirisan daun bawang serta sepotong dua timun pun orang kita beli, nafsu punya pasal.

Hong-Kong_Protester

Setiap minggu di Arena of Stars, Tsin Sha Shui, perkarangan pasar raya Sogo di Causeway Bay dan di Victoria Park diadakan tunjuk perasaan terhadap kebanjiran pelancong tanah besar yang dituduh kasar, kurang berbudi bahasa, pengotor, suka bercakap bising, tidak bertoleransi, tidak tahu etika kehidupan dan menyebabkan nilai pasaran harta tanah naik, sekaligus menyebabkan harga rumah dan kadar sewa meningkat 15 peratus setiap tahun.

Tapi, orang China buat tak tahu. Buat tak faham. Siap bergambar selfie lagi dicelah-celah penunjuk perasaan.

China-investment-in-Hong-Kong

Apa yang dia nak hairan. Wang dia lagi banyak daripada mereka yang menjerit, terpekik terlolong menunjukkan perasaan itu. Apa orang tanah besar nak malu!

Jadi, apa yang orang Hong Kong marah sangat pada orang tanah besar?

Mudah saja untuk kita takrifkan. Ia satu psikologi umum yang dikongsi sama oleh seperempat penduduk dunia berketurunan Cina.

Ia psikologi diri sendiri yang sentiasa gusar dan bimbang kerana tidak yakin dengan masa depan. Ia perasaan gentar dengan kegagalan dan takut mati.

Itulah 'Super Kiasu' dan Super 'Kiasi'.

OLEH: Hanif Ghazali, Penulis Pengurus Kanan CMC Engineering di Hong Kong

-Sentiasapanas.com

Model Malaysia Juara Asia’s Next Top Model Musim Kedua

Model Malaysia Juara Asia’s Next Top Model Musim Kedua

Finalis Malaysia dalam rancangan pencarian model terkenal Asia, Asia’s Next Top Model, Sheena Liam berjaya mengalahkan peserta dari Filipina, Jodily Pendre apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan yang sudah memasuki musim kedua itu.

Sheena Liam Asia’s Next Top Model

Kemenangan itu menjadikan Sheena, 22, sebagai peserta pertama dari Malaysia yang berjaya mengenggam gelaran yang diidam-idamkan kesemua 16 peserta program tersebut.

Pada peringkat akhir, Sheena bersaing dengan Jodily dan Katarina dalam cabaran menangkap gambar di Tanjung Jara, Terengganu di mana mereka perlu menonjolkan gambar yang mempunyai kekuatan emosi.

sheena
SHEENA – JUARA

jodilly
JODILY – NAIB JUARA

katarina
KATARINA – TEMPAT KETIGA

Terdahulu, Katarina Rodriguez, seorang lagi finalis dari Filipina telah disingkirkan selepas pihak juri perlu memilih di antara dua peserta yang layak melangkah ke peringkat akhir.

Dengan kemenangan itu, Sheena membawa pulang tiga bulan kontrak dengan Storm Model Management dari London, peluang menghiasi kulit hadapan majalah Harper’s Bazaar Singapura/Malaysia, wang tunai sumbangan FOX International Broadcast, kereta Subaru XV dan menjadi model untuk kempen produk penjagaan rambut, TRESemme sepanjang tahun ini.

Namun, seperti biasa bak kata pepatah ‘rumah siap, pahat masih lagi berbunyi’, kemenangan Sheena tidak disetujui kebanyakan peminat rancangan itu yang berasal dari Filipina.

Ini kerana mereka tidak dapat menerima kenyataan kedua-dua finalisnya kalah di tangan Sheena selain mengaitkan kemenangan itu telah dirancang terlebih dahulu memandangkan ‘sponsorship’ banyak datang dari Malaysia.

Hmm, bagi penulis, tuduhan itu adalah sesuatu yang tidak berasas kerana mereka telah diadili oleh orang yang layak dalam bidang berkaitan selain sememangnya Sheena berhak menang di atas komitmen dan gambar-gambarnya yang sentiasa unik dan fotogenik!

Jessica Amornkuldilok

Untuk makluman, pada musim pertama, peserta dari Thailand, Jessica Amornkuldilok telah berjaya menjadi juara sementara peserta dari Filipina, Stephanie Retuya bergelar naib juara.

Tahniah Sheena!

Sumber: Mynewshub.my

Thursday, April 10, 2014

Bekas Ahli Kumpulan Ukays Berjihad Di Syria

Bekas Ahli Kumpulan Ukays Berjihad Di Syria

Bagi mereka yang membesar tahun 90an, anda tentu mengetahui tentang kumpulan Ukays yang mencipta nama antara kumpulan muzik paling popular pada satu ketika.

Bekas Ahli Kumpulan Ukays Berjihad Di Syria

Antara ahli terawal anggota kumpulan ini adalah pemain dram, Ali.

Bersama Ukays, Ali sempat terlibat dalam dua album iaitu Mencari (1992) dan Bisa Berbisa (1994) yang antara lain memuatkan lagu popular Berkat Kasihmu, Seksa, Kau Satu-Satunya dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.

Bekas Ahli Kumpulan Ukays Berjihad Di Syria [2]

Kini kumpulan Ukays sudah berkubur namun perkembangan terbaru Ali agak mengejutkan.

Nampaknya Ali bukan sahaja meninggalkan dunia muzik tetapi memilih untuk melakukan sesuatu yang berat dibuat oleh kebanyakan yang lain iaitu meninggalkan negara untuk tujuan jihad.

Bekas Ahli Kumpulan Ukays Berjihad Di Syria [3]

Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan di laman Facebook, Ali kini tidak lagi memegang stik dram tetapi AK47 untuk sama-sama menentang rejim Basyar Al Assad.

Kami pasti, apa yang dilakukannya ini sudah difikirkan masak-masak. Sama ada gugur sebagai syahid atau ditangkap kerana melanggar undang-undang, Ali sesungguhnya sedang memilih satu jalan yang sukar dipilih oleh orang lain.

Bekas Ahli Kumpulan Ukays Berjihad Di Syria [4]

Semoga reda Allah bersama Ali dan para mujahidin yang berjuang demi umat Islam menentang kezaliman di mana sahaja pelusuk dunia ini.

Sumber: Facebook Issey Tourist Guide/gayapeneroka.blogspot.com

Pekerja Asing Di Resort, Kenapa Baru Mahu Bertindak Sekarang?

Pekerja Asing Di Resort, Kenapa Baru Mahu Bertindak Sekarang?

Kabinet kerajaan Negeri Sabah dalam mesyuarat minggunya pada Rabu, 9 April telah mengambil pendirian untuk mengkaji semula lesen perniagaan semua pengusaha resort di negeri ini yang mengambil pekerja asing tanpa memiliki dokumen yang sah.

Pulau Sipadan Resort

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun berkata, langkah itu termasuk mewajibkan pengusaha resort mengemukakan senarai semua pekerja mereka bersama butiran peribadi masing-masing untuk tapisan keselamatan oleh polis dan Jabatan Imigresen.

Agensi berita nasional, Bernama memetik beliau sebagai berkata, pengusaha resort mempunyai masa sebulan, mulai hari ini (9 Apr), untuk berbuat demikian, dengan pengusaha resort di pantai timur dikehendaki mengemukakan senarai pekerja mereka kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), manakala mereka di pantai barat pula, kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

“Ini (kewajipan mengemukakan senarai pekerja) bukan bermaksud untuk menghukum pengusaha resort, tetapi untuk mendidik mereka supaya mematuhi undang-undang dan tidak mengambil pekerja tanpa izin atau yang tidak memiliki dokumen sewajarnya,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet negeri di Kota Kinabalu.

Persoalannya ialah mengapa baru sekarang – selepas tiga kali insiden penculikan melibatkan pelancong asing berlaku sehingga menjejaskan maruah dan juga nama baik negara ini.

Yang terbaru ialah insiden di Pulau Pom-Pom pada 15 November tahun lalu dan kini melibatkan Singamata Resort pada 2 April lalu.

Satu-satunya sebab mengapa pelancong asing tetap datang ke pantai timur Sabah kerana perairan dan pulaunya adalah di antara yang tercantik di dunia.

Pulau Sipadan misalnya pernah diundi oleh industri pelancongan antarabangsa sebagai salah satu daripada 10 pusat skuba yang tercantik di dunia. Keunikan bunga karang dan hidupan lautnya tiada tandingan.

Malah untuk berkunjung ke Pulau Sipadan, seseorang pelancong perlu membuat tempahan 10 bulan lebih awal untuk mendapatkan tempat.

Setiap pelancong Jepun yang pernah datang ke Sipadan dan kawasan sekitarnya pasti akan datang semula atau mengesyorkan kepada rakan-rakan atau taulan supaya berkunjung ke situ.

Malangnya pulau ini juga pernah menyaksikan para pekerja dan pelancongnya menjadi mangsa penculikan oleh kumpulan yang ada kaitan dengan Abu Sayaf di Filipina pada tahun 2000.

Setiap pelancong asing tahu yang mereka mengambil risiko yang besar untuk berkunjung ke timur Sabah.

Tetapi mereka tetap datang dengan harapan pihak berkuasa tempatan dan keselamatan mengambil ikhtibar dari insiden sebelum ini.

Nampaknya tidak.

Maka itu, keputusan yang dibuat oleh kerajaan Sabah untuk bertindak tegas memang wajar dan patut.

Yang tidak sepatutnya ialah, mengapa baru sekarang hendak kuatkuasakan undang-undang dan kelihatan tegas.

Ia seolah-olah memberi gambaran yang selama ini, pihak berwajib tidak tegas, tidak ambil kisah dan menutup sebelah mata dengan keselamatan serta reputasi negeri dan negara berhubung isu keselamatan ini.

Sabah untuk sekian lamanya memberi gambaran kepada umum yang ia adalah sebuah negeri tanpa undang-undang bila berhadapan dengan pendatang dan pekerja asing.

Tidak cukup dengan skandal kad pengenalan dan pekerja asing, kini ia dicalarkan dengan insiden penculikan pelancong asing pula – di tahun kita melancarkan kempen ‘Melawat Malaysia’ di serata dunia pulak tu.

Insiden pencerobohan oleh bala tentera Sultan Jamalul Kiram di Tawau dan insiden penculikan dan pembunuhan warga Taiwan di Pulau Pom-Pom baru-baru ini seperti tidak memberi sebarang kesan atau pengajaran kepada kita.

Masalah ‘tidak apa’ kita kini memakan diri, reputasi dan nama baik kita sendiri. –Mstar.com.my

Penculik Di Semporna Minta Wang Tebusan RM36 Juta!

Penculik Di Semporna Minta Wang Tebusan RM36 Juta!

Penculik menuntut wang tebusan sebanyak P500 juta atau RM36.4 juta untuk membebaskan pelancong China yang diculik dari sebuah resort di Semporna minggu lalu, The Star melaporkan hari ini.

Penculik Di Semporna Minta Wang Tebusan RM36 Juta!

Memetik kata Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi, akhbar itu melaporkan Malaysia menghantar satu pasukan untuk berbincang perkembangan terkini dengan “orang tengah” yang terlibat dalam perundingan membebaskan tawanan ini.

“Kami menerima nota penculik menuntut P500 juta atau RM36.4 juta wang tebusan.

“Kami menghantar satu pasukan untuk berunding dengan mereka yang dinamakan sebagai orang tengah,” kata Ahmad Zahid, sambil menambah tidak ada tuntutan untuk tebusan Filipina.

Pada 2 April lepas, pelancong China, Gao Hua Yuan, 29, dan pekerja Filipina Marcy Darawan, 40, diculik dari Singgahmata Reef Resort dekat Semporna oleh tujuh ahli kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan kumpulan militan Abu Sayaf. -Mynewshub.my

‘Hitch’ Nama Perampas Kapal MH370!

‘Hitch’ Nama Perampas Kapal MH370!

Susulan dakwaan sumber yang rapat dengan agensi risikan Russia FSB, sebuah akhbar negara berkenaan menurut satu laporan hari ini mendakwa sumber yang sama juga mengetahui nama perampas itu.

Hitch - MH370!

Menurut laporan akhbar Russia yang dipetik laman web beforeitsnews.com , perampas yang bertindak ‘melarikan’ pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dikenali dengan nama ‘Hitch’.

Menurut akhbar The Moskovsky Kosomolets yang memetik sumber enggan dikenali menyebut sumber itu berkata juruterbang pesawat MH370 tidak bersalah dalam kejadian itu.

“Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas telah dirampas, kedua-dua juruterbang tidak bersalah dan pesawat dirampas oleh pesawat yang dikenali, kami hanya mengetahui nama pengganas yang memberikan arahan sebagai ‘Hitch’.

“Pesawat itu kini berada tidak jauh di Kandahar berdekatan dengan sempadan Pakistan,” dakwa akhbar berkenaan yang dipetik laman web voiceofrussia.com.

Menurut laporan itu, sumber berkenaan mendakwa pesawat itu diletakkan di sebuah jalan di pergunungan dan sayapnya rosak, kemungkinan akibat pendaratan yang agak kasar.

“Semua penumpang terselamat dan mereka diletakkan di dalam sebuah pondok dengan hampir tiada makanan,” katanya.

Sumber yang tidak didedahkan namanya itu berkata beberapa orang ‘pakar’ yang berjumlah 20 orang dari Asia telah ditahan dengan seorang daripada mereka warga Jepun.

Ia kemungkinan merujuk kepada para pekerja syarikat elektronik Freescale Semiconductor.

Biarpun begitu pendedahan akhbar itu tidak menular ke seluruh dunia mahupun ke Amerika Syarikat.

Akhbar itu melaporkan, pihak berkuasa Malaysia membuat pengumuman bahawa pesawat itu telah pun mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi.

Sebelum itu, akhbar The Independent pada 16 Mac pernah melaporkan spekulasi berkaitan pesawat berkenaan telah terbang di kawasan yang dikawal oleh militan Taliban.

“Pesawat MH370 yang hilang telah diterbangkan tanpa dikesan radar ke kawasan Taliban di sempadan Afghanistan,” menurut laporan The Independent. -Mynewshub.my