Saturday, April 12, 2014

GILER! Denda Jika Berat Badan Berlebihan!


Berat badan yang berlebihan sememangnya mengundang pelbagai jenis penyakit yang berbahaya. Dan salah satunya adalah masalah obesiti.

Gadis Gemuk

Masalah obesiti bukan sahaja menghadkan pergerakan fizikal dan sosial, tetapi juga jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Apabila pelbagai penyakit muncul, sudah tentu kos perubatan juga akan meningkat.

Di Arizona, Amerika Syarikat, satu undang-undang telah diwujudkan bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk, terutamanya bagi kelompok yang malas berdiet.

Golongan ini wajib mengamalkan cara hidup yang sihat dan perlu sentiasa memeriksa tahap kesihatan di hospital.

Jika ada diantara mereka yang didapati mempunyai masalah kesihatan tetapi tidak mahu berdiet, mereka akan dikenakan denda sebanyak USD$450,000 atau RM1.4 juta setahun!

Berdasarkan sistem perundangan Arizona, penggubal undang-undang mempunyai alasan tersendiri mengapa golongan 'Comel' ini perlu dikenakan denda setiap kali mereka mempunyai masalah kesihatan akibat kegemukan.

Mengikut alasan yang diberikan, jika ukur lilit pinggang seseorang semakin mengambang, sudah tentu ia akan mempengaruhi kos perbelanjaan kerajaan untuk perubatan. Selain itu juga, langkah ini diambil bagi mengurangkan peratusan perokok tegar dan penghidap diabetes di negeri tersebut.

Peraturan ini dikeluarkan oleh Jabatan Medicaid Arizona yang merupakan sebuah agensi kerajaan yang mengelolakan sebuah program kesihatan kepada penduduk Arizona. Program ini menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan kepada masyarakat miskin di Amerika Syarikat.

Tujuan denda ini dikuatkuasakan adalah untuk mengubah perilaku dan pendekatan masyarakat Arizona mengenai penjagaan kesihatan. Melalui kaedah ini, perbelanjaan kesihatan di Amerika Syarikat dapat dikawal. Ini kerana separuh daripada penduduk Arizona diklasifikasikan sebagai obesiti.

Japanese Workers Fitness

Sementara itu di Jepun pula, mereka juga ada cara tersendiri dalam menangani masalah kegemukan rakyatnya. Dibawah undang-undang negara yang berkuatkuasa pada tahun 2008, syarikat persendirian dan majlis perbandaran di setiap daerah di Jepun diwajibkan untuk menyelia berat badan para pekerjanya yang berumur di antara 40 hingga 74 tahun.

Dalam perkara ini, saiz pinggang menjadi perhatian utama. Jepun telah menetapkan saiz pinggang ideal untuk mereka yang bekerja, sama ada dalam bidang swasta ataupun kerajaan.

Bagi pekerja lelaki, saiz pinggang mereka mestilah tidak melebihi 33.5 inci dan bagi wanita pula 34.5 inci.

Jadi, jika ada diantara para pekerja mempunyai saiz pinggang melebihi had yang ditetapkan oleh kerajaan, pekerja tersebut akan diberi panduan diet dan juga kaunseling. Walau bagaimanapun, jika berat mereka tidak berjaya diturunkan dalam tempoh tiga bulan, panduan diet akan diberikan sekali lagi. Begitu juga seterusnya untuk tempoh enam bulan.

Bagi memastikan program ini berjaya, kerajaan akan mengenakan penalti wang kepada syarikat persendirian dan majlis perbandaran yang gagal mencapai sasaran.

Jika syarikat persendirian gagal mengurangkan jumlah pekerja yang gemuk sehingga 25 peratus menjelang tahun 2015, mereka akan dikenakan bayaran yang tinggi untuk program kesihatan warga tua.

Pada ketika ini, kebanyakan syarikat persendirian di seluruh Jepun ada menawarkan diskaun keahlian gim dan membantu merancang diet para pekerjanya.

Isu berat badan berlebihan perlu dipandang serius kerana semakin ramai penduduk di dunia mengalami masalah kegemukan berdasarkan hasil kajian daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia sehingga tahun 2008 dengan menggunakan ukuran skala Body Mass Index (BMI).

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon