Friday, April 11, 2014

Marsha Nafi kekasih Suami Orang


Penyanyi dan pelakon jelita Marsha Milan Londoh yang mula menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali dengan Mr. S sejak tahun lalu menafikan kekasih yang dikenali sejak enam tahun lalu adalah suami orang.

Marsha Nafi kekasih Suami Orang

"Dia (Mr. S) bukan duda atau suami orang. Dia solo, memang saya takut. Apa yang Hanez Suraya sedang lalui sekarang membuatkan saya agak takut sehingga saya membuat kaji selidik mengenai latar belakang kekasih.

"Memang sah dia bukan suami orang. Kalau boleh, saya tidak mahu terlibat dengan suami orang. Sebab kalau saya dalam situasi wanita itu, saya juga tidak suka bermadu.

"Saya tidak mahu kacau mana-mana pasangan," ujarnya kepada sebuah akhbar tempatan.

Walaupun sebelum ini hubungan yang dijalin tidak kekal dan kerap kecundang, namun penyanyi berusia 28 tahun ini tidak serik untuk terus bercinta.

"Setiap orang memerlukan seseorang untuk menyayangi diri kita. Lebih-lebih lagi, saya ini seorang yang manja.

"Saya perlukan seorang lelaki yang boleh saya curahkan rasa manja saya. Dia buat kita rasa sentiasa positif dan membuatkan diri kita ada arah tuju serta ingin menjadi lebih bagus."

Dalam perkembangan lain, Marsha memberitahu dia baru sahaja selesai merakamkan lagi barunya dengan Zarul Umbrella berjudul "Rasa" yang akan diriliskan pada Mei ini.

Selain itu, Marsha juga turut berkata, dia juga ada merakam lagu tribute untuk pesawat MAS MH370 berjudul "Langit Biru" bersama Caprice, Atilia dan juga penyanyi rap Cina serta India.

Sementara itu, Marsha bakal muncul dengan tiga buah filem yang akan ditayangkan tidak lama lagi iaitu "Tujuh", "Juanita" dan "Pak Pong". [Sumber]

Rossa akui sudah ada kekasih

Rossa akui sudah ada kekasih

Penyanyi popular dari Indonesia, Datuk Rossa mengakui dirinya kini sedang serius menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan berstatus duda dari Indonesia sekaligus menafikan dakwaan kononnya dia bercinta dengan kerabat diraja.

"Memang kami dalam proses mengenali hati budi tetapi belum ada perancangan untuk berkahwin dalam tempoh terdekat ini.

"Maklumlah, saya pernah berkahwin sebelum ini dan apsti saya perlu benar-benar bersedia sebelum berumah tangga semula," ujarnya kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambah Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina, buat masa ini beliau mahu fokus terhadap kariernya dan juga membesarkan anak tunggalnya, Rizky, pada masa sama mengharap hubungan yang dibina akan berakhir dengan perkahwinan.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 35 tahun itu menafikan dirinya bercinta dengan kerabat diraja, namun mengakui beliau memang berkawan baik dengan kerabat yang dimaksudkan.

"Saya pun terkejut bila dapat tahu diri saya digosipkan 'bermadu' dengan kerabat berkenaan. Hakikatnya, hubungan kami sudah lama rapat, sebelum saya berkahwin lagi dan hanya sebagai kenalan baik saja dan tidak lebih daripada itu." [Sumber]

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon