Friday, April 11, 2014

Smartphone Terhebat Di Kongres Mobil Sedunia 2014


Terlepas mengikuti perkembangan Kongres Mobil Sedunia (MWC) 2014 yang lalu? Berikut ialah sorotan produk-produk paling menyerlah daripada pengeluar telefon pintar di serata dunia. Produk hebat yang mana menjadi idaman anda?

Samsung

Samsung-Galaxy-S5

Gergasi peranti Android ini menepati ramalan dengan melancarkan Galaxy S5 yang dilengkapi dengan pengimbas cap jari dan ciri kalis air. Samsung turut mengembangkan portfolio peranti boleh pakainya dengan memperkenalkan siri kedua jam tangan pintarnya, Gear 2, selain pengesan kesihatan Gear Fit.

Nokia

Nokia Lumia X

Walaupun sinonim dengan telefon pintar Windows siri Lumia, Nokia akhirnya menjenguk pasaran peranti Android dengan bukan satu atau dua, tetapi tiga telefon pintar Android siri X. Ia disasarkan untuk pasaran peranti kelas asas, dengan antara muka Android yang tersendiri, seakan-akan peranti Windows.

HTC

HTC Desire 816

Sedikit mengecewakan apabila HTC One 2 atau M8 yang hangat diperkatakan tidak diperlihatkan ketika acara ini. Sebaliknya, HTC melancarkan Desire 816, telefon pintar kelas pertengahan dengan fungsi kamera hebatnya, 13MP (kamera utama) dan 5MP (kamera hadapan).

Sony

Sony Xperia Z2

Pesaing terdekat Samsung Galaxy S5 di MWC 2014 ialah generasi baru telefon pintar famili Xperia. Selain kalis air, kamera 20.7MP telefon Z2 ini juga boleh merakam video berformat 4K. Tablet barunya yang juga bernama Xperia Z2, tidak kurang hebatnya kerana ringan, langsing dan kalis air. Sony turut memperlihatkan gajet pengesan kesihatannya iaitu Smartband.

Huawei

Huawei Phablet MediaPad X1

Pembuat telefon pintar dari China ini membuat kemunculan pertamanya di MWC dengan peranti-peranti yang tidak kurang hebatnya. Phablet MediaPad X1 dan Telefon pintar Ascend G6 hadir dengan sokongan 4G. Talkband B1 pula bukan sekadar pengesan kesihatan, tetapi juga boleh ditanggalkan dari talinya untuk menjawab panggilan.

BlackBerry

BlackBerry Z3

Nampaknya BlackBerry masih berusaha untuk terus kekal dalam arena telefon pintar dan kali ini dengan BlackBerry Z3 yang sebelum ini menggunakan kod nama Jakarta. Namun, ia bukanlah telefon yang berspesifikasi tinggi dan khabarnya akan disasarkan kepada pasaran baru seperti Indonesia.

LG

LG G Pro 2

Pengeluar barangan elektronik ini tidak menghampakan di MWC. Menampilkan telefon kelas pertengahan LG G2 Mini, namun tarikan utamanya pasti LG G Pro 2 yang dilengkapi spesifikasi hebat dan kemampuan untuk merakam video 4K.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon