Tuesday, November 26, 2013

Panas! Singapura Terlibat Intip Malaysia!

Panas! Singapura Terlibat Intip Malaysia!

Pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai laporan terkini media berhubung dakwaan pembabitan negara lain, terutama Singapura, dalam kegiatan mengintip Malaysia.

Spying

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (gambar), berkata kerajaan sangat bimbang mengenai laporan dakwaan pengintipan oleh beberapa negara terhadap Malaysia.

Katanya, jika dakwaan terbabit dapat dibuktikan, Malaysia sudah pasti menganggap perkara itu sebagai suatu yang sangat serius yang ditolak dan dikecam keras oleh kerajaan.

Katanya, kementerian akan memanggil pesuruhjaya tinggi Singapura esok untuk mendapat penjelasan berhubung dakwaan itu.

"Keselamatan dan kedaulatan Malaysia menjadi perkara paling utama kepada kerajaan. Apatah lagi kegiatan mengintip terhadap kawan baik dan jiran yang sudah pasti tidak dapat diterima dan bertentangan dengan semangat dan komitmen dalam hubungan berjiran," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Anifah berkata, hubungan Malaysia dan Singapura pada masa ini adalah teguh dan saling memberi manfaat, seperti yang dicerminkan menerusi hubungan baik antara kedua-dua perdana menteri dan perluasan bidang kerjasama.

Sebuah portal berita melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.

Sumber: Bernama

Angola HARAMKAN Islam, Mula Runtuhkan Masjid-Masjid!

Angola HARAMKAN Islam, Mula Runtuhkan Masjid-Masjid!

Angola menjadi negara pertama di dunia yang memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut.

Jose Edurado dos Santos

Kerajaan mereka kini sedang mengambil langkah menghancurkan masjid-masjid di negara berkenaan.

Presiden Angola, Jose Edurado dos Santos dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.

Sementara itu Rosa Cruz de Silva, Menteri Kebudayaan Angola berkata, tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang ‘bertentangan’ dengan budaya penduduk di negara itu.

”Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut,” katanya.

Angola Runtuhkan Masjid

Dalam perkembangan berkaitan, Ikatan Muslimin Malaysia hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.

“Tindakan mereka tidak masuk akal dan sangat melampau. Tindakan mereka tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” demikian tegas Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh mengkategorikan Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.

“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.

“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti Kristian, Hindu, Yahudi dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna ajarannya,” ujar Ustaz Fauzi.

Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang tidak berasas.

Luanda
Ibu negara Angola, Luanda.

Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan kumpulan al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.

Sebenarnya jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di Angola.

Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil iktibar dari pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.

“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana juga mereka berada. Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan pendirian kerajaan tersebut,” katanya kepada wartawan ISMA.

Sumber: Mynewshub

Wanita Malaysia “Hamba” Di London Pengikut Fahaman Marxist-Leninist

Wanita Malaysia “Hamba” Di London Pengikut Fahaman Marxist-Leninist

Wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan bernama Siti Aishah Abdul Wahab, kata bekas aktivis mahasiswa, Hishamuddin Rais.

Hishamuddin Rais
Hishamuddin Rais.

Wanita itu merupakan salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Polis Britian masih belum mendedahkan identiti ketiga-tiga wanita tersebut tetapi memaklumkan bahawa sepasang suami isteri ditahan berkait dengan kes itu.

Hishamuddin yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britian pada ketika itu.

"Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang kerana kami berasal dari daerah sama," katanyaa kepada The Malaysian Insider ketika ditemui awal pagi ini.

"Saya juga menetap di Brixton, London, di mana lokasi wanita itu ditemui," kata bekas aktivis mahasiswa yang menggendalikan blog “TukarTiub” itu.

Hishamuddin berkata, Siti Aishah merupakan pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.

Difahamkan, "New Malayan Youth" adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.

Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun-tahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah merupakan bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan".

Bekas aktivis mahasiswa itu mendakwa, beliau berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada wanita itu adalah gurunya di sekolah menengah.

slave_london

Hishamuddin menetap di London selama 15 tahun dan menuntut ilmu Asas Seni di Brixton College sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Kajian Filem dan Video di University of Westminster, London. Alamat terakhir beliau di London adalah di Coldhabour Lane, Brixton.

Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi Hishamuddin berkata, lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura.

Polis Britian mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.

Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual.

Polis tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.

Turut difahamkan, wanita Malaysia itu berada dalam keadaan yang 'sangat trauma' dan ditempatkan di satu lokasi selamat tetapi alamat rumah lokasi di mana jenayah tersebut berlaku tidak didedahkan.

Menurut kenyataan polis, kedua-dua suspek bukan warganegara Britain.

Ketiga-tiga mangsa bebas daripada “perhambaan” selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober.

Menurut laporan media Britain, Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem bertemu dengan ketiga-tiga wanita berkenaan Khamis lalu.

Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".

Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah "gari tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.

Polis menghabiskan masa 12 jam untuk mencari lokasi perhambaan berkenaan dan mengumpul 55 beg bahan bukti dan 2,500 eksibit.

[Sumber]

Doktor Mengaku Pegang Kemaluan Michael Jackson

Doktor Mengaku Pegang Kemaluan Michael Jackson

Doktor peribadi Michael Jackson berkata, hubungannya dengan bekas Raja Pop itu sangat rapat hingga dia tidak kekok memegang kemaluan penyanyi terbabit.

Michael-Jackson
Dr Conrad Murray.

Dalam satu kenyataan berani kepada media, Dr Conrad Murray berkata, dia memegang kemaluan Michael setiap malam untuk dipasang tiub khas kerana penyanyi terbabit tidak dapat mengawal kencing pada waktu malam.

“Michael selalu memakai seluar panjang hitam dan dia akan berada dalam tandas selama berjam-jam.

“Michael tidak tahu memakai kondom, jadi saya terpaksa memakaikan alat untuknya,” katanya.

Murray turut mengulangi keyakinannya bahawa Michael membunuh diri.

Murray mendakwa ketika meninggalkan bilik tidur Michael pada hari penyanyi itu meninggal dunia, dia percaya Michael bangun dan mendapatkan Propofol lalu menyuntik dirinya sendiri dengan ubat berkenaan.

“Michael menyuntik ubat itu terlalu banyak menyebabkan jantungnya terhenti,” katanya.

Murray juga mengatakan anak Michael mempunyai tiga bapa berbeza dan Michael bukan bapa kandung mereka.

“Michael memberitahu saya, dia tidak pernah tidur dengan Debby Rowe,” katanya.

Doktor itu menegaskan Michael juga memberitahu, dia pernah diserang secara seksual oleh seorang daripada doktornya ketika dibius menjadi separuh sedar.

Murray berkata, Michael meramalkan yang dia akan mati semasa di bawah rawatannya.

BACA INI JUGA:

sumber: baratwood

RM13 Juta Tajaan Majlis Perkahwinan Che Ta Dan Zain Saidin 11 Disember 2013!

RM13 Juta Tajaan Majlis Perkahwinan Che Ta Dan Zain Saidin 11 Disember 2013!

Teka-teki mengenai tarikh perkahwinan Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, akhirnya terungkai apabila pasangan popular ini memilih untuk bernikah pada 11 Disember depan bertempat di Gazebo Setia City Convention Centre, Shah Alam, selepas solat Maghrib sekitar jam 7.30 malam.

ernikahan Che Ta Dan Zain Saidin 11 Disember

Pengumuman ini dibuat dalam satu sidang media khas yang diadakan di Setia City Convention Centre sebentar tadi.

Majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai, Shah Alam pada 10 Disember, jam 8 malam. Acara persandingan pula pada 13 Disember di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Setia Alam.

Pada sidang media tersebut, pasangan ini turut memberitahu mereka menerima tajaan barangan perkahwinan bernilai RM13 juta termasuklah cincin Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Astro Ria menerusi saluran 104 diumumkan sebagai penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan.

Terdahulu, pasangan pelakon popular ini telah mengadakan majlis merisik bertempat di Carcosa Sri Negara pada 29 September lepas, dihadiri oleh 60 orang tetamu yang terdiri dari keluarga dan kenalan rapat.

Pasangan ini turut mengadakan sesi fotografi pra-perkahwinan di beberapa lokasi sekitar Eropah dan Bali.

Sumber: Gua.com.my

Misteri Tabut Yahudi dan Haikal Sulaiman

Misteri Tabut Yahudi dan Haikal Sulaiman

Perjanjian Tabut (The Ark of Covenant) dianggap oleh beberapa pihak sebagai misteri terbesar daripada semua harta yang tersembunyi.

Tabut

Sehingga saat ini, benda bersejarah sekaligus benda misteri ini tetap menjadi perhatian setiap ahli arkeologi moden. Perjanjian Tabut berisi 10 perintah yang ditulis di atas lempengan batu oleh Tuhan kepada Musa di Gunung Sinai.

10 Perintah Allah merupakan dasar perjanjian Allah dengan anak-anak bani Israel, yang terukir pada dua loh batu yang mengandung titah Tuhan bagi bani Israel.

Menurut catatan Ibrani, Tabut sendiri adalah sebuah peti yang dibuat oleh tukang dari Bezalel. Bentuknya diperbuat daripada kayu akasia dan dilapisi oleh emas.

Memiliki panjang 1.5 meter, lebar 0.7 meter dan tinggi juga 0.7 meter.

Bangsa Israel menurut kisah mereka selalu membawa Tabut sepanjang mereka mengembara di padang pasir. Tabut ini mereka yakini memiliki kekuatan misteri terhadap musuh-musuh Israel.

Menurut Alkitab, tembok-tembok Yerikho dikatakan runtuh ketika orang-orang Yahudi berjalan berkeliling dengan lembaran yang ada dalam Perjanjian Tabut.

Setelah Kuil Pertama dibangun, Raja Salomon menempatkan Perjanjian Tabut di Bait Allah. Perjanjian Tabut itu disimpan di ruang khusus dalam Bait Suci yang disebut Kodesh Kodashim.

Tiada seorang pun diizinkan memasukinya kecuali Imam-imam tinggi Yahudi. Mereka pula hanya dibenarkan masuk sekali dalam setahun iaitu ketika perayaan Yom Kippur, hari yang dianggap paling suci dalam agama Yahudi.

Perayaan ini jatuh pada tanggal 10 Tisyri dalam kalendar Yahudi.

Tabut

Namun dalam catatan sejarah, tahun 586 SM Kerajaan Yehuda diserbu oleh Kekaisaran Babilon dibawah Nebukadnezard, dan kuil itu dihancurkan termasuk di dalamnya Perjanjian Tabut.

Beribu tahun selepas pasca kejadian itu, Zionis Israel pun berusaha keras untuk mencari Perjanjian Tabut yang hilang.

Kononnya menurut mereka, Tabut tersebut dipercayai memiliki kekuatan ghaib yang akan memberikan sentuhan sihir yang luar biasa kepada siapa pun yang menguasainya.

Mereka juga digerakkan oleh faktor teologi dimana mereka meyakini bahawa Tabut adalah Mukjizat yang diberikan Tuhan kepada bangsa Yahudi. Sedangkan menurut Kitab Injil, Tabut merupakan sumber kekuatan tuhan yang bersemayam di dalamnya.

Namun sebagai umat Islam tentunya kita memiliki rujukan sendiri dalam menjelaskan Tabut. Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, sudah seharusnya kita berlepas diri dari anggapan bahawa Tabut memiliki kekuatan mistik bagi orang yang menemuinya, kerana segala kekuatan itu hanyalah milik Allah.

Dalam Al Qur’an, penjelasan mengenai Tabut terangkum dalam surah Al Baqarah ayat 248; “Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka: “Sesungguhnya tanda ia akan menjadi Raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman.” (QS. Al Baqarah : 248)

Kisah Al Baqarah ayat 248 hanyalah sebuah epik dari rangkaian cerita perperangan Bani Israel. Kisah ini bercerita tentang pasukan Thalut yang melawan Jalut dimana pada akhirnya Daud memenangi pertempuran melawan Jalut.

Menurut Ath-Thabari makna dari bunyi ayat “Sesungguhnya tanda ia akan menjadi Raja, ialah kembalinya tabut kepadamu” adalah tanda-tanda Thalut akan menjadi raja.

Sesungguhnya Allah telah mengutus seorang raja kepada kalian walaupun bukan dari keturunan raja—adalah “dikembalikannya tabut yang didalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu.”

Ia adalah tabut yang selalu dibawa oleh Bani Israil ketika bertemu dengan musuh. Bergerak bersamanya sehingga musuh tidak mampu menghadapi mereka dan tidak mampu mengalahkan mereka.

Namun kemudian, mereka mengabaikan perintah Allah SWT, banyak berselisih dengan para nabi mereka, sehingga Allah swt melepaskan tabut itu dari tangan mereka kemudian dikembalikan lagi dan dirampas lagi pada waktu yang lain dan tidak dikembalikan lagi bahkan tidak akan sekali-kali dikembalikan kepada mereka selama-lamanya.

Tabut

Namun dalam versi lain, Tabut sendiri dikatakan sudah dihancurkan oleh Nabi Musa a.s sewaktu ia turun dari gunung Sinai untuk menerima 10 perintah Tuhan bersama dengan Loh Batu.

Kaum Bani Israel yang pada mulanya berjanji untuk beribadah kepada Allah kembali kufur dengan menyembah patung sapi emas ketika ditinggalkan oleh Nabi Musa a.s ke Gunung Sinai.

Kekesalan Nabi Musa a.s membuatkannya membanting dan menghancurkan Tabut bersama dengan Loh Batu.

Tetapi ia masih menjadi perdebatan, ada yang mengatakan Nabi Musa a.s hanya menghancurkan Loh Batu yang berisi 10 perintah Tuhan tidak beserta dengan Tabut.

Tetapi yang jelas kisah ini terakam dengan baik di dalam Al Qur’an, sebagai pelajaran bagi kita semua.

“Dan (ingatlah), ketika Kami berjanji kepada Musa (memberikan Taurat, sesudah) empat puluh malam, lalu kamu menjadikan anak lembu (sembahan) sepeninggalannya dan kamu adalah orang-orang yang zalim. Kemudian sesudah itu Kami maafkan kesalahanmu, agar kamu bersyukur. Dan (ingatlah), ketika Kami berikan kepada Musa Al kitab (Taurat) dan keterangan yang membedakan antara yang benar dan yang salah, agar kamu mendapat petunjuk.” (Al Baqarah: ayat 51-53)

Haikal Sulaiman (Solomon Temple)

Syahdan, Pada abad 17 SM orang-orang Bani Israel ditimpa kelaparan dan kekeringan sehingga mereka bersama dengan Ya’qub berhijrah dari Palestin ke Mesir menemui Yusuf a.s yang ketika itu menjadi menteri ketika pemerintahan Fir’aun.

Pada abad 14-13 SM, Allah SWT mengutus Musa a.s kepada mereka dan hanya sedikit dari mereka yang tidak mengimaninya dan di sinilah bermulanya, yang mana mereka melakukan penentangan terhadap Fir’aun dan kaumnya.

Penentangan itu mejadikan orang-orang Bani Israel keluar dari Mesir. sebagaimana firman Allah swt:
“Dan (Ingatlah) ketika kami selamatkan kamu (Bani Israil) dari (Fir’aun) dan pengikut-pengikutnya; mereka menimpakan kepadamu seksaan yang seberat-beratnya, mereka menyembelih anak-anakmu yang laki-laki dan membiarkan hidup anak-anakmu yang perempuan. Dan pada yang demikian itu terdapat cubaan-cubaan yang besar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), ketika kami belah laut untukmu, lalu kami selamatkan kamu dan kami tenggelamkan (Fir’aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan.” (QS. Al Baqarah : 49-50)

Hijrah tersebut terjadi pada abad 1280 SM pada masa pemerintahan Ramses II. Setelah itu mereka (orang-orang Yahudi) berada dibawah pimpinan Yusa’ yang menggantikan Musa a.s dan menetap di Kan’an (Palestin).

Daud a.s berjaya mendirikan pemerintahannya di Jurusalem pada tahun 990 SM dan disinilah Daud a.s mendapat perintah untuk membangunkan Baitul Maqdis akan tetapi disebabkan kesibukannya berperang maka itu semua tidak sempat dilakukannya.

Sehinggalah Allah SWT mewahyukan kepadanya agar memerintahkan anaknya yang bernama Sulaiman a.s untuk membangunkan Baitul Maqdis dan ditengah pembangunannya itu beliau membangunkan Haikal sebagai tempat ibadah lengkap dengan altar penyembelihan korbannya.

Setelah Sulaiman a.s wafat pada tahun 922 SM, pemerintahan Daud a.s berpecah menjadi dua: Kerajaan Isarel di sebelah utara dan kerajaan Yahudza di sebelah selatan.

Diantara keduanya sering terlibat dalam peperangan panjang sehinggalah mereka dihancurkan oleh Bukhtanshar Raja Babilon pada tahun 587 SM. Ketika serangan ini dilakukan, maka terjadilah penghancuran terhadap Jurusalem termasuk Haikal Sulaiman.

Mereka berjaya menawan dan membawa ramai orang-orang Yahudi ke Babilon dan menetap di sana selama 50 tahun yang dikenali dalam sejarah Yahudi dengan Para Tawanan Orang-orang Babilon.

Ketika Babilon berjaya ditakluki oleh Kirusy Raja Parsi pada tahun 538 SM maka para tawanan tersebut dibebaskan dan dikembalikan ke Palestin akan tetapi mereka tidak memiliki negara namun tetap berada dibawah kekuasaan Parsi.

Didalam Majallah at Tarikh al Arabi disebutkan bahawa setelah orang-orang Bani Israel dipulangkan kembali ke kampung halamannya di Palestin maka mereka membangun kembali tempat ibadah mereka yang telah dihancurkan oleh Bukhtanshar.

Solomon Temple
Solomon Temple.

Ketika kegemilangan Parsi semakin muram maka kekuasaan mereka pun jatuh ketangan Alexander Al Maqduni sehingga orang-orang Yahudi menunjukkan kesetiaan, kepatuhan dan sambutan mereka kepada Alexander al Maqduni tatkala menguasai Jurusalem pada tahun 332 SM. Dan sejak itu mereka berada dibawah kekuasaan Yunani.

Setelah Alexander al Maqduni wafat maka kekuasaannya terpecah diantara mereka. Mesir berada di tangan Ptolomeus sedangkan negara-negara utara diserahkan ke tangan Selecus. Namun pada tahun 199 SM terjadi peperangan antara Ptolomeus dan Selecus yang kemudian dimenangi Ptolomeus.

Pada tahun 198 SM Jurusalem jatuh ketangan Raja Syria yang bernama Antiochus dan sejak saat itu terjadi pelbagai fitnah, pemberontakan dan peperangan berdarah di Jurusalem hingga semasa kedatangan pemimpin Rom yang bernama Pompy pada tahun 63 SM yang kemudian berjaya menguasai Jurusalem.

Sejak saat itu Jurusalem berada ditangan kekuasaan orang-orang Rom dan menjadikannya sebagai Negara Rom. Pada saat inilah Isa bin Maryam dilahirkan di kota Betlehem di akhir pemerintahan Herodes pada tahun 37-40 M.

Dan sejak saat itu Jurusalem menjadi tempat yang memberikan khabar gembira tentang dakwah tauhid dan menjadi kota suci bagi orang-orang Nasrani.

Ketika orang-orang Yahudi melakukan penentangan dan pemberontakan terhadap pemerintahan Rom di Yerusalem maka Penguasa Rom, Fasbasyan mengutus anaknya yang bernama Titus untuk menghentikan pemberontakan tersebut.

Titus menyerang Jurusalem pada tahun 70 M dan berjaya membunuh ramai orang-orang Yahudi sehingga menjadikan Jurusalem sebuah kota yang hancur lebur dan porak poranda untuk waktu yang sangat panjang, malah tidak dihuni kecuali oleh para penjaga tentera Rom.

Kemudian, orang-orang Yahudi mengadakan pemberontakan kali kedua di Yerusalem antara tahun 132 M dan 135 M yang dikenal sebagai “Pemberontakan Barkukhi”, akan tetapi kerajaan Rom berjaya memadamkan pemberontakan tersebut dan menghapuskan kewujudan Jurusalem dan membangunkan diatasnya sebuah kota baru yang dinamakan Aeilia Capitolina. Malah, mereka tidak mengizinkan orang-orang Yahudi untuk memijakkan kaki mereka di kota Aeilia sejak tahun 135 M.

Ketika kerajaan Rom berpecah menjadi dua dan Palestin termasuk di dalam kekuasaan Rom Timur (Bizantyum), maka Aeilia berada dibawah kekuasaan Bizantyum dari 4 M hingga tahun 614 M tatkala dikuasai oleh Sasani (Kisra Eberwiz) hingga kembali dikuasai oleh Penguasa Bizantyum yang bernama Heraklius tahun 627 M.

Kekuasaan Heraklius tidak berlangsung lama apabila kaum muslimin berjaya membebaskan kota Aeilia pada tahun 15 H / 636 M pada zaman Umar bin Khattab dan sejak itulah kaum muslimin membenarkan orang-orang Yahudi untuk kembali ke al Quds. (Majallah at Tarikh al Arabi juz I hal 5114 – 5126)

Dari penjelasan diatas membuktikan bahawa Haikal tersebut didirikan pada masa Sulaiman a.s. Dan setelah sempurna pembangunan Haikal tersebut oleh Sulaiman a.s, ia mengalami kehancuran sebanyak tiga kali iaitu ketika serangan tentera Bukhtanshar, Raja Babilon pada tahun 587 SM kemudian berjaya dibangunkan semula oleh orang-orang Yahudi setelah mereka dibebaskan oleh Kirusy Raja Parsi.

Haikal kembali dihancurkan untuk kali kedua oleh Antiochus, Raja Syria tatkala berusaha memadamkan fitnah yang dilakukan orang-orang Yahudi pada tahun 198 SM. Lalu kembali dibangunkan untuk kali ketiga oleh Herodeus pada tahun 40 M.

Haikal dihancurkan sekali lagi oleh Titus, pemimpin Rom apabila menyerang Jurusalem dan menjadikan kota itu hancur lebur malah tidak didiami kecuali oleh para penjaga tentera-tentera Rom.

Adapun tentang letaknya Haikal itu sendiri, tidak terdapat dalil yang menunjukkan tempat didirikan bangunan itu.

Beberapa sumber menyebutkan bahawa bangunan itu terletak diluar perkarangan Masjidil Aqsa sementara yang lain menyebutkan bahawa tempatnya adalah dibawa Kubah Kuning.

Sementara itu, orang-orang Yahudi dan Nasrani yakin bahawa tempat Haikal Sulaiman berada di Puncak al Haikal atau al Haram asy Syarif atau berada di bawah Baitul Maqdis.

Sebab itulah orang-orang Yahudi sejak beberapa tahun terakhir ini berusaha merobohkan Masjidil Aqsa untuk mencari Haikal Sulaiman dibawahnya. (ar.wikipedia.org)

Akan tetapi itu semua hanyalah rekaan yang dicari-cari oleh orang-oang Yahudi semata-mata untuk menghancurkan al-Quds dengan mengatakan bahawa mereka akan mengembalikan Haikal Sulaiman kepangkuan mereka.

sOLOMON
sOLOMON
Solomon Temple [2].

Sebagaimana disebutkan didalam pelbagai sejarah kota Jurusalem, yang sebenarnya Haikal tersebut sudah dihancurkan sehingga tidak berbekas ketika serangan dilakukan oleh Pasukan Rom di bawah pimpinan Titus pada tahun 70 M sehingga akhirnya Jurusalem berjaya dibebaskan oleh kaum muslimin pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab pada tahun 15 H / 636 M.

Orang-orang Yahudi sekarang sedang sibuk mencari Tabut yang mereka anggap sebagai mu’jizat orang-orang Yahudi dan kiblat mereka yang hilang.

Mereka meyakini apabila Tabut itu berjaya ditemui maka keagungan dan kejayaan mereka akan kembali dan dapat menguasai dunia.

Dalam melihat Tabut yang diyakini masih ada dan terus dicari oleh Yahudi, kita boleh menyimpulkan tiga perkara;

Pertama, Teologi Kebencian

sOLOMON

Kewujudan Tabut di Masjid Al-Aqsa adalah rekaan mereka untuk menguasai Jurusalem. Dengan meyakini bahawa Tabut tersimpan dalam kedudukan Al-Aqsa, mereka terus bergerak mencari Tabut hingga menggerudi dasar masjid yang pernah menjadi kiblat umat muslim.

Kehancuran Masjid Al-Aqsa akan menjadi kebanggaan tersendiri bagi mereka yang memang menaruh kebencian kepada kaum muslimin.

Faktor kedua

Motivasi paganistik-kabbalah yang mempercayai kesaktian Tabut. Mereka yang menemui Tabut dipercayai akan mendapat kekuatan mistik yang akan meresap ke dalam tubuh dan jiwa mereka.

Ketiga, faktor teologi-politik

Selama ini kaum zionis, masih menganggap bahawa Tabut adalah kurniaan atau mu’jizat yang diberikan Tuhan kepada orang-orang Yahudi. Mereka meyakini apabila Tabut berjaya ditemui maka keagungan dan kejayaan mereka akan kembali dan dapat menguasai dunia lagi.

Namun, sekalipun Tabut masih ada dan Yahudi berjaya menemuinya, dengan akal waras kita mampu berfikir: Tidak mungkin Allah SWT memberikan rahmat dan mukjizat kepada bangsa yang terus membunuh nabi-nabi-Nya dan ingkar terhadap ajaran-Nya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Misteri Kitab Kuno 'Grand Grimoire' Untuk Memanggil Syaitan

-SENTIASAPANAS.COM

Konspirasi Yahudi Disebalik Sambutan Ulang Tahun Ke 50 Pembunuhan JFK

Konspirasi Yahudi Disebalik Sambutan Ulang Tahun Ke 50 Pembunuhan JFK

Beberapa hari yang lalu, rakyat Amerika menyambut ulang tahun yang ke 50 pembunuhan bekas presiden negera itu, John F. Kennedy. Lima dekad telah berlalu sejak Kennedy mati ditembak pada 22 November 1963 lalu, namun ingga kini kematiannya terus diselubungi misteri termasuk teori-teori konspirasi yang tak pernah kunjung padam.

Pembunuhan JFK

Namun, seorang pemerhati politik Amerika, Mark Glenn mencetuskan teori menggemparkan, Israel berada di sebalik pembunuhan presiden berkarisma itu.

"Bukti kuat menunjukkan bahawa Israel sebagai dalang, ini kerana fakta membuktikan bahawa lobi Israel sangat kuat bukan hanya di Kongres, tapi juga di cawangan eksekutif kerajaan AS serta di dalam badan-badan perisikan," kata Glenn yang dipetik Press TV, Sabtu (23/11/2013).

"Jadi, mudah untuk melihat kengapa ada pihak-pihak yang sangat kuat, yang sangat berminat untuk memastikan bahawa rakyat Amerika tidak akan mengetahui aspek khusus tujuan dasar luar negeri Presiden Kennedy," katanya lagi.

Versi rasmi pihak berkuasa AS, Kennedy ditembak seorang penembak tepat ketika duduk di kereta dengan isterinya, Jacqualine, Gabenor Texas John Connaly dan isterinya, Nellie.

Mereka dikawal konvoi polis dan Secret Service presiden. Kejadian pembunuhan itu berlaku pada hari Jumaat jam 12.30 tengah hari waktu tempatan di kawasan Dealay Plaza, Dallas, Texas.

"Tidak syak lagi, ada unsur-unsur dalam kerajaan AS yang membantu pembunuhan mengerikan tersebut," tutur Glenn.

"Banyak bukti menunjukkan bahawa Israel berada di balik pembunuhan John F. Kennedy serta pembunuhan saudaranya, Robert Kennedy," cetus Glenn tanpa menjelaskan lebih terperinci mengenai bukti tersebut.

Hingga kini ramai warga AS yang tidak percaya bahawa Kennedy dibunuh oleh Lee Harvey Oswald, yang berdasarkan hasil siasatan polis.

Terlalu mudah kesimpulan mengenai kes ini membuatkan sejumlah orang berspekulasi ada konspirasi jahat yang dilakukan golongan elit pada masa itu untuk membunuh Kennedy.

Sejumlah buku-buku teori konspirasi pun bermunculan. Mereka mempunyai analisis dan fakta mereka sendiri.

Dari video, gambar sehinggalah detik-detik pembunuhan telah dianalisis.

Hasilnya, majoriti rakyat AS percaya, Oswald bukanlah pembunuh tunggal dalam kejadian ini.

Namun sayang, walaupun atas desakan awam, tidak ada siasatan lanjut dalam kes pembunuhan presiden paling kontroversi di abad ke 20.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, November 25, 2013

Miley Cyrus Tetap Santai Walaupun Dikecam

Miley Cyrus Tetap Santai Walaupun Dikecam

Miley Cyrus seolah-olah mahu menyembunyikan dirinya dalam hud berbulu ketika mendarat di lapangan terbang di Los Angeles baru-baru ini.

Miley Cyrus
Miley bersama temannya.

Miley ketika itu baru saja menghabiskan masa selama beberapa minggu mengisi jadual persembahan di Eropah dan akan memulakan rehat daripada aktiviti persembahan pentas.

Selepas memberikan persembahan bertenaga menyampaikan lagu hit terbarunya, Wrecking Ball dalam siri X Factor, tiada sesiapa boleh me­nyalahkan Miley jika dia mahu berehat seketika.

Tidak seperti kelazimannya, Miley, 29, me­nyembunyikan kepalanya dalam hud ketika pulang dari United Kingdom dan menghabiskan keba­nyakan masanya terbang dari satu negara ke negara lain di Eropah untuk memenuhi jemputan.

Antaranya, majlis Anugerah MTV EMA di Amsterdam dan Bambi di Berlin.

Penyanyi muda itu yang menghantar tweet untuk memaklumkan bahawa dia sedang “berehat suara” kelihatan jelita dan santai di sebalik seluar hitam, kasut keemasan dan skaf hitam.

Dia melengkapkan penampilan itu dengan jaket bercorak kulit harimau bintang sambil membawa barangannya dalam beg Chanel.

Penyanyi itu terus me­ngekalkan unsur glamor dengan mengenakan gincu bibir merah dan sempat menayangkan bahagian perutnya kepada orang ramai walaupun berjaket.

Terdahulu Miley kelihatan bersahaja dan riang ketika membeli-belah di Lapangan Terbang Heathrow bersama seorang kenalan lelaki.

Pemuda terbabit juga kelihatan santai mengenakan kot kelabu, seluar sukan dan baju berbelang serta topi.

Miley menyampaikan single popularnya Wrecking Ball dalam program X Factor sehari sebelum itu tetapi sambutan peminat tidak begitu memberangsangkan.

Ramai penonton mengkritik suara Miley serta pemilihan pakaiannya yang tidak bersesuaian.

Peminat juga kecewa kerana Miley tidak ‘memberontak’ melawan kehendak penerbit saluran televisyen ITV yang mahukan persembahan itu dibuat secara rakaman.

Selepas membuat per­sembahan dia menghantar tweet bagi menyatakan kekesalannya terhadap reaksi peminat.

Miley menulis: “Anda dikutuk jika mengikut arahan dan dikutuk juga jika mengingkari arahan.”

Selepas mendarat di Los Angeles Miley menghantar tweet sekali lagi: “Seronok dapat berehat seketika.”

Sumber: Harian Metro

6,000 Hamba Abdi Masih Dikurung Di Britain?!

6,000 Hamba Abdi Masih Dikurung Di Britain?!

Menteri Dalam Negeri Britain semalam memberi amaran, mungkin ada lagi “hamba” yang disembunyikan di setiap kawasan kejiranan di bandar raya ini selepas polis membongkar kes kejadian tiga wanita dikurung selama 30 tahun.

Britain Slave

James Brokenshire berkata, kes sama seperti insiden di Lamberth itu mungkin turut terjadi di lokasi lain ibu negara Britain itu. Brokenshire menyatakan tidak mustahil jika ada 6,000 orang yang dikurung di seluruh Britain.

“Perhambaan ialah satu daripada isu yang biasanya hanya dirujuk dalam buku sejarah.

“Hakikatnya ia masih berlaku. Kita melihat laporan kes sedemikian semakin meningkat setiap tahun dan saya rasa ia akan terus bertambah.

“Saya rasa lebih banyak kes seumpama ini kian terbongkar. “Ini perkembangan yang baik kerana kita dapat menangani isu pemerdagangan manusia dan menghukum mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Komennya itu dibuat ketika polis mendedahkan bahawa tiga wanita yang dikurung sebagai hamba selama 30 tahun itu menjadi objek penderaan.

Polis memberitahu mangsa dikurung dengan tangan bergari.

Kata polis hasil siasatan rumit itu yang mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum didedahkan kepada umum.

Polis mendedahkan suspek lelaki dan wanita yang ditahan dalam kes itu pernah ditahan pada 1970-an, tetapi enggan mengulas lanjut mengenai kesalahan mereka.

Pasangan berusia 67 tahun itu dibebas dengan ikat jamin, tetapi tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka di Lamberth lokasi polis memindahkan 2,500 peralatan dalam 22 beg baru-baru ini.

Ketiga-tiga mangsa yang menjadi hamba itu ialah wanita Britain berusia 30 tahun, wanita Irish, 57, dan rakyat Malaysia yang berusia 69 tahun.

3 ‘hamba’ kongsi ideologi politik

Maklumat terbaru mendapati dua ‘hamba’ yang dikurung melebihi 30 tahun dalam kes yang menggemparkan Britain minggu ini bertemu suspek melalui “perkongsian ideologi politik,” kata polis semalam.

Dua wanita terbabit, iaitu rakyat Malaysia yang berusia 69 tahun dan warga Ireland berusia 57 tahun diperhambakan selepas kumpulan berkenaan berkubur, kata pegawai polis yang menjalankan siasatan kes berkenaan.

Kata pegawai terbabit mangsa ketiga - wanita berusia 30 tahun yang dibebaskan polis bulan lalu - mempunyai sijil kelahiran tetapi tiada dokumen rasmi lain, serta diperhambakan sepanjang hayatnya.

Pendedahan berikut ialah antara beberapa siri perkembangan terbaru yang diperoleh pihak berkuasa:
  • Suspek ialah pasangan berusia 67 tahun dari India dan Tanzania yang datang ke Britain pada 60-an; 
  • Kediaman yang menjadi tempat tinggal suspek menimbulkan persoalan kerana ia bangunan milik majlis perbandaran yang berusia lima tahun.

Pihak berkuasa tempatan dipersoal kerana tidak mengetahui mengenai apa yang berlaku di situ;
  • Jiran menyifatkan suspek sebagai penjaga mangsa kerana mereka melihat seorang daripadanya menggunakan kerusi roda;
  • Jiran, Marius Feneck yang tinggal di blok sama mendakwa, dia pernah menerima surat cinta dan foto daripada mangsa yang berusia 30 tahun itu;
  • Pakar kumpulan keagamaan berkata, pengurungan menunjukkan bahawa ideologi politik mampu bertindak seperti kumpulan agama;
  • Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Theresa May memberikan amaran dalam akhbar menyatakan bahawa perhambaan kini kian menular di Britain.

Sementara itu, komander polis Steve Rodhouse berkata, siasatan itu menumpukan kepada waktu mangsa mula bertemu dengan suspek dan apa yang berlaku seterusnya.

BACA INI JUGA: Kisah Luar Biasa Hamba Abdi Seorang Wali Allah

Sumber: Agensi

Lady Gaga Kecewa Gambar 'Terlalu Sempurna'

Lady Gaga Kecewa Gambar 'Terlalu Sempurna'

Lady Gaga menempelak sebuah majalah kerana memaparkan gambarnya yang “terlalu sempurna” sebagai penghias muka depan mereka untuk edisi bulan depan.

Lady Gaga
Lady Gaga ketika menghadiri majlis anugerah majalah Glamour.

Penyanyi berusia 27 tahun itu menyertai majlis tahunan majalah Glamour minggu lalu apabila dia membuat kenyataan kontroversi terhadap penerbitan yang memberikan penghargaan kepadanya.

Kata Lady Gaga dia melihat pada gambar itu kulitnya kelihatan terlalu sempurna manakala rambut pula terlalu lembut.

“Saya tidak kelihatan begini ketika bangun dari tidur,” katanya.

Pada muka depan majalah itu Lady Gaga memang kelihatan memiliki kulit yang cantik dan tampil dengan mekap yang ringkas.

Rambutnya yang perang muda beralun dibiar jatuh ke bahu dan tangannya mencekak pinggang menampakkan susuk tubuhnya yang ramping.

Namun Lady Gaga berkata gambar itu mengelirukan dan majalah Glamour - serta penerbitan lain - perlu menangani masalah yang terus berlanjutan itu.

“Tidak ada masalah menulis mengenai perubahan dalam majalah anda, tetapi apa yang saya ingin lihat ialah perubahan pada halaman muka depan anda.

Lady Gaga

“Apabila muka depan majalah berubah, barulah budaya boleh berubah,” katanya.

Lady Gaga juga menggesa semua wanita “melawan semua kuasa yang membuat mereka berasa seperti tidak cantik.”

Katanya, dia juga ter­ingin melihat remaja Afghanistan yang ditembak Taliban dan turut mendapat penghargaan di majlis itu, Malala Yousafzai, menjadi penghias muka depan majalah.

Tokoh lain yang mendapat penghargaan pada majlis itu ialah Barbra Streisand, Melinda Gate dan Hillary Clinton.

Ia bukanlah kejadian pertama Lady Gaga mencetuskan kontroversi dalam isu penghias muka depan majalah.

Pada 2012 orang ramai terkejut apabila Lady Gaga muncul sebagai penghias muka depan majalah Vogue dengan imej yang dibuat suai secara digital.

Sentuhan tambahan itu menjadi lebih ketara apabila rakaman video di sebalik tabir sesi fotografi berkenaan diterbitkan.

Sumber: Harian Metro