Monday, November 25, 2013

Lady Gaga Kecewa Gambar 'Terlalu Sempurna'


Lady Gaga menempelak sebuah majalah kerana memaparkan gambarnya yang “terlalu sempurna” sebagai penghias muka depan mereka untuk edisi bulan depan.

Lady Gaga
Lady Gaga ketika menghadiri majlis anugerah majalah Glamour.

Penyanyi berusia 27 tahun itu menyertai majlis tahunan majalah Glamour minggu lalu apabila dia membuat kenyataan kontroversi terhadap penerbitan yang memberikan penghargaan kepadanya.

Kata Lady Gaga dia melihat pada gambar itu kulitnya kelihatan terlalu sempurna manakala rambut pula terlalu lembut.

“Saya tidak kelihatan begini ketika bangun dari tidur,” katanya.

Pada muka depan majalah itu Lady Gaga memang kelihatan memiliki kulit yang cantik dan tampil dengan mekap yang ringkas.

Rambutnya yang perang muda beralun dibiar jatuh ke bahu dan tangannya mencekak pinggang menampakkan susuk tubuhnya yang ramping.

Namun Lady Gaga berkata gambar itu mengelirukan dan majalah Glamour - serta penerbitan lain - perlu menangani masalah yang terus berlanjutan itu.

“Tidak ada masalah menulis mengenai perubahan dalam majalah anda, tetapi apa yang saya ingin lihat ialah perubahan pada halaman muka depan anda.

Lady Gaga

“Apabila muka depan majalah berubah, barulah budaya boleh berubah,” katanya.

Lady Gaga juga menggesa semua wanita “melawan semua kuasa yang membuat mereka berasa seperti tidak cantik.”

Katanya, dia juga ter­ingin melihat remaja Afghanistan yang ditembak Taliban dan turut mendapat penghargaan di majlis itu, Malala Yousafzai, menjadi penghias muka depan majalah.

Tokoh lain yang mendapat penghargaan pada majlis itu ialah Barbra Streisand, Melinda Gate dan Hillary Clinton.

Ia bukanlah kejadian pertama Lady Gaga mencetuskan kontroversi dalam isu penghias muka depan majalah.

Pada 2012 orang ramai terkejut apabila Lady Gaga muncul sebagai penghias muka depan majalah Vogue dengan imej yang dibuat suai secara digital.

Sentuhan tambahan itu menjadi lebih ketara apabila rakaman video di sebalik tabir sesi fotografi berkenaan diterbitkan.

Sumber: Harian Metro

1 comment

  1. Assalammualaikum...sentiasa panas,

    mselim3 datang sini baca2 dan komen... nice sharing..

    mselim3

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon