Monday, November 25, 2013

Miley Cyrus Tetap Santai Walaupun Dikecam


Miley Cyrus seolah-olah mahu menyembunyikan dirinya dalam hud berbulu ketika mendarat di lapangan terbang di Los Angeles baru-baru ini.

Miley Cyrus
Miley bersama temannya.

Miley ketika itu baru saja menghabiskan masa selama beberapa minggu mengisi jadual persembahan di Eropah dan akan memulakan rehat daripada aktiviti persembahan pentas.

Selepas memberikan persembahan bertenaga menyampaikan lagu hit terbarunya, Wrecking Ball dalam siri X Factor, tiada sesiapa boleh me­nyalahkan Miley jika dia mahu berehat seketika.

Tidak seperti kelazimannya, Miley, 29, me­nyembunyikan kepalanya dalam hud ketika pulang dari United Kingdom dan menghabiskan keba­nyakan masanya terbang dari satu negara ke negara lain di Eropah untuk memenuhi jemputan.

Antaranya, majlis Anugerah MTV EMA di Amsterdam dan Bambi di Berlin.

Penyanyi muda itu yang menghantar tweet untuk memaklumkan bahawa dia sedang “berehat suara” kelihatan jelita dan santai di sebalik seluar hitam, kasut keemasan dan skaf hitam.

Dia melengkapkan penampilan itu dengan jaket bercorak kulit harimau bintang sambil membawa barangannya dalam beg Chanel.

Penyanyi itu terus me­ngekalkan unsur glamor dengan mengenakan gincu bibir merah dan sempat menayangkan bahagian perutnya kepada orang ramai walaupun berjaket.

Terdahulu Miley kelihatan bersahaja dan riang ketika membeli-belah di Lapangan Terbang Heathrow bersama seorang kenalan lelaki.

Pemuda terbabit juga kelihatan santai mengenakan kot kelabu, seluar sukan dan baju berbelang serta topi.

Miley menyampaikan single popularnya Wrecking Ball dalam program X Factor sehari sebelum itu tetapi sambutan peminat tidak begitu memberangsangkan.

Ramai penonton mengkritik suara Miley serta pemilihan pakaiannya yang tidak bersesuaian.

Peminat juga kecewa kerana Miley tidak ‘memberontak’ melawan kehendak penerbit saluran televisyen ITV yang mahukan persembahan itu dibuat secara rakaman.

Selepas membuat per­sembahan dia menghantar tweet bagi menyatakan kekesalannya terhadap reaksi peminat.

Miley menulis: “Anda dikutuk jika mengikut arahan dan dikutuk juga jika mengingkari arahan.”

Selepas mendarat di Los Angeles Miley menghantar tweet sekali lagi: “Seronok dapat berehat seketika.”

Sumber: Harian Metro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon