Thursday, October 03, 2013

Spesis Mergastua Yang Telah Pupus Di Muka Bumi

Spesis Mergastua Yang Telah Pupus Di Muka Bumi

Suatu ketika dulu, planet bumi yang maha indah ini telah dianugerahkan kepada makhluk spesis haiwan merangkumi pelbagai jenis dan bentuk sama ada yang yang terbang di udara, tinggal di bawah lautan, penghuni hutan, padang pasir dan di dalam perut bumi.

Sedihnya, ada diantara spesis haiwan-haiwan ini telah pupus dari muka bumi kita. Tidak mungkin bagi kita dan generasi akan datang dapat melihat spesis haiwan ini lagi biarpun suatu ketika dulu haiwan-haiwan ini hidup melata di muka bumi mahupun terbang bebas di angkasa.

Po'ouli


Burung Po'ouli atau Black Faced Honeycreeper ini merupakan peghuni asli Maui, Hawaii. Spesis burung ini ditemui sekitar tahun 1970an oleh para pengkaji spesis.

Namun selepas itu, popularitinya mula menurun dengan mendadak. Hanya beberapa ekor sahaja yang tinggal, lebih kurang tiga ekor yang masih lagi hidup di dunia ini.

Pada tahun 2004, kelibat burung Po'ouli langsung tidak kelihatan lagi dan secara rasminya burung ini telah diisytiharkan pupus pada tahun tersebut.

Puncanya, akibat kerakusan manusia terhadap pembangunan sehingga memusnahkan habitat burung Po'ouli di Kepulauan Hawaii.

Katak Emas


Katak emas (Golden Toad) dipercayai pupus dari muka bumi pada tahun 1989. Katak yang berbadan kecil, berkilat dan warnanya yang terang ke'orenan' pernah terdapat di rantau kecil di altitud tinggi Costa Rica.

Sebelum ini amfibia fluorescent itu sangat mudah dijumpai di kaki-kaki bukit Costa Rica.

Tetapi, kesan daripada pencemaran dan pemanasan global, spesis ini mula menghilang dan akhirnya telah pun pupus pada tahun 1989.

Rama-rama Putih Madeira


Rama-rama putih Madeira merupakan rama-rama yang sangat cantik. Rama-rama yang berwarna putih ini hanya boleh ditemui di lembah-lembah hutan Laurisilva di Kepulauan Madeira, Portugal.

Rama-rama jenis ini memiliki hubungan paling dekat dengan spesis rama-rama putih yang banyak didapati di seluruh Eropah, Afrika dan Asia.

Rama-rama ini dipercayai telah pupus pada tahun 2007 oleh para penyelidik spesis. Punca kepupusan rama-rama ini adalah disebabkan kemusnahan habitat asalnya.

Peningkatan bilangan manusia menyebabkan banyak kawasan hutan diratakan untuk proses pembangunan. Kesannya, banyak habitat haiwan dan serangga yang tergadai termasuklah rama-rama putih Madeira.

Badak Hitam Afrika Barat


Badak hitam Afrika Barat adalah salah satu spesis badak daripada empat subspesis badak yang lenyap di atas muka bumi ini pada tahun 2006. Tujuh tahun lalu, satu lagi spesis binatang telah lenyap diatas muka bumi ini.

Setelah pengkaji haiwan gagal menemui spesis ini dalam habitat mereka di Cameroon, Afrika Selatan. The World Conservation Union (IUCN) telah mengumumkan pada 7 Julai 2006, badak hitam Afrika Barat telah pupus.

Punca kepupusan badak hitam Afrika Selatan adalah akibat aktiviti pemburuan haram yang berleluasa untuk mendapatkan sumbu badak yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Kesannya, badak hitam Afrika Barat lenyap keturunannya dari muka bumi ini.

Kambing Gunung (Pyrenean Ibex)


Kambing gurun atau kambing gunung dari spesis Pyrenean Ibex merupakan haiwan asli dari Pyrenees, sebuah kawasan pergunungan di Andora.

Pada abad ke-14 populasi Pyrenean Ibex masih lagi banyak. Namun, pada abad ke-19 populasinya mula menurun dan berkurangan angkara pemburu haram yang berleluasa.

Awal abad ke-20 di Sepanyol, jumlah Pyrenean Ibex hanya tinggal lebih kurang 100 ekor sahaja. Pada tahun 1981 jumlah populasi haiwan ini semakin menurun. Lama-kelamaan jumlah Pyrenean Ibex di atas muka bumi hanya tinggal sekitar 30 ekor sahaja.

Pada 6 Januari 2000, dikatakan Pyrenean Ibex terakhir di dunia telah mati ketika berusia 13 tahun.

Harimau Tasmanian (Thylacine)


Haiwan karnivor ini digelar harimau Tasmanian kerana jalurnya ala-ala harimau belang yang terdapat di belakang badannya.

Keunikan haiwan ini telah menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea.

Harimau Tasmanian ini telah diumumkan pupus secara rasminya pada tahun 1936. Punca kepupusan harimau Tasmanian dipercayai akibat pemburu haram yang berleluasa dan berterusan.

Malah habitatnya pun turut terancam akibat daripada pembangunan yang tidak terancang.

Burung Dodo


Dodo ialah haiwan yang telah pupus tetapi paling popular di dunia. Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo seperti 'As dead as a dodo' yang membawa maksud, kematian yang meragukan dan pelik.

Seperti peribahasa ini, kematian dodo pelik kerana dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba.

Suatu ketika, dodo boleh dilihat berkeliaran seperti mana ayam-ayam dan itik-itik di kampung.

Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas tanah seperti mana ayam dan itik.

Habitat asal dodo adalah di Kepulauan Mauritius. Dodo dipercayai telah pupus disekitar penghujung abad ke-17 lagi.

Ular Boa Round Island


Ular ini merupakan spesis asal, Round Island iaitu sebuah pulau kecil di pantai Mauritius. Reptilia Boa Round Island lebih suka tinggal di puncak ataupun lapisan tanah di lereng-lereng gunung berapi.

Ular ini juga pernah dijumpai di beberapa pulau lain di sekitar Mauritius, tetapi jumlahnya telah menurun pada tahun 1940an dan akhirnya hanya boleh ditemui di Round Island pada sekitar tahun 1949.

Seterusnya, ular ini kali terakhir dilihat manusia pada tahun 1975 dan dipercayai telah pupus.

Pembaca sekalian, sempena Hari Haiwan Sedunia pada 4 Oktober ini, marilah kita bersama-sama mencintai haiwan. Menjaga haiwan daripada kepupusan bererti menjaga kelangsungan hidup manusia di planet bumi ini.

BACA INI JUGA: Haiwan-haiwan Yang Sangat Sukar Ditemui

-Sentiasapanas.com

24 Protokol Zionis Untuk Menguasai Dunia Terbongkar!

24 Protokol Zionis Untuk Menguasai Dunia Terbongkar!

Dokumen “The Protocols of Zion” yang sudah lama menjadi ‘kitab suci’ Zionisme Internasional, selama ini difahami sebagai sumber inspirasi kaum Yahudi untuk menjarah setiap inci dunia sesuai dengan keinginannya, iaitu dunia yang pada akhirnya hanya beragama satu, agama Zionis.

24 Protokol Zionis

Inti ajaran agama Yahudi Zionis adalah pemujaan material atau dikenal dengan istilah materialisme. Protokol itu pertama kalinya di rangka pada tahun 1895 di Basel-Swiss oleh pemimpin Zionis ketika itu, Theodore Hertzel. Dokumen itu berisi 24 pasal (24 protocols).

Pada suatu hari, berlaku pertemuan rahsia antara seorang wanita Kristian dari Perancis dengan seorang pemimpin besar Zionis di Paris. Secara tidak sengaja wanita itu telah melihat sebahagian daripada isi kandungan protokol lalu dicurinya sebahagian. Kejadian ini berlaku pada tahun 1901.

Wanita Perancis itu yang khuatir dengan keselamatan dirinya telah menyerahkannya kepada seorang Ketua Perisik Rusia. Perisik ini pula menyerahkannya kepada Professor Sergay Niloss. Setahun kemudian professor tersebut menyiarkan isi protokol itu dalam bahasa Rusia.

Sebaik sahaja ia disiarkan, serta-merta penganjur Muktamar Bale iaitu Teodor Herzl mengisytiharkan kehilangannya. Penyebaran bahan-bahan itu boleh mendatangkan bahaya kepada kaum Yahudi.

Orang-orang Yahudi marah dengan kejadian ini tetapi menafikan kaitan mereka dengan dokumen-dokumen itu. Menurut mereka, ada pihak yang sengaja memfitnah kaum Yahudi. Malangnya usaha mereka tidak berhasil kerana apa yang sedang berlaku di dunia memang sepadan dengan isi kandungannnya. Mustahil semua itu satu kebetulan saja.

Setiap kali buku tentang protokol ini diterbitkan, dengan begitu pantas pula ia hilang dari pasaran. Dipercayai kaum Yahudi mengumpulkan buku-buku ini secara rahsia lalu menghilangkannya dari pasaran. Ia pernah diterbitkan pada tahun 1905, 1911 dan 1917 tetapi hilang dari pasaran dengan cara yang ajaib.

Protokol-protokol yang sampai ke tangan kita berjumlah 24 protokol. Secara keseluruhannya ia bermatlamatkan penguasaan bangsa Yahudi ke atas seluruh dunia.

Antara isi terpenting “The Protocols of Zion”:

Protokol 1

Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan.

Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah, mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras haruslah digunakan untuk mencapai tujuan itu.

Protokol 2

Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman yahudi.

Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa hamba, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi.

Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata.

Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

Protokol 3

Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi, sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru hara, seterusnya menyebabkan kemerosotan ekonomi.

Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke 'pasukan kita' iaitu sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi.

Dalam alam fikiran Yahudi, wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan itu (bukan bangsa Yahudi) akan tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi Yahudi memperhambakan mereka.

Protokol 4

Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan.

Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialihkan ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal-soal musuh mereka. Akhirnya segala kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

Protokol 5

Sekiranya ada di kalangan orang bukan Yahudi cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka bangsa Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka.

Kesannya, mereka mengambil keputusan untuk tidak mencampuri permasalahan tersebut kerana ianya hanya difahami oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja.

Protokol 6

Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat membuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa bukan Yahudi mestilah dipastikan menduduki martabat kaum buruh yang melarat.

Protokol 7

Orang-orang Yahudi wajib menabur fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi, maka wajiblah orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia.

Protokol 8

Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan besar ahli-ahli ekonomi dan orang Yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan.

Protokol 9

Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

Protokol 10

Yahudi akan membawa masuk racun 'Liberalisma' ke dalam negara-negara yang bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen yahudi dalam melaksanakan rancangan rancangan Yahudi.

Protokol 11

Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertebaran ke atas muka bumi ini sebagai satu rahmat.

Berada diperantauan atau negara asing yang nampak sebagai kelemahan, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuatan di seluruh dunia.

Protokol 12

Yahudi akan mengubah pengertian tentang kebebasan atau kemerdekaan dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau dibenarkan oleh undang-undang sahaja.

Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan sepuluh akhbar atau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah.

Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran rakyat.

Protokol 13

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka.

Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Protokol 14

Para filosuf Yunani mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan pornografi iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.

Protokol 15

Apabila mendapat kekuasaan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dihukum dan ahli-ahlinya dibuang negeri.

Oleh itu, mesti didirikan sebanyak-banyaknya 'FREMASONIC LODGE' iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang orang Yahudi.

Protokol 16

Yahudi akan mendirikan universiti mengikut rancangan yang begitu tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membentuk para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi).

Bagaimanapun, ajaran-ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak akan diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.

Protokol 17

Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan melahirkan orang-orang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksamenghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.

Protokol 18

The Kings of Jews akan dikawal oleh pengawal pengawal rahsia, kerana orang-orang yahudi tidak akan membuka pinti kepada kemungkinan adanya perancangan untuk menentang kegiatan Yahudi.

Protokol 19

Bangsa Yahudi akan membicarakan orang orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan-kesalahan yang lain.

Orang ramai akan memandang kesalahan politik itu sebagai satu kesalahan yanghina dan timbul rasa benci kepada mereka yang melakukannya.

Protokol 20

Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi orang bukan Yahudi akan lumpuh secara outomatik kesan pertambahan hutang tersebut.

Protokol 21

Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan.

Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

Protokol 22

Untuk sampai ketujuan yang baik iaitu kekuasaan Yahudi yang berkuasa penuh dalam rangka meletakkan dunia dalam pemerintahannya, kadang-kadang kekerasan akan digunakan. Di tangan Yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar.

Protokol 23

Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meningkatkan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia kepada arahan Yahudi.

Protokol 24

Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi).

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
sumber: detikislam

Video Seorang Gadis Letak Jawatan Melalui YouTube

Video Seorang Gadis Letak Jawatan Melalui YouTube

Seorang wanita meletakkan jawatan di sebuah syarikat animasi Taiwan dengan memuat naik sebuah rakaman videonya menari di laman web perkongsian video YouTube, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Marina Shifrin

Wanita itu, Marina Shifrin, 25, menari mengikut rentak lagu penyanyi terkenal, Kanye West yang berjudul Gone.

Shifrin memberi penjelasan berhubung peletakan jawatannya itu menerusi sari kata yang tertera dalam klip berkenaan.

Video tersebut ditonton lebih 200,000 kali di YouTube.

"Sejak dua tahun lalu saya telah korbankan semua hubungan cinta, masa dan tenaga untuk kerja ini," tulis Shifrin dalam video tersebut.

Bagaimanapun, ketika memberitahu akhbar Huffington Post, wanita warga Amerika Syarikat itu tidak mendedahkan nama syarikat atau bekas majikannya. -Agensi



-Sentiasapanas.com

Tegar Mengaku Pernah Hisap Gam Sebelum Terkenal!

Tegar Mengaku Pernah Hisap Gam Sebelum Terkenal!

Tidak dinafikan, walaupun ada beberapa peminat muzik yang menentang kehadiran muzik dari Indonesia ke negara ini, namun pengaruhnya masih lagi kuat.

Tegar Septian

Muzik dari negara sebarang itu pula cukup mudah diterima di negara ini.

Tidak terkecuali, salah seorang pemuzik jalanan, Tegar Septian yang bakatnya mula disedari melalui laman YouTube sehingga mencetuskan fenomena di tanah airnya.

Tempias fenomena itu turut terpalit ke Malaysia hingga lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang itu menjadi siulan masyarakat negara ini.

Menyingkap latar belakang Tegar, dia berasal daripada keluarga miskin dan menjadi penyanyi jalanan untuk membantu menyara keluarganya.

Namun, tanpa disangka-sangka, setelah videonya beraksi di muat naik ke laman YouTube, hidupnya berubah daripada hidup dalam kepayahan, kini hidup dalam limpahan wang.

Malah, Tegar sendiri bersama keluarganya yang sebelum ini mengemis sudah berjaya membelikan ibunya sebuah rumah dan beberapa buah motosikal.

Namun, sebelum diulit kekayaan mengejut itu, Tegar memberitahu kehidupan di jalanan sememangnya dipenuhi dengan sisi gelap dan ruang kotor buat dirinya.

Menginjak ke usia 12 tahun, peribadi Tegar sama sahaja seperti kanak-kanak lain. Kelincahannya memang agak sukar dibendung sehingga sukar untuk ditemubual.

Namun, pengakuan Tegar ketika ditanya mengenai perihal dirinya semasa hidup di jalanan memeranjatkan media yang berada di ketika itu.

"Saya mula menjadi pengamen jalanan (pemuzik jalanan) sejak berusia tujuh tahun dan selalunya boleh mendapat sehingga RM40 (100,000 rupiah) sehari.

"Kehidupan di jalanan memang bebas. Malah dulu jika dapat wang saya akan belanjakan dengan membeli gam, rokok dan ke kafe siber bersama rakan-rakan," katanya.

Jelas Tegar, itu adalah masa silam dirinya. Kini dia sudah bebas daripada melakukan perkara itu.

"Pengaruh di jalanan ini sangat kuat. Semuanya kerana rakan-rakan. Tetapi kini saya sudah berubah. Malah sudah tidak lagi menghidu gam mahupun menghisap rokok.

"Saya bersyukur dengan keadaan sekarang. Walaupun penat, tetapi melalui kehidupan kini, saya mampu membelikan ibu saya rumah dan kenderaan untuk kegunaan bersama," jelas Tegar yang bernaung di bawah Rusa Music.

Selain itu, wakil Harpa Records (Indonesia), Donald Dewa Kusumo yang turut hadir memberitahu, pihaknya kini sedang dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah novel juga filem tentang Tegar. Penggambaran filem tersebut dijangka dimulakan pada bulan hadapan.

Bertemu dengan pengurusnya, Alfas Hermasyah yang bertanggungjawab memuat naik video Tegar ke laman YouTube, dia mengakui Tegar berusaha dengan kuat untuk sampai ke tahap ini.

"Saat bertemu dengannya di jalanan, saya cukup tertarik dengan Tegar kerana sikapnya yang berusaha sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik.

"Malah, Tegar menerima kritikan dengan hati terbuka dan berusaha untuk memperbaiki dan memajukan lagi dirinya," katanya.

Menurut Alfas, sewaktu bertemu Tegar yang ketika itu berusia sembilan tahun, dia mengakui hidup Tegar sangat bebas.

"Saya membawanya ke rumah dan berusaha untuk membuang segala tabiat buruknya seperti menghidu gam dan merokok.

"Saya mengambil masa selama tiga bulan untuk mengubahnya. Alhamdulillah, dengan semangat yang cukup tinggi, dia bersih daripada gejala kotor itu," jelasnya yang pernah menuntut dalam jurusan psikologi.

Jelasnya, usaha kuat Tegar yang banyak menaikkan lagi namanya.

Masakan tidak, saat diberitahu dia akan ke Malaysia, dia terus mencari lagu-lagu daripada penyanyi Malaysia untuk dinyanyikan.

"Dia tahu, pasti peminatnya di Malaysia akan gembira apabila dia menyanyikan lagu-lagu oleh penyanyi Malaysia dan dia berusaha untuk menghafalnya.

"Malah, dia menghafal sehingga tidak cukup tidur. Jika kami suruhnya tidur, dia tidak akan tidur melainkan jika dia sudah menghafal lagu yang ingin dinyanyikannya itu," katanya.

Sumber: Utusan


Wednesday, October 02, 2013

Rebut Peluang Mudah Ini Jika Anda Mahu Menjadi Jutawan!

Rebut Peluang Mudah Ini Jika Anda Mahu Menjadi Jutawan!

Bank Islam Malaysia Bhd melancarkan kempen Fast Lane To Become A Millionaire untuk pelanggan akaun simpanannya Al-Awfar dengan memperuntukkan tiga hadiah utama bernilai RM1 juta untuk dimenangi setiap seorang pelanggan.

Jutawan

Kempen yang akan berlangsung selama tiga bulan, bermula dari 1 Oktober 2013 hingga 31 Disember 2013 itu dibuat bagi meningkatkan lagi jumlah pelanggan yang membuka Akaun Simpanan Al-Awfar.

Menurut Bank Islam, kempen itu terbuka kepada semua pemegang akaun sedia ada dan baru dengan pelanggan baru boleh menyertai kempen itu dengan membuka akaun Al-Awfar dan deposit minimum RM1,000.

Sementara itu, pemegang akaun Al-Awfar sedia ada perlu menambah deposit RM1,000 ke atas baki akaun simpanan mereka sebelum 31 Disember 2013.

"Baki minimum RM1,000 mesti dikekalkan di dalam akaun mereka setiap masa bagi tempoh empat bulan bermula 1 Januari 2014 sehingga 30 April 2014 bagi kelayakan cabutan," menurut bank itu dalam satu kenyataan.

Selain hadiah wang tunai RM1 juta, kempen tersebut turut akan memberi peluang kepada 20 pelanggan untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 setiap seorang.

Sehingga hari ini, Bank Islam telah mengumpul kira-kira RM1.66 bilion deposit melalui Al-Awfar dengan 90 peratus deposit di dalam Akaun Simpanan Al-Awfar.

Sumber: Sinar Online

'Mr Bean' Masuk Islam!

'Mr Bean' Masuk Islam!

Berita kononnya tokoh dunia komedi, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai 'Mr Bean' memeluk Islam 1 Oktober lalu kini tersebar ke seluruh dunia melalui laman web dan media sosial.

Mr Bean
Rowan Atkinson.

Ia dilaporkan pada awalnya oleh sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool.com.

Menurut kedua-duanya media itu, Mr Bean menerangkan bahawa penyebab utama beliau memilih Islam setelah menonton filem Innocent of Muslim, filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad.

Mr Bean tidak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari sahaja sebagai isyarat dia bersyahadah, lapor laman web Indonesia, Islampos.com.

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

Mr Bean terkenal dalam siri komedinya di samping beberapa buah filem termasuk Johnny English.

Sehingga kini, media-media arus perdana di United Kingdom masih belum menyiarkan mengenai berita ini walaupun media Arab sudah heboh mengenainya.

[Sumber]

Lauk Kenduri 'Ayam Masak Merah' Ragut Tiga Nyawa Tiada Unsur Khianat!

Lauk Kenduri 'Ayam Masak Merah' Ragut Tiga Nyawa Tiada Unsur Khianat!

Kes keracunan makanan kenduri yang telah mengorbankan tiga nyawa, semalam dipercayai tidak mempunyai sebarang unsur khianat dikaitkan dengan insiden tersebut.

Keracunan makanan

Menerusi Ahli Parlimen Merbok, Prof Dr Ismail Daut berkata, “berdasarkan makluman mangsa dan tuan rumah sendiri, tiada unsur khianat wujud.

”Namun, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan”.

Menurut laporan sebuah akhbar, setakat ini seramai 114 mangsa lain mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Sekurang-kurangnya 180 tetamu rumah kenduri kahwin tersebut menerima rawatan di tiga hospital berdekatan setakat ini, termasuk 114 di HSAH.

Beliau berkata, kebanyakan mangsa mengalami cirit-birit dan kekurangan air dalam badan sejak awal pagi semalam.

Keracunan makanan
Keracunan makanan
Keracunan makanan
Keracunan makanan

“Buat masa ini, 78 daripada mereka telah dibenarkan pulang dari HSAH. Kebanyakan daripada mangsa terdiri daripada warga emas sementara kanak-kanak seramai 14 orang,” katanya.

Dalam pada itu, seramai sembilan mangsa menerima rawatan di Hospital Pantai Sungai Petani dengan lapan daripadanya masih ditahan di wad.

Jurucakap Hospital Yan pula berkata, seramai 49 orang mangsa masih mendapatkan rawatan di hospital tersebut dan kebanyakan mereka dilaporkan stabil.

Semalam, tiga dilaporkan maut ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini pada Sabtu lalu.

Nurshazana Mohd. Rashid, 24, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 1 petang hari manakala Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan.

Mangsa ketiga, Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma meninggal dunia pada pukul 6.30 petang di HSAH.

Siasatan awal mendapati mangsa mengalami keracunan berpunca lauk ayam masak merah yang dihidangkan di kenduri tersebut.



Sumber: Mynewshub

Amerika Syarikat 'Lumpuh' 800,000 Kakitangan Tidak Di Bayar Gaji!

Amerika Syarikat 'Lumpuh' 800,000 Kakitangan Tidak Di Bayar Gaji!

Pejabat Pengurusan dan Bajet White House kelmarin mengarahkan sebahagian agensi kerajaan Amerika Syarikat (AS) ditutup selepas Kongres gagal meluluskan satu bajet persekutuan khas bagi mengelak kegagalan fungsi kerajaan, kali pertama seumpamanya dalam tempoh 17 tahun.

USA down
Gambar hiasan.

Pengarahnya, Sylvia Mathews Burwell berkata, agensi-agensi kini diarah melaksanakan rancangan penutupan ekoran ketiadaan peruntukan.

Arahan itu dikeluarkan 10 minit sebelum 12 tengah malam semalam (12 tengah hari waktu Malaysia) di mana kerajaan AS secara rasminya tiada peruntukan selepas sehari Dewan Perwakilan yang didominasi Parti Republikan dan Dewan Senat yang kerusi majoriti dipegang oleh Parti Demokrat, gagal meluluskan bajet khas tersebut.

Keadaan itu berlaku selepas Parti Republikan menggesa perubahan dilakukan ke atas rang undang-undang penjagaan kesihatan negara sebagai pertukaran kepada persetujuan mereka ke atas bajet khas berkenaan, namun ia ditolak oleh Presiden, Barack Obama dan Parti Demokrat.

Beberapa jam sebelum 12 tengah malam semalam, Dewan Senat dengan undian 54-46 menolak satu usul oleh Dewan Perwakilan berhubung rang undang-undang bajet sementara yang membolehkan bajet khas itu diluluskan.

Penolakan itu dibuat kerana rang undang-undang bajet sementara tersebut turut menangguhkan pelaksanaan rang undang-undang penjagaan kesihatan selama setahun dan membatalkan pelaksanaan cukai ke atas peralatan perubatan.

Penutupan agensi-agensi kerajaan itu melibatkan kira-kira 800,000 kakitangan yang diberikan cuti tanpa gaji sehingga bajet tersebut diluluskan.

Tindakan itu juga menyebabkan kerugian kira-kira AS$1 bilion (RM3.23 bilion) seminggu.

Antara agensi dan jabatan terlibat dengan penutupan itu termasuklah Jabatan Pertahanan membabitkan 400, 000 kakitangan, Jabatan Perdagangan (30,000), Jabatan Pengangkutan (18,481) dan Jabatan Tenaga (12,700).

Namun, bahagian kritikal kerajaan lain termasuk agensi ketenteraan, kawalan trafik udara dan kuasa serta senjata nuklear akan kekal beroperasi.

Jabatan Negara juga terus beroperasi memproses permohonan visa rakyat asing selain kedutaan serta konsulat masih meneruskan perkhidmatan kepada rakyat di luar negara.

Obama berkata, kegagalan fungsi kerajaan akan segera memberi kesan kepada rakyat dengan beratus ribu kakitangan kerajaan perlu bercuti daripada tugas selain pusat veteran, taman negara, kebanyakan agensi angkasa lepas dan operasi kerajaan lain akan terganggu.

Beliau menyalahkan Parti Republikan yang cuba menggunakan bajet tersebut untuk memenuhi janji yang sukar dicapai kepada sayap parti berhaluan kanan mereka. -AFP/AP


Hentikan Pemberian BR1M - Dr Mahathir

Hentikan Pemberian BR1M - Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.

Hentikan BR1M

Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini Selasa.

“Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.

“Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi,” katanya sambil menambah, “Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan.”

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata ekonomi negara dijangka tidak akan mengalami kesan yang besar akibat penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat, ini kerana perdagangan dua hala antara kedua-dua buah negara kini semakin berkurangan.

Dr Mahathir

Beliau berkata jumlah dagangan negara tidak bergantung sepenuhnya dengan ekonomi Amerika Syarikat, kecuali ia terjadi di masa yang lepas.

“Kesannya sedikit sebanyak ada, tetapi kita bukan berdagang semuanya dengan Amerika Syarikat,” katanya.

Dr Mahathir berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat mencapai 20 peratus satu masa dahulu tetapi sekarang sudah merosot kerana kemampuan membeli di Amerika Syarikat telah berkurangan.

Operasi kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan selepas Kongres menolak pelan kesihatan yang dibawa Presiden Barack Obama.

BACA INI JUGA: Rasuah Halal Dan Rasuah Haram Di Malaysia?

Sumber: BERNAMA

Perbezaan Akidah Antara Ahlus Sunnah wal Jamaah Dan Puak Syiah

Perbezaan Akidah Antara Ahlus Sunnah wal Jamaah Dan Puak Syiah

Ketahuilah bahawa Syiah adalah agama di luar Islam. Perbezaan antara kita kaum Muslimin dengan Syiah sebagaimana berbezanya dua agama dari awal hingga akhir yang tidak mungkin disatukan, kecuali salah satunya meninggalkan agamanya.

Aqidah Syiah

1. Nabi

Pembawa Agama Islam adalah Muhammad Rasulullah.

Pembawa Agama Syiah adalah seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba ' Al Himyari . [Majmu 'Fatawa, 4/ 435].

2. Rukun Islam

Rukun Islam menurut agama Islam: 1. Mengucap dua kalimah Syahadat 2. Solat 3. Puasa 4. Zakat 5. Haji

Rukun Islam ala agama Syiah: 1. Solat 2 . Puasa 3 . Zakat 4. Haji 5. Wilayah/Kekuasaan [Lihat Al Kafi Fil Ushul 2 /18 karya Imam Besar Syiah Al Kulaini 2 /634] . Kedudukan Al Kulaini di Syiah = Kedudukan Imam Bukhari di Sunni].

3. Rukun Iman

Rukun Iman menurut agama Islam ada 6 perkara iaitu: 1. Iman Kepada Allah 2. Iman Kepada Malaikat 3. Iman Kepada Kitab- Kitab 4 . Iman Kepada Para Rasul 5. Iman Kepada hari qiamat 6. Iman Kepada Qadha Qadar. 

Rukun Iman ala Agama Syiah ada 5 Perkara, iaitu: 1. Tauhid 2. Kenabian 3. Imamah 4. Keadilan 5. qiamat

4. Kitab

Kitab suci umat Islam Al Quran yang berjumlah 6236 ayat.

Kitab suci Syiah Mushaf Fathimah yang berjumlah 17,000 ayat (lebih tiga kali ganda dari Al Qur'an milik kaum Muslimin). [Lihat kitab mereka Ushulul Kafi karya Imam Besar Syiah Al Kulaini 2/634].

5. Azan

Azan menurut Agama Islam: (Allahu Akbar) 4 kali, (Asyhadu Allā ilāha ILLALLAH) 2 kali, (Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah) 2 kali, (Hayya 'alash sholah) 2 kali, (Hayya' alal Falah) 2 kali, (Allahu Akbar) 2 kali, ( lā ilāha ILLALLAH ) 2 kali.

Azan Ala Agama Syiah: (Allahu Akbar) 4 kali, (Asyhadu Allā ilāha ILLALLAH) 2 kali, (Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah) 2 kali, (Asyhadu anna ' Aliyyan waliyullōh) 2 kali, (Hayya ' alash sholah) 2 kali, (Hayya' alal Falah) 2 kali, (Hayya ' alā khoiril ' amal) 2 kali, (Allahu Akbar) 2 kali, (Lā ilāha ILLALLAH) 2 kali. http://www.youtube.com/watch?v=ffuZ8Fy9Ed0

6. Solat wajib

Islam meyakini bahawa solat diwajibkan pada 5 waktu.

Agama Syiah meyakini bahawa solat diwajibkan hanya pada 3 waktu saja .

7. Solat Jumaat

Islam meyakini bahawa solat Jumaat hukumnya wajib. [QS Al Jumu'ah: 9]

Agama Syiah meyakini bahawa solat Jumaat hukumnya tidak wajib.

8. Sahabat Rasulullah

Islam menghormati seluruh sahabat Rasulullah dan meyakini mereka orang-orang terbaik yang digelar radhiallahu ' Anhum oleh Allah. [QS At Taubah: 100]

Agama Syiah meyakini bahawa seluruh sahabat Rasulullah telah kafir (Murtad) kecuali Ahlul Bait (versi mereka) , salman Al Farisi, Al Miqdad bin Al Aswad, Abu Dzar Al Ghifari. Ar Raudhoh Minal Kafi Karya Imam Besar Syiah Al Kulaini 8/245-246].

9. Empat sahabat Nabi

Islam meyakini bahawa Abu Bakar adalah orang yang terbaik dari umat ini setelah Rasulullah, kemudian selepas Umar bin Al Khatthab , lalu Utsman bin ' Affan , lalu' Ali bin Abi Talib.

Agama Syiah meyakini bahawa orang terbaik setelah Rasulullah adalah Ali bin Abi Talib, adapun Abu Bakar dan Umar bin Al Khatthab adalah dua berhala Quraisy yang terlaknat. [Ajma'ul fadha'ih karya Al Mulla Kazhim hal. 157] .

10. Khalifah Abu Bakar

Islam meyakini bahawa Abu bakar adalah orang yang paling berhak menjadi khalifah sepeninggal Rasulullah.

Agama Syiah meyakini bahawa orang yang paling berhak menjadi khalifah sepeninggalan Rasulullah adalah Ali bin Abi Talib.

Islam meyakini bahawa Abu Bakar adalah khalifah pertama yang sah.

Agama Syiah memposisikan Abu Bakar sebagai perampas kekhalifahan dari ' Ali bin Abi Talib

11. Mengkafirkan sahabat Nabi

Islam meyakini bahawa Mu'awiyah bin Abi Sufyan, 'Amr bin Al' Ash, Abu Sufyan termasuk sahabat Rasulullah

Agama Syiah meyakini bahawa mereka pengkhianat dan telah kafir (Murtad) dari Islam.

Perhatian: Pengikut-pengikut Syiah di sekitar anda akan mengingkari tulisan ini sambil berkata: "Syiah tidak seperti ini!". Tetapi mereka tidak layak mengingkari perkataan-perkataan ulama-ulama besar mereka kerana bahan bacaan yang kami gunakan dalam penyusunan artikel ini menggunakan kitab-kitab pokok Syiah yang ditulis oleh ulama-ulama besar Syiah sebagai rujukan dan dari laman web rasmi mereka.

Ibnu Babawaih Al Qummi, salah seorang ulama besar syiah, berkata: Kami menyakini bahawa taqiyah adalah wajib, siapa yang meninggalkannya sama seperti meninggalkan solat. [Al I'tiqadat hal 114]

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber manusiasurga.wordpress.com

[Sumber]

*Taqiyah menurut definisi yang dikemukakan oleh salah seorang ulama Syiah pada zaman ini bermaksud: "Taqiyah iaitu kamu mengatakan atau melakukan (sesuatu), berlainan dengan apa yang kamu yakini; untuk menolak bahaya dari dirimu atau hartamu atau untuk menjaga kehormatanmu".

Maka orang Syiah Rafidhah memandang Taqiyah itu adalah fardu (wajib). Tidak akan berdiri mazhab ini kecuali dengan Taqiyah. Dan mereka menerima pokok-pokok mazhab secara sembunyi-sembunyi dan terang-terangan. Mereka selalu melaksanakan Taqiyah itu lebih-lebih lagi bilamana mereka berada dalam keadaan yang 'tertekan'. Maka berhati-hatilah dengan orang Rafidhah wahai kaum muslimin!

BACA INI JUGA: Percanggahan Syiah Dengan Ajaran Islam