Wednesday, January 10, 2018

Kenapa Soviet Union Membantu Pembentukan Israel Tetapi Kemudian Memusuhinya?


Pada tahun 1947, Pemimpin Soviet Union, Josef Stalin menyokong kuat pembentukan negara Israel. Dia berharap, negara Yahudi tersebut akan menjadi sekutu Soviet Union di Timur Tengah namun, ketika hubungan antara Moscow dan Tel Aviv tidak berjalan lancar sebagaimana yang diharapkan, Soviet Union berpatah arah dan berubah menjadi sekutu Arab.

Kenapa Soviet Union Membantu Pembentukan Israel Tetapi Kemudian Memusuhinya?

Tujuh puluh tahun lalu, situasi di Timur Tengah sangat tegang. Letusan bom dan peristiwa berdarah terjadi hampir setiap minggu.

Inggeris, yang telah memerintah Palestin sejak 1920, ingin mengakhiri Mandat Britani ke atas Palestin dan mahu membiarkan bekas koloni tersebut merdeka.

Namun, tak diragukan lagi bahawa kemerdekaan justeru hanya akan meningkatkan pertumpahan darah dan peperangan.

Ketegangan meningkat antara orang-orang Arab Palestin (1.2 juta orang atau 65 peratus dari populasi) dan orang Yahudi (608 ribu orang atau 35 peratus dari jumlah populasi).

Orang-orang Arab yang tidak mahu berdirinya sebuah negara Yahudi di Palestin, mengancam akan “melemparkannya ke laut” jika ada yang berani mendirikannya.

Namun, orang-orang Yahudi, yang baru saja menderita akibat Holocaust (genosid terhadap enam juta orang Yahudi Eropah ketika Perang Dunia II), bersiap-sedia berjuang untuk mendirikan tanah air mereka.

Meskipun begitu, mereka memerlukan sokongan diplomatik dan ekonomi. Ternyata, pucuk dicinta ulam tiba.

Stalin, yang bercita-cita mahu memluaskan pengaruh Soviet Union setelah kemenangan dalam Perang Dunia II, menawarkan sokongan kepada orang-orang Yahudi.

Kesamaan Tujuan

Stalin sebenarnya tidak tertarik untuk mempromosikan kepentingan Yahudi di Palestin. Dia telah melancarkan beberapa projek untuk memberi autonomi nasional kepada orang-orang Yahudi Soviet di dalam sempadan Soviet Union, sayangnya projek itu gagal namun, Stalin tidak membiarkan warga Yahudi Soviet pindah ke Israel.

Sebagaimana yang dikatakan Leonid Mlechin, seorang sejarahwan dan jurnalis Rusia kepada radio Ekho Moskvy, “Mencipta negara Yahudi di Palestin adalah cara Stalin untuk menendang Inggeris yang lemah — yang ia benci — keluar dari Timur Tengah.”

Kerana kebanyakan negara-negara Arab lebih menyokong Inggeris, Stalin lebih suka bekerjasama dengan kelompok Zionis.

Inggeris, yang sebelumnya merupakan sekutu Soviet Union selama Perang Dunia II, tapi kemudian berubah menjadi saingan geopolitik, juga dibenci oleh Yahudi.

Pada tahun 1946, militan Zionis mengebom Hotel Raja David di Yerusalem, yang merupakan pusat pemerintahan Inggeris di wilayah itu dan membunuh 91 orang.

Meskipun kerana alasan yang berbeza, menyingkirkan Inggeris bersama-sama menjadi tujuan kelompok Zionis dan Soviet Union.

Perang Diplomatik

Setelah Mandat Britan ke atas Palestin berakhir, isu Palestin diserahkan pada PBB. Sementara Inggeris tidak menyokong gagasan untuk mencipta sebuah negara Yahudi yang bebas, dua kuasa utama dalam era pasca-perang, Soviet Union dan AS, memilih penyelesaian dua negara (salah satu pilihan dalam konflik Israel-Palestin yang mencadangkan “dua negara untuk dua warga”), yang kemudiannya ditentang oleh negara-negara Arab. Pada November 1947, isu tersebut dipilih ketika Majlis Umum PBB.

Duta Besar Soviet Union untuk PBB, Andrei Gromyko mengatakan dalam pidatonya, “Orang-orang Yahudi telah terhubung dengan Palestin sepanjang sejarah.”

Perkara ini bertentangan dengan pandangan negara-negara Arab bahawa penubuhan Israel tidak adil. Dua hari setelah Israel mengumumkan kemerdekaannya pada 14 Mei 1948, Soviet Union adalah negara pertama yang secara rasmi mengakui negara tersebut.

Senjata Sosialis untuk Zionis

AS, yang juga menyokong penubuhan negara Israel, secara rasmi melarang pasukan bersenjata ke Timur Tengah.

Tidak seperti Amerika, Moscow menghantar senjata kepada kelompok Zionis sekalipun secara tidak rasmi dan melalui negara lain, seperti Checoslovakia. Soviet Union menggunakan senjata-senjata Jerman yang dirampas pada akhir perang.

Israel mendapatkan pelbagai senjata, mortar, malah beberapa pesawat pejuang Messerschmitt dari Checoslovakia, atas persetujuan dan restu Soviet Union.

Dan ini bukanlah satu-satunya sumber persenjataan untuk negara Yahudi tersebut. Pada dasarnya, Israel mendapat bekalan senjata dari seluruh dunia dengan pelbagai cara, tetapi Soviet Union memainkan peranan penting dalam kemenangan Israel pada 1948.

Akhir Bulan Madu

Sokongan Stalin untuk kepentingan Israel tidak berlangsung lama. Sebagaimana yang dijelaskan Julius Kosharovsky, seorang sejarahwan Israel kelahiran Rusia, dalam bukunya mengenai gerakan Zionis di Soviet Union, hubungan bilateral antara Soviet Union dan Israel renggang setelah Duta Israel untuk Soviet Union, Golda Meir mengangkat isu migrasi orang-orang Yahudi Soviet ke Israel.

Soviet Union dengan tegas menolak permintaan itu. Pendirian rasmi Soviet Union adalah bahawa seluruh orang Yahudi Soviet, seperti orang-orang Soviet pada umumnya, selamat dan tidak memerlukan Tanah yang Dijanjikan. Para pemimpin Israel tidak dapat menerima hakikat ini dan mereka segera berpaling ke AS sebagai sekutu utama mereka.

Sekutu baru Israel dengan AS membuahkan kejadian yang pahit di tahun-tahun mendatang.

Sebagai contoh, pada tahun 1952, 13 anggota Komite Anti-Fasis Yahudi yang berpangkalan di Soviet Union ditangkap dan dihukum.

Akibatnya, bermula pada awal tahun 1950-an sehingga akhir Perang Dingin, Soviet Union terus menyokong negara-negara Arab dalam konflik mereka dengan Israel.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Penipuan Terbesar Yahudi

sumber: rbth

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon