Wednesday, October 02, 2013

Rebut Peluang Mudah Ini Jika Anda Mahu Menjadi Jutawan!


Bank Islam Malaysia Bhd melancarkan kempen Fast Lane To Become A Millionaire untuk pelanggan akaun simpanannya Al-Awfar dengan memperuntukkan tiga hadiah utama bernilai RM1 juta untuk dimenangi setiap seorang pelanggan.

Jutawan

Kempen yang akan berlangsung selama tiga bulan, bermula dari 1 Oktober 2013 hingga 31 Disember 2013 itu dibuat bagi meningkatkan lagi jumlah pelanggan yang membuka Akaun Simpanan Al-Awfar.

Menurut Bank Islam, kempen itu terbuka kepada semua pemegang akaun sedia ada dan baru dengan pelanggan baru boleh menyertai kempen itu dengan membuka akaun Al-Awfar dan deposit minimum RM1,000.

Sementara itu, pemegang akaun Al-Awfar sedia ada perlu menambah deposit RM1,000 ke atas baki akaun simpanan mereka sebelum 31 Disember 2013.

"Baki minimum RM1,000 mesti dikekalkan di dalam akaun mereka setiap masa bagi tempoh empat bulan bermula 1 Januari 2014 sehingga 30 April 2014 bagi kelayakan cabutan," menurut bank itu dalam satu kenyataan.

Selain hadiah wang tunai RM1 juta, kempen tersebut turut akan memberi peluang kepada 20 pelanggan untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 setiap seorang.

Sehingga hari ini, Bank Islam telah mengumpul kira-kira RM1.66 bilion deposit melalui Al-Awfar dengan 90 peratus deposit di dalam Akaun Simpanan Al-Awfar.

Sumber: Sinar Online

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon